Ahad, 26 Januari 2014

BAGAIMANA IMAN MEMANG SELALU GOYANG....SAMALAH TAUHID KELIRU DAN BERCELARU

FAKTA SEBENARNYA TRAGEDI 11 SEPTEMBER 2001 (WTC) Tragedi serangan WTC 11 September 2001Terbongkar..

Written By canang on Ahad, 26 Januari 2014 | 1/26/2014 04:27:00 PTG

FAKTA SEBENARNYA TRAGEDI 11 SEPTEMBER 2001 (WTC) Tragedi serangan WTC 11 September 2001 adalah Fitnah Terbesar yang di tujukan kepada umat Islam.. Karena Fitnah tersebut telah mengakibatkan penderitaan yang LUAR BIASA BESAR terhadap umat Islam di seluruh dunia : Fitnah tersebut telah mengakibatkan korban : • Lebih dari 1 Juta Umat Islam Irak MENINGGAL DUNIA di tangan tentara Salibis Amerika.. • Ratusan ribu Umat Islam di Afganistan MENINGGAL DUNIA ditangan tentara Salibis Amerika, dkk.. • Ratusan Umat Islam di tawan di Penjara Guantanamo dan Penjara Rahasia lainnya tanpa di ketahui kesalahannya apa.. • Ribuan umat Islam di seluruh dunia MENINGGAL DUNIA akibat kampanye PERANG MELAWAN TERORIS yang di kumandangkan oleh Amerika, dan sekutu-sekutunya.. • Kejahatan Amerika kepada Umat Islam masih terus berlangsung sampai sekarang ! Amerika menuduh, umat Islam (Osama Bin Laden, Al Qaidah) sebagai pelaku serangan teroris terhadap WTC dan Pentagon.. Tapi akhirnya kebohongan (Fitnah) Amerika mulai terkuak… Berdasarkan Penelitian yang dilakukan PARA AHLI di seluruh dunia memberikan FAKTA bahwa BUKAN UMAT ISLAM PELAKUNYA… Tapi Amerika sendiri yang melakukan tindakan terorisme tersebut.. Berikut adalah FAKTA SESUNGGUHNYA TRAGEDI 11 SEPTEMBER 2001 (FULL VIDEO INVESTIGASI PARA PAKAR DUNIA) : http://duniamuallaf.blogspot.com/2013/10/fakta-sebenarnya-tragedi-11-september.html#more Semoga KEZALIMAN Amerika terhadap Umat Islam mendapatkan balasan yang setimpal dari Allah SWT..

Kisah bapa Chong Wei sekali lagi digemparkan

kahwinPETALING JAYA - Kisah bapa jaguh badminton, Datuk Lee Chong Wei iaitu Lee Ah Chai sekali lagi digemparkan di media sosial apabila beliau memuat naik gambarnya bersama seorang wanita yang menggayakan busana pengantin di Facebook miliknya pada Jumaat.
Media sosial kecoh dengan berita mengenai bapa kepada jaguh badminton negara itu.
Ramai pengguna laman sosial memberikan mesej dengan ucapan selamat dan tahniah, manakala ada pihak yang membuat gurauan kepadanya kerana menjadi seseorang berprofail tinggi dan tidak ketinggalan ada yang menyindirnya.
Menjawab kepada kenyataan di laman Facebook Kwong Wah Yit Poh yang mempunyai 353 komen, 1,259 kongsi dan 4,000 tanda suka, Ah Chai yang turut dikenali sebagai Steven Lee berkata, beliau tidak kisah mengenai apa yang pengguna Facebook katakan, dan percaya akan ada balasan buat mereka yang berkata buruk tentangnya.
“Adakah awak tahu tentang hal keluarga saya? Jika sesuatu berlaku pada anda, dan mereka yang lain tidak tahu apakah sedang berlaku dan kemudiannya mengatakan sesuatu mengenai anda, pada masa itu anda akan faham (perasaan saya),” katanya.
Mengenai komen bahawa beliau merupakan seorang yang berprofail tinggi, Lee berkata, beliau sekadar mahu berkongsi beritahu itu dengan teman-temannya di Facebook.

Mengenai gambar yang disiarkan itu untuk tujuan perkahwinan, Ah Chai turut menyiarkan sekeping gambar lagi yang menunjukkan beliau berpakaian tuksedo dengan bowtie.
Wanita di dalam gambar perkahwinan itu pernah dilihat dalam beberapa gambar lain yang diambil bersama dengan Ah Chai, yang disiarkan di laman Facebook miliknya.
Keadaan itu menunjukkan bahawa beliau “sedang menjalinkan hubungan dengan seseorang”.
Ah Chai yang suka mendapat perhatian sebagai bapa Chong Wei dilaporkan bercerai dengan ibu Chong Wei pada April tahun lepas.
Beliau kemudiannya tinggal bersendirian di kediamannya di Bukit Mertajam.
Pada 2012, Ah Chai mendapat liputan media apabila beliau dilaporkan cuba terjun dari jambatan Pulau Pinang kerana masalah keluarga, menurut sumber mStar.5:57PM Jan 26, 2014

Anwar: Najib tolak isu 'Allah' pada pihak lain


Pendirian Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung penyelesaian 10 perkara berhubung penggunaan kalimah 'Allah' disifatkan sebagai "menolak isu itu kepada pihak lain", kata Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau merujuk kepada kenyataan Najib itu pada Jumaat berdasarkan enakmen yang mana melarang bukan Islam menggunakan kalimah 'Allah' yang terdapat pada beberapa buah negeri.

"Ini menolak isu kepada orang lain. Peruntukan (enakmen) diinisiatif oleh kerajaan persekutuan dan pelaksanaan di negeri-negeri.

"Ada sesetengah negeri mempunyai autoriti penuh sementelah negeri lain lain menunjukkan secara jelas tidak di bawah kerajaan negeri tapi bawah ketua negeri," katanya.

Anwar berkata beliau sedar perkara tersebut sebagai "kompleks" dan konsensus nasional diperlukan untuk menyelesaikan masalah itu.

"Apabila kamu menjadi perdana menteri, kami perlu jelas menyatakan pendirian kamu mengenai isu-isu spesifik.

"Apa pandangan kamu terhadap kumpulan yang menghasut dan bercakap tentang (tragedi) 13 Mei.

"Apa pendirian kamu terhadap kempen daripada pemimpin parti kamu yang berkata Islam sedang terancam atau bukan Islam akan mengambil alih. Ini perlu dinyatakan," katanya.3:35PM Jan 26, 2014

Protes 'kandar sayur' di PP hari ini


Orang ramai pelbagai kaum hari ini berkumpul di Sunway Carnival Mall, Pulau Pinang bagi menyatakan bantahan terhadap kenaikan harga barang dan kos sara hidup.

Mereka membawa kain rentang dan melaungkan slogan menentang cukai barangan dan perkhidmatan (GST), menuntut harga penurunan harga barangan keperluan asas serta mengejek kenyataan kangkung perdana menteri.

“Kangkung turun” antara laungan yang kedengaran dalam perhimpunan itu.

Selain kangkung, pelbagai sayur-sayuran turut dikandar ke perhimpunan itu, sekali gus menjadikannya penuh warna warni.

Wakil rakyat pembangkang Lee Khai Loon yang terkenal dengan flash mob kangkungnya sebelum ini turut kelihatan, selain Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramzli dan exco Pulau Pinang Dr Afif Bahardin.12:00PM Jan 26, 2014

MP selar polis nafi dera kontraktor


Anggota Parlimen Alor Setar Gooi Hsiao Leung menolak penafian polis bahawa tiga anggotanya terlibat memukul seorang kontraktor dalam lokap di Kubang Pasu.

Gooi mempersoalkan bagaimana polis membuat kesimpulan bahawa Zul Hilmi Abdul Rahman tidak dipukul ketika ditahan pada 12 Disember, dengan secepat kilat.

Lelaki 32 tahun itu didakwa dipukul pada kaki, buah zakar dan bahu menyebabkan dia terpaksa menjalani pembedahan selepas dibebaskan dengan jaminan polis pada 23 Disember.

Ditemui di rumahnya di Alor Setar pada Rabu, Zul Hilmi berkata, beliau tidak lagi dapat bekerja atau hidup seperti biasa, malah mungkin tidak dapat memiliki zuriat.

Ketua polis daerah Kubang Pasu cif superintenden Ibrahim Mohd Yusoff dilaporkan berkata, laporan pemeriksaan perubatan menunjukkan tiada tanda-tanda pukulan pada tubuh Zul Hilmi.1:00PM Jan 26, 2014

'Loceng diselit di baju, bukan diikat di leher'

Siasatan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Batang Padang, mendapati loceng yang digunakan untuk mendenda dua murid tahun empat di Sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC) Khai Meng di Sungkai, Perak "hanya diselit di butang baju sekolah, bukan diikat dileher".

Pengarah Pendidikan negeri Muhamat Roli Hassan berkata selain menyelit loceng pada butang baju, guru bahasa Inggeris itu mendenda dengan merotan dua kali dan mengeluarkan kata-kata tidak sesuai kepada murid berkenaan, lapor Mingguan Malaysia hari ini.

"Siasatan PPD Batang Padang juga mendapati denda berkenaan bertujuan memberi amaran kepada muridnya supaya menyelesaikan kerja rumah.

"Bagaimanapun, denda itu dilihat tidak sesuai dan PPD Batang Padang meminta SJKC Khai Meng mengeluarkan surat amaran pentadbiran kepada guru terbabit," katanya seperti dilaporkan akhbar itu.

Muhamat Roli berkata guru itu juga memaklumkan denda itu bertujuan memberi pengajaran kepada kedua-dua murid tersebut sekaligus menafikan denda itu berunsut perkauman.

Dilaporkan dua murid Muhammad Nasvinder Muhammad Amit dan Mohd Izat Iqbal didenda dengan didakwa diberi rumput dan digantung loceng di leher kerana gagal menyiapkan kerja rumah bagi mata pelajaran bahasa Inggeris.

Kejadian yang berlaku pada Khamis lalu yang mana guru lelaki berusia 26 tahun didakwa menggelarkan mereka "lembu". Mereka antara empat murid yang didenda. Dua lagi pelajar tidak dihukum kerana mempunyai masalah kesihatan.

Selain dirotan sebanyak dua kali, Nasvinder dan Mohd Izat diarah memakai loceng sejak jam 9 pagi hingga tamat waktu persekolahan pada jam 1.30 petang dan berdepan dengan ejekan "lembu" oleh rakan sekelas dan guru mereka.

Hal demikian telah mencetuskan kemarahan bagi keluarga kedua-dua murid berkenaan dan mereka telah membuat laporan polis ekoran insiden itu.

Sementara itu, Berita Minggu hari ini memetik Ketua Polis Daerah Tapah Superintendan Som Sak Din Keliaw sebagai berkata guru bahasa Inggeris itu baru dua tahun mengajar di sekolah itu.

Menurutnya, guru tersebut mengaku melakukan perbuatan terbabit tetapi menafikan memberi murid memakan rumput.

MAMAK BAKAL CHAIMAN AMANAH RAYA KAKI BETINA....Biar betik..!

Ala ala cerita Piromle MADU TIGA bagitulah yg mungkin berlaku kepada bakal Pengerusi Amanah Raya Berhad Lepas menang PRU13 seleranya menjadi jadi, apatah lagi semenjak dua menjak ini bila kes BARANG NAIK. Beliau yg sudah mempunyai 2 orang isteri dikhabarkan akan mengahwini sorang lagi MAK JAN BEGETAH, Balu kepada Dato Ali Bapooo. iaitu Mas Anizan Mohd Shahid, dulunya seorang pelakun cantik drama drama dan filem tempatan. Walau pun Reezal Marican ini sudah mempunyai 2 orang Isteri yg juga bergetah getah, Isteri Pertamanya Ismalina Ismail 41 tahun. Exco Pengerakan Putri umno, Isteri No 2 adalah seorang pelakun iaitu Sharifah Haslinda. dan yg No 3 kemungkinan sadikit masa lagi. Wah...bestnye kalau gua mampu macam dato' mamak ( bkn semua mamak ) pinang ini, duit yg dulunya menipis, masuk umno duit boleh menebal, bila duit menebal....tiba pulak barang naik ( kos hidup ) di campur pula dgn cuaca sejuk membuatkanb Bakal Pengerusi Amanah Raya Berhad akan mencari bantal peluk lagi. namun....kalau mampu semua segi Bravoo, yg tak sedap didengar, kemana sahaja beliau pergi bersosial, peneman dirinya dah tentu banyak wanita dari lelaki. takut nanti bila tak tertampong biaya belanja, Duit amanah raya akan mengalami ketirisan. DNA Dulu kini dan selamanya sudah bercambah hingga menjadi akar yg sukar dihapuskan, kecuali IBUNYA DIHAPUSKAN IAITU UMNO yg tidak lagi relevan dewasa ini.

Sunday, 26 January 2014

PERUTUSAN KHAS DSAI UNTUK RAKYAT MALAYSIA 26HB JANUARI 2014, SUNWAY HOTEL ... KE ARAH SEBUAH KONSENSUS NASIONAL



1. Lebih empat bulan sudah berlalu sejak kita menyambut Hari Merdeka dan Hari Malaysia. Namun menyambut hari-hari bersejarah ini kurang maknanya jika kita tidak mengamati kerangka lebih besar bagi negara kita di kala ini.

2. Perlu saya tekankan betapa pentingnya kerangka lebih besar ini.

3. Inilah sebabnya saya mengambil peluang untuk memberikan satu perutusan bukan sahaja untuk kalian yang hadir di majlis ini, tetapi untuk seluruh rakyat Malaysia di dalam dan juga di luar negara.

4. Yang saya maksudkan dengan 'seluruh rakyat Malaysia' adalah keseluruhan keluarga anak Malaysia - tanpa mengira kaum, agama, kumpulan budaya mahupun bahasa ibunda; tidak kira sama ada anda menetap di Semenanjung atau di Sabah dan Sarawak; dan tanpa mengira pendirian politik.

5. Tidak kira sama ada anda bersama Pakatan Rakyat atau Barisan Nasional, atau anda tidak bersama kedua-duanya, atau anda bebas ataupun menjauhi politik, saya tujukan perutusan ini kepada seluruh warga Malaysia.

6. Perutusan ini dilakar dengan penuh rasa cinta terhadap nusa dan bangsa, tanpa rasa benci terhadap sesiapa. Ianya dikarang dengan nawaitu penuh harapan, dan bukannya dipenuhi dendam kemusnahan. Ianya dikarang agar semua termasuk diri saya sendiri akan membawa intipatinya pulang dan disebarkan kepada keluarga, jiran tetangga, sahabat handai, dan sanak saudara agar kita sebagai satu umat akan dapat maju ke hadapan.

7. Di awal kalam saya ada menyebut tentang menyambut Hari Merdeka dan Hari Malaysia dan bagaimana untuk memaknai hari-hari bersejarah itu. Pertama sekali, ianya merupakan sambutan hak-hak kita sebagai warga negara seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, sebuah dokumen kenegaraan yang dipersetujui bersama oleh pimpinan negara di kala kita merdeka.

8. Perlembagaan ini bukan hanya kata-kata. Ia adalah sebuah dokumen berdaulat yang dizahirkan daripada satu persetujuan di kalangan para pemimpin yang mewakili pelbagai komuniti yang tinggal di tanah air tercinta ini.

9. Ia menjamin hak kita kepada kehidupan dan kebebasan, kepada kebebasan bersuara, berhimpun dan berkesatuan. Ia menegaskan kesaksamaan rakyat di bawah naugan undang-undang dan menjamin kebebasan beragama.

10. Prinsip-prinsip ini wajib dihormati semua komuniti, sama ada mereka dari kalangan majoriti mahupun minoriti. Prinsip-prinsip ini wajib disanjung tinggi ahli-ahli politik dalam percakapan dan perilaku sama ada mereka berkuasa mahupun di kalangan pembangkang. Semua kumpulan masyarakat sivil, badan-badan bukan kerajaan, dan semua organ-organ negara wajib mematuhi hak-hak di dalam perlembagaan ini.

11. Identiti Malaysia sebagai sebuah negara berbilang kaum cukup terikat dengan keeratan silaturrahim di kalangan semua kaum yang tinggal di bumi tercinta ini. Jika keutuhan silaturrahim ini tercalar, maka identiti kita sebagai warga Malaysia juga bakal terhapus.

12. Maka, selepas 56 tahun merdeka pertalian silaturrahim ini bukan sahaja wujud malah bertambah kukuh dan erat. Namun, mutakhir ini, beberapa keadaan dan kejadian telah mengakibatkan silaturrahim ini, yang merupakan tiang seri identiti kita, semakin renggang.

13. Malah kejadian-kejadian ini seperti semakin menjadi-jadi hingga kelihatan seperti mampu menggugat perpaduan. Walaupun perpaduan di kalangan kita belum lagi musnah, bak kata pepatah, mencegah lebih baik daripada mengubati.

14. Kita tidak boleh leka. Ini kerana kita sedang menyaksikan tindakan beberapa pihak yang sedang berusaha sedaya upaya untuk membawa negara ke ambang kemusnahan.

15. Kita sebenarnya belum menyaksikan usaha sebegini rupa semenjak kejadian-kejadian yang berlaku sebelum tercetusnya tragedi 13 Mei 1969.

Suara-suara kebencian dan kemarahan, suara-suara berprasangka buruk dan penuh syak wasangka, dan suara-suara kemusnahan dan kebobrokan yang cuba menghancur-leburkan keharmonian, kerjasama dan persefahaman yang telah kita bina dari runtuhan tragedi ini.

16. Saya menggesa seluruh rakyat Malaysia untuk bangkit dan bersuara. Biarlah suara-suara rakyat yang penuh rasa hormat dan mahabbah, suara-suara yang penuh timbang rasa dan kepercayaan, suara-suara perpaduan dan integrasi mengalahkan suara-suara sumbang yang penuh kebencian, dendam kesumat, perbalahan dan kemusnahan.

17. Kita perlu mengubah halatuju kita dari arah polarisasi yang menjadi-jadi menuju arah penyepaduan yang lebih jitu. Kita perlu hentikan semangat perkauman yang keterlaluan, hentikan budaya menghasut persengketaan dan kebencian terhadap penganut agama, dan merapatkan silaturrahim sesama kita di dalam semangat perpaduan.

18. Para pemimpin dari kedua-dua belah pihak perlu mengenepikan isu kepartian dan menunjukkan semangat kepimpinan sejati untuk meleraikan ketegangan ini dan berusaha memperbaiki keadaan.Konsensus nasional

19. Maka telah tiba waktunya untuk kita semua mencapai satu konsensus nasional terhadap isu-isu yang teramat penting ini yang mendatangkan impak terhadap identiti kita sebagai sebuah bangsa dan negara.

20. Dengan memegang kukuh pada semangat perlembagaan, semua pihak perlu berhenti mempersoal kedudukan utama agama Islam sebagai agama bagi Persekutuan.

21. Dalam menegaskan kedudukan Islam dan mengakui bahawa orang Islam merupakan majoriti penduduk di negara ini, kita mesti menolak tanggapan bahawa Islam sedang terancam. Kita mesti menolak tanggapan bahawa wujudnya satu konspirasi jahat untuk merubah status Islam sebagai agama bagi Persekutuan kepada satu agama yang lain.

22. Pada masa yang sama kita perlu memperakui hak-hak yang termaktub dalam perlembagaan terpakai buat semua agama lain di tanah air kita. Kita adalah sebuah negara yang mempunyai pelbagai komuniti agama. Dari sudut ini, penganut agama Buddha, Taoisme, Kristian, Hindu, Sikh dan penganut-penganut agama etnik lain perlu diberi kebebasan untuk mengamalkan agama mereka sebagaimana yang mereka pilih.

23. Dalam menuju konsensus ini, marilah kita memberi tumpuan kepada perkara-perkara yang amat mustahak untuk negara kita maju ke hadapan.

24. Marilah kita bekerjasama untuk mengatasi masalah-masalah dalam isu tadbir urus, ketelusan dan kebertanggungjawapan. Tidak kira di peringkat Pusat mahupun di negeri-negeri, marilah kita menetapkan iltizam untuk menghapuskan barah rasuah yang menghantui kita.

25. Masalah kenaikan harga barang tidak mengenal batas kepartian. Oleh itu, marilah kita berganding bahu untuk meningkatkan kebajikan rakyat dan mencari jalan penyelesaian yang tidak terus mendatangkan beban.

26. Daripada kita mengutuk isu-isu keselamatan negara berdasarkan khayalan kita, marilah kita membantu pasukan polis untuk membanteras jenayah dan dengan langsungnya membuatkan tempat tinggal kita, sekolah-sekolah kita, malah pusat-pusat membeli belah kita lebih selamat.

27. Adalah menjadi tanggungjawab moral kita, khusus di kalangan kita yang telah dipilih untuk mewakili rakyat, untuk melangkaui batas kepartian dan berganjak menuju suatu konsensus nasional demi membawa Malaysia ke hadapan.

28. Tugas kita terhadap negara, yang jelas lebih mustahak dari tugas kita terhadap parti, memaksa kita memikul cabaran ini. Kita mesti mengukuhkan azam dan mengumpul keseluruhan kekuatan moral kita demi memastikan kejayaan bersama.

Terima kasih.

ANWAR IBRAHIM
KETUA PEMBANGKANG PARLIMEN MALAYSIA
Ustaz Harun Taib dalam kenangan...
Posted on Sunday, January 26 @ 13:43:44 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur





Dalam gambar kenangan ini terdapat dua orang Tuan Guru iaitu Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dan Tuan Guru Ustaz Harun Taib.

Boleh pembaca meneka mana satu Ustaz Harun Taib??

# Klu yang berdiri Ustaz Hadi dan yang duduk Ustaz Harun
Gambar drp Zunil Fauzi

Sunday, 26 January 2014

BIAR GAMBAR BERBICARA .... BENCANA BANJIR ANTARA SULTAN BRUNEI DENGAN NAJIB RAZAK MENINJAU KESENGSARAAN RAKYAT.


Biarlah gambar berbicara ... gambar tidak mampu menipu dan mereka cipta cerita ... gambar mampu melakar seribu bahasa yang tersirat ... gambar mampu membezakan pemimpin yang berjiwa rakyat mau merasai kepayahan rakyat.

Kepada KDYMM Sultan Brunei. patik amat kagum dan sanjung cara baginda menghampiri rakyat .. TAKBIR!!!!!! .. ALLAHUAKHBAR!!!
Suatu hari Rasulullah Muhammad SAW sedang tawaf di Kaabah, baginda mendengar seseorang di hadapannya bertawaf sambil berzikir: "Ya Karim ! Ya Karim !"
Rasulullah SAW meniru zikirnya "Ya Karim ! Ya Karim !"
Orang itu berhenti di satu sudut Kaabah dan menyebutnya lagi "Ya Karim ! Ya Karim !" Rasulullah yang berada di belakangnya menyebutnya lagi "Ya Karim ! Ya Karim !"
Orang itu berasa dirinya sepeti di perolok-olokkan, lalu menoleh ke belakang dan dilihatnya seorang lelaki yang sangat tampan dan gagah yang belum pernah di lihatnya.
Orang itu berkata, " Wahai orang tampan, apakah engkau sengaja mengejek-ngejekku, kerana aku ini orang badwi? Kalaulah bukan kerana ketampanan dan kegagahanmu akan kulaporkan kepada kekasihku, Muhammad Rasulullah."
Mendengar kata-kata orang badwi itu, Rasulullah SAW tersenyum lalu berkata: "Tidakkah engkau mengenali Nabimu, wahai orang Arab?"
"Belum," jawab orang itu.
"Jadi bagaimana kamu beriman kepadanya?" Tanya Rasulullah SAW.
"Saya percaya dengan penuh atas kenabiannya, sekalipun saya belum pernah melihatnya dan membenarkan perutusannya walaupun saya belum pernah bertemu dengannya, " jawab orang Arab badwi itu.
Rasulullah SAW pun berkata kepadanya: "Wahai orang Arab, ketahuilah aku inilah Nabimu di dunia dan penolongmu nanti di akhirat."
Melihat Nabi di hadapannya, dia tercengang, seperti tidak percaya kepada dirinya lalu berkata, "Tuan ini Nabi Muhammad?" "Ya," jawab Nabi SAW.
Dengan segera orang itu tunduk dan mencium kedua kaki Rasulullah SAW.
Melihat hal itu Rasulullah SAW menarik tubuh orang Arab badwi itu seraya berkata, "Wahai orang Arab, janganlah berbuat seperti itu. Perbuatan seperti itu biasanya dilakukan oleh seorang hamba sahaya kepada tuannya. Ketahuilah, Allah mengutus aku bukan untuk menjadi seorang yang takbur, yang minta dihormati atau diagungkan tetapi demi membawa berita gembira bagi orang yang beriman dan membawa berita menakutkan bagi yang mengingkarinya."
Ketika itulah turun Malaikat Jibril untuk membawa berita dari langit, lalu berkata, "Ya Muhammad, Tuhan As-Salam menyampaikan salam kepadamu dan berfirman: "Katakan kepada orang Arab itu, agar tidak terpesona dengan belas kasih Allah. Ketahuilah bahawa Allah akan menghisabnya di Hari Mahsyar nanti, akan menimbang semua amalannya, baik yang kecil mahupun yang besar. "
Selepas menyampaikan berita itu, Jibril kemudian pergi. Orang Arab itu pula berkata, "Demi keagungan serta kemuliaan Allah, jika Allah akan membuat perhitungan atas amalan hamba, maka hamba pun akan membuat perhitungan denganNya. "
Orang Arab badwi berkata lagi, "Jika Allah akan memperhitungkan dosa-dosa hamba, maka hamba akan memperhitungkan betapa kebesaran magfirahNya. Jika Dia memperhitungkan kemaksiatan hamba, maka hamba akan memperhitungkan betapa luasnya pengampunanNya. Jika Dia memperhitungkan kebakhilan hamba, maka hamba akan memperhitungkan pula betapa dermawannya."
Mendengar ucapan orang Arab badui itu, maka Rasulullah SAW pun menangis mengingatkan betapa benarnya kata-kata orang Arab badwi itu sehingga air mata meleleh membasahi janggutnya.
Lantaran itu Malaikat Jibril turun lagi seraya berkata, "Ya Muhammad, Tuhan As-Salam menyampaikan salam kepadamu dan berfirman: "Berhentilah engkau daripada menangis, sesungguhnya kerana tangisanmu, penjaga Arasy lupa bacaan tasbih dan tahmidnya, sehingga ia bergoncang. Sekarang katakan kepada temanmu itu, bahawa Allah tidak akan menghisab dirinya, juga tidak akan menghitung kemaksiatannya. Allah sudah mengampunkan semua kesalahannya dan akan menjadi temanmu di syurga nanti. "
Betapa sukanya orang Arab badwi itu, apabila mendengar berita itu dan menangis kerana tidak berdaya menahan rasa terharu.
*Diterjemahkan oleh Detik Islam dari
sumber peribadirasulullah.wordpress.com
 Penyelesaian 10 perkara bukan undang-undang, kata pakar Perlembagaan
Posted on Sunday, January 26 @ 16:01:09 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo



"Penyelesaian 10 perkara yang ditawarkan Putrajaya pada 2011 yang di antaranya menjamin penggunaan kalimah Allah dalam Al-Kitab dan acara keagamaan mereka bukanlah satu undang-undang.

Bekas pensyarah undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) Dr Abdul Aziz Bari (gambar) juga menegaskan tiga undang-undang yang digunapakai hanyalah Perlembagaan, undang-undang bertulis yang diluluskan dalam Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN) dan keputusan mahkamah. Selain daripada itu tidak dianggap sebagai undang-undang dalam negara termasuk penyelesaian 10 perkara.

"Ini merupakan tiga undang-undang dalam negara mengikut hierarki. Yang tertinggi adalah Perlembagaan dan ia merupakan undang-undang asas yang menjadi penanda aras kepada lain-lain," katanya kepada The Malaysian Insider.

Menjelang Pilihan Raya Negeri Sarawak pada 16 April, 2011, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menghantar surat kepada pengerusi Persekutuan Kristian Malaysia pada ketika itu Uskup Ng Moon Hing menyatakan Al-Kitab boleh digunakan di seluruh negara tidak terhad kepada Sabah dan Sarawak.

Menurut  Abdul Aziz, penganut Kristian negeri Sarawak membuat kesilapan mempercayai penyelesaian 10 perkara ditawarkan Putrajaya menjelang pilihan raya negeri tersebut kerana ia hanya satu gimik pilihan raya kerajaan Barisan Nasional (BN).

"Ia satu kesilapan rakyat Sarawak mempercayainya.

"Apa yang dikatakan Najib adalah tepat kerana penyelesaian 10 perkara bukan undang-undang. Paling tidak pun ia hanya polisi kerajaan atau lebih teruk, gimik pilihan raya ataupun helah politik," katanya.

Pakar Perlembagaan itu berkata, rakyat Sarawak seharusnya menyalahkan diri mereka sendiri kerana mempercayainya.

"Isyarat awal niat sebenar Najib ditunjukkan semasa kerajaan merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada tahun 2009.

"Jika Najib benar-benar patuhi janjinya dalam penyelesaian 10 perkara, kerajaannya tidak perlu merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi," katanya.

Abdul Aziz turut menyelar pentadbiran Najib yang bermuka-muka apabila senada dengan kumpulan pendesak Melayu seperti Perkasa yang lantang menentang keputusan Mahkamah Tinggi tersebut.

"Najib sepatutnya juga menjauhkan diri daripada Perkara dan kumpulan pendesak lain," katanya.

Semalam, Majlis Gereja Malaysia (MGM) mendakwa Putrajaya memungkiri janji dalam penyelesaian 10 perkara apabila menegaskan kerajaan negeri boleh membelakangi janji yang dimenterai itu.

Najib berdepan tekanan dan kritikan dalam isu kalimah Allah dan dilihat tersepit.

Malah kenyataannya baru-baru ini mengenai penyelesaian 10 perkara mengatakan ia masih tertakluk kepada undang-undang persekutuan dan enakmen negeri dianggap oleh penganut Kristian tidak menepati janjinya sebelum ini.

Sepuluh daripada 13 negeri di Malaysia memiliki enakmen menghalang bukan Islam menggunakan kalimah Allah dan beberapa perkataan Arab lain, pengecualian hanya di Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

BN menguasai lapan daripada 10 negeri tersebut, sementara Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan ditadbir Pakatan Rakyat (PR).

Sepuluh peratus daripada 29 juta penduduk Malaysia adalah penganut Kristian.

Hampir dua pertiga daripada mereka merupakan golongan Bumiputera dan sebahagian besarnya tinggal di Sabah dan Sarawak, di mana mereka secara rutin menggunakan bahasa Melayu dan bahasa-bahasa asli dalam amalan agama mereka, termasuk menggambarkan Tuhan sebagai “Allah” dalam sembahyang serta kitab mereka.

Selain orang-orang Kristian Bumiputera dari Malaysia Timur, sesetengah daripada mereka berpindah ke Semenanjung untuk tinggal dan bekerja, Orang Asli Kristian di semenanjung juga biasanya menggunakan bahasa Melayu dalam ibadah mereka.

sumber"


................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
imamsurau
Posted on Sunday, January 26 @ 16:01:09 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo

Sunday, 26 January 2014

PADAN MUKA!!!!! .. HIMPUNAN TURUN 2.0 DI SEBERANG JAYA, PULAU PINANG SEBENTAR TADI LANGSUNG TIDAK MENDAPAT SAMBUTAN????



KESIANNNNN .... SUNYI, HAMBAR TIDAK MENDAPAT SAMBUTAN LANGSUNG????

ANJURAN UMNO, PERKASA, PEKIDA HANYA BEBERAPA KERAT MAMAK DAN ORANG MELAYU JER DATANG BERHIMPUN MENYALAK TERJERIT TERLOLONG .. YANG INI SEMUA KAUM DAN PELBAGAI PERINGKAT UMUR ... KESIANNNNNN.. RAKYAT MASIH BERSAMA UMNO/BN?????

‘Himpunan Turun’ pada hari ini 26hb Januari 2014 mulai jam 2.00 ptg di Tapak Parkir Sunway Business Centre, Seberang Jaya, Pulau Pinang.

Himpunan yang bermula jam 2 petang ini bagi membantah kenaikan kos sara hidup, pengenalan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) selain menolak isu perkauman.

Ini isu ekonomi, kemiskinan rakyat dan membantah kenaikan harga barang. Tak ada kena mengena dengan isu perkauman.

Orang ramai pelbagai kaum hari ini berkumpul di Sunway Carnival Mall, Pulau Pinang bagi menyatakan bantahan terhadap kenaikan harga barang dan kos sara hidup.

Mereka membawa kain rentang dan melaungkan slogan menentang cukai barangan dan perkhidmatan (GST), menuntut harga penurunan harga barangan keperluan asas serta mengejek kenyataan kangkung perdana menteri.

“Kangkung turun” antara laungan yang kedengaran dalam perhimpunan itu.

Selain kangkung, pelbagai sayur-sayuran turut dikandar ke perhimpunan itu, sekali gus menjadikannya penuh warna warni.

Wakil rakyat pembangkang Lee Khai Loon yang terkenal dengan flash mob kangkungnya sebelum ini turut kelihatan, selain Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramzli dan exco Pulau Pinang Dr Afif Bahardin.

Keadaan Seseorang Ketika Dalam Kubur

June 5th, 2013 | 8:00 pm
malam2
Rasulullah s.a.w bersabda: “Apabila si mati dikuburkan.., datanglah kepadanya dua Malaikat hitam legam, lagi biru (matanya), salah satu di antaranya disebut dengan nama “Munkar” dan yang satulagi disebut dengan nama “Nakir”, (lalu keduanya mendudukan si mati itu setelah dikembalikan rohnya ke dalam jasadnya) kemudian mereka menyoalnya:”Apa yang pernah engkau katakan mengenai orang ini (Muhammad s.a.w)?” (dan pada satu riwayat oleh Abu Daud:
Mereka bertanya kepadanya: “Apa yang engkau pernah sembah?” Maka kalau Allah memberi hidayah pertunjuk kepadanya, ia akan menjawab dengan berkata: “Aku menyembah Allah!” Kemudian ia ditanya lagi: “Apa yang engkau pernah katakan mengenai orang ini (Muhammad s.a.w)?” (Dan pada satu riwayat yang lain, oleh Abu Daud juga: Mereka menyoalnya dengan berkata: “Siapa Tuhanmu?” Ia menjawab: “Tuhanku ialah Allah!” Mereka bertanya lagi: “Apa agama mu?” Ia menjawab: “Agamaku ialah Islam!” Mereka bertanya lagi: “Siapa dia orang yang telah diutuskan dalam kalangan kamu)?” Maka kalau si mati seorang yang beriman, ia akan menjawab dengan berkata: “Orang itu (Muhammad s.a.w) ialah hamba Allah dan RasulNya, aku mengetahui serta meyakini bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan bahawa sesungguhnya Muhammad itu ialah hamba Allah dan RasulNya!”
Mereka berkata kepadanya: “Kami sedia mengetahui bahawa engkau mengakui yang demikian”; (Dan pada satu riwayat oleh Abu Daud bahawa Baginda s.a.w bersabda: “Lalu diseru oleh penyeru dari langit katanya: “Sungguh benar hamba-Ku, maka bentangkanlah kepadanya satu hamparan dari Syurga, dan pakaikanlah dia pakaian dari Syurga, serta bukakanlah baginya sebuah pintu ke Syurga”. “Rasulullah s.a.w bersabda lagi: “Lalu datang kepadanya sebahagian dari bau Syurga dan keharumannya ); kemudian dilapangkan kuburnya seluas tujuh puluh hasta persegi, dan diberikan cahaya yang menerangi kuburnya; kemudian dikatakan kepadanya: “Tidurlah!” Lalu ia berkata: “Bolehkah aku balik kepada keluargaku supaya dapat aku ceritakan kebaikan halku?”
Dua Malaikat itu berkata kepadanya: “Tidurlah seperti tidurnya pengantin yang tidak dibangkitkan dari tidurnya melainkan sekasih-kasih ahlinya; Demikianlah halnya sehingga ia dibangkitkan Allah dari tempat baringnya itu. Jika si mati itu seoarang munafik, ia menjawab pertanyaan Malaikat itu dengan katanya: “Aku dengar orang berkata demikian, maka aku pun turut berkata sama; aku tidak tahu benarkah atau tidak”. Lalu dua Malaikat itu berkata: “Memang kami tahu engkau berkata demikian”; (dan menurut satu riwayat oleh Abu Daud: “Lalu diseru oleh penyeru dari langit katanya: “Sesungguhnya orang itu berdusta maka bentangkanlah kepadanya satu hamparan dari Neraka, dan pakaikanlah dia dari Neraka, serta bukakanlah baginya sebuah pintu ke Neraka”. Rasulullah s.a.w. bersabda lagi: “Lalu datang kepadanya sebahagian dari bahang Neraka dan udara panasnya) kemudian diperintahkan bumi supaya mengapitnya lalu bumi mengapitnya sehingga berselisih tulang-tulang rusuknya, maka tinggallah ia dalam azab itu terus menerus ke masa Allah bangkitkan dia dari kuburnya.” 



Detik Islam

Sunday, 26 January 2014

DEBAT KALIMAH ALLAH ANTARA YB KHALID SAMAD DENGAN NOH OMAR .. NAIB PRESIDEN PERKASA SUDAH GOYAH DAN MENGGELABAH MOHON DEBAT DI BATALKAN



Dulu bukan main lagi dia bising menyalak sana sini mempertahankan isu Kalimah Allah ... Berdegar-degar melaung terjerit macam nak runtuh langit akan mempertahankan Kalimah Allah.

Kini apabila cabaran tunjuk jantan dan hebat oleh Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Selangor, Noh Omar disambut dengan pantas oleh Ahli Parlimen PAS/PR Shah Alam YB Khalid Samad untuk berdebat yang dijadualkan esok 27hb Januari 2014 jam 2.30ptg hingga 5.00ptg di Auditorium Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, Shah Alam, tiba-tiba Naib Presiden Perkasa yang pernah mencipta lirik lagu UMNO Baru telah menggelabah goyah susah hati merayu melutut dan mendesak agar debat tersebut dibatalkan.

Alasannya ialah takut jadi bahan ketawa bukan Islam.

Tapi dia lupa selama ini bukan saja bukan Islam ketawa umat Islam seluruh dunia pun ketawakan gelagat beliau bersama-sama dengna kuncu-kuncu yang sewaktu dengannya seperti Hassan Aqidah Ali dan seluruh penyokong Perkasa, UMNO, Pekida, JATI, PPIM dll NGO yang memiliki jiwa dan perangai yang sama.

Masa Noh Omar cabar dia langsung tak sampuk pujuk Noh Omar agar jangan cabar ....  Mungkin dia ingat pemimpin PR macam Najib and the gang jenis bacul penakut dicabar berdebat.

Bila cabaran disahut dan akan berlangsung kurang dari 24 jam maka maukan debat tersebut di batalkan.

Hati kecil Omak Kau bercakap .. bukan kerana bukan Islam di tertawakan .. takut isu ini akan buka tembelang jahat siapa sebenarnya dalang kecuh satu negara akan isu ini.

Khautir nanti akan ada muat naik di Youtube maka umat Islam yang selama ini terpengaruh dan terpedaya dengan mainan politik UMNO akan mula sedar dan berubah sokongan... Itu saja yang sebenarnya.

Ikut hukum akal logik .. kalau debat ini mengguntungkan UMNO mana mungkin Zul Nordin merayu ianya dibatalkan.

Nak suruh pemimpin-pemimpin UMNO Selangor merayu cabar sudah terlanjur nak undur mana muka nak letak.

Yang seronoknya tu boleh minta JAIS dan PDRM ambil tindakan keatas pengajur sedangkan Noh Omar yang minta Sinar Harian menganjurkan... SUDAH GOYAH GELABAH LAH TUUUUU.

Diperturunkan rayuan taraf kangkung oleh Zul Noordin.
Saya mendesak supaya cadangan mengadakan debat isu 'Penggunaan Kalimah Allah oleh Kristian dari Sudut Undang-Undang' yang dijadualkan Isnin 27 Jan 2014 di Shah Alam dibatalkan serta merta kerana ianya satu perbuatan tidak berfaedah dan tidak sewajarnya diteruskan kerana:

1. Undang-undang begitu jelas melarang penggunaan kalimah Allah oleh selain daripada cara yang ditetapkan Islam. Enakmen Pengawalan Pengembangan Agama Bukan Islam di semua negeri termasuk Selangor, dibaca dengan Artikel 3 & 11 Perlembagaan Persekutuan sudah terlalu jelas, dan hanya orang jahil sahaja yang tidak akan memahaminya;

2. Titah Tuanku Sultan Selangor, bersama dengan titah Tuanku YDP Agong, Tuanku Raja Muda Perak berserta pendirian Majlis Raja-Raja Melayu jelas melarang penggunaan Kalimah Allah oleh selain Islam;

3. Keputusan Mahkamah Rayuan melarang penggunaan kalimah Allah oleh selain Islam dalam kes tuntutan The Herald adalah jelas dan sepatutnya dihormati semua pihak;

4. Fatwa yang dikeluarkan oleh Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan 1988 cukup terang dan jelas bahawa kalimah Allah adalah persoalan aqidah dan ketuhanan dan hanya boleh digunakan sebagaimana yang ditetapkan Islam sebagai nama Tuhan Yang Esa, bercanggah dengan fahaman kristian mempercayai ketuhanan tiga dalam satu dengan berteraskan konsep anak tuhan;

5. Ketetapan Majlis Syura' PAS pada 13.01.2013 dan pendirian jelas Timbalan Mursyidul Am PAS & bekas Ketua Dewan Ulama PAS yang menetapkan bahawa kalimah Allah adalah soal aqidah dan tidak boleh digunakan selain yang ditetapkan Islam.

Berdasarkan fakta-fakta diatas, saya berpendapat meneruskan Debat tersebut adalah satu penghinaan terhadap titah Tuanku Raja-Raja Melayu, melanggar peruntukkan undang-undang dan Perlembagaan Negara, menghina keputusan Mahkamah Rayuan, dan memperlekehkan Majlis Fatwa dan ketetapan Majlis Syura' PAS.

Ianya juga tidak membawa apa-apa faedah dan keuntungan bagi umat Islam kerana kelihatah begitu janggal dan bodoh bagi umat Islam bertekak sesama sendiri untuk mempertahankan tuntutan kristian yang bercanggah dengan aqidah dan kepercayaan umat Islam.

Kita akan hanya menjadi bahan ketawa kepada orang bukan Islam.


Sekiranya ada mana-mana pihak masih bertegas dan berdegil mahu membenarkan kristian mengguna-pakai kalimah Allah, katakanlah kepada mereka ketegasan yang jelas - Lakum diinukum waliyadeen - untuk mereka agama dan kefahaman mereka, untuk kita agama dan kepercayaan kita!

Oleh itu, saya menyeru pihak penganjur debat tersebut supaya membatalkan serta merta cadangan debat tersebut. Dan saya menasihatkan para panelis dan peserta supaya menarik diri daripada meneruskan cadangan menersukan debat tersebut.

Saya juga mendesak pihak berkuasa samada JAIS, atau pihak Polis mengambil tindakan samada menurut Enakmen Pengawalan Pengembangan Agama Bukan Islam Selangor 1988 (memandangkan venue debat dibuat didalam Negeri Selangor) ataupun Seksyen 298A Kanun Kesiksaan sekiranya debat itu diteruskan.

Wallahua'lam dan Wassalam.
Adios amigos, grasias.



Zulkifli Bin Noordin
Sabtu
23 R'Awal 1435

25 Jan 2014

Tiada ulasan: