Selasa, 8 Julai 2014

TAKUT SANGAT PADA KOPIAH ATAU BENCI KE

Tuesday, 8 July 2014


KETUA MENTERI PULAU PINANG YAB LIM GUAN ENG TIDAK DAPAT MENAHAN AIR MATANYA MELIHAT PARA GELANDANGAN MENIKMATI MAKANAN YANG BELIAU HIDANGKAN.



Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mengumumkan sumbangan RM20,000 kepada pusat sehenti The Lighthouse di sini bagi membantu pusat itu meneruskan program mengagihkan makanan kepada golongan gelandangan.

Beliau berkata, sumbangan daripada peruntukan Ketua Menteri itu diberikan selepas tersentuh melihat kesungguhan The Lighthouse yang dikendali NGO Penang Office for Human Development (POHD), serta keadaan golongan gelandangan di sana.

“Memberi makan adalah perbuatan yang sangat mulia. Saya sangat tersentuh dengan ‘soup kitchen’ di sini dan tempat lain, sama ada yang dikendalikan pertubuhan Katolik, Muslim, atau Hindu yang membantu memberi makan kepada golongan yang tidak mampu.

“Ini adalah usaha yang sangat mulia. Kita melihat mereka seperti insan, mereka berhak untuk diberi makan, terutama oleh badan-badan amal seumpama ini,” katanya dalam sidang media di sini.

Sehubungan itu, katanya lagi, beliau tidak memahami keputusan kerajaan persekutuan baru-baru ini yang ingin menghukum dan mendenda badan-badan yang membuat kerja amal seperti ini.

“Mereka perlu dipuji dan dilindungi, bukan dihukum dan didenda,” katanya lagi.

Guan Eng sempat meluangkan masa membantu mengagihkan makanan di sini di sebalik jadual padatnya berikutan sambutan ulang tahun ke-6 pengisytiharan George Town sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO yang jatuh pada hari sama.

Beliau juga dilihat gagal menahan air matanya sewaktu melihat para gelandangan menikmati makanan yang diberikan.

The Lighthouse yang terletak di Jalan Penang menerima kunjungan tanpa mengira kaum dan agama, malah menyediakan makanan menurut kepercayaan agama masing-masing, antaranya dengan tidak menghidangkan babi dan lembu.

“Ini sangat menghormati golongan gelandangan. Adalah sangat penting untuk kita mengangkat maruah mereka, selayaknya sebagai manusia,” kata Guan Eng lagi memuji tindakan itu.

Selain memberi sumbangan makanan, The Lighthouse juga menyediakan pusat kemahiran bagi golongan gelandangan seperti perniagaan dan masakan, bagi membuka peluang mereka untuk mendapat pekerjaan.

P Pinang tidak akan ikut Pusat

Dalam pada itu, Setiausaha Agung DAP itu juga memberi jaminan kerajaan negeri tidak akan sama sekali mengikut rancangan kerajaan Persekutuan untuk menggunakan Akta Orang Papa bagi membenarkan penahanan golongan gelandangan.

“Apakah undang-undang ini, apabila anda menahan seseorang hanya kerana mereka miskin selama 3 hingga 6 tahun? Ini lebih teruk daripada Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

“Saya menggesa kerajaan agar tidak meneruskan rancangan (menghukum ‘soup kitchen’ dan golongan gelandangan). Adakah menjadi miskin dianggap jenayah di negara ini? Ini adalah sesuatu yang tidak akan kita lakukan di Pulau Pinang,” katanya lagi. -Roketkini.com

Tuesday, 8 July 2014


SEORANG PEMANDU BAS RAPID DIBERI SURAT TUNJUK SEBAB KERANA MEMAKAI KOPIAH.


Jika apa yang diberitakan ini benar lagi sahih maka adalah menjadi suatu kesalahan mana-mana pemandu bas Rapid memakai kopiah ketika bertugas.

Mohon pihak yang berkenaan memberikan respon terhadap surat yang sudah pun berlegar ligat dan luas dialam maya demi pencerahan.

Sunday, July 6, 2014


Pegawai Polis ditekan pihak atas kini telah meninggal dunia

Pegawai Polis ditekan pihak atas kini telah meninggal dunia
CLICK LIKE PAGE >> Boikot Barangan Cina Dap ORI

Saya, MIOR FAHIM BIN AHMAD (K/P Polis No: G/13237) yang beralamat di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK), Jabatan Siasatan Jenayah, Johor dengan ini sesungguhnya dan seikhlasnya berikrar dan menyatakan seperti berikut:-

1. Saya bekerja sebagai seorang pegawai polis berpangkat Assisten Superintendan (ASP) di Cawangan D7 di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK), JSJ, Johor. Saya membuat Akuan ini demi menjaga keselamatan peribadi dan integriti saya sebagai seorang pegawai polis berhubung tugasan dan siasatan yang saya lakukan dan arahan yang saya terima.

2. Pada 21.08.2006, saya telah terima arahan kenaikan pangkat dari C/Insp ke ASP melalui E-Siar. Kenaikan pangkat saya berkuatkuasa mulai 01.07.2005.

3. Pada September 2006, saya telah berjumpa dengan KBPD IPD Kota Kinabalu – DSP. CHEW THAM SOON dan meminta bantuan beliau untuk menguruskan penempatan saya jawatan SIO Kota Kinabalu seandainya beliau mempunyai kenalan di bahagian perjawatan Bukit Aman, disamping itu saya juga telah memohon bantuan beberapa pegawai kanan lain yang saya kenali.

4. Saya telah berjumpa dengan DSP. CHEW THAN SOON dan saya bertanyakan penempatan saya. Kemudian saya dimaklumkan beliau telah mencadangkan saya ke jawatan D7, IPK Johor. Saya tidak bersetuju dan meminta beliau untuk mengekalkan saya di IPD Kota Kinabalu. DSP CHEW THAM SOON meyakinkan saya untuk pertukaran ke D7 Johor.

5. Pada November 2006, saya mula dikenalkan kepada BK TAN. Saya bersama DSP. WAN HASSAN (Tim. Komandan PULAPOL Kota Kinabalu) di bawa oleh DSP. CHEW THAM SOON ke sebuah pejabat yang terletak di bangunan AM-CORP, Petaling Jaya, Selangor. Kami telah berjumpa dengan seorang lelaki Cina yang dikenali sebagai BK TAN. Dalam perjumpaan terebut DSP. CHEW THAM SOON telah mengenalkan saya kepada BK TAN. Kemudian saya telah ditemu bual oleh BK TAN berhubung pengalaman kerja.

6. Semasa perjumpaan tersebut, telah datang seorang lelaki Cina gemuk yang mengenalkan dirinya sebagai AH HON. Dalam temubual tersebut, BK TAN memberitahu bahawa apabila saya bekerja di bahagian D7, IPK Johor, hendaklah bekerja dengan baik. BK TAN juga beritahu saya AH HON merupakan orang yang menjaga ZON SELATAN dan memberitahu sekiranya ada apa-apa hal AH HON akan berhubung dengan saya. Kemudian telah masuk seorang lelaki Melayu di pejabat sebelah, lalu BK TAN telah pergi menyambut lelaki tersebut.

7. DSP CHEW memberitahu saya bahawa lelaki melayu itu adalah salah seorang Ahli Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP) iaitu DATO’ OTHMAN TALIB, yang mempunyai hubungan baik dengan BK TAN, dengan tujuan memudahkan urusan untuk kenaikan pangkat di masa hadapan.

8. Dalam waktu yang sama, masuk seorang lelaki Cina pendek ke Pejabat tersebut. AH HON telah mengenalkan bahawa lelaki Cina tersebut adalah PT-D7 JOHOR (DSP. NG FOOK LONG). DSP CHEW juga memberitahu saya bahawa BK TAN mempunyai perhubungan yang amat baik dengan TAN SRI KPN dan akan mendengar setiap cadangan dan nasihat BK TAN. DSP CHEW juga menunjukkan seorang lelaki melayu yang sedang bekerja di pejabat bersebelahan dan memberitahu bahawa orang itu adalah anak lelaki TAN SRI KPN. Sewaktu saya di pejabat BK TAN, saya juga lihat AH HON telah membawa keluar satu arahan pertukaran yang baru keluar dan arahan pertukaran tersebut dibincangkan oleh mereka bersama.

9. Pada Disember 2006, saya telah menyemak E-Siar dan mendapati nama saya terdapat dalam arahan pertukaran tersebut untuk melapor diri sebagai ASP D7, IPK Johor. Pada hari yang sama juga AH HON telah menghubungi saya melalui talipon dan bertanyakan kepada saya bila hendak melaporkan diri dan meminta saya untuk melaporkan diri dengan cepat.

10. Lebih kurang 2-3 hari selepas arahan pertukaran keluar, saya telah menalipon beberapa pegawai kanan yang saya kenali ACP ROSLI MD ISA, DCP DATO’ MOKTHAR BIN HASSAN, ACP AZIZAN ABU TAAT yang pernah bertugas di Johor. Mereka menasihatkan saya supaya berhati-hati dengan sindiket ekor haram dan pelacuran di Negeri Johor.

11. Pada 16.01.2007, saya telah melaporkan diri di IPK Johor. Apabila saya melaporkan diri, AH HON telah menghubungi saya dan memaklumkan rumah telah disediakan. Saya kemudian telah terus pergi ke rumah tersebut di Bistari Impian, Larkin dan berjumpa dengan tuan rumah. Tuan rumah tersebut adalah seorang perempuan Cina. Saya bertanyakan tentang harga sewa sebulan dan beliau mengatakan harga biasa adalah RM1,200/- sebulan tetapi beliau menawarkan untuk saya hanya dengan RM900/- sebulan dan pada masa yang sama juga saya meminta beliau untuk menyediakan surat perjanjian sewa rumah. Beliau mengatakan “Tuan duduk dululah nanti baru kita kira”.

12. Semasa saya melaporkan diri kepada PT-D7 DSP. NG FOOK LONG, beliau telah meyampaikan beberapa arahan penugasan dan memberi arahan semua serbuan boleh dibuat ke atas aktiviti haram kecuali judi empat nombor ekor haram dan hendaklah memaklumkan kepada beliau terlebih dahulu.

13. Pada 28.02.2007, saya telah terima sms dari AH HON dari talian no. 017-2551255 yang berbunyi “Tolong Ambil Tindakan Serta Merta 4A(a) atas Tiga Tempat berikut No. S38, S25A dan S37 Jalan Bukit Batu 11, Kulai Johor. Tugasan dari atas tengah perhatikan. Jangan balik kosong”. Saya kemudian telah memaklumkan kepada PT-D7 DSP. NG FOOK LONG dan beliau pun mengatakan ada menerima sms yang sama. Saya memberitahu DSP NG FOOK LONG, “Kita pegawai polis dan tidak boleh ikut arahan AH HON” yang saya dapati ahli sindiket haram. DSP NG FOOK LONG hanya mendiamkan diri.

14. Pada awal Mac 2007, saya telah keluar dari rumah yang disediakan oleh AH HON dan mencari rumah sewa sendiri di Bandar Baru Uda. Saya telah menguruskan sendiri penyewaan dan perpindahan ke rumah tersebut.

15. Saya juga telah terima sms dari AH HON, dimana AH HON meminta maaf di atas arahan beliau untuk buat serbuan. Selepas dari itu, tiada perhubungan lagi dengan AH HON.

16. Sekita waktu sama pada awal Mac 2007, saya telah terima maklumat dari anggota D7 iaitu SM/D.94894 Manimaran, Sjn/D.104700 Raja Kumar, Sjn/D.88548 Tow Pong Yew, L/Kpl/D.115161 Asmawi Bin Utar dan Sjn. 89379 Yassim Bin Malek – dari IPD Kluang, Johor bahawa sindiket TENGKU (GOH CHENG POH) dibawah seliaan AH HON telah aktif menjalankan kegiatan judi empat nombor ekor haram dengan memonopoli seluruh Negeri Johor, dimana TENGKU mempergunakan Pegawai dan Anggota D7 untuk membuka kes fail ke atas mana-mana ajen/penganjur yang tidak tunduk kepada sindiket tersebut. Mana-mana pegawai dan anggota tidak mengikut telunjuk sindiket ini akan ditukarkan ke PGA.

17. Ada diantara anggota D7 yang tidak dapat menerima perkara ini telah memohon untuk bertukar keluar dari D7, IPK Johor tetapi tidak disokong oleh PT-D7 terdahulu iaitu DSP. MOHD HEDZIR BIN HUSSIN dan SI/D.59920 NG SWEE MIN. Atas sebab tersebut, saya telah mengeluarkan arahan kepada Pegawai D7 dan anggota D7 supaya mendapatkan maklumat ke atas kegiatan sindiket TENGKU untuk penyediaan kes fail.

18. Pada 28.03.2007, sepasukan Pegawai dari D7 Bukit Aman, Kuala Lumpur yang di ketuai DSP. ZAWAWI telah membuat serbuan/
tangkapan ke atas dua (2) pusat pengiraan judi empat nombor ekor loteri awam haram iaiatu di Taman Sri Putri, Kulai Johor dan Taman Sentosa, Johor Bahru. Dalam tangkapan tersebut sejumlah 32 buah mesin faks dan tujuhbelas (17) orang telah ditangkap bersama lebih kurang 3,000 helai “ekod of stake”, Rujuk: Kulai Report: 2588/2007 dan Johor Bahru Selatan Report: 7295/2007.

19. Hasil dari risikan yang diperolehi dari tangkapan-tangkapan di atas, saya telah membuka kes fail dibawah Ordinan Darurat (KA & MJ) 5/69 ke atas tiga (3) orang subjek yang terlibat langsung dengan TENGKU. Manakala kes fail terhadap TENGKU tidak dapat dibuka kerana kekurangan “statement”. Tiga (3) orang subjek yang diambil tindakan kes fail adalah bernama:-

(a) SOH KING SIANG;
(b) LIM CHIN CHAI; dan
(c) LEE YOKE HAN.

20. Ketiga-tiga kes fail ke atas subjek terserbut diatas telah diedarkan ke D7, Bukit Aman, untuk kelulusan tangkapan di bawah Sek. 3(1) Ord. Darurat (KA & MJ) 5/69. Namun, sehingga kini ia masih belum diluluskan.

21. Kemudian dari itu, saya dapati tigabelas (13) orang dari tujuhbelas (17) tangkapan di atas telah membuat laporan Polis dengan mendakwa saya dan anggota-anggota yang terlibat dalam soalsiasat dan merakam percakapan risikan telah memukul mereka semasa dalam tahanan dan rakaman percakapan risikan, dimana kebanyakkan tangkapan adalah wanita tua.

22. Akibat daripada laporan yang di buat oleh tangkapan-tangkapan di atas, satu pasukan TATATERTIB diketuai oleh DSP. Navamaney telah merakamkan percakapan saya dan anggota terlibat. Siasatan Tatatertib menjurus kepada membantu kepada pihak sindiket, sedangkan saya dan anggota tidak menggunakan sebarang kekerasan terlebih lagi terhadap wanita tua. Selang dua hari kemudian, saya dapati DSP. Navamaney telah dinaikkan pangkat P/SUPT.

23. Pada 30.03.2007, saya dan anggota D7 telah menangkap tiga (3) orang subjek di bawah Sek. 3(1) Ordinan Darurat (KA & MJ) 5/69 yang merupakan ahli sindiket TENGKU. Butiran diri mereka adalah seperti berikut:-

(a) CHAI NGEW;
(b) CHIN YEW FAH; dan
(c) TAN LEE POEY

24. Subjek (i) dan (ii) telah ditahan di lokap Balai Polis Larkin, dimana ketiga-tiga mereka ditahan untuk tempoh 60 hari sementara arahan KKDN. Selepas sembilan (9) hari kemudian, ketiga-tiga subjek di atas dibebaskan tanpa pengetahuan saya, sedangkan saya merupakan IO kes fail. Mereka telah dibebaskan oleh P/DSP. NG FOOK LONG di atas arahan DATO KHALID BIN ABU BAKAR – Tim. Pengarah JSJ 1 – (Operasi/Risikan). Setelah meneliti ketiga-tiga kes fail tersebut, saya dapati mereka dibebaskan dengan alasan, telah insaf, tiada kekerasan dan menjalankan aktiviti secara individu, sedangkan arahan PJSJ No. 2/2005 masih dikuatkuasakan.

25. Pada 29.05.2007, saya telah meneliti E-Siar dan mendapati lima orang pegawai D7, IPK Johor telah ditukarkan keluar dari Bahagian D7, IPK Johor dan salah seorang pegawai saya bernama C/INSP. SUNDAR RAJAN A/L ELLUMALAI (I/12413) telah ditukarkan-ke PGA SIBU. Saya dapati pengawai ini ditukarkan kerana beliau telah terlibat dalam merakamkan percakapan risikan ke atas seorang tangkapan bersabit J.BAHRU REPORT: 7295/2007 yang mendedahkan secara positif penglibatan TENGKU dalam penganjuran aktiviti perjudian empat nombor ekor loteri awam haram. Selain itu, pegawai ini juga aktif dalam menangkap ajen-ajen menulis judi empat nombor ekor loteri awam di bawah sindiket TENGKU.

26. Adalah saya mengatakan bahawa sebagai seorang pegawai polis, saya merasa amat tertekan bahawa tindakan saya dalam menjalankan risikan terhadap kegiatan jenayah judi haram yang membabitkan sindiket dibawah naungan TENGKU dan BK TAN boleh menyebabkan saya dikenakan siasatan oleh Bahagian Tatatertib. Saya menganggap ini satu penganiayaan terhadap diri, kerjaya, keluarga dan nama baik saya.
Dan saya membuat pengakuan ini dengan sesungguhnya mempercayai bahawa yang sama adalah benar dan mengikut peruntukan Akta Akuan Berkanun, 1960.

DITANDATANGANI DAN DIIKRAR )
SESUNGGUHNYA oleh MIOR FAHIM BIN )
AHMAD (G/13237) tersebut di atas di Kuala Lumpur )
pada haribulan 2007 )
Di hadapan saya,
Pesuruhjaya Sumpah

Masalah (judi haram) ini terlalu serius. Dan saya fikir Selangor yang paling 'hebat'," kata Zahid Hamidi
http://m.malaysiakini.com/news/267883.html

Kini Mior Fahmi Bin Ahmad telah mati meningal dunia:
http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2014/06/18/umrah-terakhir/

http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140619/je_07/Pegawai-polis-ditemui-lemas-di-Sungai-Tengku-Gerik

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0618&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_15.htm

Sumber cerita: http://www.malaysia-today.net/statutory-declaration-of-asp-mior-fahim-bin-ahmad-g13237/

-ketua pengakap-
CLICK LIKE PAGE >> www.facebook.com/BoikotBaranganCinaDapORI

Sumber:

Tuesday, 8 July 2014


BERITA GEMBIRA UNTUK RAKYAT SELANGOR .... AZMIN ALI GESA SEMUA PIHAK HENTIKAN SEGERA MEMBUAT SPEKULASI PERTUKARAN MB SELANGOR.



Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Negeri Selangor (BBC Selangor), Mohamed Azmin Ali menasihatkan semua pihak agar menghentikan spekulasi pertukaran menteri besar Selangor.

Azmin menyarankan agar tumpuan lebih diberikan kepada kerja-kerja membangunkan negeri Selangor.

"Saya nasihatkan hentikan semua spekulasi, kita mengajak pimpinan dan anggota parti untuk tumpu kerja membangunkan negeri Selangor.

"Di bulan Ramadan yang mulia ini jangan kita lontarkan fitnah, jangan buat serangan peribadi dan kita kerja sebagai satu pasukan," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat BBC Selangor di pejabat SUK Selangor, hari ini.

INI BERITA AMAT BAIK UNTUK RAKYAT SELANGOR DAN PARTI KEADILAN RAKYAT ...

JADI PERTUDUHAN OMAK KAU SELAMA INI YANG ADA WAKIL-WAKIL RAKYAT BERTINDAK LEBIH SUDU DARI KUAH ADALAH BENAR.

AKHIRNYA SUDAH MAU MENERIMA HAKIKAT BAHAWA PERBALAHAN INI HANYA MENGUNTUNGKAN UMNO/BN SAHAJA.

OMAK KAU MASIH LAGI BERPEGANG KEPADA PRINSIP TIDAK MENYERANG PERIBADI PEMIMPIN SECARA KETERLALUAN.
2:59PM - 8 Jul 2014

Media rasmi S'gor tonjol sokongan pada MB


Media rasmi kerajaan Selangor, Selangorkini menonjolkan dakwaan bahawa usaha untuk menggantikan Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim akan menyebabkan Pakatan Rakyat kecundang dalam pilihan raya umum akan datang di Selangor.

Laporan itu memetik kenyataan rambang beberapa orang pengguna Facebook yang turut membayangkan bahawa Khalid masih mendapat sokongan untuk terus menerajui pentadbiran Selangor.

Individu berkenaan, yang tidak dapat dikenalpasti kewibawaannya, didakwa turut mengancam untuk “menghukum” Pakatan dalam pilihan raya umum ke-14.

Antaranya, seorang individu dengan nama Posmen Hensem, didakwa sebagi “anak jati Selangor” yang memberi amaran pada Pakatan agar tidak mengamalakan “politik kotor” seperti BN.

“Kamu apa-apakan Menteri Besar Selangor, kami anak jati Selangor akan ajar kamu dalam pilihan raya nanti. Jangan amal politik kotor, Aku tujukan kepada semua pimpinan Pakatan Rakyat. Ini janji.

“Jika Tan Sri Khalid digugurkan, maka harapan Pakatan Rakyat menuju ke Putrajaya bakal hancur,” kata individu tersebut seperti dipetik dalam laporan itu.

Laporan itu muncul susulan sebaran khabar angin bahawa Khalid akan menghadap Sultan Selangor untuk menyerah surat peletakan jawatan.

Desas desus tersebut, yang tersebar di kalangan petugas media menyebabkan golongan tersebut bergegas ke Istana untuk mendapatkan pengesahan.

Khalid turut menafikan khabar angin bahawa beliau akan meletak jawatan.

Spekulasi mengenai kedudukan Khalid sebagai menteri besar kembali menjadi perhatian keputusan pemilihan akhir bulan lalu yang menunjukkan beliau gagal mengekalkan jawatan ketua cabang PKR di Kuala Selangor.

Sementara itu, pertandingan peringkat timbalan presiden juga masih belum masih belum selesai.

Dalam pertandingan tiga penjuru itu, yang sehingga kini masih belum berkesudahan, Khalid menerima tentangan penyandang setiausaha agung Datuk Saifuddin Nasution dan penyandang jawatan timbalan presiden, Azmin Ali.
Masjid Dipendalaman Sabah Tidak Diazankan Sejak 1996 (5 Gambar)
Laporan Jemaah Doktor Rosmadi Nawi 07-07-14
SEJAK 1996 MASJID INI TIDAK DIAZANKAN LAGI
100% Penduduk Kampung itu telah di murtadkan
KITA ASYIK GADUH PASAL PENGEMIS.. SAUDARA KITA LUPAKAN
Kita asyik berpolitik mencari salah musuh politik kita. Tapi nasib umat Islam di pedalaman Sabah kita lupakan. Jika mahu bersedekah, di sinilah tempatnya. Kita gagal pertahankan agama saudara kita kerana kita tidak pedulikan iman, makan minum mereka. Mari kita ikuti kisah Dr Rosmadi yg kini di bulan Ramadhan sedang berdakwah di negeri Sabah.
Doktor Rosmadi Nawi salah seorang Doktor Mata yang banyak menghabiskan masa berkorban di jalan Allah dan jemaah Doktor Rosmadi sekarang sedang bergerak selama 40 hari di Sandakan.
Solat sunat masjid sabah
Ceritanya, “Menjejaki masjid yg sudah 18 tahun dibiarkan usang di Kg Langkabong, Tongod, Sandakan. Kampung tersebut terletak kira-kira setengah jam perjalanan dari masjid daerah Tongod. Bila kami sampai ke kawasan berdekatan lokasi masjid tersebut kami terpaksa meredah semak samun dengan dipandu arah (guide) oleh peniaga Pakistan dan tak terlintas di dalam hutan tersebut ada tinggalan masjid. Setelah meredah semak samun sejauh kira-kira 70m dari jalan ternampak samar-samar bangunan usang di sebalik semak.
“Kami rasa terkedu melihat keadaan masjid tersebut dan naik ke dalam dengan terpaksa meredah serpihan bumbung yang runtuh dan kotoran yang bertimbun di dalam masjid tersebut. Kami bergotong royong membersihkan kotoran di dalam masjid itu. Jemaah kami, Badrul Munir melaungkan azan dengan sayu kemudian kami solat sunnat 2 rakaat di rumah Allah yang telah hampir 20 tahun kesepian. Selepas kami bersihkan masjid tersebut sekadar yang termampu, kami beredar dengan perasaan sedih.”

Setelah beredar dari masjid kami diberitahu oleh peniaga Pakistan itu yang ada 2 keluarga yang masih beragama Islam. Kami buat keputusan utk menziarahi mereka. Pakcik Awang yang berketurunan Bajau dan memang asal dilahirkan Muslim. isterinya anak tempatan, keturunan Sungai yg memeluk agama Islam. Bapa dan adik beradik isterinya semuanya sudah murtad. Beliau menceritakan sejarah pengislaman dan kemurtadan beramai- ramai di kampung Langkabong ini.

Di sekitar tahun 1979- 82 berlaku pengislaman beramai- ramai (lebih kurang 370 orang) di kampung Langkabong. Selepas pengislaman tersebut sebahagian dari mereka telah ditarbiyah dan dilatih di Pusat Dakwah di Keningau selama 3 Tahun. Mereka ini termasuklah adik ipar kepada Pakcik Awang tadi yang bernama Abdul. Balik dari kursus tersebut, Abdul telah dilantik sebagai Bilal Masjid Langkabong. Selepas itu berlaku usaha gigih missionary (pendakyah) Kristian yang bermati-matian melakukan proses kristianisasi di Kampung Langkabong sehingga seorang demi seorang telah murtad termasuklah Bilal masjid sendiri yg sampai sekarang masih menggunakan nama Abdul. Masjid Langkabong akhir sekali digunakan di sekitar tahun 1996 menurut Pakcik Awang.

Dakyah missionary ini paling kuat. Target mereka ingin mengkristiankan seluruh Sabah.

Mengikut Imam Daerah Tongod, Ustaz Daim yg kami temui di Masjid Entilibon, kawasan 3T ini adalah sasaran yg terkuat missionary Kristian di seluruh Sabah. 3T tersebut ialah Telupid, Tongod, Takungan.

Gejala kemurtadan ini berlaku bukan saja di kampung Langkabong malahan di seluruh Sabahnya bahkan di seluruh dunia.

Ianya berlaku apabila umat Islam sebagai pendokong agama yang haq tidak menjalankan tugas mereka yang sebenarnya sebagai Dae'i Allah sebaliknya seruan bathil telah bergerak dan memainkan peranan mereka utk merosakkan akidah umat islam.

Kata Syeikh Saad Al Kandahlawi, "Gejala kemurtadan tidak akan berlaku dalam kalangan ummat Islam jika setiap ummat Islam menjadikan diri mereka dae'i ".

Beliau menceritakan kisah seorang sahabat Nabi saw iaitu Sayyiduna Abdullah B. Huzafah r.hu yang mempertahankan keimananya dari seruan kemurtadan walaupun diberi tawaran dunia dan ugutan bunuh.Sehinggakan beliau menangis kerana hanya dikurniakan satu saja nyawa.Katanya 'Kalaulah nyawaku sebanyak bulu-bulu di badanku, nescaya akan aku korbankan satu persatu untuk agama Allah'. Boleh rujuk kisah beliau dalam Hayatush Sahabah, jilid 2.

Semoga kita semua jadikan diri kita, seluruh keluarga kita dan seluruh ummat sebagai Dae'i.. InsyaAllah.

Coretan dari Dr. Rosmadi Nawi dan hasil suntingan oleh saya (Anak Pendang Sekeluarga)





Masjid Dipendalaman Sabah Tidak Diazankan Sejak 1996 solat sunat

masjid di sabah ditinggalkan penduduk kerana murtad

jemaah dr di sabah
P/s : Dengan pendedahan ini, jangan tunding jari lagi mencari salah siapa, apa sumbangan kita selama ini, muhasabah diri lebih baik dari mengeji orang lain. :)
Kejutan di surau MRSM
  • Mohamad menunjukkan muka surat al-Quran yang didapati kehilangan beberapa ayat suci ketika ditemui di rumahnya di Kampung Neting. Mohamad menunjukkan muka surat al-Quran yang didapati kehilangan beberapa ayat suci ketika ditemui di rumahnya di Kampung Neting.
1 / 1
TUMPAT - Warga Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Tumpat, di sini, menerima kejutan apabila mendapati beberapa ayat suci hilang daripada al-Quran milik surau di institusi pengajian peringkat menengah itu.

Imam solat terawih di surau MRSM Tumpat, Mohamad Deraman berkata, dua muka surat al-Quran terbabit yang didapati hilang adalah surah Al-Fatihah dan surah Al-Baqarah.

Menurutnya, ketika meneliti al-Quran bersaiz 4x8 inci itu, dia mendapati ayat 1 hingga 7 surah Al-Fatihah hilang manakala pada surah Al-Baqarah pula, ayat 1 hingga 4 didapati hilang.

"Pada surah Al-Fatihah, yang tinggal hanya kalimah ALLAH dan bunga-bunga akhir ayat. Pada surah Al-Baqarah pula, tinggal hanya perkataan ALLAH dan Robbihin, iaitu nama-nama ALLAH.

"Saya harap perkara ini tidak disalah tafsir, sebaliknya diambil sebagai peringatan oleh seluruh umat Islam agar memperbanyakkan amalan membaca al-Quran," katanya.

Kejadian itu turut disedari oleh salah seorang pelajar MRSM Tumpat ketika ingin membaca al-Quran itu pada hari ketiga Ramadan.

Al-Quran berusia lebih 10 tahun itu diserahkan kepada Mohamad yang merupakan bekas imam Masjid As-Somadi, Geting, dekat sini dan disimpan di rumahnya di Kampung Neting.

Kata Mohamad, ini kali kedua dia melihat kejadian ayat al-Quran hilang kerana kejadian sama pernah dilalui ketika belajar di Pondok Pasir Tumboh pada 1998.



 

Tiada ulasan: