HATI JADI MATI JIKA 40 HARI TIDAK MENUNTUT ILMU ISLAM DAN 3 HARI HATI JADI SAKIT...KERANA IA MAKANAN HATI...HEBAH2KAN GAN KAWAN2 BLOG NI..TK KERANA SERING MELAYARI BLOG INI. رَبِّيْ اشْرَحْ لِيْ صَدْرِيْ وَيَسِّرْ لِيْ أَمْرِيْ
Tuhanku (Allah) lapangkanlah dadaku dan permudahkanlah urusanku.. amin...سُبْحَانَ اللهِ، وَالْحَمْدُ للهِ وَلاَ اِلٰهَ اِلاَّ اللهُ وَاللهُ اَكْبَرُلاحول ولا قوّة إلاّ باللّه العظيم....
وَالـــــسَّلاَمُ عَلَيْكُـــمْ وَرَحْمَـــة ُاللهِ وَبَرَكَاتُـــهُ
Ahad, 14 Disember 2014
TUTUP DADA DAN PUNGGUNG SERTA BENTUK BADAN/POTONGAN NI WAJIB....SEGALA2 DALAM KEKUASAAN ALLAH SWT...HARGANYA MAHAL TAPI BAHAYA DARI SEGI KESELAMATAN
Pemandu ambulans maut, lapan cedera
13 Disember 2014
Seorang
pemandu ambulan maut dalam kemalangan jalan raya di KM404 Lebuhraya
Utara Selatan di Kuala Kubu Bharu hari ini. Kemalangan ini melibatkan
dua buah kenderaan iaitu sebuah kereta Innova dengan sebuah ambulan.
Dua jururawat perempuan cedera dan seorang pembantu jururawat lelaki
cedera parah.- Foto Bernama
KUALA LUMPUR - Seorang pemandu ambulans maut manakala lapan lagi cedera
dalam kemalangan melibatkan ambulans Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan
sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di KM404 Lebuhraya Utara Selatan
antara Tanjung Malim dan Lembah Beringin hari ini.
Pemangku Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor DSP Zulkifli Bedin
berkata turut cedera dalam kemalangan kira-kira 4 petang itu ialah tiga
budak perempuan yang menaiki MPV berkenaan.
Beliau berkata lima orang menaiki MPV itu manakala ambulans HKL dinaiki empat orang termasuk pemandu kedua dan dua jururawat.
"Ambulans dan MPV itu berlanggar semasa hujan lebat menyebabkan
kedua-dua kenderaan itu terbabas lalu terbalik ke bahagian kiri jalan.
"Kemalangan itu menyebabkan pemandu ambulans maut di tempat kejadian,
seorang jururawat cedera parah pada bahagian paru-paru manakala pemandu
kedua dan seorang lagi jururawat cedera ringan," katanya ketika
dihubungi Bernama di sini, malam ini.
Pemandu yang maut ialah Safar Ibrahim, 57, jururawat yang parah ialah
Rabaitul Adawayah Samsudin, 24, manakala yang cedera ringan ialah Mohd
Rudin Ahmad, 50, dan Normanan Farida Makhtar, 28.
Sementara itu, kesemua mangsa yang menaiki MPV itu cedera ringan iaitu
pemandu Kok Chin Wei, 37, dan rakannya Lum Yoke Moi, 37, serta tiga
budak perempuan iaitu Chauyuet Jing, 14, Chauyaet Thong, 11, Chauyet
Wen, 8, katanya.
Zulkifli berkata ambulans itu dalam perjalanan dari Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh menuju ke HKL.
Pemandu yang maut dibawa ke HKL manakala mangsa yang cedera dirawat di Hospital Sungai Buloh.
Kes itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - Bernama
KOTA BHARU - Seorang guru Sekolah Menengah Kebangsaan Ketereh, maut
selepas motosikal berkuasa besar yang ditunggangnya dirempuh pacuan
empat roda jenis Toyota Hilux di sini, petang kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, mangsa Khairul Zaimi
Zakaria, 42, terpelanting sehingga menyebabkan mangsa mengalami
kecederaan parah di kepala. Manakala pemandu Toyota Hilux berkenaan
mengalami kecederaan ringan akibat pelanggaran itu.
Dipercayai mangsa dalam perjalanan dari Pasir Hor ke Rantau Panjang menyertai konvoi bermotosikal bersama beberapa rakannya.
Apabila sampai di lampu isyarat berhampiran Perodua Tunjung, mangsa
yang berada di hadapan sekali dari konvoi itu memberhentikan motosikal
selepas isyarat lampu merah.
Ketika lampu bertukar hijau, secara tiba-tiba muncul sebuah Toyota
Hilux dari arah Kuala Krai Ke Kota Bharu lalu melanggar mangsa yang
kebetulan berada di bahagian hadapan dan mangsa gagal mengelak.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Rohaimi Md Isa ketika
dihubungi, mengesahkan menerima laporan kejadian dan menurutnya
kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II untuk
rawatan susulan.
“Penunggang motosikal itu disahkan meninggal dunia pada jam 5.45 petang
akibat pendarahan teruk di kepala dan mayatnya dihantar ke unit
forensik HRPZ II untuk bedah siasat sebelum dituntut keluarga untuk
urusan pengebumian.
“Kes disiasat di bawah seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ)
1987. Siasatan terhadap kes ini masih diteruskan dan meminta jika orang
ramai melihat kejadian itu boleh laporkan kepada Ibu Pejabat Polis
Daerah (IPD) Kota Bharu untuk tindakan lanjut,” katanya.
SHAH ALAM - Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan, Datuk Paduka
Khairuddin Abu Hassan tidak akan berganjak dengan keputusannya yang mahu
pihak berkuasa menyiasat 1Malaysia Development Bhd (1MDB).
Khairuddin berkata, beliau tetap dengan keputusannya dan tidak akan menarik semula laporan polis dibuat kelmarin.
"Saya dihubungi pimpinan Umno negeri (Pulau Pinang) yang mahu saya
menarik semula laporan itu kerana dikatakan tindakan saya seolah-olah
menikam Umno dari belakang.
"Saya juga sudah dipanggil oleh (Setiausaha Agung Umno Datuk Seri)
Tengku Adnan (Tengku Mansor) ke rumahnya tengah hari tadi (semalam).
Dalam perbincangan hampir sejam itu, kami berbual panjang mengenai isu
1MDB ini. Beliau ada nasihatkan saya menarik semula laporan itu, tapi,
saya tegaskan perkara ini tidak akan berlaku walaupun mereka ini
sahabat- sahabat saya," katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Beliau berkata, laporan polis yang dibuat bukan ditujukan kepada Umno sebaliknya mahu polis menyiasat syarikat itu.
"Saya nyatakan kepada beliau, perkara ini (ketirisan) sudah lama berlaku. Saya hanyalah generasi ketiga yang memperjuangkannya.
Sebelum ini bekas menteri kewangan ada bertanyakan 1MDB. Dulu Tun Dr
Mahathir Mohamad, Tun Daim Zainuddin dan Ketua Pembangkang (Datuk Seri
Anwar Ibrahim) juga mahu tahu mengenai urusan perniagaan mereka, tetapi
tiada tindakan daripada 1MDB untuk ambil langkah proaktif untuk tampil
membuat penerangan sejelas-jelasnya.
"Mereka berdiam diri dan apabila menerima tuduhan daripada PR, tiada jawapan balas dan tidak menafikan perkara tersebut.
Jadi, apa cara paling baik untuk selesaikan masalah ini?
Jadi, kita serahkan segala-galanya kepada pihak berkuasa untuk menyiasat," katanya.
Jelasnya, tiada sebab beliau menarik semula laporan itu memandangkan tiada laporan yang dibuat tentang Umno.
"Saya tidak sentuh syarikat Umno, Presiden Umno atau menteri kewangan
tetapi mahu polis siasat secara telus dan menyeluruh aktiviti
pentadbiran dan urus niaga dana dan kewangan 1MDB.
Laporan itu tidak ada kena mengena dengan Umno. Ini bukan soal saya
tikam belakang Umno, tetapi ini saya mahu menegakkan kebenaran.
Apa juga keputusan yang akan diperolehi, kita perlu menerimanya dengan hati terbuka.
"Pengurusan 1MDB pun sudah menyatakan tidak gentar dan yakin mereka tidak bersalah, jadi apa perlu saya menarik semula?
Apa yang jadi keutamaan saya adalah kerisauan rakyat terhadap 1MDB.
Apabila saya pulang ke kampung, mereka di kedai kopi pun bercakap
mengenai 1MDB. Rakyat risau mengenai hutang yang begitu banyak,
transaksi pembelian berbilion ringgit ke luar negara, pelaburan,
pembelian aset yang tinggi berbanding harga di pasaran dan macam-macam
lagi," katanya.
Katanya, jika perkara ini (bankrap) berlaku, bukan hanya kerajaan menanggung beban tetapi rakyat juga akan terkesan.
"Perkara inilah saya terangkan kepada beliau (Tengku Adnan). Saya juga
katakan, tindakan saya ini, antara lain, dapat mengembalikan imej Umno
yang selama ini tidak baik di mata rakyat. Saya dapat banyak reaksi
berhubung hal ini.
Rata-rata menyokong tindakan saya dan berharap Umno akan terus bersih daripada rasuah dan perkara-perkara negatif.
"Mereka ucapkan syabas kepada saya kerana keberanian yang ditunjukkan
ini. Saya bukan nak nama. Perjuangan saya ikhlas demi melihat Umno
kembali menjadi kepercayaan rakyat. Umno masih menjadi pilihan rakyat
termasuk mahasiswa, tetapi kerana sikap segelintir pemimpin membuatkan
rakyat menjadi marah," katanya.
Sedia letak jawatan, tiada penglibatan pemimpin besar Khairuddin
berkata, beliau akan letak jawatan Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan
jika pimpinan tertinggi parti itu merasakan ia sebagai bebanan dan
mencalarkan imej Umno.
"Dengan jawatan dan kedudukan ini akan memberikan imej tidak baik pada
Umno, berkemungkinan saya akan meletak jawatan jika ia dilihat sebagai
penghalang. Biar saya solat istikharah dahulu. Apakah petunjuknya, saya
terima dengan lapang dada. Jawatan hanya di dunia. Saya mahu perjuangkan
perkara yang benar.
"Saya mahu pimpinan parti bebas dari unsur rasuah, tidak jujur dan
semua perkara tidak baik. Saya mahu Umno terus disayangi dan diterima
dengan bersandarkan perjuangan parti dan pemimpin jujur," katanya.
Ditanya mengenai dakwaan ada pemimpin besar di belakangnya, Khairuddin
berkata, beliau tidak dipengaruhi mana-mana pemimpin besar parti.
"Saya dengar keluh kesah rakyat. Saya mahu yang salah diperbetulkan. Itu sahaja," katanya.
"Bukan sembarangan nama dikaitkan, contohnya masa laporan dibuat,
adalah serentak dengan mesyuarat Kabinet yang bincangkan mengenai 1MDB.
Ia kebetulan sahaja," katanya. Untuk capai status negara cemerlang,
katanya, rasuah perlu dihapuskan kerana ia akan merosakkan agama, bangsa
dan tanah air.
Hijab Harus Tutupi Dada dan Leher
Written By canang on Jumaat, 12 Disember 2014 | 12/12/2014 11:59:00 PTG
HIJAB
sudah menjadi tren dikalangan muslim saat ini. Tidak seperti dahulu
minim mode, sekarang sudah banyak macam model hijab yang trend
dikalangan muslimah. Namun bagaimana hijab pada zaman Rasulullah?
Dalam perspektif sejarah, hijab bermakna pakaian wanita, sebelum
kedatangan Islam dan agama-agama lainnya terdapat dalam berbagai ragam
bentuk dan Islam membatasi ruang lingkupnya.
Pakaian wanita pada masa Nabi SAW adalah pakaian yang umum dikenakan dan
digunakan pada masa tersebut, artinya kaum perempuan menutupi badan
mereka dan membungkus kepalanya dengan kerudung. Akan tetapi sebagian
telinga, leher dan bagian dadanya kelihatan kemudian turun ayat yang
memerintahkan Rasulullah SAW untuk menutup yang sebagian itu sehingga
keindahan mereka tidak nampak dan terlihat.
Keharusan dan kewajiban menutup aurat bagi kaum perempuan di hadapan
kaum pria asing (bukan mahramnya) merupakan salah satu masalah penting
dalam Islam. Dalam al-Qur’an disebutkan bahwa hijab dimaksudkan untuk
kesempurnaan, kemajuan perempuan dan juga untuk menciptakan suasana yang
sehat dalam lingkungan keluarga dan masyarakat karena itu hijab wajib
bagi kaum perempuan. Menurut catatan sejarah, hijab yang bermakna
pakaian wanita, sebelum Islam di dunia dan pada agama-agama lainnya
digunakan dalam ragam bentuk. Dan hal ini bukan merupakan hukum ta’sisi;
artinya Islam tidak menciptakan hijab ini, melainkan menerimanya.
Sebagaimana hal tersebut dapat disimpulkan pada masa Rasulullah Saw,
Islam memperluas batasannya dan mengokohkannya.
Di Iran, masa sebelum kedatangan Islam, juga di kalangan kaum Yahudi, di
India, terdapat penerapan hijab-hijab secara ketat. Pada masa Iran
kuno, bahkan ayah-ayah dan saudara-saudara (sendiri) adalah non-mahram
bagi wanita yang bersuami.
Karena itu, menurut catatan sejarah disebutkan bahwa para wanita pada
masa Rasulullah SAW mengenakan hijab, akan tetapi bukan hijab sempurna.
Para wanita Arab biasanya memakai busana-busana sehingga bagian depan
baju (kerah), lingkaran leher, dada terlihat.
Kerudung yang dikenakan adalah untuk menutup kepala, bagian-bagian
bawahnya diturunkan hingga menjulur ke bagian belakang punggung, wajar
kalau kedua telinga, bagian depan dada, dan leher terlihat oleh
orang-orang. Kesimpulannya pakaian kaum perempuan pada masa Rasulullah
SAW bentuknya seluruh badan mereka tertutup, demikian juga kerudung yang
mereka gunakan untuk menutup kepala, akan tetapi sebagian dari bagian
dada, lehernya, dan tempat-tempat yang menawarkan keindahan dan
mempesona syahwat kaum pria terbuka.
Imam Shadiq As bersabda: “Suatu hari yang terik Madinah, seorang wanita
cantik melintas. Ia mengenakan kerudung untuk menutup bagian
belakangnya, (namun) lingkaran leher dan kedua telinganya kelihatan.
Salah seorang sahabat Rasulullah berpapasan dengannya. Pemandangan indah
yang hadir di hadapannya ini sangat menarik perhatiannya. Sedemikian ia
terpesona menatap wanita cantik tersebut sehingga ia lalai dengan
kondisi di sekelilingnya dan tidak memperhatikan jalan di hadapannya.
Wanita cantik tersebut masuk sebuah lorong dan pemuda itu menguntitnya
dengan pandangannya. Tiba-tiba ada tulang atau kaca mengenai dan melukai
wajahnya. Tatkala ia sadar, darah telah meleleh dari wajah dan
kepalanya. Dengan kondisi seperti itu, ia menghadap kepada Rasulullah
dan menceritakan kejadian ini.
Di sinilah ayat tentang hijab diturunkan,”Katakanlah kepada kaum wanita
yang beriman, “Hendaklah mereka menahan pandangan dan memelihara
kemaluan mereka, dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka,
kecuali yang (biasa) nampak darinya. Dan hendaklah mereka menutupkan
kain kudung ke dada (supaya dada dan leher mereka tertutupi), dan
janganlah menampakkan perhiasan mereka, kecuali kepada suami mereka,
ayah mereka, ayah suami mereka, putra-putra mereka, putra-putra suami
mereka, saudara-saudara laki-laki mereka, putra-putra saudara laki-laki
mereka, putra-putra saudara perempuan mereka, wanita-wanita seagama
mereka, budak-budak yang mereka miliki, laki-laki kurang akal yang ikut
bersama mereka dan tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita), atau
anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan pada saat
berjalan, janganlah mereka memukulkan kaki mereka agar diketahui
perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertobatlah kamu sekalian kepada
Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.” (Qs. Al-Nur
[24]:31)
Jelas bahwa ayat ini berkedudukan untuk menjelaskan keluasan batasan
pakaian dan hijab karena bagian-bagian lain badan ditutupi dengan
jubah-jubah yang umum dikenakan orang pada saat itu dan hanya
bagian-bagian dada dan leher yang terbuka. Maka setelah turun ayat
tersebut wanita hendaknya memakai hijab yang mampu menutup bagian leher
dan dada yang terbuka tadi. [fha/islampos/islamquest]
Selama 4 Tahun, 409 Tentara Israel Tewas Bunuh Diri
SEORANG tentara Israel dilaporkan telah tewas bunuh diri dengan
menembakan pistol ke kepalanya, di kawasan Jilo, Bet Shafafa, al Quds
Selatan.
Menurut laporan media Bintang David Merah, pada Sabtu (13/12/2014)
tentara yang bunuh diri Ini berusia 20 tahun. Ia langsung tewas di
tempat, pasca meletuskan senjata di kepalanya, namun belum ada informasi
rinci mengenai kasus ini.
Laporan sebelumnya dari kementerian kesehatan Israel menyebutkan
bahwa pada rentang tahun 2011-2014, terdapat 409 kasus bunuh diri di
kalangan militer atau 120 kasus setiap tahunnya. Selain Itu upaya
percobaan bunuh diri yang dilakukan 600 tentara namun berhasil
digagalkan. [sm/islampos/pic]
FAKTA SEBENARNYA TRAGEDI 11 SEPTEMBER 2001 (WTC) Tragedi serangan WTC 11 September 2001Terbongkar..
Written By canang on Sabtu, 13 Disember 2014 | 12/13/2014 09:25:00 PTG
FAKTA
SEBENARNYA TRAGEDI 11 SEPTEMBER 2001 (WTC) Tragedi serangan WTC 11
September 2001 adalah Fitnah Terbesar yang di tujukan kepada umat
Islam.. KarenaFitnah
tersebut telah mengakibatkan penderitaan yang LUAR BIASA BESAR terhadap
umat Islam di seluruh dunia : Fitnah tersebut telah mengakibatkan
korban : • Lebih dari 1 Juta Umat Islam Irak MENINGGAL DUNIA di tangan
tentara Salibis Amerika.. • Ratusan ribu Umat Islam di Afganistan
MENINGGAL DUNIA ditangan tentara Salibis Amerika, dkk.. • Ratusan Umat
Islam di tawan di Penjara Guantanamo dan Penjara Rahasia lainnya tanpa
di ketahui kesalahannya apa.. • Ribuan umat Islam di seluruh dunia
MENINGGAL DUNIA akibat kampanye PERANG MELAWAN TERORIS yang di
kumandangkan oleh Amerika, dan sekutu-sekutunya.. • Kejahatan Amerika
kepada Umat Islam masih terus berlangsung sampai sekarang ! Amerika
menuduh, umat Islam (Osama Bin Laden, Al Qaidah) sebagai pelaku serangan
teroris terhadap WTC dan Pentagon.. Tapi akhirnya kebohongan (Fitnah)
Amerika mulai terkuak… Berdasarkan Penelitian yang dilakukan PARA AHLI
di seluruh dunia memberikan FAKTA bahwa BUKAN UMAT ISLAM PELAKUNYA… Tapi
Amerika sendiri yang melakukan tindakan terorisme tersebut.. Berikut
adalah FAKTA SESUNGGUHNYA TRAGEDI 11 SEPTEMBER 2001 (FULL VIDEO
INVESTIGASI PARA PAKAR DUNIA) :http://duniamuallaf.blogspot.com/2013/10/fakta-sebenarnya-tragedi-11-september.html#moreSemoga KEZALIMAN Amerika terhadap Umat Islam mendapatkan balasan yang setimpal dari Allah SWT..
Hudud di Aceh: Siapa kata tiada paksaan beragama?
Nomy Nozwir
Published: 13 December 2014
Seorang
gadis memakai seluar jeans, dicat seluarnya dengan spray berwarna merah
oleh seorang polis moral kerana melanggar kod etika pemakaian yang
dibenarkan di Aceh. Beberapa bulan lalu, Dewan Perwakilan
Rakyat Aceh meluluskan undang-undang hudud untuk dilaksanakan di
provinsi autonomi itu, di mana ia merangkumi seluruh penduduk di wilayah
tersebut, tidak kira sama ada penganut beragama Islam atau tidak.
Semenjak ia dijadikan undang-undang, ramai yang menjadi mangsa polis
moral yang berkuasa untuk menjatuhkan hukum di provinsi itu.
Sebagai contoh, seorang gadis memakai seluar jeans, dicat seluarnya
dengan spray berwarna merah oleh seorang polis moral kerana melanggar
kod etika pemakaian yang dibenarkan.
Terdapat sesetengah golongan sangat menyokong undang-undang ini
mengatakan dengan cara ini dapat membendung gejala moral daripada
berleluasa.
Tetapi, golongan polis moral ini seolah-olah bermaharajalela
melaksanakan hukuman seolah-olah undang-undang berada di tangan mereka.
Saya pernah membaca beberapa buah buku agama mengenai hudud,
terutamanya tentang kesesuaian hukuman tersebut dilaksanakan dalam zaman
pasca moden ini.
Saya tertarik dengan kenyataan mufti Mesir, yang mengatakan masyarakat
sekarang ini masih belum lagi bersedia melaksanakan hukum ini.
Dalam memperkatakan perlaksanaan hudud, satu perkara asas mesti
dimaklumi semua pihak iaitu, syariat Islam meletakkan beberapa syarat
yang perlu ada sebelum sesebuah negara melaksanakan hudud.
Justeru, apabila dikatakan ‘suasana semasa tidak kondusif bagi
perlaksanaan hudud’, ia bermakna syarat-syarat perlaksanaan hudud itu
belum mencukupi. Masih ramai mangsa saksi palsu, serta penguatkuasa
undang-undang pun sendiri belum tentu faham dengan undang-undang yang
dilaksanakan itu.
Dan bagaimana pula dengan yang bukan beragama Islam? Kenapa mereka juga
perlu patuh dengan undang-undang berlandaskan agama yang bukan mereka
anuti? Apakah ini satu pemaksaan dalam beragama juga?
Dalam hal menghukum ini, selalu yang menjadi mangsa ialah golongan
wanita. Tak pakai tudung, terus kena hukum. Pakai ketat sedikit, terus
kena hukum.
Dan apabila berlakunya jenayah seperti rogol dan zina, selalu yang dipersalahkan ialah wanita.
Kenapa para agamawan ini sering melihat aurat wanita daripada rambut
hingga ke hujung kaki ini sebagai punca jenayah rogol, dan bukan lelaki
sendiri yang gagal mengawal syahwat mereka sendiri?
Sebab kebanyakan para agamawan ini lelaki. Justeru, apabila mereka
memiliki kuasa, mereka akan gunakan untuk terus menindas kaum Hawa.
Dalam erti kata lain, "power corrupts". Mereka ini jika tidak mempunyai
kuasa, mungkin menjadi ulama yang baik, tapi apabila memiliki kuasa,
mereka sendiri mahu jadi Tuhan.
Jadi, siapa kata tiada paksaan dalam beragama, apabila orang-orang
agamawan ini diberi kuasa melaksanakan undang-undang Tuhan, dan mereka
sendiri mahu jadi Tuhan? – 13 Disember, 2014.
Najib kaki ponteng, hanya 26 hari ke Parlimen sejak jadi PM
12 Disember 2014
GEORGE TOWN, 12 DIS: Rekod buruk kehadiran Datuk Seri Najib
Razak ke Parlimen mengesahkan kegagalannya sebagai Perdana Menteri,
kata Ahli Parlimen Batu Kawan Kasthuri Patto.
Ujar Kashturi, sejak 2009 hingga April 2014, Najib hanya hadir kira-kira 26 hari ke Parlimen.
“Rekod ini jauh lebih rendah berbanding Perdana Menteri
Britain yang hadir ke Parlimen setiap Rabu selama 30 minit untuk
menjawab enam soalan,” katanya dalam satu kenyataan.
Menurut Kasthuri, Najib tidak menunjukkan usaha untuk
membuat kehadirannya dirasai di Parlimen dengan mengambil bahagian dalam
perbahasan dan mendengar isu-isu semasa dibangkitkan Ahli-ahli
Parlimen.
“Najib menghabiskan 14 minit di Parlimen berucap tentang
tragedi kehilangan MH370 dan keluar sebaik Ketua Parlimen DAP Lim Kit
Siang bangun memulakan debat.
“Pada 23 Julai lalu, ketika sidang khas berikutan tragedi
pesawat MH17, Najib hanya hadir 35 minit sebelum meninggalkan Parlimen
sebaik Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bangun.
“Selepas lebih dua jam membentangkan Belanjawan 2015 pada
10 Oktober, dia terus keluar tanpa memerhati prosiding Parlimen
terutamanya perbahasan yang berlangsung sehingga 27 November,” tegas
Kasthuri.
Timbalan Pengerusi Wanita DAP Pulau Pinang turut
mempersoalkan tindakan Najib meletakkan jawapan kepada Menteri dan
Timbalan Menteri Kabinet.
“Jika seorang menteri kabinet yang pakar dalam bidang
tertentu boleh ‘ambil nota’ terhadap cadangan dan pindaan, mungkinkah
pada masa akan datang mereka boleh bergilir-gilir membacakan teks
perbahasan Belanjawan, bukannya Najib lagi?
“Jadi masih layakkah Najib yang langsung tidak mempunyai
niat untuk hadir ke Parlimen mendengar masalah berbangkit diberi peluang
tiga tahun lagi?
“Undang-undang diluluskan di sidang Dewan Rakyat akan
memberi kesan kepada semua, malangnya Najib pula sentiasa hilang,” kata
Kasthuri. -Roketkini.com
Tak sebulu, Isa gantung tugas pengarah Felda 2 bulan, dedah Anak
OLEH HASBULLAH AWANG CHIK
Published: 13 December 2014
Kemelut
dalaman antara Pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad dengan Pengarah Besar
Felda Datuk Faizoull Ahmad dikatakan sudah berlarutan sejak beberapa
minggu selepas tindak tanduknya tidak lagi disenangi Isa. – Gambar fail
The Malaysian Insider, 13 Disember, 2014.Persatuan Anak
Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) mendedahkan Pengarah Besar Felda Datuk
Faizoull Ahmad digantung tugas selama dua bulan kerana berselisih faham
dengan Pengerusinya, Tan Sri Isa Samad.
Presiden Anak, Mazlan Aliman berkata kemelut dalaman di antara Isa dan
Faizoull sudah berlarutan sejak beberapa minggu lalu selepas tindak
tanduknya tidak lagi disenangi bekas naib presiden Umno itu.
“Saya sahkan dia digantung. Ada pertembungan dalaman antara Isa dengan dia.
"Ada kaitan dengan prosedur pelantikan kakitangan yang tidak diputuskan
lembaga pengarah Felda dan Jabatan Perkhidmatan Awam," kata Mazlan
kepada The Malaysian Insider di Kuala Lumpur.
“Itu salah satu sebab. Ada beberapa sebab. Di mana tindakan Faizoull
tidak disenangi Isa. Itu dakwaan Isa yang merupakan antara sebabnya.
Yang lain nantilah,” katanya.
Mazlan berkata Faizoull adalah mangsa kedua selepas bekas Pengarah
Besar Felda Datuk Dzulkifli Abd Wahab dipindahkan ke Kementerian Asas
Tani dan ditugaskan ke Rome, Itali.
“Sebelum ini saya menulis di Facebook dan menunggu perkara ini meletup.
Hari ini dah meletup dah pun. Nak kata hebatnya Isa ini. Faizoull
mangsa kedua selepas Dzulkifli.
“Zaman dia (Isa) jadi pengerusi Felda, dua orang pengarah besar menjadi
mangsa. Dulu dia (Dzulkifli) pun pengarah besar dalam isu Felda Global
Ventures. Akhirnya dia ditendang ke Rom, Itali dan kali ini Faizoull
mangsa kedua,” katanya.
Ketika diminta mengulas sebab lain mengapa Faizoull digantung tugas,
Mazlan berkata: “Datang esok malam. Saya akan buat sidang media.”
The Malaysian Insider difahamkan tugas Faizoull sebagai pengarah besar
Felda kini dipangku Timbalan Pengarah Besar Servis dan Korporat Hanapi
Suhada.
Felda pada Selasa mengemukakan tuntutan saman terhadap Nik Nazmi Nik
Ahmad kerana mengaitkan Faizoull dengan lelaki yang dikehendaki polis
antarabangsa dalam status Facebook pada 11 September lalu.
Peguam Hafarizam Wan & Aisha Mubarak yang mewakili Felda meminta
ketua Pemuda PKR itu membayar ganti rugi RM10 juta dan memohon maaf
dalam tempoh 7 hari kerana membuat kenyataan tidak berasas dan tidak
benar.
"Tuduhan itu terlalu serius sehingga boleh menyebabkan anak guam kami
dihina dan dibenci orang ramai serta masyarakat awam. Reputasinya
mungkin tercalar sehingga bertahun-tahun," katanya.
Felda juga menuntut Nik Nazmi memohon maaf mengikut kenyataan yang akan
didrafkannya sendiri untuk disiarkan, selain menghalangnya daripada
melakukan tindakan sama pada masa akan datang.
Namun, exco Selangor itu dalam surat balasnya melalui firma Daim &
Gamany berkata, pihaknya tidak akan meminta maaf dan tidak akan
berganjak daripada dakwaannya sebelum ini.
"Anak guam kami (Nik Nazmi) sebagai seorang ahli Dewan Undangan Negeri
dan ketua Pemuda PKR, bertanggungjawab membangkitkan hal yang menyentuh
kepentingan rakyat.
"Kami diarahkan menyatakan yang anak guam kami bergantung kepada
pertahanan justifikasi dan komen yang adil," kata peguamnya Latheefa
Koya di dalam surat itu sambil menambah pihaknya menolak tuntutan yang
dibuat dalam surat saman Felda itu. – 13 Disember, 2014.
5 SUNGAI DIKUASAI KUFFAR
Written By canang on Sabtu, 13 Disember 2014 | 12/13/2014 04:56:00 PTG
5
SUNGAI DIKUASAI KUFFAR TANDA KEBANGKITAN IMAM MAHDI Antara tanda2 besar
kebangkitan Imam Mahdi adalah seperti berikut: 1. lima sungai besar
dunia dikuasaioleh
kaum kafir. 2. kehancuran Mesir disebabkan keringnya air Sungai Nil. 3.
pencerobohan kuasa Barat ke dalam Mesir sebelum kemunculan Sufyani.
Sebuah hadis yang riwayatkan oleh Hudzaifah Al-Yamani menerangkan
mengenai penguasaan lima sungai tersebut. "(Di antara tanda2 kedatangan
Imam Mahdi adalah) Jika mereka telah menguasai Sudan dan berusaha
menguasai Arab. Setelah itu tanah Arab akan sangat terlihat jelas oleh
mereka sehingga mereka dapat mengejar orang2 yang bersembunyi di perut
bumi. Ketika mereka mula bergerak menuju tanah Arab, seorang Sufyani
telah menyiapkan 360 orang tenteranya untuk menuju Damsyik." (Nota:
Kuasa Barat telah pun berjaya memecahkan negara Sudan dengan
mengisytiharkan Sudan Selatan sebagai negara baru mulai 9 Julai 2011.)
Dari Hudzaifah Al-Yamani meriwayatkan dari Jabir Al-Ansari: "Suatu hari
Rasulullah saw berbual dengan para sahabatnya lalu datanglah Jibrail as
seraya berkata: "Allah swt telah mengucapkan salam penghormatan kepadamu
atas anugerah yang diberikan padamu berupa As-Salam." Kemudian
Rasulullah saw bertanya kepada Jibrail as apakah yang dimaksud dengan
As-Salam.Jibrail as menjawab: "As-Salam adalah nama untuk lima sungai
iaitu Sihun, Jihun, kedua-dua sungai Furat dan sungai Nil di Mesir.
Kelima-lima sungai ini telah dijadikan hadiah bagimu, keluargamu dan
pengikut2mu." Jibrail as berkata lagi: "Aku memberikan khabar kepadamu
bahawa Imam Mahdi tidak akan muncul sebelum orang2 kafir menguasai
kelima sungai itu." Setakat ini empat sungai telah berada di bawah
penguasaan kaum kafir kecuali Sungai Nil. Dengan terpecahnya Sudan
kepada dua negara di mana penduduk Sudan Selatan majoritinya beragama
Kristian dan animis, maka penguasaan Sungai Nil yang melalui Sudan oleh
kuasa asing kini akan menjadi lebih mudah. Jika laluan Sungai Nil yang
berpunca dari Sudan diempang nescaya bahagian sungai tersebut di Mesir
akan menjadi kering. Jika Amerika Syarikat berjaya melaksanakan
rancangan jahat mereka di Sudan, Mesir akan tertekan dari segi politik
dan ekonomi disebabkan kebergantungan besar negara itu kepada sumber air
dari sungai Nil. Malah usaha ke arah itu sudahpun bermula dengan
pengumuman negara miskin Ethiopia mahu membina empangan yang dikenali
sebagai Projek Empangan Grand Millennium berharga AS$4.7 bilion. Projek
tersebut dijangka siap pada tahun 2015 iaitu tahun di mana Imam Mahdi
dikatakan akan muncul! Projek tersebut akan menjana tenaga elektrik
sebanyak 5,000 megawatt dan mampu menyalurkan bekalan tenaga elektrik
kepada negara baru Sudan Selatan. Wallahu'alam.SUMBER
Tiada ulasan:
Catat Ulasan