Posted on Wednesday, May 08 @ 04:20:37 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh: al-bahanj
"Berita mengenai Syurga sentiasa menyejukkan hati, menenangkan jiwa dan meninggikan harapan buat orang-orang yang beriman. Ayuh baca sebahagian ayat-ayat Al-Quran dan hadith mengenainya supaya iman-iman kita semakin teguh. Moga-moga kekecewaan dan kesedihan kita akibat ditipu dan dizalimi di dunia ini terubat dengan membacanya...
ALLAH Ta`ala berfirman:
إِنَّ الْمُتَّقِينَ فِي جَنَّاتٍ وَعُيُونٍ . ادْخُلُوهَا بِسَلَامٍ آمِنِينَ . وَنَزَعْنَا مَا فِي صُدُورِهِم مِّنْ غِلٍّ إِخْوَانًا عَلَىٰ سُرُرٍ مُّتَقَابِلِينَ . لَا يَمَسُّهُمْ فِيهَا نَصَبٌ وَمَا هُم مِّنْهَا بِمُخْرَجِينMaksudnya: “Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa adalah ditempatkan di dalam beberapa taman Syurga, dengan mata air – mata air terpancar padanya. (Mereka dipersilakan oleh malaikat dengan berkata): Masuklah kamu ke dalamnya dengan selamat sejahtera serta beroleh aman. Dan Kami cabut akan apa yang ada di hati mereka dari perasaan hasad dengki sehingga menjadilah mereka bersaudara (dalam suasana kasih mesra), serta mereka duduk berhadap-hadapan di atas pelamin masing-masing. Mereka tidak akan disentuh susah payah dalam Syurga itu dan mereka pula tidak sekali-kali akan dikeluarkan daripadanya.”(Surah Al-Hijr, 15 : 45-48)
ALLAH Ta`ala berfirman:
يَا عِبَادِ لَا خَوْفٌ عَلَيْكُمُ الْيَوْمَ وَلَا أَنتُمْ تَحْزَنُونَ . الَّذِينَ آمَنُوا بِآيَاتِنَا وَكَانُوا مُسْلِمِينَ . ادْخُلُوا الْجَنَّةَ أَنتُمْ وَأَزْوَاجُكُمْ تُحْبَرُونَ . يُطَافُ عَلَيْهِم بِصِحَافٍ مِّن ذَهَبٍ وَأَكْوَابٍ ۖ وَفِيهَا مَا تَشْتَهِيهِ الْأَنفُسُ وَتَلَذُّ الْأَعْيُنُ ۖ وَأَنتُمْ فِيهَا خَالِدُونَ . وَتِلْكَ الْجَنَّةُ الَّتِي أُورِثْتُمُوهَا بِمَا كُنتُمْ تَعْمَلُونَ . لَكُمْ فِيهَا فَاكِهَةٌ كَثِيرَةٌ مِّنْهَا تَأْكُلُونَMaksudnya: ”(Mereka yang bertakwa itu, diberi penghormatan serta diseru oleh Allah Taala dengan firmanNya): Wahai hamba-hambaku! Pada hari ini kamu tidak akan merasai sebarang kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik) dan kamu pula tidak akan berdukacita. (Mereka itu ialah) orang-orang yang beriman akan ayat-ayat keterangan Kami, serta mereka menjadi orang-orang Islam yang taat patuh, (Mereka diberi sebaik-baik balasan dengan dikatakan kepada mereka): Masuklah kamu ke dalam Syurga bersama-sama isteri-isteri kamu (yang beriman), dengan menikmati sepenuh-penuh kegembiraan dan kesenangan. Diedarkan kepada mereka pinggan-pinggan besar dan piala-piala dari emas dan di dalam Syurga itu pula disediakan segala yang diingini oleh nafsu serta di pandang indah oleh mata dan (dikatakan kepada mereka): Kamu adalah tetap kekal di dalamnya. Dan (dikatakan lagi kepada mereka): Inilah Syurga yang diberikan kamu mewarisinya, disebabkan apa yang kamu telah kerjakan. Kamu beroleh di dalamnya berbagai jenis buah-buahan, untuk kamu makan daripadanya.”(Surah az-Zukhruf, 43 : 68-73)
ALLAH Ta`ala berfirman:
إِنَّ الْمُتَّقِينَ فِي مَقَامٍ أَمِينٍ . فِي جَنَّاتٍ وَعُيُونٍ . يَلْبَسُونَ مِن سُندُسٍ وَإِسْتَبْرَقٍ مُّتَقَابِلِينَ . كَذَٰلِكَ وَزَوَّجْنَاهُم بِحُورٍ عِينٍ . يَدْعُونَ فِيهَا بِكُلِّ فَاكِهَةٍ آمِنِينَ . لَا يَذُوقُونَ فِيهَا الْمَوْتَ إِلَّا الْمَوْتَةَ الْأُولَىٰ ۖ وَوَقَاهُمْ عَذَابَ الْجَحِيمِ . فَضْلًا مِّن رَّبِّكَ ۚ ذَٰلِكَ هُوَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُMaksudnya: “Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa (akan ditempatkan) di tempat tinggal yang aman sentosa. Dia itu di dalam beberapa taman Syurga, dengan mata air-mata air terpancar padanya, Mereka memakai pakaian dari kain sutera yang halus dan kain sutera tebal yang bersulam; (mereka duduk di tempat perhimpunan) sentiasa berhadap-hadapan (di atas pelamin masing-masing). Demikianlah keadaannya dan Kami jadikan kawan teman mereka bidadari-bidadari yang putih melepak, lagi luas cantik matanya. Mereka meminta di dalam Syurga itu tiap-tiap jenis buah-buahan (yang mereka ingini), dalam keadaan aman sentosa. Mereka tidak merasai kematian dalam Syurga itu selain daripada mati yang mereka rasai (di dunia) dahulu dan Allah selamatkan mereka dari azab Neraka; (Mereka diberikan semuanya itu) sebagai limpah kurnia dari Tuhanmu (wahai Muhammad); yang demikian itulah kemenangan yang besar.”(Surah ad-Dukkhan, 46 : 51-57)
ALLAH Ta`ala berfirman:
Daripada Hadith Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallamإِنَّ الْأَبْرَارَ لَفِي نَعِيمٍ . عَلَى الْأَرَائِكِ يَنظُرُونَ . تَعْرِفُ فِي وُجُوهِهِمْ نَضْرَةَ النَّعِيمِ . يُسْقَوْنَ مِن رَّحِيقٍ مَّخْتُومٍ . خِتَامُهُ مِسْكٌ ۚ وَفِي ذَٰلِكَ فَلْيَتَنَافَسِ الْمُتَنَافِسُونَ . وَمِزَاجُهُ مِن تَسْنِيمٍ . عَيْنًا يَشْرَبُ بِهَا الْمُقَرَّبُونَMaksudnya: “Sesungguhnya orang-orang yang berbakti (dengan taat dan amal kebajikan), tetap berada di dalam Syurga yang penuh nikmat: Mereka berehat di atas pelamin-pelamin (yang berhias), sambil melihat (segala keindahan dan kemuliaan yang disediakan untuk mereka di situ). Engkau dapat melihat pada muka mereka: Cahaya nikmat yang mereka perolehi. Mereka diberi minum dari satu minuman yang termeterai bekasnya, Meterainya kasturi; dan untuk (memperolehi nikmat kesenangan) itu hendaknya berlumba-lumba mereka yang ingin merebut kelebihan dan kesenangan; Dan campuran minuman itu adalah dari “Tasnim”: Iaitu mata air yang diminum daripadanya oleh orang-orang yang di dampingkan (Tuhan di sisiNya).”(Surah al-Muthaffifin, 83 : 22-28)
1. Dari Jabir radhiAllahu `anhu berkata bahawa Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam bersabda yang maksudnya:
“Ahli Syurga itu makan dan minum di dalam Syurga. Tetapi mereka tidak buang air besar, tidak buang hingus dan tidak kencing. Akan tetapi apa yang mereka makan di dalam Syurga itu menjadi sendawa seperti bau minyak kasturi. Mereka diilhamkan untuk bertasbih dan bertakbir sebagaimana mereka diilhamkan untuk bernafas.”(Diriwayatkan oleh Muslim)
2. Dari Abu Hurairah radhiAllahu `anhu berkata, Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam telah bersabda yang maksudnya:
“ALLAH Ta`ala berfirman: “AKU telah menyediakan buat hamba-hambaKU yang soleh sesuatu yang belum pernah terlihat oleh mata, belum pernah terdengar oleh telinga serta belum pernah terlintas di hati seseorang. Dan cubalah kamu baca: فَلَا تَعْلَمُ نَفْسٌ مَّا أُخْفِيَ لَهُم مِّن قُرَّةِ أَعْيُنٍ (Maka tidak ada seseorang pun yang mengetahui satu persatu persediaan yang telah dirahsiakan untuk mereka (dari segala jenis nikmat) yang amat indah dipandang dan mengembirakan) (Surah as-Sajdah, 32 : 17)”.”(Diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim)
3. Dari Abu Hurairah radhiAllahu `anhu berkata, Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam telah bersabda yang maksudnya:
“Rombongan pertama kali yang masuk Syurga itu bagaikan bulan pada malam purnama. Kemudian rombongan yang berikutnya bagaikan bintang yang paling cemerlang menerangi langit. Mereka tidak pernah kencing, buang air besar, meludah dan tidak pernah berhingus. Sisir mereka diperbuat dari emas. Keringat mereka berbau minyak kasturi. Kerikil mereka kayu cendana yang sangat harum. Isteri mereka bidadari yang cantik jelita. Bentuk tubuh mereka sama iaitu seperti bentuk tubuh ayah mereka Nabi Adam, tingginya enam puluh hasta.”(Diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim)Dalam riwayat al-Bukhari dan Muslim yang lain dikatakan:“Bejana mereka di dalam Syurga terbuat dari emas, keringat mereka berbau minyak kasturi. Masing-masing dari mereka mempunyai dua isteri yang dapat terlihat sumsum betisnya dari balik daging kerana sangat cantiknya. Di antara mereka tidak pernah terjadi pertengkaran mahu pun saling benci-membenci. Hati mereka seperti hati orang yang satu. Mereka senantiasa bertasbih kepada ALLAH baik pagi mahu pun petang.”
4.
Dari al-Mughirah bin Syu`bah radhiAllahu `anhu dari Rasulullah
sallAllahu `alaihi wa sallam, Baginda bersabda yang maksudnya:
“Nabi Musa sallAllahu `alaihi wa sallam bertanya kepada Tuhan: “Bagaimana serendah-rendah tingkatan ahli Syurga itu?”Tuhan menjawab: “Iaitu seseorang yang datang setelah ahli Syurga dimasukkan ke dalam Syurga, kemudian diperintahkan kepadanya: “Masuklah kamu ke dalam Syurga.” Ia berkata: “Wahai Tuhan, bagaimana saya harus masuk sedangkan manusia telah masuk pada masing-masing tempatnya dan telah mengambil bahagiannya?” Dikatakan kepadanya: “Puaskah kamu apabila disediakan bagimu seluas kerajaan seorang raja di dunia?” Ia menjawab: “Wahai Tuhan, saya puas.” Tuhan berfirman: “Bagimu seluas itu, dan sepadan dengan itu, dan sepadan dengan itu, dan sepadan dengan itu, dan sepadan dengan itu.” Sewaktu Tuhan berfirman untuk yang kelima kalinya, ia berkata: “Saya puas.” Tuhan berfirman: “Inilah bahagianmu dan sepuluh kali dari itu, serta segala apa yang diingini dan disenangi oleh nafsu dan matamu.” Ia berkata: “Wahai Tuhanku, saya puas.”Nabi Musa bertanya: “Wahai Tuhan, bagaimana setinggi-tinggi tingkatan ahli Syurga itu?”Tuhan berfirman: “Iaitu orang-orang yang telah AKU sediakan kehormatan mereka dengan tangan-KU dan kemudian AKU tutup, sehingga tidak terlihat oleh mata, tidak terdengar oleh telinga, dan tidak terlintas di hati manusia.”(Diriwayatkan oleh Muslim)
5. Dari Ibnu Mas`ud radhiAllahu `anhu berkata, Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam bersabda:
“Sesungguhnya aku mengetahui ahli Neraka yang terakhir keluar dari Neraka dan ahli Syurga yang terakhir masuk ke dalam Syurga, iaitu seseorang yang keluar dari Neraka dengan merangkak, kemudian ALLAH `Azza wa Jalla berfirman kepadanya: “Pergilah dan masuklah ke dalam Syurga.”Kemudian pergilah ia menuju Syurga dan ia membayangkan bahawa Syurga itu telah penuh. Maka ia kembali dan berkata: “Wahai Tuhan, saya berpandangan Syurga itu telah penuh.”ALLAH `Azza wa Jalla berfirman kepadanya: “Pergilah dan masuklah ke dalam Syurga kerana bahagianmu seluas dunia dan sepuluh kali ganda daripada dunia.”Kemudian ia berkata: “Apakah ENGKAU mengejek saya atau mentertawakan saya sedangkan ENGKAU adalah Maharaja?”Ibnu Mas`ud berkata: “Sungguh, saya melihat Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam tertawa sehingga nampak gigi-gigi gerahamnya, serta beliau bersabda: “Demikian itulah serendah-rendah tingkatan ahli Syurga.”(Diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim)
...Akan ditambah lagi senarainya di sini.
*Dipetik dari kitab Riyadhus Solihin susunan al-Imam an-Nawawi, rahimahullah.
HAYATI Ayat ini
Posted on Wednesday, May 08 @ 03:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh teori
Oleh: Dukunpasir
"KAMI TAK MARAH BILA KALAH......tapi Kami tak akan MENGALAH Jika MENANG diOlah Bukan untuk mempertikai sebab dah kalah...kalau nak sebut mempertikai Perdana menteri sendiripun mempertikai SOKONGAN kaum Cina pada BN...jadi tidaklah salah jika kita juga berkongsi pendapat AGAR politik kita jadi lebih matang,adil dan saksama.Inilah analisa penulis setelah membaca dari pelbagai sumber baik yang dalam mahupun yang tidak dalam.....HAMPIR SEHARIAN MEMECILKAN DIRI hingga si isteri penyokong setia BN +Editor Nur Camelia Huda pun sempat perli..." U nyorok kee"......Hahahaha
Telah diberitahu diawal ..SPR benarkan kita undi.....tapi MEREKA yang kira UNDI....itulah bezanya demokrasi negara kita dengan negara lain dan ianya lebih unik bila ada yang menyokong kuasa SPR ini.
Ini bermakna kalau rakyat menerima keputusan PRU 13, maka rakyat juga menerima undang undang ciptaan UMNO ini.Rakyat perlulah berfikir, bukan menyondolkan hidung untuk dicucuk oleh bidan kampung Tok Jib.Orang orang yang terpelajar nampaknya ramai sudah dicucuk hidung sehingga ada yang tidak lagi mampu berfikir sebaliknya menerima apa saja yang UMNO kata.
Maruah rakyat bukan berharga RM1000.00 atau RM2,000.00, jadi rakyat pada hemat saya tidak sesekali patut menerima keputusan PRU 13.Itu baru alasan mengenai warga asing yang diberi kerakyatan untuk menjadi pengundi tetap BN, saya tidak lagi sebut mengenai cara UMNO menerusi SPR menjadikan rakyat kelihatan seperti kambing kepanasan dengan dakwat kekal yang digunakan serta belum lagi kejadian kejadian magic black out semasa mengira undi serta bagaimana TV dipergunakan untuk melekakan rayat ketika pengumuman keputusan PRU 13.
Rakyat tidak harus menerima keputusan PRU 13 dan harus berfikir sekarang perlukan kita tunggu PRU 14 untuk menyaksikan UMNO dan SPR menipu rakyat lagi!
Posted on Wednesday, May 08 @ 03:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh teori
Oleh: Dukunpasir
"KAMI TAK MARAH BILA KALAH......tapi Kami tak akan MENGALAH Jika MENANG diOlah Bukan untuk mempertikai sebab dah kalah...kalau nak sebut mempertikai Perdana menteri sendiripun mempertikai SOKONGAN kaum Cina pada BN...jadi tidaklah salah jika kita juga berkongsi pendapat AGAR politik kita jadi lebih matang,adil dan saksama.Inilah analisa penulis setelah membaca dari pelbagai sumber baik yang dalam mahupun yang tidak dalam.....HAMPIR SEHARIAN MEMECILKAN DIRI hingga si isteri penyokong setia BN +Editor Nur Camelia Huda pun sempat perli..." U nyorok kee"......Hahahaha
Telah diberitahu diawal ..SPR benarkan kita undi.....tapi MEREKA yang kira UNDI....itulah bezanya demokrasi negara kita dengan negara lain dan ianya lebih unik bila ada yang menyokong kuasa SPR ini.
Juga
telah dimaklumkan bahawa BN mungkin menang DIATAS KUASA ...kuasa yang
akan menentukan kekuatan mereka untuk menang...kuasa untuk SPR, Polis,
Media...inilah kekuatan mereka yang menyebabkan mereka mampu MENCIPTA
kemenangan disaat akhir.
Jika
ada yang tidak bersetuju...lihat sendiri bukti bukti apa yang telah
berlaku sebelum ini...isu dakwat, iklan dan promosi dalam media..peranan
polis ....ini semua kita dapat lihat dengan mata,telinga dan juga
hidung kerana ianya sudahpun berlaku .
Jika
Bn menang berdasarkan kuasa, PR menang berdasarkan SUARA...kerana
suara YANG tidak kedengaran didalam media...suara yang senyap untuk
didengar SPR...suara yang menderita diugut pengamal undang
undang....tapi SUARA INI MAMPU JUA MENANG walau diikat kiri kanan,atas
dan bawah!!
Percaya
dan yakin...bahawa memerintah berdasarkan KUASA tidak akan kekal lama
kerana mereka tiada SUARA.....kerana Suara itu lah rakyat ...Tumbangnya
Indonesia...tumbangnya Mesir...semua itu disebabkan mereka MEMERINTAH
BERDASARKAN KUASA.....bukan suara.
Penulis
berbalik semula pada maksud ayat....SPR bagi kita undi..tapi mereka
yang kira undi....." . Penulis tak yakin dari awal SPR boleh jujur
kerana...
-Pengerusi SPR dilantik oleh Perdana Menteri....
-
Pengerusi SPR juga mendakwa dakwat kekal dan tidak mudah
ditanggalkan...tapi BUKTINYA TERNYATA satu pembohongan.....nah!! Kalau
dakwat pun dia boleh manipulasi apatah lagi KIRA undi??
Macam
mana pula ada tempat PR menang banyak kerusi?? Macam mana pula PR
masih mampu pertahan beberapa negeri kalau dikatakan SPR menipu??
Jawapannya
mudah saja...BIAR HILANG NEGERI DAN BEBERAPA kerusi asalkan MAMPU
BERDIRI .....Itulah cara pencuri yang bijak AGAR KESANNYA TIDAK DAPAT
DIJEJAK!.Kalau tidak takkan TRIBA TRIBA ADA KOTAK UNDI istimewa
sampai...triba triba LETRIK terpadam!!
Kalau
tidak tak kan kita DAPAT KEPUTUSAN PENUH PUKUL 3 PAGI?? Pada tahun
2004 ...keputusan paling lewat kita dapat pukul 9 malam....sebab apa??
Sebab waktu itu BN menang banyak kerusi...
Pada tahun 2008....keputusannya lewat hingga 12 malam...kerana apa? Kerana waktu itu berlaku Tsunami politik....PRU13 ?
Kalau mereka dakwa MANA ADA LETRIK TERPUTUS..kenapa pula TNB keluarkan notis ini??
MUSTAHIL
ZAMAN YANG MAKIN CANGGIH DENGAN SEGALA TEKNOLOGI INI PROSES PENGIRAAN
UNDI JADI MAKIN LAMBAT DAN LEMBAB?? Pengerusi SPR pun kantoi bila kata
keputusan kita akan dapat selewatnya 7 malam....jadi...tak mungkinkah
berlaku apa yang penulis sebut tadi SPR tentukan UNDI?
Macam
manapun.....kita kena terima ketentuan Allah! Mungkin ada sebabnya
Allah membenarkan PERMAINAN mereka dalam PRU13 hingga kita kalah disaat
akhir...mungkin jika kita menang..banyak darah rakyat akan mengalir
malam itu...mungkin Allah nak beri kita peluang dan ruang untuk baiki
kelemahan diri.......mungkin Allah nak beri KITA PETUNJUK ...Ada sesuatu
disebalik semua ini YANG PERLU KITA BONGKAR DAN SEBARKAN
Jika nak dikira secara adil....sebenarnya PR menang cara BERMARUAH kerana kita BERANI MELAWAN tanpa SENJATA selain di ikat!!
.....HAYATI VIDEO INI ....!
Rumusan PRU13- Antara Penggunaan Lambang dan Dakwat Kekal
Posted on Wednesday, May 08 @ 02:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh teori
Oleh: sifuyus
" Kekecewaan bagi suatu kekalahan adalah sesuatu yang amat perit untuk kita terima. Di sebalik episod kelukaan dikatakan berpunca dengan mainan kotor sang penguasa, kita juga perlu merenung sebab-sebab lain kekalahan ini:Berdasarkan pemerhatian saya terdapat 2 perkara yang perlu diatasi bagi membantu memantapkan lagi perjuangan Pakatan Rakyat ke Putrajaya
Posted on Wednesday, May 08 @ 02:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh teori
Oleh: sifuyus
" Kekecewaan bagi suatu kekalahan adalah sesuatu yang amat perit untuk kita terima. Di sebalik episod kelukaan dikatakan berpunca dengan mainan kotor sang penguasa, kita juga perlu merenung sebab-sebab lain kekalahan ini:Berdasarkan pemerhatian saya terdapat 2 perkara yang perlu diatasi bagi membantu memantapkan lagi perjuangan Pakatan Rakyat ke Putrajaya
1. Penggunaan Satu Lambang-
Tanpa
kita sedari kegagalan kita untuk mendapatkan kelulusan dari pihak ROS
bagi penggunaan satu logo di dalam PRU yang lalu memberikan kesan yang
bukan sedikit. Umum menyedari bahawa Sang Penguasa sentiasa memainkan
isu perkauman dan agama sebagai modal untuk meraih undi. Dengan
membiarkan Pakatan Rakyat menggunakan lambang parti masing-masing telah
menyebabkan rakyat yang sentiasa dimomok-momokkan dengan isu-isu
tersebut oleh media-media seperti Utusan, RTM dan TV3 mudah tersentuh
dengan isu-isu yang dimainkan. Maka para pengundi Melayu mula menyakini
bahawa DAP anti Melayu, orang Cina menyakini hudud akan dikenakan kepada
semua orang dan pemimpin PKR terdiri daripada golongan tidak bermoral.
Maka dengan melihat kepada lambang Roket dan Bulan, maka mudahlah ia
dimanipulasi hinggakan pada suatu ketika apabila DAP cuba diharamkan
pada minit-minit akhir sebelum penamaan calon, Calon-calon DAP terpaksa
menggunakan lambang PAS dan PKR. Ini belum lagi kes pencalonan bertindih
yang antara lain menyumbang kepada hilangnya beberapa kerusi yang
seharusnya menjadi milik Pakatan Rakyat seperti di Dun Sg. Acheh dan
Parlimen Kota Damansara Hal ini mungkin dapat diselesaikan jika lambang
yang digunakan adalah sama.
Hal ini tidak berlaku
pada BN, walaupun yang bertanding itu MCA yang diwakili oleh orang Cina
pernah menghina Islam dan hudud, orang UMNO yang diwakili oleh orang
Melayu yang pernah menghina kaum Cina dalam isu 13 Mei dan Anti Melayu,
Mereka dilindungi oleh lambang parti mereka iaitu Simbol Dacing. Keadaan
ini memudahkan mereka menjalankan perang saraf dan keadaan itu kita
boleh lihat apabila DAP menang besar di kawasan-kawasan yang
ditandinginya, bercemperalah seluruh alam menyatakan orang Cina sudah
tidak mengenang budi kerajaan.Walhal DAP hanya bertanding di
kawasan-kawasan majoriti Cina yang rata-rata menentang calon MCA dan
Gerakan.Hal ini tidak pula menjadi buah mulut apabila tanpa masyarakat
sedari, calon-calon Melayu yang mewakili PAS dan PKR juga turut tewas
ditangan calon bukan Melayu di beberapa kawasan majoriti Melayu di
Johor,Begitu juga sekiranya ada ahli parti yang tidak bersetuju dengan
pemilihan calon untuk bertanding di satu-satu kawasan
pilihanraya,sebagaimana yang berlaku pada Naib Ketua Wanita UMNO, Puan
Kamalia di mana mereka tidak punya pilihan kecuali bertanding sebagai
calon bebas. Maka undi kepada BN tidak terpecah dua Maka hal ini perlu
diperjuangkan semula.
2. Isu penggunaan dakwat Kekal
Dari
maklumat-maklumat yang diperoleh, punca undi rosak di kebanyakan tempat
mengundi ialah berpunca dari dakwat itu sendiri. Ini berpunca apabila
dakwat yang melekat pada kertas undi tersebut. Pakatan rakyat perlu
memperjuangkan agar kaedah penggunaan dakwat kekal itu diubah iaitu
dicelup selepas pengundian dibuat. Ini dapat membantu mengelakkan
berlakunya undi rosak. Selain itu dari sumber maklumat dari
pengundi-pengundi di Saluran 1 juga dikatakan menggunakan dakwat dijari
tersebut sebagai alat untuk memangkah undi. Hal ini sangat dikesali dan
ia amat perlu diperbetulkan kembali serta dijelaskan oleh pihak Pakatan
Rakyat kepada pihak SPR untuk tujuan penambahbaikan.
Setelah menipu, hendak rakyat terima keputasan.
Posted on Wednesday, May 08 @ 02:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh teori
Oleh: notan
"Assalamualaikum
Najib tergesa gesa mengangkat sumpah petang semalam dan ditabalkan sebagai PM yang sah di kacamatanya tetapi belum tentu di kacamata sebahagian besar rakyat.Hakikat yang tercacat dalam statistik pilihanraya yang menunjukkan sokongan rakyat kepada UMNO dan PM kurang dari 50% menunjukkan PM dan UMNO sebenarnya tidak mendapat sokongan majoriti rakyat.Tetapi selepas disahkan menang, Najib mahu rakyat menerima keputusan PRU 13, satu permintaan memperbodahkan rakyat kerana kalau rakyat terima keputusan ini bermakna rakyat menerima semua penipuan yang dilakukan Najib menerusi SPR, JPN dan lain lain agensi kerajaan sepanjang proses pengundian.
Menerima keputusan PRU 13 bermakna rakyat menerima undi dari warga Bangla, Nepal, Burma, Indon, India, Pakistan dll, undi yang menyumbang antara 1-2% undi kepada BN dan dengan sumbangan ini sudah mampu membantu BN memperolehi banyak kerusi parlimen.Mungkin bagi setengah orang 1-2% itu kecil tetapi cuba semak keputusan, berapa banyak kerusi yang dimenangi BN dengan majoriti dibawah 2% jumlah pengundi yang mengundi?
Tetapi isunya ialah hak
mengundi yang ditetapkan oleh perlembagaan untuk warga negara Malaysia
yang sah.UMNO dengan undang undang yang mereka buat sendiri, bukan
undang undang yang diluluskan Parlimen telah membawa masuk ramai warga
asing untuk dijadikan warga negara segera atau express kemudian
didaftarkan sebagai pengundi.Dengan adanya IC UMNO menerusi SPR mendakwa
mereka ini ialah warga negara yang sah.Di antara syarat yang disebut
oleh undang undang ciptaan UMNO ialah setiap warga asing yang hendak
menjadi warga negara Malaysia mesti mengundi BN, atau dacing sehingga
mereka diminta bersumpah atau membuat akujanji tentang syarat ini.Posted on Wednesday, May 08 @ 02:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh teori
Oleh: notan
"Assalamualaikum
Najib tergesa gesa mengangkat sumpah petang semalam dan ditabalkan sebagai PM yang sah di kacamatanya tetapi belum tentu di kacamata sebahagian besar rakyat.Hakikat yang tercacat dalam statistik pilihanraya yang menunjukkan sokongan rakyat kepada UMNO dan PM kurang dari 50% menunjukkan PM dan UMNO sebenarnya tidak mendapat sokongan majoriti rakyat.Tetapi selepas disahkan menang, Najib mahu rakyat menerima keputusan PRU 13, satu permintaan memperbodahkan rakyat kerana kalau rakyat terima keputusan ini bermakna rakyat menerima semua penipuan yang dilakukan Najib menerusi SPR, JPN dan lain lain agensi kerajaan sepanjang proses pengundian.
Menerima keputusan PRU 13 bermakna rakyat menerima undi dari warga Bangla, Nepal, Burma, Indon, India, Pakistan dll, undi yang menyumbang antara 1-2% undi kepada BN dan dengan sumbangan ini sudah mampu membantu BN memperolehi banyak kerusi parlimen.Mungkin bagi setengah orang 1-2% itu kecil tetapi cuba semak keputusan, berapa banyak kerusi yang dimenangi BN dengan majoriti dibawah 2% jumlah pengundi yang mengundi?
Ini bermakna kalau rakyat menerima keputusan PRU 13, maka rakyat juga menerima undang undang ciptaan UMNO ini.Rakyat perlulah berfikir, bukan menyondolkan hidung untuk dicucuk oleh bidan kampung Tok Jib.Orang orang yang terpelajar nampaknya ramai sudah dicucuk hidung sehingga ada yang tidak lagi mampu berfikir sebaliknya menerima apa saja yang UMNO kata.
Maruah rakyat bukan berharga RM1000.00 atau RM2,000.00, jadi rakyat pada hemat saya tidak sesekali patut menerima keputusan PRU 13.Itu baru alasan mengenai warga asing yang diberi kerakyatan untuk menjadi pengundi tetap BN, saya tidak lagi sebut mengenai cara UMNO menerusi SPR menjadikan rakyat kelihatan seperti kambing kepanasan dengan dakwat kekal yang digunakan serta belum lagi kejadian kejadian magic black out semasa mengira undi serta bagaimana TV dipergunakan untuk melekakan rayat ketika pengumuman keputusan PRU 13.
Rakyat tidak harus menerima keputusan PRU 13 dan harus berfikir sekarang perlukan kita tunggu PRU 14 untuk menyaksikan UMNO dan SPR menipu rakyat lagi!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan