Khamis, 10 Julai 2014

IN SHAA ALLAH KEMENANGAN MENYEBELAHI ISLAM

Dr Zainur Rashid Zainuddin added 6 new photos.
Kejutan demi kejutan dari Gaza.
Israel diketahui sebagai 'negara haram' mempunyai angkatan tentera terkuat di Timur Tengah setelah dibantu oleh Amerika Syarikat yang memiliki kecanggihan keupayaan ketenteraan terhebat di dunia.
Namun segala kehebatan ini tidak menafikan bahawa regim Zionis ini juga terkesan dengan keupayaan luar biasa lawannya yang telah dikepung buat sekian lamanya di wilayah yang relatif saiznya sekangkang kera.
1-Komando Amfibia...
Keupayaan Hamas memiliki pasukan komando amfibia yang kemudiannya berjaya melepasi masuk ke wilayah terjajah 'Israel' daripada Gaza yang terkepung ini adalah sesuatu yang belum pernah dijangka tentera penjajah regim Zionis.
2-Komando Darat
Kelicikan pasukan Komando Darat al Qassam yang berjaya masuk dan kemudiannya membunuh 7 tentera regim Zionis di Ashkelon serta menawan seorang lagi tentera penjajah Zionis secara hidup-hidup adalah satu perkara yang mengaibkan mereka.
3-Roket baru R160
Dalam pertempuran yang terdahulu, roket M-75 al Qassam berjaya
mencapai sasaran sehingga 70-75 km. Namun kini, R-160 (Rantissy 160) dengan jangkauan 160 km telah pun terbukti dengan menyinggahi Haifa, bahagian yang paling utara di negara haram Israel.
Ini bererti, tiada lagi tempat yang selamat termasuklah Tel Aviv dan Khudaira sehingga menyebabkan seluruh 'rakyat' Israel terpaksa mencari lokasi persembunyain yang selamat disebabkan ketakutan mereka yang luar biasa.
Bukan itu sahaja, al Qassam adalah generasi manusia yang dibekalkan dengan kekuatan keimanan, kehangatan ukhuwah yang luar biasa dan memiliki kecintaan untuk syahid agar dapat bertemu Pencipta yang dirindui selama ini. Apatah lagi di bulan Ramadan al Mubarak ini.
Sedangkan pendokong Zionis adalah sebaliknya.
Pelbagai sumber :
1-https://www.facebook.com/GazaCityOfficial?fref=photo
2-Dr Wesam Ahmad - IUG
3-Hamza Deirawi - Gaza
4-Razlan Rashid - UK

 

Kpd yg suka kata posting Milo Kosong Koww merapu..tlg mai sini..tlg jawab posting..siapa yg merapu?milo atau tv3 yg merapu2?adakah posting atas suatu fitnah atau sesuatu yg tdk wujud?
-Bila agak2nya stesen balaci dan barua ternakan umno ini NAK FHM BGAIMANA NK BERURUSAN BILA MELIBATKAN SATU2 PRGM YG BERLEBELKAN AGAMA??tlg jgn bodoh sangat..KAMU TAYANGKAN PENGACARA BETINA YG TAK TUTUP AURAT DAN SEORG USTAZ YG PAKAI TOPI SUDU ALA2 SOFBALL..LEPAS KAMU BAGI TOPIK SEMBANG SAHUR?..SALAH SATU AMALAN YG TERKANDONG DLM IBADAT PUASA?..
-Apa yg buta agama sangat ni..pakaian2 pengacara itu sepatutnya bkn dlm prgm Sembang Sahur..tp sepatutnya dlm prgm Sembang Sukan atau prgm Hebatnya Balasan Api Neraka..

Tiang lampu masuk perut

Oleh Raja Noraina Raja Rahim
Seremban : Seorang lelaki warga Nigeria menderita kesakitan apabila tiang lampu jalan tertusuk di perutnya selepas kereta yang dinaikinya bersama rakan senegara terbabit dalam kemalangan berhampiran Plaza Tol Setul, Lebuh Raya Kajang-Seremban (LEKAS) di sini, pagi hari ini.
Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 pagi itu, mangsa bersama tiga rakan senegaranya dipercayai terbabas sebelum merempuh tiang lampu itu.

