Jumaat, 24 Mei 2013

HUKUMAN TETAP ADA...DIDUNIA DAN DIAKHIRAT....SEPANJANG2 TALI ADA PENGHUJUNG...SIHAT BUGAR MACAM MANA....KUAT MACAMANA PUN...LANJUT USIA MACAMANA PUN....AKHIRATNYA MATI JUGA...SELAMA MANA DUNIA INI....AKHIR KIAMAT JUGA...SELAMA MANAPUN DIDALAM KUBUR...DIBANGKIT JUGA SERTA DIHIMPUN DIPADANG MAHSYAR...SELAMA MANAPUN HISAB KITA...MAKA AKHIRNYA ALLAH TENTUKAN MASUK SYURGA ATAU NERAKA...MORALNYA JANGAN KITA JADI ORANG JAHAT DALAM DUNIA NI

Buat laporan polis jika alami dakwat tanggal

Harakahdaily, 24 Mei 2013
KUALA TERENGGANU: Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru semua rakyat yang mendapati dakwat ditangannya boleh hilang pada hari pengundian lalu, tampil membuat laporan polis.

Katanya, rakyat perlu berani untuk melaporkan perkara itu sebagai bukti berlakunya penipuan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), kerana sebelum itu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memberi jaminan dakwat itu boleh kekal beberapa hari.

"Kita mintak seramai mungkin setiap orang yang mengundi, yang hilang dakwat hitam pada hari pertama, buat laporan polis.

"Ini tanggungjawab saudara, kalau ada integriti, ada maruah kepada rakyat buat laporan polis, beri salinan kepada kita.

"Kalau kita buat begitu, dengan sendiri kita boleh menjawab tomahan Umno," katanya pada ceramah Black505 di Markaz PAS Kuala Ibai di sini malam tadi.

Kira-kira lebih 50,000 rakyat hadir mendengar kupasan isu dari pemimpin Pakatan Rakyat khususnya berkaitan penipuan dalam PRU13 lalu.

Selain Anwar, turut hadir Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa serta pimpinan Pakatan Rakyat peringkat negeri.

Menurut Anwar lagi, laporan-laporan polis itu akan menjadi kekuatan untuk mencabar ketelusan dan keadilan proses pilihan raya lalu yang didakwanya sarat dengan penipuan.

Pada masa sama katanya, pasukan penyiasat penipuan PRU13 Pakatan Rakyat juga sedang git mengumpul bukti-bukti untuk mengemukakan petisyen.

Beliau memaklumkan sekurang-kurangnya 27 ke 30 kerusi sedang diteliti untuk dikemukakan petisyen di mahkamah.

Sehubungan itu katanya, rakyat diminta memberi kerjasama dengan memberi maklumat berkaitan penipuan tersebut kepada pasukan penyiasat tersebut.
'Tiada dalam perlembagaan, hapus istilah Cina, India'
10:06AM Mei 24 2013
Pada 12 Mei, Malaysiakini melaporkan ucapan bekas hakim Datuk Mohd Noor Abdullah dalam "Wacana Post Morterm PRU-13: Bicara Kepimpinan dan Survival Ummah".

Mohd Noor Abdullah dilaporkan menyeru golongan Melayu agar bertindak dengan lebih agresif untuk mempertahankan hak mereka serta menyusun semula masyarakat, ekoran keputusan pilihan raya umum 5 Mei.

Beliau membuat seruan demikian kerana orang Cina didakwanya mengkhianati ikatan setia kawan orang Melayu melalui usaha untuk merampas kuasa politik.

Ekoran kenyataan itu, beliau mendapat kritikan keras pelbagai pihak, termasuk oleh Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyifatkannya mengatasi kumpulan pelampau Ku Klux Klan di Amerika Syarikat.

Gabungan NGO-NGO Malaysia dalam kenyataannya pula mendakwa, laporan Malaysiakini berhubung perkara itu tidak tepat, berniat jahat dan bertujuan melaga-lagakan keharmonian dan perpaduan kaum.

Mereka mendakwa kenyataan itu dimanipulasikan oleh wartawan dan berita itu hanyalah segmen-segmen kecil yang dipilih-pilih berdasarkan ucapan penuh Mohd Noor yang berdurasi hampir 60 minit.

Justeru, bagi membantu pembaca mendapatkan gambaran sebenar, berikut transkrip penuh ucapannya berdasarkan rakaman audio dalam wacana itu.

Di bawah ini bahagian terakhir daripada tiga bahagian:Ini soal jawab yang saya masukkan di sini. Soal jawab, saya menyoal, saya menjawab.

Pertama, bolehkah seorang bukan Melayu menjadi perdana menteri? Kalau mengikut perlembagaan, yang dipertuan Agong mesti melantik seorang perdana menteri yang mendapat majoriti, walaupun satu di Dewan Rakyat. Habis.

Cuma dia kata di situ, seorang warganegara melalui naturalisation or registration tidak boleh jadi perdana menteri. Iaitu, orang yang jadi rakyat kerana telah tinggal di sini selama 10 tahun ataupun mereka yang menjadi rakyat kerana menjadikan Malaysia ini my second home. Orang ini tidak boleh, itu saja. Tidak ada disebut tentang Melayu-Islam.

Tetapi mengikut amalan demokrasi, oleh kerana negara ini negara Islam, jadi tentunya yang Di-Pertuan Agong tadi, bila lantik seorang perdana menteri, bukan saja kriterianya dia mendapat majoriti, tetapi termasuklah dia sebagai wakil negara hendaklah seorang yang Islam dan orang Melayu.

Bagaimana? Bolehkah seorang bukan Melayu menjadi menteri besar atau ketua menteri? Ini berlaku, ya.

Peruntukan perlembagaan negeri menyatakan begini, peruntukan perlembagaan negeri, sembilan negeri Melayu menyatakan begini, raja atau sultan hendaklah melantik seorang menteri besar atau ketua menteri, seorang yang mendapat suara majoriti, (walaupun) satu lebih di Dewan Undangan Negeri.

Kedua, dia mestilah orang Melayu beragama Islam. Ketiga, syarat kedua-dua ini, raja boleh melonggarkan mengikut budi bicaranya - melonggarkan syarat kedua ini bagi menepati syarat yang pertama.

Maknanya begini, siapa yang dapat majoriti dalam Dewan Undangan Negeri itu, maka dialah yang menjadi menteri besar. Kalau DAP mendapat majoriti, maka orang Cinalah yang menjadi menteri besar.

Tetapi (syarat) kedua kata, dia mestilah orang Melayu beragama Islam. Maka yang pertama tadi, dah tak jadi dah.

(Syarat) ketiga kata, syarat kedua ini boleh dilonggarkan bagi menepati syarat pertama. Syarat kedua Melayu-Islam itu boleh diketepikan supaya siapa dapat majoriti dialah yang menjadi menteri besar dan letua menteri. Macam mana?

Kalau tidak boleh, maka pindalah perlembagaan negeri itu dengan sokongan 2/3. Di Melaka sekarang ini, di Pahang, di mana (BN) dapat 2/3 ini, masukkan klausa di situ, Melayu-Islam, tidak ada yang ketiga itu.

Saya tanya seterusnya, bolehkah Brunei dan Singapura masuk Malaysia? Jawabnya, Parlimen boleh dengan undang-undang, membawa masuk mana-mana negeri - Brunei, Singapura - dan mana-mana (negeri) ke dalam Malaysia ini dengan suara majoriti sahaja.

Satu undi lebih, cukup, boleh bawa Singapura masuk ke Malaysia ini. Tidak payah dengan persetujuan Majlis Raja-Raja.

Tetapi kalau ubah sempadan mana-mana negeri, maka negeri berkenaan kena (dapat persetujuan).... Perubahan sempadan itu diluluskan Dewan Undangan Negeri dan mendapat perkenan raja.

Tetapi hendak bawa masuk Singapura ke Malaysia ini dia perlukan hanya akta Parlimen yang mengatakan membawa masuk Singapura ke Malaysia, dengan satu suara majoriti, maka masuklah Singapura ke Malaysia.

Bayangkan akibatnya. Ini agenda yang saya katakan pengkhianatan itu, termasuklah agenda membawa masuk Singapura ke dalam Malaysia.

Sebab itu kalimah Allah dicampakkan supaya orang PAS dan Umno, orang Melayu berpecah belah. Matlamat akhirnya ialah menawan hati orang Bumiputra Sabah dan Sarawak yang bukan Islam. Nampak tidak telunjuknya ke mana?

Tetapi kita Melayu termakan, mujurlah orang Sabah dan Sarawak menyebelah kita. Kerana itu, saya katakan, istilah. Kita hapuskan "Cina", kita hapuskan "India" oleh kerana tiada dalam perlembagaan tadi.

Maka kita letakkan, istilah: "orang Melayu" (dan) "bukan Melayu" (atau) istilah "Masyarakat Pribumi" (dan) "Masyarakat bukan Pribumi". Gunakan mana yang berkenaan. Maka tidak ada lagi (istilah) "Cina" (dan) "India"....

Kalau dikatakan "Malaysian Chinese", dia Cina dulu, "Malaysian" ini jadi adjective. Barack Obama selalu mengatakan: "I am an African American".

American
itu yang asas dia. African itu adjective dia. Kita tidak, terbalik. I am a Chinese first, Malaysian second. Kenapa kita tak peka dengan istilah macam itu?

Akhir sekali, ini saya katakan dengan suara yang lantang dan hati yang ikhlas. Kita hapuskan rasuah di kalangan orang Melayu sendiri. Bermula dari orang politik sampai pegawai kerajaan. Kalau orang Melayu rasuah, tiada lagi maruah kita....

Oleh kerana apa, kita dengar di sana orang Melayu boleh dibeli dengan sebatang rokok. Tidak malukah kita? Jadi, jangan sekali-kali kita rasuah. Itu pertama.

Yang kedua, undang-undang negara ini kita laksanakan tanpa belas kasihan. Yang salah tetap salah.... Belas kasihan atau sebagainya, itu kerja hakim. Kerja penguatkuasa undang-undang ialah undang-undang dibuat supaya semua mematuhinya. (Kalau) tidak patuh, ambil tindakan.

Dan saya percaya orang yang degil hendak langgar undang-undang ini bukan orang Melayu. Bukan. Orang Melayu ini patuh kepada undang-undang.

Sebab itu, kalau saya ambil contoh, kita ada undang-undang hasutan tetapi tidak ada seorang pun yang didakwa. Kalau ambil contoh apa yang berlaku sekarang ini, banyak yang bertentangan dengan perlembagaan, dengan undang-undang, tetapi tidak diambil tindakan.

Sebab itulah saya katakan, orang lain takut kalau orang Melayu tidak rasuah. Orang lain takut kalau undang-undang ini dikuatkuasa sepenuhnya oleh kerana mereka selalu ikut jalan pintas, ikut jalan belakang. Jadi segala rasuah itu menggadaikan negara, menjatuhkan maruah bangsa.

Banyak lagi, tetapi dalam masa terhad ini, sekadar itu saja.


Bahagian I: 'Pengkhianatan orang Cina itu benar'Bahagian II: 'Isytiharkan tanah rizab Melayu di bandar'
Kronologi pembunuhan Sosilawati

24 Mei 2013
Kes Sosilawati: Peguam mahu sepina 3 timbalan
Kes bunuh Datuk Sosilawati Lawiya
SHAH ALAM - Kes pembunuhan kejam jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain, yang menggemparkan masyarakat danmendapat liputan meluas media sejak tiga tahun lepas, akhirnya tiba dipenghujung semalam.

Mahkamah Tinggi di sini menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas bekas peguam N.Pathmanabhan dan tiga pekerja ladangnya selepas mendapati mereka bersalah melakukan perbuatan itu.

Pathmanabhan bersama T. Thilaiyalagan, R. Matan dan R. Kathavarayan didakwa membunuh Sosilawati, 47, pegawai bank Noorhisham Mohamad, 38, peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, serta pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin, 44.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di Lot 2001, Jalan Tanjong Layang, Tanjung Sepat di Banting antara pukul 8.30 malam dan 9.45 malam pada 30 Ogos 2010.

Pathmanabhan, 43, Thilaiyalagan, 21, Matan, 22, dan Kathavarayan, 33, didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori.

Hakim Datuk Akhtar Tahir semasa membacakan keputusannya, menyifatkansiasatan polis dalam kes itu 'bertaraf dunia', dan kejayaan menyelesaikan kesberkenaan dalam tempoh tidak sampai dua tahun adalah hasil kerjasama baik yangditerima daripada pendakwaan serta pembelaan yang turut disifatkan beliausebagai 'bertaraf dunia'.

Berikut adalah kronologi kes pembunuhan itu yang menjadi tumpuan masyarakat:

30 Ogos 2010: Sosilawati bersama Noorhisham, Ahmad Kamil dan Kamaruddindilaporkan hilang selepas ke Banting atas urusan jual beli tanah.

6 Sept 2010: Kereta BMW X5 hitam bernombor pendaftaran WTL 11 yang digunakanSosilawati pada hari beliau dilaporkan hilang ditemui di tempat letak keretaflat Angsana, Pangsapuri USJ, Subang Jaya manakala kereta BMW hitam bernomborpendaftaran AAJ 5 milik Ahmad Kamil ditemui di depan kawasan perumahan teres duatingkat berhampiran Hotel Grand Dorsett, Subang Jaya.

9 Sept 2010: Lima suspek ditahan di sebuah ladang di Banting.

11 Sept 2010: Seorang peguam bergelar Datuk dan adiknya, yang juga seorangpeguam, turut ditahan bagi membantu siasatan.

12 Sept 2010: Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri MohdBakri Zinin mengesahkan keempat-empat individu berkenaan dibunuh dengan kejamsebelum dibakar di sebuah ladang, manakala abu mayat mereka dicampak ke dalamsungai berhampiran.  

13 Okt 2010: Pathmanabhan bersama Thilaiyalagan, Matan dan Kathavarayandihadapkan ke Mahkamah Majistret Telok Datok, Banting atas tuduhan membunuhSosilawati, Noorhisham, Ahmad Kamil dan Kamaruddin.

15 Okt 2010: Mahkamah Majistret Telok Datok menjatuhkan hukuman penjaratujuh tahun terhadap U.Suresh dan K.Sarawanan yang mengaku bersalah menghapuskanbahan bukti dalam pembunuhan itu.

21 Feb 2011: Mahkamah Tinggi Shah Alam meminda hukuman tujuh tahun penjarakepada 20 tahun ke atas Suresh dan Sarawanan kerana melupuskan bahan bukti dalampembunuhan itu.

4 Julai 2011: Perbicaraan kes bunuh bermula di Mahkamah Tinggi Shah Alam.

3 Nov 2011: Pakar perunding forensik Dr Nurliza Abdullah dari JabatanPerubatan Forensik, Hospital Kuala Lumpur (HKL) memberi keterangan mengesahkanbahawa 2,030 daripada 2,040 spesimen yang ditemui di sebuah sungai dan ladang diBanting, yang didakwa menjadi lokasi pembunuhan keempat-empat individuberkenaan, berkemungkinan besar tulang atau gigi manusia.    Beliau juga berkata semua tulang itu menunjukkan kesan pembakaran ataupendedahan pada suhu haba amat tinggi, iaitu sekurang-kurangnya 800 darjahcelcius ke atas.

10 Nov 2011: Dr Norhayati Jaffar, yang bertugas di Jabatan PerubatanForensik HKL memberi keterangan mengesahkan tujuh daripada 10 sampel gigi yangditemui di Sungai Panchau dan Ladang Gadong, adalah gigi manusia.

31 Jan 2012: Pengarah Bahagian Forensik Jabatan Kimia Lim Kong Boon memberiketerangan mengesahkan profil DNA Noorhisham diperoleh daripada kesan darah padakayu kriket. Beliau juga mengesahkan profil DNA Kamaruddin dan Ahmad Kamildiperoleh daripada kesan darah pada kepingan zink yang dijumpai di ladang kelapasawit Sungai Arak, Banting.

30 April 2012: Hakim Akhtar memerintahkan Pathmanabhan, Thilaiyalagan, Matandan Kathavarayan membela diri atas pertuduhan membunuh Sosilawati, Noorhisham,Ahmad Kamil dan Kamaruddin selepas pendakwaan berjaya membuktikan kes primafacie.

23 Mei 2013: Hakim Akhtar menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke ataskeempat-empat tertuduh selepas mendapati mereka bersalah membunuh Sosilawati,Noorhisham, Ahmad Kamil dan Kamaruddin. - Bernama
Ibu syukur pembunuh Wati dihukum
KAMARUL HALIM M KAMAL
24 Mei 2013
Ibu syukur pembunuh Wati dihukum
Masih dalam ingatan...Yatmi menunjukkan gambar Sosilawati yang diambil beberapa hari sebelum Allahyarham hilang, sambil diperhatikan Rosnani.
BATU PAHAT – “Engkau bunuh anak aku sebelum ini. Sekarang engkau pula yang dihukum bunuh,” demikian luahan ibu jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya.

Yatmi Abdul Rahman, 83, yang mengikuti keputusan mahkamah dalam kes itu melalui berita di televisyen pada 11 pagi semalam, menyifatkan hukuman yang dijatuhkan setimpal.

“Walaupun Wati sudah tiada, makcik akan ingat keletahnya sampai bila-bila,” katanya pada Sinar Harian di kediamannya, di Kampung Seri Menanti, Sri Medan, semalam.

Adik Sosilawati, Rosnani, 47, berkata, dia melakukan sujud syukur setelah mengetahui keputusan mahkamah dan berharap ia menjadi iktibar bahawa setiap perlakuan jenayah akan menerima hukuman.

“Hukuman itu adil dan setimpal. Kami berasa lega. Tentulah kami (kaum keluarga dan adik beradik) sedih dengan apa yang berlaku, tetapi keputusan berkenaan seakan menjadi penyembuh kepada luka yang dirasai,” katanya.
'Kematian adik sudah terbela'
DIANA SURYA ABD WAHAB
24 Mei 2013
'Kematian adik sudah terbela'
Ramlah (kanan) bersama kakaknya, Zaidah (kiri) serta saudaranya bersyukur mendengar berita tentang keputusan mahkamah.
KUANTAN – Penantian selama tiga tahun keluarga pemandu peribadi Datuk Sosilawati Lawiya, Allayarham Kamaruddin Shamsuddin, 44, untuk mengetahui keputusan terhadap kes pembunuhannya berakhir dengan kelegaan dan rasa syukur.

Kakaknya, Ramlah, 52, berkata, selepas mengetahui keputusan tersebut seluruh ahli keluarganya sudah mampu menarik nafas lega walaupun masih dihimpit kerinduan terhadap adik kesayangan mereka.

“Kami rasa begitu bersyukur akhirnya dapat mengetahui keputusan daripada mahkamah tinggi yang mendapati bekas peguam N Pathmanabhan dan tiga pekerja ladangnya yang terlibat dalam kes pembunuhan sekali gus menerima hukuman gantung sampai mati.

“Keputusan ini yang kita nantikan, memandangkan kami juga menunggu sudah agak lama.

“Walaupun kami begitu sedih mengenangkan kematiannya, sedikit-sebanyak turut berpuas hati dan merasakan kematiannya kini sudah terbela,” katanya di rumah kediaman Kamaruddin di Indera Mahkota 2, dekat sini, semalam.

Ramlah berkata, sebelum ini keyakinannya terhadap keputusan yang bakal diperoleh hanya sekitar 50 peratus, sama ada terbukti adiknya dibunuh mereka atau tidak.

“Ini kerana selama tiga tahun siasatan dan perbicaraan yang begitu lama sehingga melewatkan proses mahkamah sering menjadi tanda tanya.

“Kini kami sudah mendapat kebenaran bila mahkamah akhirnya menjatuhkan hukuman kepada pembunuhnya walaupun masih mengharapkan Kamaruddin masih lagi disorok di mana-mana.

“Kalau ikutkan hati kami tidak boleh terima kenyataan, tetapi setelah segalanya jelas serta kesnya terbukti, kami sudah boleh menerima keputusan mahkamah dan kematiannya,” katanya.

Menurutnya, selepas semuanya selesai mereka akan berusaha untuk mendapat surat mati bagi membantu mencerahkan masa hadapan anak-anaknya, Balqis Dayana, 15, Izran Akmal, 12, dan Irfan Aiman, 11.

“Selama beberapa tahun ini, pelbagai kesusahan terpaksa ditempuh oleh anak-anaknya, terutama dari segi sumber kewangan dan pembelajaran.

“Sebelum ini, mereka tidak mendapat sebarang bantuan, memandangkan kes Kamaruddin belum selesai.

“Selepas ini bolehlah kita menguruskan mana-mana bantuan untuk mereka, termasuk perniagaan yang ada ditinggalkan arwah buat anak-anaknya,” katanya.

 SPR tipu, apakah Najib tidak tahu? Kalau tahu tolong undur sekarang!
Posted on Sunday, May 05 @ 17:09:27 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: senik

"

Assalamualaikum,,..
SPR disahkan tipu dalam pengedalian PRU 13, baru separuh hari berapa kes pengundi hantu yang dibongkar? Persoalan yang timbul siapa dalang kepada terdaftarnya pengundi warga asing dan apakah Najib sebabagi PM tidak tahu menahu tentang ini? Kalau Najib tahu kenapa terhegeh hegeh  masuk TV nak tunjuk baik? Kemungkinan besarnya Najib tahu semua kerja hina SPR dan tahu benar ada warga asing yang didaftarkan sebagai pengundi, tapi Najib pura pura tidak tahu kerana dia mahu menang PRU dengan bantuan warga asing.


Sekarang pembongkaran penglibatan warga asing dalam PRU negara sampai ke tahap tidak boleh dicover lagi.Jadi apa tindakan Najib? nak menafikan lagi? Nak kambing hitamkan pengerusi SPR? Atau apa?
Cara terbaik bagi Najib ialah meminta maaf dan berundur sekarang dan beri laluan rakyat yang mahu berubah melakukan perubahan walaupun permohonan maaf itu tidak cukup untuk mengelakkan Najib bersama kabinet dan lain lain individu yang bersengkongkol dengannya termasuk individu individu di SPR dan PDRM dari didakwa di mahkamah rakyat.Tetapi itulah cara terbaik Najib mengelakkan kemarahan melampau rakyat yang mungkin boleh memudaratkan hidup Najib dan anak buahnya.
Silakan Najib, buat pengumuman itu sebelum terlambat.


 PRU 13 : Kita cuma ada SATU sahaja........
Posted on Sunday, May 05 @ 17:09:07 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: tokpepijat

" PRU 13 : Kita cuma ada SATU sahaja........



Mereka ada
JPN
untuk kasi IC

Mereka ada
SPR
untuk buat silap mata



Mereka ada
AirAsia MAS
untuk angkut warga hantu

Mereka ada
Bangla,Nepal,Indon
untuk tentukan masa depan negara

dan segala-galanya Mereka ada.....

Kita cuma ada SATU
cukuplah buat Kita semua
cukuplah ALLAH TAALA sebagai Pelindung kita semua
tempat kita mengadu memohon dan berserah."



24 Mei 2013


TERHANGAT ! PUNCA BANGUNAN DAN BINAAN ROBOH DI TERENGGANU TERBONGKAR?!!!

Kalau kita lihat Terengganu sudah macam jadi negara BANGLADESH jika kita lihat senario runtuh bangunan disana....mungkinkah projek2 di Terengganu telah di sub kepada kontraktor BANGLASIA atau kontraktor KRONI yang mana dipertikai kelayakannya....?

TAPI BANYAK ORANG KATA PUNYANYA SEPERTI DIBAWAH :

Masjid Dirobohkan? (MESTI SHARE)

Lihatlah rakusnya manusia untuk meruntuhkan rumah Allah di Terengganu.Berlaku pada tahun 2005. Orang KG bersungguh sungguh pertahankan dari diroboh. Tetapi pihak berkuasa tetap dengan pendirian mereka.

Adakah ini yg kita mahu? lihatlah balasan dari Allah apa yg terjadi dekat terengganu sekarang. Kita dengar berita stadium runtuh dan macam2 lagi.


Jika kita jahil jangan tunjuk KEBODOHAN kita tu. sama2 perbaiki diri.

admin tak sanggup nak tengok part org yg ditugaskan untk merobohkan masjid tu

lihat  video dibawah pada minit 4:28



sejak mereka robohkan masjid bujal,bangunan di terengganu yg dibina sumenye roboh..knape ye???
Berikut dilampirkan senara terbaru binaan atau bangunan yang runtuh sejak tahun 2008;

1. Dewan Saidina Abu Bakar SMK Wakaf Tapai, Marang
Tarikh : 12 April 2008
Harga : RM 2 juta

2. Bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak.
Tarikh : 2 Jun 2008
Harga : RM292 juta
Punca : “Semua buat silap” – Ahmad Said

3. Kolam Renang batu Burok Bocor
Tarikh : 5 Jun 2008
Harga : RM 18 juta

4. Siling Bumbung Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) Tanggal
Tarikh : 29 Jun, 2008
Harga : (Terminal ) RM123 juta

5. Pusat Latihan Antarabangsa (ITC), Kemaman
Maklumat – Runtuh sebahagian balkoni di tingkat lapan.
Tarikh : 15 Mac 2009

6. Menara komunikasi jalur lebar di Kampung Chegar Batang, Besut.
Maklumat – Tumbang.
Tarikh : 6 Ogos 2009.
Harga : RM15 juta

7. Bumbung Masjid Kampung Batu Putih, Kerteh, Kemaman
Tarikh : 3 Oktober 2009
Harga : RM 2.1 Juta

8. Bumbung Kaca Terminal Bas Kuala Berang
Tarikh : 21 Disember 2009
Harga : sekitar RM700,000 (RM4.2 juta kos keseluruhan projek)
Pemaju : Gemilang Mega Sdn Bhd
Punca : Tiada pemantauan semasa

9. Bangunan Institut Oseanografi dan Institut Akuakultur Tropika Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Kuala Terengganu
Maklumat – Runtuh sebahagian semasa dalam pembinaan.
Tarikh : 29 Mac 2010.

10. Pondok rehat di kawasan landskap Pasar Besar Kedai Payang
Tarikh; 9 Januari, 2011
Rekod bangunan paling cepat runtuh setelah siap dibina

10. Astaka Dalam Pembinaan di Besut
Tarikh; 21 Jun, 2012

11. Papan tanda atau sign board gergasi Pusat Penyelidikan Universiti Malaysia Terengganu di Bukit Kor, Marang
Tarikh; 19 Julai, 2012

12.Tangki Air Sekolah Menengah Paka
Tarikh; 24 Julai, 2012

13. Sengkuap bumbung pentas Astaka di Taman Bandar Chukai
Tarikh; 30 Disember, 2012

14. Kerangka Stadium Sultan Mizan runtuh semasa dibaik pulih tarikh; 20 Februari 2013

14. Masjid Kampung Binjai Kertas, Kuala Berang
Tarikh; 20 Mei, 2013
Harga; RM1.4 juta


15. Malapetaka banjir besar pada di Ulu Terengganu, Tebing Empangan Pecah
Tarikh: 25hb. Disember 2012
maklumat baca di Bawah:

SAH TEBING EMPANGAN PAYA BEDA RUNTUH ( PECAH ) - JURUTERA PROJEK


Banjir luar biasa di Besut ekoran limpahan air dari Empangan Paya Beda

BESUT, 27 Dis – Banjir yang melanda Besut hingga menyebabkan lebih 2,300 penduduk berpindah berpunca daripada limpahan air dari satu aliran Empangan Baru Paya Beda, Hulu Besut setelah ia tidak mampu menampung air hujan yang turun tanpa henti sejak Ahad.

Jurutera Projek Pembangunan Pertanian Terengganu Utara (Ketara), Wee Yit Ming berkata banjir luar biasa itu berpunca daripada satu bahagian tebing hulu Empangan Paya Beda telah mengalami hakisan hingga berlaku sedikit keruntuhan.


SAMBUNG LAGI SINI



TERKINI ! SAH TEBING EMPANGAN PAYA BEDA RUNTUH ( PECAH ) - JURUTERA PROJEK


Banjir luar biasa di Besut ekoran limpahan air dari Empangan Paya Beda


BESUT, 27 Dis – Banjir yang melanda Besut hingga menyebabkan lebih 2,300 penduduk berpindah berpunca daripada limpahan air dari satu aliran Empangan Baru Paya Beda, Hulu Besut setelah ia tidak mampu menampung air hujan yang turun tanpa henti sejak Ahad.

Jurutera Projek Pembangunan Pertanian Terengganu Utara (Ketara), Wee Yit Ming berkata banjir luar biasa itu berpunca daripada satu bahagian tebing hulu Empangan Paya Beda telah mengalami hakisan hingga berlaku sedikit keruntuhan.



“Kajian pihak pengurusan mendapati empangan tersebut tidak mampu menakung peningkatan air limpahan hujan sejak Ahad yang mencecah ketinggian El+25 meter hingga mengalami sedikit keruntuhan di satu bahagian tebing,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Laporan itu juga menyebut ekoran hujan berterusan pada pagi hari berikutnya, paras air meningkat sehingga ketinggian di tahap maksimum di satu bahagian empangan lencongan tersebut.

Justeru, pihak pengurusan mengambil keputusan mengorek sebuah kawasan bagi melencongkan air ke satu kawasan lencongan bagi memastikan takungan air di empangan utama tidak melimpah keluar.

“Ketika pekerja melakukan kerja-kerja pengorekan, datang sekumpulan penduduk menghalang pekerja dari meneruskan kerja.

“Oleh kerana ketakutan, pekerja tersebut telah memberhentikan kerja dan tanpa disedari paras air empangan utama tersebut meningkat ke ketinggian maksimum 28 meter dan menyebabkan satu bahagian daripada empangan utama tersebut terhakis dan runtuh sedikit hingga menyebabkan air melimpah keluar,
katanya.

Menurut laporan itu juga, air limpahan kemudiannya mengalir ke Sungai Angga berdekatan dan melimpah hingga ke Kampung Padang Bual, di sini hingga menyebabkan kawasan berkenaan ditenggelami sehingga ke paras bumbung.

Laporan itu juga menyebut pihak pengurusan Ketara telah mengadakan mesyuarat tergempar semalam dan memutuskan satu mesyuarat lanjutan akan diadakan bersama Pegawai Daerah Besut bagi memastikan tidak ada urusan campur tangan daripada penduduk setempat di atas pembinaan empangan berkenaan selepas ini.

Projek Empangan Paya Beda yang bernilai RM333 juta itu telah dimulakan pembinaan pada tahun lepas dan dijangka siap akhir tahun 2013. Ia bertujuan membekalkan air kepada 8,000 petani di Besut dan Setiu selain membekalkan sumber air asli untuk kegunaan penduduk daerah berkenaan. – Bernama



LAPORAN BERKAITAN BANJIR SEBELUM INI :
BERITA 1 : BENCANA EMPANGAN PAYA BEDA 1



25 Disember 2012

Terkini ! Banjir di Terengganu semakin buruk - Benteng Empangan Paya Peda terpaksa dipecah

Lakaran grafik pemandangan Empangan Paya Peda

LAPORAN TERKINI  26 DISEMBER   SINI

LAPORAN TERKINI 6.30 PM -25 Disember 2012

Banjir: Benteng Empangan Paya Peda terpaksa dipecah

KUALA TERENGGANU - Sebahagian benteng Empangan Paya Peda di Besut yang masih dalam pembinaan terpaksa dipecahkan semalam untuk melepaskan takungan air demi keselamatan penduduk kawasan sekitar.

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said berkata meskipun tindakan itu menyebabkan kawasan sekitarnya dilandar banjir, namun ia terpaksa dilakukan demi mengurangkan risiko tekanan pada kandungan air berlebihan di empangan.


Katanya langkah itu dibuat untuk membolehkan air daripada empangan berkenaan dialir keluar secara terancang.

Berikutan tindakan memecahkan benteng empangan itu, banjir melanda daerah Besut dengan lebih 1,000 penduduk terpaksa dipindahkan setakat ini, ke pusat pemindahan banjir.

Cadangan tapak pembinaan Empangan Paya Peda.                                                            "Empangan ini belum lagi siap dan kandungan air di dalamnya mungkin belum sampai tahap maksimum. Kita takut tekanan dan air melimpah dan sebagainya, sebab itu kita terpaksa buat (pecahkan) melibatkan perunding, kontraktor dan JPS (Jabatan Perparitan dan Saliran)," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis penganugerahan Pingat Emas dan Sarjana Terengganu Yayasan Terengganu (YT) ke-33 di Dewan Konvensyen Taman Tamadun Islam (TTI) di sini hari ini.

Ahmad menasihati penduduk di daerah berkenaan agar berwaspada, bertenang dan sentiasa mengikuti arahan bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berikutan pelepasan air daripada empangan itu.

Beliau berkata beberapa kawasan di daerah Besut sering dilanda banjir setiap kali musim tengkujuh dan bukan disebabkan tindakan melepaskan air empangan sepertimana yang berlaku sekarang.

"Walaupun empangan ini siap setahun dua lagi, banjir tetap juga berlaku kerana Besut mempunyai kawasan rendah dan sawah padi. Cuma dengan adanya empangan, ia (banjir) diharap dapat dikurangkan," katanya.

Empangan Paya Peda yang dibina dua tahun lepas dengan kos RM333 juta dijangka siap pertengahan tahun depan.

Projek itu terletak kira-kira 1.5 kilometer di Hulu Angga Barrage dan 17 kilometer dari Bandar Jerteh.


Apabila siap kelak, empangan seluas 77 kilometer persegi itu bakal dijadikan kawasan tadahan dan takungan bagi menampung 168 juta meter padu air untuk tanaman padi dua kali setahun di daerah Besut.- Bernama



Di Kemaman
Laluan Cherating - Kemaman - Kuatan. Sesak 12km. Masih boleh dilalui, tapi air sedang naik
Kawasan Sek.Seberang tayor, Kemaman

KUALA TERENGGANU 25 Dis.- Keadaan banjir di Terengganu semakin buruk apabila seramai 4,553 mangsa di seluruh negeri ini dipindah dan ditempatkan di 85 buah pusat pemindahan di daerah masing-masing sehingga pukul 12 tengah hari ini.

Daerah Besut mencatatkan bilangan mangsa banjir paling ramai iaitu 1,096 orang melibatkan 243 keluarga berbanding semalam seramai 101 penduduk daripada 26 keluarga.

Jurucakap bilik gerakan banjir negeri berkata, daerah kedua tertinggi ialah Hulu Terengganu melibatkan seramai 1,052 mangsa daripada 249 keluarga berbanding semalam hanya 26 penduduk melibatkan enam keluarga.

Mangsa di daerah Dungun pula semakin meningkat daripada semalam apabila mencatatkan seramai 744 orang daripada 186 keluarga berbanding semalam seramai 317 penduduk melibatkan 80 keluarga.

Ia diikuti daerah Setiu seramai 717 mangsa daripada 193 keluarga manakala daerah Kemaman mencatatkan jumlah penduduk seramai 611 orang melibatkan 189 keluarga.

Bagi daerah Marang pula seramai 242 orang daripada 60 keluarga telah diarah berpindah dan diikuti daerah paling sedikit terjejas, Kuala Terengganu seramai 91 mangsa melibatkan 25 keluarga dengan satu pusat pemindahan sahaja dibuka iaitu di Sekolah Tanjung Gelam.

INFO JALAN :

Laluan sepanjang dua kilometer di KM68.1 hingga KM70.1 Bandar Permaisuri pula ditenggelami air sedalam 0.35 meter juga ditutup kepada kenderaan ringan.

Jalan Jerangau-Jabor di hadapan stesen timbang Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Bukit Besi, Dungun ditutup kepada semua kenderaan selepas ditenggelami air sedalam 0.6 meter.


26 Disember 2012

TERKINI ! EMPANGAN PAYA PEDA BENTENG TERPAKSA DIPECAHKAN..BETUL KE ?

Mungkin Benteng  empangan Yang di kata Pecah Awalnya...???

BERITA MENYUSUL LAGI..........


Kenyataan Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said semalam agak meragukan "Empangan ini belum lagi siap dan kandungan air di dalamnya mungkin belum sampai tahap maksimum. Kita takut tekanan dan air melimpah dan sebagainya, sebab itu kita terpaksa buat (pecahkan) melibatkan perunding, kontraktor dan JPS (Jabatan Perparitan dan Saliran)," katanya . Kenyataan penuh beliau Sini

Dari segi logik Empangan yang belum siap tidak akan menakung air lagi biasanya air kawasan tadahan akan dialirkan melalui bypass atau aliran sungai sementara dan apabila semua struktur empangan sudah siap barulah air ditakungkan di kawasan tadahan empangan yang terlibat. Untuk mengelakan kekeliruan diharap pihak JPS perlu memberi ulasan.

Kita lihat komen-komen di FB:

Seri Myncj ·  Top Commenter · Politeknik port dickson
mn ada pecah....bnd 2 xsiap lg mcm ne bole pecah???air takungan pun xde lg...apa yg nk dipecahkan bnda xde.... ai yoyo..wat penik je.. ktorg yg krj kat cnie pun t'kejut bc berita nie..utk pengetahuan semua hujan t'lalu lebat di tapak projek & laluan air sungai angga t'lalu laju meyebabkan air turun dengan deras akibatnya org yg berada dibawah t'kn bnjir...
Pelan Perancangan Projek  RUJUK SINI , SINI



Lawatan YAB Menteri Besar,Datuk Seri Ahmad Said, diikuti DYMM Sultan Terengganu di kampung bukit rambutan DUN Jabi jam 6 ptg  semalam
INFO DARI JPA3 BESUT:

untuk makluman pihak penyelamat telah di kejarkan ke tempat kejadian lebih kurang jam 6.30 petang semalam...usaha menyelamat sukar dijalankan berikutan keadaan yang gelap dan arus sengai yang kuat...pasukan penyelamat iaitu JPAM dan BOMBA terpaksa menarik bot dengan berjalan kaki dari jerubun ke Padang Bual... TNB terpaksa memotong bekalan elektrik bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku...maklumat terawal yang sampai mengatakan terdapat 2 mangsa yang berpaut pada wayar@tiang elektrik dan sehingga jam 2 pagi masih lagi terdapat mangsa yang berlindung di atas bumbung rumah..namun usaha menyelamat terbatas berikutan arus sungai yang deras dan boleh membahayakan lagi keadaan

Salam, kawe ingin meminta CGrianz sekelian mendoakan keselamatan mangsa-mangsa banjir di seluruh Malaysia amnya dan di Kawasan Hulu Besut khususnya kerana sehingga sekarang usaha menyelamat amatlah sukar sekali menyebabkan keadaan sesetengah mangsa amatlah kritikal dan masih tidak dapat diakses oleh anggota-anggota penyelamat dari petang semalam.

Kejadian Bukit Pecah di Kawasan Bukit Naga dan Pelepasan Air Secara mengejut dari Projek Pembinaan Empangan Paya Peda amatlah menyukarkan lagi keadaan sehingga ada yang melarikan diri ke kawasan berbukit termasuk golongan berumur, wanita dan kanak-kanak.

INFO BANJIR:

Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengesahkan pihak kontraktor pembinaan Ampangan Paya Beda,Hulu Besut, bertindak membuka aliran air bagi mengelak berlakunya ampangan pecah yang berkemungkinan banjir besar di Hulu Besut.


INFO BANJIR:

nak maklumkan jugak bagi warga besut pada hari ini kemungkinan seluruh besut alami masalah gangguan bekalan air kerana akibat dari empangan pecah dan air banjir yang banyak telah masuk ke dalam LOJI AIR BUKIT BUNGA HULU BESUT ,sekarang pihak SATU(syarikat air terengganu)terpaksa berhentikan proses salurkan air dari loji buat sementara waktu.

tindakan baik pulih sedang dilakukan ketika ini di loji bukit bunga jangkaan air kembali pulih di rumah bergantung kepada keaadan banjir dan cuaca. harap maklum..

PETA LAYOUT PLAN EMPANGAN YANG TELAH MENYEBABKAN PARAS KENAIKKAN AIR YANG MENDADAK DALAM TEMPOH 24 JAM MENYEBABKAN KEADAAN BANJIR YANG LUAR BIASA DI BAHAGIAN-BAHAGIAN TERTENTU DI KAWASAN HULU BESUT.

lagi komen:
Lakaran Grafik Empangan Paya Beda yg di katakan Pecah...Tok pecah sebenarnya..air jah bnyak..maka dilepaskan...Kg Padang Bual menjadi mangsa pertama....
sumber :sini

GAMBAR KAWASAN YANG TERLIBAT :



Kawasan berhampiran spillway Padang Bual

Pekan Jertih simpang 3 Sekolah Cina @ 1100hrs

Kampung Lepan Kejor @ 1000hrs


Kg La, Besut.


KESAN BANJIR DARI LIMPAHAN EMPANGAN PAYA BEDA :


Kedahkini
Azhan Shah shared Mencari damai.'s photo.
Salam Jumaat sahabat2..
   ..apa PERASAAN anda..?
Salam Jumaat sahabat2..
..apa PERASAAN anda..?
Azhan Shah shared ۞Saya Sayang Allah۞'s photo.
Photo
Like · · · 11 minutes ago via mobile ·

Tiada ulasan: