Jumaat, 21 Mac 2014

BERLAKU ADIL DITUNTUT DALAM ISLAM....JIKA TIDAK SENDIRI TANGGUNG DIDUNIA....DIAKHIRAT TANGGUNG LAGI

Tinggal lagi lebih kurang 24 jam, pengundi di Kajang akan menunaikan hak masing-masing. Siapakah yang bakal menang nanti - Wan Aziziah kah atau Chew Mei Fun? PKR kah atau MCA? Pakatan Rakyat atau Barisan Nasional? Saya bukan Nujum Pak Belalang yang bernasib baik dapat meneka jawapan dengan betul.

Namun, saya berharap Pakatan Rakyat melalui PKR dapat mengekalkan kerusi tersebut daripada dirampas oleh MCA-BN. Hal ini kerana, sebagai rakyat Malaysia yang melihat perkembangan politik tidak sihat selama ini, saya melihat perlunya Pakatan mempertahankan kerusi ini dan seterusnya menguasai politik Malaysia suatu hari nanti.

Kemenangan ini penting dari sudut mempertahankan keadilan. Saya merupakan salah seorang rakyat Malaysia yang tersedar dari lena yang panjang apabila kes liwat Anwar kali pertama pada tahun 1998-99 dahulu.

Sebelumnya saya seperti ramai lagi rakyat Malaysia kelas pertengahan tidak mempedulikan iklim politik di Malaysia asalkan saya boleh cari makan dengan selesa. Namun kes liwat yang pertama memberikan persepsi baru bahawa sesuatu sudah tidak kena dengan sistem keadilan di Malaysia.

Oleh itu, saya beranggapan rakyat khususnya pengundi Kajang perlu menggunakan kuasa undi mereka sebagai suatu petunjuk bahawa keadilan mesti ditegakkan. Umno-BN perlu sedar bahawa rakyat hari ini bukan berjuang atas batang tubuh anwar semata-mata tetapi dengan agenda yang lebih besar dari itu yakni menegakkan keadilan tanpa mengira agama dan warna kulit. Sebagai umat Islam pula kita diajar agar membela sesiapa sahaja yang dizalimi.
KAJANG: Tindakan pihak tidak bertanggungjawab menampal pelekat berlogo DAP di beberapa surau dan masjid di sekitar Saujana Impian, Sungai Kantan dan Kajang Baru bertujuan mencetuskan provokasi kaum dan agama sekaligus bertujuan mencemar imej Pakatan Rakyat.

Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil berkata pihaknya juga mendapat maklumat tentang kewujudan pelekat logo DAP di kawasan-kawasan majoriti Melayu.

Pelekat berlogo DAP itu diletakkan di papan tanda surau dan masjid berkenaan.

Kejadian dimaklumkan kepada pihak PKR awal pagi ini oleh calon PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sendiri.

Perkara tersebut turut diakui Timbalan Pengarah PRK Kajang, Zuraida Kamaruddin yang menegaskan Pakatan Rakyat tidak sesekali membenarkan taktik kotor sebegini dilakukan.

"Kita beranggapan pihak tidak bertanggungjawab sengaja memainkan sentimen pengundi Melayu kerana melihat pertambahan sokongan yang diperolehi kita dengan pengundi Melayu," tegas beliau.

Justeru, beliau meminta pihak jawatankuasa masjid dan surau berkenaan untuk membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut bagi memastikan pihak tidak bertanggungjawab tersebut dikenal pasti dan di bawa ke muka pengadilan.
KAJANG: PKR menyelar perbuatan khianat pihak tertentu yang menyimbah cat merah di billboard calon BN Datuk Paduka Chew Mei Fun.

Billboard calon BN itu yang terletak di hadapan bangunan pusat membeli belah Tesco Extra Saujana Impian telah disimbah cat merah selepas jam 3.00 pagi tadi.

Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil berkata, perkara itu dimaklumkan sendiri oleh Datuk Seri Dr Wan Azizah ketika melalui kawasan itu kira-kira jam 9.00 pagi tadi.

"Saya dapat makluman sehingga jam 3.00 pagi belum ada cat di situ dan waktu itu juga ada sekatan jalan raya oleh polis.

"Tiba-tiba pagi ini calon kita maklumkan ada cat merah di calon BN,"katanya dalam sidang media di Bilik Gerakan Utama PKR di sini hari ini.

Bagaimanapun katanya, PKR sentiasa mengingatkan para petugas mereka agar mempunyai disiplin yang tinggi dan tidak melakukan politik kotor semasa berkempen.

Sementara itu, Ketua Bilik Operasi 11 Suhaimi Shafie mengerahkan jentera parti mengawasi penyebaran bahan-bahan fitnah dan propaganda oleh pihak lawan di masjid-masjid sekitar Kajang.

Katanya, tempoh baki berkempan yang tinggal sehari lagi pelbagai serangan yang akan dibuat oleh pihak lawan untuk meraih undi mereka.

"Semalam kita masih jumpa bahan kempen yang mencerca dan merendahkan calon kita. Kita tidak kempen macam itu.

"Kita akan pastikan ada petugas-petugas kita di masjid-masjid dan bersedia merampas risalah propaganda," katanya.

KAJANG: Kira-kira 200 kain rentang serta 10 papan iklan kempen PKR diturunkan petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan polis kerana didakwa mempunyai unsur hasutan.

Operasi menurunkan bahan kempen PKR itu dilapor berlaku sekitar jam 5 petang semalam, dan berterusan sehingga jam 3 pagi tadi.

Timbalan Ketua Penerangan PKR, Sim Tze Tzin, berkata terdapat dua kain rentang yang dikatakan sensitif dan berbaur hasutan iaitu satu darinya memaparkan wajah Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di sebalik jeriji besi penjara di sebelah kiri kain rentang tersebut.

Manakala, wajah Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, di sudut sebelah kanan kain rentang sedang mengelap air mata, dengan kata-kata "You're Never Walk Alone" di bawahnya.

Sim berkata, apabila pihaknya mempersoal tindakan itu, petugas SPR mengatakan kain rentang tersebut berbaur hasutan dan bersifat provokatif.

"Kami tidak lihat di mana ia berbaur hasutan. Apa yang hasutan dan provakatif? Ia hanya memaparkan seorang isteri yang setia bersedih dengan nasib yang dialami suaminya," tegas beliau pada satu sidang media, di Bilik Gerakan Utama PKR, di Sungai Sekamat, pagi ini.

Menyifatkan alasan tersebut sebagai satu gangguan terhadap kempen pilihan raya dan tindakan tidak profesional, Sim berkata ia juga merupakan penyalahgunaan kuasa SPR terhadap parti yang bertanding.

Selain kain rentang tersebut, satu lagi kain rentang yang diturunkan memaparkan wajah Anwar.

SPR ketika menjawab bantahan yang dikemukakan, berkata gambar Anwar tidak dibenarkan dipapar di kain rentang tersebut memandangkan Anwar bukanlah calon di Kajang.

"Alasan SPR itu mengarut. Kalau kita tengok di sekitar Kajang, terdapat semua gambar pimpinan BN, termasuk gambar Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yasin yang juga bukan calon untuk kawasan ini," kata beliau.

Sementara itu, Ahli Parlimen Alor Setar, Gooi Hsiao Leung, berkata ketika mendapat maklumat berkenaan operasi tersebut, beliau bersama beberapa pimpinan lain pergi ke tempat kejadian dan mendapati kira-kira 30 hingga 40 orang pegawai SPR dan polis berada di situ.

Beliau berpandangan sesuatu kain rentang itu boleh disifatkan sebagai hasutan sekiranya benar-benar terdapat ayat hasutan ataupun kata-kata menyerang calon lawan.

"Jika benar ada ayat-ayat hasutan dan juga perkataan yang menyerang calon lawan, kita boleh terima alasan SPR tersebut," kata Gooi.

LABUAN: Perpaduan nasional hanya akan dicapai jika rakyat negara ini tanpa mengira agama, bangsa dan fahaman politik dilayan secara adil dan saksama di bidang sosial, ekonomi dan politik, kata Yang Dipertua PAS Labuan, Hamir Zahari.
Berucap pada majlis Dialog Perpaduan anjuran Majlis Konsultasi Perpaduan Negara (MKPN) di Anjung Budaya Taman Damai, Layang Layangan, dekat sini, 15 Mac lalu, Hamir berkata sebagai sebuah negara berbilang bangsa, layanan adil kepada seluruh rakyat adalah penting dan sentimen perkauman perlulah dijauhi.
Sambil memetik ayat 13 Surah Al-Hujarat tentang manusia yang diciptakan Allah SWT daripada pelbagai bangsa, beliau berkata keadilan sosial perlu ditegakkan bagi menjamin keharmonian dan perpaduan masyarakat berbilang kaum di negara ini.
“Janganlah kerana kerakusan untuk meraih keuntungan atau mileage politik yang bersifat sementara, akan memusnahkan (keharmonian kaum). Maka di kala kerosakan sudah berlaku, semua pihak akan menderita dan sebarang langkah pembaikkan sudah tidak berguna lagi,” tegas beliau.
Hamir (gambar) turut menyentuh peranan media yang perlu melapor dengan adil dan mengelak daripada memainkan isu berbau perkauman seperti yang berlaku sebaik pilihan raya umum (PRU) ke-13 berakhir.
Beliau juga mempersoalkan tindakan penganjur yang tidak menjemput wakil PKR pada pertemuan itu.
“Kenapa PKR Labuan tidak ada dalam senarai jemputan? Kalau kita nak bercakap soal perpaduan maka kita kena libatkan semua pihak untuk mendapatkan feedback daripada seluruh rakyat,” saran beliau pada program yang dimudahcarakan oleh Ahli MKPN, Tan Sri Lee Lam Tye.
Dalam ucapannya juga, Hamir menyentuh keperluan bagi setiap pertubuhan berdaftar untuk menggunakan kemudahan awam seperti dewan orang ramai bagi melaksanakan aktiviti berpersatuan.
Di sudut ekonomi, beliau membangkitkan jurang pembangunan antara Malaysia Timur dan Semenanjung.
Menurutnya, walaupun Labuan sebagai contoh menyumbang lebih RM1.43 bilion kepada pendapatan negara pada 2012 namun penbangunan prasarana di pulau ini tidak sejajar dengan hasilnya.
“Kami pasti perolehan Labuan hasil daripada industri minyak dan gas dan institusi kewangan luar pesisir semakin meningkat pada tahun kewangan 2013. Rakyat ingin tahu bagaimana hasil pendapatan ini digunakan untuk pembangunan Labuan khususnya?” soal beliau.
Hamir juga membangkit cadangan pembinaan jambatan Labuan–Menumbok yang menghubungkan pulau itu dengan tanah besar Sabah.
“Apa perkembangan cadangan pembinaan jambatan ini? Bagi kami, projek jambatan ini berupaya memupuk perpaduan jika dilaksanakan,” jelasnya.
Beliau berharap agar perbezaan ideologi politik tidak menjadi batu penghalang kepada perpaduan penduduk Labuan malah mahukan pulau ini menjadi perintis perpaduan nasional yang diharapkan.
‘Aisyah RA meriwayatkan bahawasanya Rasulullah SAW bersabda: “Setiap manusia telah diciptakan dengannya tiga ratus enam puluh sendi. Oleh itu sesiapa yang mengagungkan Allah, Bersyukur kepadaNya, bertahlil, memuji Allah, dan mencari pengampunan dari Allah, dan mengalih batu, atau duri, atau tulang dari laluan orang ramai, dan mengajak kepada kebajikan dan melarang daripada kejahatan, dengan sendinya tiga ratus enam puluh, ia akan berjalan pada hari akhirat dengan mengeluarkan dirinya dari neraka.” [HR Muslim]

Buraida meriwayatkan bahawa dia mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Setiap orang mempunyai tiga ratus enam puluh sendi, oleh itu ia harus memberi sedekah untuk setiap satu dari nya.” Ditanyakan kepadanya: “Ya Rasulullah, siapa yang mampu berbuat demikian?” Rasulullah SAW menjawab:“Kalian boleh menimbus kahak yang mungkin kalian temui di dalam masjid, atau mengalihkan batu, duri, atau tulang dari laluan orang-ramai. Jika kalian tidak mampu berbuat demikian, solat dua rakaat Ad-Dhuha sudah mencukupi. “ [HR Abu Dawud, disahihkan oleh Albani]

Dr. Hamid Ahmad Hamid dalam bukunya The Journey of Faith inside the Human Body, mengesahkan terdapatnya 360 sendi pada tubuh manusia seperti yang disabdakan oleh Nabi SAW 1,400 tahun yang lalu, iaitu seperti berikut:

    147 sendi di tulang belakang
    25 sendi antara tulang belakang
    72 sendi antara tulang dan tulang rusuk
    50 sendi antara tulang bahagian luqaimat (lumbar?)
    24 sendi di dada
    2 sendi antara tulang sternum dan thoracic cage
    18 sendi antara tulang dada dan tulang rusuk
    2 sendi antara klavikula dan skapula (tulang belikat)
    2 sendi antara skapula dan dada
    86 sendi di hujung teratas
    2 sendi antara tulang scapular
    6 sambungan antara siku
    8 sendi antara pergelangan tangan
    70 sendi antara tulang tangan
    92 sendi di hujung terbawah
    2 sendi pinggul
    6 sendi antara tulang lutut
    6 sambungan antara pergelangan kaki
    74 sendi antara tulang kaki
    11 sendi di pelvis
    4 sendi antara vertebra tulang ekor (coccyx)
    6 sendi antara tulang acetabulm
    1 sendi sumphysis kemaluan

Jumlah sendi 360

Fungsi sendi ini adalah bagi memudahkan pergerakan anggota-anggota di tubuh manusia.

Pada zaman Nabi SAW adalah tidak mungkin bagi manusia untuk mengetahui bilangan sendi ini dengan ketepatan seperti itu, kerana sebahagian besar sendi ini halus saja dan berada pada kedudukan yang sangat sukar untuk dilihat. Sendi-sendi halus ini tidak diketahui sebelum adanya kemajuan anatomi, dan pada masa kini para saintis barat hanya mampu menganggarkan bilangan sendi di dalam tubuh manusia adalah di antara 250 hingga 350.

Allah SWT berfirman:
“Apakah Dia (Allah) yang menciptakan itu tidak tahu, sedangkan Dia adalah Maha Halus, lagi Maha Mengetahui?” (Al-Mulk:14)

“Dan tidaklah yang diucapkannya (Rasulullah SAW) itu menurut kemahuan hawa nafsunya. Ucapannya itu tiada lain hanyalah wahyu yang diwahyukan (kepadanya).” (An-Najm: 3-4)

* Sumber dari mysweetmiko.blogspot.com
Hari Air Sedunia disambut setiap 22 Mac. Ia adalah untuk menandakan kepentingan air terutamanya kepada manusia. Ia adalah sebahagian daripada aktiviti Dekad untuk Air (2005 - 2015) oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Tema sambutan tahun ini ialah "Air dan Tenaga". Perjalanan "persahabatan" di antara air dan tenaga bermula apabila air dari permukaan bumi menyejat selepas menyerap tenaga daripada matahari. Ia kemudian membentuk awan dan kerpasan (precipitation) bermula dalam bentuk hujan dan salji. Pengaruh hujan dan salji kepada ekosistem adalah cukup luas. Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER) ingin meringkaskan gambaran "persahabatan" di antara air dan tenaga seperti berikut.

Air Menjana Tenaga

Apabila air mengalir dari kawasan yang tinggi, ia akan menukarkan tenaga keupayaan yang tersimpan kepada tenaga kinetik. Ini terbukti apabila roda air (water wheel) dicipta untuk menghasilkan kuasa mekanikal dan sebaliknya. Kini, air disimpan di dalam empangan bagi mewujudkan tenaga keupayaan untuk menghasilkan tenaga elektrik melalui loji janakuasa hidroelektrik.

Sehingga 31 Disember 2011, Malaysia mempunyai 10.5% atau 3,015 MW (MegaWatt) kapasiti terpasang (installed capacity) untuk hidroelektrik dan ia dijangka meningkat di Sabah dan Sarawak. Hidroelektrik masih merupakan bahagian terbesar sumber tenaga boleh diperbaharui dan pelepasan karbon (carbon footprint) adalah antara 6.5g bersamaan CO2 setiap kWj (kiloWattjam) bagi penjanaan hidroelektrik air larian sungai (mini hidro) dan 60g bersamaan CO2 setiap kWj untuk tenaga elektrik yang dijana daripada empangan hidroelektrik berskala besar. Sebuah loji janakuasa arang batu sub-kritikal yang baru melepaskan lebih daripada 1000g bersamaan CO2 setiap kWj.

Air Menggunakan Tenaga

Air mentah perlu dirawat untuk memastikan ia memenuhi piawaian kualiti air minuman yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan. Maka, kita memerlukan sejumlah besar tenaga untuk merawat dan membekalkan air terawat. Ini adalah disebabkan oleh penggunaan tenaga elektrik oleh sistem pam yang dipasang untuk membawa air mentah ke loji perawatan air, proses perawatan itu sendiri dan untuk mengepam air terawat ke zon permintaan. Kos untuk perawatan dan bekalan air boleh dilihat sebagai peratusan nisbah di antara kos tenaga dan jumlah perbelanjaan operasi (OPEX) untuk perawatan dan bekalan air.

Sistem pam yang lama menyebabkan kos yang lebih tinggi disebabkan pam yang tidak cekap tenaga berbanding dengan pam berkecekapan tinggi yang baru. Nisbah purata kos tenaga dan OPEX di Malaysia adalah kira-kira 25% pada tahun 2012 mengikut Malaysia Water Industry Guide 2013. Nisbah tertinggi kos tenaga dan OPEX adalah di Perlis (53%) dan nisbah terendah adalah di Sabah (6%). Sistem aliran berpandukan graviti (gravity feed) bagi perawatan dan bekalan air boleh mengurangkan penggunaan tenaga dengan ketara kerana tenaga keupayaan yang tersimpan di dalam air digunakan untuk mengalirkan air. Walau bagaimanapun, kawasan berpenduduk padat dengan bangunan-bangunan bertingkat dan lokasi yang jauh dari kemudahan-kemudahan perawatan air masih akan menyebabkan penggunaan tenaga yang lebih tinggi untuk membekalkan air terawat.

Air Sisa Menggunakan dan Menjana Tenaga

Sektor domestik, komersil dan industri menghasilkan air sisa. Air sisa ini perlu dirawat untuk mencegah ia daripada mencemari sungai kita dan seterusnya alam sekitar. Proses-proses perawatan memerlukan banyak kuasa mekanikal yang digerakkan oleh tenaga elektrik. Ini meningkatkan penggunaan tenaga untuk merawat air sisa. Air sisa industri yang mempunyai bahan kimia berbahaya mungkin perlu menggunakan input tenaga yang lebih tinggi dalam proses perawatan air sisa.

Namun begitu, sisa kumbahan dan biomas boleh menghasilkan gas metana. Metana adalah sumber tenaga boleh diperbaharui. Proses ini membolehkan sisa kumbahan dan biomas ditukar menjadi tenaga elektrik atau biogas. Sebahagian daripada biogas yang dihasilkan digunakan untuk pengangkutan, memasak dan proses pembakaran bagi industri.

Sisa pepejal yang terhasil dapat dibakar atau dirawat untuk digunakan sebagai bahan tambah (admixture) konkrit, bahan peningkatan kualiti tanah dan baja. Air sisa yang telah dirawat daripada loji-loji pembetungan juga boleh dibekalkan untuk kegunaan bukan makan dan minum (non-potable) dalam kedua-dua aplikasi industri dan bukan industri. Ini akan mengurangkan permintaan bagi air terawat dan sekali gus mengurangkan jumlah kos tenaga kerana sesetengah zon permintaan bagi air sisa yang telah dirawat ini adalah lebih dekat dengan loji-loji pembetungan berpusat.

Air untuk Pertumbuhan Tenaga (biofuel)

Di Malaysia, jumlah penggunaan air dibahagikan kepada sektor domestik, industri (termasuk komersil) dan pertanian yang menggunakan penggunaan 17%, 21% dan 62% masing-masing. Berdasarkan statistik oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), pada tahun 2012 jumlah permintaan bagi air terawat untuk sektor domestik adalah kira-kira 5,881 Juta Liter sehari (JLH). Kita boleh menganggar secara kasar bahawa sektor pertanian menggunakan sekitar 21,448 JLH air (air mentah dan sedikit air terawat) bagi kedua-dua penggunaan langsung dan tidak langsung kerana tidak ada pengukuran secara langsung yang dilakukan bagi sektor ini.

Keperluan untuk mencari sumber tenaga boleh diperbaharui yang boleh ditanam telah mengilhamkan penciptaan biofuel. Biofuel dicipta dengan menukar bahan mentah dari sektor pertanian dalam bentuk kanji atau minyak kepada bahan api yang boleh digunakan seperti etanol atau metil ester (methyl ester). Di Malaysia, minyak sawit digunakan sebagai bahan mentah untuk menghasilkan metil ester yang boleh dibakar. Walau bagaimanapun, ini telah menimbulkan banyak isu sama ada produk pertanian patut digunakan untuk memenuhi permintaan makanan atau permintaan bahan api. Apakah yang akan berlaku jika biofuel merupakan sektor yang lebih menguntungkan dan menyebabkan bekalan produk pertanian sebagai makanan dikurangkan? Ini adalah faktor utama dalam kenaikan harga makanan pada tahun 2007 - 2008 di seluruh dunia.

Kecekapan Air dan Tenaga adalah Jaminan Keselamatan Negara Kita dan Kunci yang Menentukan Kewujudan (Survival) Kita

Peningkatan mendadak terhadap permintaan air dan tenaga akan menyebabkan pemburuan ganas untuk mendapatkan sumber. Pernahkah kita terfikir untuk mengoptimumkan penggunaan air dan tenaga kita? Bergegas untuk memenuhi permintaan hanya akan menyebabkan semua tamadun hancur.

AWER telah mewujudkan alat perancangan untuk membantu Malaysia untuk mencapai kedua-dua kecekapan air dan tenaga. Ini adalah model 3C50 kami. Kami telah memulakan beberapa kerja kami untuk mengubah dasar-dasar di Malaysia untuk memacu ke arah kecekapan air dan tenaga di sepanjang kitaran hayat air dan tenaga. Kami juga telah menghasilkan alat atas talian yang percuma. Untuk meningkatkan kecekapan tenaga bagi semua peringkat pengguna, kami telah mencipta Tangkap si Pencuri (Click d' Thief) yang boleh dilayari melalui www.click.org.my dan untuk menggalakkan kecekapan air bagi pengguna domestik, kami telah mencipta Tangkap si Hydro (Catch d' Hydro) yang boleh dilayari melalui www.water.org.my.

Kami masih berusaha untuk menjalankan lebih banyak kerja-kerja penyelidikan untuk meningkatkan kecekapan air dan tenaga di Malaysia bagi memastikan jaminan keselamatan negara kita dilindungi dan kelangsungan hidup (survival) kita untuk masa depan yang lebih sukar adalah terjamin.

Kesimpulan

Perkara penting boleh diulang banyak kali. Tetapi, ia juga perlu diikuti oleh tindakan daripada agensi-agensi yang diberi kuasa dan dibayar gaji untuk menjalankan tugas mereka. Hubungan "persahabatan" di antara air dan tenaga hanya menunjukkan bahawa kita masih dalam peringkat pembelajaran awal dalam menuai potensi untuk mendapatkan air dan tenaga secara lestari melalui kemajuan teknologi.

Apabila hujan mula turun, kita lupa apa yang kita hadapi semasa krisis air. Sehingga ia berulang sekali lagi, kita teringat. Bukan AWER yang berkata, sejarah berulang sendiri! Tetapi, apa yang kami tanyakan adalah BILA AGAKNYA PIHAK BERKUASA KITA AKAN BELAJAR?

Penulis ialah Presiden Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER)

Monday, 17 March 2014

KISAH ASKAR AMERIKA SYARIKAT BERADA DI IPOH DAN KOTA BHARU YANG DIHEBOHKAN DI ALAM MAYA AKHIRNYA TERJAWAB !!!!!


Siang tadi heboh dilaman sosial sama ada Facebook maupun Twitter dan Whatsapp betapa askar Marines Amerika Syarikat sudah berada di negara kita di Ipoh dan Kota Bharu kononnya berkaitan dengan kehilangan pesawat MH370.

Dari awal lagi apabila kisah ini mulai merebak dan bertambah rancak Omak Kau merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan hebahan bergambar ini.

Jangkaan dan ramalan Omak Kau tepat kerana gambar tersebut ialah rakaman gambar mengenai suatu Latihan Bersama antara Pasukan Gerakan Khas PDRM bersama Tentera Marin dan Laut Amerika Syarikat pada tahun 2012.

Gambar itu diceduk dari rakaman gambar yang mempunyai watermark PDRM tapi dikaburkan.

Untuk tujuan apa para penggiat laman sosial melakukannya tidaklah diketahui dengan tepat tetapi yang pasti ianya mampu mengundang rasa gelisah dan tidak tenteram dikalangan rakyat.

HENTIKAN KERJA-KERJA YANG MAMPU MENGUGAT KETENTERAMAN DAN KESELAMATAN AWAM.


Latihan Pasukan Gerakan Khas (PGK) bersama US Army dan US Navy.

Latihan ini dijalankan bersama 'C' Company 1 Batalion 1 Special Forces Group yang berpengkalan di Pulau Okinawa Jepun dan beribu pejabat di Hawaii.

Gandingan latihan bersama Pasukan Gerakan Khas (Unit Tindakan Khas) telah bermula sejak tahun 1996 sehingga kini. Latihan dijalankan 1 atau 2 kali setahun dengan US Army dan kadang kala terdapat juga latihan dengan US Navy dalam bidang penyelam tempur.

Bertempat di Lapangan Terbang Unit Udara Ipoh, latihan yang berlangsung pada hari ini adalah bersama tentera US Army bermula pada 16 Januari dengan acara penerjunan persahabatan dan berakhir pada 17 Februari 2012.

Kumpulan US Army ni diketuai oleh Major Stephen Taylor. Terdapat 40 operatif US dan 38 operatif PGK dalam latihan ini, manakala kumpulan sniper pula telah menjalankan latihan di LISRAM Pulau Langkawi selama dua minggu.

Perkara-perkara yang didedahkan dalam latihan ini adalah:-
   
1) Kemahiran medan/teknik menembak
   
2) Kemahiran merancang dan mengendali serbuan bangunan
   
3) Kemahiran 'perubatan tempur' (Combat causality care)
   
4) Kemahiran letupan

5) Pertempuran dikawasan bandar (fighting in built up area-(FIBUA)
   
6) Perancangan operasi
   
7) Latihan Sniper

Setela latihan tamat, Pasukan Gerakan Khas (UTK) akan mengajar kemahiran pengiring rapat kepada pihak 'C' Company 1 Battalion, 1 Special Forces Group selama 3 hari (reciprocal training). Semasa latihan peringkat akhir seramai 4 Pegawai FBI dari Los Angeles Field Office akan menjalankan latihan 'evidence collection'.

Sebagai penghormatan, pada 15 Februari 2012, YDH Dato' Wira Salleh bin Mat Rashid, Pengarah Jabatan KDN/KA dan YDH Dato' Azizan bin Abd Aziz, Komander 69 Komando telah menerima anugerah Sayap Penerjunan Tentera US Kehormat yang telah berlangsung di Unit Udara Polis Ipoh, Perak.

Ini lah wajah ketua puteri umno negeri perlis yg di tuduh berkhalwat dgn lelaki berumur 57 tahun.

Written By canang on Khamis, 20 Mac 2014 | 3/20/2014 01:09:00 PTG

Ini lah wajah ketua puteri umno negeri perlis yg di tuduh berkhalwat dgn lelaki berumur 57 tahun.

Wednesday, March 19, 2014

DI MAHKAMAH SYARIAH HARI INI!!! Ketua Puteri UMNO dituduh berkhalwat dengan pasangan berumur 57 tahun

Kangar: Ketua Puteri UMNO negeri yang juga Ketua Puteri Bahagian Arau, Zuraidah Zainal Abidin, 34, bersama pasangannya Burhanuddin Ismail, 57, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Syariah Kangar, di sini, pagi tadi bagi pertuduhan khalwat di Hotel Sri Garden, pada jam 1.30 pagi pada 3 Mac lalu.

Kedua tertuduh tidak mengaku bersalah dan meminta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan ke atas mereka di depan Hakim Kanan Mahkamah Tinggi Syariah, Jaidi Ahmad.

Berdasarkan kertas pertuduhan, Zuraidah berasal dari Kampung Changkat Lada, Mata Ayer, di sini, didakwa bahawa pada 3 Mac lalu pada jam lebih kurang jam 1.30 pagi di bilik 201, Hotel Sri Garden di Persiaran Jubli Emas, di sini dikatakan tinggal sekediaman atau berkurung yang mendatangkan syak dengan Burhanuddin yang bukan mahram, maka dituduh melakukan kesalahan khalwat di bawah Seksyen 9 (2) dalam Seksyen Jenayah Dalam Syariah Negeri Perlis.

Bagi pertuduhan ke atas Burhanuddin dari Jalan Hiliran, Kuala Terengganu, dikatakan bahawa pada 3 Mac pada jam lebih kurang jam 1.30 pagi di bilik 201, Hotel Sri Garden di Persiaran Jubli Emas, di sini, dikatakan tinggal sekediaman atau berkurung yang mendatangkan syak dengan Zuraidah yang bukan mahramnya, maka dituduh melakukan kesalahan khalwat di bawah Seksyen 9 (1) dalam Seksyen Jenayah Dalam Syariah Negeri Perlis.
 

Tiada ulasan: