Khamis, 24 Jun 2010

KEHEBATANNYA MANUSIA BILA GILA KEPADA JUDI

5 Las Vegas pun tak dapat tampung ketagihan judi di Asia



2010/06/24

SINGAPURA: Kegilaan kaki judi Asia terhadap aktiviti itu dikatakan terlalu besar sehingga pembinaan lima pusat perjudian seperti di Las Vegas tidak cukup menampung keperluan golongan terbabit.

Taikun perjudian Amerika Syarikat, Sheldon Adelson, berkata perjudian menjadi sebahagian daripada budaya warga Asia.


“Saya percaya jika kita menyediakan lima Las Vegas dengan kemudahan 140,000 bilik hotel di lima lokasi berbeza di Asia, ia masih belum mampu menampung permintaan semasa,” katanya di sidang media sempena pembukaan di kompleks perjudian mega Marina Bay Sands, semalam.


Ia dilengkapi 2,560 bilik hotel, selain pusat beli-belah, restoran dan kemudahan ruang pameran.


Kasino dan sebahagian daripada hotel itu mula beroperasi April lalu.


Pengerusi Las Vegas Sands itu berkata, dia yakin potensi syarikat itu amat besar berdasarkan permintaan kaki judi di negara berhampiran Singapura.


“Rasanya bisnes kami di sini lebih daripada mencukupi dan ia tidak termasuk kedatangan peminat dari China atau Hong Kong,” katanya.


Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Marina Bay Sands, Thomas Arasi, berkata sejak awal bulan ini, hampir 500,000 orang mengunjungi kasino berkenaan.


“Kami amat gembira dengan sambutan hangat ini,” katanya. - AFP

Tiada ulasan: