Ahad, 27 Jun 2010

MOGA2 KENYATAAN YG BENAR....TAPI PERLU PEMANTAUAN....YANG DAH MATILAH...MAMPUKAH KITA HIDUPKAN BALIK...SEDARLAH KITA NI KERDIL DISISI ALLAH...

OPA tak restu sebarang bentuk buli
Jun 26, 10 8:46pm
Persatuan alumni Maktab Tentera Diraja (RMC), 'Old Putera Association' (OPA) tidak merestui sebarang bentuk penderaan baik secara fizikal mahupun bukan fizikal yang boleh menyebabkan kecederaan kepada pelajar di institusi tersebut.

Presidennya Mej Jen (B) Datuk Dr Mohamad Termidzi Junaidi berkata pihaknya berasa sedih dan kesal dengan kematian pelajar Tingkatan Empat di RMC Sungai Besi Muhamad Naim Mustaqim Muhd Sobri.

Muhamad Naim Mustaqim, 16, meninggal dunia selepas dikatakan dibuli dan didera oleh pelajar senior di institusi itu pada Khamis lalu.

"Kami mengucapkan takziah kepada keluarga Mohamad Naim dan mendoakan semoga roh Allahyarham dirahmati Allah SWT," katanya dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau berkata OPA juga bersedia membantu RMC dan pihak berkaitan dalam usaha memulihkan semula suasana di institusi tersebut.

Semalam, lima pelajar tingkatan lima RMC dikenakan tahanan reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan kes kematian Naim Mustaqim yang dipercayai akibat dibuli dan didera.

Tiada ulasan: