Khamis, 30 Mei 2013

ALLAH SENTIASA MELIHAT...KITA TUNGGU APA YANG TERJADI DI MALAYSIA NI...MAKA BERTAUBAT SERTA BERTAQWALAH...

Besut, Setiu ibarat Sabah, Sarawak?
Posted on Thursday, May 30 @ 14:30:24 MYT
Dilulus untuk paparan oleh budakjalanan

Oleh MAT ZAIN MAT ISA
BAGUSLAH PAS Terengganu cepat sedar akan kelemahannya “membiarkan” gerak kerja parti di Besut dan Setiu sebelum ini tanpa perhatian khusus. Setelah dua kawasan Parlimen itu tidak menyumbang sebarang kerusi dalam PRU13 baru-baru ini, kepimpinan parti di negeri itu segera melontarkan hasrat mengambil perhatian lebih berat terhadap kawasan berkenaan.


Harakah 17 Mei lalu memetik kenyataan Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Ustaz Satiful Bahari Mamat bahawa pihaknya akan memberi tumpuan lebih serta mensasarkan kawasan Besut dan Setiu untuk dimenangi pada PRU14 nanti. Dua kawasan itu kini menjadi bahan sindiran paling laris di kalangan pengulas politik. Boleh dikatakan hampir semua medan sembang politik tidak melepaskan peluang untuk mempersoalkan, “kenapa Besut dan Setiu tidak menyumbang sebarang kerusi (untuk PAS Terengganu)?”
Selalunya juga pertanyaan itu akan disusuli dengan andaian penuh harapan, “kalaulah setiap kawasan itu sumbang satu kerusi pun, kita (PAS) dah boleh memerintah (Terengganu).”
Mereka merujuk kepada kejayaan PAS nyaris merampas Terengganu pada PRU lalu. Parti itu menang di 15 daripada 32 kerusi dan memerlukan hanya dua kerusi lagi untuk mendapat majoriti mudah.
Itulah gambaran penyesalan di forum-forum sembang rakyat. Sedangkan sebelum tiba pilihan raya harapan sebegitu tinggi terhadap sumbangan kerusi dari dua kawasan itu (khususnya Besut) tidak pun menjadi bahan utama bual bicara umum.
Sebab itu penulis melihat persoalan ini wajar diperhalusi semula. Sekurang-kurangnya para pemimpin dan pendukung PAS Terengganu sendiri, juga penganalisis dan pemerhati politik yang ghairah mengulas keputusan PRU13 di negeri itu boleh sedikit berlaku adil dan realistik.
Untuk itu, di sini penulis lontarkan beberapa pemerhatian yang bagi penulis menjadi antara faktor mendorong terhasilnya keputusan pilihan raya itu seadanya.
Pertama, maaf cakap, kesungguhan PAS Terengganu sendiri untuk menawan kerajaan tidaklah begitu meyakinkan. Ada dua kes melibatkan dua pemimpin kanan PAS negeri yang penulis sendiri dengar, menuturkan ucapan senada iaitu, “banyak benda tak leh nak buat, kalau kita menang negeri saja, tak menang Pusat.”
Ertinya, kepimpinan tertinggi PAS Terengganu seakan meletakkan harapan menawan negeri secara bersyarat, yakni mestilah juga menawan kerajaan Pusat. Itu bukanlah pendirian atau penegasan yang baik, lebih-lebih lagi untuk diucapkan secara terbuka. Bagi penulis, ia tidak membantu melonjakkan semangat gerak kerja jentera bawahan.
Kedua, selepas PRU 2008 lalu, senarai awal kerusi-kerusi sasar tidak begitu jelas melibatkan mana-mana kerusi di Besut. Hal itu mungkin mengambil kira majoriti kekalahan pada pilihan raya tersebut. Dun terbaik di Besut, iaitu Hulu Besut (kalah lebih 2,500), hanya berada di tangga ke-21. Sedangkan untuk memerintah Terengganu, jumlah kerusi yang disasarkan hanyalah 17.
Ertinya, Besut tidak diletakkan harapan tinggi untuk menyumbang kerusi membantu kemenangan Terengganu. Jangan dikatakan untuk sasaran 17 kerusi, untuk senarai 20 kerusi pun masih belum termasuk mana-mana kerusi dari Besut.
Kes ini berbeza dengan Setiu, di mana dua kerusi dari kawasan berkenaan, iaitu Jabi dan Batu Rakit memang tersenarai sebagai kerusi sasaran “mesti menang” sedari awal lagi.
Namun, ada juga pihak mendakwa senarai itu kemudiannya berubah. Kononnya dua kerusi di Besut, iaitu Jertih dan Kota Putera termasuk senarai sasar. Kita tidak pasti sejauh mana dakwaan itu benar. Apa yang pasti, tiada pula kedengaran cakap-cakap mengiyakan dakwaan sedemikian, khususnya di kalangan pendukung PAS di Besut sendiri.
Lebih-lebih lagi dalam konteks Kota Putera, agak tidak munasabah jika dikatakan ia turut termasuk dalam Dun sasar PAS negeri, memandangkan ia pada sepanjang masa diletakkan sebagai keutamaan untuk difaraidkan kepada parti rakan, Keadilan.
Ketiga, apabila PAS gagal di mana-mana kerusi, kena tengok juga kekuatan parti lawan di situ. Diakui banyak pihak bahawa di antara Umno paling jahat di seluruh negara ialah Umno Terengganu. Sedangkan pendukung Umno Terengganu paling “kepala pengat” ialah dari Besut.
Sedarilah hakikat bahawa Ketua Umno Bahagian Besut adalah Pengarah Strategik Umno Malaysia. Beliau adalah kepala perancang segala macam strategi BN mengalahkan PAS-Pakatan Rakyat di seluruh negara. Maka mana mungkin dia membiarkan partinya sebegitu mudah dikalahkan oleh PAS di daerahnya sendiri?
Kini, orang galak bercakap bahawa Besut dan Setiu paling payah menerima angin perubahan. Dua kawasan Parlimen ini dianggap ‘deposit tetap’ BN Terengganu.
Lalu ada yang secara berseloroh (sinis... sebenarnya!) mengumpamakan dua daerah itu ibarat Sabah dan Sarawak buat BN dalam konteks nasional. Namun bagi kita, tidak ada yang mustahil dalam politik. Insya-Allah tanggapan itu bakal berubah. Bahkan, Sabah dan Sarawak sendiri pun sudah menunjukkan perubahan lebih positif untuk Pakatan Rakyat. Tidak mustahil Besut dan Setiu juga mampu membuahkan hasil lebih bagus buat PAS.
Apa pun, kita patut ucapkan tahniah kepada PAS Kawasan Besut. Pencapaiannya sangat positif di Jertih dan Kota Putera baru-baru ini. Ia berjaya mengurangkan majoriti kemenangan BN kira-kira 2,000 undi.


 Senarai penuh anggota Exco Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor
Posted on Thursday, May 30 @ 14:07:05 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo

Oleh: setisab

"
Hannah Yeoh (Subang Jaya) yang dilantik ke jawatan Speaker DUN Selangor
Hannah Yeoh
Speaker DUN Selangor
Senarai Exco Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor

Seramai sepuluh orang anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri mengangkat sumpah jawatan hari ini, hampir sebulan selepas pilihan raya umum 5 Mei.

Barisan anggota exco yang baru dilantik ini, membabitkan empat wakil PAS dan masing-masing tiga wakil DAP dan PKR, mengangkat sumpah di Istana Alam Shah, Klang pagi ini.

Turut mengangkat sumpah ialah wakil DAP Hannah Yeoh (Subang Jaya) yang dilantik ke jawatan Speaker DUN, dan timbalannya Nik Nazmi Nik Ahmad (PKR, Seri Setia).

Bekas Speaker DUN, Datuk Teng Chang Khim (DAP, Sungai Pinang) dibariskan sebagai anggota Exco untuk penggal kali ini.


Berikut adalah senarai penuh anggota Exco Selangor:

Wong Keat Ping @ Elizabeth Wong (PKR, Bukit Lanjan) – Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna, Alam Sekitar

Dr Daroyah Alwi (PKR, Sementa) – Kesihatan, Pembangunan Usahawan, Sains, Teknologi Dan Inovasi

Rodziah Ismail (PKR, Batu Tiga) – Kebajikan, Hal Ehwal Wanita

Datuk Teng Chang Khim (DAP, Sungai Pinang) – Kerajaan Tempatan, Kajian Dan Penyelidikan

Ganabatirao Veraman (DAP, Kota Alam Shah) – Pekerja Ladang, Kemiskinan, Kerajaan Prihatin

Ean Yong Hian Wah (DAP, Seri Kembangan) – Pelaburan, Perindustrian & Perdagangan, Pembangunan Kampung Baharu & Pemutihan Kilang Haram

Sallehin Mukhyi (PAS, Sabak) – Hal Ehwal Islam, Permodenan Pertanian, Pembangunan Desa

Dr Halimah Ali (PAS, Selat Klang) – Pendidikan dan Pendidikan Tinggi, Pembangunan Modal Insan

Dr Ahmad Yunus Hairi (PAS, Sijangkang) – Belia Dan Sukan, Infrastruktur Dan Kemudahan Awam

Iskandar Abdul Samad (PAS, Cempaka) – Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Peneroka Bandar

Menteri besar Tan Sri Khalid Ibrahim sendiri mengetuai portfolio Kewangan, Pembangunan Tanah & Pengurusan Sumber Alam, Majlis Tindakan Ekonomi Negeri, Penerangan, Jawatankuasa Adat Melayu.

Pemilihan Agong Umno (Baru) selepas pindaan perlembagaan"


 Mulut Mahathir ada masalah?
Posted on Thursday, May 30 @ 13:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo

Oleh: tokpepijat

"Jarang benar pengampu UMNO dan pengikut setia Mahathir ,Zainuddin Maidin (ZAM)mengkritik PM sejak dihantar ke London kerana kritik Dr Mahathir atas isu penggunaan bahasa oleh Mahathir.

Hari ini, sekonyong-konyong ZAM mengkritik PM(kerusi)Najib kerana kebodohan cara berkempen.

Antara celaan ZAM terhadap kempen Najib seperti, slogan " I love PM', meniru gaya Anwar dan Najib makan di warung orang ramai.

ZAM kata kempen Najib seperti berlakon,berpura-pura dan menjijikkan. Jika Daim labelkan Anwar sebagai clown (lebih tepat dipanggil Raja Lawak), ZAM pula labelkan Najib sebagai imitator(peniru).

Bahkan ZAM menggelarkan penasihat Najib(APCO dan War Room) sebagai seperti"pontianak langsuair" kerana  berkepala di awan tanpa kaki mencecah daratan.

Buat sekiannya Najib ditipu buat kali kedua oleh orang dikelilingnya.Pertama,oleh pengikutnya di Parlimen Pekan tahun 1999.

" Semua ok dan beres bos....". 

ZAM juga mengatakan gaya kempen Najib sekadar pemimpin pelajar bukan gaya pemimpin negara.

Adakah Nasjib bersikap demikian kerana "asuhan  dan didikan" Rosmah di rumah?

Seperti dijangkakan ZAM masih berfikiran rasis seperti tuannya Mahathir. Masih beranggapan Cina itu bayangan komunis dengan menggelarkan Cina yang pro PR sebagai " communist surrogate".

Persoalannya, adakah butir-butir kata dari mulut ZAM adalah dari tuannya Mahathir ?

Barangkali Mahathir malu untuk mengkritik Najib secara terang-terangan seperti Pak Lah dahulu kerana anaknya Mukhriz sudah dihadiahkan sebagai MB Kedah

Jadi Mahathir gunakan mulut ZAM untuk menembak Najib.

Mulut Mahathir ada masalah?"


 Sehari selepas insiden bola sepak di stadium Darul Makmur...
Posted on Thursday, May 30 @ 13:02:34 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo

Oleh: nagaliar

"

Muak ngan kekecohan yg berlaku di stadium darul makmur, TMJ –tunku Ismail Ibrahim tlh mencadangkan supaya perlawanan di stadium bukit jalil sabtu nie diadakan tanpa kehadiran penyokong kedua2 belah pihak…

Bagik sy le…cadangan baginda TMJ nie…mmg munasabah n realistic berdasarkan tempoh mase semangat amarah antara dua penyokong Johor n Pahang nie masih blom reda lg…sememangnya amuk n amarah org2 melayu nie…x leh terdelete dlm mase seminggu dua…ntah2..dendam ue bawak dlm kubur skali gamaknya…

Baginda juga risau ttg keselamatan penyokong2 kedua pihak krn tiada jaminan polis dan FAM selepas tamat perlawanan ue nnti diluar stadium…sapa yg nk bertanggunjawab agaknya nnti..secara holistiknya..jika berlaku kejadian yg buruk utk kali keduanya…dh terlentu le arena bola sepak negara kite yg dh tercemar semakin tercemar lg…

Pd pandangan sy le…selepas insiden nie..tlh berlaku dua perkara yg x munasabah :

1. PBNJ tlh didenda sbb penyokong2nya masuk dl trek perlawanan.

Dlm suasana cam ue… camne le PBNJ nk kawal penyokong2nya ribuan org…pe tah lg peristiwa nie berlaku secara spontan..rasenya FRU pown terpinga2 bile tetiba shj limpahan manusia turun ke trek tanpa diduga dlm kalut2 sebegitu…

Selepas nie…x kan le sehari seblom perlawanan bola sepak dimulakan TMJ merangkap sebagai president PBNJ perlu wat perhimpunan penyokong2 Johor di stadium Larkin seperti mana perhimpuan black 505..semata2 nk nasehat n bagik motivasi kat penyokong2 Johor agar jgn bergaduh, jgn berkelahi, kalu masuk gol jgn bersorak n kalu bleh..mase tgk bola ue…mulut kena zip…kedua2 tangan n kaki perlu kena ikat kemas2…

Jika de sapa2 kena baling batu ke….botol ke…bagik le senyuman paling manis cam pramugari MAS…n ucapkan le terima kasih secara ombak mexico…nnti bile berlaku pe2 insiden buruk berlaku PBNJ x dipersalahkan or didenda lg…

2 Peranan TV3

Semalam de beberapa sedutan temuramah kedua penyokong2 Johor n Pahang.. erm TV3 tak sepatutnya menyiarkan sebarang bentuk temuramah sebegini yg penuh beremosi krn ianya leh membangkitkan lg perasaan x puas hati penyokong2 kedua belah pihak…Nie dh bukan level batu api lagi…dh kira cam tong gas dh…diharapkan le TV3 Ikut saranan TMJ…tunku Ismail Ibrahim dimana baginda berfikiran bahawa “bola sepak lebih kepada menyatukan rakyat, bukannya memecah belah atr satu sama laen”…

Disni sy de dua soalan utk FAM

1. Berani ke FAM nk anjurkan perlawanan bola sepak dibukit Jalil nie tanpa sebarang penyokong kedua2 pihak?...

2. Kalu penyokong2 nk tgk bola kat bukit Jalil ue...tiket kena beli lg ke?...x kan tiket kat stadium Darul Makmur ue kire burn jea...mane aci...hu3

Sehari selepas insiden bola sepak di stadium Darul Makmur..."


 Selangor Perlu Fokus Kepada Anjung Utara
Posted on Thursday, May 30 @ 12:48:15 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo

Oleh: matuse68

"

(Warna biru yang dikuasai BN di Selangor)

KEGAGALAN Pakatan Rakyat untuk menang lima kerusi parlimen di utara Selangor dalam PRU13 pada 5 Mei lalu seharusnya diberi perhatian serius oleh kerajaan Pakatan Rakyat Selangor untuk penggal kedua ini.

PRU lalu BN menang bergaya di lima kerusi berkenaan iaitu Sabak Bernam, Sungai Besar, Tanjong Karang, Kuala Selangor dan Hulu Selangor. Kesemuanya berada di utara Selangor dan di kawasan pengundi Melayu.

Kerusi parlimen Kuala Selangor yang disandang oleh PAS turut dirampas semula oleh BN dalam PRU lalu.

Walaupun Pakatan Rakyat terus mentadbir negeri ini dengan memenangi 44 kerusi daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) namun, kehilangan lima kerusi itu harus dikaji mengapa ianya tidak menjadi milik Pakatan Rakyat dalam pilihan raya lepas.

Kehilangan lima kerusi itu, sebagaimana dijangka oleh sesetengah pihak kerana sebab-sebab tertentu antaranya projek-projek pembangunan yang dijalankan kerajaan Pakatan Rakyat pada penggal pertama belum menyeluruh.

Antara yang jelas masalah projek terbengkalai merupakan isu utama yang sering dibangkitkan penduduk sehingga daerah ini dikatakan sinonim dengan pembangunan terbengkalai.

Kesan buruk pembangunan itu bermula sejak zaman pemerintahan BN lagi dan rakyat mahu agar peralihan kuasa di peringkat negeri mampu membawa perubahan.

Malangnya, hampir sepenggal penguasaan Pakatan Rakyat di Selangor, tiada sebarang perubahan membanggakan dapat dipersembahkan kepada rakyat di kawasan ini.

(Bukit Beruntung yang tidak untung)

Terdapat sebanyak 11 projek terbengkalai di sekitar Hulu Selangor melibatkan kawasan di Bukit Beruntung, Bukit Sentosa, Lembah Beringin, Batang Kali, Serendah, Rasa, Kerling, Hulu Bernam, Rawang dan Sungai Choh.

Rekod tersebut turut menunjukkan jumlah keseluruhan unit yang terbengkalai adalah 3,832 unit termasuk rumah teres dan teres berkembar, lot banglo dan banglo setingkat, kedai bertingkat dan bangunan pejabat serta bangunan perindustrian.

Pembangunan keseluruhan kawasan tersebut bermula antara 1995 hingga 2006 dan kawasan paling banyak pembinaan terbengkalai adalah Bukit Beruntung dan sekitar Bukit Sentosa serta Lembah Beringin.

Bagaimanapun, Kerajaan Selangor di bawah pentadbiran Tan Sri Khalid Ibrahim menyedari masalah ini dan berjanji akan menumpukan pembangunan di kawasan luar bandar seperti Kuala Selangor, Sabak Bernam dan Tanjung Karang pada penggal kedua ini.

Dalam wawancaranya dengan Malaysiakini, Khalid berjanji akan memberikan fokus kepada pembangunan luar bandar yang sebelum ini agak terabai. Hasilnya, Pakatan hanya menang di bandar dan kalah di kawasan luar bandar ini.

Langkah ini supaya rakyat di kawasan-kawasan pendalaman tersebut dapat merasa nikmat kekayaan Selangor yang selama ini tertumpu di kawasan bandar seperti Petaling Jaya, Shah Alam, Klang dan Ampang.

[Baca seterusnya...]"


 Celiklah wahai rakyat terutamanya peminat bolasepak
Posted on Thursday, May 30 @ 12:39:01 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo

Oleh: notan

"Assalamualaikum,,

Perhimpunan Black put 505 menyebabkan beberapa individu ditangkap dan didakwa walaupun tiada rusuhan atau huru hara berlaku tetapi dua kejadian rusuhan dalam tempoh seminggu berlaku ketika perlawanan bolasepak dan ada yang dilapurkan cedera.

Rusuhan pertama di Stadium Larkin yang melibatkan penyokong Kelantan dan Johor DT sementara rusuhan yang lebih teruk berlaku di Kuantan melibatkan sekali lagi pasukan Johor DT dengan Pahang.Kejadian rusuhan ini membuktikan perhimpunan untuk menonton perlawanan bolasepak lebih berisiko berbanding himpunan blackout 505 yang mengumpulkan lebih ramai rakyat.

Inilah fakta yang tidak dapat dinafikan lagi walaupun kerajaan nampaknya lebih berminat mendakwa penganjur perhimpunan black out 505 berbanding penganjur perlawanan bolasepak yang dilepaskan walaupun menyebabkan kerosakan dan kecederaan.

Perlawanan bola sepak tidak tertakluk kepada akta perhimpunan aman seperti perhimpunan black out 505 tetapi yang terjadi ialah peserta perhimpunan menyaksikan perlawanan bolasepak yang merusuh bukan perhimpunan black out 505.

Trend ini akan berlarutan kalau dibiarkan, perhimpunan black out 505 mungkin akan diteruskan sehingga terbongkarnya semua penipuan PRU 13 dan perlawanan bolasepak akan juga diteruskan dan berdepan risiko rusuhan yang lebih besar.

kalau dibandingkan tujuan kedua dua perhimpunan ini, perlawanan bolasepak sepatutnya perhimpunan santai dan berlibur sementara perhimpunan black out adalah perhimpunan yang diwarnai oleh rasa marah dan tidak puas hati kerana ditipu yang bermakna penuh sentimen anti kerajaan yang boleh diapi apikan untuk membangkitkan rusuhan besar besaran berdasarkan kehadiran rakyat.

Tetapi apa yang berlaku sebaliknya, perhimpunan yang santai bertukar ganas dan perhimpunan yang sepatutnya ganas bertukar rmenjadi santai! Ada mesej yang perlu dihayati oleh semua terutama yang meminati bolasepak. Menonton perlawanan bolasepak di stadium tidak lagi boleh dianggap santai.

Semuga rakyat celik terutamanya peminat bolasepak sekelian! "


 Bola tertunda.....Salah Anwar juga?
Posted on Thursday, May 30 @ 12:32:35 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo

Oleh: tokpepijat

"Peristiwa limpahan penonton di Stadium DarulMakmur amat memalukan. Ianya berlaku di negeri Presiden FAM sendiri.

Ianya bukan berlaku di Kota Bahru, Shah Alam dan Kuala Terengganu tetapi di negeri Presiden dan Timbalan FAM.

Mengapa ianya berlaku? Ada yang kata ini angkara tiket palsu. Dan ada yang kata orang dalam pengurusan stadium yang membenarkan penonton tanpa tiket masuk.

Sudahlah ranking bolasepak Malaysia terus merudum, di ikuti bookie bola mula masuk semula dalam arena bolasepak Malaysia. Dan terkini tiket palsu dan limpahan penonton di Stadium DarulMakmur.

Ini adalah petunjuk bahawa Presiden FAM kena berundur dan mesti malah wajib berundur.

Malulah sikit, ranking kita sudah jatuh, judi bola sudah masuk dan akhir sekali peristiwa memalukan di stadium negeri Presiden FAM.

Bersihkan bolasepak kita dari politik dan monarki. Kembalikan FAM kepada yang arif dan professional.

Bagi peluang orang muda,idealisme,professional dan bebas untuk dikritik. Takkan mahu pegang FAM hingga ke liang lahad.

Atau adakah insiden di Stadium DarulMakmur itu juga......SALAH ANWAR?

Bola tertunda.....Salah Anwar juga?"


 Apabila Tomboy lahirkan bayi
Posted on Thursday, May 30 @ 10:36:36 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh TKOOffline

Dua istilah Tomboy dan Pekit, entahlah setahu saya tomboy ini sekadar berkawan dengan lelaki tapi tiada pergaulan bebas, manakala pekit pula akan melakukan seks tanpa nikah.

Saya terbaca berita semalam tomboy melahirkan bayi lelakinya di atas jalan di lorong belakang sebuah bank di Bandar Puteri, Puchong, berseorangan tanpa ditemani atau bantuan sesiapa.

Saya menjadi tanda tanya, apakah rupa bentuk sosial masyarakat Malaysia sekarang di bawah kepimpinan UMNO @ BN? Saya menjadi takut untuk masa depan anak-anak saya, saya juga merasai bimbang akan masa depan kaum kerabat saya. Adakan UMNO @ BN mampu untuk menjamin satu masyarakat yang benar-benar sejahtera dilahirkan di negara ini??

Apa sebenarnya pimpinan UMNO @ BN buat kepada negara ini sehingga banyak sangat perkara yang pelik dan tidak terfikir dalam akal boleh berlaku. Kalau sayangkan bangsa kita, buanglah UMNO @ BN.

Keluhan saya adalah berdasarkan berita di bawah ini:-

Seorang wanita tomboy terpaksa melahirkan bayi lelakinya di atas jalan di lorong belakang sebuah bank di Bandar Puteri, Puchong, berseorangan tanpa ditemani atau bantuan sesiapa.

Di fahamkan, ketika kejadian wanita itu secara tiba-tiba terasa hendak bersalin dan beliau bertindak nekad melahirkan anaknya di belakang premis terbabit, kelmarin.

Bagaimanapun wanita yang berusia 23 tahun itu tidak bernasib baik apabila kandungannya songsang menyebabkan dia mengalami kesukaran hendak bersalin dan terpaksa bertarung nyawa hampir sejam untuk melahirkan kandungannya tanpa bantuan sesiapa.

Akibat masaalah songsang, bayi lelaki beliau gagal diselamatkan setelah kaki bayi itu terkeluar terlebih dahulu dan menyebabkan bayi itu kelemasan sebelum meninggal dunia sebaik ibunya selamat bersalin.

Menurut sumber, wanita terbabit yang masih belum berkahwin menaiki motosikal berseorangan jam 10.40 malam kelmarin sebelum tiba-tiba dia rasa sakit hendak bersalin.

“Panik dengan situasi itu, mangsa memberhentikan motosikalnya di lorong belakang sebuah bank dan bertindak berani cuba melahirkan anaknya.

“Mangsa yang tidak tahu kandungannya songsang bagaimanapun mengalami kesukaran untuk bersalin, namun selepas berhempas pulas akhirnya dia berjaya melahirkan bayinya itu.

“Bayinya gagal diselamatkan akibat lemas,” katanya.

Sumber menambah, mangsa yang berlumuran darah dan tidak bermaya hanya tersandar di tepi dinding premis terbabit sebelum kebetulan seorang lelaki yang melalui kawasan itu menyedari kejadian terbabit.

“Lelaki itu yang menyangka mangsa ingin membuang bayi terus menghubungi polis memaklumkan kejadian itu sebelum unit peronda polis (MPV) tiba di tempat kejadian mendapati wanita terbabit sebenarnya baru lepas bersalin.

“Polis kemudian membawa mangsa dan bayi yang sudah tidak bernyawa itu ke Hospital Serdang,” katanya.

Sumber itu berkata, ahli keluarga mangsa yang dimaklumkan kejadian itu juga terkejut dengan berita diterima mereka kerana tidak mengetahui anak mereka mengandung.

“Difahamkan wanita terbabit sebelum ini tidak pernah berkawan dengan lelaki kerana dia sering membawa pulang rakan perempuan dipercayai ‘teman wanitanya’ kerana sikapnya yang seperti lelaki,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Serdang Deputi Superintendan Lam Chien Fei ketika dihubungi, mengesahkan kejadian itu dan pihaknya yang menerima maklumat berhubung kejadian itu bergegas ke tempat kejadian.


Note:
Gambar di atas, sekadar hiasan sahaja.



.....
Sila layari:-
Apabila Tomboy lahirkan bayi 


 Ada lagi kematian selepas N Dharmendran?
Posted on Thursday, May 30 @ 10:32:38 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh TKOOffline

Kematian Kugan dahulu menjadi isu apabila 2 orang mencerobohi hospital dan mengambil gambar Kugan serta menghantar gambar tersebut kepada Malaysia Today dan TranungKite. Gambar tersebut telah dipaparkan di laman dan blog Pakatan Rakyat. Polis mencari 2 orang yang menceroboh hospital berkenaan dan berita ini disiarkan dalam media.

Masyarakat mendapat gambaran sebenar bagaimana teruknya kematian itu apabila melihat gambar yang ditunjukkan. Bila kematian N Dhamendran (gambar disebalah bapanya), kita hanya mendengar atau membaca gambar yang disebt oleh peguannya sahaja. Tiada gambar dan kawalan amat ketat pada isu ini. Masyarakat juga disekat maklumat sebenar tentang kematiannya.

Kita hanya dimaklumkan dalam akhbar bahawa penyediaan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di bilik lokap tahanan dan pewujudan lebih banyak lokap berpusat merupakan antara cadangan yang dikemukakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk menambah baik prosedur melibatkan tahanan polis.

Manakala menenteri yang egonya pula, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata ia juga dapat memberi gambaran sebenar mengenai keadaan di bilik tahanan bagi mengelak pandangan serong masyarakat terhadap polis. Beliau berkata apabila CCTV disediakan, rakaman dapat menjadi bahan bukti jika sebarang kecederaan dan kematian berlaku.

Saya melihat Zahid tidak menjawab isu tentang kematian N Dharmendran tetapi hanya seolah-olah untuk mengatasi perkara yang akan berlaku. Kenapa tiada maklumat sebenar untuk penjalasan perkara seperti ini? Kenapa banyak sangat maklumat perlu dirashiakan, seolah-olah rakyat tidak punya daya berfikir dan bodoh untuk mengetahui hal sebenar.


Dalam pada galut nak buat itu ini KDN di soal berhubung kematian lagi. Semalam Suaram Pulau Pinang menyuarakan kebimbangannya berhubung satu lagi kes kematian dalam tahanan polis yang berlaku kurang daripada tujuh hari selepas kematian N Dharmendran pada 21 Mei seperti yang dilaporkan oleh Malaysiakini.

NGO itu berkata di Pulau Pinang, kematian suspek penagih dadah, R Jamesh Ramesh menambah satu lagi angka dalam statistik kes kematian dalam tahanan, sambil menambah ia bimbang dengan kenaikan mendadak kes kematian seumpama itu.

Ia mahu Menteri Dalam Negeri, Datuk Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Polis Negara, Datuk Khalid Abu Bakar mengambil tanggungjawab di atas kematian itu dan mengumumkan kepada orang ramai bila dan apakah tindakan yang akan diambil terhadap anggota yang bertanggungjawab menjaga Jamesh.

Menurut NGO itu, pada tahun 2012, terdapat sembilan kes kematian dalam tahanan polis, dan dalam masa kurang daripada setengah tahun, enam kes telah dilaporkan, menjadikan Jamesh, kematian ketujuh pada 2013 sahaja.

"Ini hanya kes yang dilaporkan," kata Suaram Pulau Pinang dalam satu kenyataannya.

Pada hari Sabtu, Jamesh, seorang lelaki penganggur berusia 40 tahun, ditahan anggota Jabatan Narkotik di sebuah dewan orang ramai di Patani Road kerana didakwa mengambil dadah.

Pada keesokan harinya, dia telah dihantar ke lokap pada kira-kira jam 4 petang selepas ujian air kencingnya didapati positif mengandungi morfin.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, ACP Mohd Nasir Salleh berkata, suspek "telah dilihat berada dalam keadaan biasa oleh tahanan yang lain di dalam sel pada malam yang sama."

Dia disahkan meninggal dunia dua 19 jam kemudian.

Dia ditemui tidak sedarkan diri pagi itu oleh anggota polis, dan kemudiannya diisytiharkan meninggal dunia akibat kegagalan hati.

Suaram Pulau Pinang menggesa ahli keluarga si mati untuk tampil memberi maklumat.

NGO itu mahu polis menyiasat segala hal berkaitan kematian Jamesh dengan mendedahkan jurnal harian yang disimpan oleh anggota yang menjaga mangsa semasa penahanannya.

RAKYAT AKAN DIPERBODOHKAN DENGAN PELBAGAI MAKLUMAT YANG MENGELIRUKAN JIKA UMNO @ BN MASIH MEMERINTAH KERANA UMNO @ BN MENGGANGGAP RAKYAT HANYA "TUNGGOL" BURUK SAHAJA.

BEBASKAN PEMIKIRAN RAKYAT DENGAN MEMBUANG UMNO@BN


Sumber
Ada lagi kematian selepas N Dharmendran?


Najib mula dikritik untuk singkirkannya dalam pemilihan nanti??
Posted on Thursday, May 30 @ 10:34:17 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh TKOOffline



Beberapa hari lalu bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin berkata Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Tun Razak melakukan kesilapan dengan memilih penasihat yang salah hingga menyebabkan kerugian kepada parti itu dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) yang lalu.

Selain itu menurut Daim, satu lagi penyebab utama kepada kekalahan BN ialah berkaitan masalah dalaman parti itu sendiri. Daim juga menyindir dengan menyebut "Ini adalah pilihan raya parlimen, bukan pilihan raya presiden.

Menurut sumber dalam UMNO, teguran Daim ini adalah satu siri kecamam terhadap kepimpinan Najib untuk memberikan tekanan untuk Najib mengundur diri dan menyerahkan tanggungjawab UMNO kepada orang lain.

Walaupun Tun Mahathir dikatakan telah menyebut bahawa UMNO tiada pilihan kepimpinan untuk menerajuinya dan Najib masih dianggap terbaik walaupun masih banyak kelemahan dan kekurangannya.

Tapi pemerhati politik menyebut, kritikan Daim adalah satu tanda awal (green light) daripada veteran UMNO untuk "menyingkirkan NAJIB dan teamnya".

Semalam Zainuddin Maidin dalam blognya http://zamkata.blogspot.com pula mengkritik gerakerja Najib semasa pilihan raya lalu.

Zam menulis Najib kelihatan macam bodoh (pura-pura) dengan apa yang diajukan oleh penasihatnya. Najhib yang nak digambarkan sebagai mesra rakyat tapi kelihat bodoh dan menjijikkan dengan lakonan makan digerai serta poster yang amat menjijikan.

Zam juga mengkritik sikap panik UMNO dengan cadangan BN sebagai parti tunggal.

Maklumat kami terima, cadangan BN parti tunggal adalah satu daripada serangan "team" dalam UMNO untuk memberikan tekanan kepada UMNO sendiri agar UMNO rasa serba salah dan ini dengan sendirinya memberikan tekanan kepada Najib.

Usaha untuk mengambil alih UMNO daripada Najib dan teamnya sedang giat dilakukan dan tidak mustahil selepas ini ada lagi veteran UMNO akan mengkritik Najib.

KITA SEKADAR TUNGGU SAHAJA DRAMA MENYAYAT HATI
AKAN BERLAKU DALAM UMNO NANTI
TAK MUSTAHIL UMNO AKAN BERPECAH LAGI!!!


Sumber
Najib mula dikritik untuk singkirkannya dalam pemilihan nanti??
 

Tiada ulasan: