Jumaat, 11 Julai 2014

BILA OTAK TAK DIDIK CARA ISLAM YANG TULEN....DASAR IKUT SESUKA HATI DAN NAFSU....JENIS COP AYAM

Friday, July 11, 2014


Kejutan demi kejutan Komando dari Gaza YAng Tidak Kita Ketahui


Kejutan demi kejutan dari Gaza.

Israel diketahui sebagai 'negara haram' mempunyai angkatan tentera terkuat di Timur Tengah setelah dibantu oleh Amerika Syarikat yang memiliki kecanggihan keupayaan ketenteraan terhebat di dunia.

Namun segala kehebatan ini tidak menafikan bahawa regim Zionis ini juga terkesan dengan keupayaan luar biasa lawannya yang telah dikepung buat sekian lamanya di wilayah yang relatif saiznya sekangkang kera.

1-Komando Amfibia...

Keupayaan Hamas memiliki pasukan komando amfibia yang kemudiannya berjaya melepasi masuk ke wilayah terjajah 'Israel' daripada Gaza yang terkepung ini adalah sesuatu yang belum pernah dijangka tentera penjajah regim Zionis.

2-Komando Darat

Kelicikan pasukan Komando Darat al Qassam yang berjaya masuk dan kemudiannya membunuh 7 tentera regim Zionis di Ashkelon serta menawan seorang lagi tentera penjajah Zionis secara hidup-hidup adalah satu perkara yang mengaibkan mereka.

3-Roket baru R160

Dalam pertempuran yang terdahulu, roket M-75 al Qassam berjaya
mencapai sasaran sehingga 70-75 km. Namun kini, R-160 (Rantissy 160) dengan jangkauan 160 km telah pun terbukti dengan menyinggahi Haifa, bahagian yang paling utara di negara haram Israel.

Ini bererti, tiada lagi tempat yang selamat termasuklah Tel Aviv dan Khudaira sehingga menyebabkan seluruh 'rakyat' Israel terpaksa mencari lokasi persembunyain yang selamat disebabkan ketakutan mereka yang luar biasa.

Bukan itu sahaja, al Qassam adalah generasi manusia yang dibekalkan dengan kekuatan keimanan, kehangatan ukhuwah yang luar biasa dan memiliki kecintaan untuk syahid agar dapat bertemu Pencipta yang dirindui selama ini. Apatah lagi di bulan Ramadan al Mubarak ini.

Sedangkan pendokong Zionis adalah sebaliknya.

Anda mungkin juga meminati:

Messi Seorang Yahudi Yang Produktif Taat Setia

//
Walaupun pasukan Argentina sudah melayakkan diri ke final Piala Dunia FIFA edisi 2014 di Brazil, ayam tambatan pasukan itu Lionel Messi telah mendapat kecaman hebat dari jutaan penduduk dunia khususnya orang Islam.





Ribuan orang mula mematikan sokongan ke atas pemain itu dan pasukannya Barcelona selepas tersebarnya gambar pasukan dari La Liga itu sebenarnya menyokong Israel dan rejim Zionis.



Messi dilihat begitu ceria berdiri di samping Netanyahu yang telah memberi arahan kepada askar rejimnya membunuh dan melancarkan serangan udara ke atas pejuang Islam dari Palestin.

Beberapa keping gambar Messi yang juga Ketua Pasukan Argentina beramah mesra dengan Perdana Menteri Zionis Benjamnin Netanyahu.





Gambar tersebut dirakam ketika pasukan Barcelona dan Messi melawat Israel tahun lepas sebagai misi keamanan termasuk memberi harapan baru kepada rundingan damai antara Palestin dan Israel.





Gambar itu dipercayai telah diambil ketika FCB berkunjung ke bumi Palestin pada musim lalu. Ketika serangan Yahudi diperhebatkan ke atas Gaza, maka gambar berkenaan timbul kembali dan mengundang marah penyokong.

Latar Belakang Lionel Messi Sejarah Hidup Pemain Bola Sepak Barcelona


Lionel Messi sebenarnya berdarah yahudi dan merupakan berasal dari keluarga pendatang Yahudi di Argentina. Pada umur 8 tahun adalah usia Messi ketika memulai perjalanan kariernya di dunia bola sepak, Ternyata Lionel Messi sebenarnya seorang yahudi yang produktif taat setia

Dimaklumkan Neymar bekas pemain Santos dan pemain kebangsaan Brazil juga merupakan berketurunan bangsa yahudi ketika berkunjung ke Israel bersama Lionel Messi. Ada yang menggatakan bahawa kelab Barcelona sebenarnya dimiliki oleh Yahudi! Patutlah ramai pemain berketurunan Yahudi di dalam Barcelona, Argentina dan Brazil! Gambar foto yang disiarkan turut menunjukkan beberapa pemain yahudi berdoa di Israel selain Neymar dan Lionel Messi. Dalam diam pendatang Yahudi diangkat dan dibantu untuk menaikkan nama Yahudi Zionis dipersada antarabangsa dalam arena bola sepak! Anda peminat mereka?

Sumber katakcomel.my

ANTARA KEBEBALAN DAN KEJAHILAN UMAT ISLAM AKHIR ZAMAN.
Negara Jepun, Korea Selatan, Amerika dan banyak negara-negara di eropah kerap bertukar kerajaan tak de masalah pun malah negara mereka semakin Maju.
Tetapi di negara-negata dunia ketiga, negara mundur dan di kebanyakkan negara2 arab mengekalkan kerajaan masing2 puluhan tahun lamanya..
Nampak sangat orang melayu ni bodoh. Negara2 arab masih di takuk lama..
Negara dihuni oleh Umat Islam tetapi tetap melakukan perkara yg syirik terhadap Allah dgn menganggap para pemimpin bagai dewa sembahan yg memberi rezeki..
Teuku Zacharyah Iskandar9:38PM - 10 Jul 2014

Produk Majun Burung Unta disahkan beracun

Kementerian Kesihatan (KKM) memberi amaran kepada orang ramai supaya menghentikan pengambilan produk kesihatan, Majun Burung Unta.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata orang awam dinasihatkan tidak membeli atau menggunakan produk tidak berdaftar itu yang didakwa boleh merawat lemah tenaga batin, sakit saraf, sakit pinggang, sendi lutut, sakit jantung dan sebagainya.

"Melalui satu kajian oleh Pusat Permonitoran Kesan Advers Ubat Kebangsaan, majun ini dikesan mengandungi Dexamethasone iaitu sejenis kortikosteroid yang dikawal di bawah Akta Racun 1952," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Katanya, orang ramai yang sedang menggunakan produk ini dinasihatkan untuk segera mendapatkan nasihat doktor serta rawatan di klinik atau hospital berhampiran.

Beliau berkata, antara kesan advers penggunaan produk ini termasuk peningkatan berat badan, peningkatan paras gula dalam darah dan sindrom cushing, yang mempunyai simptom muka membulat dan bahagian atas badan membesar tetapi lengan dan kaki seolah-olah mengecil.

Justeru, peniaga dinasihatkan segera menghentikan penjualan majun ini atau boleh didakwa mengikut Akta Jualan Dadah 1952 dan Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 yang boleh dipenjara maksimum tiga tahun atau denda tidak melebihi RM25,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Orang awam yang mempunyai maklumat mengenai produk tidak berdaftar ini dinasihatkan supaya menghubungi Bahagian Perkhidmatan Farmasi, KKM di talian 03-78413200 atau emel kepada pharmacy1@moh.gov.my untuk tindakan lanjut.

- Bernama

ANTARA KEBEBALAN DAN KEJAHILAN UMAT ISLAM AKHIR ZAMAN.
Negara Jepun, Korea Selatan, Amerika dan banyak negara-negara di eropah kerap bertukar kerajaan tak de masalah pun malah negara mereka semakin Maju.
Tetapi di negara-negata dunia ketiga, negara mundur dan di kebanyakkan negara2 arab mengekalkan kerajaan masing2 puluhan tahun lamanya..
Nampak sangat orang melayu ni bodoh. Negara2 arab masih di takuk lama..
Negara dihuni oleh Umat Islam tetapi tetap melakukan perkara yg syirik terhadap Allah dgn menganggap para pemimpin bagai dewa sembahan yg memberi rezeki..
Teuku Zacharyah Iskandar
Admin FB : Anak Muda Bangkit Hancurkan UMNO


10 KALANGAN MANUSIA YANG SOLAT NYA TIDAK DITERIMA ALLAH




Beikut adalah 10 KALANGAN MANUSIA YANG SOLAT NYA TIDAK DITERIMA ALLAH

10 KALANGAN MANUSIA YANG SOLAT NYA TIDAK DITERIMA ALLAH

Didalam beberapa kitab, ada disebutkan bahawa solat adalah amalan yang paling disukai Nabi Muhammad S.A.W. Namun, beringatlah ada 10 golongan yang tiada diterima solatnya:



1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu. 

2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat. 

3. Orang lelaki yg menjadi imam, padahal orang yg menjadi makmum membencinya. 

4. Anak lelaki yang melarikan diri dari rumah tanpa izin ibu bapanya. 

5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (taubat). 

6. Orang perempuan yg suaminya marah/menegurnya lalu dia memberontak. 

7. Orang perempuan yang tidak menutup aurat. 

8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim 

9. Orang-orang yang suka makan riba’. 

10. Orang yang solatnya tidak menahannya dari terus melakukan perbuatan yang keji dan mungkar.” 


Adakah anda telah selesai membacanya ? Mari kita sama-sama muhasabah diri dan boleh sebarkan kepada semua untuk pelaburan pahala diakhirat kelak.

"Kita kena ingat mati, supaya perasaan untuk mengejar ilmu di dunia dan akhirat akan sentiasa menjadi keutamaan.
Beribadahlah seperti kita akan mati esok." - TGNA


Selamat tinggal sahabat sahabat sekelian aku akan pergi timur Hama untuk beberapa hari kerana ada pertempuran yang besar kalau umur panjang insyaAllah kita jumpa lagi. Pagi tadi ada pertempuran besar sahabat sahabat lain menyertai Allah memberi kemenangan kepada mereka lebih 20 terbunuh di kalangan tentera Bassyar 2 buah kereta kebal dan sebuah BMP juga sebuah penangkis kapal terbang berjaya di rampas.
Berdoalah Semoga Allah memberi kemenangan dan Semoga aku mendapat syahid .
Tidak ada pemisah diantara aku dan syurga Allah melainkan sebiji peluru singgah di dadaku.

Gambar Yang Mengejutkan Dari Seorang Sultan

Gambar yang sangat mengejutkan! Jikalau anda tahu, siapakah gerangan dalam gambar ni? Tidak syak lagi, itulah Sultan Kelantan..



Semoga Allah mengurniakan kesihatan dan keselamatan kepada Tuanku.. Selamba je Tuanku, tanpa bodyguard hanya dikelilingi oleh ahli jemaah masjid dan makan menggunakan tangan, sehingga jemaah masjid disebelah asyik melihat kehairanan.

Hukum Seorang Bapa Memeluk dan Mencium Anak Perempuannya Yang Sudah Baligh




Hukum Seorang Bapa Memeluk dan Mencium Anak Perempuannya Yang Sudah Baligh

Soalan :

Apakah hukum seorang bapa memeluk dan mencium anak perempuannya sendiri yang telah baligh dan dewasa?

Jawapan:

Seorang bapa memeluk dan mencium anak perempuannya di bahagian kepala, pipi atau antara kedua matanya dalam bentuk kasih sayang adalah harus, sekalipun anak perempuannya telah baligh, besar dan dewasa dengan syarat bebas dari fitnah atau bebas dari rangsangan syahwat.

Namun dilarang dari mencium mulut, kerana ciuman mulut hanya di antara suami dan isteri kerana kebiasaannya ia dapat merangsangkan syahwat. Pernah ditanya kepada al-Imam Ahmad: “Bolehkah seorang lelaki mencium wanita yang mahram dengannya?” Jawab Imam Ahmad:

Maksudnya:  “(Boleh) Jika dia (lelaki itu) baru pulang dari permusafiran, dan dia tidak bimbangkan dirinya (dari fitnah).”

Kata Ibn Muflih:

Maksudnya: “akan tetapi tidak boleh melakukan ciuman pada mulut sama sekali, (sebaliknya) pada dahi atau kepala.” (al-Adab al-Syar’iyyah 2/256)

Di dalam al-Iqna’ (3/156) dinyatakan pula:

Maksudnya:  “Dan tidak mengapa bagi yang baru pulang dari permusafiran mencium wanita-wanita mahram dengannya, jika dia tidak bimbangkan (fitnah) terhadap dirinya. Akan tetapi jangan melakukan ciuman pada mulut, sebaliknya pada dahi atau kepala.”

Di dalam al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah 13/130 dinyatakan:

Maksudnya: “Tidak boleh bagi seseorang lelaki mencium mulut lelaki lain atau tangannya atau anggota lain, demikian juga tidak boleh seorang wanita mencium wanita lain, berpelukan dan bersentuhan badan dan seumpamanya. Semua itu (dilarang) jika dalam bentuk bersyahwat. Perkara ini tiada perbezaan di kalangan fuqaha’… adapun jika ciuman itu bukan pada mulut dan dalam bentuk kebaikan dan kemuliaan atau bertujuan kasih sayang ketika bertemu dan berpisah, maka tidak mengapa.”

Pernah ditanya kepada al-Syeikh Ibn Baz RH: “Apakah boleh seorang lelaki mencium anak perempuannya yang telah dewasa dan melepasi umur baligh, sama ada anak perempuan itu telah berkahwin atau belum, sama ada ciuman di tangan atau mulutnya dan seumpamanya. Jika anak perempuannya yang menciumnya di tempat-tempat itu apa pula hukumnya?”

Jawab beliau: “Tidak mengapa seorang lelaki mencium anak perempuannya yang telah dewasa mahupun yang kecil tanpa syahwat, dan dilakukan di pipi jika anak perempuan itu telah besar berdasarkan apa yang telah thabit daripada Abu Bakr al-Siddiq RA, yang pernah mencium anak perempuannya ‘Aisyah RA di bahagian pipi. (Namun) ciuman pada mulut kadang-kadang boleh menimbulkan syahwat, maka tidak melakukannya adalah lebih afdhal dan lebih berhati-hati. Demikian juga anak perempuan seseorang, boleh mencium bapanya di hidung atau kepada tanpa syahwat. Adapun jika beserta dengan syahwat, maka diharamkan semua perkara itu bagi mengelak fitnah dan menutup jalan kepada perkara yang keji.” (Fatawa Islamiyyah 3/78,79)

Wallahu a’lam.

Kisah menarik tentang bersedekah di Mekah

http://www.pendapatanda.com | .


Ini kisah menarik tentang amalan bersedekah yang dilakukan oleh seorang hamba Allah ketika berada di Tanah Suci Mekah. Kisah ini saya terdengar ketika sedang memandu di kawasan Kedah dalam satu atau dua bulan sudah.


Macam biasa bila memandu seorang diri atas lebuh raya, saya akan buka radio yang ada orang bercakap sebagai teman memandu. Tak dengar CD sebab semuanya rakaman dan bukannya perbualan secara live.
Jika buka radio terutamanya siaran radio tempatan, saya boleh dengar celoteh DJ secara live dan menyegarkan. Terasa macam ada orang hidup sedang berbual dengan kita yang boleh menghilangkan mengantuk.

Hari itu saya memandu menuju ke Pulau Pinang dari Kuala Perlis dan ketika melalui tanah Kedah kebetulan ada siaran radio yang berbicara tentang agama. Radio itu menjemput seorang Ustaz yang saya tak ingat siapa namanya sebab masuk siaran sekerat jalan.


Ustaz kongsi cerita menarik tentang sedekah

Ustaz ketika itu menceritakan tentang amalan sedekah dan kaitannya dengan mengikhlaskan diri. Katanya kalau nak bersedekah, kita berikan saja pada orang yang mahu disedekahkan tanpa berfikir dua atau tiga kali. Tak payah nak pandang ke belakang lagi selepas itu.
Ustaz itu lalu menceritakan pengalamannya pergi ke Mekah dengan seorang hamba Allah yang banyak duit. Hamba Allah itu berazam mahu banyak bersedekah ketika ditanah suci Mekah selepas tahu betapa baiknya amalan tersebut.

Apabila sampai di Mekah, hamba Allah itupun mula melakukan apa yang diniatkannya. Setiap kali bertemu dengan orang susah dia akan berikan wang. Tidak berhenti dia menghulurkan wang dan banyaklah jumlah wang yang disedekahkannya pada orang yang dilihatnya susah.

Satu hari dia sedang melakukan ibadah dan amalan sedekahnya di Masjidilharam macam biasa. Ada seorang pemuda yang elok rupa parasnya dan baik tubuh badannya sentiasa mengikuti Hamba Allah itu ke mana saja dia pergi.

Pemuda itu hanya melihat saja dia bersedekah tanpa buat apa-apa. Bila hamba Allah itu balik ke hotelnya, pemuda itu mengekori dari belakang dan ini disedari oleh hamba Allah tersebut. Bila dah hampir sampai ke hotel diapun menunggu pemuda itu dan memanggilnya.

Pemuda itu datang dan dia bertanya kenapa asyik mengekorinya dari tadi sampai sekarang. Pemuda itu tak kata apa-apa tapi dia mengangkatkan tangannya memohon sedekah dari Hamba Allah tersebut.

Melihat itu, dia lalu berkata kamu sihat tubuh badan, pakaian kemas dan rapi kenapa nak minta sedekah pula. Tak payah nak mengada-ngada. Pergi! jangan ikut aku lagi. Hamba Allah itu lalu berpaling dan meneruskan jalannya balik.

Tiba-tiba dia teringat akan azamnya yang nak banyak bersedekah, lalu dia berpaling semula ke belakang dengan cepat untuk melihat pemuda tadi. Tiada sesiapa di belakangnya itu. Pemuda itu hilang begitu saja tanpa dapat dikesan.

Selepas melalui pengalaman itu, dia terus bergegas mendapatkan ustaz dan menceritakan pengalamannya tersebut dan nampaknya dia rasa amat menyesal dengan sikapnya. Apakah dia tewas diuji dengan niatnya untuk berbanyakkan amalan bersedekah?


Apa pendapat anda dengan kisah menarik di atas?

Apa agaknya yang kita dapat belajar dengan kisah sebegitu sebagai pedoman dalam kehidupan kita. Adakah itu satu contoh bahawa kalau nak bersedekah tak payah nak selidik lagi pada siapa kita berikan sedekah tersebut?
Atau adakah urusan menyelidik pada siapa kita nak bersedekah itu tak perlu dilakukan jika kita berada di Tanah Suci Mekah?

Secara logiknya, semua orang tahu bahawa niat tidak menghalalkan cara. Jadi walaupun niat kita itu baik untuk sedekah pada orang miskin, kalau dah tahu bahawa orang-orang miskin itu sebenarnya menjadi pencacai secara paksa daripada pemeras keringat orang susah yang kejam, kenapa kita perlu terus juga memberikan wang pada mereka sedangkan kita tahu wang itu akan pergi pada manusia berhatibinatang tersebut?

Kalau kita dah tahu ada banyak penipu ambil kerja mudah jadi peminta sedekah sedangkan mereka kaya raya banyak duit hasil dari kerja minta sedekah itu, kenapa kita perlu juga berikan sedekah. Bukankah niat tidak menghalalkan cara...?

Kalau kita tahu bahawa ada orang yang mempergunakan kanak-kanak untuk ke hulu dan ke hilir untuk minta sumbangan atau sedekah dan wang yang kita salurkan pergi pada orang yang ambil kesempatan tu, kenapa kita perlu sedekah juga pada mereka? apakah niat baik kita menghalalkan cara bersedekah kita yang pastinya pergi pada orang yang tak guna...?

Apa pendapat anda?

Pas Kawasan Lenggong Perak's photo.
Tuuuuuuudiiiiiiaaaaaa denda RM150 klau bagi sedekah......

Photo: Tuuuuuuudiiiiiiaaaaaa denda RM150 klau bagi sedekah......

Asyraf Fadzli Jamaluddin's photo.
Sekarang baru faham, kenapa ada yang tak tutup aurat.

Photo: Sekarang baru faham, kenapa ada yang tak tutup aurat. :D

‘Soup kitchen’ diberi tempoh hingga Isnin untuk pindah, kata Ku Nan






Tindakan terhadap NGO itu nampak kejam tetapi ia perlu untuk mendisiplinkan masyarakat, kata Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Mansor. Gambar fail The Malaysian Insider.Tindakan terhadap NGO itu nampak kejam tetapi ia perlu untuk mendisiplinkan masyarakat, kata Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Mansor. Gambar fail The Malaysian Insider.Badan bukan kerajaan (NGO) Soup kitchen yang berpusat di Kuala Lumpur diberi tempoh hingga Isnin depan untuk berpindah keluar dari pusat bandar sekiranya tidak mahu dikenakan tindakan saman Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), kata Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini.
Menteri Wilayah Persekutuan itu berkata, tindakan itu diambil sebagai langkah serius kerajaan membersihkan kegiatan gelandangan dan pengemis di ibu negara.
Beliau berkata, kewujudan NGO yang memberi makanan kepada golongan gelandangan menyebabkan imej Kuala Lumpur terjejas teruk terutama daripada aspek kebersihan.
"Mengenai gelandangan ini kita bukan tidak cuba carikan kerja untuk mereka. Bila kita beri mereka kerja mereka tidak mahu kerana adanya NGO yang memudahkan mereka  mendapatkan makanan.
"Imej bandar raya terjejas teruk, bukan saja jalan kotor tetapi ada antara mereka penghidap HIV, penagih dadah," katanya pada sidang media di Kuala Lumpur hari ini.
Tengku Adnan berkata, meskipun tindakan tersebut kelihatan kejam namun ia terpaksa dilakukan untuk mendisplinkan masyarakat.
Katanya, NGO berkenaan juga perlu mencari lokasi lain luar dari pusat bandar sekiranya mahu memberikan makanan percuma.
Tengku Adnan berkata, DBKL juga menetapkan jarak dua kilometer dari pusat bandar bagi NGO untuk memberikan makanan percuma.
"Kalau mereka nak bagi makan jangan bagi makan dalam bandar paling kurang dua kilometer dari pusat belah Lot 10," katanya.
Beliau juga mengakui tindakan itu akan menyebabkan masyarakat tidak berpuas hati akan tetapi menegaskan ia adalah demi kebaikan.
"Saya tahu orang tidak gembira tapi percayalah ini untuk kebaikan. Jangan tempelak saya, tuduh saya bukan Islam kerana halang orang bagi sedekah.
"Kalau sedekah ada caranya, kita ada masjid, majlis agama Islam. Kalau bukan Islam di gereja, kuil bagi saja dan mereka akan agihkan," katanya.
Pada masa sama, beliau menegaskan DBKL juga tidak akan memberi muka kepada kegiatan peminta sedekah.
Beliau berkata pihaknya mendapati kebanyakkan peminta sedekah bukan merupakan warga Malaysia.
"Kerana itu dalam masa satu atau dua minggu kita akan buat standard prosedur penguatkuasaan dengan mengenakan bayaran saman kepada pemberi sedekah."
Katanya pihaknya akan mengeluarkan resit disertakan dengan nombor bersiri dan ia perlu dibayar serta-merta.
"Ini semua salah pembangkang suka putar belitkan kenyataan saya kata saya tidak Islamik hey... nak bagi sedekah bukan cara tepi jalan.
"Pembersihan peminta sedekah turut dilakukan negara Islam seperti Mekah dan Madinah.‎ Sekarang apa yang berlaku di sana terjadi di sini, di kompleks beli belah Pavillion dan Starhill," katanya. – 3 Julai, 2014.

Perhatian | Awas kepada rakyat Malaysia yang prihatin di luar sana. Jangan biarkan pihak yang tidak bertanggungjawab menyalah gunakan wang anda.
Berikut adalah laporan berkenaan gambar hasil siasatan sekretariat Aqsa Syarif dan wakil MAIWP:
Pada 16 May 2014, jam lebih kurang di antara 2.00 petang ke 2.15 petang iaitu selepas selesai solat Jumaat, Saudara K***** melihat 4 buah tabung (seperti dalam gambar) diletakkan di luar kawasan surau Tabung Haji, Jalan Tun Razak.
4 buah tabung tersebut diletakkan secara berdekatan, anggaran jarak adalah sejauh 10-20 meter di antara satu sama lain dan seperti dijaga oleh beberapa orang yang berpakaian t-shirt hitam bertulisan "Free Palestine" berwarna putih, dan berseluar jeans dengan sedikit kekoyakan. Beberapa minit selepas itu, 2 buah tabung telah dibungkus dan tinggal 2 buah tabung lagi. Tidak diketahui apa yang terjadi selepas itu kerana beliau meninggalkan tempat tersebut.
Saudara tersebut telah solat di surau tersebut sebanyak dua kali (pada tarikh tersebut), dan ini merupakan kali pertama dia melihat sendiri dengan mata beliau. Kejadian ini dikatakan berlaku beberapa kali berdasarkan ulasan sahabat-sahabat beliau yang bekerja di kawasan tersebut.
***
Terdapat tiga buah logo NGO yang ada pada tabung tersebut. Salah satu NGO telah membuat laporan sebelum 16 May 2014, tetapi dikatakan masih berlaku.
Esok hari jumaat. Kepada pengunjung tabung haji khususnya para jemaah pada solat jumaat, tanganilah dengan bijak dan berhemah.
‪#‎aqsasyarif‬ ‪#‎operasibadar‬ ‪#‎gazaunderattack‬ [Ph]

Tiada ulasan: