Posted on Wednesday, May 08 @ 00:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh teori
Oleh: tokpepijat
" Dalam PRU 12, BN dan UMNO kalah teruk. Kehilangan Pulau Pinang,Selangor,Kedah dan Perak.
Sekonyong-konyong Muhyiddin Yasin akibat dicucuk oleh Dr Mahathir mendesak PM Pak Lah letak jawatan.
Kali ini selepas PRU 13. UMNO dan BN kalah teruk lebih teruk.
Adakah Muhyiddin berani mendesak Najib letak jawatan sepertimana beliau desak Pak Lah 4 tahun dahulu?
Barangkali Mahathir terus diamkan diri kerana anaknya sudah jadi MB Kedah. Mahathir akan terus bersama team Najib. Bahkan Mahathir akan jadi pembela dan perisai Najib jika ada dalaman UMNO cuba desak Najib letak jawatan.
Muhyiddin perlu tubuhkan team baru untuk guling Najib. Mahathir sudah tidak boleh diharap lagi.
Siapakah team baru Muhyiddin ?
Pasca PRU 13 : Beranikah Muhyiddin ?
Suara Minta Najib Undur Sudah Kedengaran
Posted on Tuesday, May 07 @ 20:19:19 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh TKOOffline
Saya menerima masej ini dalam facebook group tertutup GERAK GEMPUR
UMNO. Masej ini ringkas dan dipercayai bertujuan untuk mengumpul
rakan-rakan umno yang bersependapat tentang masa depan UMNO. Saya suka
untuk berkongsi dengan pembaca dalam blog ini berkenaan maklumat yang
saya perolehi dalam groups tertutup cybertropper UMNO tersebut.
Masej berkenaan ialah:-
"Pak Lah didesak untuk undur selepas PRU 12 lantaran kekalahan terburuk UMNO BN dalam PRU12 kerana hanya mampu mendapat 140 kerusi lalu kehilangan majoriti 2/3 di parlimen. Saya kira, DS Najib juga mesti didesak undur dan memberi laluan kepada muka baharu yang lebih segar.
Dalilnya seperti berikut :
- Berjaya memecah rekod terburuk 140 kerusi kepada 133 kerusi.
- Kekalahan undi popular paling teruk buat UMNO BN.
- Paras Hutang negara paling tinggi.
- Pemborosan yang amat besar.
- Isu peribadi dan isu isteri DS Rosmah.
- Trend pengurusan yang boros, tidak cermat dan kurang telus.
- Lebih kepada team tersendiri
Dengan ini, saya mendesak agar DS Najib tidak lagi mengepalai BARISAN NASIONAL dalam UMNO dan Kabinet Malaysia"
"Pak Lah didesak untuk undur selepas PRU 12 lantaran kekalahan terburuk UMNO BN dalam PRU12 kerana hanya mampu mendapat 140 kerusi lalu kehilangan majoriti 2/3 di parlimen. Saya kira, DS Najib juga mesti didesak undur dan memberi laluan kepada muka baharu yang lebih segar.
Dalilnya seperti berikut :
- Berjaya memecah rekod terburuk 140 kerusi kepada 133 kerusi.
- Kekalahan undi popular paling teruk buat UMNO BN.
- Paras Hutang negara paling tinggi.
- Pemborosan yang amat besar.
- Isu peribadi dan isu isteri DS Rosmah.
- Trend pengurusan yang boros, tidak cermat dan kurang telus.
- Lebih kepada team tersendiri
Dengan ini, saya mendesak agar DS Najib tidak lagi mengepalai BARISAN NASIONAL dalam UMNO dan Kabinet Malaysia"
Team ini adalah untuk memastikan Najib akan kalah dalam pemilihan UMNO dan sebaik-baiknya mengundur diri.
Mengikut maklumat daripada team ini, ada beberapa pertemuan dengan orang kanan Tun Mahathir, tetapi Tun masih belum bersedia untuk bertemu kerana keletihan dan juga kebetulan pula anaknya Mukhriz masih dalam permulaan menjadi MB.
....
Sila layari
http://tranungkiteoffline.blogspot.com
Papa Gomo Pemfitnah Tegar Ditahan Polis!!
Posted on Tuesday, May 07 @ 20:20:55 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh TKOOffline
Penulis blog kontroversi pro-Umno Papagomo hari ini ditahan oleh polis. Laporan ini telah disahkan pihak PDRM menerusi laman twitter anggota keselamatan tersebut. Blogger Pro Kerajaan itu ditahan bersama seorang lagi individu yang dikenali sebagai "King Jason". Perkara itu dimaklumkan oleh pihak polis melalui pesanan Twitter hari ini kata Bandut Rakyat. Sebab penahananya setakat ini belum dinyatakan.
Bagaimanapun, sebelum ini dilaporkan terdapat laporan polis dibuat terhadapnya oleh seorang pembaca Shahrizad Mohd Diah atas dakwaan mengeluarkan kenyataan berhubung isu Melayu dan Cina.
Free Malaysia Today menulis laporan itu dibuat oleh Jamilah Baharuddin di balai polis Simpang Tiga dan kemudiannya di Sungai Maong di Kuching.
Petikan Free Malaysia Today adalah seperti berikut:-
KUCHING: A Sarawak PKR’s women wing member today lodged a police report against blogger Papagomo and a reader – Shahrizad Mohd Diah – for allegedly calling on all Malays to riot against the Chinese for voting for the opposition.
The report was filed by Jamilah Baharuddin at the Simpang Tiga police station. Later she filed another report at the Sungai Maong police Station.
She was accompanied by Simon Siah, a lawyer and a PKR youth wing vice-chairman, and Patricia Ainon Daweg, a PKR member.
Jamilah alleged that the postings came from Papagomo, a well-known pro-Umno blogger, and Shahrizad Mohd Diah, a financial adviser who also claimed to be a managing director of MD Property Development Sdn Bhd.
Shahrizad allegedly suggested that on May 13, the “Malays should rise, riot and kill all Chinese bastards in Malaysia, and slaughter them like slaughtering pigs.”
“This is the only way,” he had allegedly said in a comment posted on Papagomo’s blog.
Papagomo in his posting allegedly said that Chinese in DAP ‘wajib ditendang’ (kicked) even though if it means bloodshed.
Jamillah said that she being a Malay was shocked to read such statements coming from the two persons.
“I am sure other Malays do not share their statements,” she said, pointing out that “we cannot blame the Chinese for supporting the opposition”.
She called on the police authorities to immediately take action against the duo for allegedly inciting the Malays to riot on May 13 as a pre-empt action.
Jamilah also urged the people to remain calm.
‘Stop the idiotic talk’
“As the prime minister said, we need to work on a national reconciliation process to heal the racial and political divisions that have sparked in the wake of GE13.
He also urged the police to investigate the blogger and his reader for making seditious remarks.
Bloggers arrested
In a latest development, the police today said that they have arrested bloggers Papagomo and King Jason over their insensitive articles.
“We will not rest until those who spread lies and post racial messages are detained… we expect to make more arrests soon,” Federal Commercial Crime Investigation Department director Syed Ismail Syed Azizan told a press conference in Bukit Perdana today.
The police also tweeted that a police report was lodged today an Utusan Malaysia report that contained elements of sedition.
It also said that the case was being investigated under Section 4(1)(c) of the Sedition Act 1948.
....
Sila layari
http://tranungkiteoffline.blogspot.com
Lonjakan 20% undi Melayu pada BN tumbangkan Kedah
Posted on Tuesday, May 07 @ 20:58:51 MYT
Dilulus untuk paparan oleh aya
Sumber Malaysiakini
Kejayaan BN merampas Kedah mengejutkan pelbagai pihak, apatah lagi apabila menjadi satu-satunya negeri Pakatan Rakyat yang tumbang ketika negeri lain yang ditadbir gabungan itu terus bertahan sekalipun diasak hebat.
Bukan sahaja menang, negeri-negeri lain pimpinannya - Selangor, Kelantan dan Pulau Pinang - juga mendapat mandat mentadbir dengan penguasaan dua pertiga dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing.
Di Kedah, kejayaan BN merobek beberapa kubu kuat PAS dilihat lebih manis apabila berlaku lonjakan sokongan pengundi Melayu dengan purata sebanyak 20 peratus, daripada 50 peratus pada 2008 kepada 70 peratus pada 2013.
Dalam pilihan raya umum ke-13 pada Ahad lepas, BN menang 21 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kedah berbanding Pakatan yang mendapat 15 kerusi - merosot tujuh kerusi berbanding 2008.
Kerusi-kerusi yang dirampas BN adalah Tanjong Dawai, Jeneri, Bukit Lada, Kupang, Pantai Merdeka, Ayer Hitam dan Bandar Baharu.
Seperti juga trend di peringkat nasional, sokongan pengundi Tiong Hua - yang digelar BN sebagai "tsunami Cina" -- memainkan peranan penting di negeri Jelapang Padi itu.
Bagaimanapun, pengaruh itu tidak nyata mampu menampung pertambahan sokongan Melayu pada BN di Kedah yang memang dianggap sebagai "negeri Melayu".
Hanya 10 peratus Cina sokong BN
Pemimpin BN tempatan sendiri mengakui mereka terpaksa akur dengan pilihan masyarakat Cina yang hanya memberi sokongan kepada BN tidak sampai 10 peratus sahaja kali ini berbanding India dengan 80 peratus.
Justeru, berlaku trend semakin kurangnya undi Pakatan di kawasan kurangnya pengundi Cina. Bagaimanapun kes unik berlaku di Tanjong Dawai dan Bandar Baharu yang tiada kena mengena dengan polarisasi sokongan mengikut kaum.
Di Tanjong Dawai, PAS memberikan alasan faktor undi tentera kira-kira 6,000 anggota manakala di DUN Bandar Baharu dipercayai ekoran "masalah dalaman" apabila jentera bawahannya tidak sekepala dan berpuak-puak sehingga kempennya tidak dapat meresap dengan baik ke akar umbi.
Walaupun hanya hilang tujuh kerusi, PAS juga diasak hebat di kawasan yang dianggap kubu sendiri sebelum ini sehingga majoriti undinya merosot, walaupun berjaya dipertahankan.
Antara kawasan itu Bukit Pinang, Alor Mengkudu, Anak Bukit, Kubang Rotan, Tokai, Sungai Limau dan Merbau Pulas.
Sementara itu, walaupun PAS Kedah berulang kali menafikan, pemerhati politik berpendapat perubahan sikap pengundi berpunca daripada kesangsian mereka terhadap keupayaan bekas menteri besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak dengan gaya kepimpinannya yang dipertikaikan dan sentiasa mengundang kontroversi.
Phahrolrazi meningkat, Azizan merosot
PAS juga menolak tanggapan bahawa punca kekalahan Pakatan Rakyat disebabkan pergeseran antara Azizan dan bekas exco kerajaan negeri Datuk Phahrolrazi Zawawi.
Bagaimanapun, berdasarkan sokongan di tempat sendiri, pengaruh Azizan ternyata merosot. Walaupun memang lagi, majoritinya berkurangan daripada 3,212 pada 2008 kepada 2,774 pada tahun ini.
Ini sama sekali berbeza dengan Phahrolrazi yang berjaya meningkatkan majoritinya, walaupun sedikit, dari 3,122 kepada 3,884 undi.
Mungkin ini salah satu perkara yang dirujuk Pengerusi Umno Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah apabila menyifatkan kekalahan PAS disebabkan "macam-macam hal" sepanjang lima tahu memerintah.
Di samping itu, kehadiran pemimpin muda Datuk Mukhriz Mahathir yang mengambil risiko bertanding di DUN Ayer Hitam yang dikatakan memberi harapan baru kepada rakyat negeri itu.
Malah, pengaruh bapanya Tun Dr Mahathir Mohamad yang turun padang berkempen sehingga malam terakhir pada Sabtu lalu, juga menyumbang kejayaan BN khususnya di Jerlun dan dua DUN bawahnya, sekali gus menolak dakwaan adanya sentimen anti lilegasi Dr Mahathir.
Muhriz semalam berkata, walaupun menganggap peluang awalnya hanya 50-50, beliau menyandarkan khidmatnya di Parlimen Jerlun sebelum itu untuk diterjemahkan dalam bentuk undi di DUN Ayer Hitam.
Pengumuman di saat-saat akhir Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bahawa beliau bakal menjadi menteri besar Kedah jika BN menang di negeri jelapang padi itu turut memberi keyakinan kepada pengundi.
Kerja keras Mukhriz di Kedah pastinya tidak dapat ditolak oleh sesiapa, termasuk kawan dan lawan. Sebagai contoh kata Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Negeri Datuk Mohamad Yusuf Hussin semalam mengakui Mukhriz "all out" sehingga kemaraannya sukar dikekang mereka.
Nota : Di Kawasan Ust azizan 4 penjuru ,di kawasan anak bukit 3 penjuru ,di kawasan phahrol 1 lawan 1.. tu pun nasib baik kerana orang UMNO tak suka calon UMNO ..jika jamil yang jadi calon alamat bungkus lah phahrol.
Kita Menang Walaupun BN Belum Tumbang
Posted on Tuesday, May 07 @ 20:36:10 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh: ustaznik
"
Perasaan bercampur-baul antara sedih dan riang. Di DUN Cukai majoriti lebih 2 ribu PAS menang. DUN Air Putih ada undi Felda yang BN tumpang. Di DUN Kijal, dengar ceritanya Ahmad Said berkampung di Seri Bandi hari mengundi kerana di situ Myanmar penuh kandang.
Di
DUN Kemasik, dengar cerita mulanya menang kemudian kalah tipis pula
bang? Parlimen Kemaman nampaknya PKR kena buat post-mortem, kaji
bagaimana boleh menang. Harapan untuk Terengganu tinggi, tapi 15 kerusi
PR dan 17 kerusi BN masih tak stabil, boleh KOCOK dan goyang.
Kelantan Alhamdulillah, PAS teruskan perjuangan yang panjang. PAS Kedah sudah lama dimaklumkan mengenai orang Myanmar, daftar di Langkawi, ditrain di Cherating dan dieksport ke kawasan lain tapi dibiarkan, dan lain=lain faktor, akhirnya kecundang? Pulau Pinang solid dan BN boleh bungkus dan terbang. Selangor Alhamdulillah kekal walaupun desas-desus BN mahu rampas, tinggal sembang. Undi popular meningkat dan fakta ini tak boleh diperkecilkan dan ditentang.
Kelantan Alhamdulillah, PAS teruskan perjuangan yang panjang. PAS Kedah sudah lama dimaklumkan mengenai orang Myanmar, daftar di Langkawi, ditrain di Cherating dan dieksport ke kawasan lain tapi dibiarkan, dan lain=lain faktor, akhirnya kecundang? Pulau Pinang solid dan BN boleh bungkus dan terbang. Selangor Alhamdulillah kekal walaupun desas-desus BN mahu rampas, tinggal sembang. Undi popular meningkat dan fakta ini tak boleh diperkecilkan dan ditentang.
Walau
apapun keputusan, sebenarnya PAS menang dalam berjuang. Prinsip kita
pegang. Tahaluf siasi yang kita ijtihad ada peningkatan dan peluang. Ada
pemimpin yang kalah dan menang itulah adat berjuang. Islam tetap kita
julang. Peluh yang menitis dan kering ada dalam akaun akhirat jangan
bimbang. Kerja Islam diteruskan-sebelum PRU, semasa, selepas dan
selamanya sebelum malaikat maut datang.
Hanya
Allah yang Kekal dengan kerajaanNya, dan selain itu fana dan hilang.
Percayalah, BN hanya menunggu detik dan masa untuk tumbang.
Mat Sabu kecewa
Posted on Tuesday, May 07 @ 22:51:32 MYT
Dilulus untuk paparan oleh aya
Sumber Sinar Harian
PENDANG - "Saya tidak terima kekalahan lagi."
Itulah yang ditegaskan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang ditewaskan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Othman Abdul bagi kerusi Parlimen Pendang pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu tewas pada calon BN itu yang memperoleh 32,165 undi dan menang dengan majoriti 2,638 undi
Mat Sabu sebelum ini kalah dalam dua PRU bagi kerusi Parlimen Kuala Kedah pada 2004 dan Parlimen Kuala Terengganu pada 2008.
Beliau turut meluahkan rasa kecewa kerana gagal mempertahan kerusi Parlimen Pendang yang disandang Datuk Dr Mohd Hayati Othman walaupun kawasan itu telah dikenali ramai sebagai kubu kuat Pas di Kedah.
“Saya kecewa kerana gagal pertahankan Parlimen Pendang namun saya tidak terima kekalahan ini lagi kerana saya akan buat kajian dan semak semula peratus undi Siam.
"Masyarakat Siam yang keluar mengundi di Sungai Tiang adalah luar biasa manakala di Tokai tidak mengalami masalah.
"Kemungkinan ada unsur-unsur penipuan di kawasan itu,” katanya kepada Sinar Harian semalam.
Nota : Pengundi nak anak tempatan ..pengundi sekarang menilai calon boleh buat kerja atau tidak..
--------------------------------------
- Musa Bin Hashim · Top CommenterDAH RUGI..KALAU PERGI KELANTAN DAH TENTU MENANG SELESA...ORANG KEDAH DAH TAK SUKA,,LETAK JAWATAN LAH DUK KAT SURAU,,BAGI CERAMAH AGAMA JER..BANYAK PAHALA DAPAT...
- Mohamad Sobri Abd Rahman · Top Commenter · General Manager at D'optometrisabang mat , tunjukkan sikit kematangan berpolitik . Tak kan la org lain sj salah , kita tak dak salah ka . Ingatlah , kita yg merancang , Allah jg merancang tapi keputusan Allah lah yg tepat . Abg mat tidak kurang hebat dlm politik tapi mungkin org lain lebih hebat .Terima lah kekalahan .Tak kan la UMNO ni hidup dgn menipu sj . UMNO ada brand, PAS pun ada brand .Rakyat dah pilih brand mn yg mereka mahu .Sabar aja la bang Mat , biar la pula rakyat yg memilih hidup dgn aman . Dah lama sangat dah rakyat diheret dlm politik ni . Kadang2 dah naik MENYAMPAH .
- Ahadsdifah Shapiee · Top Commenter · SMKA Sheikh Haji Othman Abdul Wahabmasih nak salahkan pihak lain tanpa mencerminkan diri sendiri menilai apa yg telah beliau lakukan pada hari hari lepas
Tiada ulasan:
Catat Ulasan