Akibat rempuhan itu, tiang lampu menusuk bahagian perut mangsa berusia 20-an yang duduk di bahagian penumpang hadapan manakala pemandu dan dua lagi penumpang tidak mengalami kecederaan.

Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Seremban N Sundarum berkata, pihaknya menerima panggilan jam 5.31 pagi dan tiba di lokasi kejadian 10 minit kemudian.
FotoMANGSA terpaksa menahan kesakitan sementara menunggu anggota bomba mengeluarkan tiang lampu dari perutnya.

"Kami tiba di lokasi dengan kekuatan 15 anggota termasuk bantuan dari Balai Bomba dan Penyelamat Mantin.

"Anggota kami memotong besi berkenaan untuk mengeluarkan mangsa dari kereta itu," katanya.

Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) Seremban di sini, untuk rawatan lanjut.

‘Ayah awak dalam van’

Oleh Mary Victoria Dass
Johor Bahru: “Kumpulan lelaki berkenaan memujuk anak saya menaiki van dengan menyatakan kononnya saya berada dalam kenderaan itu,” kata bapa seorang murid sekolah agama di Permas Jaya yang mendakwa anaknya hampir dilarikan sekumpulan lelaki baru-baru ini.
Lelaki yang mahu dikenali sebagai Abdul Halim, 30, itu berkata anak lelakinya yang berusia tujuh tahun, bernasib baik apabila sempat menjenguk ke dalam van, tetapi mendapati dia tiada di dalam sebaliknya ada empat lelaki berambut cacak menyebabkan dia berlari masuk ke kawasan sekolah.

Abdul Halim berkata, kejadian berlaku jam 3.30 petang, 16 Jun ketika anak sulung daripada tiga beradik itu yang tamat sesi persekolahan sekolah agama dan mahu pulang.

Menurutnya, anaknya memberitahu, van putih menghampirinya dan seorang lelaki turun dari kenderaan itu lalu menghampirinya.
FotoABDUL Halim menunjukkan laporan polis yang dibuatnya.

Katanya, lelaki berusia 20-an yang kelihatan seperti penduduk tempatan berkenaan memujuknya masuk ke dalam van kononnya mahu membawanya bersiar-siar.

“Saya dan isteri selalu menasihatinya jangan ikut orang tidak dikenali dan dia sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga.
Serangan Gaza Dari Kaca Mata Penyokong Sisi
Posted on Wednesday, July 09 @ 11:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo



Serangan tentera Zionis Israel ke atas Gaza disambut baik oleh para penyokong Abdul Fatah As-Sisi.

Ini kerana mereka berpandangan sebaliknya kerana termakan propaganda media-media jahat yang mendakwa HAMAS merupakan antara kumpulan pengganas dunia dan kewujudan HAMAS di Gaza yang merupakan jiran Mesir telah mengancam keselamatan negara Mesir.

1) HAMAS didakwa menggunakan terowong-terowong yang menghubungkan antara Gaza-Rafah untuk menyeludup senjata-senjata api untuk dibekalkan kepada Ikhwan Muslimin di Mesir. Maka sebab itu penyokong As-Sisi sedikit pun tidak dukacita apabila tentera Mesir melakukan operasi memusnahkan terowong-terowong tersebut.

2) HAMAS didakwa mencampuri urusan politik dalaman negara Mesir tatkala Presiden Morsi cuba digulingkan. Kudeta mendakwa anasir-anasir HAMAS dan Hizbullah wujud bersama-sama penyokong Morsi berkampung di dataran Rabaah sebelum ini.

3) HAMAS didakwa membantu Ikhwan Muslimin terutama membekalkan senjata untuk mempertahankan Presiden Morsi.

4) Antara keputusan pertama kudeta sebaik sahaja rampasan kuasa 3 Julai ialah melarang pemimpin HAMAS melawat Mesir dan menutup pintu sempadan Rafah-Gaza.

5) Tulisan Penolong Ketua Editor akhbar "Al-Ahram" minggu lalu yang ditujukan kepada Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu meminta "Hapuskan HAMAS daripada kami".

Facebook DPP Malaysia 

Kali ke-3 Sultan Muhammad V sertai qiamulail

MUHAMMAD YUSRI AMIN | .
KOTA BHARU: Ramadan tahun ini merupakan kali ketiga Sultan Muhammad V dijangka berangkat pada program qiamulail bersama rakyat bermula jam 4 pagi.

Program tersebut akan diadakan pada 25 Julai ini di Masjid Al-Sultan Ismail Petra, Kubang Kerian.

Baginda bersama Tengku Mahkota Kelantan, Dr Tengku Muhammad Fa-Iz Petra Ibni Sultan Ismail Petra menyertai qiamulail sebelum santapan sahur dan solat Subuh berjamaah.

Program ‘Qiam With Me’ itu bermula jam 9 malam 24 Julai di mana Sultan Muhammad V berangkat menunaikan solat tarawih dan kira-kira 10.30 malam Sultan Kelantan dijangka mengurniakan zakat kepada seramai 1,435 asnaf.

Pengurus Pusat Penerangan Pelancongan Negeri (TIC), Mohd Hariff Ghazali berkata, program tersebut merupakan antara pengisian tahunan Qaryah Ramadan di Kelantan.

“Program terbabit diadakan bermula solat Isya sehingga 6.30 pagi keesokan harinya. Ia juga diisi dengan ‘moreh minda’ ikon anak muda Ustaz Azhar Idrus,” katanya di sini semalam.

Beliau juga berkata, program berkenaan merupakan sebahagian pelan transformasi ummah dalam teras pertama (faqihin) untuk melahirkan masyarakat bertaqwa.

“Bahkan ia merupakah galakan bagi menghidupkan 10 malam terakhir Ramadan secara berjamaah segenap lapisan masyarakat Islam di negeri ini,” ujarnya.

Menurutnya juga program berkonsep “10:20:10” iaitu bermaksud 10 malam terakhir Ramadan, 20 rakaat solat tarawih dan 10 rakaat solat tahajud. - HARAKAHDAILY 9/7/2014
ZIONIS - ISRAEL BERTEMPIARAN KETAKUTAN!
Berikutan serangan tentera Israel terhadap Gaza tempoh hari, Hamas telah membuat serangan balas terhadap Israel. Dalam tempoh tidak sampai satu hari, 150 roket telah dilepaskan dari Gaza dan disasarkan ke arah Israel. Ia merupakan serangan paling besar yang pernah dilancarkan oleh Al Qassam.
Menurut laporan TV10 Israel, 150 roket Hamas telah jatuh di selatan Israel dalam tempoh 24 jam menyebabkan puluhan ribu rakyat Israel terpaksa lari meninggalkan kediaman mereka dalam tempoh tersebut. Bahkan kebimbangan yang lebih utama adalah terhadap kekuatan Al Qassam dengan ratusan roket yang berkemungkinan boleh menjangkau ke tengah-tengah kota Tel Aviv.
Sumber: Aman Palestin
Askar-askar pengganas Israel sedang bergerak menuju kubur mereka di Gaza!

Wednesday, 9 July 2014

GENTING GAZA DI AMBANG PERANG .. TIDAK KURANG 50 SERANGAN UDARA DILANCARKAN OLEH ISRAEL YAHUDI LAKNATULLAH KEATAS WILAYAH GAZA AWAL PAGI TADI.



GENTING GAZA - PALESTIN. Rejim Zionis melancarkan lebih 50 serangan udara di Gaza, awal pagi semalam, sekali gus mencetuskan kebimbangan peperangan mungkin akan meletus semula di wilayah itu.

Petugas perubatan di Genting Gaza memaklumkan sekurang-kurangnya 17 orang termasuk wanita dan kanak-kanak cedera akibat gelombang keganasan terbaharu yang dilancarkan Israel sejak beberapa hari lalu.

Sementara itu, tentera rejim Zionis dengan angkuh menyatakan mereka telah memulakan kempen operasi perlindungan yang kononnya bertujuan untuk mengurangkan bedilan roket di selatan Israel.

"Kira-kira 50 sasaran termasuk empat markas militan dan tapak pelancaran roket telah dimusnahkan. Objektif utama operasi ini adalah untuk melemahkan gerakan Hamas," kata jurucakap Israel.

Bagaimanapun, pasukan keselamatan Palestin mendakwa lebih 70 kawasan di sekitar Gaza terutamanya di bandar Khan Yunis musnah akibat serangan tersebut.

Susulan daripada insiden itu, kumpulan sayap bersenjata Hamas, Briged Izzudin al-Qassam bertindak mengeluarkan amaran keras terhadap Israel.

"Jika rejim Zionis tidak menghentikan tindakan provokasi ini, kami tidak akan teragak-agak untuk melancarkan serangan balas yang lebih dahsyat ke atas mereka," tegas kumpulan terbabit.

Kelmarin, seramai sembilan pejuang Palestin terkorban dalam serangan yang menyasarkan beberapa kawasan di Genting Gaza, sekali gus ia mencatatkan jumlah kematian tertinggi dalam tempoh 24 jam sejak insiden Perang Lapan Hari pada 2012.

Dalam perkembangan lain, tiga daripada enam suspek mengaku membakar dan membunuh remaja Palestin yang diculik dalam insiden dipercayai bermotifkan dendam pada 2 Julai lalu.

Kesemua pelampau Yahudi tersebut diberkas, Ahad lalu selepas perbuatan tidak berperikemanusiaan itu mencetuskan protes besar-besaran di beberapa kawasan termasuk di Baitulmaqdis sejak minggu lalu menurut laporan AFP.


5:47PM - 9 Jul 2014

Gadis NZ berang diplomat Malaysia 'lari'

Tania Billingsley, wanita yang menuduh diplomat Malaysia Muhammad Rizalman Ismail menyerangnya di rumahnya di New Zealand pada Mei hari ini berkata, tindakan Rizalman meninggalkan negara ini tanpa kehendaknya.

Bercakap kepada TV3 New Zealand untuk pertama kali sejak insiden itu, Billingsley, 21, merasakan pihak berkuasa negara itu tidak menangani aduannya dengan cukup baik.

“Saya dapat panggilan dan ia seperti, 'ya, kami baru dapat tahu dia sudah pergi hari ini',” katanya.

“Sudah tentu saya kecewa dan marah kerana daripada awal saya kata saya mahu dia tinggal di New Zealand dan ditahan secara telus di sini.”

Dalam kes yang mendapat perhatian antarabangsa itu, Rizalman ditahan pada 9 Mei dan dibawa ke mahkamah pada hari berikutnya atas dakwaan cuba memecah rumah dan cuba melakukan serangan seksual terhadap seorang wanita 21 tahun.

Beliau bagaimanapun belum dibicarakan dan dibawa pulang ke Malaysia pada 22 Mei selepas pertikaian isu diplomatik, dan mencetuskan kemarahan ramai di New Zealand selama lebih sebulan selepas dilaporkan pada 28 Jun.
9:31PM - 9 Jul 2014

Rantai emas diragut depan rumah

Seorang wanita warga emas kerugian RM10,000 selepas seutas rantai leher emas miliknya diragut seorang lelaki dalam kejadian di rumahnya di depan Sekolah Kebangsaan Kok Pasir di Tumpat hari ini.

Ketua Polis Daerah Tumpat Superintenden Zaharudin Rasip berkata dalam insiden pukul 7.45 pagi itu, Norsiah @ Siti Minah Baba, 66, sedang memandikan cucunya di depan rumah sebelum didatangi suspek.

"Mangsa yang terkejut dan curiga dengan kehadiran lelaki terbabit kemudian bertanyakan tujuan kedatangannya ke situ," katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata suspek yang memandu kereta Proton Perdana itu kemudian terus menghampiri mangsa dan bertindak meragut rantai yang dipakai wanita berkenaan sebelum berlaku pergelutan.

Akibat pergelutan itu, mangsa rebah dan terbaring di halaman rumahnya buat beberapa ketika manakala suspek melarikan diri bersama barang kemas berkenaan.

Zaharudin berkata anak mangsa yang menyedari kejadian itu bergegas ke halaman rumah untuk menyelamatkan mangsa.

Beliau berkata mangsa sempat menjerit meminta tolong namun tidak didengari sesiapa kerana ketika itu, pembesar suara di sekolah berhampiran sedang memainkan lagu Negaraku.

Zaharudin berkata pihaknya sedang membuat siasatan lanjut berhubung kes ragut itu dan menasihati orang ramai agar lebih berhati-hati bagi mengelak kejadian sama berulang.

- Bernama

Tiada ulasan: