Sabtu, 22 Februari 2014

KAUNSELING KAN JUGA ULAMAK BISU...ULAMAK MATA DUITAN....ULAMAK ROSAK SERTA ULAMAK KAKI AMPU DAN KAKI BODEK

Saturday, 22 February 2014


EDISI MEMPERLEKEHKAN KEBIJAKSANAAN RAKYAT .... DUIT BR1M RM650 BOLEH MELUASKAN PERNIAGAAN.

Kalau ya pun nak bodek Kerajaan UMNO/BN pimpinan Najib Razak tetapi janganlah sampai menyerlahkan kebodohan sampai nak hina rakyat .. nak hina dan perlekeh kebijaksanaan rakyat.

Dengan RM650 boleh membantu perluaskan perniagaan ke?.. Tolonglah .. cukuplah tu .. simpanlah separuh kebodohan tu .. jangan keluarkan habis.

Demo Di masjid kangar, perlis. semalam selepas solat jumaat..

Demo membantah tindakan biadap kassim ahmad yang menyamakan ulama seperti kasta paderi dan kenyataan yang biadap dan tidak berilmu.

Mana perginya pejuang melayu umno? tak nak buat demo sekali ker? mentang-mentang bekas presiden umno, tun Dr mahathir mempertahan kassim ahmad. Sebab tu tak mahu demo seperti demo sembelih ayam oleh NGO yang mengaku islam... Puihhh!

Ingat umno ingat pembohong

-apages-

BANGI: Suara Guru Masyarakat Malaysia (SGMM) akan memanjangkan masalah Sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) kepada pihak Istana Negara sekiranya desakan mereka tidak dihiraukan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Pengerusi SGMM Cikgu Mohd Nor Izzat Mohd Johari berkata satu Memorandum Memansuhkan PBS akan dihantar kepada Perdana Menteri dalam waktu terdekat ini.

Namun katanya, sekiranya Perdana Menteri tidak memberi respons dalam masa seminggu pihaknya akan berusaha bertemu dengan Istana Negara.

"Saya akan hantar terus kepada PM dengan pelagai cara dan penyerahan ini kami terpaksa rahsiakan paling cepat kami serahkan selepas himpunan hari ini, kerana saya rasa terancam bukan dengan penjenayah," katanya ketika membacakan memorandum berkenaan.

Tegasnya, jika kerajaan melaksanakan sistem PBS ini menepati perjanjian Unesco iaitu satu guru nisbah 25 pelajar beliau akan tutup SGMM.

Cikgu Izzat turut menolak dakwaan sesetangah pihak yang mengatakan pihaknya mahu menggulingkan kerajaan kerana berlawan arus dengan kerajaan dalam isu ini.

"Saya sayang kerajaan saya bukan mahu jatuhkan kerajaan tetapi saya bersuara untuk pendidikan dan masa depan anak-anak. Saya tidak ada kepentingan mana-mana pihak hanya satu sahaja soal pendidikan negara semata-mata," katanya.
KUANTAN: Anggota exco negeri Datuk Shahiruddin Ab Moin mengalami kerugian hampir RM10,000 setelah rumahnya di Medan Tok Sira dekat sini dipecah masuk dalam kejadian awal pagi ini.
  
Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Mohd Jasmani Yusoff berkata, kejadian disedari kira-kira pukul 3.05 pagi oleh anak lelaki anggota exco itu yang ketika itu baru tiba dari Kuala Lumpur.

"Pengadu mendapati pintu dapur rumahnya terbuka dan atap genting tercabut.

"Hasil pemeriksaan mendapati semua bilik di rumahnya berselerak dan sebuah televisyen LCD 60 inci di ruang tamu dan alat mainan video yang diletakkan dalam bilik tidur pengadu telah hilang," katanya kepada Bernama.

Beliau berkata, anak exco itu, seorang pelajar institusi pengajian tinggi kemudian membuat aduan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan pada jam 5 pagi.

Mohd Jasmani berkata, suspek dipercayai memasuki rumah menerusi bumbung dan keluar melalui pintu bilik dapur dengan mengumpil jeriji besi.

"Polis bagaimanapun berjaya menemui kesan cap jari yang ditinggalkan dan sedang mengesan suspek," katanya.   

Tiada siapa di rumah itu ketika kejadian tersebut berlaku oleh kerana Shahiruddin, pengerusi jawatankuasa koperasi, keusahawanan dan kepenggunaan negeri, yang juga Adun Dong, dikatakan keluar melawat kawasannya bersama keluarga. - Bernama
SEGAMAT: Lima lagi mayat remaja dari sejumlah lapan yang hilang di Sungai Muar dekat Buloh Kasap, di sini, ditemui petang ini.
  
Ketua Polis Daerah Segamat Supt Mohd Kamil Sukarmi berkata mayat Mohd Nazree Zainal, 14; ditemui terapung pada pukul 1.40 petang dan mayat Mohd Shafiq Md Sukur, 16; ditemui di dasar sungai pada pukul 2.06 petang.

"Tiga mayat lagi turut ditemui di dasar sungai itu iaitu Mohd Zaki Zaidi, 16; dan Mohd Izoan Hakimis Amin, 16; yang ditemui pada pukul 2.41 petang manakala mayat terakhir, Mohd Hafizuddin Kamal, 16; ditemui pada pukul 2.46 petang," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

Mohd Kamil berkata kesemua mayat itu ditemui dalam lingkungan 10 meter dari kawasan kejadian dengan mayat Mohd Shafiq, Mohd Zaki, Mohd Izoan Hakimis dan Mohd Hafizuddin tersangkut pada kayu-kayu di dasar sungai.

Beliau berkata kesemua mayat kemudian dihantar ke Hospital Segamat untuk bedah siasat.

Semalam, gerakan mencari dan menyelamat berjaya menemui tiga mayat remaja itu - Mohd Hafizul Danial Norhashim, 16; Mohd Zikri Zaidi, 14; dan Nazirul Aminuddin Zamri, 15, di dasar sungai berhampiran satu sama lain.
  
Sementara itu, Pengarah Bomba dan Penyelamat Johor Datuk Ab Ghani Daud berkata operasi mencari dan menyelamat terbabit menggunakan teknik kocakan bot pada tengah hari ini yang membolehkan pergerakan pada kesemua mangsa yang tersangkut.

Beliau berkata tempat kesemua mayat remaja itu ditemui turut merupakan tempat yang dihidu anjing pengesan ketika gerakan mencari dan menyelamat.

"Bomba yang melakukan operasi dan menyelamat dalam tempoh 30 jam sejak semalam tidak mempunyai halangan yang begitu sukar kecuali bentuk muka bumi dasar sungai yang tidak rata," katanya.

Ab Ghani berkata sehubungan penemuan kesemua mayat, operasi mencari dan menyelamat yang disertai 133 anggota merangkumi Jabatan Bomba dan Penyelamat, Polis Diraja Malaysia, Ikatan Relawan Rakyat (Rela), Jabatan Pertahanan Awam dan Pejabat Daerah ditamatkan pada pukul 3 petang tadi.
  
Katanya, setakat ini pihaknya percaya kejadian tersebut disebabkan pasir jerlus di kawasan terbabit.

Terdahulu, kesemua keluarga mangsa dilihat melakukan solat fardu Zohor dan solat hajat di kawasan kejadian sebelum suasana kemudian bertambah pilu apabila satu persatu mayat remaja itu ditemui.
  
Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar turut hadir meninjau gerakan mencari dan menyelamat terbabit.
  
Dalam kejadian kira-kira pukul 8.50 pagi semalam, Mohd Hafizuddin yang berjalan di kawasan berpasir di sungai itu dikatakan tiba-tiba tergelincir sebelum tujuh rakannya yang cuba membantu turut hilang ke dalam sungai.
  
Sementara itu, Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Buloh Kasap Norshidah Ibrahim Daud berkata pihaknya ada menerima aduan mengenai kerja-kerja mengorek pasir oleh sebuah syarikat berhampiran lokasi kejadian lemas itu.
  
Tebing sebelah kiri dan kanan sungai tersebut katanya telah runtuh dipercayai akibat kerja-kerja menyedut pasir dengan menggunakan jentera penyedut berkuasa tinggi untuk mengeluarkan pasir dari dasar sungai berkenaan.
  
Pagi tadi, Pegawai Daerah Segamat Abdul Rahim Nin di dalam sidang media berkata beliau telah pun mengarahkan kerja-kerja mengorek pasir berhampiran lokasi kejadian itu dihentikan dengan serta-merta.
  
Sementara itu, Norshidah berkata pihaknya akan menghulurkan bantuan wang tunai RM500 kepada setiap keluarga terbabit bagi membantu urusan pengebumian mangsa. - Bernama
BUTTERWORTH: PAS menolak sebarang fahaman yang bertentangan dengan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah di negara ini, kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

Beliau berkata fahaman seumpama itu adalah bahaya dan umat Islam perlu bersatu menentang ideologi yang bercanggah dengan asas ajaran Islam termasuk menolak hadis.
  
"Pandangan sebegini sebenarnya terlalu bahaya untuk umat Islam kerana hadis adalah sumber rujukan selepas Al-Quran dan tidak wajar untuk kita memperlekehkannya," katanya kepada pemberita selepas perasmian Munaqasah Ucapan Dasar Presiden PAS Peringkat Negeri Pulau Pinang di sini, hari ini.
  
Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata demikian ketika diminta mengulas isu bekas aktivis politik Dr Kassim Ahmad yang didakwa mengeluarkan kenyataan yang boleh menyesatkan akidah umat Islam, baru-baru ini.
  
Seminar 'Pemikiran Kassim Ahmad: Suatu Penilaian' di Putrajaya pada 15 dan 16 Feb lepas mengundang kontroversi apabila beliau mempertikaikan hadis selain meletakkan ulama Islam setaraf dengan 'kasta' paderi Kristian.
  
Perkara itu kini disiasat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi). – Bernama
SIBU: PAS Sarawak kesal dengan penahanan Pengerusi Lajnah Pembangunan Tanah, Peneroka Bandar dan Hal Ehwal Orang Asal PAS Pusat, Mazlan Aliman di Lapangan Terbang Sibu kira-kira jam 11.25 pagi tadi.

Ketua Penerangannya, Andri Zulkarnaen Hamden (gambar) berkata penangkapan itu amat tidak wajar kerana tidak ada asas kukuh mengapa Mazlan ditahan.

"Beliau tidak pernah melakukan apa-apa kesalahan jenayah di seluruh Malaysia khususnya di Sarawak. Alasan yang diberi oleh pihak Imigresen yang menyatakan bahawa pihak Pejabat Ketua Menteri tidak membenarkan Mazlan memasuki Sarawak adalah jelas suatu pencabulan kepada sistem undang-undang di negara kita khususnya Sarawak.

"Sudah menjadi amalan di mana-mana juga di dunia ini, seseorang yang ditahan atau dihalang dari memasuki sesuatu negara atau negeri mestilah dibuktikan bersalah dan fakta-fakta kukuh dan konkrit," ujar Andri.

Beliau berkata jelas sekali penahanan itu adalah bersifat politik dan ia adalah ulangan kepada penahanan yang pernah dikenakan terhadap Mazlan pada 6 Julai 2011 di Lapangan Terbang Miri.

"Pihak-pihak tertentu jelas takut dengan pendedahan demi pendedahan tentang penyelewengan dan skandal tanah melibatkan pemimpin-pemimpin BN di seluruh negara khususnya Sarawak.

"Mazlan melalui NGO Anak dilihat menjadi duri dalam daging kepada penyangak-penyangak tanah yang menjadikan tanah rakyat sebagai habuan mereka mengumpul kekayaan," tambah Andri Zulkarnaen lagi.

Menurutnya, PAS Sarawak menggesa pihak Imigresen supaya tidak tunduk kepada desakan politik dalam menjalankan tugas mereka.

"Amat merbahaya jika jabatan seperti Imigresen tunduk kepada tekanan politik seperti kes Mazlan ini. Kami menggesa Mazlan segera dibenarkan memasuki Sarawak untuk meneruskan program Himpunan Tanah Sarawak yang dijadualkan berlangsung esok di Dun Beting Maro. Ianya dianjurkan dengan kerjasama Lajnah Tanah dan Badan Perhubungan PAS Negeri Sarawak," ujarnya lagi

Dalam perkembangan berkaitan, Andri juga melahirkan kekesalannya dengan beberapa kes ugutan yang dilakukan oleh pihak tertentu kepada Ahli Jawatankuasa Program dan peserta-peserta program esok.

"Salah seorang AJK kami diugut akan ditangkap jika datang ke kawasan beberapa Rumah Panjang di Beting Maro untuk mengajak penghuni Rumah Panjang hadir ke program esok.

"Selain itu kami juga percaya Tuai beberapa Rumah Panjang di kawasan tersebut juga telah diugut sehingga mereka tidak berani untuk memberikan kerjasama kepada program kami sedangkan semalam mereka begitu bersemangat untuk bersama-sama menjayakan program tersebut," ujar beliau.

Andri berkata ugutan itu adalah suatu tindakan primitif, pengecut dan tidak professional pihak tertentu yang jelas takut kepada bayang-bayang sendiri.

"Mereka takut penghuni di Rumah Panjang seperti Manggu Manggeris, Mutton Jawi dan lain-lain terus memberikan sokongan kepada usaha-usaha PAS untuk mengembalikan hak kepada rakyat Sarawak dari segi pemilikan tanah," tambah beliau.

Sementara itu, Mazlan Aliman menulis FB menyatakan bahawa beliau sudah kembali ke Johor dan baru mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai.
SEGAMAT: Jabatan Kebajikan Masyarakat Johor menyediakan khidmat kaunseling untuk keluarga tiga remaja yang lemas dan lima yang masih hilang di Sungai Muar dekat Buloh Kasap di sini semalam, bagi membantu mereka menangani kejadian itu.
  
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Johor Asiah Md Arif berkata kaunselor telah diminta ke kawasan kejadian bagi membantu menenangkan keluarga lapan remaja lelaki itu.
  
"Ketika ini, kebanyakan keluarga remaja masih berada di sekitar pinggir sungai untuk melihat sendiri usaha mencari dan menyelamat ini. Sehubungan itu, ada kaunselor sudah dihantar ke sini untuk membantu memulihkan semangat mereka," katanya kepada pemberita selepas melawat keluarga remaja berkenaan di tempat kejadian hari ini.
 
Asiah berkata kerajaan negeri Johor turut merakamkan takziah kepada keluarga mangsa dan berharap mereka bersabar menghadapi dugaan itu.
 
Kerajaan negeri juga menyampaikan sumbangan pengurusan kepada keluarga terbabit sebagai meringankan beban mereka, katanya.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Pelajaran Johor Md Hamsidin Zaini berkata pihaknya akan berusaha membantu keluarga mangsa yang kesemuanya dari Taman Mewah di sini, untuk membuat tuntutan takaful berkelompok memandangkan setiap remaja itu dilindungi sehingga RM5,000.
  
Beliau berkata pihaknya juga sudah meminta pihak sekolah mereka iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Buloh Kasap di sini untuk mengadakan kutipan sumbangan ikhlas untuk membantu keluarga mangsa.
 
"Pejabat Pelajaran Johor juga meminta pihak sekolah mengadakan doa selamat dan perjumpaan bersama Persatuan Ibu Bapa dan Guru bagi memudahkan segala urusan," katanya.
 
Pasukan penyelamat masih meneruskan usaha mencari Mohd Shafiq Mohd Syukur, 16, Mohd Hafizuddin Kamal, 16,  Mohd Zaki Zaidi, 16, Mohd Izuan Hakimi, 16, dan Mohd Nazreen Zainal, 14.

Petang semalam, anggota penyelamat menemui mayat Mohd Hafizul Danial Norhashim, 16, Mohd Zikri Zaidi, 14, dan Nazirul Aminuddin Zamri, 15. – Bernama
KUALA LUMPUR: Jaringan Rakyat Tertindas (Jerit) membantah  kenyataan Menteri Kewangan Kedua Datuk Ahmad Husni Mohamad Hanadzalah yang mengatakan cukai cukai barangan dan perkhidmatan (GST) 6% bukan satu beban kepada rakyat.

Menurut Koordinator Jerit, Parames E, menteri kewangan itu nampaknya cuba mengelirukan rakyat dengan kenyataannya.

Katanya, 6% cukai GST atau tambahan cukai hanya RM15.06 bagi keluarga yang berpendapatan RM2,000 sepertimana yang dikatakan oleh menteri tidak munasabah.

“Apakah yang dimaksudkan oleh menteri sebagai tambahan cukai?” tanya beliau dalam satu kenyataan.

Katanya, bagi sebuah keluarga yang berpendapatan RM2,000 mereka hanya mampu menggunakan kesemua pendapatan mereka untuk perbelanjaan asas seperti barangan dapur, perbelanjaan sekolah, perbelanjaan pengangkutan pergi balik kerja, pembayaran bil api dan air dan bayaran pinjaman perumahan ataupun sewa rumah.

Tambahnya, jika cukai GST 6% dilaksanakan keluarga tersebut perlu membayar RM120 sebulan untuk cukai barangan dan perkhidmatan.

“Jika betul apa yang dikatakan oleh menteri bahawa keluarga tersebut hanya membayar RM15.06 cukai, adakah ini bermaksud kerajan bagi pengecualian cukai sebanyak 87.45% kepada keluarga yang berpendapatan RM2,000 ke bawah?” tanya beliau lagi.

Katanya, menteri mengaku sendiri dengan pelaksanaan cukai GST akan ada pertambahan dalam kenaikkan harga barang sebanyak 1.8%.

Ini, ujarnya bermakna kenaikkan harga 1.8%  adalah bagi  barangan dan perkhidmatan yang sedang dan sudahpun naik harga menjelang 1 April 2015.

Kini, ujarnya rakyat sudahpun menderita akibat kenaikkan harga barangan dan  perkhidmatan yang kian bertambah.

Katanya, menurut Gabenor Bank Negara Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz  hutang seisi rumah di Malaysia adalah 83% daripada KDNK dan yang tertinggi di Asia berbanding dengan Singapura 67% dan Hong Kong 58%.

Justeru, kata beliau apakah nasib rakyat jika cukai GST dilaksanakan.

Sehingga hari ini, ujar beliau kerajaan belum mendedahkan apakah 40 barangan yang zero rated tax, lagipun  tiada jaminan bahawa harga barangan zero rated tidak akan naik harga.

Sebagai contoh, kata beliau beras adalah barangan zero rated namun  barangan yang digunakan untuk menghasilkan beras dan memprosesnya seperti baja, plastik dan pengangkutan untuk mengedarkannya  akan dikenakan cukai GST.

Maka, katanya secara langsung cukai GST dalam barangan lain untuk memproses beras dan perkhidmatan pengangkutan akan menyebabkan kenaikan dalam harga beras.

Kerajaan juga, kata beliau mengelirukan rakyat dengan mengatakan rakyat hanya perlu bayar cukai GST 6% berbanding dengan cukai  SST (sales and service tax) 10%  yang lebih tinggi.

“Cukai SST adalah cukai yang dikenakan keatas barangan mewah dan perkhidmatan mewah sahaja. Cukai GST pula dikenakan ke atas semua barangan kecuali 40 barangan,” ujarnya.

Beliau berkata, golongan berpendapatan rendah tidak mendapat apa-apa faedah dengan penggantian cukai SST kepada cukai GST ini.

Tambahnya, golongan berpendapatan rendah bukannya yang kerap menggunakan perkhidmatan hotel, makan di restoran franchise, beli barang kemas dan barangan rumah yang mewah.

“Maka Jerit tetap berpendirian cukai GST tidak harus dilaksanakan kerana ia adalah satu bebanan kepada rakyat yang sudahpun dibebani dengan kenaikkan harga barangan, perkhidmatan dan hutang seisi rumah.

“Cukai GST adalah cukai yang miskinkan rakyat,” katanya lagi.

Tiada ulasan: