Khamis, 30 Januari 2014

JANGAN RASA DIRI KITA HEBAT....BILA MATI ORANG MANDIKAN....KAFANKAN...SEMBAHYANGKAN DAN TANAM....BERMAKNA TAK BOLEH BUAT SENDIRI

Thursday, January 30, 2014


Tengku Razaleigh ganti Dato' Pa.?

Dibawah kepimpinan YBM Tengku Razaleigh Hamzah sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan, Kerajaan PAS ditumbang oleh UMNO. Selepas daripada itu apabila PAS ambil pemerintahan tidak ada siapa dikalangan pemimpin UMNO dapat tumbangkan PAS.

Semasa Tun Mahathir Mohamed jadi Pengerusi UMNO Kelantan pun PAS tak boleh ditumbangkan, apatah lagi semasa Anuar Musa jadi Pengerusi kekalahan UMNO semakin teruk. PAS hampir hampir tumbang semasa Dato' Pa jadi Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Kelantan.

Permaianan dan penyakit biasa dalam UMNO Kelantan ialah tak boleh lihat seseorang pemimpin itu baik dan terserlah prestasinya, perasaan dengki pun mula membara didada, itulah yang selalu terjadi dalam UMNO Kelantan sejak dulu dan terbaru kini. Kebolehan Dato' Pa mula dipertikaikan, hasutan mula dijaja diperingkat ahli-ahli terutamanya dikawasan Parlimen Ketereh, isunya Dato' Pa bukan jadi Pengerusi UMNO Negeri tapi menjadi Pengerusi UMNO Jeli.

Story lama dicanang, kerana tak ada isu lain yang boleh memadamkan pengaruh Dato' Pa di dalam UMNO Kelantan, kekuatan Dato' Pa bekerja dan melayan ahli UMNO tak boleh dibanding dengan Ketua UMNO Negeri yang terdahulu darinya. Maka Dato' Pa perlu disingkirkan dengan alasan Dato' Pa sibuk untuk mengurus negara dan sibut di Kementerian Perdagangan Antarabangsa.

Antara nama yang disebut-sebut yang boleh ambil alih tempat Dato' Pa adalah YBM Tengku Razaleigh Hamzah, kerana Tengku Li telah terbukti boleh mengalahkan PAS di Kelantan lagi pun pengaruh Tengku Razaleigh bukan saja kuat di Kelantan bahkan masih kuat di seluruh negeri disemenanjung dan  termasuk Sabah serta Serawak. Usaha pun baru bermula.

Yang paling suka sekarang ini adalah PAS kerana kemelut dalam PAS tak ada tempat dihati pemimpin UMNO. Iulah yang menjadi senjata dan kekuatan kepada PAS kerana UMNO mempunyai penyakit yang tak boleh disembuhkan.

Tengku Razaleigh dikatakan akan dapat menyatukan ahli-ahli UMNO dan rakyat yang dulunya menyokong PR kembali menyokong UMNO dalam PRU14 nanti, tapi desas desus sekarang bukan PRU 14, ianya akan berkisar sebelum PRU apabila ahli UMNO sudah siapsiaga untuk menukar Perdana Menteri Najib.

PM Najib sekarang ini dilihat lemah, seperti komen Tun Mahathir cara Najib lebih lemah daripada Pak Lah, ertinya Najib pun harus berhenti sebagai Perdana Menteri seperti juga Pak Lah atas kehendak Tun Mahathir. Ini dapat dikaitkan dengan beberapa peristiwa yang berlaku dimutakhir kini.

Komen Tun Mahathir terhadap Najib adalah salah satu dan lagi apabila YBM Tengku Razaleigh disediakan pentas oleh PERKASA Malaysia yang mana Tengku Razaleigh dijemput merasmikan mesyuarat agung PERKASA berikutnya pula kenyataan panas yang terbuka oleh Ketua Wira PERKASA Irwan Fahmi supaya Perdana Menteri Najib letak jawatan

Apakah nanti Pilihanraya Kecil DUN Kajang petanda akan berlaku transformasi dalam UMNO dari atas kebawah?. Sejak awal-awal lagi PAS telah diberi kemenangan dan akan disusuli oleh PR. Kalaulah ini terjadi.









Live!!! "Suasana Di Mahsyar Siri 3 - Mizan Dan Titian Sirat" oleh Ustaz Wadi Annuar :

Written By canang on Khamis, 30 Januari 2014 | 1/30/2014 08:31:00 PTG


Ramai pekerja Malaysia rancang berhenti kerja

Ramai pekerja Malaysia rancang berhenti kerja


Hampir tujuh daripada 10 (66 peratus) pekerja di Malaysia merancang berhenti daripada pekerjaan sekarang dalam tempoh 12 bulan akan datang untuk memajukan diri dalam kerjaya masing- masing.
Demikian didedahkan oleh satu tinjauan Game-Changer #3 Laporan Dunia Pekerjaan Randstad 2013/ 2014 yang dikeluarkan hari ini.
Ramai pekerja Malaysia rancang berhenti kerja
Ramai pekerja Malaysia rancang berhenti kerja

Laporan itu menyebut sikap pekerja Malaysia itu sama dengan pekerja di Singapura (70 peratus) berbanding pekerja di tempat lain seperti di Australia (57 peratus), China (61 peratus), New Zealand (63 peratus) dan India (64 peratus).
Pengarah Randstad Malaysia, Jasmin Kaur berkata, hasil tinjauan itu memberikan petunjuk kepada majikan untuk membaiki cara mereka menarik bakat, strategi melayan dan mengekalkan pekerja dan yang paling penting ialah menangani kadar pemberhentian kerja yang tinggi.
Beliau berkata, perangkaan itu menunjukkan bahawa memajukan kerjaya merupakan perkara penting kepada pekerja Malaysia, namun hanya seorang dalam empat pekerja (39 peratus) menerima latihan dan peluang memajukan diri dalam pekerjaan semasa.
“Hanya 35 peratus diberikan latihan kepimpinan untuk mendaki tangga berikutnya dalam kerjaya mereka.
“Berdasarkan kedudukan ini, pemilik perniagaan di Malaysia harus melabur dalam strategi pengurusan bakat yang menyediakan program pembelajaran dan latihan memajukan diri pekerja,” kata beliau.
Jasmin Kaur berkata, majikan boleh juga menaikkan pangkat pekerja berpotensi tinggi untuk memain peranan kepimpinan dan membantu mereka membentuk rancangan pembangunan kerjaya yang boleh memberi mereka semangat untuk terus bekerja dengan sesebuah syarikat. – BERNAMA
Sumber : Utusan

 Zahidi cadangkan Lee Chong Wei dipilih calon BN Kajang
Posted on Thursday, January 30 @ 18:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo



Lee Chong Wei yang terkenal di seluruh dunia setaraf dengan Anwar Ibrahim yang terkenal di seluruh dunia juga

KUALA LUMPUR
: Ketua Umno Bahagian Padang Besar, Datuk Zahidi Zainul Abidin berpendapat MCA perlu meletakkan calon yang popular untuk mengatasi calon PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya, jika MCA meletakkan calon tempatan yang dikenali ramai tetapi ia tidak dapat mengatasi populariti Anwar Ibrahim yang terkenal di seluruh dunia.

“Justru itu saya mencadangkan supaya MCA meletakkan pemain badminton, Datuk Lee Chong Wei sebagai calon BN di Kajang,” katanya kepada FMT malam tadi.

Beliau yang juga ahli parlimen Padang Besar berkata jika Lee Chong Wei menjadi calon BN, ia dapat “divert” pelbagai isu yang melanda negara sekarang.

Katanya, jika MCA pernah meletakkan pemain bola sepak, Soh Chin Aun bertanding di parlimen Kota Melaka pada tahun 1986, apa salahnya MCA meletakkan Lee Chong Wei yang terkenal di seluruh dunia juga.

Zahidi menambah jika MCA meletakkan calon baru, BN akan kalah teruk kerana para pengundi belum mengenali calon tersebut.

“Sebaliknya jika Lim Chong Wei bertanding, para pengundi sudah mengenali beliau dan tidak mustahil beliau dapat membuat kejutan mengalahkan Anwar Ibrahim.

Tiga hari lepas, Lee Chin Cheh telak meletakkan jawatan sebagai ADUN Kajang. Keesokannya walaupun SPR belum bermesyuarat menetapkan tarikh hari penamaan calon, PKR sudah mengumumkan ahli parlimen Permatang Pauh, Anwar Ibrahim sebagai calon dalam RK tersebut.

SPR akan bermesyuarat pada 5 Februari ini untuk menentukan hari penamaan calon dan hari pembuangan undi.-fmt


 PM Lancar Kempen Turun Harga Barang, Kalau Tak Menipu Bukan Umno Nama Nya Beb !
Posted on Thursday, January 30 @ 16:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo



"Najib Oh Najib !!!!!

Apa Barang lancarkan KEMPEN TURUN HARGA BARANG di tempat yang kita tahu sentiasa memberi PROMOSI iaitu PASARAYA BESAR, kalau betul nak TURUNKAN HARGA BARANG buat dulu di KEDAI RAKYAT 1 MALAYSIA (KR1M) baru betul beb. Bukan ke KR1M dikatakan sebelum ini MURAH kemudian di bagi lagi POTONGAN HARGA.

Ini tidak Pasar Raya Besar yang sentiasa mengadakan Potongan Harga, kemudian disitu lah Perdana Menteri Melancarkan Penurunan Harga Barang. Pergi lah buat Penurunan Harga di Stesen Minyak ke, di Plaza Tol, di di Pejabat Tenaga Nasional Berhad (TNB) ke atau setidak-tidak nya dikedai-kedai Cawangan MAMAK PRESMAK dan KIMMA* itu baru betul beb.

Suruh Mamak-Mamak Presmak dan Kimma* tu turunkan harga ROTI KOSONG dibawah RM 0.80 dan ROTI TELOR dibawah RM1.30 atau lebih kurang 20 ke 30 peratus dari harga biasa. Ini tidak buat Kepem Turun Harga Barang ditempat yang selalu mengadakan Promosi Potongan Harga, APA BARANG lah lu Najid oiii. Betul lah apa yang dikatakan PUJANGGA beb iaitu KALAU TAK MENIPU BUKAN UMNO NAMA NYA... kah kah kah!.

http://inderasipejuang.blogspot.com/

hemmmmm..... gua nak dengar apa kata ketua aktivis persatuan pengguan islam malaysia (ppim) yang pernah suruh boikot kedai cina iaitu 99 speedmart... kah kah kah... A B U."


................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
inderasipejuang
Posted on Thursday, January 30 @ 16:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo


 Pengguna Aktif Facebook Menggunakan Peranti Mudah-Alih Menghampiri Angka 1 Bilion
Posted on Thursday, January 30 @ 15:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan



Facebook pada hari ini masih menjadi salah satu destinasi utama untuk tujuan sosial, dan melalui perkongsian data terkini, ia dilihat kini kebanyakkan pengguna Facebook mengakses perkhidmatan tersebut melalui peranti mudah-alih.

Pada suku ke-empat 2013 yang lepas, ia dilihat Facebook mempunyai sejumlah 1.228 bilion pengguna aktif bulanan, dan pada peranti mudah-alih, sebanyak 945 juta pengguna aktif bulanan.

Facebook Q4 2013

Facebook Q4 2013

Mengikut trend Facebook, ia tidak mustahil untuk angka tersebut mencapai 1 bilion pada tahun ini.

Dari segi pendapatan juga, platform mudah-alih kini meliputi 53% daripada pendapatan laman sosial gergasi tersebut.

Secara keseluruhan, pada tahun fiskal 2013, Facebook dilihat telah menjana pendapatan berjumlah $7.87 bilion.

Sumber Rujukan: TechCrunch

Sumber amanz.my



Kesan menggunakan hp ketika dicas..isk2,berhati-hati ya rakan2 PBJ.. Lee

KUALA LUMPUR: Gerakan mahu menggulingkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib yang dikaitkan dengan Tun Mahathir sebenarnya bukanlah rahsia Umno, tulis Shahbudin Husin.

Baginya, Mahathir menafikan beliau adalah orang yang memainkan peranan di belakang gerakan mahu menjatuhkan Najib sebagaimana yang didakwa oleh Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli dan juga sudah sekian lama menjadi percakapan umum.

Menurutnya, selain bekas Ketua Pengarang Kumpulan NST, A Kadir Jasin dan beberapa blogger pro Mahathir semakin mempertingkatkan serangan dan kritikan terhadap Najib dengan antaranya menggelar Najib ‘PM Kangkung’, mereka juga meminta PM segera berundur bagi mengelakkan BN hilang kuasa dalam PRU14 nanti.

Beliau menambah, selain Kadir dan beberapa blogger yang berbuat demikian sejak beberapa bulan lalu, bekas Menteri Kewangan, Daim Zainuddin juga sudah secara terbuka mengkritik kelemahan Najib, sambil mengingatkan bahawa BN akan tumbang jika pilihanraya akan datang diadakan dalam suasana seperti yang ada sekarang.

“Kritikan terbuka Daim segera dikaitkan dengan Mahathir berikutan kedua-dua mereka mempunyai hubungan rapat yang kekal sehingga ke hari ini dan mereka juga dikatakan selalu bertemu untuk berbincang mengenai isu-isu politik semasa,” tulis beliau di dalam blognya.

Baca di sini
KUALA LUMPUR: Gerakan mahu menggulingkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib yang dikaitkan dengan Tun Mahathir sebenarnya bukanlah rahsia Umno, tulis Shahbudin Husin.

Baginya, Mahathir menafikan beliau adalah orang yang memainkan peranan di belakang gerakan mahu menjatuhkan Najib sebagaimana yang didakwa oleh Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli dan juga sudah sekian lama menjadi percakapan umum.

Menurutnya, selain bekas Ketua Pengarang Kumpulan NST, A Kadir Jasin dan beberapa blogger pro Mahathir semakin mempertingkatkan serangan dan kritikan terhadap Najib dengan antaranya menggelar Najib ‘PM Kangkung’, mereka juga meminta PM segera berundur bagi mengelakkan BN hilang kuasa dalam PRU14 nanti.

Beliau menambah, selain Kadir dan beberapa blogger yang berbuat demikian sejak beberapa bulan lalu, bekas Menteri Kewangan, Daim Zainuddin juga sudah secara terbuka mengkritik kelemahan Najib, sambil mengingatkan bahawa BN akan tumbang jika pilihanraya akan datang diadakan dalam suasana seperti yang ada sekarang.

“Kritikan terbuka Daim segera dikaitkan dengan Mahathir berikutan kedua-dua mereka mempunyai hubungan rapat yang kekal sehingga ke hari ini dan mereka juga dikatakan selalu bertemu untuk berbincang mengenai isu-isu politik semasa,” tulis beliau di dalam blognya.

Baca di sini
KUALA LUMPUR: Pemuda PAS Sarawak secara dasarnya bersetuju dengan cadangan Menteri Pembangunan Tanah, Tan Sri Datuk Amar Dr James Masing supaya peluang lebih luas diberikan kepada anak negeri itu oleh Petronas untuk mengisi jawatan-jawatan pengurusan dan teknikal.

“Anak-anak Sarawak sudah terbukti mempunyai kepakaran dan kemahiran yang setanding jika tidak lebih baik untuk mengisi jawatan-jawatan utama dalam industri minyak dan gas,” ujar Naib Ketuanya, Syamsul Bahri Mohd dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Katanya, khazanah bumi Sarawak ini lebih utama untuk diuruskan oleh anak Sarawak sendiri dengan bantuan dan sokongan pakar-pakar tempatan dari seluruh negara.

Namun, ujar beliau Pemuda PAS Sarawak ingin menyeru pihak kerajaan negeri supaya tidak hanya menyerahkan tanggungjawab membina kepakaran anak Sarawak kepada Petronas dan industri minyak dan gas semata-mata.

Tmabahnya, pihak kerajaan negeri hendaklah merintis dan ‘walk the talk’ dengan membuka peluang lebih luas kepada anak Sarawak dalam syarikat-syarikat berkaitan kerajaan negeri.

Sebagai contoh, kata beliau Sarawak Energy kini diterajui oleh Torstein Dale Sjotveit sementara syarikat gergasi dalam bidang pembangunan hartanah, Cahaya Mata Sarawak pula diterajui oleh Richard Curtis.

“Sudah tiadakah anak Sarawak berkelayakan untuk menerajui kedua-dua syarikat gergasi di Sarawak ini?” tanya beliau.

Pemuda PAS Sarawak melihat kenyataan Tan Sri Datuk Amar Dr James Masing ini hanyalah kenyataan populis dan tidak bersungguh-sungguh.

“Buktikan dahulu dengan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan, dan janganlah hanya mudah melepaskan tanggungjawab ini kepada pihak lain, tanpa memulakan langkah ke arahnya sendiri,” katanya.

Pihak kerajaan juga, ujar beliau lagi perlu merancang ke arah melahirkan lebih ramai tenaga mahir daripada kalangan anak Sarawak.

Namun, katanya mengecewakan apabila tiada peruntukan khas untuk pembangunan belia terutama dari aspek pencapaian akademik, pembangunan sosial dan latihan kemahiran.

Dalam suasana getir, PAS hulur semangat setiakawan kepada Anwar, kata Salahudin

January 30, 2014
Sokongan PAS kepada pencalonan Datuk Seri Anwar Ibrahim di DUN Kajang adalah semangat setiakawan, kata Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub. Gambar fail.Sokongan PAS kepada pencalonan Datuk Seri Anwar Ibrahim di DUN Kajang adalah semangat setiakawan, kata Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub. Gambar fail.Tindakan PAS memberikan sokongan penuh kepada pencalonan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang adalah untuk menunjukkan semangat setiakawan ketika parti rakannya itu sedang menghadapi masalah.
Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub dalam satu kenyataannya hari ini berkata:"Adalah penting di saat-saat sukar begini PAS terus dilihat sebagai rakan yang setia dalam persahabatan."
Kenyataan ini dibuat Salahudin ketika pelbagai kenyataan dibuat oleh pemimpin muda PAS bagi membantah apa yang belaku berikutan peletakan jawatan Adun Kajang.
Setiausaha Perhubungan PAS Selangor, Mohd Khairudin Othman, berkata PAS Selangor akan menghantar calonnya sendiri jika Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim meletakkan jawatan dan kenyataan itu menjadi tajuk muka depan akhbar harian.
Kenyataan Nasrudin Hassan iaitu bekas ketua pemuda PAS (yang dibuat atas nama ahli PAS Indera Mahkota), Pengarah Pilihan Raya Pemuda PAS, Sany Hamzan; serta ketua Pemuda PAS Selangor dan Gombak tidak mendapat tempat dalam media tetapi memberikan lambang besar terhadap apa yang berlaku di kalangan akar umbi.
Kenyataan seorang AJK Pemuda PAS Selayang, Zuhdi Mat Piah yang mengungkit cadangan Ketua Dewan Ulama PAS, allahyarham Harun Taib agar tahaluf siasi dengan PKR dikaji sangat menarik dalam situasi dan mood yang ada di kalangan ahli PAS sekarang.
Ia melambangkan sikap sesetengah ahli dan penyokong PAS bahawa mereka sangat kesal dengan apa yang berlaku.
Salahudin menyertai sidang media Pakatan Rakyat semalam ketika Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim mengumumkan Anwar sebagai calon Pakatan di Kajang.
Pilihan raya kecil itu akan diadakan berikutan peletakan jawatan Adun PKR, Lee Chin Cheh. Tindakan ini menimbulkan kemarahan akar umbi Pakatan termasuk sebahagian ahli PAS.
Sehubungan itu, penyertaan Salahudin dalam sidang media pengumuman Anwar sebagai calon Kajang secara tidak langsung tidak disenangi oleh sebahagian ahli PAS.
Salahudin sedar hal ini apabila berkata:"Isu ini mencetuskan reaksi yang sangat kontroversi tidak seperti pilihan raya kecil sebelum ini kerana amat sukar untuk memahamkan rakyat biasa tentang isu dalaman parti khususnya.
"Rakyat begitu marah dan keadaan ini pastinya meletakkan PKR dan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam keadaan yang begitu sukar dan memerlukan sokongan dan dukungan.
"Dalam keadaan seperti ini saya rasa pastinya PAS terus menunjukkan sikap jiwa besarnya untuk menghulurkan tangan bagi membantu apa saja cara dan pendekatan untuk memastikan kejayaan Pakatan Rakyat mempertahan kerusi DUN Kajang," kata Salahudin dalam kenyataan itu.
Beliau berkata, sekiranya PAS tidak berpuas hati dengan beberapa isu dan masalah dalaman yang melibatkan Pakatan Rakyat, PAS akan menggunakan saluran sewajarnya untuk menyatakan sikap dan pendirian. – 30 Januari, 2014.
MENCEMARI KESEPAKATAN PAKATAN DENGAN PERANCANGAN BELAKANG TABIR

1. Seperti mana yang telah sedia maklum, PAS, PKR dan DAP telah melakukan hubungan “tahaluf siyasi” (pakatan politik) sejak sekian lama. Perkara ini diharuskan syarak berdasarkan nas-nas daripada hadis Nabi S.A.W, walaupun terdapat perselisihan (khilafiah) di kalangan ulamak terhadap pakatan dengan parti-parti bukan Islam. (rujuk artikel Ustaz Ismail Haniyyeh, ikhwanwiki.com)

2. “Tahaluf” (pakatan) secara umum di dalam bahasa Arab bermaksud perjanjian atau kesepakatan di antar dua belah pihak untuk saling tolong menolong untuk berhadapan dengan musuh bagi kedua-dua kumpulan itu. (rujuk Dr Munir Ghadban, at Tahaluf as Siyasi fil Islam)

3. Maksud tahaluf (pakatan) dari aspek Islam berdasarkan hadis Shahih Bukhari (5619) Shahih Muslim (4595) Sunan Abu Daud (2536) dan lain-lain ialah perjanjian atau kesepakatan untuk tolong menolong antara satu lain. (rujuk Dr Munir Ghadban, at Tahaluf as Siyasi fil Islam)

4. Isu yang terjadi hari ini ialah perletakan sebagai ADUN Kajang, bagi memberi laluan kepada Dato’ Seri Anwar Ibrahim untuk bertanding di kawasan tersebut. Apabila perletakan jawatan tersebut secara rasmi, PKR mengumumkan perancangan tersebut tanpa perbincangan dan kesepakatan dengan PAS dan DAP.

5. Sepertimana yang sedia maklum, setiap kali berlakunya pilihanraya kecil khususnya, semua jentera dari kalangan Pakatan Rakyat akan mengerahkan ahli masing-masing untuk memenangkan kawasan tersebut bagi mengalahkan UMNO dan Barisan Nasional. Hatta kemenangan ADUN Kajang juga hasil kesepakatan bersama dan hasil tolong-menolong antara PAS, DAP dan PKR.

6. Tetapi perancangan PKR yangdibuat bagi mengadakan pilihanraya kecil di Kajang telah dilakukan di luar perbincangan bersama PAS, menyebabkan tiada kesepakatan bersama berlaku, dan boleh mengundang kepada pengkhianatan Yahudi terhadap perjanjian bersama Nabi Muhammmad S.A.W yang bermula dengan “perancangan belakang tabir” :

a. Peperangan Bani Nadhir, berpunca apabila Yahudi melakukan perancangan belakang tabir untuk mengkhianati perjanjian atau persepakatan dengan Islam. Mereka juga turut merancang komplot untuk membunuh Rasulullah S.A.W.

b. Peperangan Ahzab, sekali lagi Yahudi Bani Nadhir melakukan perancangan belakang, apabila bersepakat dengan musyrikin Makkah, sedangkan di dalam perjanjian dan persepakatan bersama Islam, meletakkan larangan bekerjasama dengan musuh kepada rakyat Madinah.

c. Peperangan Bani Quraizah juga menyaksikan komplot yahudi dengan musyrikin Makkah melalui perbincangan dan perancangan belakang tabir mereka bagi membalas dendam terhadap Rasulullah S.A.W lantas mereka mengkhianati persepakatan bersama Islam.

d. Peperangan Khaibar terjadi kerana ia merupakan markas atau pusat “perancangan belakang tabir” bagi orang yahudi. Hasil daripada keputusan markas ini ialah pengkhianatan terhadap persepakatan mereka bersama Rasulullah S.A.W.

7. Perlu tahu, antara tujuan kesepakatan atau pakatan (tahaluf) dibuat ialah untuk menolak kezaliman (rujuk artikel Ustaz Ismail Haniyyeh, ikhwanwiki.com). Ia bukan untuk dibuat tanpa tujuan itu sepertimana ADUN Kajang meletakkan jawatan tanpa sebab keuzuran dan menyebabkan boleh dibuat pilihanraya kecil dengan sesuka hati.

8. Ustaz Ismail Haniyyeh menyatakan di dalam ikhwanwiki.com bahawa antara syarat tahaluf siyasi ialah “tidak menjadikan tahaluf siyasi itu sebagai matlamat, sebaliknya ia hanya dijadikan wasilah atau cara sahaja”. Iaitu tahaluf siyasi hanya dijadikan sebagai saluran untuk menolak kezaliman bukan sebagai matlamat perjuangan.

Ustaz Norazli Musa
Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Perak

29 Januari 2014
27 Rabi’ul Awwal 1435
KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali mengingatkan para pemimpin dan ahli-ahli PAS supaya tidak membuat sebarang kenyataan bersifat spekulatif  berhubung isu kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Kajang dan isu kedudukan Menteri Besar Selangor.
Menurut beliau, sehingga kini PAS dan Pakatan Rakyat tidak pernah membincangkan isu berkaitan kedudukan Menteri Besar Selangor malah apa yang dibincangkan hanyalah tentang kekosongan Dun Kajang ekoran tindakan Adun daripada PKR yang meletakkan jawatan.
"Secara amalan yang berlaku dalam Pakatan Rakyat, mana-mana kerusi yang dikosongkan atas apa juga sebab sekalipun, calon yang akan mengisi kekosongan itu adalah daripada parti yang bertanding di kawasan itu sebelumnya.
"Oleh kerana Dun Kajang pada pilihan raya umum lalu ditandingi oleh calon PKR, maka calon yang dipilih untuk mengisi kekosongan itu mestilah daripada PKR," tegas beliau.
Menurut Mustafa, siapa pun calon yang dicadangkan oleh PKR untuk mengisi kekosongan itu akan disokong oleh parti-parti komponen Pakatan Rakyat seperti amalan yang berlaku sebelum ini.
Sehubungan itu, beliau sekali lagi mengingatkan para pemimpin dan ahli-ahli PAS agar mematuhi keputusan yang telah dicapai secara konsensus oleh Pakatan Rakyat bagi pilihan raya kecil (PRK) Dun Kajang dan tidak membuat sebarang kenyataan mahupun ulasan berunsur spekulatif berhubung kedudukan Menteri Besar Selangor.
Speaker Dun Selangor, Hannah Yeoh Isnin lalu mengumumkan perletakan jawatan Adun Kajang, Lee Chin Cheh dalam satu surat yang diterimanya pada hari yang sama.
Semalam, Pakatan Rakyat mengumumkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipilih untuk bertanding pada PRK Dun Kajang.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan bermesyuarat 5 Februari ini bagi membincangkan tarikh dan persiapan PRK tersebut.
KUALA LUMPUR: Jentera pilihan raya Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) sentiasa bersiap sedia menghadapi mana-mana pilihan raya kecil (PRK) termasuk di Dun Kajang jika mendapat arahan daripada PAS Pusat.

Pengarah Jabatan Pilihanraya DMPP, Aiman Athirah Al-Jundi berkata, jentera DMPP menunggu arahan daripada pimpinan PAS dan akan bergerak kerja berdasarkan panduan serta arahan kerja Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat dan Jabatan Pilihan Raya PAS negeri-negeri.

"Sebagai jentera parti tentulah arahan dan keputusan jamaah itu lebih penting daripada apa sahaja hatta pandangan peribadi sendiri dalam konteks pro dan kontra keperluan PRK Kajang.

"Ia tidak boleh terpakai sekiranya sudah ada keputusan dan arahan jamaah dan dalam konteks ini arahan PAS Pusat di bawah kepimpinan Presiden Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang," kata beliau kepada Harakahdaily hari ini.

Menurut Aiman juga, soal BN meletakkan calon atau sebaliknya tidak penting tetapi DMPP akan membantu kempen PRK Kajang atas nama Pakatan Rakyat.

"Sama ada BN letak calon atau tidak, yang penting kita akan ikut arahan dan keputusan parti.

“Jabatan Pilihan Raya DMPP  yakin dan percaya BN akan bertanding di PRK N25 Kajang dan kemungkinan besar menggunakan strategi lain dengan meletakkan calon Umno bukannya calon MCA dalam usaha menarik seberapa ramai sokongan kaum Melayu," katanya lagi.

Beliau juga menambah, ada pihak yang cuba menangguk di air yang keruh dengan meniupkan sentimen kemarahan dalam kalangan rakyat.

Justeru katanya, penyokong Pakatan Rakyat tidak harus terpedaya dengan mainan Umno BN sebaliknya berusaha mempertahankan kemenangan di Dun Kajang.

"BN dalam rangka awal PRK ini cuba meniupkan sehabis mungkin sentimen marah rakyat terhadap perkembangan terbaru yang membawa PRK Kajang termasuklah memainkan sentimen marah sebahagian ahli dan pimpinan PAS.

"Kita tak nafikan kewajaran sikap bantah dan marah rakyat tetapi kita mesti segera sedar jangan sampai ia digunakan oleh musuh utama kita sebagai senjata bagi memenangkan dirinya.

"Umno BN mungkin cuba berlagak baik tapi saya percaya rakyat sudah tidak mudah ditipu oleh Umno BN ini dan jangan biarkan BN ambil kesempatan.

"Apapun keadaannya tanggungjawab mempertahankan Kajang dan seterusnya mendamaikan situasi politik dalaman Selangor adalah lebih utama.

"Janganlah kerana kebencian kita terhadap sesuatu menyebabkan kita hilang fokus lawan rejim yang nyata lebih jelas memusuhi rakyat apatah lagi dalam dasar-dasar terbarunya selepas PRU13," tegasnya.

Semalam, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu menyatakan kesediaan PAS untuk membantu kempen PKR di Dun Kajang.

Kerusi Dun Kajang kosong berikutan peletakan jawatan Adunnya, Lee Chin Cheh yang diisytiharkan oleh Speaker Dewan Negeri Selangor (DNS), Hannah Yeoh Isnin lalu.

Konvensyen Pakatan Rakyat Pertama

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Konvokesyen Pakatan Rakyat Pertama
"Memimpin Perubahan, Menjana Kemenangan"
PR-Conv-logo-1-.png
Maklumat
Tarikh: 19 Disember 2009
Tempat: Auditorium MBSA, Shah Alam, Selangor, Malaysia
Peserta: PAS, PKR dan DAP
Konvokesyen Pakatan Rakyat Pertama telah diadakan di Auditorium MBSA, Shah Alam, Selangor, pada 19 Disember 2009. Konvokesyen ini disertai oleh tiga parti dalam Pakatan Rakyat iaitu PAS, DAP dan KeADILan. Ini adalah kali pertama konvokesyen ini diadakan. Konvensyen Pakatan Rakyat ini diumumkan pimpinan pakatan selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat di pejabat ketua pembangkang 21 Oktober lalu. Seramai 1500 perwakilan dari ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat telah menyertai konvokesyen ini. Konvensyen ini berlangsung mulai jam 8.00 pagi hingga 6 petang, terbuka kepada media di samping para pemerhati. Lagu tema untuk konvensyen tersebut bertajuk “Angin Pendamai” dicipta oleh Ito dari Kumpulan Blues Gang siap dalam masa seminggu. Manakala logonya pula menggunakan asas warna jingga dan putih, menggabungkan ikatan kukuh tiga parti, mengelilingi lima kelopak bunga raya yang melambangkan lima kaum di Malaysia iaitu Melayu, Cina, India, Dayak dan Kadazandusun.
Pembentangan kertas ‘Dasar Bersama Pakatan Rakyat’ telah disampaikan oleh Pemimpin Utama Pakatan Rakyat semasa Konvensyen tersebut. ‘Dasar Bersama Pakatan Rakyat’ ini akan menjadi dasar yang diterima, disepakati dan dihormati oleh ketiga-tiga Parti dan muafakat Pakatan Rakyat.

Tujuan

Konvensyen bertujuan untuk membincangkan "Dasar Bersama Pakatan Rakyat" yang telah dimeterai oleh Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat ke Konvensyen yang dihadiri oleh para perwakilan yang mewakili parti-parti dalam Pakatan Rakyat dari seluruh negara.

Hasil

PAS, PKR dan DAP adalah anggota rasmi Pakatan Rakyat. Konvensyen ini merumuskan beberapa perkara penting. Antaranya pendaftaran parti gabungan Pakatan Rakyat serta penggunaan logo bersama PR dalam pilihan raya umum akan datang.

Dasar Pakatan Rakyat

  • Demokrasi Telus dan Tulen
  1. Negara Berperlembagaan dan Kedaulatan Undang-Undang
  2. Pemisahan Kuasa
  3. Sistem Pilihanraya yang Bebas, Bersih dan Adil
  • Memacu Ekonomi Berpotensi Tinggi, Mapan dan Adil
  1. Ekonomi Kemahiran Tinggi
  2. Desentralisasi dan Pengupayaan Pengurusan Ekonomi Negeri
  3. Dasar Afirmatif Berdasarkan Keperluan
  4. Tenaga Kerja
  5. Jaringan Perlindungan Sosial
  6. Perumahan
  7. Prasarana dan Kemudahan Awam
  8. Alam Sekitar
  • Keadilan Sosial dan Pembangunan Insan
  1. Perpaduan dan Keadilan Sosial
  2. Agama
  3. Pendidikan
  4. Wanita dan Institusi Keluarga
  5. Golongan Muda
  6. Keselamatan
  7. Kesihatan
  8. Kebudyaan
  1. Sistem Persekutuan
  2. Sabah dan Sarawak
  3. Dasar Luar Negara

Ucapan Pemimpin Tertinggi

Beberapa pemimpin utama Pakatan Rakyat telah memberi ucapan dalam Konvensyen ini. Antaranya Anwar Ibrahim, Ketua Pembangkang yang bekata
Ramai kata kita rapuh, tidak pasti apa dasarnya. Hari ini, kita tetapkan dasar yang jelas, dasar Pakatan Rakyat. Mana? Mana ada satu dokumen seperti ini? Banding apa yang ada pada Pakatan Rakyat, BN tak mampu mengadakan dokumen ini. Tidak pernah pimpinan UMNO berani berdepan dengan orang Melayu mengatakan, mantap Bahasa Melayu, pertahan Bahasa Cina, Tamil dan bahasa ibunda. Yang takut hanya pemimpin kerdil UMNO kerana Bahasa Inggeris tidak baik, Bahasa Melayu pun lintang pukang.
Pakatan Rakyat akan martabat kedudukan Islam, mengangkat penghayatan dan memastikan umatnya memahami dan melaksanakannya sedaya upaya. Tapi jangan heboh Islam Hadhari, Islam 1 Malaysia ketika rasuah menjalar, merebak. Apa ertinya Islam bila zalim kepada orang Islam dan orang bukan Islam. Islam apa?, apabila kezaliman ditegak, bukan keadilan.
Tuan Guru Dato' Seri Haji Abdul Hadi bin Awang, Presiden PAS, berkata:
"Perpecahan dalam tiap-tiap satu parti BN yang sedang memerintah sepatutnya menjadi iktibar kepada Pakatan Rakyat, dan kita sendiri mestilah menunjukkan perpaduan walaupun berbeza pendapat dalam beberapa perkara. "Dahulukan perkara yang disepakati dan mengambil masa dengan sabar dalam perkara yang masih berbeza"
"Sebenarnya kita mengalami demokrasi yang sakit tenat, dengan konkongan yang menghalang rakyat menjadi hakim yang adil dan telus bagi semua pihak."
"Dengan ini PAS ingin membuktikan kita boleh berpakat dan setia dengan perjanjian dalam PR kerana inilah ajaran agama."
"Zalim boleh memecahbelahkan satu keluarga, maka lebih lagi memecahkan satu negara, kerana zalim itu memecahkan kasih sayang di antara satu sama lain.
Yang Berhormat Karpal Singh, Pengerusi Nasional Parti Tindakan Demokratik, pula berkata:
"Sebagai peguam saya memberi jaminan di sini, saya akan menggunakan kebolehan yang ada dalam tangan saya, untuk menentukan beliau dilepaskan dari satu pertuduhan yang tidak benar."

Tiada ulasan: