Isnin, 27 Mei 2013

BUAT MASJID SATU HAL...BAGUSLAH...HAL KEDUA PERGILAH SOLAT JEMAAH DAN ADAKAN MAJLIS PENGAJIAN SERTA DATANGLAH...TAPI TAK DATANG...INI BANGGA BANYAK BUAT MASJID...DATANG JUMAAT AJE...DATANG NAK KAHWIN...DATANG TAHLIL ARWAH...DATANG TARAWEH..DATANG SOLAT SUNAT HARI RAYA...LAIN2 TAK DATANG.... TAH KEMANA....SATU LAGI UNDANG2 ALLAH LAKSANA LAH..NI BANGGA BANYAK BUAT MASJID JE

Dapatkah FAM dan Kementerian Belia dan Sukan mencontohi Bayern Munich?
Posted on Monday, May 27 @ 10:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo

Oleh: amkns

"22 Mei 2013 - MENYEDARI solat merupakan salah satu tuntutan dalam agama Islam, kelab bola sepak terkemuka Jerman, Bayern Munich memutuskan untuk membina sebuah masjid untuk memudahkan para pemainnya yang beragama Islam menunaikan solat.

Kelab pasukan bola sepak Jerman itu bersetuju dengan permohonan membina sebuah masjid berhampiran stadium Allianz Arena bagi kemudahan ibadah kepada para pemain dan peminat.

Permintaan itu pernah dikemukakan oleh pemain tengah Bayern Munich beragama Islam, Bilal Franck Ribery yang mencadangkan supaya diwujudkan satu ruangan khas walaupun bersaiz kecil untuk kemudahan pemain beragama Islam menunaikan solat.

Mengikut pelan, selain untuk kemudahan ibadat, masjid itu bakal menempatkan imam sepenuh masa, perpustakaan dan kelas pengajian Islam.

Dalam pengumuman itu, sebanyak 85 peratus perbelanjaan pembinaan masjid akan ditanggung oleh pihak pengurusan kelab manakala selebihnya disumbang oleh para pemain dan peminat yang berminat untuk berbuat demikian.

Keputusan membina masjid itu bukan kali pertama dalam kalangan kelab bola sepak Eropah, kerana kelab bola sepak England, New Castle United telah mewujudkan sebuah bilik khusus untuk para pemain beragama Islam bersolat."


 Ulama Obor Kehidupan
Posted on Monday, May 27 @ 07:07:13 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo

Oleh Nik Mohamad Abduh

Saya berkata, kekuatan PR adalah kerana para ulama mendukungnya.

Apabila ulama dilihat sudah menjadi bebanan kepada PR dan melambatkan proses kemenangan, maka para ulama perlulah sedar mereka tidak lagi dianggap pendukung penting.

Adakah ulama perlu menyisih diri demi kemenangan PR?

Saya berkata, para ulama, di mana pun mereka berada, kemenangan akan segera mengekori mereka. Sebabnya, para ulama adalah obor kehidupan. Mereka tidak perlu kemenangan segera untuk memperolehi ridha Allah.

Merekalah yang mengajar saya, untuk beroleh kemenangan agung, anda hanya perlu berjalan lurus.

Sumber Facebook


 Perbezaan di antara Parti PAS dengan parti-parti lain di Malaysia
Posted on Monday, May 27 @ 10:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo

Oleh Farhan Mohd Suhut
Perbezaan di antara parti PAS dengan parti-parti lain di Malaysia ialah meletakkan Quran dan Sunnah sebagai panduan, serta ulama di tempat tertinggi sebagai peneraju utama parti yang juga gerakan Islam ini.

Inilah rahsia bagaimana PAS boleh kekal hampir lebih 50 tahun di persada negara.

Tanpa ganjaran material, jawatan dan pangkat, para alim ulama PAS sentiasa meniup semangat jihad dan perjuangan kepada para pejuang PAS utk melestarikan perjuangan ini hingga ke tahap ini.

Perkara ini dicemburui oleh lawan dan kawan.

Antara usaha-usaha melemahkan PAS yg digunakan oleh musuh ialah dengan cara menyusup masuk ke dalam PAS untuk menjatuhkan kepimpinan ulama, dengan strategi ular daun.

Setiap kali musim pemilihan, macai-macai ular daun akan melobi dengan menyebarkan fitnah terhadap ulama.

Antara fitnah terbesar mereka ialah menuduh Presiden PAS ingin membawa masuk PAS ke dalam Umno lalu dicanang beberapa strategi seperti "Projek Langgar Hadi", "PAS Reform", "Pas Baru" dan melaga-lagakan Presiden PAS dengan Mursyidul Am, yang dikesan sejak 2004 lagi.

Perkara dikesan olah alim ulama PAS maka dengan sebab itu ular daun amat anti ulama dan setiap hari mewiridkan sentimen-sentimen anti-ulama di blog, twitter dan FB.

Selepas beberapa kali usaha menjatuhkan Presiden PAS gagal, untuk pemilihan tahun ini, ular daun akan memainkan sentimen mempertikaikan institusi Majlis Syura Ulama.

Dengan perkembangan terkini pasca-PRU 13, mereka akan mengkambinghitamkan ulama dan Presiden PAS sebagai faktor kekalahan menawan Putrajaya dan kekalahan di Kedah.

Dalam masa sama untuk kejayaan PAS melonjakkan kerusi PAS di Selangor, prtahan Kelantan, menambah kerusi DUN, membantu PR mendapat undi popular pula dikatakan usaha orang lain.

Dan yang terkini, mereka menyerang kami apabila kami mendedahkan strategi-strategi licik mereka.

PAS istiqamah di jalan Allah berpandukan Quran dan Sunnah dengan dibimbing oleh alim ulama dan pengemblengan tenaga yang bersepadu antara ulama, profesional dan aktivis.

Mereka akan cuba memecahkan kesepaduan ini, dan kami akan pertahankannya hingga ke titisan darah terakhir.

Farhan Mohd Suhut,
Naib YDP PAS Gombak.

Sumber Facebook


 Semua ahli mesti memelihara dasar dan matlamat perjuangan PAS
Posted on Monday, May 27 @ 09:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo

Oleh Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man
Semua ahli mesti memelihara dasar dan matlamat perjuangan PAS sebagai sabuah gerakan Islam. PAS di asaskan di atas prinsip yang jelas bagi menegakkan sabuah masyarakat yang berjalan di dalamnya sabuah masyarakat Islam, mematuhi prinsip dan dasar Islam di dalam menyuruh yang makruf dan mencegah yang mungkar. Di atas prinsip inilah PAS diujudkan sehingga berhadapan dengan pelbagai mehnah dan tribulasi di dalam perjuangan yang panjang ini.

Seluruh pendokong memahami betapa hebatnya perjuangan ini. Ianya di asas oleh prinsip yang jelas. Perjuangan PAS bukan semata-mata untuk mendapatkan kuasa pemerintahan negara, ia lebih besar dari itu ialah menyelamatkan rakyat dalam negara ini daripada kemurkaan Allah dengan membetulkan dasar perjuangan agar tidak bertentangan dengan prinsip Islam.

PAS ingin tegaskan bahawa pertembungan PAS bukan sahaja dengan fahaman nasionalisma, bahkan apa jua ideologi bertentangan dengan syarak. PAS menentang sekularisma, sosialisma, komunisma, dan pragmatisma dan sebarang ideologi yang bertentangan dengan dasar Islam, walau apa ism sekalipun. PAS bukan berlawan dengan UMNO kerana namanya UMNO, tetapi dasar yang di bawa oleh UMNO yang bercanggah dengan syarak, iItu dasar nasinalisma, menghalalkan amalan riba dalam sistem ekonomi, mengizinkan kemungkaran yang diberi lesen dan alainnya yangbnyata bercanggah dengan dasar syarak. Maka demikianlah PAS akan menolak sosialisma, walau ia bukan UMNO. Ini dasar yang kita pegang. Matlamat untuk memerintah negara tidak mengizinkan kita menerima sebarang cara yang tidak syarie.

Penerimaan kita bekerjasama dengan pelbagai parti mesti ada ikatan tahaluf, yang mengikat kita dengan syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh syarak. Akibat kebencian kepada parti pemerintah yang membuak- buak oleh semua pihak, maka terkadang kita terikut- ikut arus kemarahan, tanpa memikir apa asas penentangan kita. PAS tiada ikatan tahaluf selain PKR dan DAP. Sebarang ikatan rakan dalam PR dengan pelbagai kumpulan di luar adalah ikatan yang tidak boleh memaksa PAS menerima sama. PAS akan meneliti prinsip syarak, apakah Islam membenarkan atau sebaliknya. Ini patameter kita dalam meujudkan kerjasama.

Perjuangan kita bukan sekadar menumbangkan satu sistem jahiliyyah dan membina satu jahiliyyah yang lain. Kita berjuang untuk tegakkan Islam di atas keruntuhan jahiliyyah. Perjuangan yang meletakkan prinsip dosa dan pahala, halal dan haram serta patuh syariah sebagai prinsip.

Isu rasuah, salahguna kuasa, penyelewengan, penindasan, dan lain adalah kemungkaran yang berleluasa dalam negara. Namun harus diingat pergaulan bebas, arak, perzinaan, riba, eksploitasi wanita, monopoli sumber ekonomi, kemiskinan akhlak dan budaya juga kemungkaran yang mesti ditentang. Hakikat ini memerlukan pendokong parti memahami asas perjuangan PAS, bukan hanya ghairah untuk lawan tanpa memahami kemana hala tuju perjuangan selepas tumbangnya sistem jahiliyyah ini.

Sumber Facebook


 Kempen Laporan Polis Seluruh Negara Mengenai Dakwat Tidak Kekal
Posted on Monday, May 27 @ 11:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo

Blog Tukar Tiub

Dakwat kekal yang tidak kekal bakal menjadi petanda bahawa PRU13 yang dikendalikan oleh SPR adalah tidak telus dan dipenuhi penipuan.

Tuntutan untuk menggunakan dakwat kekal adalah untuk mengelakkan pengundi hantu atau pengundi mengundi lebih dari sekali akibat kecurigaan bahawa daftar pemilih adalah tidak bersih.

Pelbagai bukti-bukti telah dikeluarkan dari semasa ke semasa yang menunjukkan bahawa daftar pemilih adalah tidak bersih dan memungkinkan pengundian dua kali.

Hakikat bahawa SPR tidak dapat menunaikan janjinya bahawa dakwat tersebut akan kekal sekurang-kurangnya 5 hari dari tempoh pengundian melunturkan keyakinan rakyat bahawa SPR di bawah pimpinan sedia ada berwibawa untuk mengendalikan pilihanraya yang bersih dan adil. Alasan-alasan tidak masuk akal yang diberikan kepimpinan SPR (botol dakwat perlu digoncang terlebih dahulu) membayangkan bahawa kepimpinan SPR sedia ada tidak pun mampu menangani isu semudah dakwat kekal, apatah lagi memenuhi tuntutan reformasi pilihanraya yang disuarakan rakyat dan BERSIH.

Oleh itu, kegagalan pelaksanaan dakwat kekal adalah satu simbolisme kegagalan SPR yang perlu ada pertanggungjawaban.

#siasatpru13 menggesa rakyat Malaysia untuk turut serta di dalam Kempen Laporan Polis Seluruh Negara membantah dakwat kekal yang tidak kekal dengan melakukan perkara berikut:

1. Setiap rakyat Malaysia membuat laporan polis mengenai dakwat kekal bermula hari ini mengikut teks laporan berikut:

“Saya, XXXXXXXXXX yang mempunyai kad pengenalan 680912-XX-XX adalah seorang pengundi berdaftar. Pada 5 Mei 2013, saya telah hadir di tempat mengundi Sekolah XXXXXXXX, Bandar XXXXX untuk membuang undi. Selepas membuang undi, jari saya telah dicalit dengan dakwat oleh petugas di situ. Apabila pulang, dalam tempoh sehari saya mendapati bahawa dakwat itu telah hilang dari jari saya. Saya membuat laporan polis kerana dakwat itu sepatutnya kekal sehingga 5 hari seperti yang diumumkan SPR. Saya bimbang dakwat yang tidak kekal telah menyebabkan penipuan dalam pilihanraya umum ke-13. Sekian laporan saya.”

2. Hantar satu salinan laporan polis ke email siasatpru13@gmail.com; atau serahkan kepada mana-mana wakil rakyat Pakatan Rakyat di setiap tempat; atau diserahkan di pejabat-pejabat KEADILAN, PAS, DAP; atau dihantar terus ke ibupejabat KEADILAN di alamat A-1-09, Merchant Square, Jalan Tropicana Selatan 1, 47410 Petaling Jaya, Selangor; atau faks ke nombor 03-78850531 (faks ibupejabat KEADILAN)

3. Orang ramai digalakkan menjadi ejen untuk mengumpul laporan-laporan polis mengenai dakwat kekal ini untuk diserahkan secara pukal kepada KEADILAN atau parti-parti Pakatan Rakyat
#siasatpru13 mensasarkan sekurang-kurangnya 100,000 laporan polis dibuat diseluruh negara mengenai dakwat kekal sebagai bukti kemarahan rakyat terhadap kegagalan SPR mengendalikan PRU13 dengan telus dan bersih.

Tindakan undang-undang juga akan diambil terhadap SPR mengenai kegagalannya melaksanakan dakwat kekal yang telah merosakkan kewibawaannya di mata rakyat.<

RAFIZI RAMLI
Pengarah Strategi KEADILAN

Sumber 


 SPR nafi sistem pilihan raya Malaysia kekalkan kuasa BN selama-lamanya
Posted on Monday, May 27 @ 09:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo

Oleh Amin Iskandar
PUTRAJAYA, 27 Mei — Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menafikan dakwaan ahli akademik sistem “‘past the post’” yang diamalkan di Malaysia akan mengekalkan kuasa pemerintah Barisan Nasional (BN) selama-lamanya dan mengatakan ianya diantara yang terbaik di dunia.

Dalam satu forum di Petaling Jaya pada Rabu, Timbalan Pengarah Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya (UMCEDEL) Amer Saifude mengatakan BN akan terus kekal memerintah selagi sistem pengundian “‘past the post’” terus digunakan di Malaysia walaupun persempadanan semula dilakukan.

“‘Past the post’ ni, bukan sampai bila-bila BN menang. ‘past the post’ ni adalah satu sistem yang simple di mana pertandingan nak merebut kerusi dalam satu kawasan,” kata Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar (gambar) dalam satu wawancara khas bersama The Malaysian Insider .

“Kerana ‘past the post’ ini, BN tak dapat majoriti dua pertiga dalam PRU13 (pilihan raya umum ke 13). Kerana ‘past the post’ ini, kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Selangor menang dengan majoriti dua pertiga di Dewan Undangan Negeri (DUN),” tambah beliau lagi.

Menurut Wan Ahmad lagi, sistem pilihan raya diguna pakai di Malaysia turut digunakan oleh negara-negara yang maju dan telah lama mengamalkan demokrasi.

“Britian, dah berapa ratus tahun mengamalkan proses demokrasi sampai sekarang dia guna ‘past the post’.

“Australia, ‘past the post’. New Zealand ‘past the post’ campur dengan ‘mix’ sikit. Proportional Representation (PR) sistem sikit. India, negara demokrasi terbesar di dunia 800 juta pengundi ‘past the post’,” katanya.

Timbalan pengerusi SPR itu turut menjelaskan, jika sistem ‘past the post’ itu tidak adil, tidak mungkin PR dapat menang banyak kerusi termasuk beberapa negeri.

“Kerana ‘past the post’ ini, Kelantan diperintah oleh satu parti sahaja, PAS selama 25 tahun. Di Pulau Pinang, DAP menang di semua kerusi yang ditandinginya. Saya rasa orang yang buat kenyataan ini tak faham sistem pilihan raya di Malaysia.

Dalam Pilihan Raya 2013, PR berjaya mengekalkan pemerintahan di negeri Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan akan tetapi gagal untuk mempertahankan penguasaan di negeri Kedah.

PR juga gagal merampas semula negeri Perak yang mereka menangi pada tahun 2008.

 Amer turut menjelaskan persempadanan semula kawasan pilihan raya pada akhir tahun ini akan memberi kelebihan kepada gabungan dipimpin oleh Datuk Seri Najib Razak dan akan memberikan keputusan lebih baik kepada BN berbanding Pilihan Raya 2013.

BN yang diketuai Najib hanya memperolehi 47 peratus undi popular walaupun menang Pilihan Raya 2013 dengan majoriti mudah sebanyak 133 kerusi, berbanding 89 kerusi dimenangi PR.

Beliau turut berkata Najib adalah Pengerusi BN pertama yang paling lemah ketika tempoh penggal pertama menjadi perdana menteri, kesan akibat kegagalan sistem tersebut.

Kegagalan sistem berkenaan jelas Amer dapat dilihat bagaimana BN yang tidak pernah mencatatkan 60 peratus undi popular masih menang dengan jumlah besar yang ditandingi mereka.

Beliau turut menjelaskan bagaimana beberapa kerusi di seluruh negara dipersempadankan semula tanpa sebab yang kukuh.

“Sesetengah persempadanan semula itu tidak masuk akal dan tidak adil, ia biasanya dilakukan untuk kepentingan sesuatu pihak,” katanya.

Beliau bagaimanapun turut berkata sebarang keputusan dan cadangan bagi merombak kedudukan sempadan perlu mendapat keputusan dua pertiga anggota Dewan Rakyat di Parlimen.

Beberapa pemimpin PR telah menyuarakan hasrat mereka untuk mengambil kesempatan daripada pertambahan kerusi di Parlimen untuk memastikan kedudukan persempadan itu dilakukan dengan adil apabila SPR melaksanakan persempadanan semula penghujung tahun ini.

Sumber


 Hanya satu penipuan PR dalam PRU dikesan Perkasa
Posted on Monday, May 27 @ 08:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo

Oleh: laniismaa

"LampuPadamIbrahim Ali yang “gantung diri” dari jawatan Presiden Perkasa sebelum PRU masih tenat memikirkan kenapa dia mampu dikalahkan.

Oleh kerana masih tak bermaya, terpaksalah SU Agung Perkasa, Syed Hasan Syed Ali bersuara membuktikan Perkasa masih lagi bernafas selepas PRU.

Dengan pelbagai penipuan di pihak BN yang disokong SPR, Perkasa hanya mampu mengesan satu ‘penipuan’ di pihak PR dalam PRU lalu. Perkasa tak mampu menyebut yang lain-lain kerana membuktikan tiada penipuan di pihak PR. Penipuan kerana masuk ke tempat mengundi 2 kali, sekali untuk mengundi dan sekali untuk membawa kertas undi keluar.

Maka SU Perkasa pun mulalah berkhayal…

“Ini dakwaan serius. Jika benar, bermakna ramailah penyokong PR mengundi dua kali dan sebab itulah PR menambah kerusi Parlimen dari PRU 2008,”

“Gesaan Perkasa ini adalah merujuk kepada kenyataan penyokong PR yang mendakwa dia berjaya masuk ke Pusat mengundi dan mendapat kerja undi kedua setelah berjaya menghilangkan dakwat dijarinya setelah selesai mengundi ditempat yang sama.

“Terutamanya di Parlimen Batu Pahat, Bukit Katil, Pasir Mas, Shah Alam, Sepang, Pokok Sena dan lebih 70 kerusi parlimen lain yg dimenangi calon Pakatan Rakyat,” katan Syed Hasan. – TheMalaysianInsider
Kalau penyokong PR mengundi dua kali, waw seronoknya…raya kita!! SPR dah berpakat dengan PR untuk memasukkan dua nama dalam daftar pemilih.

Apapun kita berilah peluang untuk SPR menyiasat dan SPR kenalah siasat termasuk apa yang dikemukakan di pihak PR.

SPR siasatlah dengan syarat Penegrusi dan Timbalan Pengerusi SPR sekarang blah dahulu. - Lagi.MY

Baca juga ;Salah satu bukti laporan polis blackout PRU-13 "


TAK RELA@TAK REDA TAKDIR ROSAK IMAN...SEBAB PERKARA NI DAH BERLAKU....PI GAJI LAH...JANGAN KURANG CERDIK AGAMA ISLAM

 GEMPAR, Ustaz Azhar dituduh gila seks kerana kawin lagi
Posted on Monday, May 27 @ 07:29:30 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo

Oleh: Dukunpasir

"Ada dua perkara yang ingin dikongsi disini. Pertama memang sukar untuk kaum wanita menerima jika dimadukan walau ianya adalah sebahagian dari hukum Agama yang dihalalkan asal berkemampuan dalam setiap segi.

Kedua ..... kadang kala kita boleh terkeluar dari landasan keislaman yang menjurus kepada rosak akhlak apabila kita cuba pertahankan PERKARA yang kita sendiri kurang yakin tetapi YAKIN DENGAN PENDAPAT SENDIRI!.

Penulis sangat kesian dengan sesetengah umat Islam sendiri yang menolak hukum, menolak pandangan sesetengah ustaz malah sanggup menghina Ustaz yang disokong oleh ribuan penyokong hingga dia terlupa APAKAH RIBUAN PENYOKONG ITU BODOH DAN BANGANG SEPERTI DIA??

Kalau kita benci seseorang jangan kita sampai merosakkan akidah dan mencemar imej islam sendiri walaupun kita berpakaian seperti wanita Islam yang bertudung bagai........



Siapakah kita untuk mempertikai Ustaz Azhar .......... Siapa pula kita yang sanggup BERKATA USTAZ AZHAR GILA SEKS??





Jika begitu maknanya Nabi Muhammad juga gila Seks??

Adakah terdapat keraguan pula pada gambar gambar sekitar perkahwinan Ustaz Azhar ini??

BERITA DAN GAMBAR SETERUSNYA KLIK SINI"



POLIGAMI DALAM ISLAM DAN DIMANA KITA 

KREDIT .BLOGTAZKIRAH


Perkara ini memang sensitif untuk diperkatakan atau dibincangkan...lebih2 lagi dikalangan kaum wanita dan ibubapa yang ada anak perempuan belum kahwin...sedangkan anaknya pula bercadang atau sanggup bermadu,juga isteri yang sedang dimadukan atau akan bermadu....Bab ini memang telah banyak kali diperbincangkan dan hebohkan... juga telah lama diajukan oleh kawan lelaki2 penulis,agar penulis tulis didalam blog ini(mungkin mereka bercadang hendak pasang lebih kod)

...ini kesempatan ada....dan penulis cuba kupas mengikut ilmu yang sedikit yang ada pada penulis yang dikurniakan oleh Allah swt...memang penulis ada mengajar bab munakahat termasuklah bab poligami ini.....ayat Quran yang menyatakan keharusan@boleh berpoligami ialah pada surah an nissa ayat 3....'maka berkahwinlah kamu dengan perempuan yang baik untuk kamu dua atau tiga atau empat.......'maksud alQuran... manakala hadis saw...'pegang empat sahaja lepas yang baki'...maksud alHadis....

Jika diselidik dengan mendalam nescaya kita dapati syariat nabi Muhammad saw sesuai dengan kejadian manusia....dalam syariat nabi Musa as...seorang lelaki boleh menghimpun berapa banyak isteri tanpa had(memandang muslihat lelaki sahaja).....syariat nabi Isa as pula seorang lelaki tiada harus berkahwin melainkan seorang perempuan sahaja (memandang muslihat perempuan sahaja).Manakala syariat nabi kita dalam keadaan pertengahan antara dua syariat yang terdahulu itu....dalam hadis nabi saw telah bersabda...'sebaik2 pekerjaan itu ialah yang pertengahan'...maksud alhadis...

Maka syariat nabi Muhammad saw sesuai dengan kejadian manusia,lebih2 lagi buat masa ini dan nabi yang terakhir...kerana:

1.Boleh dikatakan tiap2 negeri didalam dunia bilangan perempuan ramai dari lelaki.

2.Bilangan lelaki kurang ramai,namun demikian setengah2 mereka banyak pula yang gugur dalam menentang musuh negara atau terkorban di medan peperangan kerana mempertahankan tanahair.dengan demikian jumlah bilangan semakin kurang....itu kita tolak yang dipenjara,di pusat2 pemulihan dadah...tiada pekerjaan dsbnya....ini menyebabkan ia bertambah kurang jumlahnya....

Ini jelas nampak daripada rashia yang tersembunyi dicelah firman Allah swt dalam surah an nissa ayat 1....iaitu 'wa nissa@wa nissa ah' yang jatuh kemudian daripada perkataan 'kathira@kasiro dalam ayat 1 surah an nissa..(sila rujuk quran untuk mendapat sebutan bunyi yang betul-juga sebagai pengesahan)...maksudnya...'wahai manusia hendaklah kamu takutkan Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu daripada yang satu(Adam)dan ia telah menjadikan daripada diri yang satu iaitu isterinya(Hawa) dan Ia(Allah) membiakan daripada keduanya lelaki yang banyak(ramai) dan perempuan2.'

Disitu Allah menyebut perempuan2 sahaja tidak disebut 'banyak@ramai',dipandang dari segi kenyataan kita dapati ramai daripada kelamin2 mempunyai anak lebih bilangan anak perempuan daripada anak lelaki..daripada nyatalah seolah2 perkataan 'nissa@nissa ah' itu bersifat dengan 'aqsar'(lebih banyak)......

3.Jika padukan satu sama satu sahaja jadilah yang lebih itu tidak ada tempat untuk hidup yang boleh mendapat nikmat bersama..

4.Biasalah tabi'e orang lelaki sahywatnya lebih dan sentiasa berkehendak kepada kepuasan nafsunya sepanjang masa.,manakala perempuan banyak rintangannya seperti,berhaid,mengandung,beranak dan nifas.Jika bilangan isteri itu lebih nescaya apa yang kurang daripada satu dapat disempurnakan dengan yang lain.

5.Terkadang setengah perempuan itu berkehendak kepada perlindungan untuk keselamatan atau untuk sara hidup,jika tidak ada poligami nercaya putus harapan perempuan2 yang bujang itu mendapat pembelaan.

6.Tidak sukakan poligami itu ialah kerana cemburu dan irihati tidak mahu suami bersuka2 dengan perempuan lain.Itu memang tabi'e semula jadi tidak dinafikan,tetapi perasaan itu boleh diketepikan atau dikurangkan,kerana jika dikutkan sangat membawa kepada akibat yang buruk kepada kedua2 pihak lelaki dan perempuan bujang yang lain,kerana mungkin kedua2 secara bersembunyi2 melakukan perkara yang tiada diredai Allah swt dan manusia.Sekiranya pihak isteri sanggup berkorban sedikit tentu saudara sejenis dengannya sama2 mendapat pembelaan.Jadi terjerumusnya saudata perempuan yang sejenis dengannya itu kedalam lembah kehinaan berpunca dari mereka yang sejenis dengannya juga kerana tidak hendak bertolak ansur barang sedikit pun..

7.Poligami itu diharuskan kerana dharurat untuk mengelakkan daripada kejahatan dan menarik kebaikan,itu pun disyaratkan mahu berlaku adil.Jika sekiranya tiada sanggup melakukan adil kekalkan dengan satu sahaja...Firman Allah swt...bermaksud..
'maka jika kamu takut tidak melakukan keadilan(terhadap isteri kamu)berkahwinlah satu sahaja atau cukuplah dengan hamba sahaya kamu sahaja'....surah an nissa ayat 3...

8.Dapat mengurangkan zuriat luar nikah dan berpeluang mendapat anak jika isteri tua mandul.....

jika dilihat sebab yang beri diatas ia begitu rasional@aidil dan lojik....bukan sifat Allah swt yang mempunyai seberang kelemahan sedangkan IA bersifat kesempurnaan...Mustahil Allah swt membuat sebarang kesilapan memberi atau menetapkan hukum...dan hukumNya sesuai memang dalam pelbagai zaman serta suasana serta adat resam.kerana IA lah yang mencipta manusia dan segalanya.Mustahil Allah swt ada sifat terlepas pandang.Sepandai2 kita tidak tahu bila kita akan mati atau masuk syurga atau neraka...oleh itu jangan berlagak dan takabur...orang berlagak dan takabur ini...tempatnya adalah neraka Jahanam.....Oleh itu jangan cuba2 mencabar Allah swt...(Takabur ini selendang@pakaian Allah...maksud alhadis)

Kita kena sedar bahawa kemampuan ilmu dan daya pemikiran kita terbatas...kita hanya mampu sekadar apa yang telah dikurniankan Allah swt sahaja.Lebih2 lagi kalau kita bercakap atau berfikir, sedangkan ilmu yang cakap@fikir itu, kita tidak arif@mahir...ditambah tidak menuntut ilmu agama,ditambah kita pula bergelumang dengan dosa,dengan kata lain ,kita sendiri banyak meninggalkan suruhan wajib malahan banyak membuat perkara apa yang dilarang Allah swt.

Takut kita jadi bahan@alat tunggangan syaitan...kita sesat dan menyesatkan orang lain...Menolak hukum2 dari quran,menolak walaupun satu huruf dari quran pun atau mempertikaikan hukum Allah cukup untuk kita keluar dari Islam@batal Islam kita...cakap kasar@kesatnya jadi kafir@murtad....kenapa kita sibuk hendak tahu perkara membatal puasa atau solat...kenapa kita mahu tahu,batalnya Islam...ambil diploma,ijazah pertama,kedua dan Phd ada masa menuntut ilmu fardu ain tidak masa...besok engkau orang jawablah dihadapan Allah swt.....


PASAL POLIGAMI LAGI 

KREDIT .BLOGTAZKIRAH


Lega penulis setelah menunaikan janji dari sahabat2@kawan2 penulis,mungkin mereka berharap agar masyarakat umum tahu apa dia poligami dalam Islam itu sendiri. Sekurang2nya pembaca dapat memahami sedikit sebanyak tentang poligami yang diharuskan oleh Allah swt itu..Terpulanglah anda disebelah mana dalam hal poligami ini....Bagi penulis wajib kita patuh dengan perintah Allah swt...jadikanlah kita muslim yang bersifat...'dengar dan mematuhinya'...menentang,ragu2,sangka buruk pada Allah swt memang dilarang.Perkara memang berkait rapat dengan qada dan qadar@takdir...Bila sudah sudah jadi takdir maka wajib kita reda....tidak reda bermakna mempertingkaikan takdir Allah swt yang telah ditentukanNya.Ada peristiwa melucukan penulis semasa menjadi kaunselor sukarela di JAIS....daerah S.Alam yang berpejabat di Subang Jaya...

Seorang isteri mengadu ia telah dimadukan.Ia reda (bagus wanita ini)...cuma musykil suami dahulu bagi rm700 tetapi setelah berkahwin lagi....ia hanya bagi rm500...penulis senyum didalam hati...nak tergelak pun ada...tapi penulis tahan....dan mendengar dengan penuh khusyuk...jadi pendengar yang baik....setelah habis baru penulis jawab dan terangkan....'sebenarnya puan, apa suami puan buat tu betul....ingat, puan sudah berkongsi....bermakna semua berkongsi dengan madu...kasih sayang berkongsi,malam@giliran berkongsi....sudah tidak sepenuhnya macam dulu...rm500 untuk puan sebab puan ada anak....madu puan rm200 tidak ada anak....sedangkan suami tidak bertambah...mana mungkin ia boleh bagi rm700 seperti dulu....dan sambung terus adab2 poligami...ia puas ...dan beredar...komen penulis ia wanita soleha@baik...bagi pengetahuan pembaca ia memakai purdah....ada satu peristiwa lucu juga masa penulis me...ngajar disuatu tempat....muslihat bertanya tentang poligami tapi jawapan saya jawab mereka tidak setuju,cuma kata mereka...suami@lelaki ni gatal,tidak adil,yang ada@isterilah...pun tidak diberi layanan cukup dan pelbagai2lah...Penulis jawab...kalau tidak adil ia yang berdosa...apa sahaja ia buat salah tetap berdosa...adil suami terletak pada isteri reda isteri2 maka adillah suami

...akhirnya penulis cakap begini.....'puan2...ini contoh...kalaulah(tapi memang tidaklah)....ayat perintah harus pada perempuan bukan lelaki....maknanya perempuan pula boleh kahwin lebih....mungkin perempuan hendak kahwin lebih dailognya begini...'saya memang sayang abang,abang baik dan segala baik tidak ada cacat cela.....tapi saya hendak kahwin lagi juga bang....sebab Allah swt sebut dalam Quran diharuskan.....'apa kesannya mereka terdiam...selain hukum harus....ia juga boleh membela nasib wanita,mengelak anak luar nikah,pelacuran,sumbang muhram,rogol dan segala perkara yang berhubung dengan zina.....lebih2 lagi hukum Quran tidak dilaksanakan...menjadikan wanita dan lelaki tidak takut melakukan zina.

...bagaimana kalau orang kaya bayar dulu dengan zina....katakan denda zina maksimum rm5000....maka ia bayar rm50000.....dengan resit pembayaran itu ia boleh berzina 10 kali......cuba pembaca fikir....dan lagi mustahil Allah swt bersifat bodoh tidak tahu membuat undang2....sedangkan IA mencipta kita dan dunia dari tiada kepada ada.....janganlah berfikir macam syaitan atau jadi barua pada syaitan....siapa makan cili ia akan terasa pedas......maaf banyak2 dari penulis....kata yang haq walaupun pahit atau kena dekat batang hidung sendiri.....
 PKR harus menyelesaikan masalah parti di Terengganu!
Posted on Monday, May 27 @ 07:19:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo

Oleh: senik

"Assalamualaikum,,,

Azmin Ali sudah mengaku kesilapannya mengenai pertindihan kerusi di Selangor tetapi di Terengganu masih belum ada pemimpin PKR yang tampil membuat pengakuan walaupun sudah ada dakwaan pertindihan kerusi di Terengganu disebabkan adanya kem kem tertentu dalam PKR.

Ada dalang yang disebut tetapi orang yang bertanggungjawab masih bersembunyi. PRK harus segera menyelesaikan masalah mereka di Terengganu demi kebaikan PR seluruhnya.

Walaupun ketuanya Azan Ismail diterima dengan baik di DUN Bandar Kuala Terengganu tetapi secara keseluhannya PKR gagal di Terengganu. Keputusan Parlimen P40, Kemaman menceritakan segalanya.

Mengikut perkiraan matematik biasa, seorang pengundi layak mengundi di DUN dan Parlimen, dan setiap pengundi yang mengundi calon PAS di DUN juga akan mengundi PKR di Parlimen, tetapi keadaan ini tidak berlaku di Kemaman, mengambil kira keputusan akhir PRU.

Majoriti yang diperolehi oleh Sabri Chik sebanyak 12k tidak konsistan dengan jumlah majoriti seluruh DUN yang kalau dicongak sepatutnya majoriti Sabri Chik hanya sekitar 5k sahaja dan mengambil kira pengundi hantu yang berkeliaran di DUN Kijal dan Air Putih, sepatutnya majoriti 5K tersebut merupakan majoriti hantu.

Tetapi ini tidak berlaku di Parlimen Kemaman di mana ada pengundi tempatan yang mengundi PAS di DUN tetapi mengundi BN di Parlimen dan jumlahnya dianggarkan sekitar 7K. Kenapa keadaan ini berlaku? Feedback menunjukkan masih ramai pengundi yang tidak yakin dengan PKR kerana kemelut yang dihadapi mereka di Kemaman.

Pemilihan calon bukan rahsia lagi tidak mengikut apa yang dikehnedaki sebilangan pengundi. Penulis tidak mahu memperincikan masalah di Kemaman yang berlarutan sejak beberapa tahun lalu tetapi penulis merasakan masalah dalaman ini perlu diatasi segera kerana sekarang sudah ada suara suara meminta PAS mengambil alih Parlimen Kemamam kedengaran.

Masalah PKR bukan sahaja di Kemaman tetapi di lain lain daerah juga. Terdapat perebutan calon yang serius sehingga ada ahli jawatan kuasa bertanding sebagai calon bebas dan menyebabkan pertindihan calon yang tidak sepatutnya berlaku.

Individu yang bertanggungjawab harus tampil membuat pengakuan dan menyerahkan semua urusan pentabdiran PKR kepada ketua baru mereka, YB Azan Ismai yang nampaknya disenangi ramai.

PKR harus Terengganu harus mencontohi PKR Selangor tampil mengaku kesilapan mereka di Terengganu."

Tiada ulasan: