Christine Place bukan Villa Nabila?
Semuanya gara-gara seorang remaja lelaki yang didakwa ‘hilang’ selepas mengunjungi Christine Palace atau ada segelintir mendakwa rumah lama itu sebagai Villa Nabila.
Cerita bermula dengan kehilangan Mohamad Izzat Izzudin Husin, 16, yang disedari ibunya selepas tidak pulang ke rumah sejak hari Sabtu lalu.
Setelah dimaklumkan oleh rakan anaknya bahawa Mohamad Izzat ada mengunjungi rumah terbabit, ibu berusia 38 tahun itu segera membuat laporan polis di Danga Bay, di sini malah cuba mencari anaknya di lokasi terbabit.
Hati seorang ibu, sudah tentu sanggup melakukan apa sahaja kerana bimbang dengan keselamatan anak sendiri malah tindakan ibu Mohamad Izzat tidak salah dalam hal ini.
Lebih menyedihkan apabila khabar angin yang tersebar di lama sosial Facebook dengan mendakwa sekumpulan 23 remaja hilang selepas memasuki villa itu, manakala tujuh yang lain berjaya keluar, namun polis menafikannya.
Bagaimanapun, kehebatan laman sosial pada masa kini menyebabkan ramai pihak percaya dengan kenyataan disiarkan malah menyebabkan aliran lalu lintas Jalan Skudai, di sini, menuju ke pusat bandar menjadi perlahan.
Selepas tersebarnya berita kehilangan Mohamad Izzat, remaja terbabit kemudiannya ditemui kembali, namun bukan kerana disorokkan makhluk halus.
Sebaliknya, beliau sendiri menyorok di rumah rakan wanitanya di Rumah Pangsa Taman Desa Mutiara, di sini, sekali gus menyangkal dakwaan penyebar berita tidak benar.
Ramai pihak digembar-gemburkan dengan cerita kononnya kediaman Villa Nabila sebagai ‘keras’ atau berpenunggu malah boleh didapati dengan pelbagai versi.
Soalnya, yang mana satu adalah Christine Place dan yang mana satu merupakan Villa Nabila? Atau mungkinkah Christine Place dan Villa Nabila merupakan lokasi serta bangunan kediaman sama?
Malah sebuah laman blog, http://
Dua lokasi lain terletak di Jalan Abdul Samad, di sini, dan Wadi Hana atau lebih mudah di kedudukan berdepan dengan Balai Polis Trafik Cawangan Johor Bahru Selatan.
Tinjauan Sinar Harian di lokasi terletak di Jalan Abdul Samad mendapati terdapat serpihan bangunan kelihatan di antara semak dan lalang yang tumbuh meliar.
Sementara lokasi di Wadi Hana pula sukar untuk dipastikan, namun ada penduduk memberitahu bangunan asal sudah dirobohkan kemudian dibangunkan bangunan kedai.
Di lokasi sama, terdapat juga sebuah rumah usang yang mungkin boleh dikaitkan dengan Christine Place, namun sukar untuk disahkan kebenarannya.
Kebenaran mula terbongkar
Bagi penulis blog Untold Histories of Malaya, Mohd Razi Zainal Ariffin, 32, dakwaan sesetengah pihak mengenai kejadian pembunuhan sehingga menyebabkan kawasan itu berhantu adalah tidak benar.
Menceritakan pengalamannya bersama rakan-rakan yang kerap menjejaki kawasan terbabit kira-kira 10 tahun lalu, Mohd Razi menafikan kawasan yang dikenali sebagai ‘Villa Nabila’ itu ‘keras’ dan berpenunggu.
“Sepuluh tahun lalu saya dan rakan-rakan kerap berkunjung ke kawasan ini namun tidak pernah menerima sebarang gangguan.
“Malah sehingga kini tiada kejadian pelik yang berlaku selepas kami mengunjungi kawasan itu, cerita mengenai kejadian pembunuhan di situ hanyalah rekaan dan lokasi itu menjadi tumpuan disebabkan perasaan ingin tahu masyarakat,” katanya.
Menurutnya, kawasan berkenaan mempunyai dua bangunan berasingan termasuk sebuah bangunan tiga tingkat yang dijadikan restoran dan sebuah rumah satu tingkat di atas tapak di atas bukit dinamakan Christine Place.
“Keseluruhan kawasan itu merupakan milik ahli perniagaan bergelar Datuk dan menamakan rumah tersebut sebagai Christine Place sempena nama anak perempuan sulungnya Christine,” katanya.
Katanya, bagaimanapun kawasan berkenaan disita oleh pihak bank untuk membayar hutangnya pada tahun 1986 selepas pemilik syarikat hartanah itu disahkan bankrup.
“Sejak itu kawasan berkenaan mula terbiar dan ditinggalkan kosong, namun kejadian pembunuhan yang didakwa berlaku di rumah itu adalah tidak benar,” katanya.
Beliau berkata, selain kediaman yang menghadap Pantai Lido, Christine Place turut dikaitkan dengan dua lokasi lain di mana salah satunya merupakan tapak kediaman bekas pengasas Umno, Datuk Onn Jaafar di Jalan Tebrau.
“Terdapat dua lagi kawasan dinamakan Christine Place di Jalan Abdul Samad, namun difahamkan bangunan di situ sudah dirobohkan.
“Manakala sebuah lagi kawasan Christine Place terletak di Jalan Tebrau yang sebelum ini merupakan tapak kediaman Datuk Onn Jaafar,” katanya.
Penulis blog itu memberitahu mengetahui kisah sebenar mengenai status kediaman itu selepas dihubungi pengurus restoran yang dilantik oleh Sing Hock untuk menguruskan restorannya sebelum kawasan itu disita.
Selain itu, beliau berkata, terdapat sebuah villa kosong bersebelahan dengan Christine Place yang menjadi kediaman seorang doktor dan keluarganya di Jalan Straits View, di sini, satu ketika dahulu.
Bagaimanapun, kediaman terbabit dikatakan berhantu selepas didakwa berlakunya kejadian pembunuhan.
“Villa itu adalah kepunyaan seorang doktor, namun kejadian pelik dan seram mula berlaku selepas doktor berkenaan dikatakan menembak mati kesemua ahli keluarganya sebelum membunuh diri.
“Kejadian berlaku sekitar tahun 1970-an, sejak itu villa berkenaan mula terbiar dan diakui agak ‘keras’,” katanya.
Bekas rumah Datuk Onn
Mengukuhkan lagi fakta mengenai Christine Place yang dikaitkan sebagai
kediaman Datuk Onn Jaafar yang juga bekas Menteri Besar Johor, Sinar
Harian menghubungi anaknya Leftenan Jeneral (B) Datuk Jaafar Onn.
Jaafar mengesahkan bapanya pernah mendiami kawasan berkenaan yang kini dikenali sebagai Christine Place pada tahun 1935 selepas diperkenankan oleh Tunku Mahkota Johor (TMJ) pada ketika itu.
“Kami sekeluarga mula tinggal di situ sejak ia mula siap dibina. Ketika itu bapa saya baru pulang dari Singapura dan memberitahu kami akan menetap di Wadi Hana kerana ada kediaman disediakan di situ.
“Pada masa itu, bapa saya merupakan Setiausaha Peribadi kepada TMJ dan juga Ahli Dewan Undangan Negeri,” katanya.
Katanya, bagaimanapun mereka sekeluarga berpindah dari kediaman berkenaan ke Batu Pahat pada tahun 1945 selepas bapanya dilantik menjadi Pegawai Daerah Batu Pahat dan tidak mengetahui status kediaman terbabit selepas itu.
“Sebelum ini kami juga mempunyai tanah di kawasan itu namun sudah dijual dan kini kami tidak tahu menahu mengenai status kediaman itu selepas berpindah,” katanya.
Masih jadi tumpuan umum
Meskipun remaja yang hilang sudah ditemui, rumah usang ditinggalkan sejak 40 tahun lalu terus mendapat perhatian daripada orang ramai.
Tiada rasa takut dan gentar, ada segelintir daripada mereka membawa anak kecil untuk melihat sendiri Christine Palace atau Villa Nabila yang menghadap Pantai Lido, di sini, itu.
Kelihatan pihak berwajib sudah meletakkan pagar zink berwarna biru untuk menutupi kawasan terbabit dan berkemungkinan dalam masa terdekat, ia akan ditutup kepada umum.
Tinjauan Sinar Harian ke lokasi mendapati, keadaan kawasan rumah terbabit tidak terurus dengan tangga dan dinding bangunan kayu kian mereput.
Walaupun secara zahir struktur bangunan seperti tidak kukuh, orang ramai tidak melepaskan peluang untuk melihat suasana dalaman kediaman seterusnya merakam gambar kenangan.
Tidak ketinggalan, Jamilah Kassim, 54 dari Pulau Pinang turut membawa empat cucunya yang berusia seawal dua tahun untuk meninjau ke dalam kawasan banglo yang dikatakan berhantu itu.
“Makcik datang ke sini bersama empat cucu untuk meninjau ke kawasan banglo ‘tinggal’ ini selepas menyaksikan beritanya di televisyen.
“Kami berani datang ke sini selepas ramai pihak mengatakan tempat ini tidak berhantu malah remaja yang dikatakan hilang di sini juga sudah ditemui,” katanya.
Dalam pada itu katanya, kunjungan itu juga sebagai pengajaran kepada cucunya agar tidak keluar dari rumah tanpa kebenaran dan pengawasan orang lebih dewasa.
Sementara itu, pemuda yang ingin dikenali sebagai Jeevan, 26 berkata, mula mengetahui mengenai banglo kosong itu selepas heboh di laman sosial dan disiarkan melalui berita.
“Saya datang ke sini bersama lima rakan yang lain dan singgah selepas pulang dari kerja untuk meninjau sendiri kawasan yang dikatakan berhantu.
“Kawasan seperti ini menarik perhatian ramai kerana penuh misteri dan mempunyai kisah tersendiri,” katanya.
Mesyuarat Agung Seniman ke-14 yang telah diadakan pada 25 Mei 2012 adalah tidak sah dan terbatal. Ia diputuskan Mahkamah Tinggi hari ini.
Inplikasinya Zed Zaidi bukan lagi Presiden persatuan itu.
Menurut laporan berita, Pesuruhjaya Kehakiman Rosilah Yop mengarahkan AGM diadakan semula dalam tempoh dua bulan dari tarikh hari ini yang akan dikendalikan oleh Pertubuhan Pendaftar (ROS).
Saman tersebut difailkan pada 25 Januari lalu, plaintif iaitu Abu Bakar Omar, Sahlak Sudiran (S. Sahlan), Roslinda Buang (Linda Buang), Mior Ahmad Zaudi Mior Ali dan Datuk Abdullah Sani (Sonny Abdullah) menamakan Seniman dan bekas presidennya, Harun Salim Bachik, Omar Kamarudin @ Yusof Kelana dan Wafa A. Kadir sebagai defendan pertama hingga empat.
Zed, Elyas Ismail, Syed Ahmad Nahar Syed Mokhtar (Syean) dan Zaharudin Wahab (Den Wahab) turut disenaraikan sebagai defendan kelima hingga kelapan.
Mahkamah turut memerintah agar kos perbicaraan RM 60,000 dibayar kepada SENIMAN dalam tempoh sebulan oleh defendan kedua hingga hingga kelapan. Semua defendan juga perlu membayar kos ganti rugi khas RM 56,000 kepada plaintif.
Ketika dihubungi Astro AWANI, Zed memaklumkan yang dia tidak tahu menahu mengenai keputusan tersebut.
KUANTAN - Ketua kumpulan ajaran sesat Tuhan Harun, Harun Mat Saad, 47,
direman seminggu bermula hari ini bagi membantu siasatan kes pembunuhan
Ketua Bahagian Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip), Ahmad
Raffli Abd Malik pada 10 November lepas.
Isteri ketiga Harun, Azida Mohd Zol, 30, dan pemandunya Nor Hairi Harun, 41, turut ditahan reman untuk tempoh yang sama
Perintah tahanan reman itu dikeluarkan oleh Majistret Tuan Ruzuaini Tuan Lah pada prosiding yang berlangsung pada kira-kira 11 pagi ini di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan di sini, tempat ketiga-tiga mereka sedang ditahan.
Ketiga-tiga mereka ditahan dalam serbuan polis di Tangkak, Johor petang semalam.
Pada 10 November lepas, Ahmad Raffli mati ditembak oleh seorang daripada tiga suspek yang tidak dikenali di hadapan rumahnya di Indera Mahkota 2 di sini.
Ahmad Raffli, 49, sebelum kematiannya dipercayai sedang mengendalikan dua kes jenayah syariah di Pahang iaitu kes ajaran sesat Tuhan Harun dan gerakan syiah.
Terdahulu, dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, Timbalan Ketua Polis Pahang Datuk Jamaluddin Abdul Majid berkata Harun dikehendaki oleh Mahkamah Syariah Kuantan atas kegagalan menghadiri perbicaraan pada 12 November lepas.
"Dia juga dikehendaki untuk siasatan sama ada wujudnya penglibatan dalam kes pembunuhan Mohd Raffli atau tidak," katanya.
Beliau berkata sehingga kini, seramai 12 orang pengikut Tuhan Harun berjaya dikesan dan dipanggil polis dengan empat daripada mereka dikenakan waran tangkap oleh Mahkamah Syariah Kuantan, manakala bakinya tampil secara sukarela bagi membantu siasatan.
"Polis masih mengesan dan memburu saki baki pengikut Tuhan Harun dan sehubungan itu, semua pengikutnya yang gagal menyerah diri supaya tampil berbuat demikian dengan segera," katanya. - BERNAMA
MACHANG - Setelah lapan tahun disahkan menghidap penyakit Sindrom
Kurang Daya Tahan Penyakit (AIDS) dan jangkitan HIV, Azman (bukan nama
sebenar) mendakwa menemui penawar apabila disahkan bebas penyakit
berbahaya itu tahun lalu.
Azman, 45, mula terjebak dengan najis dadah sejak berusia 15 tahun dan nekad meninggalkannya pada 2005 selepas keluar dari pusat serenti demi orang tersayang.
“Apabila keluar dari pusat serenti, saya hilang anak-anak dan isteri. Sejak itu saya nekad untuk meninggalkan dadah tanpa mengambil sebarang ubat dan tinggal di pondok. Ketika itu, saya rasa macam baru dilahirkan dan cuba buat yang terbaik dalam hidup saya selepas diberi peluang kedua oleh ALLAH SWT.
“Saya mula mendalami agama dan meninggalkan tempat kelahiran saya untuk berubah. Pada 2010, seorang rakan memperkenalkan penawar ini dan saya menghubungi pengusahanya secara terus melalui telefon. Sejak itu saya mengambil ubat tersebut sekalipun tidak mempercayai ubat-ubatan sebelum itu,” katanya.
Dia berkata demikian ketika ditemui di kediaman pengusaha penawar berkenaan, Tuan Mohamad Tuan Bongsu di sini, semalam.
Azman berkata, selepas tiga bulan dia mula merasakan perubahan dan meneruskan pengambilan ubat sehingga sekarang walaupun, disahkan bebas penyakit berbahaya itu pada tahun lalu.
Menurutnya, dia membuat pemeriksaan di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur dan disahkan bebas HIV/AIDS.
Dia belum bersedia untuk mendedahkan dirinya namun, rasa bertanggungjawab bagi membantu rakan senasibnya mengubati penyakit yang ditakuti ramai itu.
“Ketika disahkan menghidap AIDS, saya reda dan menerimanya sebagai balasan ALLAH kepada saya yang banyak melakukan kesilapan serta nekad meninggalkan dadah.
“Penawar berasaskan herba ini bukan membantu saya menyembuhkan penyakit tetapi membuatkan saya lupa dadah dan menjalani kehidupan normal,” katanya.
Sementara itu, Tuan Mohamad berkata, dia mula mencari formula bagi menghasilkan penawar itu selepas ahli keluarga terdekatnya disahkan menghidap penyakit itu.
“Saya tak sanggup lihat dia menderita dan saya mula mencari formula bagi menghasilkan penawar sebagaimana sabda Rasulullah, setiap penyakit ada ubatnya. Saya banyak bertanya kepada doktor, tabib Cina dan orang berpengalaman dalam bidang herba serta pada masa sama mempelajarinya melalui internet.
“Selepas setahun mencari, saya mula menghasilkan penawar itu dengan melakukan percubaan demi percubaan agar bersesuaian dengan penyakit itu. Alhamdulillah ahli keluarga saya itu sembuh selepas tiga tahun mencubanya dan meninggal dunia pada 2009 akibat penyakit kencing manis,” jelasnya.
Bekas kontraktor itu berkata, dia mula berkongsi penawar itu dengan pesakit AIDS sejak beberapa tahun lalu, melalui internet memandangkan ramai pesakit malu untuk menampilkan diri mereka.
Katanya, selepas kematian ahli keluarganya, dia berhenti menghasilkan ubat itu namun memulakannya kembali setahun kemudian untuk membantu penagih tegar dan penghidap HIV/AIDS yang dikatakan tiada ubat.
“Penawar ini terdiri daripada herba dari dalam dan luar negara yang diadun sebaik mungkin bagi membantu pesakit menjalani kehidupan normal selepas disahkan menghidap penyakit membunuh itu,” katanya.
FIRMAN Allah bermaksud: “Dan kahwinkanlah orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu dan orang yang salih daripada hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka daripada limpah kurnia-Nya kerana Allah Maha Luas (rahmat-Nya dan limpah kurnia-Nya), lagi Maha Mengetahui.” (Surah al-Nur: 32).
Ibnu Kathir menegaskan, ayat itu mengandungi beberapa hukum yang jelas dan suruhan wajib ditaati. Ayat itu perintah supaya mengahwinkan sesiapa dalam kalangan umat Islam yang mampu dan bersedia.
Sebahagian ulama berpendapat, wajib kahwin bagi setiap yang mampu.
Mereka mengambil dalil sabda Nabi bermaksud: “Wahai sekalian pemuda,
barang siapa daripada kalangan kamu yang berkemampuan untuk berkahwin,
maka hendaklah ia berkahwin. Sesungguhnya ia (perkahwinan) boleh
menundukkan pandangan dan menjaga kemaluan. Barang siapa yang tidak
mampu, maka hendaklah ia berpuasa kerana ia (puasa itu) menjadi penawar
baginya.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Imam al-Qurtubi mentafsirkan perintah berkahwin termasuk dalam bab pengawalan kehormatan diri dan kebaikan maslahah ummah. Dengan kata lain, kahwinkan orang yang tiada pasangan dalam kalangan kamu kerana sesungguhnya ia adalah jalan menjaga kehormatan diri.
Kemudian ayat tadi menerangkan hukum mengenai hamba. Dikatakan juga bahawa makna ayat itu ialah hendaklah keinginan untuk mengahwinkan hamba itu mesti hamba yang baik, maka harus mengahwinkannya.
Rasulullah bersabda maksudnya: “Dinikahi seorang wanita kerana empat perkara iaitu harta, keturunan, rupa paras dan agamanya. Utamakan yang punya agama, kamu akan memperoleh keuntungan.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).
Rasulullah bersabda lagi maksudnya: “Bila anda didatangi oleh orang yang ada agama dan berakhlak baik, maka terimalah jangan dipersiakan nanti kamu ditimpa bencana dan malapetaka.” (Hadis riwayat Tirmizi dan Ahmad)
Allah berfirman maksudnya: “Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurnia-Nya kerana Allah Maha Luas (rahmat-Nya dan limpah kurnia-Nya), lagi Maha Mengetahui.”
Imam al-Qurtubi mentafsirkan, ayat itu merujuk kepada orang yang merdeka. Maknanya, janganlah kamu halang daripada mengahwinkan mereka dengan sebab kemiskinan si lelaki atau perempuan. Ayat ini adalah janji Allah dengan kekayaan kepada orang berkahwin yang mencari keredaan Allah dan memelihara diri daripada maksiat.
Rasulullah bersabda maksudnya: “Tiga perkara yang setiap mereka itu adalah hak ke atas Allah menolongnya, iaitu orang yang berjuang pada jalan Allah, orang yang ingin berkahwin yang ingin memelihara kehormatan, dan hamba mukatab yang mahu merdeka.” (Hadis riwayat Ibnu Majah).
Nabi Muhammad pernah mengahwinkan seorang perempuan yang datang kepada Baginda menyerahkan dirinya kepada seorang yang tidak berharta melainkan sehelai kain. Tidak lama selepas itu, perempuan tadi menuntut fasakh nikah kerana kemiskinan, kerana ia pernah atau biasa susah.
Adapun yang sering berlaku demikian (fasakh) ialah apabila seorang perempuan yang sebelumnya hidup senang, tiba-tiba hidup susah selepas berkahwin, kerana biasanya rasa lapar membuatkan orang itu tidak boleh bersabar.
An-Naqqaasy berkata, ayat ini menjadi hujah terhadap orang yang berkata: “Sesungguhnya kadi boleh memisahkan antara suami isteri jika suami itu miskin yang menyebabkan dia tidak mampu memberi nafkah kepada isterinya.”
Ini adalah pendapat yang daif. Ayat ini bukan hukum pada orang yang tidak mampu memberi nafkah, tetapi ia adalah janji akan diberikan kekayaan bagi orang yang berkahwin orang miskin. Adapun orang yang kahwin orang senang, tetapi menjadi susah selepas daripada itu, maka boleh dipisahkan antara kedua-duanya.
Allah berfirman: “Jika keduanya bercerai, maka Allah akan memberi kecukupan kepada masing-masing dari limpah kurnia-Nya.” (Surah An-Nisa: 130)
Jaafar mengesahkan bapanya pernah mendiami kawasan berkenaan yang kini dikenali sebagai Christine Place pada tahun 1935 selepas diperkenankan oleh Tunku Mahkota Johor (TMJ) pada ketika itu.
“Kami sekeluarga mula tinggal di situ sejak ia mula siap dibina. Ketika itu bapa saya baru pulang dari Singapura dan memberitahu kami akan menetap di Wadi Hana kerana ada kediaman disediakan di situ.
“Pada masa itu, bapa saya merupakan Setiausaha Peribadi kepada TMJ dan juga Ahli Dewan Undangan Negeri,” katanya.
Katanya, bagaimanapun mereka sekeluarga berpindah dari kediaman berkenaan ke Batu Pahat pada tahun 1945 selepas bapanya dilantik menjadi Pegawai Daerah Batu Pahat dan tidak mengetahui status kediaman terbabit selepas itu.
“Sebelum ini kami juga mempunyai tanah di kawasan itu namun sudah dijual dan kini kami tidak tahu menahu mengenai status kediaman itu selepas berpindah,” katanya.
Masih jadi tumpuan umum
Meskipun remaja yang hilang sudah ditemui, rumah usang ditinggalkan sejak 40 tahun lalu terus mendapat perhatian daripada orang ramai.
Tiada rasa takut dan gentar, ada segelintir daripada mereka membawa anak kecil untuk melihat sendiri Christine Palace atau Villa Nabila yang menghadap Pantai Lido, di sini, itu.
Kelihatan pihak berwajib sudah meletakkan pagar zink berwarna biru untuk menutupi kawasan terbabit dan berkemungkinan dalam masa terdekat, ia akan ditutup kepada umum.
Tinjauan Sinar Harian ke lokasi mendapati, keadaan kawasan rumah terbabit tidak terurus dengan tangga dan dinding bangunan kayu kian mereput.
Walaupun secara zahir struktur bangunan seperti tidak kukuh, orang ramai tidak melepaskan peluang untuk melihat suasana dalaman kediaman seterusnya merakam gambar kenangan.
Tidak ketinggalan, Jamilah Kassim, 54 dari Pulau Pinang turut membawa empat cucunya yang berusia seawal dua tahun untuk meninjau ke dalam kawasan banglo yang dikatakan berhantu itu.
“Makcik datang ke sini bersama empat cucu untuk meninjau ke kawasan banglo ‘tinggal’ ini selepas menyaksikan beritanya di televisyen.
“Kami berani datang ke sini selepas ramai pihak mengatakan tempat ini tidak berhantu malah remaja yang dikatakan hilang di sini juga sudah ditemui,” katanya.
Dalam pada itu katanya, kunjungan itu juga sebagai pengajaran kepada cucunya agar tidak keluar dari rumah tanpa kebenaran dan pengawasan orang lebih dewasa.
Sementara itu, pemuda yang ingin dikenali sebagai Jeevan, 26 berkata, mula mengetahui mengenai banglo kosong itu selepas heboh di laman sosial dan disiarkan melalui berita.
“Saya datang ke sini bersama lima rakan yang lain dan singgah selepas pulang dari kerja untuk meninjau sendiri kawasan yang dikatakan berhantu.
“Kawasan seperti ini menarik perhatian ramai kerana penuh misteri dan mempunyai kisah tersendiri,” katanya.
Zed Zaidi terpecat dari menjadi Presiden Seniman
Mesyuarat Agung Seniman ke-14 yang telah diadakan pada 25 Mei 2012 adalah tidak sah dan terbatal. Ia diputuskan Mahkamah Tinggi hari ini.
Inplikasinya Zed Zaidi bukan lagi Presiden persatuan itu.
Menurut laporan berita, Pesuruhjaya Kehakiman Rosilah Yop mengarahkan AGM diadakan semula dalam tempoh dua bulan dari tarikh hari ini yang akan dikendalikan oleh Pertubuhan Pendaftar (ROS).
Saman tersebut difailkan pada 25 Januari lalu, plaintif iaitu Abu Bakar Omar, Sahlak Sudiran (S. Sahlan), Roslinda Buang (Linda Buang), Mior Ahmad Zaudi Mior Ali dan Datuk Abdullah Sani (Sonny Abdullah) menamakan Seniman dan bekas presidennya, Harun Salim Bachik, Omar Kamarudin @ Yusof Kelana dan Wafa A. Kadir sebagai defendan pertama hingga empat.
Zed, Elyas Ismail, Syed Ahmad Nahar Syed Mokhtar (Syean) dan Zaharudin Wahab (Den Wahab) turut disenaraikan sebagai defendan kelima hingga kelapan.
Mahkamah turut memerintah agar kos perbicaraan RM 60,000 dibayar kepada SENIMAN dalam tempoh sebulan oleh defendan kedua hingga hingga kelapan. Semua defendan juga perlu membayar kos ganti rugi khas RM 56,000 kepada plaintif.
Ketika dihubungi Astro AWANI, Zed memaklumkan yang dia tidak tahu menahu mengenai keputusan tersebut.
Ketua 'Ajaran Harun' direman seminggu
- Salah seorang pengikut ajaran sesat Tuhan Harun, Mohd Nizam Mohd Salleh, 43, (tengah) hadir ke Mahkamah Syariah Kuantan selepas waran tangkap dikeluarkan ke atasnya minggu lalu di Kuantan, hari ini. - Foto Bernama
Isteri ketiga Harun, Azida Mohd Zol, 30, dan pemandunya Nor Hairi Harun, 41, turut ditahan reman untuk tempoh yang sama
Perintah tahanan reman itu dikeluarkan oleh Majistret Tuan Ruzuaini Tuan Lah pada prosiding yang berlangsung pada kira-kira 11 pagi ini di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan di sini, tempat ketiga-tiga mereka sedang ditahan.
Ketiga-tiga mereka ditahan dalam serbuan polis di Tangkak, Johor petang semalam.
Pada 10 November lepas, Ahmad Raffli mati ditembak oleh seorang daripada tiga suspek yang tidak dikenali di hadapan rumahnya di Indera Mahkota 2 di sini.
Ahmad Raffli, 49, sebelum kematiannya dipercayai sedang mengendalikan dua kes jenayah syariah di Pahang iaitu kes ajaran sesat Tuhan Harun dan gerakan syiah.
Terdahulu, dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, Timbalan Ketua Polis Pahang Datuk Jamaluddin Abdul Majid berkata Harun dikehendaki oleh Mahkamah Syariah Kuantan atas kegagalan menghadiri perbicaraan pada 12 November lepas.
"Dia juga dikehendaki untuk siasatan sama ada wujudnya penglibatan dalam kes pembunuhan Mohd Raffli atau tidak," katanya.
Beliau berkata sehingga kini, seramai 12 orang pengikut Tuhan Harun berjaya dikesan dan dipanggil polis dengan empat daripada mereka dikenakan waran tangkap oleh Mahkamah Syariah Kuantan, manakala bakinya tampil secara sukarela bagi membantu siasatan.
"Polis masih mengesan dan memburu saki baki pengikut Tuhan Harun dan sehubungan itu, semua pengikutnya yang gagal menyerah diri supaya tampil berbuat demikian dengan segera," katanya. - BERNAMA
Penduduk tak sangka jiran baru ketua Ajaran Harun
LEDANG – Penduduk Bandar Baru Tangkak tidak mengetahui kawasan
perumahan berkenaan menjadi tempat persembunyian ketua ajaran sesat,
Ajaran Harun, Harun Mat saat, 47, selepas menyewa di rumah berkenaan
sejak 27 Oktober lalu.
Perkara tersebut terbongkar selepas sepasukan polis menyerbu rumah berkenaan dan menangkap Harun, seorang anak lelakinya serta seorang wanita kira-kira jam 3.30 petang semalam.
Jiran yang mahu dikenali sebagai Roslan, 30-an, berkata, seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai Khairi datang ke pejabat pemaju di kawasan perumahan itu bertanyakan rumah untuk disewa pada 26 Oktober lalu.
Menurutnya, lelaki terbabit mengaku berasal dari Johor Bahru memerlukan rumah itu dengan segera dan mahu tinggal selama setahun bersama ibu dan bapanya kerana mendapat pekerjaan di Tangkak.
“Saya tidak mengesyaki sebarang yang mencurigakan kerana perwatakan lelaki itu kelihatan biasa dengan mana-mana individu yang bertanya rumah sewa sebelum ini.
“Saya memberikan nombor telefon pemilik rumah itu yang merupakan seorang guru dan dimaklumkan lelaki itu sewa rumah tersebut sebanyak RM700 sebulan,” katanya kepada Sinar Harian hari ini.
Roslan berkata, sebelum ini rumah itu dijadikan inap desa dan Harun adalah penyewa ketiga selepas pensyarah kolej matrikulasi berpindah kerja ke tempat lain.
Katanya, Harun berambut sedikit panjang tidak mesra dengan jiran dan penduduk di kawasan itu. Lelaki itu juga akan mengelak daripada bertemu jiran dengan masuk ke dalam rumah apabila terserempak dengan mana-mana jiran di luar rumah.
“Saya pernah ke rumah dia untuk berkenalan dan mendekatinya sebagai jiran baru, tetapi rumahnya sentiasa kosong setiap hujung minggu.
“Minggu lalu, dia ada hubungi saya minta pertolongan untuk mencari mekanik kerana kenderaan pelbagai guna (MPV) Hyundai Starex rosak, tetapi beberapa hari kemudian dia memandu kereta jenis kenderaan utiliti sukan (SUV),” katanya.
Katanya lagi, kira-kira jam 3 petang dia melihat kereta Hundai Starex Harun berada di hadapan pintu masuk taman tersebut dan tidak lama kemudian menerima panggilan telefon daripada isteri mengatakan banyak kenderaan polis berada di rumah jirannya itu.
Roslan berkata, rumah berkenaan terletak tiga unit daripada rumahnya dan terkejut apabila mengetahui jirannya itu adalah suspek yang diburu pihak polis sebelum ini.
“Kelibat Harun tidak pernah dilihat sejak keluarga itu menyewa rumah berkenaan sehinggalah kes penangkapannya hari ini (semalam)," katanya.
Sementara itu di Kuantan Ketua Polis Pahang, Datuk Shariffuddin Abdul Ghani mengesahkan Harun ditangkap di Bandar Baru Tangkak, hari ini.
Rabu minggu lalu, Mahkamah Rendah Syariah Kuantan mengeluarkan waran tangkap terhadap Harun, selepas gagal hadir buat kali kedua untuk proses pengurusan kesnya semalam.
Dia yang menghadapi 10 pertuduhan mengikut Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982, juga gagal hadir pada sebutan pertama kesnya, 20 Ogos lepas.
Hakim Syarie Abdul Wahid Md Ali Al-Fakwie mengeluarkan waran itu selepas permohonan dikemukakan Ketua Pendakwa Syarie negeri Salehuddin Ab Manaf.

Temui penawar HIV, AIDS
- Tuan Mohamad (kanan) menunjukkan herba yang digunakannya bagi menghasilkan penawar AIDS/HIV.
Azman, 45, mula terjebak dengan najis dadah sejak berusia 15 tahun dan nekad meninggalkannya pada 2005 selepas keluar dari pusat serenti demi orang tersayang.
“Apabila keluar dari pusat serenti, saya hilang anak-anak dan isteri. Sejak itu saya nekad untuk meninggalkan dadah tanpa mengambil sebarang ubat dan tinggal di pondok. Ketika itu, saya rasa macam baru dilahirkan dan cuba buat yang terbaik dalam hidup saya selepas diberi peluang kedua oleh ALLAH SWT.
“Saya mula mendalami agama dan meninggalkan tempat kelahiran saya untuk berubah. Pada 2010, seorang rakan memperkenalkan penawar ini dan saya menghubungi pengusahanya secara terus melalui telefon. Sejak itu saya mengambil ubat tersebut sekalipun tidak mempercayai ubat-ubatan sebelum itu,” katanya.
Dia berkata demikian ketika ditemui di kediaman pengusaha penawar berkenaan, Tuan Mohamad Tuan Bongsu di sini, semalam.
Azman berkata, selepas tiga bulan dia mula merasakan perubahan dan meneruskan pengambilan ubat sehingga sekarang walaupun, disahkan bebas penyakit berbahaya itu pada tahun lalu.
Menurutnya, dia membuat pemeriksaan di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur dan disahkan bebas HIV/AIDS.
Dia belum bersedia untuk mendedahkan dirinya namun, rasa bertanggungjawab bagi membantu rakan senasibnya mengubati penyakit yang ditakuti ramai itu.
“Ketika disahkan menghidap AIDS, saya reda dan menerimanya sebagai balasan ALLAH kepada saya yang banyak melakukan kesilapan serta nekad meninggalkan dadah.
“Penawar berasaskan herba ini bukan membantu saya menyembuhkan penyakit tetapi membuatkan saya lupa dadah dan menjalani kehidupan normal,” katanya.
Sementara itu, Tuan Mohamad berkata, dia mula mencari formula bagi menghasilkan penawar itu selepas ahli keluarga terdekatnya disahkan menghidap penyakit itu.
“Saya tak sanggup lihat dia menderita dan saya mula mencari formula bagi menghasilkan penawar sebagaimana sabda Rasulullah, setiap penyakit ada ubatnya. Saya banyak bertanya kepada doktor, tabib Cina dan orang berpengalaman dalam bidang herba serta pada masa sama mempelajarinya melalui internet.
“Selepas setahun mencari, saya mula menghasilkan penawar itu dengan melakukan percubaan demi percubaan agar bersesuaian dengan penyakit itu. Alhamdulillah ahli keluarga saya itu sembuh selepas tiga tahun mencubanya dan meninggal dunia pada 2009 akibat penyakit kencing manis,” jelasnya.
Bekas kontraktor itu berkata, dia mula berkongsi penawar itu dengan pesakit AIDS sejak beberapa tahun lalu, melalui internet memandangkan ramai pesakit malu untuk menampilkan diri mereka.
Katanya, selepas kematian ahli keluarganya, dia berhenti menghasilkan ubat itu namun memulakannya kembali setahun kemudian untuk membantu penagih tegar dan penghidap HIV/AIDS yang dikatakan tiada ubat.
“Penawar ini terdiri daripada herba dari dalam dan luar negara yang diadun sebaik mungkin bagi membantu pesakit menjalani kehidupan normal selepas disahkan menghidap penyakit membunuh itu,” katanya.
Wanita Beragama Jamin Kebahagiaan Rumah Tangga
FIRMAN Allah bermaksud: “Dan kahwinkanlah orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu dan orang yang salih daripada hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka daripada limpah kurnia-Nya kerana Allah Maha Luas (rahmat-Nya dan limpah kurnia-Nya), lagi Maha Mengetahui.” (Surah al-Nur: 32).
Ibnu Kathir menegaskan, ayat itu mengandungi beberapa hukum yang jelas dan suruhan wajib ditaati. Ayat itu perintah supaya mengahwinkan sesiapa dalam kalangan umat Islam yang mampu dan bersedia.
Imam al-Qurtubi mentafsirkan perintah berkahwin termasuk dalam bab pengawalan kehormatan diri dan kebaikan maslahah ummah. Dengan kata lain, kahwinkan orang yang tiada pasangan dalam kalangan kamu kerana sesungguhnya ia adalah jalan menjaga kehormatan diri.
Kemudian ayat tadi menerangkan hukum mengenai hamba. Dikatakan juga bahawa makna ayat itu ialah hendaklah keinginan untuk mengahwinkan hamba itu mesti hamba yang baik, maka harus mengahwinkannya.
Rasulullah bersabda maksudnya: “Dinikahi seorang wanita kerana empat perkara iaitu harta, keturunan, rupa paras dan agamanya. Utamakan yang punya agama, kamu akan memperoleh keuntungan.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).
Rasulullah bersabda lagi maksudnya: “Bila anda didatangi oleh orang yang ada agama dan berakhlak baik, maka terimalah jangan dipersiakan nanti kamu ditimpa bencana dan malapetaka.” (Hadis riwayat Tirmizi dan Ahmad)
Allah berfirman maksudnya: “Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurnia-Nya kerana Allah Maha Luas (rahmat-Nya dan limpah kurnia-Nya), lagi Maha Mengetahui.”
Imam al-Qurtubi mentafsirkan, ayat itu merujuk kepada orang yang merdeka. Maknanya, janganlah kamu halang daripada mengahwinkan mereka dengan sebab kemiskinan si lelaki atau perempuan. Ayat ini adalah janji Allah dengan kekayaan kepada orang berkahwin yang mencari keredaan Allah dan memelihara diri daripada maksiat.
Rasulullah bersabda maksudnya: “Tiga perkara yang setiap mereka itu adalah hak ke atas Allah menolongnya, iaitu orang yang berjuang pada jalan Allah, orang yang ingin berkahwin yang ingin memelihara kehormatan, dan hamba mukatab yang mahu merdeka.” (Hadis riwayat Ibnu Majah).
Nabi Muhammad pernah mengahwinkan seorang perempuan yang datang kepada Baginda menyerahkan dirinya kepada seorang yang tidak berharta melainkan sehelai kain. Tidak lama selepas itu, perempuan tadi menuntut fasakh nikah kerana kemiskinan, kerana ia pernah atau biasa susah.
Adapun yang sering berlaku demikian (fasakh) ialah apabila seorang perempuan yang sebelumnya hidup senang, tiba-tiba hidup susah selepas berkahwin, kerana biasanya rasa lapar membuatkan orang itu tidak boleh bersabar.
An-Naqqaasy berkata, ayat ini menjadi hujah terhadap orang yang berkata: “Sesungguhnya kadi boleh memisahkan antara suami isteri jika suami itu miskin yang menyebabkan dia tidak mampu memberi nafkah kepada isterinya.”
Ini adalah pendapat yang daif. Ayat ini bukan hukum pada orang yang tidak mampu memberi nafkah, tetapi ia adalah janji akan diberikan kekayaan bagi orang yang berkahwin orang miskin. Adapun orang yang kahwin orang senang, tetapi menjadi susah selepas daripada itu, maka boleh dipisahkan antara kedua-duanya.
Allah berfirman: “Jika keduanya bercerai, maka Allah akan memberi kecukupan kepada masing-masing dari limpah kurnia-Nya.” (Surah An-Nisa: 130)
Prof Ridhuan Tee nafi dakwaan memplagiat
Prof
Madya Ridhuan Tee Abdullah hari ini menafikan dakwaan bahawa beliau
telah memplagiat hasil kajian orang lain dan mendakwanya sebagai cubaan
untuk mencemar nama baiknya.
Ridhuan yang juga kolumnis Utusan Malaysia berkata, dakwaan itu dibuat oleh pihak yang tidak bersetuju dengan tulisannya.
Sebaliknya, kata beliau, golongan yang tidak bersetuju dengan hujah dan pandangannya itu sepatutnya membentangkan hujah mereka dan bukannya dengan membuat tuduhan di belakang beliau.
Ridhuan menyatakan demikian sebagai mengulas dakwaan seorang
Senator DAP Ariffn SM Omar (kiri) bahawa pensyarah Universiti Pertahanan Nasional Malaysia itu diberi kenaikan pangkat daripada jawatan pensyarah kanan kepada profesor madya walaupun pernah dituduh memplagiat.
Mengulas lanjut, Ridhuan berkata: "Mari berdepan berhadapan dengan saya. Kalau tak gembira dengan hujah-hujah saya, kenapa cuba serang karakter saya?
"Hujah perlu dilawan dengan hujah," kata Ridhuan kepada Malaysiakini.
Menurut Riduhan lagi, tuduhan sedemikian sama sekali tidak akan menjejaskan kredibilitinya selaku ahli akademik.
Ariffin, yang mengajar Kajian Strategik di universiti yang sama di antara tahun 2010 dan 2013, mendakwa naib canselor pada masa itu tidak memandang dakwaan memplagiai dengan serius dan Ridhuan dinaikkan pangkat.
“Ia satu tamparan hebat buat ahli akademik yang lain," kata senator DAP Pulau pinang itu dalam sidang media di bangunan Parlimen pagi ini.
1. Senator dakwa pensyarah naik pangkat walau plagiat

Tiada ulasan:
Catat Ulasan