Selasa, 18 Mac 2014

MH370 37

Pesawat MH370 'Disorok' Di Pangkalan Tentera Amerika Syarikat Di Lautan Hindi ?, Lapor Portal Cabal Times


Diego_Garcia_BSFPesawat MH370 ‘disorok’ Amerika di Diego Garcia?

Pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang masuk hari kesepuluh hari ini didakwa ‘disembunyikan’ di Diego Garcia, pangkalan tentera Amerika Syarikat (AS) di Lautan Hindi.

Menurut portal Cabal Times, sekiranya spekulasi pesawat itu terbang ke pangkalan tentera AS di Diego Gracia adalah benar, radar Indonesia sudah pasti mengesan kedudukan pesawat tersebut.

Menurut portal itu, sekiranya pesawat mengalami masalah teknikal, juruterbang seboleh-bolehnya akan cuba mendarat dengan selamat di laut dan tidak akan berpatah balik ke Malaysia.

Cabal Times dalam laporannya mendakwa AS melakukan ‘rampasan pesawat’ itu adalah kerana MH370 membawa sejumlah besar rakyat China dan AS mahu mengeruhkan hubungan Kuala Lumpur dan Beijing.

Diego Garcia adalah pangkalan tentera Amerika Syarikat yang mempunyai landasan kapal terbang yang membolehkan pesawat besar mendarat dan mempunyai kemudahan untuk ‘menyorokkan’ daripada pandangan satelit.

Semalam, Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishamuddin Hussein menyangkal dakwaan sesetengah pihak bahawa pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 mendarat di pangkalan tentera Amerika Syarikat Diego Garcia di Lautan Hindi.

Beliau berkata setakat ini tidak ada mana-mana pihak menuntut wang tebusan.

“Tidak ada. Ini amat menyukarkan kami untuk mengesahkan sama ada ia dirampas atau tindakan pengganas. Kami melihat segala kemungkinan. Kami tidak mengambil mudah sebarang kemungkinan,” katanya.

Sementara itu, Perdana Menteri Australia Tony Abbott memaklumkan beliau tidak ada maklumat tentang kemungkinan pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370 terbang dekat dengan negara benua itu.

Beliau yang ditanya apakah pihak berkuasa ada mengesan pesawat itu dekat dengan Australia memandangkan pesisir pantai baratnya bersempadan dengan Lautan Hindi, Abbott berkata: “Saya tidak ada maklumat seperti itu.”

Color MH370 location map.jpg.CROP.promovar-mediumlarge“Tetapi semua agensi yang boleh membantu sedang menyemak data mereka untuk melihat apakah ada apa-apa maklumat yang boleh membantu (kita) memahami misteri ini,” katanya seperti dipetik oleh AFP.

Sebelum ini, pegawai penerbangan di Pakistan dan India juga menafikan pesawat MH370 ada memasuki ruang udara dua negara itu dan jika ada sekalipun, ia sudah pasti dapat dikesan oleh radar tentera.

Pakistan mengesahkan radar negara itu tidak mengesan pesawat penerbangan MH370 yang hilang 8 Mac lalu dan bersedia untuk berkongsi segala maklumat yang diperoleh.

Jurucakap Kementerian Luar, Tasnim Aslam berkata, pihak berkuasa Malaysia meminta bantuan seperti data satelit dan radar yang mungkin membantu mencari pesawat berkenaan.

Beliau berkata demikian selepas kerajaan Malaysia mengumumkan 25 negara kini terlibat dalam Operasi Mencari dan Menyelamat, termasuk Pakistan.

Selain negara itu, kerajaan Malaysia turut membuat permohonan sama ke atas Kazakhstan, Turkmenistan, Uzbekistan, Bangladesh, India, China, Myanmar, Laos, Kemboja, Thailand dan Australia.

selangorku
Berita Penuh : http://www.cabaltimes.com/2014/03/12/ma370-redirected-to-diego-garcia/
Pakatan selar Hishammuddin kerana hanya jemput BN untuk taklimat MH370 (bersama video)
Posted on Monday, March 17 @ 21:11:06 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur



Ahli Parlimen Kuantan Fuziah Salleh dari PKR hari ini mempersoalkan tindakan pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein kerana hanya menjemput ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dan tidak pembangkang untuk sesi perbincangan tertutup berhubung isu kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370.
Beliau berkata surat jemputan rasmi kementerian itu dihantar sendiri dan melalui fax berhubung perbincangan tertutup yang akan diadakan pada 18 Mac ini pada pukul 8.30 malam di Hotel Aloft, Kuala Lumpur.


"Saya merasa kesal kenapa wujud perkara begini, seolah-olah merendahkan anggota Dewan Rakyat lain.

"Tidak kira kami pembangkang atau BN, kami tetap ahli Parlimen yang diberi mandat kepada rakyat yang mempunyai hak mengetahui apa berlaku di negara ini," katanya di sidang Dewan Rakyat hari ini.

Surat yang dihantar pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein kepada ahli Parlimen Barisan Nasional bagi satu mesyuarat tertutup berhubung pesawat MH370.

Fuziah mendakwa keputusan untuk memilih parti menghadiri taklimat secara tidak langsung merendahkan integriti Parlimen.
"Saya ingin tahu salah ke ahli Parlimen ingin bertanya? Adakah ia dianggap memperlekehkan kedudukan dewan rakyat.
"Beliau (Hishammuddin) kena jelaskan kenapa surat itu hanya diberi kepada ahli Parlimen BN sahaja, malah menggunakan kepala surat rasmi kementerian itu," katanya.
Keadaan di Parlimen bertukar tegang apabila Ahli Parlimen Tanjung Karang Datuk Seri Noh Omar mencelah Fuziah.
"Pembangkang ni kerja tahu nak 'spin' sahaja kenapa nak persoalkan menteri buat kerja?" soalnya.
Fuziah menjawab ahli Parlimen Pakatan Rakyat tidak mempunyai masalah untuk menghormati kerahsiaan dan tidak mendedahkan kepada media sekiranya diminta untuk berbuat demikian.



"Kenapa tidak tanya kami, yang kami mahukan adalah bersama-sama mengetahui perkembangan dan situasi sebenar MH370.
"Kalau minta kami angkat sumpah menjaga kerahsiaan tidak mahu langsung mendedahkan pada media, Pakatan boleh buat semua itu," katanya.
Perbahasan Fuziah sekali lagi diganggu oleh Noh apabila menyifatkan pembangkang tidak boleh menyimpan rahsia.
"Buat apa mereka nak angkat sumpah pembangkang memang suka langgar sumpah.
"Kalau kita bawak masuk mereka belum apa-apa lagi mereka sudah sebarkan, taklimat tidak habis lagi tahu-tahu berita sudah keluar," katanya.
Dalam surat Kementerian Pengangkutan dikeluarkan pada 14 Mac 2014 itu kementerian pengangkutan menjemput ahli Parlimen BN untuk menghadiri taklimat kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 yang membawa 239 penumpang termasuk anak kapal.

DIYANA IBRAHIM
TMI
– 17 Mac, 2014.



 

Isnin, 17 Mac 2014


MH370: Jangan Ambil Mudah 20 Jurutera Dalam Pesawat itu ..!!

Satu pengajaran pada kehilangan pesawat Penerbangan Malaysia (Mas) B777-200ER MH370, bahawa pesawat sebesar itu, boleh mengelak daripada radar. Setidak-tidaknya itulah yang dibuktikan "perampas" pesawat MH370 yang membawa 239 penumpang termasuk krew.

Kemungkinan besar tindakan merampas MH370 adalah satu "dry run" atau uji cuba, bagi mengunakan pesawat berbadan lebar, boleh digunakan untuk tujuan kejahatan, umpamanya mengangkut bahan terlarang seperti dadah, atau persenjataan ke negara tertentu yang dilarang membeli kerana larangan daripada kuasa besar. Biasanya negara yang gemar melarang sesebuah negara membeli persenjataan adalah Amerika.

Negara-negara yang dilarang membeli persenjataan yang masih berkuat kuasa adalah Iran, Syria dan Korea Utara.

Dengan berjayanya sebuah pesawat seperti B777-200ER MH370 mengelak radar awam atau tentera, maka pada masa akan datang, pembelian persenjataan oleh negara-negara yang dilarang membeli senjata akan dilakukan melalui modus operandi seperti mana dilakukan ke atas MH370. Demikain juga kartel dadah, akan menggunakan modus operandi yang sama. Nampaknya, pakar-pakar radar perlu berkerja kuat untuk menghasilkan radar, yang kalis dengan teknologi yang digunapakai "perampas" pesawat MH370. Jika demikian, maka terori yang paling mendekati perampas MH370 bukanlah pilot itu sendiri, akan tetapi besar kemungkinan kumpulan 20 orang jurutera freescale syarikat milik Amerika yang berpangkalan di Texas Amerika, kerana kepakaran syarikat itu adalah dalam bidang elektronik, terutama elektronik pertahanan (electronic warfare).

Pihak penyiasat perlu memberi fokus kepada 20 jurutera itu, manakala pilot dan mungkin juga co-pilot sudah mereka kuasai, untuk menerbangkan pesawat ke suatu lokasi rahsia.

Besar kemungkinan, pilot sudah menghantar mayday atau panggilan kecemasan, namun semuanya "difilter" dalam pesawat itu sendiri. Jangan ambil mudah teori ini..

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyifatkan insiden kehilangan pesawat MAS MH370 pada 8 Mac lalu telah menyatukan seluruh umat manusia tidak kira agama, bangsa dan negara.

Ahli Parlimen Marang itu ketika membahaskan Titah Yang di-Pertuan Agong berkata, hikmah kehilangan pesawat itu telah membuat manusia bergantung kepada Tuhan tidak kira Islam ataupun bukan Islam.

"Sama ada yang percaya atau tidak kepada agama sama-sama berusaha untuk memohon kepada Allah, atas satu matlamat iaitu selamatkan kru kabin dan penumpang MH370.

"Pada zaman Rasulullah kemarau yang dahsyat menyebabkan binatang mati, ada hamba yang jahil tetapi berdoa kepada Allah untuk selamatkan binatang yang hampir mati. Akhirnya Allah terima doa dia dan turunkan hujan, rumput pun tumbuh," katanya yang juga Presiden PAS.

Tambahnya, insiden yang berlaku ini juga turut mendedahkan bahawa banyak kelemahan dalam mengesan pesawat MAS itu dan ianya perlu dikaji oleh kerajaan.

"Kita perlu siasat kenapa kita lemah dalam perkara ini. Jangan sombong dengan kelemahan kita yang dipertikaikan banyak pihak," katanya.

Namun katanya, sekiranya kehilangan MH370 hari ini disebabkan ada unsur-unsur keganasan maka semua pihak wajar mengutuk perbuatan itu kerana ia melibatkan nyawa manusia termasuklah wanita dan kanak-kanak.

"Kalau ada unsur ini seluruh dunia perlu berkerjasama tidak kira siapa, kita kena kutuk perbuatan itu," katanya.

Monday, March 17, 2014

Betulke Tentera US kini di KB dan Ipoh untuk mencari MH370?.. Ini jawapannya...


Hari ini gambar di atas yang kononnya memperlihatkan Tentera US mula berada di Malaysia iaitu Kota Baharu, Kelantan dan juga Ipoh, Perak telah disebar di laman mikro Twitter oleh mamat yang memiliki akaun Twitter di atas..

Dan sebarannya talah disambung pula oleh beberapa buah Blog dan juga Facebook tanpa berfikir panjang dan mencari dulu sumber dari mana gambar itu diperolehi.

Ada yang memandai mengaitkan gambar kehadiran tentera US di Malaysia ini dengan insiden kehilangan pesawat MH370, kononnya US telah mengerahkan tenteranya untuk menjalankan gerakan pencarian individu yang terlibat dengan kehilangan pesawat itu..

Memang benar Tentera US telah berada di Malaysia dan mereka itu adalah dari US Navy dan US Army..

Ni banyak lagi gambarnya.. siap ada watermark PDRM lagi..


Adakah mereka menjejakkan kaki mereka ke negara kita kerana operasi mencari MH370?

Tak ada kena mengena langsung.. kerana gambar-gambar di atas telah dirakam pada Februari tahun 2012 lagi..

Kehadiran mereka ialah untuk menjalani sesi latihan bersama Pasukan Gerakan Khas (PGK)

LATIHAN PASUKAN GERAKAN KHAS (PGK) BERSAMA US ARMY DAN US NAVY

Latihan ini dijalankan bersama 'C' Company 1 Batalion 1 Special Forces Group yang berpengkalan di Pulau Okinawa Jepun dan beribu pejabat di Hawaii.

Gandingan latihan bersama Pasukan Gerakan Khas (Unit Tindakan Khas) telah bermula sejak tahun 1996 sehingga kini.

Latihan dijalankan 1 atau 2 kali setahun dengan US Army dan kadang kala terdapat juga latihan dengan US Navy dalam bidang penyelam tempur.

Bertempat di Lapangan Terbang Unit Udara Ipoh, latihan yang berlangsung pada hari ini adalah bersama tentera US Army bermula pada 16 Januari dengan acara penerjunan persahabatan dan berakhir pada 17 Februari 2012.

Kumpulan US Army ini diketuai oleh Major Stephen Taylor. Terdapat 40 operatif US dan 38 operatif PGK dalam latihan ini, manakala kumpulan sniper pula telah menjalankan latihan di LISRAM Pulau Langkawi selama dua minggu.

Perkara-perkara yang didedahkan dalam latihan ini adalah:-
1) Kemahiran medan/teknik menembak
2) Kemahiran merancang dan mengendali serbuan bangunan
3) Kemahiran 'perubatan tempur' (Combat causality care)
4) Kemahiran letupan
5) Pertempuran dikawasan bandar (fighting in built up area-(FIBUA)
6) Perancangan operasi
7) Latihan Sniper

Setelah latihan tamat, Pasukan Gerakan Khas (UTK) akan mengajar kemahiran pengiring rapat kepada pihak 'C' Company 1 Battalion, 1 Special Forces Group selama 3 hari (reciprocal training).

Semasa latihan peringkat akhir, seramai 4 Pegawai FBI dari Los Angeles Field Office akan menjalakan latihan 'evidence collection'.

Sebagai penghormatan, pada 15 Februari 2012, YDH Dato' Wira Salleh bin Mat Rashid, Pengarah Jabatan KDN/KA dan YDH Dato' Azizan bin Abd Aziz, Komander 69 Komando telah menerima anugerah Sayap Penerjunan Tentera US Kehormat yang telah berlangsung di Unit Udara Polis Ipoh, Perak.

Sumber info dari ( SINI ).. tengoklah ada banyak lagi gambar Tentera US di Malaysia..

Tiada ulasan: