Khamis, 10 Julai 2014

PANDA DAPAT TEMPAT TINGGAL....MANUSIA LAGILAH....MANUSIA BOLEH MENGUNDI....PANDA TAK BOLEH

Thursday, 10 July 2014

(8 FOTO) ... SUBHANALLAH!!! ... BEKAS PENYANYI UTAMA KUMPULAN NASYID RAIHAN SANGGUP MENYANYI DI PASAR-PASAR RAMADHAN SEMATA-MATA MAU MENCARI DANA UNTUK PEMBINAAN SEBUAH PUSAT TAHFIZ DI RANAU SABAH.



Walaupun hanya mendendangkan lagu nasyid di kawasan bazar Ramadhan, bekas penyanyi utama kumpulan nasyid Raihan yang popular sekitar awal tahun 2000 itu tetap gigih meneruskan usahanya.

Ustaz Nazrey Johari kini dilihat pergi ke Pasar-pasar Ramadhan seluruh negara untuk mengumpul dana membina sebuah pusat tahfiz yang diberi nama Maahad Tahfiz Bayu Syahadah di Ranau, Sabah.

Pusat tahfiz ini disasarkan untuk golongan asnaf, anak yatim dan saudara baru mempelajari agama Islam. Ustaz Nazrey pernah menyanyikan lagu Harapan Ramadan bersama Manbai suatu ketika dulu.

Sungguh mulia hati Ustaz Nazrey yang tidak kisah langsung menyanyikan lagu nasyid di Pasar-pasar Ramadhan untuk mengutip derma pembiayaan Pusat tahfiz itu.

Terkini Ustaz Nazrey dilihat berada di pasar Ramadhan di Kajang, Selangor.

Jika anda mahu menyumbang membiayai pembinaan pusat tahfiz ini, Jom!!! kita sama-sama menyumbang Dana Pembinaan Al-Tahfiz Bayu Syahadah sempena Ramadhan yang penuh barakah ini.

Sumbangan Ikhlas DANA PEMBINAAN AL-TAHFIZ BAYU SYAHADAH Ranau , Sabah
:: AL-TAHFIZ BAYU SYAHADAH RESOURCES :: CIMB BANK 1230 0000 8331 09

Thursday, 10 July 2014

6 FOTO .... ISU GELANDANGAN DI KOTA RAYA KUALA LUMPUR ... NAJIB TURUN PADANG TANPA DI TEMANI OLEH ROSMAH MANSOR.



Setelah menerima kritikan pedas lagi hangat dari rakyat isu gelandangan yang akan dihalau serta para simpati akan didenda RM150, malam tadi Najib turun padang tanpa diiringi Rosmah Mansor, melihat sendiri penderitaan dan kesengsaraan hidup yang dialami para gelandangan yang dipandang.

Menteri merangkap Setiausaha Agung UMNO Malaysia yang mencadangkan undang-undang zalim lagi karut itu juga turut terpaksa turun padang sebab bos  turun padang .. Jika tidak main cakap dalam bilik air cond dari jauh.

“Hah, dah 20 tahun tidur di sini?” Itu reaksi pertama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebaik menerima jawapan daripada seorang gelandangan yang ditanya sudah berapa lama tidur di kawasan bersebelahan bangunan Kotaraya pada waktu malam.

Najib yang terkejut dengan pengakuan gelandangan itu seterusnya meminta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim mengambil butiran peribadi gelandangan warga emas itu.

Gelandangan yang hanya mahu dikenali sebagai Tan sebelum itu sempat berbual dengan Najib dan memberitahu pernah memohon bantuan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat.

“Banyak syarat sangat. Dia orang mahu alamat rumah tapi saya tidak ada alamat,” katanya ramah kepada Najib.

Malam tadi, Najib mengadakan lawatan mengejut bertemu gelandangan di sekitar Kotaraya sambil bertanya khabar selain memberi makanan kepada mereka bersama sukarelawan daripada sebuah badan bukan kerajaan (NGO), Pertiwi Soup Kitchen.

Pada lawatan itu, Najib tiba sekitar pukul 11 malam dan berjalan kaki di lorong-lorong bangunan sebelum berhenti dan duduk berbual dengan gelandangan di beberapa lokasi.

Ketika bertemu gelandangan yang memiliki anak cacat dan anak kecil, Najib dilihat agak terharu melihat keadaan mereka yang tidur pada waktu malam di kawasan terbuka.

“Tak sakit ke malam-malam anak tidur macam ni,” katanya kepada seorang wanita yang membawa anak cacat dan lumpuh berusia 19 tahun.

Sementara itu, Tan yang ditemui berkata, dia menjadi gelandangan sejak 20 tahun lalu selepas perniagaannya mengalami kerugian akibat dirompak.

Dia memberitahu akan tidur di kerusi depan kawasan lapang depan Kotaraya pada waktu malam dan merayau-rayau sekitar kawasan itu pada siang hari.

“Kalau malam hujan, saya akan lari tidur di kawasan kaki lima di bangunan berdekatan. Tapi saya bersyukur tidak mengalami apa-apa penyakit sejak 20 tahun menjadi gelandangan termasuk penyakit tiga serangkai.

“Masa muda dahulu saya memang jaga kesihatan kerana rajin berjalan kaki dan berjoging,” katanya yang berasal dari Gurun, Kedah.

Dia yang masih bujang dan tidak mempunyai keluarga pernah tinggal di Cheras menguruskan perniagaan jual kereta sebelum menjadi gelandangan.

Dalam pada itu, turut menyertai lawatan mengejut adalah Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Halimah Mohamed Sadique.

Turut sama, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Phesal Talib dan Pengasas Pertiwi Soup Kitchen, Munirah Abd. Hamid. MGZT9:00AM - 10 Jul 2014

PM: Tempat khas buat gelandangan siap 6 bulan

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata sebuah tempat khas untuk menempatkan golongan gelandangan di ibu kota dijangka siap dalam tempoh enam bulan akan datang.
  
"Ia tidak patut lama... dalam enam bulan akan siap," katanya kepada pemberita selepas melakukan tinjauan secara mengejut aktiviti dapur jalanan di sekitar Jalan Tun Perak malam tadi.
  
Najib berkata selain menyediakan tempat tidur pada waktu malam buat gelandangan, tempat khas itu juga akan dilengkapi kemudahan bilik mandi serta lokar untuk menyimpan barangan golongan kurang bernasib baik itu.
  
"Itu yang dia perlu, bukan flat tapi tempat di mana dia boleh tidur supaya tidak tidur di tepi jalan," katanya.
  
Najib turut melahirkan penghargaan kerajaan terhadap peranan yang dimainkan sukarelawan khususnya yang terlibat dalam menyediakan makanan dan minuman serta bantuan kesihatan kepada golongan gelandangan di ibu kota.
  
Perdana menteri yang tiba pada 10.40 malam meluangkan masa kira-kira sejam melihat sendiri aktiviti pengagihan makanan dan minuman oleh sukarelawan Dapur Jalanan, selain turut berjalan kaki melihat keadaan di sekitar Bangunan Cahaya Suria.
  
Najib, yang turut ditemani Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor serta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim, meluangkan masa untuk beramah mesra dengan beberapa gelandangan yang tidur di tepi jalan, termasuk di perhentian bas.
  
Isu gelandangan di ibu kota menjadi topik hangat kebelakangan ini termasuk apabila Kementerian Wilayah Persekutuan membuat keputusan melarang Dapur Jalanan daripada beroperasi dalam lingkungan 2km dari pusat beli belah terkemuka Lot 10 di Jalan Bukit Bintang  minggu lepas.
  
Namun, pada Selasa, Tengku Adnan menarik balik arahan tersebut dan memberi peluang kepada badan bukan kerajaan (NGO) yang menjalankan aktiviti dapur jalanan untuk beroperasi di kawasan itu sehingga 16 Ogos ini, iaitu selepas sambutan Aidilfitri.

Sejurus tiba perdana menteri telah meninjau aktiviti sukarelawan Pertiwi Soup Kitchen yang mengedarkan nasi berlauk ayam bersama buah epal, kopi O panas, sirap, roti bun, biskut wafer dan minuman kotak kepada gelandangan, kebanyakannya warga emas di kawasan tersebut.
  
Najib turut diberi penerangan mengenai aktiviti Pertiwi Soup Kitchen oleh pengasasnya Munirah Abdul Hamid.
  
Ketika mengadakan tinjauan di sekitar Bangunan Cahaya Suria, Najib turut menegur seorang lelaki warga emas yang sedang tidur di sebuah perhentian bas dan beliau terkejut apabila menyedari Perdana Menteri berdiri di sebelahnya.
  
Najib turut meluangkan masa hampir 10 minit bertanya khabar kepada bekas pemandu teksi Lim Kim Hua, 63, yang terpaksa hidup bergelandangan kerana tiada keluarga untuk menjaganya.
  
Perdana menteri juga sempat menjenguk seorang ayah dan anak lelakinya yang berusia kira-kira dua tahun yang sedang nyenyak tidur beralaskan plastik di siar kaki Jalan Silang.
  
Najib turut bertanya khabar dengan satu-satunya wanita yang ditemui tidur di tepi Jalan Silang itu iaitu Norliza Mat Zain, 42, yang berasal dari Teluk Intan dan datang ke Kuala Lumpur untuk menemani suaminya mendapatkan pekerjaan.
  
Bagaimanapun suaminya kini berada dalam penjara dan bakal dibebaskan sebelum Aidilfitri ini.
  
Najib juga turut mendengar luahan hati bekas penjual kereta Tan Yap Heng, 70-an yang mendakwa sudah 20 tahun hidup bergelandangan berikutan tidak mampu untuk mendapatkan pekerjaan kerana faktor usia dan pernah dirompak.
  
Tan memberitahu perdana menteri bahawa setiap kali beliau memohon bantuan dari agensi kebajikan kerajaan, permohonan beliau sering ditolak kerana beliau tidak mempunyai alamat tempat tinggal tetap.

- Bernama

Solat dua imam kes terpencil di Kelantan

SALMAH MAT HUSAIN | .
KOTA BHARU: Kerajaan negeri menyifatkan kes solat dua imam yang berlaku di sebuah pondok di Pasir Mas sebagai isu terpencil.

Bagaimanapun sekarang ia berjaya ditangani pihak berkuasa agama negeri.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta negeri, Datuk Mohd Nassuruddin Daud berkata, kedua-dua pihak yang terbabit diundang ke rumahnya bagi menyelesaikan isu tersebut pada 5 Julai lalu.

“Kita buat dua sesi iaitu sebelah pagi satu kumpulan dan satu kumpulan lagi selepas solat Zohor.

“Wakil-wakil Maik juga hadir termasuk pegawai Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (Jaheaik) ketika perbincangan itu. Adun Gual Periok, Ustaz Ahmad Awang turut hadir,” katanya di sini.

Sejak kelmarin media tempatan melaporkan berlaku kejadian solat dua imam serentak di Masjid Pondok Banggol Stol, Meranti.

Kejadian itu dilaporkan berlaku sejak 3 Julai lalu berpunca daripada berbezaan fahaman agama antara pemilik masjid dan penduduk kampung.

Nassuruddin berkata, hasil perbincangan itu akhirnya kedua-dua pihak bersetuju menerima imam dari Jaheaik.

“Sembahyang dua imam tidak pernah berlaku di Kelantan sebelum ini.

Bagaimanapun sekiranya ia tidak ditangani akan berlaku perkara yang lebih mudarat lagi pada masa akan datang.

“Untuk itu kita kena berhati-hati dengan fahaman yang dibawa masuk dari luar, sekiranya ia meragukan orang ramai hendaklah melaporkan kepada MAIK,” ujarnya.

Kata beliau masalah dua imam di Masjid Pondok Banggol Stol selesai 5 Julai lalu setelah Jaheaik menghantar pegawai agama jajahan Pasir Mas sebagai imam.

Katanya juga pegawai agama turut menyusun jadual imam bertugas solat tarawih, solat waktu sehingga solat Aidilfitri tidak lama lagi. - HARAKAHDAILY 10/7/2014

Seorang tua berjalan kaki, tangannya ada plastik

DR AZMAN IBRAHIM | .

KITA tidak perlu menjadi seorang yang kaya raya untuk berbuat kebajikan. Kalau kita nak tunggu nak jadi kaya baru berniat nak berbuat kebajikan, saya yakin, semakin kaya seseorang itu, semakin dia kedekut dengan apa yang ada di tangannya.
Paling mudah, kebajikan bermakna  kita memperuntukkan sebahagian dari rezeki kurnian Allah kepada kita untuk membeli pahala di samping kita membeli makanan, minuman, pakaian dan sebagainya.

Ramai manusia yang tak kedekut untuk memperuntukkan wang yang ada bagi memiliki benda-benda duniawi yang dapat dilihat dan dipegang tetapi amat berkira dalam membelanjakan wang bagi membeli ganjaran Allah yang bernama pahala. Kalaulah pahala itu sesuatu yang dapat dilihat, dipegang dan dihitung, tentu ramai manusia yang berebut-rebut untuk memilikinya. Malangnya kerana pahala tak dapat dilihat dan dirasa walaupun telah dikhabarkan dengan jelas oleh Allah dan Rasul-Nya.

Di antara beberapa persoalan yang akan dihadapi seseorang hamba di pengadilan Allah kelak, manusia akan ditanya tentang hartanya. Setiap orang tak akan lepas dari tanggungjawab berkaitan pemilikan hartanya di dunia dahulu saat diadili di hadapan Allah Rabbul Jalil nanti.
Dalam bab ini, orang fakir dan miskin sedikit beruntung. Apa yang dipertanggungjawabkan kepada orang kaya tak dibebankan ke atas mereka yang miskin dan fakir tetapi mereka yang diberikan kelebihan harta akan ditanya tentang tanggungjawab yang telah dilunaskan kepada saudara kita yang kurang bernasib baik.
Bila heboh cerita hal Menteri Wilayah Persekutuan bercadang nak ambil tindakan kepada peminta dan pemberi sedekah demi keindahan Bandaraya Kuala Lumpur, saya  merasakan bahawa Menteri yang menjadi ahli parlimen di satu kawasan yang mempunyai bilangan pengundi lebih sedikit dari bilangan pengundi di Dun Jabi ini telah kehilangan suatu nilai sivik yang sangat bernilai. Mungkin bila beliau dah terlalu hanyut dengan kemewahan menyebabkan pandangannya tidak lagi ke bawah. Pemimpin yang hanya memandang ke atas sedangkan mereka sedang memijak rumput di bumi tak akan mampu menyelami denyut nadi masyarakat bawahan. Sebagai pemimpin kita bercakap dengan apa yang lahir dari hati dan naluri. Kalau hati kita menyimpan kesombongan maka nada sombonglah yang akan keluar di lidah.
Tinggalkan Pak Menteri yang angkuh ini. Dia menjadi angkuh kerana pengundi yang mengangkatnya menjadi pemimpin. Kalau beliau sudah tak boleh diperbaiki, terpulanglah kepada pengundi Putrajaya bagaimana bentuk didikan mata pelajaran sivik yang perlu diberikan kepada bangsawan yang bergelar Tengku tersebut.
Tanggungjawab kita yang seterusmya, mari kita sama-sama  pakat tengok keliling kita kalau-kalau ada orang miskin, ibu tunggal, orang uzur, anak yatim dan ramai lagi yang perlu disantuni.
Cubalah usahakan sesuatu untuk menghadirkan keceriaan di wajah mereka di bulan Ramadhan ini walaupun dengan hanya kita menghulur air tebu yang nilainya sekadar RM2 untuk berbuka puasa atau 2 kilo gula yang nilainya hanya RM6.

Bab kebajikan ini kita buat apa yang kita mampu. Cuba kita pergi tanya khabar ke rumah orang yang kerjanya mengambil upah menorah getah di kebun orang, ada tak susu di rumah dia? Kesian melihat anak-anaknya sekadar minum teh O. Hantarlah 2 atau 3 tin susu. 3 tin susu harganya tak sampai pun RM10. Hantarlah satu paket milo yang harganya hanya berbelas ringgit sahaja. Semoga mereka boleh menikmati sedikit dari apa yang kita miliki.

Cuba tengok budak-budak yang mari sembahyang tarawih di masjid, pakai sekadar kopiah buruk yang sudah kusam warnanya. Tak bolehkah kita tolong beli kopiah baru yang harganya RM5 dan bagi sebagai hadiah kepada budak-budak ini?

Saya pernah masuk kampung sekitar pukul 6 petang, tengok ada sorang tua berjalan kaki balik dari kedai runcit. Di tangannya satu plastik. Dalam plastik tersebut terdapat maggie sebungkus dan sebutir telur ayam . Mungkin dia nak balik masak maggie untuk berbuka puasa. Sebab itu bila kita berjalan-jalan, khususnya bulan Ramadhan ini, di dalam bonet kereta perlu standby selalu sedikit barang-barang keperluan harian. Bila terjumpa orang yang memerlukannya, kita boleh bagi.

Kebajikan ini sebenarnya semudah A,B,C... Tetapi kita selalu memikirkan benda yang payah. Sedangkan yang mudah berlambak kita boleh buat. - HARAKAHDAILY 10/7/2014
* Penulis ialah Ketua Lujnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Terengganu.

Siapa Bunuh Regina Soosalu Model Warga Estonia Di Pulau Rawa, Mersing?

Foto Malaysiakini

Seorang model sambilan warganegara Estonia dipercayai dibunuh di Pulau Rawa, dekat Mersing, awal bulan ini dan mayatnya ditemui dalam laut.

Regina Soosalu

rgina soosalu murder johor malaysia
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor Datuk Hasnan Hassan berkata wanita berkenaan, Regina Soosalu, 30, yang menetap di Kuala Lumpur tiba di pulau itu pada 1 Julai lepas sebelum ditemui mati lemas dalam laut pada hari yang sama. “Pada peringkat awal, polis menyiasat kes berkenaan sebagai mati lemas tetapi kes kemudian disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana bunuh selepas hasil pemeriksaan lanjut mendapati terdapat kesan kecederaan di badan wanita itu,” katanya kepada pemberita di Johor Baharu hari ini. Regina Soosalu murder Hasnan berkata setakat ini, polis menahan enam individu yang berada di pulau berkenaan untuk membantu siasatan. Beliau berkata mayat wanita itu dibedah siasat di hospital dan polis Johor menghubungi Interpol untuk memaklumkan kejadian. Keluarga mangsa juga difahamkan sudah dimaklumkan mengenai kejadian itu menerusi Kedutaan Estonia di Beijing, China, katanya. – Bernama

Freelance model Regina Soosalu, who has previously modelled for the Kuala Lumpur International Motor Show (KLIMS) and walked the runway for various shows, is believed to have died under mysterious circumstances at a resort on an island off Johor. Regina, who was living in Kuala Lumpur, was from Estonia (close to Russia). She was believed to have been on the island for a holiday. Hype

Sources in the local modelling industry told The Rakyat Post that Regina died on 1st July but they were only informed on 6th July. Having said that, the cause of her death varies, based on different sources, ranging from drowning to illness.
Yesterday, her boyfriend posted up the following on his Facebook status:
I am deeply saddened and totally heartbroken to confirm the worst tragedy of my life. Regina my love has passed away on July 1, in the holy month of Ramadan. She is my love, my best friend and will continue to be my inspiration for the rest of my life. Her heart was filled with greatness, love and compassion for all beings and life itself. Whichever faith or creed you may be, know that her energy/soul/spirit continues in this cruel world. Words can not express the emptiness and heartache I feel. Farewell for now, never goodbye. Till we meet again I love you My baby, you’ll always be in my heart X
Regina was last seen publically active on her Facebook on 29th June and on her Instagram on 30th June. Our hearts go out to her friends, family, and loved ones.
UPDATE:
The Estonian Foreign Ministry has confirmed the death of Regina Soosalu, an Estonian working in Malaysia as a freelance model. It said she passed away last week and her death was being investigated by Malaysian authorities and her family had been informed.
“The Estonian Foreign Ministry has been informed of the incident. We have been in contact with the family of the deceased, and we are advising them on the necessary arrangements. The Malaysian authorities are leading the investigation,” responded Estonian Foreign Ministry spokeswoman Mariann Sudakov in a brief email response to The Rakyat Post‘s enquiries.
(Source)

Tiada ulasan: