Beratnya hukum meninggalkan solat dengan sengaja
SALAM Ustazah,
Saya berasa amat sedih sekali mendapati ramai dari kawan-kawan saya di IPT tempat saya menuntut ilmu sekarang meninggalkan solat.
Hanya segolongan kecil sahaja dari kami yang menunaikan solat 5 kali sekali sehari, yang lain mungkin solat 3 atau 4 kali sehari. Manakala ada juga yang langsung tidak solat. Malah ada di antara kawan saya yang tidak tahu cara solat!
Apakah hukum seorang yang mengaku muslim meninggalkan solat dengan sengaja? Dan apakah yang patut saya lakukan dalam keadaan iman saya juga masih lemah. Bantulah saya ustazah.
Wirda Abdul Hadi
Ustazah Shahidah Sheikh Ahmad
Terima kasih adik Wirda. Semoga Allah SWT mengurniakan keteguhan iman buatmu, dapat bertahan dengan amal-amal soleh dalam suasana hidupn seperti disebutkan itu. Saya juga merasa sangat terpukul dengan keadaan remaja hari ini yang kelihatan hidup tanpa mengenal dirinya dan tidak kenal penciptanya.
Adik Wirda, seperti yang telah diketahui oleh seluruh ummat Islam bahawa solat adalah fardhu ke atas semua muslim yang mukallaf. Tidak ada sebarang kelonggaran bagi kita meninggalkan solat walau dalam apa keadaan sekalipun. Dan di sana juga telah lengkap petunjuk dari Allah akan hukumnya berkaitan orang yang tidak menunaikan kewajiban ini.
Allah SWT melalui Rasulullah s.a.w. telah memberi petunjuk, di antara sabda Nabi s.a.w.: maksudnya: "Antara seorang Islam dan antara kekafiran, ialah meninggalkan solat" (Riwayat Ahmad dan Muslim dari Jabir; At-Targhrib, 1:342).
"Urusan yang memisahkan antara kita (para muslimin) dengan mereka (orang-orang kafir) itu, ialah solat. Maka barangsiapa meninggalkannya, sungguh ia telah menjadi kafir". (Riwayat Ahmad dan Daud dari Buraidah, At-Targhib 1:342).

Dan di sana juga terdapat penetapan Fuqaha Sahabat, Tabi'in dan Imam-Imam terhadap orang-orang yang meninggalkan solat:
Diterangkan oleh An-Nawawi bahawasanya:
Orang yang meninggalkan solat dengan jalan mengingkari kewajipannya,
dipandang telah menjadi kafir, keluar dari millah (agama) Islam -
(dengan ijma' segala ulama’ Islam) - terkecuali kalau ia baru memasuki
Islam dan belum mengetahui hukum kewajipan solat itu.
Adapun jika ia meninggalkan solat dengan kemalasan serta masih mengi'tikadkan kewajibannya solat itu atas dirinya, maka Imam Malik dan Asy Syafi'i menetapkan bahawa:
"Orang itu, tidak dikafirkan, hanya dipandang fasiq dan disuruh bertaubat. Jika ia tidak mau bertaubat, nescaya dibunuh, selaku suatu hukuman yang mesti dijalankan".
Tetapi segolongan ulama’ salaf, diantaranya Ahmad dan Ishaq menetapkan, bahawa:
"Orang itu, dikafirkan dan dibunuh selaku seorang kafir".
Abu Hanifah dan al-Muzany menetapkan bahawa:
"Orang yang meninggalkan solat tidak dikafirkan dan tidak dibunuh, hanya dipenjarakan dan dita'zirkan, sehingga kembali mengerjakan solat".
Ulama’ yang mengkafirkan orang yang meninggalkan solat berhujjah dengan:
Zahir hadis-hadis di atas, mengqiaskan kepada kalimah Tauhid.
Ulama’ yang tidak mengkafirkan orang yang meninggalkan solat mengambil hujah sabda Rasulullah s.a.w.bermaksud:
"Barangsiapa mengucapkan; "Lailla haillahllah", masuklah ia kedalam syurga". (Riwayat Ahmad dari Abu Hurairah; An-Nail 1:376 - As-Sholah Ibnul Qayyim 39).
Ulama’ yang menyuruh membunuh orang yang tidak mau bersolat sesudah disuruh bertaubat, berhujjah dengan: Sabda Rasulullah s.a.w.bermaksud:
"Saya diperintah memerangi manusia sehingga mereka mengucap Lailahaillahllah, mendirikan solat dan mengeluarkan zakat. Apabila mereka mengerjakan yang demikian, nescaya mereka pelihara darah-darah dan harta-harta mereka daripadaku". (Riwayat al Bukhari dan Muslim dari Ibn Umar; Nailul-Authar 1:364).
Firman Allah s.w.t.:bermaksud:"Maka jika mereka bertaubat, mendirikan solat dan mengeluarkan zakat, lepaskanlah perjalanan mereka". (At-Taubah ayat 12).
Ulama’ yang tidak menghukum membunuh orang yang tidak mengerjakan solat, berhujah dengan: Sabda Rasulullah s.a.w.bermaksud:

"Tidak halal dari seorang Muslim yang mengaku bahawa sesungguhnya tak
ada Tuhan melainkan Allah dan bahawasanya aku pesuruh Allah, melainkan
dengan kerana salah satu dari tiga perkara; pertama tsaib (janda)
mengerjakan zina, kedua membunuh orang dan ketiga meninggalkan agama dan
menentang jamaah". (Riwayat Al Bukhary dan Muslim, Muftahul-Khathabah
219).
Dapat disimpulkan di sini bahawa:
a.
Seseorang yang meninggalkan solat pada suatu waktu dengan kerana
kemalasan atau mengerjakan kemaksiatan kerana kejahilan dengan merasa
penyesalan dan kekecewaan hati serta ingin bertaubat, tiadalah iman
orang itu berlawanan dengan iman mutlaq dan tiadalah halnya itu
mengeluarkan dirinya dari millah (agama) walaupun berulang-ulang.
b.
Seorang yang terus menerus menginggalkan solat dengan tidak merasa
keberatan apa-apa, tidak merasa penyesalan dan tidak merasa kekecewaan
serta tidak merasa perlu bertaubat, maka orang itu dipandang dan dihukum
kafir. Kerana meninggalkan solat yang semacam ini meniadakan iman.
Demikianlah pandangan syara’ tentang orang yang tidak solat.
Dalam keadaan begini apakah tugas kita?
Ketahuilah
bahawa anda dan saya memikul tanggungjawab yang sama berat, yaitu wajib
mengajar dan mengajak mereka untuk solat dan beristiqamah dengannya.
Untuk
Wirda saya cadangkan ajaklah kawan-kawan wanita untuk solat bersama,
jangan putus asa, mungkin kali pertama mereka enggan. Katakanlah kepada
mereka bahawa jika mereka solat Allah akan menolong mereka, akan
menyintai mereka. Jika ada masa, carilah artikel2 di internet tentang
kewajipan solat dan poskan ke email mereka. Saya percaya jika mereka ada
pengetahuan mereka akan solat. Di samping itu berdoalah sentiasa untuk
mereka dengan ikhlas. Insya Allah anda akan dibantu oleh Allah.
Wallahu ‘a’lam
BALASAN MENINGGALKAN SOLAT LIMA WAKTU
SEKSA MENINGGALKAN SOLAT
"Apakah yang menyebabkan kamu semua masuk neraka Saqar ini? Mereka menjawab: Kami tidak termasuk golongan orangorang yang bersembahyang." (AlMudathsir:42,43)
Barang siapa yang meninggalkan sembahyang fardu,
seksanya umpama:-
Subuh:
Allah akan mencampakkannya ke dalam neraka jahanam selama 60 tahun.
Zuhur:
Dosanya seperti membunuh seribu orang Islam.
Asar:
Dosanya seperti meruntuhkan Kaabah.
Maghrib:
Dosanya seperti berzina dengan ibu atau bapanya sendiri.
Isyak:
Allah berseru kepada mereka, "Hai orang yang meninggalkan solat Isyak, bahawa Aku tidak lagi reda engkau tinggal di bumi-Ku dan menggunakan nikmat-nikmat-Ku." Segala gerak - gerinya seperti pakai, makan, tidur adalah berdosa kepada Allah.
Seksaan Ketika Hidup Di Dunia
Allah kurangkan keberkatan umurnya. Rezekinya dipersempitkan oleh Allah. Tidak ada tempat baginya di sisi agama Islam. Doanya tertolak. Hilang cahaya soleh dari wajahnya. Amal kebajikan yang dilakukannya langsung tidak diberi pahala.
Seksaan Ketika Sakaratul Maut
Ia akan menghadapi sakaratul maut dalam keadaan hina. Matinya dalam keadaan menderita kelaparan. Matinya dalam keadaan yang tersangat haus walaupun diberi minum air sebanyak tujuh lautan.
Seksaan Ketika Di Dalam Kubur
Allah akan menyempitkan kuburnya dengan sesempitsempitnya. Kuburnya akan digelapkan. Allah akan menyiksanya dengan pedih sehingga hari Qiamat.
Seksaan Ketika Berada Di Akhirat
Ia akan dibelenggu dan diseret ke padang Mahsyar oleh malaikat. Allah tidak akan memandangnya dengan pandangan belas kasihan. Allah tidak akan mengampuni dosanya dan dia akan disiksa dengan keras di dalam neraka.
SEKSA NERAKA
HUKUM MENGUMPULKAN DUA WAKTU SEMBAHYANG
Dalam kesibukan kadangkala ada antara kita yang lalai atau sengaja mengabungkan waktu sembahyang zuhur dengan asar ( sembahyang di akhir waktu zuhur dan diikuti sembahyang asar sebaik sahaja masuk waktunya)
Renungkan hadis Rasulullah SAW di bawah yang menghalang perbuatan tersebut
Saad bin Abi waqas bertanya Rasulullah SAW mengenai orang yang melalaikan sembahyangnya maka jawab baginda " Iaitu mengakhirkan waktu sembahyangnya dari waktu asalnya hingga sampai waktu sembahyang lain. Mereka telah mensia-siakan dan melewatkan waktu sembahyangnya, maka mereka diancam dengan neraka wail".
Ibn Abbas dan Said bin Al-Musaiyib turut mentafsirkan hadis di atas" Iaitu orang yang melengah-lengahkan sembahyang mereka sehingga sampai kepada waktu mereka neraka jahanam tempat kembalinya".
Dalam hadis yang lain Rasulullah bersabda
" Sesiapa yang mengumpulkan dua sembahyang tanpa ada halangan, maka sesungguhnya dia telah memasuki pintu besar dari pintu dosa-dosa besar". (Riwayat Al-Hakim)
Wallahua'lam
SEKSA NERAKA BUKAN KEPALANG
Mereka yang meninggalkan sembahyang akan menerima seksa di dunia
dan di alam kubur tidak terlepas daripada tiga seksaan.Tiga
jenis seksa di dalam kubur ialah:-
1. Kubur akan menghimpit-himpit serapat yang mungkin sehingga berselisih tulang-tulang dada.
2. Dinyalakan api di dalam kuburnya dan api itu akan membelit dan membakar tubuhnya siang dan malam tiada
henti-henti.
3. Akan muncul seekor ular yang bernama "Sujaul Aqra" dan ular itu berkata:
"Allah menyuruh aku membelasah engkau kerana engkau mensia- siakan sembahyang Subuh."
Ia dipukul dari waktu Subuh hingga naik matahari, kemudian dipukul dan dihentak hingga terjunam ke perut bumi kerana meninggalkan sembahyang Zuhur. Kemudian dipukul lagi kerana meninggalkan sembahyang Asar, begitulah seterusnya dari Asar ke Maghrib, dari Maghrib ke waktu Isyak dan seterusnya hingga ke waktu Subuh semula. Demikianlah berterusan seksaan oleh Sajaul Aqra hinggalah hari Kiamat.
CUAI SOLAT LIMA WAKTU
Didalam neraka Jahanam terdapat wadi(lembah) yang didalamnya adalah ular-ular bersaiz sebesar tengkuk unta dan panjangnya sebulan perjalanan. Kerjanya tiada lain selain mengigit orang-orang yang tidak menunaikan sembahyang semasa hidup mereka. Bisa ular itu pula menggelegak di dalam badan mereka selama 70 tahun sehingga luruh seluruh daging badan mereka. Kemudian tubuh mereka kembali pulih lalu digigit lagi dan begitulah seterusnya.
Seksaan bagi orang-orang yang meninggalkan solat
Orang yang tidak sembahyang akan diseksa dengan 15 seksa; 6 daripadanya akan diterima di dunia, 3 seksa tatkala hendak mati, 3 seksa lagi ketika berada di alam kubur dan 3 seksa lagi di hari kiamat :-.
Enam seksa semasa hidup di dunia:
1. Ditinggalkan berkat pada umurnya.
2. Allah akan menghapuskan tanda-tanda orang salih daripada mukanya.
3. Tiap-tiap amal yang dikerjakan tiada diberikan pahala kepadanya.
4. Segala doanya tiada diperkenankan oleh Allah.
5. Dia dimarahi dan dibenci oleh segala makhluk di dunia.
6. Tidak ada baginya bahagian daripada doa orang-orang salih.
Tiga seksa tatkala hendak mati:
1. Dia mati dalam kehinaan.
2. Mati dalam keadaan yang sangat lapar.
3. Mati dalam keadaan yang sangat haus, sehinggakan jika dituangkan kepadanya sekelian air laut di dunia ini,
dia tetap merasa tidak puas
Tiga seksa ketika di alam kubur:
1. Disempitkan kuburnya.
2. Dinyalakan api, di mana dia akan membalik-balikkan dirinya didalam bara api itu.
3. Allah mngerahkan ular yang paling besar untuk menyebat mayat itu, yang mana dinamakan ular itu 'SHAJKUL
AKRAK' dan ular itu akan berkata, Sesungguhnya aku telah disuruh oleh Tuhanku untuk memukul engkau dari Subuh
hingga ke Zuhur, dipukul pula hingga ke Asar dengan sebab engkau sia-siakan waktu Zuhur. Begitulah seterusnya
tiap-tiap hari dan malam sehingga hari kiamat.
Tiga seksa di hari kiamat:
1. Allah memerintahkan malaikat azab agar menghela orang yang tidak sembahyang itu ke dalam neraka.
2. Allah menilik pada orang yang tidak sembahyang itu dengan tilikan yang murka.
3. Allah akan mengira orang yang tidak sembahyang itu dengan kiraannya yang paling berat dan terus disumbatkan ke
dalam nerakasebagaimana firman Allah yang bermaksud, "Apa yang membawa kamu ke neraka?
" Mereka menjawab, "Kami , tidak sembahyang."
Hukum meninggalkan solat 5 waktu
Didalam neraka Jahanam terdapat wadi (lembah) yang didalamnya adalah ular-ular bersaiz
sebesar tengkuk unta
dan panjangnya sebulan perjalanan.
Kerjanya tiada lain selain mengigit
orang-orang yang tidak menunaikan
sembahyang semasa hidup mereka. Bisa ular itu pula
menggelegak di dalam badan mereka selama 70 tahun sehingga luruh seluruh daging badan
mereka. Kemudian tubuh mereka kembali pulih lalu digigit lagi dan
begitulah seterusnya.
Sumber : http://masjidwilayah.gov.my
Dosa Meninggalkan Solat 5 Waktu
1. Solat Subuh : satu kali meninggalkan akan dimasukkan ke dalam neraka selama 30 tahun yang sama
dengan 60.000 tahun di dunia.
2. Solat Zuhur : satu kali meninggalkan dosanya sama dengan membunuh 1.000 orang umat islam.
3. Solat Ashar : satu kali meninggalkan dosanya sama dengan menutup/meruntuhkan ka’bah.
4. Solat Magrib : satu kali meninggalkan dosanya sama dengan berzina dengan orang tua.
5. Solat Isya : satu kali meninggalkan tidak akan di redhai Allah SWT tinggal di bumi atau di bawah langit serta makan dan minum dari nikmatnya.
6 Siksa di Dunia Orang yang Meninggalkan Solat Fardhu :
1. Allah SWT mengurangi keberkatan umurnya.
2. Allah SWT akan mempersulit rezekinya.
3. Allah SWT akan menghilangkan tanda/cahaya soleh dari raut wajahnya.
4. Orang yang meninggalkan solat tidak mempunyai tempat di dalam islam.
5. Amal kebaikan yang pernah dilakukannya tidak mendapatkan pahala dari Allah SWT.
6. Allah tidak akan mengabulkan doanya.
3 Siksa Orang yang
Meninggalkan Solat Fardhu Ketika Menghadapi Sakratul Maut :
1. Orang yang meninggalkan solat akan
menghadapi sakratul maut dalam keadaan hina.
2. Meninggal dalam keadaan yang sangat lapar.
3. Meninggal dalam keadaan yang sangat haus.

Meninggalkan Solat Fardhu Ketika Bertemu Allah :
1. Orang yang meninggalkan solat di hari
kiamat akan
dibelenggu oleh malaikat.
2. Allah SWT TIDAK akan memandangnya dengan kasih sayang.
3. Allah SWT TIDAK akan mengampunkan dosa dosanya dan akan di azab sangat pedih di neraka.
Hadith Mengenai Dosa
Meninggalkan Solat 5 Waktu
Mengenai balasan bagi orang yang
meninggalkan Solat Fardu: “Rasulullah SAW,
diperlihatkan
pada suatu kaum yang membenturkan kepala mereka pada batu, Setiap
kali benturan itu
menyebabkan kepala pecah, kemudian ia kembali kepada keadaan
semula dan mereka tidak
terus berhenti melakukannya.
Lalu
Rasulullah bertanya: “Siapakah ini wahai Jibril”? Jibril menjawab: “Mereka ini orang yang berat kepalanya untuk menunaikan
Solat fardhu”. (Hadits Riwayat Tabrani, sanad shahih)
Sumber : http://www.hafizhafizol.my
Tgk Video ni : Nauzubillah terjadi pada diri kita atau keluarga kita.
Hukum meninggalkan solat fardu dengan sengaja tanpa keuzuran yang dibenarkan oleh syarak adalah haram dan berdosa besar.
Pelaku wajib segera memohon keampunan kepada Allah (istighfar) dan bertaubat. Jumhur ulamak mengatakan wajib qada' (ganti) solat tersebut.
"Perjanjian di antara kita orang Islam dan orang kafir ialah solat dan sesiapa meninggalkan solat sesungguhnya dia telah menjadi seorang kafir. (HR al-Tirmidzi)
Nabi shalallahu 'alaihi wasallam bersabda, "Sesungguhnya yang membezakan antara seseorang dengan kesyirikkan dan kekufuran adalah dengan meninggalkan solat". (HR Muslim)
Diterangkan oleh An-Nawawi bahawasanya orang yang meninggalkan solat dengan menolak atau mengingkari kewajipan solat, dipandang telah menjadi kafir, telah terkeluar dari Islam. (ijma' ulamak Islam).
Jika dia meninggalkan solat kerana malas atau lalai tetapi masih mengi'tikadkan kewajiban solat itu atas dirinya, maka Imam Malik dan Asy Syafi'i menetapkan bahawa orang itu tidak kafir, hanya dipandang fasik (melakukan dosa besar) dan disuruh bertaubat. Jika dia tidak mahu bertaubat, nescaya dibunuh, selaku suatu hukuman yang mesti dijalankan.
Segolongan ulamak salaf, diantaranya Ahmad dan Ishaq menetapkan bahawa orang yang meninggalkan solat telah kafir dan dihukum bunuh selaku seorang kafir.
Abu Hanifah dan al-Muzany menetapkan bahawa orang yang meninggalkan solat tidak dikafirkan dan tidak dibunuh, hanya dipenjarakan dan dita'zirkan sehingga dia kembali mengerjakan solat.
Wallahu a'lam.
Hukum Meninggalkan Solat Fardu

Hukum meninggalkan solat
Beberapa ketika yang lalu, kita telah pun membicarakan tentang pengenalan ibadah solat.
Dalam topik tersebut, kita telah mengupas tentang pengertian dan kefardhuan solat, kedudukan dan kepentingan solat dalam Islam (bahagian 1 dan bahagian 2), serta hikmah solat.
Jadi pada kali ini eloklah kita bincang serba sedikit tentang hukum meninggalkan solat.
Orang yang meninggalkan solat fardhu adalah amat buruk dan sangat keji sekali, malahan ianya terlebih keji daripada iblis.
Ini kerana si iblis hanya enggan sujud kepada nabi Adam a.s. yang merupakan makhluk, tetapi orang yang meninggalkan solat adalah seorang yang enggan bersujud kepada Allah s.w.t yang merupakan Khaliq (pencipta).
Justeru itu, dosa meninggalkan solat itu amat besar sekali. Di Akhirat nanti seseorang yang meninggalkan solat itu akan dimasukkan ke dalam neraka.
Allah s.w.t telah menceritakan di dalam al-Quran, bahawa ahli syurga (Ashabul Yamiin) telah bertanya kepada penghuni neraka, yang bermaksud:
Namun, sekiranya seseorang itu meninggalkan solat atas sebab malas, tetapi dia tahu dia wajib solat, maka terdapat tiga pendapat ulama tentang hukumnya, iaitu:
Orang yang mahu agamanya selamat dan dirinya bahagia di dunia dan akhirat, sudah tentu dia wajib menghindarkan dirinya dari terletak di antara hukum menjadi murtad dan berdosa besar.
Wallahu a’lam.
P/s: Solatlah anda sebelum anda disolatkan.

Apakah yang menyebabkan kamu masuk ke dalam neraka? Mereka menjawab, kami dahulu bukan daripada golongan orang-orang yang bersolat.Daripada Abdullah bin Umar r.a. daripada Nabi s.a.w. bahawa pada suatu hari baginda menyebut tentang solat lalu baginda bersabda, yang bermaksud:
Sesiapa yang memelihara solat, nescaya solatnya menjadi nur untuknya, ketandaan (iman) dan kelepasan (dari neraka) pada hari kiamat.Daripada Jabir r.a. meriwayatkan beliau telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda, yang bermaksud:
Sebaliknya sesiapa yang tidak memeliharanya nescaya tiada nur baginya, ketandaan dan kelepasan.
Malahan dia adalah (dikumpulkan dalam neraka yang paling panas sekali) bersama Qarun, Fir’aun, Haman dan Ubai bin Khalaf.
(Hadis riwayat Ahmad, at-Tabrani dan Ibnu Hibban).
Sesungguhnya meninggalkan solat ialah (perkara yang menghubungkan) seseorang dengan kufur.Ijma’ para ulama mengatakan bahawa hukum orang yang meninggalkan solat kerana ingkar terhadap kewajipannya, adalah jatuh kafir.
(Hadis riwayat Ahmad dan lain-lainnya).
Namun, sekiranya seseorang itu meninggalkan solat atas sebab malas, tetapi dia tahu dia wajib solat, maka terdapat tiga pendapat ulama tentang hukumnya, iaitu:
- Orang itu tidak menjadi kafir, tetapi dia menjadi fasik. Maka wajib
atas pihak yang berkuasa bertindak menyuruhnya bertaubat kembali
mengerjakan solat. Sekiranya dia enggan bertaubat maka dijalankan ke
atasnya hukuman hudud, iaitu dibunuh dengan pedang.
Ini pendapat Imam Malik, Syafi’e dan jumhur ulama salaf dan khalaf. - Orang itu menjadi kafir. Hukumnya sama seperti orang yang ingkar terhadap kewajipannya tadi.
Ini adalah pendapat satu jemaah daripada para salaf yang diambil riwayatnya daripada Saidina Ali bin Abu Talib dan salah satu pandangan Imam Ahmad bin Hambal serta pendapat Abdullah bin al-Mubarak dan Ishak bin Rahawaih. - Orang itu tidak menjadi kafir dan tidak pula dibunuh, sebaliknya ditakzirkan dengan dipenjarakan sehingga dia mengerjakan solat.
Ini pula adalah pendapat Imam Abu Hanifah dan satu jemaah daripada para fuqahak Kufah dan juga pendapat al-Muzani seorang pendokong dan pengikut Imam asy-Syafi’e.
Orang yang mahu agamanya selamat dan dirinya bahagia di dunia dan akhirat, sudah tentu dia wajib menghindarkan dirinya dari terletak di antara hukum menjadi murtad dan berdosa besar.
Wallahu a’lam.
P/s: Solatlah anda sebelum anda disolatkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan