Selasa, 19 November 2013

JANGAN BERLAGAK..... RASA DIRI LEBIH BAGUS....LEBIH ALIM ....JANGAN KES HUDUD DISAMAKAN MACAM LAGU RAYA...HANYA DIMAIN MUSIM RAYA...NI BUKAN NAS QURAN ATAU HADIS...PERKARA HUDUD BUKAN BOLEH BUAT LAWAK ATAU SINDIR2...USTAZ APA TU

Ramai remaja perempuan terlanjur tapi tiada rumah perlindungan
Posted on Tuesday, November 19 @ 11:23:54 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo



"Forum, ceramah agama di Negeri Sembilan kurang menekankan isu ini dan cara menanganinya kerana ada isu lain yang lebih besar yang perlu ditangani oleh para pendakwah, para ulama, para pak sheikh.

Sekarang musim cuti sekolah, ibu bapa pergi kerja, siapa yang perhatikan gelagat anak-anak kita terutama yang ada remaja perempuan? Luahan kekecewaan saya isu ini saya nukilkan di http://waghih.blogspot.com

713 REMAJA MENGANDUNG ANAK LUAR NIKAH
19 Nov 2013

TELOK KEMANG 18 Nov. - Statistik remaja mengandung anak luar nikah yang dikeluarkan seorang panel penasihat klinik kesihatan di negeri ini amat menakutkan apabila menunjukkan sebanyak 713 kes berkaitan itu berlaku pada tahun lalu dan yang paling muda terbabit adalah berusia 10 tahun.

Angka pada statistik tahun lalu itu juga amat mengejutkan apabila daripada usia 10 hingga 19 tahun remaja yang terlibat itu, sebanyak 70 peratus adalah dalam kalangan orang Melayu.

Menurut Penyelaras Panel Penasihat Klinik Kesihatan negeri, Dr. Suriyati Abdul Aziz, pada tahun 2007 hanya 413 kes remaja mengandung anak luar nikah diperoleh melalui klinik dan hospital kerajaan dalam negeri ini.

''Jumlah yang diterima itu hanya yang berdaftar dan kita tidak tahu jumlah mereka yang terlibat tetapi tidak berdaftar, di mana angkanya mungkin meningkat," katanya di Port Dickson, dekat sini hari ini.

http://waghih.blogspot.com"


................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
rozmal
Posted on Tuesday, November 19 @ 11:23:54 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo


 


MCA turut terkena tempias kritikan Chua kepada BN - Fathul Bari
pada 19-11-2013 03:11 Ditulis Oleh Wan Anis Ilyani Wan Mohammad Azhar
Post Pic

SHAH ALAM: Berikutan kekerapan mengkritik dasar dan tindakan Kerajaan Barisan Nasional dalam pentadbiran negara, Datuk Seri Chua Soi Lek hari ini ditegur oleh Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Umno (ILMU) Dr Fathul Bari Mat Jahaya.

Menurut Fathul, kenyataan yang dibuat bekas Menteri Kesihatan itu seolah-olah mencari kesilapan kerajaan sedangkan Chua mempunyai kapasiti yang besar untuk berbincang dan bekerjasama dengan kerajaan apatah lagi dengan statusnya sebagai Presiden MCA.

"Chua biasanya seorang yang kritis, suka mengkritik. Saya melihat kenyataan beliau sehari dua ini dilihat menyerang kerajaan secara langsung. Sebenarnya platform yang beliau ada sangat luas sebagai Presiden MCA yang mengepalai sebuah parti komponen terbesar selepas Umno, kita minta supaya bertindak dengan lebih profesional.

"Dalam mengkritik jangan memanfaatkan peluang ini kononnya menjadi juara rakyat sehingga mengambil kesempatan untuk serang tindakan kerajaan," jelasnya ketika dihubungi Antarapos.

Fathul berkata demikian sebagai reaksi terhadap kenyataan Chua di Majlis Perasmian Konvensyen MCA Selangor baru-baru ini yang menggesa kerajaan mengambil tindakan lebih tegas terhadap semua pelampau kaum dan agama di negara ini.

Keazaman kerajaan perlu ditunjukkan lagi sebagai mengekalkan keharmonian kaum di Malaysia dengan datang tegas terhadap orang-orang yang mengancam perpaduan rakyat.

Malah dakwanya parti berasaskan kaum menghadapi cabaran dalam politik selain terjejasnya hubungan di antara kaum dan agama.

Sebaliknya menurut Fathul, apa yang diperkatakan Chua itu seperti 'terkena' kembali kepadanya kerana MCA masih merupakan salah satu parti komponen di dalam Barisan Nasional yang membentuk kerajaan dan mencorak kestabilan dan kejayaan negara.

Beliau juga mempersoalkan kewajaran Chua bertindak sedemikian adakah disebabkan pemilihan MCA yang akan berlangsung pada Disember depan semata-mata untuk kepentingan politik peribadinya.

"Nak berfikir kritis boleh, nak mengkritik dan perbetulkan kesilapan boleh, tapi mengapa hari ini dan masa ini? Adakah semata-mata kerana tempoh pemilihan sudah hampir?

"Sebenarnya mereka menampar diri sendiri. Kenapa? Kerana mereka juga adalah kerajaan BN. Kalau mereka ada platform untuk bertemu dan bincang dalam kabinet atau mesyuarat majlis tertinggi untuk beri pendapat dan pandangan, mereka boleh salurkan melalui platform BN.

"Tapi mengapa memilih umum untuk memberikan kenyataan seperti ini? Adalah dipolemikkan untuk kepentingan politik masing-masing?," soalnya.

Namun bagi bekas exco Pemuda Umno, Tun Faisal Ismail Aziz ketika dihubungi Antarapos berkata, tidak salah melontarkan kritikan jika ia bertujuan untuk memajukan dan membaikpulih sesuatu keadaan.

Malah beliau yakin BN melalui parti-parti komponennya mengamalkan sikap saling menghormati dan memahami prinsip yang dipegang berdasarkan konsep wasatiyyah.

"Tiada masalah untuk beri kritikan terhadap kerajaan, asalkan kita bukan kritik membuta-tuli, tetapi kritikan yang mengena dan mendatangkan kebaikan kepada negara dan parti. Saya rasa kerajaan dan parti wajar terima," katanya.




Agus: 5 kaedah laksana hudud
  •  Dr Mohammad Agus Yusoff Dr Mohammad Agus Yusoff
1 / 1
SHAH ALAM - Pensyarah kanan Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Madya Dr Mohamad Agus Yusoff menjelaskan bahawa terdapat lima kaedah yang sesuai untuk merealisasikan perlaksanaan hudud di Kelantan.

Menurutnya, Jika Pas  benar-benar hendakkan hudud ini dilaksanakan,maka  penyelesaian undang-undang atau politik hendaklah dicari, maka beliau mengesyorkan lima kaedah yang boleh diguna pakai bagi merealisasikan hasrat ini.

"Saya pada awalnya tidak mahu menyentuh tentang hal ini, tetapi melihat kepada banyaknya kesan negatif kepada hukum hudud itu sendiri jika penjelasan tidak dibuat, akhirnya saya muncul memberikan pandangan.

"... ini kerana saya melihat ramai rakyat yang keliru dengan pelbagai pandangan dari pakar dan pemimpin politik yang saling bercanggah. Saya sedih dengan keadaan ini dan sebab itulah saya menyeru supaya kita berhentilah mempolitikkan hudud, sebaliknya carilah kaedah sesuai untuk membolehkan hudud ini dilaksanakan," katanya yang dipetik daripada laman Facebook miliknya.

Menjelas perkara tersebut, lima kaedah yang disyorkan oleh beliau ialah antaranya berkaitan dengan Akta Mahkamah Syariah,meminta kebenaran daripada kerajaan pusat,membentang rang-rang undang persendirian,pinda atau mansuh bidang kuasa jenayah 1965 dan Ahli Parlimen Islam bersatu mencari penyelesian terbaik.

"Lalu, apakah kaedahnya? (untuk merealisasikan hudud) ada lima sahaja yang hendak saya katakan di sini.

"Pertama, cabar Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 di mahkamah untuk mendapat satu keputusan autoritatif sama ada ia sah sebagai undang-undang atau sebaliknya.

"Kedua, bagi negeri Kelantan khususnya, minta kerajaan pusat memberi kebenaran supaya Enakmen Hudud Jenayah II Kelantan 1993 dilaksanakan mengikut peruntukan Perkara 76(1)(c).

"...ketiga, mana-mana ahli parlimen yang hendak melaksanakan hukum ini, bentanglah rang undang-undang persendirian meminta kelulusan Parlimen untuk melaksanakan hukum ini di seluruh persekutuan atau mana-mana negeri yang dimaksudkan.

"Keempat, bentangkan usul supaya Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 dimansuhkan atau dipinda.

"... Dan yang terakhir, Pas  dan Umno yang ahli parlimennya adalah orang Islam (campur dengan ahli parlimen Islam dari Sarawak) perlu duduk semeja dan berunding untuk mencari penyelesaian terbaik kepada cara untuk merealisasikan hasrat untuk melaksanakan hukum hudud ini.

"Atas hujah di ataslah, saya katakan jika semua pihak tidak bersedia untuk melakukan salah satu dari lima yang saya sebutkan, maka cukuplah dipolitikkan hukum hudud ini. Menyatakan cukuplah politikkan hukum hudud ini bukanlah bermaksud saya menolak hudud," katanya.

Dalam nada yang sama, Agus menegaskan beliau sama sekali tidak menyatakan bahawa beliau menolak perlaksanaan hudud sebaliknya beliau menegaskan hudud hanya boleh dilaksanakan dengan persetujuan daripada kerajaan pusat.

"Apabila saya menyatakan hudud tidak boleh dilaksanakan tanpa persetujuan kerajaan Pusat, beberapa rakan FB memberi pandangan balas.

"... ada yang tanpa memahami lebih lanjut menuduh saya menolak dan menentang hudud. Nauzubillah.

"Saya tidak menolak dan menentang hudud. Saya katakan, hudud tidak boleh dilaksanakan tanpa kelulusan Parlimen, yakni tanpa kerjasama dari kerajaan Pusat. Itu yang saya tulis," jelasnya.

 






Dirogol dalam rumah nenek
  • Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Ab Rahman Raja Mohamed Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Ab Rahman Raja Mohamed
1 / 1
SETIU - Seorang pelajar tingkatan satu dirogol teman lelaki yang dikenalinya melalui laman sosial Facebook di dalam bilik tidur rumah neneknya di Kampung Bintang, di sini, awal pagi semalam.

Pelajar cemerlang sebuah sekolah menengah di Besut itu dikatakan dirogol sebanyak dua kali oleh kekasihnya itu yang dikenalinya baru sebulan.

Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Ab Rahman Raja Mohamed berkata, suspek berusia 15 tahun yang merupakan pelatih sebuah pusat latihan kemahiran telah datang ke rumah mangsa pada jam 12 tengah malam Khamis lalu dan mereka didakwa tidur bersama.

“Mangsa dan suspek dikatakan telah melakukan seks sebanyak dua kali iaitu pada jam 1 pagi dan 6.30 pagi Jumaat di dalam bilik tidur mangsa tanpa disedari ahli keluarganya,” katanya.

Ab Rahman berkata, perbuatan suspek bagaimanapun terbongkar apabila adik perempuan mangsa yang berumur 7 tahun masuk ke dalam bilik kira-kira jam 2 petang hari sama dan ternampak ada lelaki di dalam bilik.

Katanya, adik mangsa bertindak memberitahu bapa saudara mangsa yang kemudian memeriksa bilik berkenaan.

“Terkejut dengan kehadiran bapa saudara kekasihnya, suspek  yang berasal dari Besut itu cuba melarikan diri namun berjaya ditangkap oleh bapa saudara mangsa sebelum diserahkan kepada polis,” katanya.
Mangsa tinggal bersama neneknya di rumah berkenaan manakala ibu bapanya bekerja di daerah lain.

Suspek ditahan reman untuk membantu siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.
KHASIAT MENGKUDU Biasanya buah mengkudu dipetik dan diperam di atas garam, atau di dalam beras. Apabila sudah masak ia boleh dimakan begitu sahaja. Ianya juga boleh dicampur dengan gula untuk dimakan. Buah mengkudu boleh memulih sel atau tisu rosak, sekali gus melambatkan proses penuaan, di samping berguna bagi penyakit kencing manis, sengal sendi dan tekanan darah tinggi. Daun mudanya boleh digunakan sebagai sayuran atau dimakan sebagai ulaman. Daunnya jika direbus boleh menyihatkan ibu yang baru bersalin.Kulitnya berguna bagi mengubati penyakit malaria. Bunga mengkudu boleh digunakan untuk merawat penyakit mata. Akar mengkudu berguna bagi mengubati penyakit buasir, hidung tersumbat dan pendarahan otak. ANTARA KHASIAT BUAH MENGKUDU: SISTEM PERNAFASAN: Melegakan penyakit sinus atau resdung, asma, bronkitis dan hingus meleleh. SISTEM PENGHADAMAN: Perut kembung, ulser, gastrik, cirit-birit, muntah-muntah, tidak hadam makan dan masalah keracunan makanan. SISTEM KARDIOVASKULAR: Mengurangkan tekanan darah tinggi dan merendahkan aras kolesterol. GANGGUAN DALAM TUBUH: Kencing manis, sakit kepala,migraine, sakit ginjal dan buah pinggang. MULUT DAN TEKAK: Radang tekak, sakit gusi, sakit gigi dan batuk. PENYAKIT KULIT: Bisul, luka dan ulser kulit. LAIN-LAIN: Meredakan penyakit darah tinggi, betis kering bersisik, merekah tumit kaki, mengurangkan penyakit batuk, penyakit kuning dan demam panas. BAGI WANITA YANG BARU LEPAS BERSALIN: Daun mengkudu boleh digunakan untuk mengecutkan rahim. Caranya ialah dengan membalut daun mengkudu itu dengan kain dan dipanaskan untuk bertungku. Justeru itu, mengkudu boleh digunakan sebagai bahan awet muda. NOTA PERINGATAN: Pada yang LIKE, terima kasih.Pada rakan-rakan yang ada dalam senarai yang ingin SHARE, silakan. Tak perlu minta IZIN. Pada yang tiada dalam senarai rakan-rakan, LIKE post ini dulu dan BAGI TAU jika ingin SHARE. Jemput ke pages seperti tertera di bawah. @RRH
Follow · Yesterday · Edited
 
 

KHASIAT INAI DAN KEGUNAANYA

Petua 1
Ambil secukupnya daun inai, daun pegaga, daun limau purut dan pinang muda. Tumbuk pinang muda dan perahkan airnya bagi mendapatkan airnya yang pekat. Daun pegaga, daun limau dan daun inai juga ditumbuk dan diperah bagi mendapatkan air yang pekat. Jika perlu, campurkan sedikit air. Gunakan kapas yang digulung atau cotton bud untuk mencelup pekatan
air ini dan masukkan kedalam lubang faraj. Rawatan pemulihan ini boleh dilakukan selepas mandi petang setiap hari hingga faraj kembali ketat.

Petua 2
Inai boleh digunakan untuk menyembuhkan luka dan kudis di sekeliling kuku.Caranya ialah dengan
membersihkan daun terlebih dahulu, kemudian baru tumbuk daun tersebut sehingga hancur. Selepas itu sapukan ramuan daun tersebut pada tempat yang sakit. Selain itu inai juga boleh digunakan untuk menyembuhkan sakit perut. Caranya adalah dengan meminum air rebusan campuran daun inai segar dan inai kering yang dicincang.

Petua 3
Daun inai yang telah dijadikan serbuk pula dikatakan mampu untuk menyembuhkan luka luka semasa berkhatan, bisul,penyakit penyakit kulit dan sengal sengal tulang. Daun inai juga dikatakan boleh merawat kebotakan. Caranya ialah dengan merebus minyak biji sawi bersama daun inaiKemudian. sapukan ramuan ini di kepala.

Petua 4
Penyakit penyakit wanita seperti haid yang berlebihan dan keputihan dikatakan mampu dirawat dengan menggunakan daun inai. Jus yang terhasil daripada daun inai segar juga dikatakan boleh diminum kerana ia dikatakan mampu merawat spermatorrhoea atau ejakulasi yang tidak dikawal.

Petua 5
Bagi kulit pokok inai, ia dikatakan mampu merawat penyakit hati seperti jaundis dan hati yang membengkak. Kulit pokok ini juga dikatakan mampu untuk merawat penyakit cirit birit. Bunga pokok inai pula dipercayai boleh merawat masalah sakit kepala yang disebabkan cuaca panas.Caranya ialah adalah dengan meletakkan bunga inai yang telah dicampurkan dengan cuka pada sekeliling kepala. Sementara itu, akar akar dan palpa digunakan untuk
merawat bisul.

NOTA PERINGATAN:
Pada yang LIKE, terima kasih.Pada rakan-rakan yang ada dalam senarai yang ingin SHARE, silakan. Tak perlu minta IZIN.

Pada yang tiada dalam senarai rakan-rakan, LIKE post ini dulu dan BAGI TAU jika ingin SHARE.

Tiada ulasan: