Isnin, 24 Februari 2014

BERJUANG BUKAN BERNIAT KERANA SATU2 PARTI TETAPI WAJIB BERNIAT BERJUANG JUGA APA SAJA BENTUK IBADAH MAKA NIATKAN SEMATA2 TULUS KERANA ALLAH SWT




Luahan Pelajar Tahfiz Amal - Kami Nak Balik Rumah [Kerajaan Perlu Campur Tangan Dan Hantar Pelajar2 Tersebut Ke Rumah Keluarga!!!]

Kepala hotak Soz Cyili on Sunday, February 23, 2014

Mereka nak balik. Mereka taknak duduk kat Tahfiz penipu (baca tahfiz Amal). Kerajaan perlu masuk campur sebab keadaan semakin kritikal. Walaupun operasi mereka berjaya dihentikan tetapi pelajar2 tersebut masih berada di sana. Mereka tak dihantar pulang ke rumah keluarga masing2. Sama juga seperti memberikan ruang dan peluang kepada si penipu tersebut untuk mempergunakan kanak2 itu lagi dan lagi.

Ini masa untuk Mukhriz dan pihak kerajaan pusat bertindak membanteras kejahatan pusat tahfiz amal ini. Selamatkan mereka sekarang juga. Bawa pelajar2 ini pulang ke pangkuan keluarga mereka. Mungkin keluarga2 mereka terlalu miskin dan tidak tahu. Tiada akses kepada media arus perdana dan juga media internet. Mungkin kerana pelajar2 ini diambil dari mereka2 yang benar2 tersepit dan miskin sehinggakan mudah diperolok2kan oleh pihak2 berkepentingan di pusat tahfiz amal. Mana kita semua nak tahu kan.

Baca ;

“Kami nak balik... kami rindu mak abah...,” demikian rintihan beberapa pelajar Pusat Tahfiz Amal (PTA) dekat Jalan Yan - Kuala Kedah, di sini, yang diarahkan menghentikan operasi berkuat kuasa pada 10 Februari lalu.

Walaupun pada mulanya cuba mengelak dari media dan cuba menyembunyikan diri tetapi akhirnya mereka datang untuk meluahkan perasaan.  

Tinjauan Sinar Harian di lokasi mendapati pintu pagar masuk ke PTA dikunci dan orang luar tidak dibenarkan masuk untuk sebarang urusan.

Pemerhatian mendapati, pelajar yang berumur antara tujuh hingga 12 tahun itu, sedang melakukan aktiviti bebas di persekitaran sekolah sebelum melarikan diri ke suatu kawasan sebaik wartawan tiba di pintu pagarnya.

Beberapa minit kemudian, beberapa orang pelajar menghampiri wartawan dan menyatakan hasrat untuk pulang ke rumah masing-masing.

“Kami tak boleh balik, tapi kami rindukan mak abah. Sudah lama kami tak berjumpa dengan mak abah. Kali terakhir jumpa dengan mak abah pun sudah lama,” katanya kepada wartawan, semalam.

Luahan isi hati pelajar berkenaan amat terasa di hati apabila kelihatan pada riak wajah mereka seperti bersedih dan sebak.

Perbualan sekitar lima minit itu terhenti apabila ada pelajar lain yang memanggilnya supaya beredar dari pintu pagar tersebut. Tindakan itu dipercayai menerima arahan daripada individu tertentu.

Apabila ditanya mengenai aktiviti dan sesi pembelajaran di PTA, murid berkenaan terkedu seketika dan tidak tahu jawapan yang hendak diberikan.

“Saya tak tahu. Kami juga belajar baca surah Yasin,” katanya.

Kesempatan berbual dengan pelajar berkenaan digunakan sebaik mungkin dengan bertanyakan mengenai aktiviti jualan amal yang sering melibatkan pelajar PTA di sekitar negeri ini.

“Hari ini kami tidak keluar jual barang. Saya sudah pandai jual barang. Tugas saya cuma perlu pergi bank dan ambil duit untuk anak-anak yatim.

“Tetapi kawan-kawan lain ada juga yang masih jual barang. Tapi hari ini mereka tidak keluar,” katanya.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan, PTA itu diarah menghentikan operasinya oleh Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik) berkuat kuasa serta merta.

Menurut laporan tersebut, notis arahan penutupan itu dikeluarkan pada 10 Februari lalu, atas alasan menjalankan operasi sebagai sekolah Islam tanpa pendaftaran mengikut Seksyen 12 (1) Enakmen Pengawalan Sekolah-sekolah Agama Negeri Kedah Tahun 1988.

Jaik juga pernah mengeluarkan notis sama bertarikh 1 Januari 2007 yang mengarahkan supaya operasi tersebut dihentikan. -SH-



Banyak Rungutan:  Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Ditangguh Sehingga Diberitahu


Guru tidak perlu meneruskan pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) sehingga kenyataan mengenainya dibuat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam masa terdekat.
Ketua Pengarahnya Datuk Dr Khair Mohamad Yusof dalam satu kenyataan pada Ahad berkata pihaknya akan memaklumkan hasil penelitian dan kajian semula berkaitan PBS setelah Menteri Pendidikan Tan Sri Muhyiddin Yassin berpuas hati dengan penambahbaikan yang dicadangkan.

Banyak Rungutan:  Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Ditangguh Sehingga Diberitahu
Katanya penambahbaikan itu mengambil kira dapatan kajian terbaharu KPM, rungutan guru dan mengambil kira pandangan masyarakat termasuk Suara Guru Masyarakat Malaysia (SGMM).
“KPM telah mengambil inisiatif meneliti semula pelaksanaannya agar dapat mengurangkan bebanan tugas guru, dengan memfokuskan kepada rombakan perkara yang melibatkan kekerapan guru memasukkan data termasuk pengisian borang perekodan prestasi murid yang boleh membebankan guru,” katanya.
Selain itu, antara tidakan yang diambil KPM ialah menubuhkan Jawatankuasa Task force PBS di peringkat kementerian yang akan mengadakan mesyuarat setiap minggu bagi meneliti dan menilai perkembangan setiap tindakan terhadap penelitian PBS.
“War Rooms PBS di peringkat KPM juga diwujudkan untuk menangani isu-isu berbangkit berkaitan pelaksanaan PBS dengan segera dan berkesan termasuk membuat maklum balas segera mengenainya dari masa ke semasa,” katanya.
KPM juga sedang melaksanakan usaha penambahbaikan terhadap capaian Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS) bagi memastikan guru boleh mengakses sistem itu dengan lebih mudah dan berkesan.
Beliau juga memaklumkan bahawa KPM turut menangguhkan taklimat PBS di peringkat sekolah rendah dan menengah seluruh negara bermula 17 Februari lalu untuk mengelakkan kekeliruan terhadap pelaksanaannya.
KPM juga, katanya, telah mengadakan perbengkelan melibatkan guru termasuk kesatuan-kesatuan guru dalam usaha penelitian dan kajian semula pelaksanaan PBS pada Februari lalu dan hasilnya akan dibentangkan dalam tempoh terdekat.
“Kesemua tindakan itu diambil bagi memastikan setiap elemen pelaksanaan PBS dapat memberikan taksiran secara holistik terhadap murid dan dalam masa sama mengurangkan beban guru yang melaksanakannya,” katanya. BERNAMA10:35AM - 24 Feb 2014
Saya dimaklumkan tentang penganjuran Ekspo Makanan Halal Antarabangsa Kelantan 2014 yang akan berlangsung mulai esok 25 Rabiul Akhir 1435H bersamaan 25 Februari 2014 selama lima hari di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu. Teringin sekali saya untuk turut sama meninjau dan melihat sendiri makanan halal yang dipamerkan di dalam ekspo ini tetapi kesihatan saya sedikit tidak mengizinkan. Bahkan mulai hari ini, saya dinasihatkan doktor untuk berehat beberapa hari dan menjalani rawatan rutin. Saya harapkan doa daripada saudara-saudara agar Allah SWT memberikan saya kekuatan yang berpanjangan untuk terus berdiri menyampaikan dakwah melalui medan politik di tanah air ini.

Saya suka untuk menulis sedikit berkenaan Ekspo Makanan Halal Antarabangsa Kelantan 2014. Pertamanya, saya rakamkan tahniah kepada penganjur kerana mengambil inisiatif mengadakan ekspo sebegini. Ia satu langkah yang cukup baik dalam mengajak masyarakat khususnya umat Islam agar menyedari kepentingan halal haram di dalam pemakanan seharian.

Halal haram ini bukan ciptaan manusia. Ia hukum yang datang daripada Allah SWT. Nabi Muhammad SAW telah menegaskan bahawa perkara yang halal dan haram itu semuanya telah jelas tanpa sebarang syak wasangka. Di dalam pemakanan, sesuatu yang haram yang bersatu dengan darah daging akan membawa akibat yang buruk dan antaranya ialah memayahkan doa untuk dimakbulkan Allah SWT.

Ketika saya diamanahkan sebagai Menteri Besar Kelantan pada tahun 1990, aspek halal haram inilah yang kita ketengahkan di dalam pentadbiran. Ia bukannya hanya wujud di dalam pemakanan bahkan di dalam pengurusan ekonomi. Justeru, kita pindahkan wang kerajaan dari perbankan konservatif kepada perbankan Islam agar wang itu menjadi halal dan diuruskan dengan pengurusan yang tidak terlibat dengan ribawi.

Alhamdulillah, pengurusan kewangan berjalan dengan baik dan sempurna sekalipun tidak terlibat dengan riba. Jika makanan yang halal pun enak dimakan, demikian juga pengurusan ekonomi yang halal, tetap menguntungkan dan mendatangkan manfaat. Sesuatu yang halal itu bukanlah susah untuk dicari jika tidak ditutup oleh nafsu manusia yang enggan menerima kebenaran.

Di dalam politik juga begitu. Ada politik halal dan ada politik haram. Masyarakat perlu dididik agar merasa jijik untuk menyentuh politik yang haram sebagaimana mereka jijik untuk menyentuh makanan yang haram. Saya yakin dan pasti, orang Melayu khususnya terdidik agar tidak memakan binatang-binatang tertentu yang dianggap haram mutlak di sisi Islam. Ia dianggap jijik dan sangat hina. Namun sayangnya dalam masa yang sama, rasa jijik terhadap politik haram tidak setinggi rasa jijik terhadap politik yang haram.

Masyarakat wajib diajar bahawa politik menzalimi orang lain itu adalah politik yang haram. Politik menyekat hak kepada pihak yang berhak adalah politik haram, politik mengambil hak yang bukan sepatutnya ialah politik yang haram. Demikian juga politik yang mengambil kesempatan untuk menerima rasuah, salah guna kuasa dan khianat juga adalah politik yang haram. Jika kesedaran ini berjaya ditingkatkan dan masyarakat sedar sepenuhnya, saya yakin pihak yang berdiri di atas asas politik yang haram tidak akan wujud lagi di negara ini.

Kefahaman ini adalah akar tunjang di dalam berpolitik. Jika kefahaman ini berjaya disemai, pohon jahiliyyah yang sekian lama menaungi pastinya akan tumbang juga.

Selamat berekspo dan salam hormat.

Guru tak perlu teruskan PBS sehingga diberitahu


Guru tidak perlu meneruskan pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) sehingga kenyataan mengenainya dibuat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam masa terdekat.
  
Ketua Pengarahnya Datuk Dr Khair Mohamad Yusof dalam satu kenyataan semalam berkata pihaknya akan memaklumkan hasil penelitian dan kajian semula berkaitan PBS setelah Menteri Pendidikan Tan Sri Muhyiddin Yassin berpuas hati dengan penambahbaikan yang dicadangkan.
  
Katanya penambahbaikan itu mengambil kira dapatan kajian terbaru KPM, rungutan guru dan mengambil kira pandangan masyarakat termasuk Suara Guru Masyarakat Malaysia (SGMM).
  
"KPM telah mengambil inisiatif meneliti semula pelaksanaannya agar dapat mengurangkan bebanan tugas guru, dengan memfokuskan kepada rombakan perkara yang melibatkan kekerapan guru memasukkan data termasuk pengisian borang perekodan prestasi murid yang boleh membebankan guru," katanya.
  
Selain itu, antara tidakan yang diambil KPM ialah menubuhkan Jawatankuasa Task force PBS di peringkat kementerian yang akan mengadakan mesyuarat setiap minggu bagi meneliti dan menilai perkembangan setiap tindakan terhadap penelitian PBS.

"War Rooms PBS di peringkat KPM juga diwujudkan untuk menangani isu-isu berbangkit berkaitan pelaksanaan PBS dengan segera dan berkesan termasuk membuat maklum balas segera mengenainya dari masa ke semasa," katanya.
  
KPM juga sedang melaksanakan usaha penambahbaikan terhadap capaian Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS) bagi memastikan guru boleh mengakses sistem itu dengan lebih mudah dan berkesan.
  
Beliau juga memaklumkan bahawa KPM turut menangguhkan taklimat PBS di peringkat sekolah rendah dan menengah seluruh negara bermula 17 Februari lalu untuk mengelakkan kekeliruan terhadap pelaksanaannya.
  
KPM juga, katanya, telah mengadakan perbengkelan melibatkan guru termasuk kesatuan-kesatuan guru dalam usaha penelitian dan kajian semula pelaksanaan PBS pada Februari lalu dan hasilnya akan dibentangkan dalam tempoh terdekat.
  
"Kesemua tindakan itu diambil bagi memastikan setiap elemen pelaksanaan PBS dapat memberikan taksiran secara holistik terhadap murid dan dalam masa sama mengurangkan beban guru yang melaksanakannya," katanya.
  
-Bernama

Pelajar rakam aksi liwat

tliwatPADANG BESAR – Seorang pelajar lelaki tingkatan empat ditahan reman selama seminggu bagi membantu siasatan kes meliwat seorang remaja perempuan berusia 15 tahun beberapa kali sejak akhir tahun lalu.
Ketua Polis Daerah Padang Besar, Superintendan Che Man Md Dros berkata, perintah tahanan itu bermula kelmarin (Jumaat) dikeluarkan Mahkamah Majistret di Kangar.

Dalam kejadian terakhir berlaku pada awal Februari lalu, suspek yang dipercayai teman lelaki mangsa telah membawanya ke sebuah rumah kosong di Kampung Lembah Biak, di sini sebelum meliwat mangsa dan merakam aksi berkenaan menggunakan telefon bimbitnya.
Difahamkan remaja berkenaan juga menjadikan rakaman berkenaan sebagai ugutan bagi mengulangi perbuatan terkutuk itu.
Kes itu disiasat mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan kerana meliwat, lapor Sinar Harian

Monday, 24 February 2014

PERJUANGAN PAS BUKAN UNTUK TAKSUB INDIVIDU ... USTAZ IDRIS AHMAD.



Apabila Rasulullah wafat, Saidina Umar Alkhattab bangkit menyatakan dengan marah siapa yang kata baginda wafat maka akan dikenakan hukuman. Maka Saidina Abu Bakar Assidiq bangun dengan ungkapannya yang masyhur "Siapa yang menyembah Nabi Muhammad SAW sesungguhnya Nabi Muhammad sudah wafat, siapa yang menyembah Allah, maka sesungguhnya Allah itu hidup dan tidak mati". Ini dalil hendak menunjukkan bahawa ajaran Islam mengajar penganutnya hanya menyembah Allah tuhan yang esa bukannya menyembah makhluk. Ajaran baginda SAW hanya menyeru manusia menyembah Allah, bukan menyembah baginda. Baginda sebagai manusia biasa, cuma baginda mempunyai sifat maksum dan dianugerahkan wahyu oleh Allah SWT.

Maka asas inilah juga Pas sebagai sebuah Jamaah Islam yang bergerak dijaluran dakwah dan politik, menyeru manusia supaya kenal Allah dan mengabdikan sepenuhnya kepada Allah bukan kepada manusia. Pas bertugas menyeru manusia supaya menghayati Islam sepenuhnya. Pas tidak ajak manusia supaya taksub kepada mana-mana individu di dalam parti. Ketaatan kepada pemimpin selagi mereka taat kepada Allah dan Rasul. Mereka akan keseorangan dan menjadi kera sumbang apabila mereka meninggal dan mengkianat parti. Ahli Pas hanya wala' kepada mereka apabila pemimpin wala' dengan Allah dan Rasul.

Firman Allah SWT bermaksud
"sesungguhnya Penolong kamu hanyalah Allah, dan RasulNya, serta orang-orang yang beriman yang mendirikan solat, dan menunaikan zakat, sedang mereka ruku' ( tunduk menjunjung perintah Allah). Dan sesiapa yang menjadikan Allah dan RasulNya serta orang-orang yang beriman itu penolongnya ( maka percayalah dia), kerana sesungguhnya golongan ( yang berpegang kepada agama) Allah, utulah yang tetap menang". ( Al-Maidah 55-56).

Sebab itu Pas pernah kehilangan Yang Dipertua Pas pertama Ustaz Haji Ahmad Fuad, apabila beliau mengikut Dato' Onn Jaafar. Pas tetap bergerak dipaksi perjuangannya. Bekas Setiausaha Agung Pas Ustaz Osman Abdullah keluar parti untuk menyertai Umno, beliau pernah manjadi ahli Parlimen Tanah Merah pada tahun 1959. Seorang yang hebat dan petah berpidato. Pernah mendapat didikan Parti Masyumi Indonesia yang dipimpin oleh Pak Mohd Nasir. Ustaz Osman juga pernah menjawat jawatan Ketua Pemuda Pas Pusat. Apabila beliau keluar parti tidak dapat mempengaruhi orang lain. Pas tetap utuh dan bergerak terus memacu perjuangannya tanpa memaling kekiri atau kanan. Pas pernah kehilangan Panglima Jihad Ustaz Hassan Adli, apabila beliau tidak bersama dengan keputusan pimpinan Pas yang membuat keputusan meletak jawatan dalam kabinet dan semua agensi kerajaan setelah Pas menentang Akta darurat di Kelantan pada tahun 1977.

Pas juga pernah kehilangan Dato Asri Hj Muda bekas Yang Dipertua Pas Pusat. Seorang pidato yang mempunyai suara serak basah, dengan penggunaan bahasa sasterawan yang tinggi. Seorang yang diasuh sebagai pejuang kemerdekaan bersama dengan hizbul Muslimin, akhirnya mengakhiri hidupnya dengan Umno. Sebuah parti yang ditentang sejak beliau remaja. Kehebatan beliau ketika memimpin Pas, sehingga orang menganggap bahwa Pas akan mati tanpa Asri. Sehingga musuh-musuh Pas menamakan Pas ialah "Parti Asri Sekeluarga".Namun apabila ketiadaan beliau Pas bangkit dengan gagah dengan wujudnya kepimpinan Ulama yang dikawal oleh Majlis Syura Ulama. Selepas ketiadaan beliau, Pas bergerak maju selari dengan Gerakan Islam Seluruh dunia. Dahulunya Pas sebagai parti yang dianggotai majoritinya pak lebai kampung sekarang tanzim Pas wujud diseluruh dunia. Penyertaan dari kalangan cerdik pandai berbondong-bondong ke dalam Pas. Sebelum adanya kepimpinan Ulamak, perjuangan Pas tidak mempunyai watak dan syaksiah yang berbeza dengan Umno. Persoalan tarbiah tidak diberi keutamaan. Mungkin kerana tidak ada orang yang menggerakkanya secara sistematik.

Pas pernah ditinggal oleh Ustaz Nakhaei Haji Ahmad, tokoh pemikir Pas yang hebat. Beliau pernah menduduki kerusi Naib Presiden Pas dan Ahli majlis Syura Pas. Ustaz Nakhaei juga terkenal sebagai penulis yang hebat, banyak menulis buku-buku tarbiah. Penulisannya sentiasa hidup dan segar. Idea-idea beliau juga bernas dilontarkan ke dalam Pas. Hebat macam mana sekali pun, apabila beliau mengambil keputusan keluar parti sedikit pun tidak memberi kesan kepada Pas. Beliau hebat kerana bersama dengan Pas. Ahli Pas hanya akan ikut selagi ia berada bersama Pas. Jika beliau meninggalkan perjuangan, maka ibarat hidup sebatang kara.

Tan Sri Samad Idris bekas Menteri, pernah membayangkan
“Faktor fanatik kepada perjuangan Pas tidak boleh diketepikan begitu sahaja, mereka setia dengan Pas, mereka sanggup dibakar hangus, direndam basah, dicincang lumat, oleh sebab itu Dato’ Mohd. Asri dan Mohd. Nakhaei keluar daripada parti mereka anggap melukut tepi gantang”. Utusan Malaysia 13hb. Disember 1990)

Inilah bukti kejayaan tarbiah Pas. Ia tarbiah ahlinya supaya wala' kepada Allah, Rasul dan pemimpin. Mereka ditarbiah, pemimpin boleh datang dan boleh pergi. Mereka tidak akan ikut pemimpin yang meninggalkan parti. Mereka sudah diberi kefahaman awal supaya jangan taksub kepada pemimpin. Perjuangan yang menyeru supaya taksub kepada individu ia adalah satu penyelewingan dalam dakwah. Nabi Muhammad SAW tidak ajar pengikutnya supaya sembah kepada baginda, sebaliknya baginda menyeru supaya mengabdikan diri kepada Allah SWT.
~PENGUMUMAN PENTING~"(TAHNIAH)"
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

~SERAMAI 55 ORANG DARIPADA UMNOBN,PERKASA,PEKIDA TELAH DISAHKAN MENYERTAI PAS,TERIMA KASIH KEPADA MEREKA,SEMOGA ANDA SEMUA AKAN MENDAPAT KEBERKATAN DIDUNIA DAN DIAKHIRAT,AAMIIN YA RABBAL A'LAMIN,

TAKBIR

ALLAHU AKBAR ALKAHU AKBAR ALLAHU AKBAR
— at PARTI PAS D HATI - ppdh.

Tiada ulasan: