Isnin, 17 Mac 2014

MH370 35

KAJANG: Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar mempersoal tindakan pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang akan mengadakan taklimat insiden pesawat MH370 di luar bukannya di Parlimen.

Beliau merujuk satu surat bertarikh 14 Mac yang dihantar oleh Kementerian Pengangkutan memaklumkan taklimat akan diadakan pada 18 Mac ini jam 8.30 malam di Aloft, Kuala Lumpur Sentral.

Malah, persoalan turut ditimbulkan apabila hanya ahli parlimen Barisan Nasional (BN) sahaja yang dijemput tanpa penglibatan ahli parlimen Pakatan Rakyat.

"Tadi saya ada persoalkan kenapa Perdana Menteri dan Hishammuddin tidak hadir ke parlimen untuk memberi penjelasan tentang MH370.

"Kenapa tidak apa penjelasan langsung tentang isu tersebut kepada semua ahli-ahli parlimen yang ada," jelas beliau kepada Harakahdaily.

Tambah beliau lagi, parlimen merupakan tempat yang paling sesuai untuk membincangkan isu membabitkan negara.

"Saya tidak tahu apa yang ingin disembunyikan oleh kerajaan dalam isu tersebut.

"Ahl-ahli parlimen Pakatan Rakyat juga berhak untuk mendengar taklimat ini serta mengetahui apa sebenarnya berlaku.

"Isu ini melibatkan semua dan bukannya orang BN sahaja, sepatutnya kerajaan lebih peka untuk kita bincang bersama dalam soal membabitkan keselamatan negara seperti mana berlaku terhadap MH370," sambung beliau.

Beliau yang juga merupakan Ketua Parlimen PAS itu turut menggesa supaya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Hishammuddin hadir segera ke parlimen bagi memberi taklimat tentang MH370 dan membatalkan taklimat yang akan diadakan pada 18 Mac ini.
Pada 12hb Mac, sebuah ahbar Daily Mirror melaporkan, seorang Pengurus Teknologi Maklumat (IT), Mike Seberger, 47, berasal dari Chicago, Amerika Syarikat mendakwa dapat mengesan imej pesawat MH370 milik Penerbangan Malaysia (MAS) yang hilang melalui penelitian beliau terhadap gambar-gambar satelit beresolusi tinggi.

Mike Seberger, mengesan objek misteri ini setelah melayari laman sesawang Tomnod, satu laman sesawang yang memuat naik imej-imej satelit yang diambil dari kawasan  meliputi keluasan 1,000 batu persegi pada hari kapal terbang MAS itu dilaporkan hilang. 

Mike Seberger telah menemui imej ini dengan melayari imej-imej satelit di internet.

Imej yang dikesan itu menunjukkan sebuah objek berbentuk kapal terbang terlindung oleh awan putih di satu lokasi di Teluk Siam, di kawasan Laut China Selatan. Tanpa menidakkan usaha yang dilakukan oleh Mike, penemuan itu menakjubkan semua pihak, tetapi setelah pencarian dilakukan disekitar kawasan yang dinyatakan, ternyata maklumat tersebut juga meleset. ICT gagal kesan MH370?

Mengikut laporan media yang diberikan oleh pihak berkuasa, pesawat MH370 membuat hubungan terakhir dengan Air Trafic Control (ATC)  pada jam 1.07 pagi waktu tempatan dan selepas itu ACARS (Sistem Pengendalian Komunikasi dan Laporan Pesawat) dimatikan).

Tetapi dilaporkan radar tentera ada mengesan pesawat bukan ketenteraan tidak dikenali (yang kemudiannya disahkan sebagai MH370) yang terputus hubungan dengan ATC dan dilaporkan hilang tetapi Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) tidak mengambil sebarang tindakan susulan pada masa tersebut.

Kita juga dimaklumkan dalam satu sidang akhbar bahawa dakwaan pihak tertentu pesawat tersebut sehingga 4 jam selepas terputus daripada menara kawalan sebagai tidak benar.

Kemudiannya, setelah seminggu berlalu barulah Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak membuat Sidang Media khas mengesahkan bahawa sebuah satelit Inmarsat, milik sebuah syarikat telekomunikasi Britain bahawa MH370 telah menghantarkan signal terakhir kepada satelit telekomunikasi tersebut pada jam 8.11 pagi (waktu tempatan), kira-kira 7 jam selepas dilaporkan hilang daripada radar ATC.

Tetapi kejadian ini masih menjadi misteri yang menakjubkan kepada pakar dunia penerbangan bagaimana sistem teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang canggih tidak mampu mengesan dimanakah pesawat tersebut berada sekarang?

Sebagai manusia, kita tetap makhluk yang lemah, walaupun telah mempunyai sistem yang canggih. Hari ini telah 10 hari, MH370, pesawat Sistem Penerbangan Malaysia (MAS)  dengan 239 penumpang dan anak kapal yang dilaporkan hilang sejak 8hb Mac lalu masih lagi tidak ditemui.

Walau bagaimanapun, sama-samalah kita berdoa agar MH370 berjaya di kesan dan tunggulah maklumat rasmi daripada pihak berkuasa walaupun terdapat banyak maklumat tidak rasmi yang berlegar di internet.
KUALA LUMPUR: Tindakan media asing khususnya akhbar Daily Mirror dan Daily Mail mengaitkan kejadian pesawat MH370 sebagai tindakan sabotaj juruterbang dan pembantu juruterbang adalah satu tindakan biadap.

Lajnah Antarabangsa Pemuda PAS Malaysia dalam kenyataannya kepada Harakahdaily, hari ini berkata tindakan itu disifatkan biadap memandangkan siasatan masih dijalankan, selain pihak berkuasa Malaysia mendapati wujud unsur rampasan, dan bukannya sabotaj.

Pengerusinya, Dr. Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss, berkata tindakan media yang berpangkalan di United Kingdom itu serta beberapa akhbar lain juga merupakan tindakan tidak rasional, selain mengetepikan sensitiviti keluarga kedua-duanya.

"Tindakan media luar itu tidak boleh diterima. Perlu diingatkan akhbar Daily Mirror pernah memfitnah Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang sebagai pengganas Al-Qaeda pada 2007 lalu, yang akhirnya diarahkan untuk memohon maaf kepada Ustaz Hadi beserta ganti rugi teladan," kata beliau.

Selain menegaskan dakwaan itu juga menjatuhkan reputasi negara, Raja Iskandar turut melahirkan rasa kecewa apabila terdapat segelintir pihak mengaitkan juruterbang, Kapten Zaharie Ahmad Shah dengan teori bahawa beliau mensabotaj pesawat itu kerana kecewa dengan keputusan mahkamah yang menjatuhkan hukuman terhadap Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau beranggapan dakwaan itu tidak berasas sama sekali dan ia berniat jahat dan berpendirian isu keputusan penghakiman terhadap Anwar Ibrahim tidak perlu diheret dalam konflik besar ini yang boleh menjejaskan kredibiliti negara di mata dunia.

Dalam masa sama, Raja Iskandar berharap semua pihak tidak berteori dengan mengemukakan spekulasi liar sehingga mengganggu emosi keluarga mangsa dan menyerahkan kepada pihak berkuasa menyiasat perkara ini.

"Pemuda PAS tidak sesekali bersetuju jika andaian dibuat dan menjatuhkan hukuman kepada juruterbang dan pembantunya tanpa ada asas dan bukti yang kukuh," kata beliau lagi.
KOTA BHARU: “Saya tangguh jadual lawatan ke China sebab nak pastikan sama ada rakyat Kelantan juga terbabit dalam pesawat MH370, tapi tak sangka pula pembantu juruterbang orang sini.

“Jadual saya bertolak ke Beijing keesokan iaitu 8 Mac kira-kira jam 8 malam, bukan pesawat MAS yang hilang tersebut,” kata Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob.

Sebelum ini tersebar di media social Menteri Besar Kelantan dan rombongan kerajaan negeri sepatutnya menaiki pesawat MH370 ke Beijing.

Kata beliau jadual penerbangan ke China bukan dengan pesawat MH370, sebaliknya pesawat lain, namun dibatalkan kemudian kerana simpati terhadap apa yang berlaku.

Beliau mendedahkan perkara tersebut  ketika meraikan kunjungan hormat Penolong Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Malaysia, Datuk Zaini Hassan dan tiga lagi pegawai kanan akhbar tersebut ke pejabatnya semalam.

Ahmad berkata, kebelakangan ini ramai rakyat Kelantan ke China menjalankan urusan perniagaan.

Menurutnya juga hasrat kerajaan negeri berkunjung ke China untuk mengeratkan hubungan dua hala terutamanya berkaitan industri makanan halal.

Sementara itu Zaini memberitahu Utusan merancang mengadakan karnival anjuran syarikat itu di Kelantan.

Pesawat MH370 yang sepatutnya mendarat di Beijing pada pagi 8 Mac lalu dikesan hilang daripada radar selepas kira-kira sejam berlepas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.
KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat mengajak semua ahli parlimen mengadakan solat hajat di Dewan Bankuet esok untuk memohon agar MH370 selamat ditemui.

Perkara itu disarankan oleh Ketua Whip PAS, Datuk Mahfuz Omar di Dewan Rakyat hari ini ketika membahaskan Titah Yang di-Pertuan Agong.

Katanya solat hajat itu dibuat di Parlimen untuk menyatakan kesepakatan di kalangan ahli parlimen yang prihatin terhadap nasib penumpang dan anak kapal MH370.

"Cadangan ini tidak perlu dipermainkan. Solat hajat boleh dibuat di mana-mana. PAS pun buat tiap-tiap malam.

"Solat hajat ini kita buat atas kapasiti kita sebagai ahli parlimen, nyatakan kesepakatan kita," katanya.

Mahfuz dalam pada itu melahirkan kebimbangan terhadap nasib penumpang dan anak kapal MH370 yang sehingga kini belum ada sebarang petunjuk walaupun pelbagai usaha dilakukan.

Apatah lagi katanya, usaha ini telah melibatkan 13 buah negara yang boleh mendedahkan kelemahan keselamatan negara kepada negara asing.

"Dibimbangi pihak negara lain mengambil kesempatan terhadap kelemahan keselamatan negara kita ketika mereka menjalankan usaha mencari MH370," katanya.

Penerbangan MAS MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing hilang pada jam 2.30 pagi 8 Mac lalu. Namun hari ini genap 10 hari kehilangan kapal terbang itu telah memberi petunjuk baru ia dirampas.
KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri mendedahkan wujudnya sindiket penjualan pasport tulen membabitkan negara jiran yang menyumbang kepada kes dua pelancong Iran menggunakan pasport curi untuk menaiki pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370, kata menterinya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
  
"Siasatan mendapati dua pasport yang dimiliki warga Iran itu bukan palsu tetapi genuine. Dia (dua lelaki Iran) masuk (ke Malaysia) menaiki kapal terbang Qatar Airways dari Phuket ke Kuala Lumpur pada 28 Feb. (Kita percaya) di Phuketlah mereka membeli atau mendapatkan pasport tersebut," katanya.
  
Ahmad Zahid menjawab soalan tambahan Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) yang ingin tahu kebanjiran pelajar asing dan pekerja asing tanpa izin termasuk kes dua pelancong Iran tersebut di Dewan Rakyat di sini hari ini.
  
Beliau berkata maklumat itu hasil siasatan awal yang dijalankan pihaknya dan Jabatan Imigresen namun keseluruhan siasatan akan didedahkan ketika sesi penggulungan yang dijadual akhir bulan ini.
  
Ahmad Zahid turut menegaskan Jabatan Imigresen dan kementeriannya tidak akan berkompromi dengan mana-mana sindiket sekalipun kerana pihak berkuasa memandang serius dalam hal membabitkan keselamatan negara.
  
Jelasnya lebih 40 juta kes pasport hilang dilapor Interpol di seluruh dunia ketika ini dan Malaysia turut menerima tempias tersebut.
  
Penerbangan MH370, membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang semasa dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 12.41 pagi 8 Mac. Ia sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari sama. – Bernama
KUALA LUMPUR: Di sebalik tragedi kehilangan pesawat MH370 yang masih menjadi misteri sehingga kini, dengan sesetengah pihak menganggapnya sebagai bala Tuhan berikutan terlalu banyak kemungkaran berlaku di depan mata, kerajaan dan pemimpinnya terlihat langsung tidak menunjukkan tanda insaf atau keinginan mahu berubah.

Dengan sorotan dunia serta kritikan terhadap pelbagai perkara tentang bagaimana negara menangani krisis ini, kita juga dikejutkan dengan adanya sebuah konsert yang sedang berlangsung yang mendapat kerjasama kerajaan di ketika seluruh negara sedang bersedih dah waris mangsa sedang berteka-teki mengenai nasib ahli keluarga mereka, tulis Shahbudin Husin di dalam blognya.

Konsert selama tiga hari itu hanya terdedah apabila akhirnya didapati 6 orang remaja meninggal dunia dan 14 lagi menerima rawatan di hospital kerana mengambil dadah berlebihan.

“Walaupun konsert itu sudah lama dirancang, apakah negara dan pemimpinnya tiada perasaan mahu menangguh atau membatalkan konsert itu sebaik saja tragedi MH370 ini berlaku?” tanya beliau.

Menurutnya, malang sekali, hanya setelah 6 nyawa terkorban dan 14 lagi sedang bertarung antara hidup dan mati, barulah konsert itu dibatalkan.

“Tetapi semuanya sudah terlambat, insiden ini menjadikan imej negara dicemari sekali lagi,” tulisnya lagi.

Baca di sini

Tiada ulasan: