Selasa, 18 Februari 2014

OK KE DIA ORANG NI

Anwar popular tapi saya lagi hebat
Posted on Monday, February 17 @ 22:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo



KAJANG - Walaupun populariti Datuk Seri Anwar Ibrahim sukar digugat, namun dari segi prinsip politik, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim menyifatkan dirinya lebih baik.

Bekas Presiden Parti Kita itu berkata, prestasi Anwar kian merosot apabila gagal membawa PR ke Putrajaya dan gagal mempertahankan Kedah serta Perak di bawah pentadbiran mereka.

"Sebelum PRU13 beliau mungkin dilihat sebagai individu yang berkuasa. Tetapi selepas itu tidak lagi, penyokong boleh nilai sendiri prestasi dan kelemahan beliau.

"Tetapi saya konsisten, saya lebih baik daripada beliau," katanya kepada pemberita pada sidang media di Kajang, semalam.

Ditanya bagaimana beliau mampu memberi saingan kepada pemimpin utama PKR itu, Zaid berkata, beliau lebih terbuka dari Anwar.

"Saya tidak boleh ceritalah apa kekuatan saya. Tetapi saya lebih terbuka daripada Anwar. Rakyat sudah bosan dengan pemimpin politik yang suka main politik saja," katanya.

Selain itu Zaid berkata, beliau enggan berkempen melalui sesi ceramah seperti amalan PR, sebaliknya akan menggunakan platform soal jawab dalam skala kecil-kecilan sebagai kaedah kempen beliau.

Tegasnya lagi, keputusan untuk bertanding di Dun Kajang bukanlah untuk memecahkan undi mana-mana kaum.-sh



Saya 1,000 kali lebih baik jadi PM berbanding Anwar, kata Ibrahim Ali
Posted on Monday, February 17 @ 02:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo



"Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali menyifatkan dirinya lebih sesuai sebagai perdana menteri berbanding Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap dalam program penyerahan pelantikan baru jawatankuasa kepimpinan Perkasa Pulau Pinang hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata beliau sebenarnya lebih layak untuk menjadi perdana menteri berbanding dengan dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ibrahim menyifatkan beliau 1,000 kali lebih bagus daripada ketua umum PKR itu dari segi moral dan perangai serta boleh menjalankan tugas lebih baik daripada Anwar sebagai perdana menteri Malaysia.

"Sekiranya anda mahukan perdana menteri dan tidak suka dengan calon sedia ada, Ibrahim Ali juga boleh jadi perdana menteri," katanya dalam program penyerahan pelantikan baru jawatankuasa kepimpinan Perkasa negeri di Seamo-Rescam, di Pulau Pinang hari ini.

Ucapan presiden Perkasa itu ia disambut oleh gelak ketawa kira-kira 100 ahli Perkasa yang hadir dalam program tersebut.

Katanya lagi, antara beliau dan Anwar masing-masing mempunyai kelayakan sama rata dari segi pendidikan dan juga pengalaman berucap dalam pelbagai pentas tempatan dan antarabangsa.

"Jadi bermula esok, saya adalah bakal perdana menteri bukan Anwar. Saya hanya mahu berlawan dengan Anwar, yang lain saya tidak tidak kisah.

"Saya tahu saya lebih baik daripada beliau. Anwar menjadi popular ketika zaman mudanya kerana saya yang banyak menguruskan dan memberi publisiti kepadanya daripada belakang tabir pada tahun 1970an apabila ketika itu kami menjadi pemimpin pelajar," katanya.

Bekas Ahli Parlimen Pasir Mas itu juga turut menyelar Anwar sambil menggelar pemimpin Pakatan Rakyat (PR) itu sebagai "berdarah munafik kelas pertama".

"Saya perlu berkata demikian demi kepentingan negara. Anwar merasakan dirinya seperti manusia luar biasa seolah-olah tiada siapa lagi yang boleh mencabarnya.

"Dari zaman belajar lagi sehingga sekarang beliau cuba mencari masalah dengan orang lain. Dia (Anwar) sudah mendapat semuanya namun masih tidak berpuas hati," katanya.

Selain itu, Ibrahim turut mendakwa beliau mengenali Anwar dari dalam dan luar namun pemimpin itu tidak berani mencari pasal dengannya kerana presiden Perkasa itu menyifatkan dirinya adalah seorang yang garang.

Kenyataan Ibrahim itu turut mengundang gelak tawa kepada hadirin dan beliau juga menambah Anwar lebih suka kepada mereka yang berdahi licin.

Beliau berkata, Perkasa sebagai pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) juga tidak kurang hebatnya kerana badan itu juga terkenal dan ramai yang ingin menjadi ahli.

Beliau berkata segala tuduhan dan "label" yang dilemparkan membantu menjadikan Perkasa sangat terkenal dan menggerunkan sejak ia ditubuhkan lima tahun lalu.

"Apabila kita mengkritik PR mereka menuduh kita alat Umno namun bila kita mengkritik BN, PR tak kata apa-apa.

"Pendirian kita tetap. Kita puji apa yang bagus dan menentang sekiranya tidak. Itulah tugas NGO. Jadi apa masalah sekiranya kami mempunyai hubungan baik dengan Umno.

“Sekiranya Perkasa Pulau Pinang ingin berkawan dengan PAS dan parti DAP, ia juga tidak mengapa," katanya.

Tambahnya lagi, agenda Perkasa hanya tertumpu kepada isu negara seperti mengekalkan Perlembagaan Persekutuan yang menjadi asas kepada pembangunan dan keharmonian negara yang dinikmati oleh pelbagai kaum dan agama.

Beliau berkata, Perkasa tidak mempunyai persengketaan dengan sesiapa namun sekiranya ia berkaitan dengan Perlembagaan, pertubuhan itu sama sekali enggan bertoleransi.

"Kami tidak takut atau perlu meminta maaf kerana itu Perkasa adalah sebuah pertubuhan yang memainkan peranan penting terutamanya menyentuh mengenai ketegangan kaum dan agama yang dipolitikkan," katanya. – 16 Februari, 2014.

sumber"


................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
imamsurau
Posted on Monday, February 17 @ 02:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo

 Ulama Dengan Paderi Adalah Sama... gua Tabik Spring Sama Lu Lah Kassim Ahmad!
Posted on Monday, February 17 @ 16:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo



"

Pemikiran seperti KASSIM AHMAD ANTI HADIS ni lah yang kita mahu cari beb... TELUS, TEGAS, TANPA WAS-WAS, EDUCATED dan bla bla bla bla. Lebih CANTIK lagi Perasmian Seminar tersebut telah dilakukan oleh MANTAN Parti SYAITAN YANG DIKENALI iaitu Tun Mahathir Muhammad atau nama sebelum nya Mahathir A/L Muhammad Iskandar Kutty.

Ini tidak Pemikiran yang lu orang kebanyakkan GUNA PAKAI ialah Pemikiran ULAMA TEROMPAH yang sudah LAPOK, cuba gak lu orang disebelah Pakatan Rakyat (PR) terutama nya yang KARAT HIJAU dalam Parti Pas tu gunakan Pemikiran Kassim Ahmad Anti Hadis ni baru lah boleh Maju beb. Lu orang sendiri tengok lah siapa yang Merasmikan dan dimana Seminar tersebut diadakan beb.

Yang Merasmikan serta Tempat Seminar tersebut diadakan sahaja sudah Menunjukkan betapa Seminar tersebut mendapat PENGIKTIRAFAN dari Parti Syaitan Yang Dikenali, bukan sepert lu orang beb yang buat Seminar macam cerita Allahyarham P. Ramli iaitu MASYUARAT BAWAH POKOK. Lepas tu lu orang punya SIBUK macam lah lu orang punya Ulama Terompah tu sahaja lah yang PANDAI beb.

Tak ada kata-kata yang boleh diucapkan selain dari gua TABIK SPRING sama lu lah Kassim Ahmad Anti Hadis... toing toing toing toing... kah kah kah!!!, ini lah yang dikatakan seperti AUR DENGAN TEBING Saling Memerlukan. Begitu juga lah seperti Parti Syaitan Yang Dikenali dengan Kasim Ahmad Anti Hadis satu GABUNGAN Pemikiran yang CUKUP MANTAP dan CANGGIH.

Lu orang kat sebelah PR ada ke Pemikiran seperti Pemikiran Kassim Ahmad Anti Hadis dan MADEY tu beb, yang lu orang ada hanya lah Pemikiran OUT OF DATE iaitu LAPOK, SONGSANG serta SESAT LAGI MENYESATKAN. Apa kata lu orang sebelah PR terutama nya yang KARAT HIJAU tu IKUT seperti apa yang dikatakan oleh Kassim Ahmad Anti Hadis, Apa Macam Ada Berani beb.

Gua HARAP-HARAP tak akan ada lah DEMONSTRASI SEMBELIH AYAM oleh Pejuang-Pejuang Islam JADI-JADIAN terhadap Kassim Ahmad And The Gang kerana MENYAMAKAN ULAMA dengan PADERI KRISTIAN. Yang paling penting lagi jangan ada juga TAWARAN yang bermula dari RM500 hingga RM1200 untuk MENAMPAR SAYANG kepada Kassim Ahmad Anti tu ya beb... kah kah kah!. sumber

hemmmmm..... hidup lagi kassim ahmad anti hadi ni ya beb... gua ingatkan dah mampos sebab lama tak dengar berita dia beb... kah kah kah... A B U."


................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
inderasipejuang
Posted on Monday, February 17 @ 16:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo


 Dua Orang tua yang SATU KEPALA !
Posted on Monday, February 17 @ 19:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo



"Dalam suasana Kerajaan "memburu" pengikut Syiah, tiba-tiba Yayasan Kepimpinan Perdana menganjurkan "Seminar Pemikiran Kassim Ahmad: Suatu Penilaian" dengan Dr Mahathir sendiri merasmikannya.

Di sini menjelaskan lagi kesepaduan dan kemuafakatan berfikir dua tokoh iaitu Dr Mahathir dan Dr Kasim Ahmad. Menariknya mereka berdua berusia 80an.Umur di ambang sore.

Apabila Mahathir izinkan penganjurannya di Yayasannya malah merasmikannya memaknakan Mahathir setuju dengan pemikiran Kasim Ahmad.

Pemikiran Kasim Ahmad sama seperti pemikiran Dr Rashad Khalifah dengan KOD 19nya.

Kasim Ahmad seorang sosialis kemudian menjadi UMNO semasa era Mahathir tahun 80an. Pada masa itu Kasim memperkenalkan ideologinya sesatnya Anti Hadis dengan buku, Hadis: Satu Penilaian semula."

Persoalan,bagaimana Dr Mahathir menghamparkan permaidani merah buat Kasim Ahmad di Yayasannya untuk Kasim sebarkan ajaran sesatnya bahkan Mahathir yang merasmikannya?

Walaupun seminar itu diadakan berdekatan dengan JAKIM,kita percaya dan yakin Menteri Agama Jamil Khir Baharom "amat takut" untuk bertindak sepertimana beliau dengan aksi "terus terjun tanpa turun tangga" untuk bertindak keatas ajaran sesat yang lain.

Ini kerana Dr Mahathir ada di belakang ajaran sesat Kasim Ahmad. Jamil Khir tentu takut dengan "sergahan" Mahathir!

Dua Orang tua yang SATU KEPALA!"


................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
tokpepijat
Posted on Monday, February 17 @ 19:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo

Monday, February 17, 2014

Rambut Bukan AUrat Wanita - Mari belajar Islam daripada Kassim Ahmad

Memang satu keputusan yang bijak apabila Nurul Izzah memilih untuk tidak hadir dalam satu program bersama Kassim Ahmad yang pernah dilabel sebagai anti hadis.

Sekiranya Nurul Izzah hadir dalam program sebegini yang jelas satu pemikiran baru tentang islam, pastinya beliau akan menerima padah yang buruk.

Beliau akan dituduh sebagai golongan yang anti hadis seperti mana dituduh ke atas Kasim Ahmad.

Semoga pandangan sebegini dapat dihujah balas oleh mana-mana ilmuan agama bagi menjelaskan kekeliruan yang dibawa oleh Kassim Ahmad ini.

Kassim Ahmad ini tidak diketahui salah silahnya perguruannya. Tiba-tiba muncul dengan menyatakan Islam amalan kita hari ini salah. Terlalu memuja Nabi Muhammad berbandiing Allah, rambut bukan aurat wanita dan ulama adalah tiruan kasta paderi.

Setelah senyap untuk beberapa ketika, pemikir kontroversi Dr Kassim Ahmad muncul pada usia 80 tahun dengan ideanya untuk menentukan hala tuju negara untuk tiga puluh tahun akan datang. 
Beliau, bekas ketua Parti Sosialis Rakyat Malaya (PSRM) sebelum memasuki Umno, kini hadir mengajak Rakyat Malaysia dan parti politik kembali kepada Islam sebenar.
Bagaimanapun idea beliau tetap kontroversi apabila mendakwa Islam sebenar di negara ini telah diseleweng kerana mengikut satu sistem “kasta paderi” yang dipanggil ulama. 
"Kasta paderi ini tidak wujud dalam zaman Nabi dan empat Khalifah ar-Rasyidun. Mereka muncul kira-kira 300 tahun kemudian dan melantik diri sendiri sebagai pentafsir agama kepada umat Islam. 
"Mereka (umat Islam) mendewa-dewakan pemimpin agama yang mereka anggap maksum dan yang telah memutuskan semua soalan dalam kehidupan mereka," kata beliau ketika memberi ucapan dalam "Seminar Pemikiran Kassim Ahmad: Suatu Penilaian" di Putrajaya hari ini. 
Kassim turut membentangkan beberapa lagi kesalahan umat Islam seperti mendewa-dewakan Nabi Muhammad dengan syahadah kedua serta rambut bukanlah aurat wanita. 
Beliau berhujah berdasarkan tafsiran terhadap ayat pertama dalam surah al-Munafiqun.
Sementara itu, berkaitan aurat, Kassim berkata ia bukan aurat kerana ia anggota biasa seperti muka dan tangan yang perlu digunakan untuk mengambil wuduk. 
Tiga puluh tahun dahulu, katanya, wanita Islam tidak memakai tudung, sebaliknya hanya sehelai selendang “kerana rambut itu bukan aurat”. 
Kassim yang berdepan tuduhan anti-hadis – tuduhan yang dinafikannya – turut mengajak agar al-Quran diletakkan sebagai sumber tertinggi agama dan ditafsir kembali bagi menyesuaikan kepada keadaan semasa. 
"Saya pernah cakap yang al Quran menjelaskan ia sendiri. Method lama ialah menggunakan Hadis untuk menjelaskan al Quran kurang baik kerana bermakna menganggap Nabi Muhammad itu tahu segala-galanya. Ini ridiculous, beliau hanya utusan Allah," kata beliau. 

Apabila membaca tentang Kassim Ahmad ni, gua teringat Astora Jabat dan Sisters in Islam. Masing-masing ada kolum sendiri dalam Utusan Malaysia suatu ketika dahulu.
 Fatwa Mengenai Kumpulan Anti Hadis
Posted on Monday, February 17 @ 15:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo



Tarikh Keputusan: 3 Feb, 1996
Huraian Tajuk/Isu:


Fatwa berikut yang dibuat oleh Mufti Negeri di bawah subseksyen 36 (1) Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam 1991 setelah diluluskan oleh Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak menurut subseksyen 39 (6) Enakmen itu adalah disiarkan menurut subseksyen 36(2) Enakmen itu:
Keputusan:

A. Bahawa:

(a) Buku-buku yang bertajuk:

(i) 'Hadis Satu Penilaian Semula' dan 'Hadis Jawapan Kepada Pengkritik' yang kedua-duanya ditulis oleh Kassim Ahmad;

(ii) 'Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu dan Hadis Di Dalam Al-Quran' yang ditulis oleh Idris Abdul Rahman;

(iii) 'Bacaan' yang ditulis oleh Othman Ali;

(iv) 'The Computer Speaks God"s Message To The World' yang ditulis oleh Dr. Rashad Khalifa; dan

(b) Risalah 'Iqra' terbitan Jemaah Al-Quran Malaysia;

Adalah mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan Akidah, Syariah dan Akhlak Islam. Ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku-buku dan risalah tersebut antara lain, menolak hadis sahih (iaitu hadis yang disahkan bersumber daripada Rasulullah s.a.w.) sebagai sumber Akidah dan Perundangan Islam, menghina kedudukan Rasulullah s.a.w. dan menghina Al-Quran dengan mempertikaikan kesahihan serta memesongkan pengertian sebenar ayat-ayat Al-Quran.

B. Bahawa orang atau orang-orang atau kumpulan orang yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku-buku dan risalah yang disebut dalam subperenggan (A)(a) dan (b) adalah sesat dan bertentangan dengan Akidah, Syariah dan Akhlak Islam.

C. Oleh yang demikian:

(1) mana-mana orang atau orang-orang atau kumpulan orang yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku-buku 'Hadis Satu Penilaian Semula', 'Hadis Jawapan Kepada Pengkritik', 'Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu - Hadis Di Dalam Al-Quran', 'Bacaan', 'The Computer Speaks God"s Message To The World' dan risalah 'Iqra' ADALAH MURTAD.

(2) mana-mana orang Islam adalah dilarang:

(a) mengajar, mempelajari, mengamalkan, berpegang kepada atau menyebarkan ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku-buku dan risalah tersebut;

(b) mencetak, menerbit, memiliki, menyiarkan, menyebarkan atau mengedarkan buku-buku buku 'Hadis Satu Penilaian Semula', 'Hadis Jawapan Kepada Pengkritik', 'Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu - Hadis Di Dalam Al-Quran', 'Bacaan', 'The Computer Speaks God"s Message To The World' dan risalah 'Iqra' atau mana-mana bahagianya, termasuk:

(i) apa-apa bentuk, versi atau variasinya;

(ii) apa-apa terjemahannya dalam apa-apa bahasa;

(iii) apa-apa bahan publisiti yang bertujuan memberikan publisiti kepada mana-mana buku dan risalah itu;

pada apa-apa bahan, samada bahan cetak atau media elektronik atau selainnya atau melalui apa-apa media;

(c) menjadi anggota atau memimpin mana-mana kumpulan yang tersebut dalam subperenggan C (1) atau membantu dalam menghidupkan atau mengembangkan kumpulan sedemikian.

(d) menjalankan sebarang kegiatan yang berkaitan dengan pengajaran, penyebaran, membantu ke arah penyebaran ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman ini.'

Status Penwartaan: Diwartakan
Tarikh Diwartakan: 4 Jul, 1996
Nombor Rujukan: M.U.I.Phg. 12/46
Akta/Enakmen: Enakmen 3/91


Sumber




Guru Terima Ugutan Rogol Daripada Seorang Murid Tahun Tiga

Posted on Monday, February 17 @ 22:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo



MELAKA: Seorang guru di Kedah mendakwa menerima ugutan rogol daripada seorang murid Tahun Tiga.

Murid lelaki dari SK Lanai menghubungi guru wanita itu dan menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) yang berbunyi: "Cikgu, tunggu saya akan rogol anda, tidak lama lagi."

Rakan kepada guru tersebut yang menghubungi pejabat The Star di sini berkata, ugutan dari murid tersebut amat mengejutkan sekolah di Kupang yang terletak kira-kira 6km dari bandar Baling dan seluruh negeri itu.

"Dia (guru) trauma kerana anak muridnya berani membuat ugutan seperti itu," kata rakan mangsa, guru berusia 29 tahun dari Alor Gajah di sini yang kini mengajar di sekolah terbabit.

Murid lelaki itu didakwa bertindak mengancam guru tersebut kerana ingin mempertahankan seorang rakannya yang tidak dilantik sebagai ketua kelas.

Guru berusia 39 tahun itu berada di rumahnya di Bandar Putri Jaya, Sungai Petani, ketika menerima ugutan tersebut kira-kira pukul 10.30 malam, 13 Februari lalu.

Beliau yang dalam keadaan ketakutan meminta suaminya untuk memeriksa siapa yang menghubunginya dan mendapati panggilan itu dibuat oleh seorang kanak-kanak lelaki.

Suaminya turut menghubungi nombor tersebut semula dengan menggunakan telefon awam dan seorang lelaki dipercayai berusia sekitar 30-an menjawab panggilan itu.

Lelaki itu kemudiannya mengaku anak saudaranya telah menggunakan telefon bimbit miliknya.

Dia turut memberitahu akan menghukum kanak-kanak lelaki itu dan melaporkan perkara tersebut kepada ibu bapanya.

Guru itu membuat laporan polis di ibu pejabat polis Kuala Muda pada 14 Februari lalu.

Perkara itu disahkan oleh seorang pegawai kanan polis.

Ketika dihubungi, seorang lelaki yang mendakwa dirinya sebagai pembantu kanan di sekolah rendah itu berkata, mereka telah meminta ibu bapa kanak-kanak lelaki itu datang ke sekolah tersebut hari ini (Isnin).

"Kita ingin mengenal pasti apa yang mendorong kanak-kanak itu untuk membuat ancaman tersebut kepada gurunya dan sama ada kanak-kanak itu memerlukan bantuan psikiatri," katanya.

Kanak-kanak lelaki itu turut diberitahu tidak hadir ke sekolah pada Ahad.-mstar






‘Sultan’ yang suka bertwitter dengan rakyat
Posted on Monday, February 17 @ 16:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo



Oleh Zefry Dahalan

Dalam salah satu Tweet, 'Sultan Melaka' bertanya apakah Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mahu bertanding di Melaka.

PETALING JAYA:  Raja Noor Jan Shah Raja Tuah Shah yang mengaku sebagai Sultan Melaka merupakan mungkin satu-satunya ‘Sultan’ yang sangat rajin bertwitter dengan ‘rakyat’.

Walaupun rata-rata ramai yang pertikaikan kesahihan beliau sebagai Sultan Melaka, tetapi sekurang-kurangnya beliau mempunyai ramai pengikut Twitter.


Setakat ini beliau mempunyai 7, 277 pengikut Twitter.

Apa yang menarik Sultan Melaka seorang individu yang mengikuti isu semasa termasuk isu kangkung, Pilihan Raya Kecil Kajang dan malah prestasi merudum pasukan bolasepak Liga Perdana Inggeris, Manchester United pun beliau ikuti.

Apabila pengikut beliau tanya isu-isu berkaitan, beliau mampu menjawab dengan melontarkan pendapat beliau dengan gaya ‘check-mate’ iaitu mematikan hujah orang yang bertanya dengan jawapan beliau yang ‘straight to point’.

Tetapi apa yang sangat menarik sesiapa yang mengikuti Twitter beliau, pasti akan tergelak dan paling kurang tersenyum sendiri. Ini ialah kerana ada pengikut beliau sebenarnya cuba hendak menyindir Sultan Melaka dengan tanya sesuatu soalan yang mengada-ngada, tetapi Sultan Melaka pula mampu menjawab dan mematikan persoalan itu dengan cara humor dan sinis.

Pendek kata sesiapa yang berhajat ingin ‘kenakan’ Sultan Melaka dengan pesanan Twitter elok berfikir dua kali kerana mereka sendiri boleh ‘terkena’ dengan Tweet Sultan Melaka yang lucu tapi sinis.

Dalam salah satu Tweet, Sultan Melaka bertanya apakah Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mahu bertanding di Melaka.

“Anwar tak nak bertanding di Melaka? Melaka pun banyak isu. Sultan Melaka setuju kalau Anwar MB. Boleh kautim”.

Satu lagi Twitter beliau ialah “Beta nak sambung baca Sulatus Salatin. Rakyat Melaka harus berbangga, sultannya berjuang hingga dipenjara”.

Apa yang menarik ramai pengikut Twitter Sultan Melaka telah mengubahsuai istilah ‘Daulat Tuanku’ sebagai ‘Download Tuanku’ yang seolah-olah seperti menyindir atau menyakat Sultan Melaka.

Pengalaman Sultan Melaka dalam lokap polis dan ulasan Sultan Melaka tentang nasib pasukan bolasepak Manchester United serta pasukan bolasepak negeri Melaka, menjadi perhatian pengikut beliau apabila tweet beliau di re-tweet sebanyak 264 kali.

“Saban malam beta dipenjara. Beta tak sedih. Tapi beta hiba mendengarkan nasib MU semalam. Sabarlah. Melaka United pun begitu nasibnya.

“Rakyat jangan gusar. Beta dah minta utusan beta bisik2 ke telinga Moyes. Season depan insyaallah bersama Melaka United”.

Sultan Melaka juga membidas “kalau kita sendiri tak syok dekat diri kita, macam mana nak yakinkan orang lain untuk syok kat kita? Itu falsafah beta”.

Sebuah Tweet Sultan Melaka yang agak menarik perhatian “Tuanku Permaisuri cuba-cuba nak main mohon clash dengan beta. Beta tunjuk buku akaun BSN beta, settle”.

Menjawab cadangan salah seorang pengikut Tweet beliau Zarith_Stark yang mencadangkan Menteri Sukan, Khairy Jamaluddin dilantik menjadi Menteri Sukan Melaka, Sultan Melaka menjawab “Orang Rembau tu. Luar jajahan”.

Syahiza AbuHasan dalam Tweet beliau bertanya kalau Sultan Melaka diiktiraf oleh Kerajaan Melaka apakah benda pertama nak buat? Sultan Melaka menjawab “Belanja rakyat sirap selasih free flow”.

Melayubuntu bertanya “Tuanku, patik nak apply jadi menteri nikah kawin. Nak hantar resume kat mana? Sultan Melaka menjawab dengan sinis “Jawatan pemalas tu”.

Menjawab pertanyaan Bekas Mufti negeri Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin “kenapa yang nak jadi Sultan sangat? Sultan Melaka menjawab dalam Tweet “Bukan beta yang nak jadi sultan, negeri Melaka yang perlukan beta. Nak jadi mufti beta?’.

FadhilZainuddin bertanya “Tuanku pergi mengundi hari tu Tuanku undi siapa? BN/PKR? Sultan Melaka menjawab “Kamu tak faham ka, beta Sultan! Tak perlu”.

Effi Obefiend Tweet “So that explains WHY people supporting the “Sultan of Melaka”. 15 Trillion Dollar allegedly given by Bank Dunia. Siapa percaya BODO”.

Sultan Melaka menjawab Tweet tersebut: “1Obefiend minta no akaun, beta salurkan sejuta dollar sebagai bukti. Cukup?”.

Antara Tweet Sultan Melaka yang menarik dan melucukan ialah seperti berikut:

“Kalau beta pakai jersi Melaka macam Abg Nuar pakai jersi Selangor, okay tak?”.

“Beta nak masuk kerja dah ni. Biarlah beta jadi sultan yang faham denyut nadi rakyat. Beta tak ada elaun”.

“Apalah nasib, jadi sultan tak ada negeri”.

“Dah pukul 2 dah. Beta beradu dulu. Beta ni Sultan yang kena kerja 9 to 5. Kekanda beta di negeri lain tu tak apa.#cemburu”.

“adamIqball bahasa menunjukkan bahasa (bangsa). Eja betul2! Daulat! Bukan download!”.

“Ratusan tahun tanpa Sultan, kini Beta kembali. Inilah rahmat terbesar buat bumi Melaka Darul Islam”.

“Nama Beta Raja Noor Jan Shah. Betalah Sultan Melaka Darul Islam”-fmt



Azman Abdullah was tagged in Cik Ana's photo.

"undi Anwar bermakna undi Pro Amerika"

Mengantuk Mahathir ni...ko dengan Najib tak nak cerita ni? Ni apa pentadbiran Negara ada buat perundingan dengan APCO WORLDWIDE dalam pemerintahan negara??

1 Israel = 1 Malaysia.

Bidaah ni. Bidaah Dhalalah ko tau tak?

Tiada ulasan: