• adnan
1 / 2
KUALA LUMPUR - Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini membidas ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang disifatkan sebagai seorang yang hanya mempunyai kepentingan politik semata-mata.

Katanya, Anwar telah mengkritik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kerana tidak mengadakan soal-jawab media pada sidang akhbar MH370 di Putrajaya semalam.

Sedangkan tujuan Najib berbuat demikian adalah bagi mengelak berlakunya kekeliruan, kata Tengku Adnan.

Beliau yang juga Setiausaha Agung Umno berkata tindakan Anwar yang suka memperbesarkan perkara kecil adalah untuk kepentingan politik semata-mata.

"Anwar ni apa kita buat semua salah. Pasti Perdana Menteri tak jawab soalan (media) kerana tidak mahu mengelirukan keadaan.

"Dia (Anwar) tak faham...dia akan timbulkan setiap perkara kecil untuk kepentingan politik dia. Ini masalahnya", kata Tengku Adnan kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Hala Tuju Melayu anjuran Umno Bahagian Bandar Tun Razak di sini.

Sebuah laman portal memetik Anwar sebagai mengkritik Najib kerana tidak mahu mengambil sebarang soalan dari media pada sidang akhbar tersebut. - Bernama

Update Terkini - 'Pilot' Di Kaitkan Dengan Kehilangan MH370


#MH370: INFORMER AL-QAEDA DEDAH PENGLIBATAN 'JURUTERBANG' DALAM PLOT RAMPASAN PESAWAT | Pada minggu lalu sebelum sidang media Perdana Menteri Malaysia yang mengesahkan pesawat MH370 menukar laluan diadakan, seorang informer yang merupakan ahli Al-Qaeda memberitahu kepada mahkamah di Britain bahawa terdapat 4 hingga 5 lelaki warga Malaysia telah merancang untuk mengambil alih sebuah pesawat dengan menggunakan bom yang tersembunyi di dalam kasut.
Informer tersebut, Saajid Muhammad Badat mengatakan bahawa dia telah berjumpa dengan kumpulan pejuang Jihad warga Malaysia di Afganistan, yang mana seorang daripadanya adalah juruterbang. Tambahnya lagi, dia diarahkan untuk memberikan “Bom Kasut” kepada kumpulan warga Malaysia dalam perjumpaan itu.
“Saya telah memberikan satu kasut saya kepada rakyat Malaysia itu. Saya rasa ia adalah untuk mengakses kokpit pesawat."
Menurut pakar keselamatan, pendedahan daripada pengganas warga British itu dikategorikan sebagai “boleh dipercayai”. 
Melalui sumber Pihak Keselamatan British: “Perkara mengejutkan ini mengambil masa yang lama untuk dirancang”.
Plot yang didedahkan Saajid mempunyai kemungkinan berikutan kenyataan Dato’ Seri Najib semalam yang mengesahkan sistem perhubungan pesawat MH370 “sengaja dimatikan” oleh seseorang di dalam pesawat itu.
Saajid membuat pendedahan itu ketika memberi keterangan melalui pautan video dalam perbicaraan kes Sulaiman Abu Ghaith, menantu Osama Laden.
Saajid juga mendedahkan apa yang digelarnya sebagai “Malaysian Plot” didalangi oleh Khalid Sheikh Mohammed, arkitek utama Tragedi 9/11.
Tambahnya lagi, dia yakin rakyat Malaysia, termasuk juruterbang telah “bersiap sedia melakukan tindakan itu”.
Ketika perjumpaan di Afganistan, satu persoalan ditimbulkan sekiranya pintu kokpit berkunci. 
Jadi saya berkata, "bagaimana sekiranya aku memberikan kamu satu daripada bom milikku untuk membuka pintu kokpit itu?” -Saajid memberitahu mahkamah.
Ketika ditanya apa yang dia tahu mengenai kumpulan rakyat Malaysia ini? Beliau menjawab “Saya tahu mereka mempunyai kumpulan, uh, bersedia melakukan perbuatan yang sama seperti rampasan pesawat dalam tragedi 9/11(World Trade Center)”
Prof Anthony Glees , pengarah pusat Pengajian Keselamatan dan Perisikan, University of Buckingham berkata “Saya percaya ini adalah satu rampasan sebaik sahaja kami diberitahu pesawat telah mengubah laluan penerbangan”
Maklumat yang didedahkan semalam dalam sidang media akhirnya memadam segala teori yang ditimbulkan ramai penyiasat dan pakar penerbangan seperti berlaku letupan atas udara, penyahmampatan udara dalam kabin dan kegagalan sistem pesawat. -TTO
Sumber asal:
-The Telegraph - Malaysia Airline MH370: 9/11-style terror allegations resurface in case of lost plane
 
 

Kerajaan Pusat jangan ambil kesempatan kait kehilangan MH370 dengan PR

Oleh : NAZLI IBRAHIM
SHAH ALAM, 16 MAC: Kerajaan Pusat diberi amaran supaya tidak sesekali cuba menangguk di air keruh dengan mengaitkan kehilangan pesawat MH370 dengan pemimpin parti dalam Pakatan Rakyat (PR).
Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua berkata, PR secara konsisten komited menolak dan mengecam sebarang bentuk keganasan sama ada yang berlaku di dalam dan luar negera.
“PKR menggesa Kerajaan Pusat tidak menggunakan ini sebagai alasan atau peluang untuk mengaitkan parti komponen PR atau pemimpin mereka.
tian chua pic“PKR dan parti lain dalam PR komited kepada cara yang aman dan mengikut perlembagaan dalam perjuangan politik kami. Kami secara konsisten mengecam dan sebarang bentuk keganasan,” katanya dalam satu kenyataan media, di sini, hari ini.
Tian Chua berkata, Kerajaan Pusat seharusnya meningkatkan kerjasama dengan agensi antarabangsa bagi menjalankan siasatan rapi dan profesional terhadap insiden berkenaan.
Tian Chua turut mendakwa media tertentu sengaja mencetuskan spekulasi liar tanpa maklumat sah kononnya kehilangan pesawat MH370 mempunyai kaitan dengan juruterbang pesawat itu sebagai perbuatan tidak bertanggungjawab.
“PKR berkongsi kesedihan dan kebimbangan semua ahli keluarga yang mempunyai orang yang tersayang yang hilang dalam penerbangan MH370,” katanya.
-NFN-


#MH370: Saajid Badat kata 5 lelaki Malaysia rancang rampas pesawat dengan bom kasut

bom kasut
bom kasut
Kuala Lumpur: Misteri kehilangan pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 menjadi lebih rumit apabila ada dakwaan mengaitkannya dengan kumpulan pengganas al-Qaeda.
The Telegraph yang berpejabat di London melaporkan seorang bekas pengikut kumpulan itu Saajid Badat memberitahu mahkamah di New York minggu lalu bahawa empat hingga lima lelaki warga Malaysia merancang mengambil alih sebuah pesawat dengan menggunakan bom yang disembunyikan di dalam kasut untuk meletupkan pintu kokpit kapal terbang.
Pertemuan antara Saajid dengan kumpulan berkenaan didakwa berlaku pada 2001, tidak lama selepas peristiwa serangan ke atas Pusat Dagangan Dunia (WTC) di New York pada 11 September tahun yang sama.
Bagaimanapun, perancangan itu tidak pernah menjadi kenyataan dan ia kini cuba dikaitkan dengan kehilangan pesawat penerbangan MH370 pada 8 Mac lalu.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar ketika ditanya wartawan Harian Metro mengenai dakwaan yang mengaitkan misteri kehilangan pesawat itu dengan al-Qaeda berkata: “Semua terangkum dalam siasatan kita.”

Sumber: Harian Metro

Monday, 17 March 2014

KERANA CARA BEBERAPA PEMIMPIN MENGURUS KRISIS PESAWAT MH370 YANG HILANG AMAT LEMAH MENYEBABKAN NEGARA KITA DIGELAR NEGARA PENIPU OLEH AKHBAR TERKEMUKA HONG KONG?????


Bukan sahaja negara kita mendapat malu besar dengan gelagat ritual buah kelapa muda, permaidani ajaib terbang, teropong buluh dan bubu oleh individu yang menggelar dirinya Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP tapi paling malang dan memalukan sekali ialah apabila akhbar luar negara, akhbar Hong Kong memberi nama negara kita dari Ma Laii Sia kepada Ma Lie Sia .. "LIE" maksudnya menipu atau berbohong.

Sampai begitu sekali negara kita di pandang hina dan jijik semata-samata cara pimpinan negara yang dilihat amat gagal dalam mengurus krisis sebesar kehilangan pesawat MH370..

Sudah pasti mereka ada alasan untuk memberi gred sehina itu .. penjelasan dan taklimat sering berubah-ubah... lebih memburukkan apabila sidang media Najib Razak tiada dibenarkan ada soal jawab.

Upah puluhan juta ringgit kepada APCO sebagai Konsultan untuk melonjakkan imej Najib Razak dimata dunia kini terus hancur lebur berkecai dan tiada apa boleh dilakukan hatta mengupah Konsultan yang jauh lebih hebat dari APCO untuk memulihkannya semula..

Jika apa yang dipaparkan oleh akhbar ini berbentuk fitnah maka wajar sekali pihak kerajaan ambil tindakan sewajarnya demi meruntuhkan segala persepsi buruk yang kini sudah terbentuk didalam minda dan jiwa rakyat luar dan dalam negara.