TUMPANG LALU SIKIT...
buang mcm ni kes mmg besar... kes2 kecil byk... kwn2...bini...mentua...kekasih...rakan2 sekolah@universiti@fb.... dll... cal bagai... blja bagai... dll... ibu bpa trabai... sbb masa kecik2 mereka kita jga mereka... kita jolok ATM simpanan dia kmudian kita bgi@beri dia mkn... kita jga mereka kita ambik upah... ambik duit upah d ATM simpanan dia tadi... tu sbb mereka xpeduli kita...sbb kita jga mereka berbayar...mereka da byar...de faham tak adik manis....biasa mereka lupa jasa ibubapa bila dah bole berdikari...dtg bila ada sesak...hehe

Anak Derhaka
Pistia
01-02-2009, 09:05 AM
http://www.hanan.com.my/print.php?sid=1869
“Beruntunglah si anak yatim,” saya berbual dengan seorang apprentice yang berkunjung ke rumah.
“Kenapa pula untung ustaz?” beliau nampak sedikit terkejut dengan kenyataan saya.
“Masakan tidak beruntung, derita hidup tidak beribu dan bapa, terlalu kecil berbanding hukuman Allah ke atas anak durhaka!” saya menjawab.
Beliau diam seketika.
“Maksud ustaz, lebih beruntung hidup tanpa ibu bapa?” tanyanya.
“Anak-anak beruntung ada ibu bapa. Tetapi ibu bapa belum tentu beruntung dikurniakan anak-anak. Hari ini ramai anak benci dengan ibu bapa sendiri,” saya menyambung perbualan.
Memang benar.
Saya sudah jadi mangli dengan fenomena anak durhaka. Anak yang memusuhi ibu bapa. Anak yang mengkritik ibu bapa. Anak yang menyakiti ibu bapa.
Tanda-tanda kiamat barangkali.
“Apabila seorang perempuan melahirkan tuannya sendiri” (Petikan Hadith ‘Jibril’)
BIBIT KEMARAHAN
Pengamatan saya, memperlihatkan bahawa anak-anak mula menimbulkan bibit benci atau sekurang-kurangnya tidak berpuas hati dengan ibu bapa sendiri, semasa mereka menempuh beberapa fasa kehidupan.
Seorang bapa, mungkin garangnya hingga tampar dan jentik menjadi makanan harian seorang anak. Di sepanjang masa, anak menerima hakikat bahawa bapanya adalah seorang yang garang. Lalu dia sentiasa berusaha untuk mengelak daripada ‘buat masalah’ dengan bapa yang garang itu.
Tetapi untuk membenci bapa, tidak terlintas di hati dan kepala.
Fasa pertama yang sering menimbulkan rasa benci serta marah anak kepada ibu bapa ialah apabila anak-anak mula meningkat usia, bersekolah dan memulakan tabiat berkunjung ke rumah kawan-kawan malah bermalam di sana. Pada usia inilah anak mula terdedah kepada contoh-contoh lain tentang bagaimana ’sepatutnya’ seorang yang bergelar ibu juga bapa. Anak-anak mula membandingkan ibu bapanya sendiri, dengan ibu bapa kawan.
rasa takut terhadap kegarangan bapa dan ibu, mula berubah menjadi benci.
Fasa kedua pula ialah apabila berumahtangga.
Dalam sesetengah keadaan, ada ibu atau bapa yang melebihkan anak mereka sendiri berbanding menantu. Tetapi ramai juga menantu yang ‘bertuah’ mendapat mertua yang baik-baik, namun mereka mula secara tidak sedar menyemai suatu fikiran yang jelek bahawa ibu bapaku tidak sebaik mertua.
Perbandingan-perbandingan inilah yang menyemai bibit benci dan rasa tidak puas hati si anak kepada ibu bapa mereka sendiri.

01-02-2009, 09:07 AM
SEBURUK MANA PUN MEREKA
Seburuk mana pun ibu bapa kita, janganlah sekali-kali kita lupa pada kebaikan mereka semasa kita belum ada upaya menyimpan ingatan.
Kita menumpang duduk 9 bulan di perut seorang perempuan. Alam itu digelar Alam Rahim. Alam kasih sayang dan alam belas kasihan. Jika tiada sekelumit sayang di naluri seorang ibu, nescaya dibuang sahaja isi perut itu di tandas, di longkang, di tong sampah atau di mana sahaja.
Kerana secebis belas dan ihsan itulah, kita lahir ke dunia.
Lupakah (memang tidak ingat), semasa kita kecil, kita menjerit sesuka hati, memalukan ibu bapa di tengah kenduri? Kita pecahkan pinggan orang, kita curi barang orang, kita kencing dan berak sesuka hati, kita demam tidak bermusim. Bukan kita seorang, malah adik beradik yang lain.
Jika seorang ibu dan seorang bapa, tiada naluri kasih sayang, patah riuk tulang kita dikerjakan mereka. Penat bekerja, tidur entah di mana, bergolok gadai mencari bekal, apakah semuanya semata-mata untuk membesarkan seorang pembenci?
Kita ada ramai kawan, tetapi kita hanya ada seorang ibu dan seorang bapa. Busuk wangi, buruk dan baik, itulah ibu dan itulah bapa.
Pernah suatu ketika, seorang lelaki datang kepada Abu Darda’ radhiyallahu ‘anhu, memberitahunya bahawa ibu lelaki itu menyuruhnya mentalakkan sang isteri. Lalu Abu Darda’ berkata. Aku telah mendengar bahawa Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam pernah bersabda:
“Ibu bapa adalah pintu Syurga yang paling tengah. Terserahlah kepada kamu sama ada mahu mensesia-siakan pintu itu atau memeliharanya” (Hadith sahih riwayat Ahmad, al-Tirmidhi dan Ibn Majah)
Biar pun sandaran dalil Abu Darda’ terhadap soalan lelaki tersebut kepada hadith ini ada perbahasan ulama’ mengenainya, namun persoalan yang terus kekal, Allah menyediakan pintu syurga bukan di tangan kawan yang paling kamceng, atau kekasih yang sejati itu.
Pintu masuk ke syurga yang paling utama, adalah pada memenuhi hubungan kita dengan ibu, juga dengan bapa.
SALAH IBU BAPA
Saya tidak nafikan, bahawa fenomena anak durhaka adalah produk dosa ibu bapa. Kesalahan ibu bapa merupakan faktor terbesar kepada keberhasilan anak durhaka. Malah sejak sekian lama, kita kaum Melayu sudah disedarkan bahawa Sazali adalah produk kesalahan si bapa menterjemahkan kasih sayang sebagai ‘beri semua yang anak inginkan’.
Memang malang di dunia ini bukan malang kerana tidak disayangi. Tetapi malang kerana gagal menyayangi. Sama ada tidak sayang kepada anak-anak, atau menyayangi mereka dengan cara yang salah.
Sudah terlalu biasa, ceramah saya tentang ibu bapa terpaksa diubah suai. Menekan-nekan akan kepentingan anak menghormati dan menjaga ibu bapa, menjadi sebuah sesi yang penuh penyeksaan, kepada si anak yang membenci ibu bapa. Kebanyakannya, adalah akibat sikap ibu bapa sendiri.

01-02-2009, 09:10 AM
DI PIHAK ANAK-ANAK
Tetapi anak-anak perlu sedar.
Allah SWT tidak mewajibkan seorang anak untuk menyayangi ibu dan bapa!
Kasih sayang itu adalah perasaan yang mustahil boleh dipaksa tanpa asasnya. Mana mungkin seorang anak yang dibuang, diabai, disisih, dipinggir malah didera oleh ibu bapa, mampu untuk membuta tuli memaksa diri menyayangi orang yang tidak menyayangi mereka.
Sebaliknya Allah SWT meletakkan kewajipan kita sebagai anak-anak, adalah pada berlaku ihsan, berbuat baik dan menghormati ibu bapa. Ia bukan balasan kebaikan ibu bapa kepada kita, tetapi ia adalah tanggungjawab dan kewajipan kita sebagai anak, biar bagaimana sekali pun si ibu dan si bapa.
Baik kejam seorang bapa.
Biar cuai seorang ibu.
Mahu pun busuk seorang bapa.
Biar kafir atau sundal sekali pun seorang ibu.
Bukan anak yang bertindak menghukum mereka.
Segala dosa ibu bapa, kecuaian mereka, dan serba serbi kesalahan dan kekurangan mereka, ibu bapa itulah yang akan bersoal jawab dengan Allah tentang tanggungjawab dan peranan mereka terhadap kita.
Namun bagi seorang anak, tugas kita adalah untuk tetap menghormati, menjaga kebajikan, memelihara dan memenuhi keperluan mereka tatkala mereka dalam hajat yang diwajarkan Syariat.
Menghormati mereka, cukup dengan tidak membalas ‘kejahatan’ mereka dengan ‘kejahatan’ kita. Sedang kita pun banyak berbuat jahat kepada Allah, namun Allah sentiasa Maha Tahu cara untuk ‘berbuat baik’ dengan kita. Bagaimana kita boleh mendamba keampunan Allah tanpa syarat, sedangkan kita ghairah meletakkan pelbagai syarat, terhadap ibu bapa sendiri?
Jika sikap kita yang sempit jiwa untuk menguzurkan kekurangan ibu bapa, yakinilah bahawa Allah jua sulit untuk menguzurkan kekurangan kita (yang tidak terbilang itu).
ANDAI TIADA KASIH DAN SAYANG
Kewajipan si anak adalah pada mengekalkan perlakuan baik terhadap ibu bapanya. Bukan bergantung kepada layanan ibu bapanya dahulu, tetapi ialah adalah tanggungjawab anak sebagai seorang anak yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat.
Untuk menyayangi ibu bapa, terpulang kepada anda.
Namun…
Melaksanakan kewajipan tanpa nilai dan kasih sayang adalah suatu beban. Berat tanggungjawab tanpa kasih sayang, adalah maksud malangnya diri yang gagal menyayangi.
Suatu ketika Umar al-Khattab radhiyallahu ‘anhu dan beberapa orang sahabat melihat seorang perempuan mendukung seorang lelaki tua. Lalu beliau bertanya kepada perempuan itu, “apakah perihalnya kamu ini?”
Perempuan itu menjawab, “yang kudukung ini adalah ayahku. Dia sudah tua (nyanyuk) dan mahu bermain denganku”
Umar al-Khattab radhiyallahu ‘anhu teruja dengan kejadian itu lalu berkata, “wahai sahabat, lihatlah perempuan ini. Beliau telah menunaikan hak bapanya ke atas dirinya”
Perempuan itu membalas, “tidak ya Amir al-Mu’minin. Aku belum menunaikan hak bapaku ke atas diriku. Semasa dia menjagaku ketika aku kecil, dia mendoakan panjang umurku. Tetapi semasa aku menjaganya ketika dia tua. Aku tertanya-tanya bilakah orang tua ini akan mati!”
Binasalah si anak yang lupakan peringatan ini!

08-02-2009, 10:37 AM
JIKA
Tuhan menurunkan hidayah, segeralah insaf dan bertaubat tetapi apa
caranya jika orang tua sudah meninggal dunia sedangkan ketika hidupnya
kita menderhaka dan melawan mereka?
Apabila insaf, selalulah menziarahi pusara ibu bapa dan bacakan ayat suci untuknya. Jumpa kembali kawan baik ibu bapa atau jiran yang masih ada dan berbuat baik kepada mereka.
Sedekahkan kepada masjid atas nama ibu bapa. Walaupun ibu bapa sudah meninggal, minta maaf berkali-kali semoga mereka berdua reda dan Allah mengampunkan dosa.
Allah Maha Pengampun dan luas rahmat-Nya tetapi jangan pula mengambil kesempatan untuk berbuat jahat, kemudian baru hendak bertaubat. Hidup tidak tenteram atau bala akan diterima.
Cuba kita perhatikan kemalangan yang berlaku setiap hari. Contohnya, tayar kereta pecah, jangan lihat dengan mata kasar, tetapi cuba selidiki kesalahan yang kita lakukan hari ini.
Pertama, bagaimana hubungan kita dengan Tuhan? Jika semuanya baik, turun ke peringkat kedua, bagaimana pula hubungan kita dengan ibu bapa?
Seboleh-bolehnya pastikan hubungan kita dengan ibu bapa sentiasa harmoni dan lancar. Tidak rugi menjalin hubungan baik kerana hayat mereka bukanlah terlalu panjang untuk bersama kita.
Lazimnya dalam hubungan ini, ibu yang dilebihkan se dangkan bapa menjeruk perasaan kerana tidak dipedulikan anak.
Hubungan dengan bapa sepatutnya sama dengan ibu tetapi dalam konteks Islam, kalau berlaku pertembungan, Nabi s.a.w meminta ibu didahulukan. Tiga kali ibu memanggil, barulah sekali kepada bapa.
Bagaimanapun, sebaik-baiknya kasih sayang dan perhatian biar sama agar kedua-duanya tidak berkecil hati.
Begitu juga dengan nenek, walaupun kata-katanya ada yang mengarut tetapi jangan melawan di depan mereka.
Sebenarnya golongan nyanyuk dan tua mencabar kesabaran kita. Walaupun Allah tidak mengambil kira kata-kata mereka, kita wajib mentaati dan menghormati golongan tua.
Mentua juga mesti dimuliakan seperti kita menghormati orang tua sendiri. Jika mereka berkecil hati, samalah seperti tersinggungnya hati ibu bapa kita.
Kita sayang anaknya, jadi mengapa tidak turut menyayangi orang yang melahirkannya?
Saya tahu, ada menantu berkecil hati dan memendam rasa terhadap mentua yang terlalu mengambil berat terhadap anaknya.
Bersabarlah dan jalin hubungan baik kerana taraf mereka sama seperti ibu bapa kandung.
Kewajipan anak lelaki, pertama kepada Allah, kedua kepada Rasul dan ketiga kepada ibu dan ibu mentua manakala keempat bapa dan bapa mentua. Kelima barulah isteri.
Jadi, isteri kena faham jika suami sayang dan melebihkan ibu bapa, kerana itu memang wajar.
Sebaliknya anak perempuan, yang pertama Allah, kedua Rasul dan ketiga suami. Jalan pintas ke syurga bagi anak selain Allah ialah ibu bapanya.
Perasaan mentua perlu dijunjung kerana mereka berhak ke atas menantu. Seperti kisah Nabi Allah Ibrahim dengan anaknya Nabi Ismail a.s.
Suatu hari Nabi Ibrahim ke rumah anaknya dan kebetulan Nabi Ismail tidak ada di rumah. Isterinya pun tidak mengenali mentuanya.
Menantunya berkasar, menyebabkan Nabi Ibrahim berkecil hati tetapi sebelum pulang Nabi Ibrahim berpesan kepada menantunya itu, meminta suaminya menukar alang rumah kepada yang baru.
Apabila Nabi Ismail pulang ke rumah, isterinya meng gambarkan rupa lelaki berkenaan yang menyampaikan pe sanan. Nabi Ismail sedar, itu adalah bapanya.
Nabi Ismail insaf di sebalik simbolik kata-kata bapanya bahawa isterinya bukan daripada kalangan wanita yang berakhlak, lalu diceraikan.
Kemudian Nabi Ismail berkahwin kali kedua dan bapanya masih tidak mengenali menantu. Sekali lagi Nabi Ibrahim melawat dan menantunya melayan dengan bersopan santun walaupun tidak kenal siapa Baginda.
Nabi Ibrahim tertarik dan sebelum pulang, baginda ber pesan lagi, dengan mengatakan alang rumah anaknya sudah cukup baik dan jangan ditukar kepada yang lain.

08-02-2009, 10:48 AM
iklan syaitan...
http://www.youtube.com/watch?v=ywCjiUtx8hU
http://www.youtube.com/watch?v=ywCjiUtx8hU
Pistia
09-02-2009, 12:46 PM
Media
massa memainkan peranan penting. Apabila diteliti terlalu kurang filem
atau drama yang menayangkan cerita keluarga bahagia dan harmoni.
Walaupun pengakhir-nya, si anak atau ibu bapa sedar dan bertaubat tetapi
proses untuk kearah itu penuh perlakuan tidak sopan, tengking dan
herdik serta bermaki hamun.
Kata Tuan Ibrahim, "Kita boleh adakan cerita yang baik. Tidak mustahil seorang anak mengajak adik-adiknya berdoa untuk kesejahteraan ayah mereka. Cium tangan ayah sebaik pulang dan balik kerja, ajak sembahyang jemaah dan sebagainya. Pelikkah kalau ibu bapa praktikkan begitu?" soalnya.
Proses pendidikan yang tidak bermoral turut mempengaruhi. Bagaimana mahu melahirkan anak-anak berakhlak jika di sekolah para guru tidak bermoral? "Selalu saya tekankan, jika baran dan marah sekalipun, tolong jangan keluarkan perkataan-perkataan celupar seperti *****, bengap atau dungu kepada anak murid, kerana kata-kata guru seperti emak, sebahagian daripada doa," pesannya.
Sabda nabi saw, "Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukul."
"Jika dia bijak dan menang dalam sebarang pertandingan sekolah, ucapkan tahniah. Tidak salah kita cium atau peluk mereka sebagai tanda penghargaan. Kala umur mereka 14 hingga 21 tahun jadikan kawan. Tetapi selalunya usia beginilah ibu bapa mula renggangkan hubungan dan ini menyebabkan anak derhaka," ujarnya.
Beliau turut menjelaskan, anak-anak harus dilatih sembahyang jemaah bersama, latih cium tangan dan peluk penuh kasih dan sayang, maka mereka tidak akan tergamak menderhaka.
"Saya pernah tinjau, anak-anak yang lari daripada rumah, berpunca daripada rasa bosan. Belum sempat letak beg sekolah, ibu dah suruh macam-macam. Si anak rasa tertekan dan menyampah dengan persekitaran dan rumah tangga. Boleh disuruh tetapi berikan hak mereka di rumah. Yang penting dia balik ke rumah suka, dan pergi sekolah pun seronok.
"Mungkin ibu bapa punya alasan tidak rapat dengan anak-anak kerana sibuk. Kita boleh cuba cara lain, balik di tengah malam, anak-anak sudah tidur, pergi bilik dan cium dahinya. Hubungan rohani tetap subur, walaupun anak tidur tetapi jiwanya sentiasa hidup," katanya lagi.
Faktor makanan turut mengganggu jiwa anak-anak dan menjadi aktif tidak menentu. Dalam proses tumbesaran anak-anak, jenis dan mutu makanan sangat penting kerana ia menjadi darah daging.
Rasulullah pernah bersabda yang antara lain kisahnya, seo'rang budak bermain bola dan tertendang masuk ke dalam masjid. Dia masuk ke masjid dan bertembung dengan nabi, dan nabi pun menyebut anak subahat sebanyak tiga kali. Ayahnya runsing dan bertanya kenapa Rasulullah berkata begitu. Bila diperiksa rupanya faktor makanan yang dimakan oleh ayahnya mengganggu tumbesaran si anak. Ia membentuk darah daging dan air mani yang akhirnya membentuk si anak.
Makanan yang baik , pertama halal dan kedua bermutu. Duit halal atau haram turut mengkelaskan jenis makanan. Sebab itu, jika berpendapatan tetap salurkan sedekah atau membayar zakat kerana ia membersih harta. Daripada harta itulah, kita mendapatkan makanan yang akhirnya membentuk darah daging.

Tanggungjawab Anak Lelaki Kepada Kedua Ibu bapa Selepas Berkahwin
Salam Jumaat rakan-rakan blogger... Lama rasanya Queen tak menjengah ke
blog... Walau lama Queen tak menjengah masih ada gak rakan-rakan yang
sudi singgah dan komen di blog Queen ni. Terima kasih banyak-banyak
yer...
Walau masih bz dengan kerja-kerja di ofis arini Queen nak share dengan korang tentang TANGGUNGJAWAB ANAK LELAKI KEPADA KEDUA IBUBAPA SELEPAS BERKAHWIN.
Sesuai untuk pengetahuan kita semua baik lelaki, perempuan, suami dan
juga isteri. Bagi yang belum berkahwin jadikanlah ini panduan untuk
korang semua ye.
Entri kali ini bukan ditujukan kepada sesiapa ia adalah untuk peringatan
kita semua. Ingatlah bahawa kita juga akan ada anak lelaki. Kepada
isteri-isteri yang mungkin tidak mengingatkan suami mereka akan
tanggungjawab suami sebagai anak lelaki kelak isteri anak-anak kita juga
akan buat perkara yang sama.. Akhirnya kita sebagai ibubapa yang akan
melalui frasa yang sama seperti ibubapa suami kita lalui.
Hubungan dan tanggungjawab anak lelaki terhadap ibu bapanya tidak
akan terputus walaupun ia telah mendirikan rumahtangga. Lainlah halnya
bagi seorang wanita bagi mereka setelah bernikah segala aspek
kehidupannya haruslah dibawah jagaan dan perhatian suaminya.
Walaupun
ia berhajat ingin berkunjung ke rumah ibu bapanya sendiri si isteri
hendaklah terlebih dahulu meminta izin kepada suaminya. Jika kalian
yakin bahawa keperluan hidup keluarga terjamin dari segi tempat tinggal
dan makanan mereka, maka teruskanlah membantu kedua ibu bapa kalian
demi kebahagiaan kalian sendiri baik di dunia mahupun di akhirat.
Keinginan
isteri untuk bermewah-mewah sehingga mengabaikan tangungjawab kita
terhadap ibu bapa sendiri adalah merupakan perkara yang tidak terpuji.
Adalah lebih baik suami memberikan nasihat secara baik dan hikmah agar
ia memahami kedudukan yang sebenar menurut syarak. Maka tugas seorang
suami mendidik isteri menjadi wanita solehah dan tidak mengikut
kehendak nafsunya secara berlebih-lebihan.
Disini kami
kemukakan sebuah hadis yang agak panjang tentang sikap seorang anak
lelaki yang melarang bapanya mengambil sedikit hartanya yang terjadi
pada zaman Rasulullah SAW.
Diriwayatkan dari jabir Ibnu
Abdillah ia berkata bahawa seorang lelaki telah datang kepada
Rasulullah SAW lalu berkata: "Ya Rasulullah, sesungguhnya ayahku telah
mengambil hartaku".
Kemudian malaikat Jibril pun turun
kepada Rasulullah SAW dan berkata: "Allah Azza Wajalla menyampaikan
salam kepadamu. Apabila orang tua itu datang kepadamu maka tanyalah
kepadanya tentang sesuatu yang dikatakan dalam dirinya dan hanya di
dengar oleh telinga saja".
Tatkala orang tua itu datang,
Rasulullah SAW pun bertanya: "Mengapa anak lelakimu mengeluh tentang
sikapmu, dan apakah engkau ingin mengambil hartanya ?".
Orang
tua itu pun berkata: "Tanyalah kepada anak lelaki ku itu ya
Rasulullah, apakah aku menggunakannya bagi salah seorang ibu
saudaranya atau bagi diriku".
Rasulullah SAW berkata:
"Janganlah ceritakan hal ini kepada kami, beritahulah aku tentang
sesuatu yang engkau ucapkan dalam dirimu dan hanya didengar oleh kedua
telingamu". (sesuai dengan perintah malaikat Jibril tadi)
Orang
tua itu pun berkata: "Demi Allah, ya Rasulullah, Allah SWT selalu
menambah keyakinan kami terhadap diri baginda. Aku telah mengucapkan
sesuatu dalam diriku yang hanya didengar oleh kedua telingaku".
Rasulullah SAW bersabda: "Katakanlah agar saya dapat mendengarnya". Orang tua itu pun berkata:
"Ku beri engkau makan ketika masih bayi dan ku biayai engkau ketika dewasa.
Engkau minum dari rezeki yang kuberikan kepadamu.
Bila engkau sakit di waktu malam, aku tidak tidur dan gelisah semalaman kerana penyakitmu.
Seakan akulah yang terkena penyakit itu bukannya engkau sehingga akhirnya aku menangis.
Diriku takut jika engkau binasa.
Supaya engkau tahu bahawa maut memiliki waktu tertentu.
Tatkala engkau menjadi besar dan mencapai akhir usia, aku pun tidak mengharapkanmu.
Engkau balas aku dengan kekerasan dan kebengisan, seakan-akan engkaulah pemberi kenikmatan dan kurnia.
Jika
engkau tidak memelihara hak aku sebagai seorang bapa cukupah engkau
lakukan seperti yang dilakukan tetangga yang berdekatan.
Lalu engkau penuhi hak tetangga terhadapku dan tidak kikir kepadaku dengan harta yang bukan hartamu".
Ketika itu Rasulullah SAW memegang leher baju anak lelaki tersebut dan berkata: "Engkau dan hartamu milik ayahmu".
Dengan
hadis diatas maka lebih jelaslah bagi kita betapa penting
tanggungjawab anak lelaki terhadap kedua ibu bapa. Walaupun dia sudah
berkahwin dan mempunyai tanggungan isteri dan anak-anaknya tetapi
tanggungjawab kepada kedua ibu bapa tidak boleh diabaikan.
Sekiranya
ibu bapanya miskin tidak berharta, sebagai anak wajiblah membantu
kedua ibu bapanya dan tidak menjejaskan nafkahnya kepada ahli
keluarganya sendiri. Kerana keredaan Allah SWT bergantung kepada
keredaan ibu dan bapa.
Anak lelaki perlu sentiasa
bertanya khabar dan menziarahi kedua ibu bapanya terutama
sekiranya mereka telah tua dan uzur pula. Amalan ini penting kerana
kebahagiaan itu bukan terletak pada harta sahaja tetapi ianya terletak
di hati dan sanubari cinta dan kasih kepada mereka semata-mata kerana
mencari keredaan Allah SWT.
Isteri tidak boleh
menghalang atau menyekat perhubungan kasih sayang dan prihatin
suaminya kepada kedua ibu bapanya kerana hak anak tetapi wujud
walaupun dia sudah mempunyai keluarganya sendiri.
Isteri
harus menyayangi dan mengasihi ibu dan bapa mertuanya dan dia tidak
boleh hanya mementingkan ibu dan bapanya sahaja kerana anggaplah
bahawa ibu bapa suaminya adalah sama seperti ibu dan bapanya sendiri.
Oleh
itu seorang suami janganlah terlalu mengikut kehendak isterinya
sekiranya dia menghalang suaminya berbaik-baik dengan kedua ibu bapanya
sendiri hingga dia tergolong sebagai anak yang derhaka dan tidak
mendapat rahmat daripada Allah SWT, nauzubillahi minzalik.
Jadikanlah ia pengajaran untuk kita semua. Tanggungjawab anak lelaki
bukan perlu dijalankan seminggu sekali akan tetapi SENTIASA.... Maka
kita sebagai isteri dan suami sendiri kenalah peka akan hal ini. Zaman
sekarang ni hal-hal menjaga kedua ibubapa kebanyakkannya diletakkan ke
atas anak perempuan sedangkan mengikut hukum anak perempuan hak mereka
selepas berkahwin adalah di bawah hak suami... Waallahualam...
p/s: Ada sesiapa yang makan cili harap maaf yer..... (^___^) sekadar
untuk mengingatkan di manakah anda sebagai anak lelaki dan anak
perempuan. Mana yang lebih berhak dan wajib. Fikir-fikirkan dan
renung-renungkan.. Selamat beramal!
IBU BAPA ADALAH SAHAM
KITA.
Bismillahirahmanirrahim..Assalamualaikum wbt.
Segala puji bagi Tuhan pencipta alam. salam dan selawat ke atas
junjungan Nabi Muhammad saw.
Moga sentiasa dalam rahmat dan lindungan dari-Nya.
Alhamdulillah, masih dapat teruskan puasa di bulan Ramadhan di hari yang
ke 25. Moga Allah berikan kekuatan untuk menjadi hamba yang bertaqwa.
Moga-moga momentum Ramadhan masih berterusan untuk di akhir-akhir
ramadhan utk bertemu Lailatul Qadar. Aamin.
Kadang-kadang hubungan kite lebih baik dengan sahabat, kawan-kawan,
orang lain daripada kedua ibu bapa dan adik beradik sendiri. Kite lebih
sanggup berkorban, menghargai dan menjaga hati orang-orang yang ada
disekeliling kite berbanding menghargai ibu bapa yang dah lahirkan dan
menjaga kite dengan kasih sayang sewaktu kite kecil sebesar tapak
tangan.
Kite lebih cepat menyalami orang lain apabila bertemu daripada menyalami
tangan kedua ibu bapa kite yang dah bergadai nyawa dan tenaga untuk
membesarkan kite. Kite lebih mudah melupakan jasa mereka yang telah
berdoa siang dan malam untuk pastikan kite berjaya dunia akhirat
daripada jasa mereka yg baru kenal kite setelah kite besar dan yang
belum tentu mendoakan kebaikan untuk kite.
Ibu bapa.
Mereka menerima kite semasa kite tidak punya apa-apa. Bermula daripada
peringkat bayi. Bersih tiada dosa. Mereka menerima kite apabila tiada
siapa yang percaya pade kite. Mereka berikan ape saja keperluan sewaktu
tiada siapa yang ingin berikan kerana mereka tahu, kite adalah amanah
dari-Nya. Kite tanggungjawab mereka. Dosa kite mereka tanggung. Mereka
didik, jaga sehingga kamu baligh dan kamu mula menanggung dosa sendiri,
mencipta dunia penuh pahala atau dosa sendiri.
Ibu bapa.
Allah berikan keadaan ibu bapa kite dalam bermacam-macam keadaan. Ada
yang tidak mengetahui mengenai agama, ada yang fasih dalam hukum agama
dan sebagainya. Ada ibu bapa yang tidak mampu berikan ilmu akhirat
kepada anak. Tapi, itu tidak bermakna kite tidak perlu hormat dan
menghargai mereka sampai bila-bila. Ada ibu bapa yang tidak mampu untuk
berikan segalanya keinginan kita. Tapi, itu tidak menandakan kite tidak
perlu memenuhi keperluan mereka, kite boleh mengabaikan mereka, kite
tidak mengendahkan mereka. Lupakah kite, mereka bersengkang mata menjaga
tatkala kita menangis dan sakit di malam hari?. Lupekah kita yang
mereka sentiasa risau akan kite semasa kite berjauhan daripada mereka?.
Kite lupe?.
Kite lebih mudah percaya, sayang, menghargai, sanggup berkorban demi
orang yang baru kite kenal semasa kite sudah besar, sudah memiliki
segalanya, kerja, wang sendiri, kereta sendiri, keluarga sendiri
daripada ibu bapa yang mengenali kite yang naif semasa kite kecil,
semasa kite tidak memiliki apa-apa. Mereka menerima kite seadanya.
Mereka Ibu Bapa kite, orang pertama yang menyayangi kite yang memeluk
kite, mencium kite, yang mengazankan kite.
Kite lupe akan jasa mereka setelah kite mengecapi nikmat Allah yang
sementara ini? Kite lupe semua bakti mereka setelah kite perolehi
kejayaan yang Allah berikan sekejap cume ini?. Kite lupe kasih sayang
mereka setelah kite perolehi kasih sayang dan cinta yang menerima kite
setelah kite miliki segala-galanya?. Kite lupe membalas jasa dan bakti
setelah kite dapat berdiri sendiri yang sebelum ini ditatih dan dipimpin
oleh mereka untuk mula-mula berjalan? Kite lupe? KAMU LUPA??.
Kite mendabik dada, mengatakan semua kejayaan yang kite miliki sekarang,
kesenangan sekarang hasil usaha sendiri, tiada kaitan dengan mereka
yang sudah tua, yang hanya ada pencen sahaja. Mereka tiada hak ke atas
diri kamu sekarang. Kamu lupa, yang redha Allah itu terletak di atas
redha kedua ibu bapa. Ibu bapa yang kamu abaikan sekarang. Seburuk-buruk
mereka, seteruk-teruk mana didikan, sekurang-kurang yang keperluan kamu
yang mereka sediakan, kamu Wajib taati ibu bapa. Kite wajib menjaga
mereka sehingga akhiranya. Kite wajib mengingati jasa mereka, wajib
menyantuni mereka, wajib mengasihi mereka. Kerana mereka adalah saham
akhirat buat kita. Kite salahkan mereka kerana tidak menyiapkan
keinginan kite sebaiknya, tidak memberikan ilmu dengan sebaiknya. Jika
kite benar, pandai, mengapa kita tidak memberikan kepada mereka. Mengapa
salahkan mereka sedangkan kita sudah mendapat akal.
Kite, sudah berkahwin mahupun masih bujang..tidak menjadikan alasan
untuk tidak berbakti dan mentaati ibu bapa. Jika sudah berkahwin, sama
ada suami ataupun isteri masih ada tangunggjawab terhadap ibu bapa.
Suami, jangan halang isteri untuk mentaati dan membantu kedua ibu
bapanya. Jangan halang, jangan sekat. Ibu bapa mertua juga adalah ibu
bapa kamu buat suami. jangan pisahkan kasih sayang anak dengan ibu
bapanya. Bukankah anak yang solehah itu adalah yang mentaati dan
menyantuni kedua ibu bapa dan yang baik hubungannya dengan ibu bapa?
Kecuali jika kamu inginkan isteri yang teruk hubungannya dengan ibu bapa
yang tidak mempedulikan ibu bapa. Isteri, jangan halang, jangan sekat
hubungan suami dengan ibu bapanya. lelaki yang bergelar suami masih juga
ada tanggungjawab terhadap ibu bapanya terutama ibunya.
Rasulullah SAW dalam hadis yang diriwayatkan Saidatina Aisyah yang
bermaksud:“Aku pernah bertanya kepada Baginda, “Siapakah orang yang
paling berhak ke atas isteri?” Baginda menjawab: “Orang yang paling
berhak kepada isteri ialah suaminya.” Kemudian aku bertanya lagi, “Dan
siapakah orang yang paling berhak ke atas suami?” Baginda menjawab:
“Orang yang paling berhak ke atas seorang suami ialah ibu kandungnya.”
(Hadis riwayat Bazar dan al-Hakim)
Besar pengorbanan ibu, besar pengorbanan bapa dan besar pengorbanan anak
jika sentiasa mendoakan dan mentaati kedua ibu bapa.
_____________________________________________________________________
Ramai sahabat-sahabat saya yang dah selamat melahirkan. Mereka dah
merasai ape yang ibu mereka rasai. Mengandung, berpantang, Sakit-sakit
badan, mual, berjaga malam dan sebagainya. Cuma masih belum merasai
keadaan anak yang sudah besar.
Ikutkan ade beberapa kali tengok pengalaman akak dan kawan yang
mengandung. Cume yang betul-betul beri kesan pada saya sendiri semasa
saya ke kursus induksi bulan Julai lepas. Saye dapat panggilan dari
seorang cikgu dari SK Padang Tengku, ingin tumpang utk pergi same-same
ke cameroon. Tak berani nak drive katenya. Saya sebenarnya baru
berkire-kire nak menumpang orang lain sebab tak berani jugak n kerete
rosak bulan sebelumnya. Akhirnya Allah berikan kekuatan utk bawa keta.
Time saye jemput dia di rumah, baru saye tahu yang die mengandung. Saye
kire-kire kandungannya baru 5-6 bulan sebab masih larat berjalan. Tapi
rupe-rupenya dah 8 bulan 31 Ogos ni due. MasyaAllah, semangat nak p
induksi sarat-sarat macam nih? Istighfar panjang dibuatnye. Tahun lepas,
dia dah dipanggil induksi tapi masa tu dia sedang mengandung 9 bulan
jadi utk tahun ni dia teruskan jugak.
Ada 1 malam, kebetulan saya bangun utk melaksanakan 'tugas' kepada Allah
dan selepas tu saye berkire-kire untuk melelapkan mata semula. Dalam
samar-samar dan pening-pening lalat untuk tidur saya dengar suara
"Aduh..Aduh..." n macam orang menangis. Ingatkan saya mimpi. Saya duduk
diperbaringan dan amati suara tu rupenya datang dari bilik sebelah n
terus saye berlari ke bilik sebelah sambil memanggil nama cikgu tu,
rupenya cikgu tu mengerang kejang kaki. Dia menangis sambil pegang kaki
yang tak dapat dicapai, terbatas dengan perutnya. Selepas diurut
kakinya, dia kembali tenang. Masih teresak-esak. Sayu hati. Menangis
urut kaki dia bayangkan itu kaki ibu saya. Dia ada menunjukkan perutnya
yang merekah. Selalu jugak die kejang kaki malam-malam dan kadang-kadang
dia kata dia hanya mampu nages dan tahan sakit. Dia jugak ada kate,
yang bile dah mengandung, agak susah nak jaga badan, badan makin besar,
badan sakit-sakit, kaki bengkak-bengkak, malam dah xcukup tidur dan
sebagainya.
Besarnya pengorbanan ibu. Tak patut langsung anak tak hargai pengorbanan
ibu. Tak patut. T_T Besarnya juga pahala ibu di sisi Allah. Sebab itu
syurga di tapak kaki ibu. Sebab itu Allah tinggikan darjat ibu. Sewaktu
melahirkan umpama 200+++ tulang yang dipatahkan utk mengeluarkan seorang
khalifah Allah daripada rahim yang suci. Dan meninggalnya seorang ibu
sewaktu melahirkan juga umpama mati dalam syahid. MasyaAllah..Sebab itu,
orang yang berhak ke atas lelaki walaupun sudah berkahwin adalah tetap
ibu kandungnya, kerana lelaki tidak akan pernah merasai kesakitan
seorang ibu yang melahirkan. Berbanding wanita yang menjadi isteri, akan
juga menjadi seorang ibu. Isteri yang akan menjadi syurga buat
anak-anaknya. Yang akan merasai ape yang ibu mereka rasai. Saham Isteri
adalah daripada suaminya.
Pengorbanan ibu bapa tidak dapat dihuraikan satu-persatu. Banyak dan
tidak bernilai jika digantikan dengan berlian sekalipun. Sedih buat
mereka yang mengabaikan perasaan ibu dan bapa.
Ya Allah Yang Maha Pemurah,
Berikan syurga kepada kedua ibu bapa kami.
Hindari daripada keburukan dan kejahatan.
Hindari daripada azab kubur dan api neraka.
Hapuskan dosa-dosa mereka.
Berikan rezeki yang baik lagi halal buat ibu bapa kami.
Jadikan kami anak-anak yang taati, soleh, solehah buat mereka.
Jadikan hati-hati kami sentiasa bertaut keranaMu.
Jadikan kami anak-anak yang redha atas keadaan ibu bapa kami.
Permudahkan kami untuk berbakti kepada kedua ibu bapa kami.
Lapangkan dada kami untuk redha dan sabar dengan kedua ibu bapa kami.
Jadikan kami anak-anak yang menjaga mereka semasa mereka susah.
Jadikan kami anak-anak yang sentiasa mendoakan kesejahteraan buat ibu
bapa kami.
Jadikan kami anak yang baik buat mereka.
Sayangi mereka sepertimana mereka mengasihi kami sewaktu kami kecil.
Aameen, aammen ya Robbal Alamin...
Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ
Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ
Tiada ulasan:
Catat Ulasan