Rabu, 16 Julai 2014

SAMSENG/MENYOMBONG TAK BERTEMPAT

Masjid Gaza ranap dibedil roket Israel

masjid-gaza-m
GAZA, 13 Julai:
Kekejaman tentera Israel dalam serangannya ke atas Gaza, bukan sahaja membunuh nyawa tidak berdosa dalam kalangan kanakkanak dan wanita, malah rejim Yahudi itu turut membedil masjid serta kem pelarian sebagai sasaran mereka.
Menurut jurucakap Hamas di Doha, Qatar, Israel buat kali pertama dalam serangannya membedil dua buah masjid semalam, mengakibatkan rumah ibadat itu ranap.
“Tindakan Israel membedil dua buah masjid dalam tempoh semalaman, memperlihatkan betapa bencinya rejim itu terhadap Islam.
“Saya berharap insiden ini akan membuka mata penduduk Islam seluruh dunia untuk menyokong Palestin,” katanya.
Tentera Israel turut menyiarkan pemandangan udara masjid itu dibom, dengan alasan rumah ibadat itu dijadikan lokasi persembunyian senjata oleh kumpulan pejuang.
Dakwa rejim tersebut, kumpulan pejuang seperti sayap tentera Hamas dan Jihad Islam sengaja menggunakan masjid untuk menyembunyikan senjata sekali gus membahayakan nyawa orang awam.
“Anggota pejuang Hamas sengaja meletakkan nyawa penduduk awam dalam bahaya. Mereka terus menggunakan orang awam sebagai perisai,” dakwa jurucakap tentera Israel, Leftenan Kolonel Peter Lerner.
Lebih memburukkan keadaan, serangan Israel turut mengenai kawasan kem pelarian Nusseirat menyebabkan sejumlah rakyat Palestin terbunuh dan cedera selain bot-bot nelayan musnah.
Rejim Zionis dilihat cuba melumpuhkan punca pendapatan penduduk Palestin dengan mensasarkan roket ke arah kawasan penduduk awam.


 

12:18PM - 16 Jul 2014

Kes pertikaian hak paten alat pengimbas Kastam


Dua syarikat China dan sebuah firma tempatan terbabit dalam perebutan hak paten berikut pemasangan dua alat pengimbas trak kargo untuk Jabatan Kastam Diraja di Bukit Chagar, Johor.

Syarikat China, Nuctech Company Ltd, yang sebelum ini telah menyediakan alat pengimbas untuk jabatan itu, memfailkan saman terhadap syarikat tempatan, Pan Asiatic Technologies Sdn Bhd (PAT), dan sebuah syarikat saingan dari China yang terdiri daripada bekas pekerjanya atas dakwaan melanggar paten.

Ia mendakwa bahawa kemudahan di Bukit Chagar itu telah menggunakan teknologi yang dipatenkannaya untuk alat pengimbas trak kargo di situ.

Selain menamakan PAT dan pengarahnya, termasuk bekas setiausaha politik kepada Datuk Seri Najib Abdul Razak, ketika beliau menjadi TPM, Datuk Seri Alies Anor Abdul, ia juga menamakan pihak ketiga, Powerscan Company Ltd sebagai defendan dalam saman yang difailkan November lepas.

Powerscan didakwa telah menyediakan alat mengimbas di Bukit Chagar.

Sebaliknya, Powerscan telah memfailkan tuntutan balas terhadap Nuctech dan rakan kongsinya, Tsinghua University untuk mengenepikan tuntutan hak paten oleh Nuctech, dengan alasan teknologi yang disediakannya adalah milik mereka sendiri yang telah difailkan di Malaysia dan telah dinamakan.

PAT memeterai perjanjian dengan kerajaan Malaysia pada 30 April tahun lepas untuk menyediakan empat alat pengimbas, di mana Nuctech mendakwa teknologi yang disediakan oleh Powerscan adalah sama atau serupa dengan sistemnya.

Nuctech mendakwa ia telah memohon sistem itu dipatenkan pada tahun 2006 dan telah diberikan hak paten pada 14 Januari 2011. Syarikat itu juga memfailkan saman yang sama terhadap Powerscan dan syarikat sekutunya, Beijing Energy Detection Inc.

Nuctech memohon satu perintah bahawa defendan telah menyediakan sistem tersebut kepada Jabatan Kastam, inkuiri tentang kerugian yang dilami, serta gantirugi teruk dan teladan.

PAT, dalam pernyataan pembelaannya pula mendakwa ia telah memohon satu sistem pengimbasan alternatif selepas sistem Nuctech, yang telah dipasang di Pelabuhan Utara, Pelabuhan Klang pada 2010, kerap rosak.

Hasilnya, ia telah berjumpa dengan Powerscan pada tahun yang sama sebagai alternatif untuk membekalkan peralatan di Johor.

Syarikat Bumiputera tempatan, yang mana pengarahnya ialah Datuk Abdul Karim Mohd Hanapiah dan Goh Chu Leong, juga dinamakan sebagai defendan, kerana ketika itu mengupah Powerscan untuk membekalkan peralatan baru yang dikehendaki oleh Jabatan Kastam.
1:53PM - 16 Jul 2014

Polis siasat MP PAS bawah Akta Hasutan


Polis sedang menyiasat MP PAS Shah Alam MP Khalid Samad yang didakwa menghasut berikutan kenyataannya yang meminta kerajaan Selangor menghapuskan kuasa eksekutif Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

Seorang pegawai polis hari ini merekod kenyataan seorang wartawan Malaysiakini mengenai kenyataan Khalid itu, yang dibuat semasa sidang akhbar pada 17 Jun di lobi Parlimen.

Satu laporan polis itu dibuat oleh bekas setiausaha PAS Selangor Norman Toha pada 18 Jun lalu terhadap Khalid dan tiga ahli parlimen PAS lain yang turut berada di sidang akhbar tersebut.

Norman kini merupakan setiausaha agung kumpulan hak Melayu Jalur Tiga (Jati).

Laporan polis itu dibuat di Balai Polis Klang Utara mendakwa keempat-empat anggota parlimen itu melakukan hasutan dalam kenyataan mereka.

Wednesday, 16 July 2014


KINI KERETA PEUGEOT CDM 25 MENJADI PERHATIAN UMUM KEMANA SAJA DIA BERADA.



Itulah pasal .. terlajak perahu boleh berundur .. terlajak perangai samseng habis satu keluarga dapat malu.

Kini kereta Peugeot 208 warna putih nombor plate CDM 25 menjadi cukup terkenal di tempat yang salah.. kemana sahaja berada sudah menarik perhatian orang ramai.

Apakah ada lagi rakyat mau berurus niaga dengan tuan punya kereta ini yang terserlah panas baran tanp bertempat dan biadap melampau kepada warga emas hanya disebabkan dia memandu kereta buruk???

Orang ramai jika terserempak dengan kereta ini pasti melihat bahagian kereta yang tergesel oleh warga emas itu .. maka jelas ianya bukan kemek pun .. sekadar calar jer ( ikut maklumat )... tapi yang dia meroyan macam kena rasuk hantu itu yang buat rakyat cukup berbulu.

Gara-gara keretanya dilanggar dari belakang, seorang wanita mengamuk, hilang pertimbangan dan aksi amukannya itu sempat dirakamkan pengguna jalan raya lain yang berada di tempat kejadian.

Video berdurasi lebih dua minit itu menunjukkan seorang wanita berbaju hitam dan bertudung memukul kereta pemandu yang melanggarnya berulang kali dengan pengunci stereng dan meminta bayaran ganti rugi.

"Bayar saya sekarang. Saya ambil kunci kereta kamu. Ini kereta baru, bodoh! Apa yang awak dah buat kepada kereta saya? Tengok!" katanya dan kemalangan itu menyebabkan kesesakan lalu lintas teruk pada waktu itu.

Bagaimanapun, lelaki yang agak berusia yang melanggar keretanya itu tenang menghadapi  wanita itu.

"Saya bukan sengaja. Jangan buat macam tu kepada saya," katanya yang dipercayai seorang lelaki Cina.

Walaupun kemalangan itu hanya pelanggaran kecil, wanita itu meminta bayaran ganti rugi yang tidak masuk akal kepada lelaki itu.

"Bayar saya sekarang RM2,000. Tengok plat kereta saya. Kereta baru lagi!" kata wanita yang memandu kereta Peugeot berwarna putih.

Bagaimanapun, lelaki itu enggan membayar dan terpinga-pinga setelah kunci keretanya diambil.

"Saya akan bayar awak," katanya yang memandu Proton Wira model lama.12:26PM - 16 Jul 2014

Polis siasat wanita dalam video buli jalan raya


Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata polis akan menyiasat wanita yang dirakam membuli seorang lelaki tua selepas satu kemalangan jalan raya dan videonya tersebar meluas di Internet sejak semalam.

"Kita akan siasat dia di bawah (kes) buli jalan raya.

"Saya pun baru tadi tengok footage (rakaman) itu.

"Garang sungguh dia, ketuk sana ketuk sini," katanya merujuk kepada rakaman itu yang memaparkan perempuan tersebut mengetuk kereta lelaki tua yang didakwa melanggar keretanya.

Menurut Khalid, wanita dalan video itu sepatutnya membuat laporan polis dan bukan mengancam lelaki warga emas tersebut.

"Kalau betul berlaku kemalangan, buatlah laporan janganlah ambil tindakan.

"Tindakannya itu dah dikira sebagai pembuli jalan raya dan kita akan ambil tindakan terhadap dia," katanya lagi.

Ditanya sama ada siasatan polis dibuat berdasarkan laporan polis oleh lelaki warga emas itu sendiri, Khalid menjelaskan dalam kes begini, polis bertindak berdasarkan rakaman video itu sendiri yang sudah ditonton polis.

"Dia buat laporan atau tak lapor, kita akan siasat kerana kita sudah tengok video itu," katanya.

Beliau sebelum itu menyampaikan sumbangan kuih raya kepada pegawai-pegawai tertinggi polis untuk diagih-agihkan kepada kira-kira 5,000 orang polis yang akan bertugas sewaktu Hari Raya Aidil Fitri akan datang.


Padah 'naik hantu'

Oleh Asmah Rusman
Kuala Lumpur: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menyiasat wanita yang bertindak ganas terhadap seorang lelaki tua ketika kemalangan di Kuantan, Pahang selepas rakaman video kejadian itu menjadi viral sejak petang semalam.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, wanita berkenaan akan disiasat mengikut undang-undang jalan raya kerana bertindak sebagai pembuli jalanan."Saya sudah melihat rakaman video itu pagi tadi, kita akan siasat wanita itu. Kalau kemalangan bukan itu caranya tetapi dia perlu membuat laporan polis bukan bertindak sendiri.

"Tindakannya itu mengundang bahaya dan dianggap sebagai pembuli jalan raya yang menyalahi undang-undang," katanya ketika sidang media penyerahan bungkusan Aidilfitri kepada pegawai dan anggota PDRM di Bukit Aman, tadi.
Foto

Beliau berkata, meskipun lelaki di dalam video itu tidak tampil membuat laporan polis, pihaknya akan tetap mengambil tindakan dan menyiasat wanita itu.

"Kalau tiada laporan polis kita akan buat laporan terhadap wanita itu kerana rakaman video itu sudah tersebar dan menjadi bukti kejadian," katanya.

Kebanyakan pengguna laman sosial menyelar tindakan wanita itu yang dianggap biadap. Namun ada juga pengguna merasakan perkara ini patut diselesaikan pihak polis.

Polis akan ambil tindakan terhadap wanita pandu Peugeot putih - KPN

KUALA LUMPUR: Polis akan mengambil tindakan terhadap wanita yang didakwa membuli seorang lelaki tua dengan menggunakan batang kunci stereng seperti yang tersebar dalam laman sosial, sejak semalam.

"Kita akan siasat dia di bawah (kes) buli jalan raya. Saya pun baru tengok rakaman itu. Garang sungguh dia, ketuk sana ketuk sini," katanya.
Perkata itu diumumkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam sidang media selepas menyampaikan sumbangan Aidilfitri kepada anggota polis di Bukit Aman, sebentar tadi.

Pada Isnin lalu, lelaki warga emas dipercayai melanggar kereta Peugeot 208 milik seorang wanita di Kuantan sehingga menyebabkan pemilik kereta berkenaan mengamuk sambil mengeluarkan pengunci stereng sebagai ancaman kepada lelaki warga emas itu, namun difahamkan lelaki berkenaan sudah memaafkan perbuatan wanita berkenaan.

Difahamkan, lelaki warga emas dalam lingkungan awal 60-an itu memandu kereta Proton Wira dan secara tidak sengaja terlanggar kereta wanita dalam lingkungan akhir 20-an berkenaan di sebuah tempat letak kereta berhampiran sebuah pusat membeli-belah di Kuantan.

Kejadian itu dirakam oleh orang awam yang berada di tempat kejadian sehingga video berdurasi 2.33 minit yang dimuat naik di laman sosial seperti Facebook, Twitter dan juga YouTube menjadi ‘viral’ dan ‘trending’.

Video perempuan mengamuk kereta dilanggar, tersebar luas di laman sosial



Aksi wanita bertudung mengamuk dengan pengunci stereng kereta kini tersebar luas dan dikecam warga media sosial. Gambar daripada youtube, 16 Julai, 2014.Aksi wanita bertudung mengamuk dengan pengunci stereng kereta kini tersebar luas dan dikecam warga media sosial. Gambar daripada youtube, 16 Julai, 2014.Gara-gara keretanya dilanggar dari belakang, seorang wanita mengamuk, hilang pertimbangan dan aksi amukannya itu sempat dirakamkan pengguna jalan raya lain yang berada di tempat kejadian.
Video berdurasi lebih dua minit itu menunjukkan seorang wanita berbaju hitam dan bertudung memukul kereta pemandu yang melanggarnya berulang kali dengan pengunci stereng dan meminta bayaran ganti rugi.
"Bayar saya sekarang. Saya ambil kunci kereta kamu. Ini kereta baru, bodoh! Apa yang awak dah buat kepada kereta saya? Tengok!" katanya dan kemalangan itu menyebabkan kesesakan lalu lintas teruk pada waktu itu.
Bagaimanapun, lelaki yang agak berusia yang melanggar keretanya itu tenang menghadapi  wanita itu.
"Saya bukan sengaja. Jangan buat macam tu kepada saya," katanya yang dipercayai seorang lelaki Cina.
Walaupun kemalangan itu hanya pelanggaran kecil, wanita itu meminta bayaran ganti rugi yang tidak masuk akal kepada lelaki itu.
"Bayar saya sekarang RM2,000. Tengok plat kereta saya. Kereta baru lagi!" kata wanita yang memandu kereta Peugeot berwarna putih.
Bagaimanapun, lelaki itu enggan membayar dan terpinga-pinga setelah kunci keretanya diambil.
"Saya akan bayar awak," katanya yang memandu Proton Wira model lama.
Antara komen pengguna YouTube menyelar wanita itu adalah Muhd Zakwan: "Perempuan ni period ke sampai macam tak ada otak langsung."
Ken Lawliet pula berkata:"Hei makcik. Awak tu Muslim. Tak patut bertindak macam tu. Guna pengunci kereta? Memalukan dan bodoh."
Haaziq Khalid berkata:"Satu Malaysia benci kau. Kau patut hibernate dalam gua!"– 16 Julai, 2014.

Rabu, 16 Julai 2014

Menteri UMNO kantoi salahguna kuasa jadi macai penjual carpet!!

Dua minggu lalu, National Oversight & Whistleblowers Centre (NOW) telah mendapat beberapa dokumen penting yang menjadi bukti campur tangan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan dalam hal ehwal pentadbiran Bank Rakyat semata-mata untuk menyelamatkan seorang niagawan yang dilaporkan rapat dengan Perdana Menteri dan isterinya, iaitu Deepak Jaikishen.

Kesemua 13 dokumen yang diserahkan kepada NOW melibatkan surat menyurat rasmi di antara Bank Rakyat dan Menteri terbabit, kertas-kertas Lembaga Pengarah, memo dalaman dan lain-lain.

Setelah meneliti dokumen-dokumen ini, saya berpendapat bahawa ia bukan sahaja menjadi bukti campur tangan Menteri di dalam pengurusan Bank Rakyat, malah memberi gambaran betapa besarnya jumlah hutang Deepak Jaikishin dengan Bank Rakyat dan bagaimana dia telah mendapat layanan istimewa dari Bank Rakyat selama ini.

Bermula dari hari ini, NOW akan mendedahkan dokumen ini satu persatu untuk menjadi bukti terhadap Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan dan Datuk Mustafha Razak, Pengarah Urusan Bank Rakyat kerana saya percaya ada asas yang kukuh telah berlakunya penyelewengan dan pecah amanah.

Bersama-sama ini saya sertakan surat dari Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan kepada Datuk Mustafha Razak yang mengarahkan Bank Rakyat memberi layanan istimewa yang bertentangan dengan amalan biasa pentadbiran pinjaman Bank Rakyat setelah satu pertemuan diadakan di antara menteri, wakil Bank Rakyat dan Deepak Jaikishen pada 30 Januari 2014.


NOW juga akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap menteri terbabit pada hari Jumaat 18 Julai 2014 jam 11 pagi di ibu pejabat SPRM Putrajaya.

Satu laporan terhadap Pengarah Urusan Bank Rakyat pula akan dibuat dengan Jabatan Siasatan Jenayah Perdagangan (CCID) pada hari Jumaat, 18 Julai 2014 jam 3 petang di ibu pejabat PDRM, Bukit Aman. 

NOW akan mendedahkan dokumen-dokumen ini sepanjang bulan ini sehinggalah tindakan diambil oleh pihak berkuasa terhadap kedua-dua mereka.


RAFIZI RAMLI
Ahli Parlimen Pandan
Pengarah Eksekutif NOW

Wednesday, 16 July 2014

KETUA POLIS NEGARA MENGESAHKAN BAHAWA POLIS KINI SEDANG MENYIASAT KAK LONG CDM 25 ATAS KESALAHAN PEMBULI JALANRAYA.


Sudah jatuh ditimpa tangga dan tercium tahi ayam ... begitulah nasib Kak Long CDM 25 yang membuli, mengherdik dan menghina memaki hamun seorang warga emas hanya disebabkan keretanya tergesel sedikit atas kecuaian yang tidak di sengajakan.

Di alam siber teruk gaban dia kena hentam kiri kanan sampai akaun FBnya ditutup dan panggilan talipon kotak suara penuh sampai tidak boleh menerima pesanan lagi.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata polis akan menyiasat wanita yang dirakam membuli seorang lelaki tua selepas satu kemalangan jalan raya dan videonya tersebar meluas di Internet sejak semalam.

"Kita akan siasat dia di bawah (kes) buli jalan raya.

"Saya pun baru tadi tengok footage (rakaman) itu.

"Garang sungguh dia, ketuk sana ketuk sini," katanya merujuk kepada rakaman itu yang memaparkan perempuan tersebut mengetuk kereta lelaki tua yang didakwa melanggar keretanya.

Menurut Khalid, wanita dalan video itu sepatutnya membuat laporan polis dan bukan mengancam lelaki warga emas tersebut.

"Kalau betul berlaku kemalangan, buatlah laporan janganlah ambil tindakan.

"Tindakannya itu dah dikira sebagai pembuli jalan raya dan kita akan ambil tindakan terhadap dia," katanya lagi.

Ditanya sama ada siasatan polis dibuat berdasarkan laporan polis oleh lelaki warga emas itu sendiri, Khalid menjelaskan dalam kes begini, polis bertindak berdasarkan rakaman video itu sendiri yang sudah ditonton polis.

"Dia buat laporan atau tak lapor, kita akan siasat kerana kita sudah tengok video itu," katanya.

Tuesday, July 15, 2014

Ibrahim Ali sarankan TLDM guna kayu untuk pertahan negara..


Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali berkata sekiranya pasukan keselamatan negara tidak boleh menggunakan senjata untuk menembak penceroboh, maka lebih baik mereka membawa kayu bagi mempertahankan negara, rakyat dan pasukan keselamatan.

Dengan nada menyindir, pemimpin politik veteran dan NGO pendesak Melayu itu menegaskan kerajaan tidak perlu lagi menghabiskan duit rakyat untuk membeli jika tidak boleh digunakan dengan sewajarnya.

"Logik akal, kalau pihak keselamatan bawa senjata, tapi tidak boleh guna bila jumpa musuh, maka lebih baik bawa 'kayu' sajalah.

"Tak payah habis duit rakyat beli apa jua senjata kalau tidak boleh guna. Ia seolah-olah membiarkan pasukan keselamatan dibunuh dulu oleh penceroboh.

"Apa-apa pun peraturan, apatah lagi menjaga kedaulatan negara, pentingkan dulu keselamatan pasukan keselamatan," katanya.

Ibrahim menyokong hasrat Panglima Tentera Laut Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar yang memohon kebenaran kerajaan supaya pasukan keselamatan menembak individu atau penceroboh yang memasuki perairan Sabah demi keselamatan negara, rakyat dan anggota keselamatan.

Sehubungan itu, Ibrahim menggesa kerajaan dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membenarkan hasrat Tentera Laut Diraja Malaysia itu demi maruah, keselamatan dan kedaulatan negara.

"PERKASA menggesa kerajaan dan perdana menteri benarkan hasrat TLDM (itu) untuk (pasukan keselamatan) tembak penceroboh," kata Ibrahim lapor Malaysiakini

Kerajaan patut terima kritikan, Khairy sokong hapus larangan kritik kerajaan

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata, pihaknya menyokong Akta Hasutan 1948 dihapus kerana berasa ia tidak lagi relevan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 15 Julai, 2014.Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata, pihaknya menyokong Akta Hasutan 1948 dihapus kerana berasa ia tidak lagi relevan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 15 Julai, 2014.Pemuda Umno menyokong peruntukan yang melarang kritikan terhadap kerajaan di bawah Akta Hasutan 1948 tidak dimasukkan ke dalam Akta Keharmonian Nasional ‎(NUCC).
Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata, pihaknya menyokong peruntukan itu dihapuskan kerana tidak relevan lagi dalam arus demokrasi moden.
"Wujud peruntukan dalam Akta Hasutan kalau timbulkan kebencian terhadap kerajaan adalah satu kesalahan.
"Kerajaan patut terima kritikan. Kami rasa dalam demokrasi moden kini ia sudah tidak masuk akal," katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Pemuda Umno di Bangunan PWTC di Kuala Lumpur, hari ini.
Namun, katanya kritikan terhadap beberapa prinsip tidak boleh dikompromi terutamanya membabitkan isu diraja, agama, kaum.
Katanya, beberapa “garis merah” (isu sensitif antara kaum) turut ditekankan jika NUCC diwujudkan bagi menggantikan Akta Hasutan, antaranya dasar kerajaan berkaitan Bumiputera seperti Majlis Amanah Rakyat (Mara), Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Amanah Saham Bumiputera (ASB).
"Walaupun tidak ada  dalam Perlembagaan Persekutuan, tetapi ia berasaskan semangat Perkara 153. Jadi, perkara ini tidak perlu dianggap sebagai satu bentuk diskriminasi," katanya.
Sementara itu, Khairy berkata pihaknya akan membangkitkan cadangan ke mesyuarat Kabinet esok supaya Bayaran Permit Kemasukan Kenderaan (VEP) dikenakan kepada rakyat Singapura yang mahu masuk ke Malaysia, sama seperti dilakukan kerajaan republik itu.
Katanya, negara akan rugi dari segi pendapatan jika tidak mengenakan bayaran kepada rakyat Singapura yang menggunakan jalanraya dan bebas keluar masuk Malaysia tanpa melangsaikan hutang saman.
"Mereka menyebabkan kesan kepada ribuan rakyat tempatan yang pergi ke Singapura.
"Jadi adil kepada kita juga kerana kita nak guna duit untuk menyelenggara jalan yang mereka gunakan," katanya.
Beliau yakin warga Singapura tidak akan berasa terjejas dan akan masuk ke Malaysia seperti biasa jika caj kenderaan dikenakan.
Bermula 1 Ogos ini, VEP bagi kenderaan asing berdaftar ke Singapura dinaikkan dari S$20 (RM51) kepada S$35 (RM90) sehari, manakala bagi motosikal asing berdaftar kekal pada S$4 (RM10) setiap hari.
VEP bagi Permit Kenderaan Barangan (GVP) dan kenderaan asing berdaftar juga akan dinaikkan kepada S$40 (RM102) berbanding S$10 (RM25) sebulan.
Kenaikan itu dikecualikan bagi kenderaan awam, bas atau teksi. – 15 Julai, 2014.

Tiada ulasan: