Isnin, 27 Mei 2013

PULANGKAN KEPADA YANG HAK...HAK SAPE YANG PATUT MENANG...AGAR SELAMAT DIDUNIA DAN DIAKHIRAT...ISLAM TAK BOLEH DITINDAS....LAMBAT LAUN HUKUM ALLAH AKAN SAMPAI...INSYAALLAH

Esklusiff!! Gambar Perkahwinan Ustaz Azhar Idrus & Pasangannya
Posted on Sunday, May 26 @ 22:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Oleh: matuse68

"Selamat pengantin baru buat Ustaz Azhar Idrus (UAI) yang baru selamat diijabkabulkan dengan anak saudara Tn Hj Omar bin Tahar, Ketua Cawangan Keramat Permai AU 1, Hulu Klang, Gombak.



Esklusiff : Gambar Perkahwinan Ustaz Azhar Idrus & Pasangannya Yang Diambil Sebentar Tadi Semasa Makan Beradab... Tahniah Ustaz... Tinggal Lagi 1 Kuota Kosong Boh!!

Gambar selanjutnya klik disini.. "

Esklusiff!! Gambar Perkahwinan Ustaz Azhar Idrus & Pasangannya

4:12 PTG
0
Selamat pengantin baru buat Ustaz Azhar Idrus (UAI) yang baru selamat diijabkabulkan dengan anak saudara Tn Hj Omar bin Tahar, Ketua Cawangan Keramat Permai AU 1, Hulu Klang, Gombak.

Esklusiff : Gambar Perkahwinan Ustaz Azhar Idrus & Pasangannya Yang Diambil Sebentar Tadi Semasa Makan Beradab... Tahniah Ustaz... Tinggal Lagi 1 Kuota Kosong Boh!!! 



 Untuk Perhatian: Ketua AMK Sdr. Shamsul Iskandar Md. Akin yang kurang cerdik
Posted on Sunday, May 26 @ 21:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Oleh: setisab

"Ustaz Shahril Azman Abd Halim AL Hafiz Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri PahangUstaz Shahril Azman Abd Halim AL Hafiz
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Pahang
(Gambar Kiri)

Kenyataan Balas Dewan Pemuda PAS Negeri Pahang terhadap kenyataan Ketua A.M.K Pusat

Merujuk kepada ucapan Ketua AMK Sdr. Shamsul Iskandar Md. Akin di Kongres Nasional seperti yang disiarkan oleh The Malaysian Insider pada 24 Mei 2013. Maka inilah respon balas saya;

1- Saya tegaskan, PAS adalah sebuah gerakan Islam yang paling lama dan berpengalaman dalam dakwah, tarbiah dan siasah di Malaysia. Maka PAS lebih faham tahaluf siasi berdasarkan kepentingan Islam berbanding saudara shamsul yang hanya memahaminya berdasarkan kepentingan politik menang semata-mata.

2- Oleh itu saya nasihatkan saudara shamsul yang baru belajar memahami tahaluf siasi, janganlah sewenang-wenangnya mengatakan presiden PAS benak dalam hal ini.

Kongres Nasional Keadilan: Mauduk pidato seorang Anwar

3- Sepanjang 50 tahun lebih, PAS bukan sahaja tidak pernah mengkhianati rakan tahaluf siasinya bahkan bersedia mengorbankan kursinya dan bekerja keras dengan menurunkan seluruh jenteranya semata - mata untuk memenangkan rakan tahaluf siasinya setiap kali menjelang pilihanraya umum dan kecil.

4 - Banyak sejarah hitam yang berlaku selepas PRU 12 sehingga PAS kehilangan negeri dan ahli disebabkan karenah-karenah ahli-ahli PKR yang membarahkan hati jentera-jentera PAS, namun PAS terus mengukuhkan ikatan tahaluf siasi ini dengan penuh keikhlasan dan samangat setia kawan.

5 - PAS bergerak di atas dasar kepentingan Islam tanpa mengkhianati prinsip dan perjuangannya. PASbukan sahaja tidak akan mengkhianati rakan tahaluf siasinya bahkan bersikap menasihati rakannya jika tindakannya lari dari prinsip kepentingan Islam.

6- PAS berpegang dengan pesanan Nabi saw :

لا يلدغ المؤمن من جحر واحد مرتين

Artinya: Orang mukmin tidak akan disengat dari satu lubang dua kali.

Maka atas dasar inilah tindakan yang dilakukan oleh presiden PAS adalah diteliti dan dikaji.


7- Tindakan ketua AMK yang menyerang presiden PAS secara terbuka, tidak boleh diterima oleh seluruh pemuda PAS pahang dan mengutuk sekeras kerasnya tindakan itu dan mendesak saudara shamsul memohon maaf secara terbuka kepada presiden kami.

8 - Seandainya DAP boleh menghormati segala permuafakatan dalam PR maka selayaknya PKR juga mencontohi nilai budaya politik mereka agar tidak tersasar daripada landasan matlamat sebenar.

Salam persaudaraan dari saya,
Ustaz Shahril Azman Abd Halim AL Hafiz
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Pahang"


 Sy ske gambar nie sbb hanya wanita shj yg memahami dunia wanita..
Posted on Sunday, May 26 @ 21:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Oleh: nagaliar

"

sy ske gambar nie...sbb tembok pemisah atr kaum muslimat n non-muslim women dh pun runtuh.. kalu dulu2 le... Jika kaum muslimat memperagakan pakaian mrk di mall2 @ dikawasan ramai non-musim... ramai mata2 menjeling ketakutan... seolah2 pengganas wanita tlh turun dr langit... tp skrg prejudis sebeitu dh pown hancur... atr hikmah mengapa pakatan rakyat kalah ditipu kali nie...

Sementara itu...kaum muslimah lak...x de le hanya berpuak dlm lingkungan mrk shj..skrg nie dah pandai dah wat good tumb ngan wanita2 yg masih blom islam lg...

cuma pesan sy le...pas nie kalu de majlis pe2 pown (kecuali bacaan yassin n tahlil)... ajak le wanita non-muslim nie join sama... sbb hanya wanita shj yg memahami dunia wanita..hu3

Sy ske gambar nie sbb hanya wanita shj yg memahami dunia wanita.."


 Shamsul Iskandar tidak tahu menghormati kawan!
Posted on Sunday, May 26 @ 20:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Oleh: senik

"Assalamualaikum,,...

Ketika kita mahu melupakan apa yang telah dibuat oleh Azmin dan Zuraida, tiba tiba Ketua AMK yang juga MP bukit ketil, Shamsul Iskandar Akin secara terbuka menyalahkan THHG, Persiden PAS atas isu pertindihan kerusi yang menyebabkan partinya PKR gagal meraih kerusi terbanyak di Selangor.

Orang Teganu kata mulut lembik sehingga tergamak beliau mengutuk TGHH tanpa ada sedikitpun rasa hormat.

Shamsul sepatutnya malu dengan pemuda PAS, yang ketua DPPM samada yang sekarang atau yang dulu, tidak pernah menyalahkan pemimpin utama PKR dalam apa jua isu yang terjadi.

Shamsul yang pernah bertanding di Dungun pada PRU 12 dan bersama UAI ketika berkempen seharusnya sudah belajar bagaimana layanan ahli PAS terhadapnya dan sudah pasti akan merasa malu untuk menyalahkan TGHH sedemikian rupa, apa kena Shamsul Iskandar sebenarnya?

Pada ketika seluruh jentera PR bersama NGO sedang tumpukan penuh perhatian untuk menekan SPR dan BN, kata kata Shamsul Iskandar adalah tidak diperlukan, lebih baik Shamsul memberi tumpuan kepada blackout 505 demi kepentingan bersama.

Kenapalah sebenarnya tujuan Shamsul, nak kata beliau menjadi proxy kepada Azmin, Azmin sendiri sudah mengaku kesilapannya dalam isu pertindihan kerusi di Selangor sehingga PKR dikatakan hilang dua kerusi, malah pengakuan Azmin boleh dikatakan menyebabkan Shamsul terpaksa menjilat ludahnya kembali.

Shamsul harus segera meminta maaf............ "



Wall Street Journal dedah kandungan Perjanjian Rahsia antara Anwar dan Najib
Posted on Sunday, May 26 @ 20:01:44 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Oleh: setisab

"The Wall Street Journal dedah kandungan Perjanjian Sulit Anwar Ibrahim dan Najib RazakBekas Naib Presiden Indonesia Jusuf Kalla mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim memungkiri perjanjian rahsia untuk menghormati keputusan pilihan raya umum ke-13 (PRU13) Malaysia, yang diuruskannya sebagai orang tengah, antara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan ketua pembangkang itu.

Akhbar The Wall Street Journal (WSJ) hari ini melaporkan Jusuf mendedahkan bahawa perjanjian bertulis dibuat antara Najib dan Anwar pada April iaitu menegah daripada melakukan serangan peribadi semasa berkempen dan menerima keputusan pilihan raya 5 Mei, yang dicadangkan sendiri oleh Anwar.

Menurut Jusuf, Anwar menemui beliau berhubung perjanjian itu dua bulan lepas dan meminta Jusuf menemui lawannya serta mendapatkan komitmen beliau berhubung keputusan pilihan raya yang aman.

Mauduk pidato seorang Anwar

Bagaimanapun, menurut akhbar itu Anwar mendakwa Jusuf yang menemui beliau untuk menawarkan bantuan dalam memastikan keputusan pilihan raya yang teratur.

WSJ juga melaporkan Anwar mengakui beliau telah membuat perjanjian bersama Najib, dengan Jusuf sebagai orang tengah, namun Anwar mendakwa Barisan Nasional (BN) telah membatalkannya melalui cara mereka menjalankan kempen. Jusuf juga berkata beliau menghubungi Anwar sehari selepas hari pengundian pada 5 Mei untuk meminta pemimpin pembangkang itu menerima keputusan tersebut.

Bekas Naib Presiden Indonesia Jusuf Kalla"Kami ada komitmen," Jusuf dipetik sebagai berkata. "Pada Isnin, saya meminta Anwar menerima (keputusan) dan melihat kepada realiti. Tetapi mereka berkata, tidak, tidak, tidak,".

PRU13 menyaksikan BN yang diterajui Najib kembali berkuasa dengan memenangi 133 daripada 222 kerusi Parlimen, yang turut menyaksikan Anwar dan pakatan pembangkang yang tidak berpuas hati dengan keputusan itu mengadakan perhimpunan di seluruh negara sejak 8 Mei.

Tanpa mengkritik mana-mana parti, Jusuf berkata beliau berpendapat kedua-dua pihak menunjukkan komitmen mengelak daripada melakukan serangan peribadi semasa kempen.

Jusuf pernah bertindak sebagai orang tengah bagi perjanjian damai dalam pelbagai konflik di Kepulauan Indonesia yang bergolak semasa beliau menjadi naib presiden dari 2004 hingga 2009 dan berperanan dalam perjanjian damai di Thailand dan Sri Lanka. - BERNAMA"


 Rindunya khutbah Jumaat yang menyentuh jiwa
Posted on Sunday, May 26 @ 19:56:16 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Oleh: rozmal

"Masjid-masjid di Negeri Sembilan begitu sukar sekali untuk mendengar khutbah Jumaat yang boleh menyentuh jiwa, terasa insaf, betapa diri ini lemah, perlu perbanyakkan amal ibadah. Akibatnya ramai jemaah yang lena, tidur, tersengguk-sengguk sewaktu khatib membacakan khutbah.

Saya amat-amat merindui khutbah Jumaat yang boleh mendatangkan keinsafan, selalunya saya akan merasa amat mengantuk apabila teks khutbah yang dibaca, hanya sekadar dibaca oleh khatib.

Saya rindukan khutbah Jumaat yang dikhutbahkan dengan penuh semangat seperti di Masjid Batu 6, Kuala Terengganu, kampung isteri saya.

Bagaimana pun khutbah Jumaat pada 24 Mei 2013 sempena cuti Hari Wesak di Masjid Bandar Baru Senawang oleh Imam Masjid iaitu Al Fadil Ustaz Dato Hj Arshad Abd Samad (mantan Ketua Hakim Mahkamah Syariah N.Sembilan) amat menyentuh jiwa, khutbahnya bertajuk Wawasan Sidratul Muntaha.

Ianya ialah mengenai kewajipan solat yang menjadi intipati utama peristiwa Israk dan Mikraj.

Antara intipati yang perlu direnungkan oleh semua umat Islam di Malaysia ini terutama ketua Agama Islam dan pemerintah di Malaysia ini dalam menangani pelbagai masalah umat Islam pada waktu ini dengan buang bayinya, zinanya, araknya, judinya, rasuahnya dan sebagainya ialah SOLAT.

Kesimpulan penting khutbah ini ialah : “Serangan gejala sosial dalam pelbagai bentuk di negara ini menyebabkan kita kadangkala hilang pedoman untuk mengatasinya. Mimbar amat yakin pelaksanaan solat yang khusyuk berupaya menjadi benteng, mengukuhkan kekuatan akidah dan akhlak anak-anak kita dalam menghadapi serangan gejala sosial ini.”

Saya harapkan orang kampung saya , Ahli Parlimen Rembau yang juga Menteri Belia dan Sukan, YB Khairy Jamaluddin akan dapat membentuk para belia dan remaja di Rembau dengan program yang mendekatkan mereka dengan solat dan masjid untuk mengatasi pelbagai masalah sosial di kalangan beliau muda dan belia warga emas khususnya di Rembau ini agar masjid-masjid di Rembau ini tidak mati seperti yang saya tulis sebelum ini di http://waghih.blogspot.com

KHUTBAH JUMAAT : “WAWASAN SIDRATUL MUNTAHA”

Muslimin yang di Rahmati Allah,

Di kesempatan berada pada hari Jumaat dan pada bulan Rejab yang mulia ini, saya berpesan kepada diri saya dan kepada sidang Jumaat sekalian marilah sama-sama kita mengukuhkan ketakwaan kita kepada Allah SWT dengan bersungguh-sungguh melaksanakan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita dan keluarga kita berjaya menjadi insan soleh serta mendapat perlindungan Allah SWT di dunia dan di akhirat. Mimbar pada hari ini akan menyampaikan khutbah bertajuk: “WAWASAN SIDRATUL MUNTAHA”

Teks khutbah sepenuhnya rozmal.blogspot.com"

Tiada ulasan: