Selasa, 9 Disember 2014

DIDUNIA BOLEH TIPU2...BOLEH SOROK2...BOLEH BERLAKON...DIAKHIRAT SEMUA KAN TERBONGKAR....SILAP2 HARIBULAN DALAM DUNIA ALLAH DAH TUNJUK





1:48PM - 8 Dec 2014

Duta AS: Tiada negara terkecuali, termasuk M'sia

Jika dibahaskan, Akta Hasutan adalah urusan dalaman Malaysia.

Bagaimanapun, jika hak asasi manusia mungkin dilanggar, tiada negara terkecuali, kata Duta Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia Joseph Y Yun.

Yun berkata demikian ketika membahaskan usaha memansuhkan Akta Hasutan di Malaysia dalam wawancara eksklusif dengan Malaysiakini sempena hari-hari terakhir 2014.

Katanya, penarikan balik janji pemansuhan akta itu oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak (kanan) baru-baru ini mencetuskan keimbangan AS kerana akta itu, jika digunakan “terlalu meluas” akan melanggar hak asasi manusia.

“Jelas jika digunakan terlalu meluas, sudah tentu (langgar hak asasi).

"Dan kamu mesti ada keseimbangan untuk keperluan melindungi hak bersuara, perbezaan pendapat, melindungi semua kedudukan, di samping keperluan menjaga masyarakat.

“Jadi di mana garis pemisahnya? Ia sangat nipis. Jadi saya percaya menjadi tugas pemimpin untuk memaknai dan mewajarkan sempadannya: pada ketika mana kamu gunakan kuasa luar biasa dan pada ketika mana kamu kukuhkan akta hasutan dan undang-undang lain?

“Dan bagaimana kamu mewajarkannya, dan apa asasnya – ia jelas sekali tugas pemimpin.”

Ditanya berhubung gelaran “moderat” Presiden AS Barack Obama kepada Najib semasa lawatannya sebelum ini, Yun berkata beliau bukan orang yang sesuai untuk bercakap sama ada kualiti itu kini merosot.


Tanda-Tanda Orang Membela Hantu Raya

Written By canang on Isnin, 8 Disember 2014 | 12/08/2014 05:17:00 PTG

Seorang pendakwah bebas Ustaz Abu Bakar Abdul Aziz berkata ada beberapa tanda boleh dikenal pasti bagi mana-mana individu yang membela hantu raya.


Antara tanda-tandnya ialah :
1. Takut bertentang mata bila bercakap
2. Gementar dan keluh kesah bila berjumpa orang alim
3. Hati sentiasa tidak tenang dan badan sentiasa berpeluh bila berada dalam majlis ilmu
4. Gemar makan bubur kacang merah dan suka jamu orang makan pada malam Jumaat
5. Walaupun usia lanjut tetapi memiliki tenaga luarbiasa bila melakukan kerja-kerja berat
6. Bila keluar rumah tidak akan beritahu kepada ahli keluarga terutama isteri
7. Kerap bawa berpuluh-puluh telur rebus kedalam hutan
8. Bila ada mesyuarat orang ramai akan patuh dan tunduk keputusannnya
9. Mempunyai tenaga seks luar biasa bila bejimak dengan isteri.
10. Kerap bersetubuh.

Ustaz Abu Bakar berkata undividu yang bersahabat dengan hantu raya memperolehi apa hajat dengan bantuan makhluk itu.

(sumber : mingguan warta perdana/jalanakhirat.wordpress.com/)
p/s -  Tujuan orang membela hantu raya, toyol, dan yang sewaktu dengannya adalah untuk meminta pertologan dari hantu aka Jin aka syaitan ini ( hukumnya haram, syirik dan berdosa besar) untuk mencuri duit (kaya), menyihir orang, melindung diri, kebal, kuat, cantik, pelaris, pengasih dll. Semua pertolongan jin ini bukan percuma, jin akan menuntut balasan kepada tuannya, apabila tuannya mati perjanjian syaitan tersebut ialah ianya penjaganya/tuan diwarisi kepada anak cucu dia. Inilah yang dinamakan saka. Saka inilah yang mendatangkan huru hara. Suami isteri bercerai, cepat naik angin, mengalami sakit misteri, dan kadang-kadang menjadi gila.

Walauapa hantu yang diaorang (orang2 yang menyimpang) guna kita sebagai manusia tak perlu takut. Cuma kena berhati-hati dan tahu cara nak mengatasinya. Kita boleh menakutkan hantu ni. Erti kata lain hantu yang takut kita. Amalan untuk menakutkan hantu ialah membaca ayatul  kursi, kalau tak hafal baca surah al Ikhlas, al Falak dan an Nas. Bacalah pagi dan petang. Kalau rumah berhantu atau orang kena rasuk bacakan ruqyah. Kalau susah baca pasangkan kat radio/cd perdengarkan rudyah kat mana hantu tu kacau. Baca/dengarkan bacaan cd kat air putih dan diberi minum orang yang kena rasuk, atau yang ada saka tadi. InsyaAllah hantu/jin itu lari dan kalau degil ia akan mati dengan izin Allah.  

Kedua, Hantu aka jin syaitan suka menyakat, mengacau, merasuk orang yang kurang membaca Quran. Maksudnya orang yang tak sembahyang, tak baca quran memang lah menjadi kesukaan jin setan dan iblis ni. Dari itu, banyak2lah kita membaca ayat quran kerana jin setan hantu merasa panas apabila mendengar ayat-ayat Allah. Kepada Allah jua kita berlindung dari kejahatan jin syaitan dan manusia. WaAllahu'alam.3:57PM - 8 Dec 2014

Kit Siang ragui Pakatan bertahan hingga PRU14

Pemimpin popular DAP Lim Kit Siang berkata beliau tidak pasti sama ada Pakatan Rakyat akan terus bertahan sehingga pilihan raya umum ke-14 ketika keretakan gabungan itu terus diperkatakan.

Beliau mengakui terdapat perkara tidak kena apabila mereka tidak bermesyuarat hampir setengah tahun.

“Jika kamu tanya sama ada ada saya boleh dengan pasti berkata Pakatan ketiga-tiga parti akan tetap ada untuk berjuang dalam pilihan raya umum ke-14, saya tidak dapat jawab kerana saya tidak tahu.

“Bukan lagi rahsia bahawa Pakatan tidak berjalan dengan baik, dan ini sebabnya kenapa Majlis Presiden Pakatan tidak dapat bermesyuarat lebih enam bulan untuk memastikan kerangka dasar bersama dan prinsip disepakati...

“Inilah dua prasyarat utama untuk menyelamatkan Pakatan dan mengembalikan keyakinan awam padanya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kit Siang sebelum ini tidak terlibat dalam pertelingkahan ketika setiausaha agung DAP Lim Guan Eng, yang juga anaknya, mengkritik Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana gagal hadir ke mesyuarat Pakatan akhir-akhir ini.

Di tengah-tengah desakan itu, Hadi berkata, terpulanglah pada beliau untuk hadir ke mesyuarat Majlis Presiden Pakatan dan tidak perlu diminta.

Pemberian bonus Felcra, Bapa lapor ke SPRM

ANIS NAZRI | .
KUALA LUMPUR: Isu pemberian bonus secara tidak adil dALAM kalangan ahli lembaga pengarah Felcra yang didedahkan Jawatankuasa Kira-Kira Negara (PAC) baru-baru ini membuktikan pendedahan Badan Bertindak Peserta Felcra (Bapa) sebelum ini berasas.

Justeru, bagi memastikan isu tersebut disiasat secara telus, Bapa mengambil langkah membuat laporan ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Kuala Lumpur, hari ini.

Pertemuan itu diharapkan dapat membuka ruang kepada SPRM untuk menyiasat isu tersebut selaras dengan pendedahan yang dilaporkan PAC.

Pertemuan itu diketuai Pengerusi Bapa, Haji Razman Zakaria selain turut diiringi Pengerusi Pertubuhan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman, di pejabat agensi itu, di Jalan Cochrane.

Ketika ditemui selepas pertemuan tersebut, Razman memaklumkan pihak SPRM meminta beliau untuk membuat laporan polis berhubung kerana agensi itu beranggapan isu tersebut membabitkan kesalahan jenayah dan bukannya rasuah.

"Selaras dengan cadangan pegawai SPRM tadi, maka Bapa akan membuat laporan polis di Ipoh, esok berhubung isu itu, selain meminta Bapa di peringkat negeri juga berbuat demikian," tegas beliau ketika ditemui di luar bangunan SPRM Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, katanya pihak SPRM tetap memberikan jaminan untuk menyiasat  perkara tersebut.

Dalam masa sama, Pesuruhjaya PAS Perak itu turut mengharapkan SPRM bersedia bekerjasama untuk meneliti semua laporan-laporan berhubung penyelewengan yang berlaku di Felcra, yang sebelum ini didedahkan Bapa.

Sebelum ini, PAC yang diketuai Datuk Nur Jazlan Mohamed, dalam laporan PAC menyatakan pemberian bonus kepada ahli lembaga pengarah Felcra dibuat tanpa kelulusan Kementerian Kewangan.

Bonus tersebut diluluskan Felcra untuk diberikan kepada lembaga pengarah Felcra, termasuk tiga timbalan menteri iaitu Timbalan Menteri Pertaanian dan Asas Tani, Datuk Tajuddin Abdul Rahman, yang sebelum ini merupakan bekas Pengerusi Felcra,  Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Ismail Abdul Muttalib, dan Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerjaan Tempatan, Datuk Halimah Siddique. – HARAKAHDAILY 8/12/2014
 
 






Bekalan air, elektrik sekolah agama negeri dipotong

HARAKAHDAILY | .
KUALA TERENGGANU: PAS ingin tahu apakah punca yang menyebabkan kes pemotongan bekaan air dan elektrik di beberapa sekolah agama negeri.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Rhu Rendang, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang juga bertanya apakah bentuk penyelesaian yang telah diambil.
Beliau bertanya demikian dalam soalan bertulis pada persidangan Dun Terengganu yang bermula hari ini.
Berikut ialah jawapan daripada kerajaan negeri.
Sebelum tahun 2014, sekolah menengah agama negeri menghantar bil-bil bekalan air dan elektrik tidak termasuk bil telefon kepada Bahagian Pendidikan Islam (BPI) Kementerian Pelajaran Malaysia untuk dibuat bayaran kepada syarikat berkenaan.
Mulai tahun 2014, BPI telah memberi bantuan untuk bayaran bil-bil utiliti sekolah sebanyak RM2,000 sebulan dengan memasukkan ke akaun sekolah dan diuruskan bayaran oleh sekolah.
BPI juga menghantar satu pekeliling ke sekolah: Pekeliling Kewangan Bil 12/2010 "Prosedur Pembayaran Bil Utiliti Sekolan Bantuan Kerajaan di Semenanjung Tahun 2011" melalui surat BPI bertarikh 24 Ogos 2014.
Hal ini menjadi punca yang menyebabkan sekolah kekurangan kewangan bagi membayar air dan bil elektrik dan seterusnya menyebabkan berlaku ke pemotongan bekalan air dan elektrik.
Bagi mengatasi masalah ini, pihak sekolah berkenaaan telah membuat rayuan tambahan peruntukan daripada BPI bagi bayaran bil-bil utiliti.
Sebahagian sekolah telahpun mendapat peruntukan tambahan daripada BPI berdasarkan kedudukan kewangan BPI.
Namun demikian, peruntukan tambahan yang diterima masih tidak mencukupi bagi membuat bayaran bil-bl utiliti yang tertunggak. - HARAKAHDAILY 8/12/2014

RCI Sabah sahkan penglibatan kerajaan dalam projek IC

jimmy_wong_Kota_Kinabalu
KOTA KINABALU, 4 DIS: Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Pendatang Tanpa Izin di Sabah mengesahkan spekulasi rakyat negeri ini mengenai keterlibatan kerajaan dalam projek IC.
Ahli Parlimen Kota Kinabalu Jimmy Wong Sze Phin berkata, rakyat Sabah tidak percaya dengan penemuan kononnya kerajaan dan parti politik tidak terlibat  dalam projek IC.
“Kesaksian bekas pegawai-pegawai JPN adalah mencukupi untuk mengaitkan pihak kerajaan.
“Kita masih ingat tiga bekas pegawai Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang memberi keterangan kepada panel RCI dan kemudian ditahan di bawah ISA kerana memberi kad pengenalan kepada warga asing,’ kata Jimmy dalam satu kenyataan.
Laporan RCI dibentangkan semalam mendapati kononnya tidak ada penglibatan parti politik, mahupun motif politik dalam Projek IC.
Malah ia sekadar menyalahkan sindiket melibatkan bekas pegawai JPN dan gejala rasuah di jabatan tersebut.
“UMNO terlibat. Ramai (dari kalangan warga asing yang mendapat kad pengenalan) turut didaftarkan sebagai pengundi,” ujar Jimmy.
Penemuan RCI Sabah mendapati sejumlah 68,703 warga asing diberi kerakyatan antara tahun 1963 sehingga 31 Ogos 2013. Sebahagian darinya didapati turut berdaftar sebagai pengundi, namun angka sebenar tidak diketahui.
MenuruT Jimmy, seorang bekas tahanan ISA Jabar Khan yang juga setiausaha pasukan projek tersebut pernah mendedahkan penglibatan pemimpin UMNO.
Antaranya Musa Aman dan Yahya Hussein, selain keterangan pegawai lain mengenai proses membuat kad pengenalan di sebuah kediaman pemimpin UMNO di Kuala Lumpur.
Dalam pada itu Jimmy menyatakan kekecewaannya terhadap tindakan kerajaan menghalang wakil rakyat DAP menghadiri sesi pembentangan RCI semalam, sedangkan isu tersebut melibatkan kepentingan awam.
Ujarnya, laporan tersebut bukan sahaja tidak dibentangkan di Parlimen, malah hanya dibentangkan di Wisma Tabung Haji, oleh Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Ali Hamsa DAN Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail.
“Tidak ada seorang pun menteri persekutuan hadir ke majlis tersebut, seolah-olah (RCI) tidak mempunyai sebarang kepentingan di sisi kerajaan.” ujar Jimmy. – Roketkini.com

Tiada ulasan: