Berakhir di Samudera
Berikut adalah pengumuman yang dibuat beliau di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dengan wajah dan suara sayu.
Menerusi pelbagai analisis yang belum digunakan dalam siasatan sebelum ini, pihak itu mendapat petunjuk mengenai laluan penerbangan MH370.
Berdasarkan analisis terbaru, INMARSAT dan AAIB membuat kesimpulan bahawa pesawat itu terbang melepasi Koridor Selatan dan itu adalah lokasi terakhir di tengah Lautan Hindi iaitu barat Perth, Australia.
Tujuh `ping' tentu haluan MH370
Penemuan itu kemudiannya membuatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, mengumumkan kedudukan terakhir penerbangan MH370 yang dikesan di tengah Lautan Hindi, di barat Perth.
Dalam tempoh isyarat yang dipancarkan ke satelit dan sudut pendakian pesawat, Inmarsat dapat memberikan dua kemungkinan lengkok penerbangan iaitu sama ada ke utara atau selatan.
Menurut jurucakap syarikat itu, saintis Inmarsat kemudian melakukan siasatan terhadap kesemua `ping' berkenaan menggunakan teknik kesan `Doppler', yang akan menjelaskan bagaimana gelombang mengubah frekuensi terhadap `pemerhati' iaitu satelit.
Menurutnya, Badan Siasatan Nahas Udara Britain turut terbabit melakukan analisis terhadap kesemua `ping' berkenaan.
Katanya, contoh kesan `Doppler' paling hampir adalah siren kereta peronda polis yang berubah apabila ia menghampiri atau memintas `pemerhati'
Ketua Komunikasi Korporat Inmarsat pula berkata, Jonathan Sinnatt berkata: “Kami kemudian mengambil data yang diperoleh daripada pesawat dan melakukan `plot' ke atas dua lengkok itu dan hasilnya kami mendapati pesawat itu terbang ke arah selatan.”
Katanya, syarikat itu kemudian melakukan perbandingan antara penerbangan teori pesawat dengan data yang diterima daripada Boeing 777s yang pernah menggunakan laluan sama dan hasilnya memang padan.
Keputusan itu kemudiannya diserahkan kepada satu syarikat satelit lain untuk diperiksa sebelum diberikan kepada penyiasat.
`Selamat malam, daddy'
Dia berkongsi kesedihan menerusi akaun Twitter selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membuat sidang media khas bagi mengumumkan perkembangan terkini pencarian pesawat milik Malaysian Airlines (MAS) itu, malam tadi.
@Gorgxous_ pada mulanya menyebut: `I just don't know what to say about it' (Saya
tak tahu nak kata apa) diikuti `God loves you more daddy...God loves them
more),' tiga minit kemudian.
Dalam mesej pada 11.30 malam itu, Maira Elizabeth menyebut `I will never
forget the look on his face when he opened his birthday present the other day.
He was so happy!'
(Saya tak akan lupa riak wajah gembira beliau ketika membuka hadiah hari
jadinya tempoh hari. Dia amat gembira)
Akaun itu mempunyai 57,162 pengikut dan 62,474 tweet sehingga 11.30 malam.
Sebelum tidur Maira berkata: "I don't know what to say, what to think. I feel so lost, so blank. I'm just so tired. Goodnight, daddy. Sigh.. * hugs *".
Skuad Liga Perdana Inggeris iaitu Liverpool FC turut melahirkan sokongan mereka kepadanya selepas Maira Elizabeth menulis mesej yang meruntun hati kepada
ayahnya di Twitter pada 16 Mac lalu.
Hotel Beijing bertukar kelam-kabut
Berdasarkan tweet wartawan asing yang berada di hotel terbabit, ada anggota keluarga mangsa yang pengsan sehingga terpaksa diusung keluarga, marah dengan menendang dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap jurukamera selain meraung serta menangis.
MAS turut memaklumkan perkembangan terkini mengenai tragedi itu melalui SMS kepada semua ahli keluarga terbabit di Beijing. Kandungan mesej itu melahirkan simpati dan menganggap semua penumpang hilang dan tidak seorang pun dapat diselamatkan. Kandungan SMS itu juga meminta ahli keluarga menerima apa jua bukti yang menunjukkan pesawat itu hilang.
Polis turut dipanggil ke Hotel Lido bagi mengawal keadaan yang disifatkan kelam-kabut, penuh kemarahan dan kekeliruan itu. “Seorang waris gagal mengawal emosi di depan media dan mengatakan terdesak dan harapannya musnah,” tweet seorang wartawan di sana lapor The Guardian, malam tadi.
MAS mohon maaf
Menurut MAS dalam kenyataannya malam ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah mengumumkan penerbangan MH370 yang berakhir di selatan Lautan Hindi berdasarkan data analisis terbaru satelit mencadangkan pesawat itu jatuh di selatan Lautan Hindi.
“Kami tahu, tiada kata-kata yang kami atau sesiapa saja dapat diungkapkan berupaya meredakan kesakitan anda. Kami akan terus membantu dan menyokong anda, sebagaimana kami telah laksanakan sejak hari pertama MH370 hilang pada awal pagi 8 Mac ketika terbang dari Kuala Lumpur ke Beijing.
“Operasi mencari pelbagai negara akan diteruskan bagi mencari jawapan bagi pelbagai persoalan yang masih menjadi tanda tanya. Di samping pencarian MH370, siasatan yang intensif akan dijalankan bagi mencari jawapannya.
“Kami memberi jaminan bahawa Malaysia Airlines akan terus memberi sokongan buat anda dalam menghadapi kesukaran pada minggu dan bulan mendatang.
“Sekali lagi, kami mengucapkan ingatan yang tulus, doa dan takziah kepada setiap yang terkesan akibat tragedi ini,” menurut kenyataan itu.
Najib terima panggilan daripada Abbott
Najib berkata, Abbott memberitahu beliau objek itu akan diambil dalam beberapa jam lagi.
“Dua objek yang dikesan akan diambil dalam beberapa jam lagi,” kata Najib menerusi mesej twitter semalam.
Operasi cari kotak hitam
Dilaporkan, peralatan yang digelar ‘Towed Pinger Locator’ adalah penting dalam usaha mencari kotak hitam pesawat yang hilang jika pasukan carian antarabangsa yang diketuai Australia menemui serpihan di kawasan selatan Lautan Hindi yang terletak kira-kira 2,500 kilometer dari barat daya Perth.
Australia, China kesan objek sama
Lebih 20 negara menghantar aset mereka untuk membantu Malaysia dalam misi pencarian di lingkungan kawasan mencari.
Sehingga semalam (kelmarin), operasi membabitkan di kawasan keluasan 18,500 batu nautika di kawasan pencarian Australia.
Dua objek berwarna oren berukuran satu meter panjang dan tong drum berwarna putih dikesan oleh pesawat, namun ia masih belum dikenalpasti dan belum ada kesimpulan untuk mengaitkannya dengan pesawat MH370.
Perhatian dan aset mencari pesawat Boeing 777 kini sudah beralih ke kawasan berdekatan kawasan berais di selatan Lautan Hindi.
Pesawat tentera China dan Jepun menyertai 10 pesawat tentera negara lain buat pertama kali untuk mengesan lokasi pesawat MH370.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan