Ahad, 27 Jun 2010

ALLAH SAJE YANG TAHU SAPE SESAT DAN MASUK NERAKA.....CUMA SUDAH JADI LUMRAH MEMIKIR DIRI YANG BAIK...WALAUPUN AMALAN LARI DARI KEHENDAK ALLAH SWT...

Fahaman Wahab tidak boleh dikaitkan dengan pengganas, pelampau

27/06/2010 4:13pm

KUALA LUMPUR 27 Jun - Fahaman Wahabi tidak boleh sama sekali dikaitkan dengan pengganas atau golongan pelampau kerana perbuatan keganasan bukannya berpunca daripada fahaman agama sesuatu kelompok tetapi ekoran penyelewengan fahaman serta pelbagai punca yang lain.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, apabila kefahaman terseleweng, mereka mengambil pendekatan yang berbeza daripada orang lain sehingga ada yang sanggup membunuh orang awam dengan bom dan sebagainya.

"Akibat terpesong daripada landasan Islam sebenar, maka berlakulah kejadian orang ramai yang tidak bersalah dibunuh dan dibom,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Dewan Huffaz Kebangsaan di sini hari ini.

Sehubungan itu, katanya, kerajaan sentiasa memantau keadaan supaya tidak berlaku penyelewengan ajaran Islam kerana ia boleh merugikan negara dan masyarakat.

Katanya, orang ramai jangan menuduh mana-mana pihak sebagai pengganas atau golongan pelampau melainkan telah dinyatakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Majlis Fatwa Kebangsaan. - Bernama

Tiada ulasan: