HATI JADI MATI JIKA 40 HARI TIDAK MENUNTUT ILMU ISLAM DAN 3 HARI HATI JADI SAKIT...KERANA IA MAKANAN HATI...HEBAH2KAN GAN KAWAN2 BLOG NI..TK KERANA SERING MELAYARI BLOG INI. رَبِّيْ اشْرَحْ لِيْ صَدْرِيْ وَيَسِّرْ لِيْ أَمْرِيْ
Tuhanku (Allah) lapangkanlah dadaku dan permudahkanlah urusanku.. amin...سُبْحَانَ اللهِ، وَالْحَمْدُ للهِ وَلاَ اِلٰهَ اِلاَّ اللهُ وَاللهُ اَكْبَرُلاحول ولا قوّة إلاّ باللّه العظيم....
وَالـــــسَّلاَمُ عَلَيْكُـــمْ وَرَحْمَـــة ُاللهِ وَبَرَكَاتُـــهُ
Exco Dewan Pemuda PAS Pusat, Abdullah Karim dalam facebook menulis, Harussani adalah Penasihat Shariah ARB.
Menurutnya, ARB yang dimilki sepenuhnya oleh kerajaan Malaysia bukan sahaja mempunyai saham dalam syarikat arak, Carlsberg tetapi juga dalam Magnum.
"Rujuk Laporan Tahunan Magnum Corporation 2006. ARB miliki lebih 11 juta unit saham dalam syarikat judi Magnum Corporation Berhad," tulis Abdullah dalam facebooknya.
Abdullah adalah Naib Ketua Pemuda PAS Pahang. Beliau yang merupakan seorang peguam kini sedang bercuti panjang di London (gambar).
Selain meminta para mufti bersuara dalam hal ini, beliau juga mempersoalkan kenapa Perkasa yang dipimpin oleh Datuk Ibrahim Ali yang sentiasa mendakwa sebagai pejuang Islam dan Melayu mendiamkan diri. Menurut Abdullah, laporan tahunan 2009 Carlsberg Brewery, Perkeso yang terletak di bawah Kementerian Sumber Manusia mempunyai saham dalam syarikat itu iaitu sebanyak 2,155,700 unit.
Amanah Raya Berhad pula mempunyai saham sebanyak 585,300 unit saham dalam Carlesberg.
"Perkeso duduk di bawah Kementerian Sumber Manusia. ARB pula GLC di bawah Kementerian Kewangan dan menguruskan hal ehwal pesaka orang Islam. Kenapa Umno tak bising?" soal beliau.
Terima kasih kerana sering melayari blog ini.Moga sedikit sebanyak mendapat ilmu@info dan membuka minda.Lama sudah tak menulis sebab kesibukan tugas serta kesuntukan masa.Kali ini kita bincangkan perkara2 yang sering berlaku pada diri kita.Perkara2 ini semua dari hasutan syaitan...perkara pokoknya ialah sifat sombong.....cuma sombongnya tak begitu ketara malah boleh jadi terselindung langsung.Ia seolah bukan sombong tapi lain dari itu.Disitu letaknya bijaknya syaitan.Ia berlaku tak mengira keilmuan atau tahap agamanya,banyak ibadah atau peringkat umur mahu pun apa segala bentuk kebolehan mengelaknya kecuali orang yang ikhlas.
Apa yang maksudkan itu ialah...sifat degil dan tak mahu mengalah,ego memang sudah tentu begitu sombong dan bongkak.Sukar memaafkan,memikirkan diri sentiasa betul,mengadu domba,memikirkan banyak khidmat yang telah diberi,tidak memikir kebaikan orang hanya memikir kebaikan diri sendiri.Lupa budi orang dan sentiasa ingat budi sendiri.Ingat dan mengira jasa2nya dan lupa jasa2 orang lain.Menarik juga ingat jahat orang dan lupa jahat sendiri.Serta segala mak nenek yang sama waktu dengannya.
Harus juga diingat orang begini pandai menilai diri orang lain dan menilai dirinya orang baik dari orang yang dinilai.Memang susah hendak menghalang tipu daya syaitan.Lebih2 lagi beramal tidak berilmu,jarang hadir ke majlis ilmu ditambah tidak ikhlas hanya mengharap pahala dan fadilat2 semata2.
Yang sukarnya ialah kita terasa dizalimi dan betul lagi benar...sebenar mungkin orang telah memohon dan mengaku kesalahan...bumi mana tak ditimpa hujan.Tapi kerana sifat sombong dan dipengaruhi syaitan kita rasa tidak mahu memaafkan.Kita rasa biar Allah sahaja membalas kesalahan orang itu kepada kita.Cuma diingat adakah kita ini manusia jenis maksum tiada buat salah apa2.Inilah kebijaksana syaitan agar kita terus sombong dan terasa betul.Sombong ini berat menyebabkan tidak mencium bau syurga dari maksud hadis.Kesombongan syaitan juga menyebabkan ia masuk neraka dan kekal didalamnya.
Mungkin ini terjadi disebab kejahilan ilmu...banyak sifat terkeji dalam diri kita.Mungkin solat kita ada yang tak kena.Mungkin ikhlas dalam ibadah tiada dan jelas syaitan masih mampu mengoda kita.Itulah sifat riak atau ujub memang boleh merosakkan amalan kita.
Bagaimana hendak mengatasi...hendak merasa diri masih lagi tidak sebaik mana dari ibadah orang lain....atau amalkan perkara ini...iaitu 3 perkara kalau ingat kita lupa2kan...dan 3 perkara ini jika lupa kita ingat2kan..... 3 perkara kita lupa kita ingat2kan....
PETALING JAYA, 20 April: Calon Pakatan Rakyat bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Hulu Selangor, Datuk Zaid Ibrahim (gambar) berkata pemimpin Umno juga ramai mengambil alkohol sepertinya dahulu namun tidak berniat untuk mengaibkan mereka.
Beliau sewaktu wawancara eksklusif bersama Harakah dan Harakahdaily semalam memberitahu, isu itu sengaja ditimbulkan pemimpin Umno/BN setelah beliau menyertai Pakatan Rakyat kerana mahu menjatuhkan karier politiknya.
"Saya berterus terang, itu dulu, dalam Umno pun ramai menteri-menteri macam saya dulu, tapi tidak menjadi isu pada waktu itu.
"Peribadi saya, karektor saya, Islam saya dipersoal setelah saya bersama-sama Pakatan Rakyat,” katanya yang juga pernah menjawat Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Menurutnya, apa yang berlaku itu adalah sejarah lampau yang sudah lama ditinggalkannya yang berbeza dengan sesetengah pemimpin Umno lain yang masih tidak dapat meninggalkan tabiat buruk itu.
"Saya manusia, dalam lumrah hidup kita adalah salah silap, tapi yang pentingnya apakah saya insaf dan sedar.
"Itulah beza saya dengan menteri Umno, saya berterus terang bukan hipokrit," tambahnya lagi.
Mengenai serangan peribadi oleh Umno terhadapnya, beliau menyerahkan kepada pengundi Hulu Selangor untuk menilai sikapnya setelah membuat pengakuan jujur sebelum ini.
Berhubung tuduhan bahawa beliau kaki judi pula, Zaid berkata semua tohmahan yang dilemparkan Umno itu tidak betul, sebaliknya perkara itu dilakukan pemimpin Umno.
"Kaki judi ini sebenarnya langsung tidak betul, yang berjudi besar sebenarnya di kasino-kasino adalah menteri-menteri Umno, berjuta-juta ringgit, hutang tak bayar, tidak ada apa-apa tindakan terhadap mereka.
"Tapi saya tak nak sebut dan tak nak aibkan mereka," jelasnya.
Sewaktu bertanding sebagai calon Umno/BN pada PRU 2004 di Kelantan, katanya, PAS sebagai parti lawan pada waktu itu langsung tidak menyentuh isu peribadinya biarpun parti Islam itu tahu latar belakang dirinya.
Tetapi pemimpin Umno kini sangat terdesak dan sangat takut sehingga terpaksa menggunakan taktik jahat menyerang peribadinya.
"Inilah budaya politik Umno sebenarnya, politik manusia yang takut kuasa mereka hilang.
Apa dah jadi ni? Segalanya berlaku di saat akhir. Seramai sekampung pengundi dipindahkan dari Parlimen Hulu Selangor ke Parlimen Selayang. ianya satu rompakan besar besaran oleh BN melalui SPR bagi mengurangkan undi PKR.
Seramai 13488 pula dipindahkan pusat pengundian mereka yang boleh menyebabkan kekalutan dalam pilihanraya kecil ini. sini.
Dalam isu pemindahan dari parlimen Hulu Selangor ke Parlimen Selayang, SPR beralasan ianya baru disedari. Tidak jelas bila SPR menyedarinya.
Jika benar SPR baru menyedari keadaan ini, beerti SPR telah gagal dan lalai dalam melaksanakan tugasnya. Rompakan sekampung ini juga bererti akan menyebabkan kekalutan apatah lagi PKR mendakwa penduduk kampung tersebut adalah penyokong solid mereka.
SPR sepatutnya boleh menangguhkan tindakan tersebut kerana ia berkait dengan kesilapan mereka sendiri. Perubahan di saat berlakunya pilihanraya dilihat sebagai satu Konspirasi antara SPR dan BN dalam menjatuhkan Pakatan Rakyat khususnya PKR yang bertanding di situ.
Umum menyedari betapa MIC BN bertungkus lumus untuk memenangi parlimen tersebut kerana kemenangan PKR sessi lepas adalah kemenangan tipis. BN juga dalam usaha mengumpul 2/3 majoriti di Parlimen.
Pastinya BN tidak akan melepaskan apa sahaja peluang yang terhidang di hadapan mkereka sekalipun jelas tidak bermoral dan bermaruah. Soal maruah bukan perkara penting bagi Umno!
Usaha jahat yang dimainkan BN cukup lengkap dengan pakej apabila turut disertai oleh Pasukan keselamatan sebagaimana di dakwa Saifudin Nasution .
Keadaan ini jelas mematikan semangat demokrasi terutama di kalangan pakatan Rakyat. Patutlah dari awal lagi SPR telah membatalkkan pengiktirafan kepada MAFRELL sebagai pemantau bebas. Rupanya SPR dan BN telah mempunyai satu agenda terancang dalam memastikan kemenangan calon BN.
Keadaan ini menuntut petugas Pakatan Rakyat melipatgandakan usaha , tenaga dan perancangan tanpa merasa selesa kerana keadaan 2008 jelas jauh berubah dengan mainan jentera demokrasi dan keselamatan di pihak BN. * Tulisan di atas adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian Harakahdaily.net. Harakahdaily.net tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan berkenaan.
1.Seketika negara kita dihebohkan oleh satu keputusan kabinet untuk menubuhkan satu Jawatankuasa Antara Agama dimana ianya dipengerusikan bersama oleh Dr Koh Tsu Koon dan Hajjah Illani Isahak.
2. Objektif yang diberikan sebagai alasan penubuhan Jawatankuasa ini ialah untuk menjadikannya ia sebagai satu wadah yang boleh menyelesaikan apa jua permasaalah dan kekeliruan yang timbul antara agama dalam negara ini .
3. Turut dijelaskan bahawa Jawatankuasa ini tiada komitmen peraturan atau undang - undang yang mengikat melainkan ia hanya satu jawatankuasa yang berupa forum atau dialog untuk mencari titik penyelesaian antara agama .
4. Baru - baru ini pula kita saksikan bagaimana mufti - mufti membantah tindakan kabinet terhadap penubuhan jawatankuasa tersebut . Akhirnya kerajaan bercadang untuk memberi penjelasan kepada mufti - mufti kenapa jawatankuasa ini perlu ditubuhkan . Apa yang menarik , jelas kita lihat sikap UMNO yang seringkali membelakangkan mufti dalam mengambil keputusan terutama dalam perkara yang melibatkan kepentingan agama Islam dan ummatnya .
5. Pihak mufti telah mencadangkan agar nama Jawatankuasa ini ditukar kepada suatu nama yang lain agar ia tidak memberi maksud yang mengelirukan ekoran sebelum ini telah wujud satu pertubuhan yang hampir sama dengan jawatankuasa antara agama sekalipun mempunyai matlamat yang berbeza iaitu IFC .
6. IFC sebelum ini dengan segala tindakan dan tuntutan mereka telah menimbulkan rasa tidak selesa dari kalangan ummat Islam terutama berkait dengan isu murtad dan menyamaratakan agama . Kini Jawatankuasa antara agama ditubuhkan oleh pihak kabinet dan sedikit sebanyak ia menimbulkan kekeliruan dikalangan ummat Islam .
7. Asasnya saya bersetuju dengan cadangan pihak mufti agar nama jawatankuasa tersebut ditukar kepada satu nama lain yang lebih jelas membawa matlamat dan objektif yang mahu dicapai sebalik penubuhan jawatankuasa tersebut . Mungkin Majlis Dialog Antara Agama atau Majlis Dialog Peradaban dan sebagainya lebih mengelak kekeliruan yang timbul .
8. Saya dan rakan - rakan pemuda PAS yang lain tidak bermasaalah dengan sebarang dialog dan perbincangan silang budaya , silang agama dan peradaban dalam usaha mengatasi segala salah faham dan kekeliruan timbul serta menamatkan segala prasangka yang hanya meletakkan kedudukan penganut pelbagai agama dalam negara ini dalam keadaan tegang dan bermusuh .
9. Malah agama Islam sendiri menggalakkan penganutnya berbincang , berdialog dan elakkan permusuhan bahkan apa yang diajar ialah membina kesejahteraan , keadilan dan kedamaian khasnya dalam masyarakat majmuk disamping kesucian agama Islam terus diperlihara dan tidak dipersenda .
10. Segala kekeliruan dan rasa sengketa antara satu sama lain hanya dapat diatasi apabila semua pihak mengambil langkah penyelesaian dengan :
* tenang tanpa gopoh dalam tindakan , * tindakan berasaskan kebenaran hujjah , * saling hormat menghormati , * jauhkan diri dari sebarang provokasi , * berbincang dalam menyingkap kekeliruan .
Ustaz Nasrudin Hassan at Tantawi, Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat. * Tulisan di atas adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian Harakahdaily.net. Harakahdaily.net tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan berkenaan.
Selepas arak, Zaid dituduh 'kaki judi'
Aidila Razak Apr 20, 10 10:13am
Selepas berjaya menjawab pelbagai dakwaan berhubung beliau suatu ketika dahulu adalah peminum arak tegar, calon PKR pada pilihan raya kecil Hulu Selangor, Datuk Zaid Ibrahim kini berdepan satu lagi tohmahan - dia dikaitkan dengan judi.
Dakwaan itu didedahkan melalui blog yang mesra BN, Pisau.net yang berkata Zaid memiliki seekor kuda lumba yang dinamakan 'Kelantan'.
Ditanya wartawan selepas ceramahnya di Ampang Pecah malam semalam, Zaid tidak menafikan beliau adalah tuan punya kuda itu yang dimilikinya ketika bersama Umno.
"Kuda itu sangat berjaya dan saya amat berbangga dengannya...tetapi itu sebelum saya menyertai Pakatan,” jelas Zaid.
Bagaimanapun bekas menteri itu berkata memiliki kuda lumba tidak boleh disamakan dengan berjudi.
"I
tulah masalah dengan Umno. Mereka tidak membezakan antara judi dan sukan,” katanya.
Meskipun Zaid tidak bertaruh dalam perlumbaan kuda tetapi nilai kudanya bergantung kepada prestasinya dalam perlumbaan berkenaan dan kepopularannya di kalangan kaki judi.
Justeru, kemungkinan penafian yang dia tidak terbabit dengan judi tidak diterima sepenuhnya.
Zaid, bagaimanapun mengalu-alukan pendedahan itu yang disifatkannya sebagai “perubahaan dalam politik”.
Ditanya mengenai peletakkan jawatan Bendahari PKR Hulu Selangor, Dr Halili Rahmat, Zaid berkata beliau tidak gusar.
Menurutnya, Halili, yang berkempen untuk BN di Sungai Buaya malam semalam, memang telah dijangka berpaling tadah atas sebab peribadi dan bukannya prinsip.
Apapun kes dan tohmahan yang dilontarkan, Pakatan Rakyat mempunyai lima hari lagi memberi penjelasan sebelum pengundi Hulu Selangor membuat keputusan mereka pada Ahad ini.
PAS: Semua mantan PM kecuali Pak Lah minum arak
Jimadie Shah Othman Apr 20, 10 3:12pm
BN digesa menghentikan serangan peribadi terhadap calon Pakatan Rakyat Datuk Zaid Ibrahim - dengan terus mengaitkannya dengan isu minum arak - kerana perkara tersebut "melampau batas" dan menjadi budaya dalam Umno, parti terasnya sendiri.
Menyifatkan kempen sebegitu sebagai "tiada kelas", Setiausaha Agung PAS Mustafa Ali mendakwa, semua perdana menteri Malaysia - kecuali Tun Abdullah Ahmad Badawi - terlibat dengan pengambilan minuman beralkohol.
"Tak ada seorang pun daripada mereka itu yang tak pernah minum arak, kecuali (Abdullah) Badawi. Pak Lah saya akui, yang saya tahu, tak minum arak.
"Tetapi empat yang lain ini semua terlibat. Ada yang saya tengok dengan mata saya sendiri terlibat," katanya yang juga bekas pengarah pilihan raya pusat PAS.
B
ercakap dalam sidang media di pejabat agung parti itu di ibu negara tengah hari ini, Mustafa turut mendakwa, selain meminum arak, tiada pemimpin utama Umno yang bebas daripada tiga lagi "dosa", iaitu "rasuah, judi dan perempuan."
"Kadangkala empat (dosa) sekali gus ada pada seorang," katanya yang mengaku mengetahuinya kerana pernah berada dalam kerajaan ketika parti itu bergabung dalam BN sekitar tahun 70-an.
Bagaimanapun, Mustafa memberi jaminan, PAS tidak akan mengikut rentak parti lawan dengan mengambil pendekatan yang sama kerana strategi tersebut "orang PAS tidak pernah buat".
"Tidak, tidak, tidak. Maknanya nak beri tahu, kalau PAS nak main isu ini, dah lama dulu PAS boleh main. Tetapi PAS tak buat, kita jaga etika.
"Tetapi saya nak bagi tahu, kamu (Umno) main isu Zaid ini, kalau kita (PAS) hendak main, kita boleh sebut.
"Ini apa yang kamu buat dulu, sekarang pun kamu masih terus (terlibat)," katanya ketika disoal sama ada PAS akan mengikut rentak yang sama dengan Umno selepas ini.
Ditanya sama ada PAS mahu menjadikan isu tersebut sebagai "peluru terakhir" dalam pilihan raya kecil Hulu Selangor kali ini, Mustafa sambil ketawa berkata:
"Tengoklah kalau (mereka) agak (sombong) sangat."
Katanya, isu melibatkan peribadi silam Zaid sengaja dimainkan Umno kerana parti itu tidak mempunyai sebarang lagi itu untuk "memukul" Zaid.
Mustafa juga berkata, selain Zaid, dua lagi pemimpin Pakatan yang sering menjadi mangsa serangan peribadi kali ini, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim sendiri.
"The Ibrahim brothers (adik-beradik Ibrahim)," guraunya lagi.
DAP cabar Umno buat pengakuan tak minum arak
Apr 20, 10 6:53pm
Pemimpin veteran pembangkang, Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur) mencabar Umno dan menteri-menteri kabinet beragama Islam untuk tampil membuat pengakuan bahawa mereka tidak pernah meminum alkohol, khususnya semasa muda.
Sasaran utama Lim adalah Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak.
Lim membuat cabaran itu ketika membahaskan rang undang-undang Akta Pemberi Maklumat.
Dakwanya, jika minum alkohol dijadikan kayu pengukur bagi memilih menteri-menteri BN, ramai pemimpin berkenaan akan tersingkir.
"Jika minum pada zaman lalu menghalang seseorang daripada memegang jawatan, kita akan kehilangan separuh daripada jemaah menteri, termasuk duta besar Malaysia ke Amerika Syarikat,” kata Lim.
Pemimpin veteran DAP itu juga membidas tindakan BN yang menyerang peribadi Datuk Zaid Ibrahim yang disifatkannya sebagai terdesak dan tidak mempunyai kelas.
"Biarlah kita tingkatkan standard politik dan pilihan raya di negara ini kerana ia gelanggang bagi berkhidmat kepada rakyat dan negara. Kita tidak patut mengheret serangan peribadi dan mengaibkan pemimpin dengan cara sedemikian,” katanya.
"Sebagai contoh, Lim berkata DAP telah mengarahkan kepada ahlinya supaya tidak menyentuh atau bercakap mengenai rakaman video Chua Soi Lek,” kata Lim lagi.
Hisham: Gambar minum arak, bogel - semua fitnah
Apr 20, 10 3:33pm
Gambar bertindih (superimpose) Menteri dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein dan keluarganya yang tersebar di internet disifatkannya sebagai permainan kotor yang biasa berlaku dalam arena politik.
Hishammuddin berkata beliau menyedari gambar-gambar tersebut sudah berada di blog-blog lebih lapan tahun yang lalu namun sejak akhir-akhir ini, isu tersebut seakan-seakan sengaja dimainkan dan dibangkitkan semula.
"Ini semua fitnah, selama ini saya malas melayan perkara sebegini dalam internet, jika mereka mahu terus-terusan memfitnah, terserah, kerana sedikit pun tidak akan menggugat keselamatan negara.
"Tetapi yang menjadi persoalan sekarang, mengapa mereka menggelabah dan melatah dalam konteks tuduhan yang dibuat terhadap pemimpin dan calon mereka di Hulu Selangor serta mengapa baru sekarang gambar ini dibangkitkan selepas lapan tahun," katanya.
Beliau berkata antara gambar yang tersebar termasuklah gambar seorang wanita berbogel yang didakwa sebagai anak beliau sedangkan beliau langsung tidak mengenali wanita itu.
Tambah menyedihkan, katanya, apabila isterinya turut menjadi mangsa apabila gambarnya ditindih dengan tangan seakan-akan makhluk asing selain gambar yang mendakwa Hishammuddin kaki botol dan kaki perempuan.
Dalam pada itu, beliau berkata pihaknya akan memastikan anggota polis ditempatkan di kawasan Parlimen Hulu Selangor mencukupi bagi mengawal keadaan terutamanya pada hari pengundian 27 April depan.
Bagaimanapun, beliau menjangkakan keadaan di Hulu Selangor terkawal sepanjang tempoh pilihan raya dan tidak sepanas berbanding pilihan raya kecil tempat lain sebelum ini.
"Contohnya pada hari penamaan calon, kalau hendak bandingkan dengan Ijok dan yang lain, jauh berbeza dan terkawal malah insiden yang dilaporkan hingga sekarang, tidak serius," katanya.- Bernama.
Dr M: Dalam cinta, perang, p'raya semua adil
Regina Lee Apr 20, 10 5:42pm
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata tuduhan terhadap calon PKR bagi pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Hulu Selangor, Datuk Zaid Ibrahim yang didakwa minum arak, adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan.
"Orang kata dalam Bahasa Inggeris all is fair in love and war and in election," katanya.
Beliau merujuk kepada kempen memburuk-burukkan pihak lawan dalam pilihan raya kecil Hulu Selangor di mana calon PKR Datuk Zaid Ibrahim menjadi mangsa pemalsuan gambar oleh beberapa blog mesra BN.
Dr Mahathir - veteran dalam kempen pilihan raya sejak pertama kali menjadi ahli parlimen pada tahun 1964 - berkata, beliau sendiri pernah menjadi mangsa taktik sebegitu.
"Saya dulu pun kena macam-macam. Dulu, ada orang kata saya ada isteri Cina di Singapura. Itulah politik. Orang yang dengar itu, patutlah buat penilaian sendiri," katanya berseloroh."Ditanya sama ada taktik sebegitu boleh memberikan undi kepada BN, beliau berkata, perkara itu masih sukar untuk diduga.
"Mungkin, mungkin tidak. Terpulang kepada pengundi untuk menilainya," katanya ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan ucapan kepada guru agama dan ahli sebuah NGO Islam di Masjid Wilayah Persekutuan hari ini.
Dakwaan kaki arak, judi - Zaid tak saman
Aidila Razak Apr 20, 10 5:26pm
Meskipun diserang dengan pelbagai tohmahan dan dakyah daripada bloger pro-Barisan Nasional bagi mencemarkan imejnya, calon PKR, Datuk Zaid Ibrahim berkata dia tidak akan mengambil tindakan undang-undang.
Ini kerana katanya, tindakan menyaman itu akan menyekat kebebasan bersuara di negara ini.
“Anda tidak boleh mendakwa mereka yang membuat posting di blog mereka. Apa dakwaan yang boleh dikenakan ke atas mereka.
"Jika anda mula menyaman, anda tidak akan mempunyai masa untuk membuat perkara lain dalam hidup anda,” katanya dalam nada
bergurau pada sidang medianya di Kuala Kubu Baru, hari ini.
Zaid juga menafikan dakwaan dia seorang kaki judi dan menyamakan pemilikan kuda lumbanya seperti memiliki ayam sabung.'Raja Melayu juga ada kuda'
Katanya, ramai juga Raja-raja Melayu mempunyai kuda sambil menegaskan ia sejenis sukan.
"Kaki judi sebenarnya di Umno. Mereka pergi kasino. Anda boleh semak dengan kasino di seluruh dunia, anda tidak akan jumpa nama saya tetapi nama lain. Saya tidak akan dedahkan nama mereka,” kata Zaid yang mahu wartawan beralih kepada soalan lain.
Diminta mengulas pengunduran dua calon bebas, Zaid berkata ia tidak membawa sebarang perubahaan ketara.
"Pertarungan sebenar adalah PKR dan Umno. Ia pertarungan sengit, jika dengan MIC, ia akan cukup mudah,” katanya lagi.
Apa? Di rumah Zaid ada bar?
Masrum Dayat Apr 18, 10 9:05pm
orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebahagian prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain.
"Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang." (49:12)
“Seorang Muslim itu saudara bagi Muslim yang lain. Dia tidak menganiayanya dan tidak pula membiarkan dia teraniaya. Siapa yang menolong keperluan saudaranya maka Allah akan menolong keperluannya pula.
"Siapa yang menghilangkan kesusahan seorang Muslim, Allah akan menghilangkan kesusahannya di hari kiamat. Dan siapa yang menutup keaiban seorang Muslim, maka Allah SWT akan menutup keaibannya di hari akhirat." (HR Bukhari)
Saya hairan bagaimana ada yang tergamak bertanyakan Tuan Guru Hj Hadi Awang, Presiden PAS, dan beberapa pemimpin PAS yang lain, mengenai tohmahan yang dilemparkan terhadap Zaid dalam laman web atau blog.
Zaid ditohmah sebagai pewain atau peminum arak tegar dulu kini dan selamanya. Bukan itu sahaja laman web dan blog tersebut turut mempamerkan gambar-gambar “super-imposed” (gambar yang telah ditokok tambah supaya kelihatan real).
Itu kerja-kerja jahat yang keterlaluan!
Zaid dan keluarganya juga ditohmah apabila dikatakan di rumah beliau sendiri terdapat bar (ruang khusus di mana arak di sediakan).
Tidak cukup dengan tohmahan tersebut, arak dikatakan menjadi hidangan sarapan pagi, tengah hari dan makan malam.
Arak ibarat air jus mangga yang dihirup senaknya, tohmah laman web dan blog berkenaan.
Saya sering berpeluang ke rumah Zaid di Tropicana Golf & Country Resort. Orang putih kata seeing is believing.
Setahu saya di rumah beliau juga sering diadakan sidang akhbar yang dihadiri oleh pemberita dari pelbagai akhbar termasuklah Selangorkini, Harakah dsb. Tidak kelihatan bar atau minuman keras di rumah beliau.
Sedangkan menghisap rokok di rumahnya pun isteri Zaid, Datin Suliana, tidak benarkan, apatah lagi menghidangkan arak siap dengan barnya sekali!
Tentulah tohmahan semacam itu merupakan serangan yang biadab dan amat keterlaluan.
Setahu saya Allahyarham ayah Zaid merupakan seorang pendukung kuat PAS Kota Baharu semasa hayatnya. Zaid sendiri merupakan anak lelaki yang sering mengiringi Almarhum ayahnya ke ceramah-ceramah PAS.
Hubungan dan aroma PAS sudah tersemat dalam jiwanya semenjak beliau kecil lagi.
Zaid dan isterinya juga telah beberapa kali mengerjakan umrah sebelum berpeluang mengerjakan ibadah haji pada tahun lepas (2009).
Pada saya, tidak mungkin Zaid sanggup berbelanja ribuan ringgit untuk mengerjakan ibadah umrah dan haji kalau di dalam hati sanubarinya sarat dengan “penentangan terhadap hukum-hukum Allah” dan tiada sifat mahu mengabdikan diri kepada Allah.
Apakah menunaikan fardu haji dan berbuat kebajikan kepada lebih 5000 orang kurang upaya yang berdaftar dengan Yayasan beliau di Kelantan itu bukan manifestasi ketaatan kepada Allah Rabul Jalil?
Siapa dia Zaid
Hishamuddin Rais Apr 19, 10 1:10pm
Ini cerita lama. Tapi baik juga untuk dibuka kembali agar kita semua dapat tahu apa yang berlaku puluhan tahun dahulu.
Cerita-cerita ini kalau baik kita jadikan tauladan. Kalau tidak molek dapat kita jadikan sempadan. Kalau tidak pun kita baca untuk ketawa.
Ceritanya bagini:
Saya ingat lagi pada tahun 1972 - ketika itu saya anak mahasiswa yang mengulang tahun satu di Universiti Malaya. Saya telah aktif dalam perjuangan gerakan mahasiswa sejak dari awal tahun pertama lagi.
Pada tahun itu, ketika Kongres Tahunan Persatuan Kebangsaan Pelajar-Pelajar Malaysia (PKPM ), saya telah dilantik untuk menjadi setiausaha agung.
Badan yang bernama PKPM ini telah diharamkan pada tahun 1974 - sesudah demo pelajar menyokong warga Baling.
Ketika saya dilantik sebagai setiausaha agung PKPM – perang Vietnam sedang rancak. Kuasa imperial Amerika sedang melancarkan perang kolonial ke atas Vietnam, Laos dan Kamboja – sama seperti yang sedang berlaku di Iraq dan Afghanistan hari ini.
Justeru dalam Kongres PKPM tahun 1972 itu ada terdapat resolusi yang mengutuk imperialis Amerika Syarikat dan menyokong perjuangan menuntut keadilan oleh rakyat Indo China.
Ketetapan yang dibuat dalam kongres akan menjadi dasar persatuan sehingga ke kongres tahun hadapan.
Pada zaman itu gerakan mahasiswa cukup rancak.
Saya adalah seorang ahli kelab sosialis yang aktif. Justeru pandangan politik saya adalah kiri. Buku dan akhbar yang saya baca adalah kiri. Negara dan pemimpin negara yang saya hormati adalah dari jalur kiri.
Berdasarkan resolusi PKPM yang anti-Amerika, saya telah memasang poster-poster anti-perang Vietnam yang kami terima dari International Union of Students yang berpangkalan di Prague.
Rupa-rupanya ada juga kumpulan mahasiswa, terutama dari PMUKM yang yang tidak bersetuju dengan pemasangan poster ini. Lalu saya dikritik sebagai setiausaha agung PKPM yang tidak bertanggungjawab.
Sebenarnya isu poster anti-perang Vietnam ini hanya alasan. Kritikan ini datang dari pelajar reaksionari bermazhab kanan.
Akhirnya satu persidangan tergempar telah diadakan. Persidangan ini diadakan di Dewan Majlis Persatuan Universiti Malaya. Saya ingat lagi petang itu – delegasi dari PMUKM, dari Serdang College, dari Institut Teknologi Kebangsaan, KSITM dan tuan rumah PMUM turut hadir.
Saya dapat merasakan seolah-olah telah ada persetujuan untuk menyingkirkan saya dari PKPM.
Idris Jusi, dari PMUKM mula bercakap membuka kes tentang saya yang dikatakan tidak mengikut dasar PKPM dan dilihat pro-komunis. Dari KSITM, presidennya Zahari tidak pula bercakap. Yang banyak bercakap ialah Ibrahim Ali.
Pandangan-pandangan kanan dan reaskioner bertaburan pada petang itu.
Sebelum keputusan dibuat untuk menyingkirkan saya dari PKPM, tiba-tiba seorang wakil delegasi dari KSITM mengangkat tangan untuk berucap.
Saya masih ingat lagi anak muda itu. Dia kurus lansing dan kacak. Berkulit sawo matang. Anak muda ini memakai seluar hitam dan berbaju biru.
Mustahil saya akan melupakan susuk ini. Sampai akhir hayat saya ingat apa yang berlaku pada petang itu. Tidak mungkin saya akan lupa kerana pada petang itu saya sedang disalib.
Masih terngiang di telinga saya hingga ke hari ini apa yang dikatakan oleh anak muda itu:
“Sebelum dia dibuang, dia berhak untuk diberi peluang bersuara. Ini adalah cita-cita demokrasi pelajar… dan ini adalah hak dia.”
Saya terperanjat kerana tidak ada sesiapa dari persatuan lain yang menyokong saya kecuali PMUM.
Saya terperanjat kerana anak muda ini berani 'pecah regu' untuk menyokong saya. Saya kagum atas keberaniannya.
Saya tidak kenal anak muda ini. Tapi saya tahu anak muda ini datang dari KSITM – satu persatuan pelajar yang saya anggap reaksionari.
Bila saya selidiki baru saya sedari anak muda ini ialah Zaid Ibrahim – pelajar jurusan undang-undang Institut Teknologi Mara. Saya juga difahamkan si Zaid ini datang dari Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR) seteru kuat sekolah saya, MCKK.
Semenjak petang itu saya tidak bertemu dengan Zaid Ibrahim. Kami meneruskan keyakinan diri.
Saya difahamkan Zaid telah menjadi seorang peguam yang berjaya. Saya terus menjadi diri saya.
Lima tahun dahulu seorang kawan dari MCKK mengajak saya untuk menjadi ahli Civil Society of Malaysia.
Ini badan hak asasi manusia yang cuba diwujudkan oleh Zaid Ibrahim. Cuma ada 'catch' - sesiapa yang ingin menjadi ahli wajib membayar RM250.
Jumlah ini agak berat untuk saya - lalu saya menolak jemputan ini.
Seminggu sebelum NGO ini berkumpul dan bersidang, saya telah mendapat panggilan telefon mengatakan bahawa RM250 telah dibayar oleh Zaid Ibrahim.
Saya hairan kerana seumur hidup saya – saya belum pernah bercakap sepatah pun dengan susuk ini. Dari panggilan telefon - saya telah diberi kebenaran untuk datang ke persidangan pertama Civil Society ini di Hotel Renaisance.
Inilah kali kedua saya melihat Zaid Ibrahim. Kali kedua ini agak berbeza. Anak muda kurus yang berbaju biru dan berseluar hitam dahulu telah agak bersisi.
Rambutnya telah dicantikan oleh anyaman uban. Baju dan pantalon yang dipakainya kelihatan dari jenis yang baik dan bermutu. Nah! Pastilah dia telah berjaya hinggakan sanggup membayar yuran untuk orang yang tidak dikenalinya.
Dua hari sebelum nama Zaid Ibrahim dimahsyurkan sebagai calon di Hulu Selangor, saya telah pergi menemuinya.
Rumah kediaman si Zaid ini bukanlah sama seperti bilik sewa tempat saya menginap. Ini kawasan lumayan yang hanya 30 minit dari Serendah Hulu Selangor.
Mata saya memerhati dengan rapi untuk mengetahui lebih dalam lagi manusia yang bernama Zaid Ibrahim ini.
Rumahnya tidak mengancam tapi pastilah lebih luas dari bilik sewa saya. Dalaman tidak lucah dan bukan bermotifkan budaya 'arriviste – horray henry' yang sering kita temui di wilayah-wilayah mewah.
Tujuan saya datang kerana ingin bertanya apakah dia masih ingat lagi apa yang terjadi di Dewan Majlis PMUM 38 tahun dahulu.
Zaid termenung sebentar sebelum mengakui yang dia pernah datang ke PMUM untuk bermesyurat. Tetapi tidak ingat apa tujuan dia hadir. Malah dia juga tidak ingat bahawa pada petang itu yang disalib ialah saya.
Saya tidak merasa kecewa kerana si Zaid tidak mengingati episod itu.
Inilah perjalanan hidup kita sebagai manusia . Terpencar pencar - ada yang kita ingati dan ada yang kita lupakan.
Untuk kita – perkara yang ini mungkin penting dan untuk orang lain perkara yang sama adalah 'non event – tidak ada apa apa yang penting'.
Kenapa saya menulis kisah ini? Saya menulis kerana susuk yang bernama Zaid Ibrahim ini sedang berkempen untuk memenangi kerusi di Parlimen.
Saya menulis ini kerana saya yakin bahawa manusia yang bernama Zaid Ibrahim ini adalah manusia demokrat.
Tiga puluh lapan tahun dahulu – ketika kami masih lagi anak pelajar - si Zaid ini telah memperlihatkan sifat jujur dan demokratnya.
Pada petang itu – 38 tahun dahulu - si Zaid telah tidak terpengaruh dengan tohmah anti-komunis, anti-kiri dan anti-sosialis.
Sifat demokratiknya telah tertanam dalam sebelum dia meletakan jawatan sebagai menteri kabinet kerana menentang ISA. Susuk yang bernama Zaid Ibrahim dapat melihat salah dan benar.
Jika saya warga Hulu Selangor saya merasa senang hati untuk menobatkan Zaid Ibrahim sebagai wakil suara saya di Parlimen.
PAS berkongsi kebimbangan rakyat di atas kenyataan Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd Sidek Hassan bahawa perbuatan rasuah dalam perkhidmatan awam berpotensi untuk menyumbang kerugian bernilai RM 10 bilion setahun.
10 billion setahun mampu menghasilkan 400 buah sekolah baru yang bernilai 25 juta sebuah atau membantu 333,333 pelajar untuk melanjutkan pelajar ke universiti jika dijadikan biasiswa.
10 bilion ini juga mampu dijadikan modal untuk membina jalanraya sepanjang 1000 kilometer dari Selatan hingga ke Utara tanahair. 10 bilion ini juga mencukupi untuk membina 10 lagi jambatan Pulau Pinang. Banyak yang boleh dibelanjakan dengan 10 bilion ini.
Jika pegawai perkhidmatan awam juga korup, bagaimanakah rakyat ingin mempercayai sistem pentadbiran negara kini. PAS berharap Program Transformasi Kerajaan (GTP) yang dilaung-laungkan mampu membasmi masalah ini.
Namun disebalik usaha murni itu, timbul tanda tanya kalangan rakyat. Bagaimana jika Menteri dan Timbalannya rasuah atau menyalah gunakan kuasa mereka dengan mengkambing hitamkan kakitangan awam untuk meluluskan projek demi kroni-kroni mereka?
Adakah SPRM dan program GTP ini mampu untuk menyelongkar jenayah ini atau sekadar membiarkan kambing hitam dibuat ‘gulai’ bagi mengaburi mata rakyat. Kita tidak lupa dengan skandal PKFZ yang akhirnya siasatan ke atas Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat ditutup begitu sahaja dengan alasan tiada bukti.
PAS mempersoalkan prosedur dan ketelusan SPRM dalam membuat siasatan termasuk juga laporan rasuah Mahathir, Pak Lah, Najib, Rafidah dan ramai lagi yang pernah diberikan oleh Ezam Mohd Noor ketika beliau bersama Gerak satu ketika dahulu. Ke mana laporan-laporan itu dibawa. Adakah laporan dan fail berkotak-kotak itu sudah dicampak ke laut selepas Ezam kembali pada Umno.
Apakah program GTP ini juga mempunyai pelan untuk menyiasat skandal rasuah Najib dalam kes pembelian dua unit kapal selam dari Perancis. Kes ini sedang dibawa ke Mahkamah Perancis oleh Suaram memandangkan SPRM tidak berminat untuk menyiasat kes ini.
Ini adalah sesuatu yang amat memalukan bila mana kambing-kambing hitam dan ikan-ikan bilis dalam agensi Kerajaan dikejar sampai ke lubang cacing sedangkan Menteri-menteri bebas sebagai pemimpin maksum yang tidak boleh disiasat dan didakwa.
PAS berharap agar KSN tidak menjadi badut sekadar untuk menghibur pemimpin-pemimpin BN, dan mahu GTP dilaksanakan dalam maksud yang sepenuhnya sama seperti yang rakyat inginkan.
Kita memang khuatir dengan apa yang berlaku pada negara Greece yang kini mempunyai hutang yang sudah dilabelkan bertaraf ‘sampah’ atau memang mustahil untuk dibayar balik ekoran gejala rasuah yang berleluasa kalangan pemimpin dan penjawat awamnya.
Negara anggota EU itu menjadi negara paling miskin di Eropah ekoran jenayah kapitalisme yang bermula dari pemimpin mereka sendiri.
Hari ini Malaysia boleh ketawa, tapi tidak mustahil esok lusa negara jiran akan ketawakan rakyat Malaysia kerana membiarkan amalan rasuah di negara ini terus menerus berlaku dan merugikan pendapatan negara lebih dari RM 10 bilion setahun.
PAS berharap rakyat membuka mata dan sentiasa peka dengan apa yang berlaku sebelum membuat keputusan dalam pilihanraya akan datang. Ustaz Idris Ahmad, Ketua Penerangan PAS Pusat.
Tiga tahun lalu, pada tahun 2007, di bawah Rancangan Bandar Selamat, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah membuat janji membekalkan 48 CCTV untuk dipasang di kawasan-kawasan hitam dikenalpasti Polis Di-raja Malaysia (PDRM) di seluruh negeri Pulau Pinang. Jumlah tersebut termasuk pemasangan 24 CCTV di bahagian pulau dan 24 di Seberang Perai, Pulau Pinang.
Berasaskan jawapan bertulis Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan berhubung soalan lisan saya di Dewan Rakyat pada 13 April 2010 menyatakan bahawa di dalam fasa 1, sebanyak 496 bilangan CCTV di 25 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Semenanjung Malaysia akan dipasang.
Kontrak telahpun ditawarkan kepada Syarikat GTC Global Sdn. Bhd. melalui tender terbuka dan kerja telahpun bermula pada 15 Februari 2010 dan kerja pemasangan dijangka siap pada 15 Julai 2010. Pemasangan CCTV adalah dibuat secara sewaan selama 5 tahun bermula 2010 hingga 2015.
Mengapa setelah tiga tahun, barulah projek ini berjalan – secara perlahan? Apa sudah berlaku sepanjang tahun 2008 dan 2009? Sekiranya projek ini dilihat penting demi jaminan keselamatan seluruh rakyat Malaysia, mengapa ia dibiarkan ‘terbengkalai’ selama tiga tahun?
Di manakah tanggungjawab Kerajaan Persekutuan dalam menunaikan janji perlindungan keselamatan dan nyawa seluruh rakyat di negara ini?
Malah, bagi tempoh lima tahun berhubung usaha meningkatkan keselamatan penduduk di bawah RMK – 10, Kerajaan Negeri turut mendesak supaya Kerajaan Persekutuan meluluskan peruntukan sebanyak RM58,450,000 kepada negeri Pulau Pinang.
Peruntukan sebanyak RM43,650,000.00 diperlukan untuk memasang 485 unit CCTV di premis-premis awam bagi tempoh 5 tahun. Dalam usaha mengatasi jumlah kakitangan keanggotaan PDRM, peruntukan RM14.8 juta adalah diperlukan bagi menampung kos rondaan oleh pasukan sukarelawan yang berdisiplin dan terlatih.
Dalam pada itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon turut digesa supaya mempercepatkan pemasangan 50 buah lagi CCTV yang telahpun dijanjikan untuk negeri Pulau Pinang di bawah Program Transformasi Kerajaan (GTP) dengan menggunakan kaedah Petunjuk Prestasi Utama (KPI) dalam usaha mengurangkan indeks jenayah.
Sehingga kini, tiada ada sebarang tindakan susulan sungguh pun program ini telah diumumkan pada tahun lalu – adakah pelaksanaannya juga akan mengambil masa tiga tahun lagi sebelum dilaksanakan sepenuhnya?
Satu lagi campur tangan Barisan Nasional dalam kebebasan media di stesen televisyen!
Kalau minggu lalu penerbit ntv7 mendedahkan bagaimana stesen televisyen swasta tunduk kepada aduan Jabatan Perdana Menteri dan isteri PM, kini penerbit TV2, Chou Z Lam (gambar kiri) pula membongkarkan bagaimana rancangan dokumentari,Galeri Mandarin Nasional ditarik dan dibatalkan, kerana "tidak baik" untuk PRK Sibu dan pilihan raya negeri Sarawak yang bakal dijalankan.
Rancangan dokumentari ini diterbitkan oleh Chou Z Lam, merakamkan pengalaman kira-kira 10 ribu orang asli yang dipaksa pindah ke Sungai Asap dan Sungai Koyan untuk memberi laluan kepada pembinaan Empangan Bakun pada akhir tahun 1998.
Siri dokumentari ini mempunyai 10 episod keseluruhannya, mula disiarkan pada 26 April, tetapi ditarik secara tiba-tiba dan dibatalkan penyiaran seterusnya pada 28 April, iaitu hari ini. Mengikut jadual asal, siri dokumentari ini akan ke udara pada 12.20 tengah hari di TV2 setiap hari minggu, mulai 26 April hingga 7 Mei 2010.
Bagaimanapun, setelah disiarkan episod pertama dan keduanya, rancangan ini terpaksa ditarik dan dibatalkan. Chou Z Lam percaya bahawa pembatalan ini merupakan satu lagi cubaan campur tangan BN dalam kebebasan media. Beliau cuba mendapatkan penjelasan daripada Ketua Pengarah Bilik Berita, Jumat Engson yang mendakwa bahawa arahan ini datang dari Ketua Pengarah Penyiaran RTM, Ibrahim Yahya (gambar kanan); yang juga mencerminkan pendirian Jumat Engson.
"Rancangan ini mungkin mengandungi unsur sensitif yang tidak baik untuk PRK Sibu dan pilihan raya negeri yang akan datang." Demikianlah jawapan yang diterima oleh Chou Z Lam, malah Jumat Engson tidak menolak kemungkinan untuk memberi lampu hijau kepada penyiaran ini apabila keadaan mengizinkan (selepas pilihan raya negeri).
MerdekaReviewtelah menghubungi Ibrahim Yahya untuk mendapatkan komen daripada beliau, namun beliau mendakwa dirinya sedang berada dalam mesyuarat.
Cuba mendapatkan bantuan Timbalan Menteri KPKK
Zhou Z Lam yang kesal dengan keputusan pihak atasan stesen televisyen awam ini, cuba mendapat bantuan daripada Heng Sai Kee, Timbalan Menteri Penerangan, Kebudayaan & Komunikasi. Zhou Z Lam menaruh harapan agar Heng Sai Kee menggesa Ketua Pengarah Penyiaran RTM untuk menarik balik keputusan pembatalan rancangan tersebut, atas pendirian menjaga kepentingan rakyat.
Namun, Zhou Z Lam dihampakan untuk kali kedua, apabila Heng Sai Kee melalui setiausahanya, memberi jawapan yang berbunyi, "Timbalan Menteri enggan campur tangan dalam hal ehwal dalaman kamu."
Suara orang asli
Demikianlah luahan oleh Zhou Z Lam dalam satu kenyataannya yang diedarkan melalui email pada hari ini. Malah, dalam kenyataan tersebut, Zhou Z Lam meluahkan kekesalan dan memohon maaf kepada orang asli di Sungai Asap, yang ditemuramah olehnya ketika rakaman dokumentari ini.
"Campur tangan dalam kebebasan media telah menyekat suara dan pandangan mereka daripada didengar dan diambil berat oleh negara, rakyat di Malaysia Barat dan Timur. Arahan pembatalan ini bukan sahaja mencabul kebebasan bersuara orang asli di Sarawak, dan hak untuk mendapat maklumat audien, malah bercanggahan dengan semangat 'Rakyat Didahulukan' dalam gagasan 1Malaysia oleh PM," kata Zhou Z Lam.
Beliau menyambung, "Seandainya faktor PRK Sibu dan pilihan raya negeri Sarawak boleh dijadikan alasan pembatalan rancangan ini, apa yang diamalkan oleh Ketua Pengarah Penyiaran RTM sebenarnya penapisan diri yang berlandaskan 'Politik Didahulukan', yang langsung bertentangan dengan etika dan profesional kewartawanan."
Zhou Z Lam bagaimanapun berharap agar Ketua Pengarah Penyiaran RTM mempertimbangkan semula arahan tersebut, untuk mengembalikan kredibiliti RTM yang semakin menjunam. Beliau juga berharap kebebasan bersuara orang asli Sarawak dan hak infomasi audien boleh dipertahankan.
Yang berikut adalah episod siri dokumentari yang dijadualkan:
Pertama: Masalah ekonomi yang dihadapi 10 ribu orang asli di 15 rumah panjang, dan cadangan penyelesaiannya. (Telah disiarkan pada 26 April 2010)
Kedua: Masalah kemiskinan yang timbul berikutan tanah tanaman yang tidak subur dan tidak cukup. (Telah disiarkan pada 27 April 2010)
Ketiga: Bantuan kepada petani yang diberikan oleh kerajaan, dan maklum balas petani.(Dijadual untuk disiarkan pada 28 April, ditarik secara tiba-tiba)
Keempat: Masalah berhenti belajar kanak-kanak yang disebabkan masalah pengangkutan dan ekonomi. (Dijadual untuk disiarkan pada 29 April, telah dibatalkan)
Kelima: Apakah kesudahan tanah, rumah panjang, pampasan perpindahan yang pernah dijanjikan oleh kerajaan kepada orang asli. (Dijadual untuk disiarkan pada 30 April, telah dibatalkan.)
Keenam: Sejauh manakah Empangan Bakun diperlukan? Kajian keperluan elektrik.(Dijadual untuk disiarkan pada 3 Mei, telah dibatalkan.)
Ketujuh: Nasib kubur orang asli di kawasan hulu Empangan Bakun, dan budaya perkuburan kaum tersebut. (Dijadual untuk disiarkan pada 4 Mei, telah dibatalkan.)
Kelapan: Kesan Empangan Bakun terhadap ekosistem kawasan hilir, dan 10 ribu penduduk di situ. (Dijadual untuk disiarkan pada 5 Mei)
Kesembilan: Adat dan hak tanah orang asli di kawasan hilir empangan, dengan kes kajian Long Bangan. (Dijadual untuk disiarkan pada 6 Mei)
Kesepuluh: 12 tuntutan daripada penduduk Sungai Asap terhadap kerajaan dan pemaju empangan. (Dijadual untuk disiarkan pada 7 Mei, digugurkan)
Lagi penerbit TV dakwa campurtangan politik
Apr 28, 10 4:58pm
Seorang lagi penerbit televisyen - kali ini darrpada TV2, RTM mendakwa campur tangan politik dalam penerbitan dokumentarinya berhubung laporan empangan Bakun.
Rencana itu didakwa diarah tidak disiarkan kerana bimbang akan memberi kesan kepada peluang Barisan Nasional (BN) untuk mengekalkan kerusi parlimen Sibu pada pilihan raya kecil 18 Mei ini.
Dalam rencana di blognya, penerbit dokumentari itu, Chou Z Lam, mendedahkan rancangan itu diarah tidak disiarkan oleh Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Ibrahim Yahaya.
"Pengarah berita RTM, Datuk Jumaat Engson berkata dokumentari itu ditarik balik kerana ia mempunyai elemen yang sensitif yang mungkin memudaratkan BN pada pilihan raya kecil Sibu akan datang dan juga pilihan raya negeri Sarawak,” kata Chou.
Chou se
baliknya dimaklumkan bahawa dokumentari itu akan ke udara 'pada masa yang sesuai'.
Dakwaan Chou (kanan) itu timbul kurang seminggu selepas penerbit ntv7, Joshua Wong meletakkan jawatanya kerana mendakwa terdapat campur tangan politik yang melampau dengan kerjanya.
Dokumentari sembilan bahagian Chou adalah untuk rancangan "Galeri Mandarin Nasional" di TV2 dan bermula Isnin lalu sehingga 7 Mei menerusi slot waktu 12.20 petang hingga ke 12.30 petang. Dua episod pertama bermula Isnin lalu.
'Rakyat didahulukan' atau 'politik didahulukan'?
Episod seterusnya yang dijadualkan hari ini yang memaparkan impak sosial pembinaan empangan Bakun di kawasan pribumi di Belaga yang terpaksa dipindahkan ke Sungai Asap dan Sungai Koyan pada tahun 1998 dihentikan.
"Ini adalah contoh campur tangan kerajaan dalam berita semasa dan selepas pilihan raya kecil Hulu Selangor,” kata Chou.
"Saya amat bersimpati dengan penduduk di Sungai Asap yang telah saya wawancara berhubung masalah yang mereka utarakan tidak dapat dikongsi bersama majoriti rakyat di timur dan juga barat Malaysia,” katanya.
Chou berkata tindakan itu amat bertentangan dengan gagasan 1Malaysia yang dicanangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang menekankan kepentingan rakyat didahulukan.
"Jika pilihan raya kecil Sibu dan pilihan raya Sarawak adalah punca dokumentari itu ditarik balik, RTM sebenarnya melaksanakan 'politik didahulukan',” katanya.
Chou berkata beliau cuba membawa perkara itu ke perhatian timbalan menteri, Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Heng Sai Kee agar beliau dapat membantu membatlkan arahan berkenaan.
Namun jawapan yang diberikan oleh pemimpin MCA itu ialah pihaknya tidak akan campurtangan dalam hal ehwal RTM.
Chou juga merayu kepada Ibrahim (kanan) untuk mempertimbangkan semula larangannya itu demi kredibiliti RTM dan kepentingan penduduk pribumi di Sarawak.
Ketika dihubungi Malaysiakini, ketua pengarah penyiaran itu menafikan bahawa beliau yang membuat larangan berkenaan.
“Saya tidak membuat arahan itu...awak sepatutnya tanya kepada Chou,” katanya dengan ringkas.
KOTA BHARU, 1 Mei: Exco kerajaan negeri Kelantan, Datuk Husam Musa memberikan andaian, duit RM4 juta yang dinyatakan diterima oleh seorang blogger, Kickdefella adalah datang dari Umno untuk menjatuh bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Beliau juga berkata, wang itu masih ada RM4 juta lagi untuk dibelanjakan untuk jatuhkan PM yang ada sekarang (Datuk Seri Najib Razak) yang juga ditaja oleh orang Umno yang tidak puas hati kerana Pak Lah dijatuhkan.
Husam, ahli politik yang menjadi pusat tumpuan dalam isu ini berkata demikian dalam tulisannya melalui blog beliau, cetusan-hati.blogspot.com.
"Apa kata kalau saya kata empat juta itu memang ada dan empat juta itu ditaja oleh kumpulan Umno tertentu? Mereka nak jatuhkan Pak Lah kerana mereka sama tak suka.
"Untuk jatuhkan PM sekarang pun dah ada empat juta lagi yang juga ditaja oleh orang Umno yang tak puas hati Pak Lah dijatuhkan.
"Lepas saya kata, nak tahu betul tak betul kena siasat tapi yang penting saya dah kata. Nasib elok keluar muka depan Utusan esok lusa, tenggelam cerita telaga minyak berharga tak kurang RM 340 billion yang hilang, gara-gara empat juta!" tulis Husam dalam blognya.
Husam tidak menamakan mana-mana pemimpin Umno tetapi beliau turut mengaitkan serangan Tun Dr Mahathir terhadap Tun Abdullah dalam tulisannya.
Husam dikaitkan dengan penulis blog, Syed Azidi atau nama penanya Kickdefella yang membuat pelbagai jenis tulisan terhadap kerajaan negeri Kelantan. Khamis lepas, akhbar Umno, Utusan Malaysia menjadikan tulisan beliau laporan muka depan akhbar itu.
Tulisan itu mendakwa, beliau diamanahkan wang sebanyak RM4 juta untuk menjalankan operasi gerak saraf untuk menjatuhkan bekas Perdana Menteri, Pak Lah.
Ini adalah tulisan pertama Husam mengulas tulisan Kickdefella selepas sekian lama menyepi dari mengulasnya. Kickdefella yang dikaitkan dengan Husam dipecat dari Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) ekoran pertelagahan beliau dengan CEOnya, Ariffahmi, yang juga menantu Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz.
Ulasan Husam yang berkata RM4 juta itu dari orang Umno serentak dengan tulisan Tun Dr Mahathir dalam blognya yang mempertikaikan tindakan kerajaan di bawah Tun Abdullah yang menyerahkan dua telaga minyak bernilai RM340 bilion kepada Brunei. Ia dibuat untuk memujuk Brunei melepaskan tuntutannya ke atas Limbang.
Serangan yang dibuat oleh Mahathir terhadap Abdullah bukan sekarang tetapi sejak beliau menjadi PM lagi sehinggalah beliau jatuh.
Dalam tulisan kali ini juga Husam menulis, betapa mudahnya untuk menjatuhkan seorang PM jika hanya memerlukan RM4 juta sahaja untuk berbuat demikian sebagaimana yang didakwa Kickdefella, beliau diamanahkan RM4 juta untuk jatuhkan Pak Lah dan terbukti lepas itu Pak Lah jatuh dan digantikan denga Najib.
"Kalau ada seorang blogger yang hebat dan kita ada RM4 juta, kita sudah boleh jatuhkan seorang PM - nampaknya kerja menjatuhkan PM tidaklah begitu sukar.
"Setengah orang mungkin kata 4 juta terlalu mahal dan setengah pula akan kata, kalau 4 juta PM boleh jatuh, ia cukup murah," tulis Husam dalam memulakan tulisannya ini.
Beliau berkata, ada orang berkata RM4 juta itu mahal dan ada pula berkata, RM4 juta untuk menjatuhkan seorang PM itu murah.
"PM macam Pak Lah, adakah perlu lagi belanja sebesar empat juta untuk burukkan dia? Rasanya tak payah. Imej buruknya jadi sendiri atas kelemahan kepimpinannya.
"Ada sesetengah blogger buat kerja itu percuma saja. Gambar Pak Lah terlentok tertidur dan segala macam kelemahan dia dah ada dalam beratus blog sejak lama. Ada blogger yang meng-kartunkan karakter Pak Lah dalam blog-blog mereka. Sejuta pun tak payah, usahkan empat juta, kerana rasanya blogger-blogger itu semua buat kerja itu sebagai tindakan spontan mereka saja atas kelemahan Pak Lah yang begitu ketara.
"Seorang petugas tegar Umno seperti Sang Kelembai melanyak Pak Lah dalam blognya lama sebelum adanya cerita orang tertentu dapat empat juta untuk burukkan sesiapa.
"Kalau ada orang habiskan wang empat juta nak burukkan lagi Pak Lah yang dah pun buruk, rugi sakan lah rasanya orang itu," tulis Husam.
Beliau juga memberikan hint dalam tulisannya dengan mengaitkan serangan Mahathir terhadap Pak Lah.
"Sehari dua ini,Tun M masih membantai Pak Lah atas tergadainya medan minyak kita di Sarawak kepada Brunei. Bekal Tun M tak sampai sepuluh duit pun. Dia hanya petik laporan The Edge dan Brunei Times online saja. Bukan susah nak burukkan Pak Lah hatta dia dah tak jadi PM tapi tinggalan-tinggalan keputusannya yang merugikan negara terbongkar satu lepas satu.
"Kalau nak jatuhkan Pak Lah sampai berbelanja empat juta, rasanya terlebih bayar.
"Kalau boleh jatuhkan PM sekarang dengan belanja empat juta, rasanya itu tak mahal dan mana-mana pihak boleh mencuba nasib mereka. Ini kira bagus dan murah.
"Jadi saya tak tau tulisan blogger yang dibesarkan oleh Utusan itu boleh untungkan sapa?" tulis Husam.
Menurut beliau, Umno Kelantan ada ulas, bagaimana besarnya belanja yang digunakan untuk tewaskan Umno Kelantan. Empat juta.
"Kalau dengan empat juta rancangan Datuk Mustapha tawan Kelantan boleh dikuburkan dan itu dianggap mahal, saya tak tau nak kata. Untuk menang Hulu Selangor saja Umno belanja entah berapa ratusan juta. Tapi untuk tewaskan Umno satu negeri, belanja empat juta dah cukup kira jimat dan hebat.
"Rupanya tak susah sangat nak tewaskan Umno Kelantan dan kalau dengan empat juta Umno satu-satu negeri boleh ditewaskan, mana yang berminat boleh buka tabung untuk cukupkan empat juta satu negeri cuba tewaskan baki Umno seluruh Malaysia. Rasanya Umno akan kecut," tulis beliau lagi.
Bagi beliau, cerita yang dibuat akhbar Umno itu umpama cerita kek dan gandum. Gandumnya hanya sedikit tetapi selepas dimasukkan serbuk penaik ia meenjadi besar dan indah dilihat.
"Kadang-kadang kita boleh jadi tukang kek. Gandumnya tak sampai secawan tapi kalau kena campur dengan serbuk penaik, sebiji kek yang besar boleh kita buat. Campur pula majerin sama telur. Tengok kemahiran kita. Asalnya gandum secawan saja," tulis beliau.
Kickdefella (gambar) dalam tulisan terbarunya telah mengulas tulisan Husam ini dengan bertanya, "Adakah penulis cuba memberitahu bahawa RM4 juta itu adalah untuk membeli gandum, serbuk penaik, majerin dan telor? Kalau benar bererti penulis tahulah pasal RM4 juta itu. Adakah penulis tahu dari mana RM4 juta itu datang? Terserahlah kepada beliau untuk menjawabnya.
"Saya berhasrat untuk menulis berhubung dengan sumber datangnya separuh dari jumlah duit itu dengan tujuan memberi ruang pernafasan kepada penulis, terutama setelah saya dipanggil oleh SPRM, tetapi nampaknya penulis telah terlebih dahulu tercerut saraf lawannya dalam kancah politik Kelantan."
Husam dalam tulisannya juga juga mengulas, setahu beliau, gerak saraf tak burukkan orang. Itu perang saraf. "Gerak saraf ajak orang sokong kita atas kebaikan kita," katanya. Di sinilah, beliau mendakwa, Umno yang bayar RM4 juta itu dengan kenyataan:
"Apa kata kalau saya kata empat juta itu memang ada dan empat juta itu ditaja oleh kumpulan Umno tertentu? Mereka nak jatuhkan Pak Lah kerana mereka sama tak suka.
"Untuk jatuhkan PM sekarang pun dah ada empat juta lagi yang juga ditaja oleh orang Umno yang tak puas hati Pak Lah dijatuhkan.
"Lepas saya kata, nak tahu betul tak betul kena siasat tapi yang penting saya dah kata. Nasib elok keluar muka depan Utusan esok lusa, tenggelam cerita telaga minyak berharga tak kurang RM 340 billion yang hilang, gara-gara empat juta!" tulisnya.
Bagi beliau, cerita RM4 juta ini bertujuan untuk menutup kehilangan wang dari penyerahan dua telaga minya kepada Brunei itu.
"Empat juta kalahkan 340 billion..... Ini pun mungkin masuk dalam kategori saraf juga, samada gerak atau perang atau saraf mana satu, saya tak berapa tau kerana cabang saraf ada bermacam-macam...
"Maknanya, nak kata tak lah payah. Lepas itu kita minta lah mana badan yang patut siasat, menyiasat," katanya lagi
DALLAS: Penyanyi dan penulis lirik, Erykah Badu semalam menghadapi tuduhan berkelakuan tidak senonoh kerana rakaman muzik bogelnya di Plaza Dealey di sini.
Rakaman itu berakhir dengan Erykah berlakon seolah-olah ditembak di kepala di tempat Presiden John F Kennedy dibunuh pada 1963.
Jurucakap polis, Warren Mitchell berkata, keputusan mendakwa Erykah diambil selepas pihaknya menerima aduan bersumpah daripada seorang saksi, Ida Espinosa, 32.
Penyanyi berkenaan boleh didenda AS$500 (RM1,600) jika sabit kesalahan. - Agensi
Malang nasib remaja perempuan
Oleh MOHD FIRDAUS IBRAHIM mfirdaus@hmetro.com.my 2010/04/04
KUALA LUMPUR: Malang buat seorang remaja perempuan berusia 16 tahun apabila dicekup pihak berkuasa beberapa langkah dari pintu sebuah pusat hiburan di Jalan Ipoh, di sini, ketika cuba meloloskan diri, awal pagi semalam.
Remaja terbabit yang dipercayai di bawah pengaruh dadah dikatakan meronta-ronta sebaik ditahan.
Selepas lebih lima minit meronta, remaja terbabit kemudian ‘tersengih’ sebelum menyerah diri sebaik menyedari taktiknya tidak berhasil.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Kang Chez Chiang, berkata dalam serbuan dilakukan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman kira-kira jam 2.30 pagi itu, seramai 58 individu ditahan kerana positif dadah.
“Daripada jumlah itu seramai 12 wanita, termasuk seorang remaja bawah umur, turut ditahan. Semua ditahan berusia antara 13 hingga 50 tahun,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Ketika serbuan dilakukan, lebih 100 pengunjung pusat hiburan itu diperiksa. Pusat hiburan berkenaan pernah diserbu beberapa kali, namun pemiliknya masih berdegil dan meneruskan operasi.
Jiran marah aksi bintang sukan
GAMBAR atas menunjukkan lokasi tempat kereta yang dinaiki Defoe. GAMBAR yang disiarkan oleh sebuah akhbar di Britain semalam menunjukkan Defoe (menutup kepala) keluar dari sebuah kereta.
HERTFORDSHIRE, England - Seorang bintang bola sepak kelab Tottenham, Jermain Defoe ditangkap bersama seorang wanita muda semasa mereka melakukan hubungan seks di dalam sebuah kereta berdekatan taman kanak-kanak pada Selasa lalu, lapor sebuah akhbar semalam.
Bintang itu mungkin berdepan hukuman enam bulan penjara dan denda 5,000 euro (RM22,000) kerana berkelakuan tidak senonoh di tempat awam.
Defoe didapati keluar dari rumahnya di Cuffley dengan berjalan kaki dan memakai baju penutup kepala pada pukul 8 malam sebelum menaiki sebuah kereta Toyota RAV 4 berwarna biru yang diletakkan tidak sampai 50 meter dari rumahnya.
Apabila memasuki kenderaan itu, Defoe mengarahkan seorang gadis berambut merah untuk memandu ke satu jalan mati di kawasan rumah mewah dan menghentikan kenderaan tersebut sebelum dia beralih kedudukan di bahagian belakang.
"Masih ada cahaya lampu dan sesiapa sahaja boleh melihat apa yang berlaku.
"Mereka berbual seketika sebelum gadis itu hilang daripada pandangan.
"Memang jelas apa yang mereka lakukan dan gadis tersebut menemuinya hanya untuk satu tujuan sahaja," kata seorang jurugambar yang melihat aksi mereka.
Tindakan Defoe telah mengundang kemarahan jiran-jirannya.
Terdapat dua individu dan sebuah keluarga berjalan melintasi kereta mereka semasa Defoe dan gadisnya itu melakukan hubungan seks.
Namun, Defoe kemudian keluar dari kenderaan tersebut dan berjalan pulang seolah-olah tidak ada apa yang berlaku. - Agensi
Ibrahim mahu bongkar rahsia Zaid
BATANG KALI - Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali (gambar) malam tadi muncul di pentas ceramah Barisan Nasional (BN) untuk menyokong calon BN, P. Kamalanathan yang bertanding dalam pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor.
Beliau berkata, adalah satu dosa sekiranya beliau tidak datang ke Hulu Selangor untuk menyokong Kamalanathan demi kepentingan orang Melayu dan negara.
Menurut Ibrahim, beliau mengenali calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zaid Ibrahim yang bertanding dalam pilihan raya kecil itu sejak tahun 1972 ketika menuntut di Institut Teknologi Mara (ITM - kini Universiti Teknologi Mara).
Ketika itu, Ibrahim merupakan Presiden Persatuan Pelajar ITM manakala Zaid ialah timbalannya.
"Zaid kemudiannya dipecat kerana kerjanya asyik berjoget-joget," kata Ibrahim ketika berucap pada ceramah di Bandar Utama Batang Kali di sini malam tadi sambil disambut dengan gelak ketawa para hadirin.
Ibrahim memberitahu, beliau akan membuat pendedahan mengenai Zaid pada 21 dan 23 April ini dalam program ceramah pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor.
Zaid: Minum arak cerita lama
Aidila Razak Apr 18, 10 7:58pm
Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi pilihan raya kecil Hulu Selangor, Datuk Zaid Ibrahim hari ini membidas Barisan Nasional yang menyerangnya secara peribadi.
Katanya, dakwaan beliau meminum arak adalah cerita lama.
"Itu cerita lama. Kalau mereka nak ungkit, ungkitlah. Saya dah minta maaf dengan Allah s.w.t.
"Apapun kelemahan saya, apapun ketidaksempurnaan, saya adalah seorang manusia dan mampu jadi wakil rakyat. Saya tidak hipokrit, apa yang silap, silaplah," katanya kepada pemberita.
Beliau ditemui semasa berkempen dari rumah ke rumah di sebuah perkampungan estet India di Kerling di Hulu Selangor.
Zaid berkata apa yang membezakan antara beliau dengan pemimpin lain ialah beliau tidak bersikap hipokrit.
“Saya bukan seperti pemimpin Umno. Mereka hiprokit.
"Kalau orang tanya kes-kes tertentu, mereka kata terlalu kecil. Tetapi bagi saya, saya jawab. Saya percaya rakyat Hulu Selangor boleh menilai manusia Zaid Ibrahim ini sama ada dia layak jadi wakil rakyat. Kalau layak saya menanglah, kalau tak layak, tak layaklah," katanya.
Bekas menteri itu berkata demikian ketika mengulas dakwaan beliau adalah seorang kaki botol tegar seperti dilaporkan oleh beberapa blog.
Malah, semalam Zaid mengakui kepada pemberita bahawa pernah minum alkohol seperti yang didakwa oleh BN dalam kempen mereka.
Tetapi katanya, perkara itu dilakukannya ketika masih muda dan beliau kini sudah insaf.
Pilihan raya kecil 25 April ini menyaksikan pertandingan empat penjuru antara Zaid, calon Barisan Nasional (BN) P Kamalanathan dan dua calon bebas iaitu VS Chandran dan Johan Md Diah.
Kerusi parlimen itu kosong berikutan kematian penyandangnya Datuk Zainal Abidin Ahmad pada 25 Mac lalu akibat barah otak
Minum arak: Hisham minta jangan kaitkan Umno
Apr 18, 10 4:30pm
Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Hussein hari ini menafikan pembabitan Umno dalam mengaitkan Datuk Zaid Ibrahim, calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) dengan tabiat suka meminum arak.
Beliau yang juga menteri keselamatan dalam negeri berkata, PKR seharusnya tidak cepat melatah dengan menuduh Umno dalang disebalik tuduhan yang berlegar di dalam blog kerana apa yang tertulis adalah tuduhan peribadi penulis, bukannya Umno.
"Dulu mereka gunakan maklumat-maklumat di dalam blog untuk mengiakan tuduhan dan hujah mereka terhadap Umno dan Barisan Nasional (BN). Pada masa tu kita tidak pula suruh mereka membuktikannya.
"Nak suruh kita buktikan memang tak masuk akal kerana bukan kita yang tuduh macam tu. Kenapa dia nak takut dan gelabah sangat kalau ia tak benar," katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai cabaran pemimpin PKR agar Umno membuktikan tuduhan di dalam blog tersebut.
Beliau sebelum itu menghadiri Program Bersama Rakyat di Taman Sri Cahaya, Batang Kali di Hulu Selangor yang turut dihadiri Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara Datuk Alwi Ibrahim dan Anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Kali Mohd Isa Abu Kassim.
Semalam, Naib Presiden PKR Azmin Ali dilaporkan mencabar Umno supaya membuktikan dakwaan bahawa Zaid mempunyai tabiat buruk termasuk suka meminum arak.
Hishammuddin berkata, cabaran pembangkang itu jelas menunjukkan mereka semakin terdesak untuk meraih sokongan kepada Zaid untuk pilihan raya 25 April ini selain kegusaran mereka terhadap pendekatan BN yang semakin diterima majoriti penduduk di Hulu Selangor.
"Dunia ini bulat...apa yang dia (pembangkang) sebelum ini guna untuk tuduh kita, sekarang ini dah terbalik terkena pada muka mereka sendiri," katanya.
Hishammuddin berkata, pembangkang juga kelihatan ketandusan idea kerana berterusan menggunakan isu Apco bagi menyerang kerajaan, bukannya menerangkan pendekatan yang akan diambil bagi memajukan kawasan dan membela rakyat.
B
eliau berkata, isu tersebut sebenarnya sudah selesai dan rakyat telah diberitahu bahawa siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendapati tidak ada warga Israel terbabit dalam pembangunan projek Sistem Laporan Polis (PRS) di Bukit Aman seperti didakwa pembangkang.
Bagi membuktikan ketelusan, Kementerian Dalam Negeri, katanya, telah mengambil empat langkah, termasuk membuat laporan polis berhubung kenyataan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendakwa terdapat perisik Israel di Bukit Aman.
Katanya, beliau juga telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membuka kertas siasatan serta membawa perkara itu ke Majlis Keselamatan Negara (MKN) selain mengesyorkannya untuk diteliti Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Ahli Parlimen.
Hishammuddin juag menganggap isu tersebut hanyalah mainan pembangkang untuk mengalih perhatian rakyat di atas kegagalan mereka membawa perubahan kepada negeri Selangor secara umum dan Hulu Selangor khasnya.
"Itu biasa, apabila mereka ketandusan perjuangan dan isu pokok yang boleh menyentuh jiwa dan sanubari rakyat seperti apa yang kita lakukan, maka mereka tak ada pilihan lain selain membuat tuduhan kepada kerajaan pusat dan menyerang peribadi pemimpin-pemimpin BN," katanya
Terdahulu, Hishammuddin menyerahkan surat kelulusan permohonan taraf kewarganegaraan, sijil warganegara dan daftar lewat kelahiran kepada 15 orang penduduk.
- Bernama
Hari pertama kempen dicemari insiden baling botol
Abdul Rahim Sabri Apr 18, 10 8:19am
Bahang kehangatan kempen pilihan raya kecil Hulu Selangor semakin terasa apabila berlaku ketegangan antara penyokong Pakatan Rakyat dan BN di sebuah padang berdekatan Pekan Kerling, Kuala Kubu Baru, malam semalam.
Pegawai Penyelaras Pakatan Parlimen Hulu Selangor, Ali Rahman berkata kejadian berlaku apabila Pemuda BN didakwa bertindak membaling botol berisi air ke arah hadirin yang lalu lalang untuk mendengar ceramah yang dianjurkan oleh Pakatan Rakyat.
Ali mendakwa sebanyak tiga hingga empat biji botol dibaling oleh mereka ke arah hadirin yang berulang-alik di situ.
Katanya tindakan provokatif itu dilakukan seramai kira-kira 30 hingga 40 orang Pemuda BN yang berada di pondok panas mereka yang terletak bersebelahan dengan padang berkenaan.
Kejadian berlaku sejurus ketibaan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sampai ke situ untuk menyampaikan ceramahnya kira-kira jam 11.15 malam. Tiindakan membaling botol itu mencetuskan kemarahan hampir 30 penyokong Pakatan.
Mereka kemudiannya meluru ke arah Pemuda BN sambil meminta agar penyokong kerajaan itu memberi kerjasama, menjaga adab dan menghormati program tersebut tanpa sebarang gangguan.
Malaysiakini turut mendapati beberapa wakil dari Pemuda BN cuba memujuk penyokong mereka agar bertenang dan mengendurkan keadaan.
Ketegangan yang berlaku selama 10 minit itu, berjaya ditenteramkan oleh kira-kira 30 anggota polis yang berada di situ termasuk lapan anggota Light Strike Force yang datang beberapa minit kemudian.
Sebelum itu, penyokong BN bersorak dan menjerit tanpa henti bagi mengganggu ucapan beberapa pemimpin Pakatan antaranya Naib Presiden PKR Mustaffa Kamil Ayub; ahli parlimen Puchong dari DAP Gobind Singh Deo dan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Shamsul Iskandar yang sedang menyampaikan ceramah mereka.
Selepas campur tangan polis, ceramah malam semalam berjalan lancar dan pemimpin Pakatan menggunakan peluang itu bagi menempelak tindakan Pemuda BN.
BN serang peribadi calon, usir Malaysiakini
Salhan K Ahmad Apr 18, 10 2:54pm
Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini mempertahankan calonnya, Datuk Zaid Ibrahim, daripada tuduhan beliau peminum arak tegar.
Sebaliknya, menurut Pengarah Pilihan Raya PKR, Fuziah Salleh, bekas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri itu sudah berubah selepas menyertai parti itu.
Katanya, selain sudah berubah setelah menyertai PKR, Zaid juga sudah mengerjakan haji dan adalah tidak wajar untuk mengungkit sejarah silam seseorang bagi mengaibkannya.
"Kita tidak harus menghukum beliau dalam keadaan sekarang yang sudah berubah...Barisan Nasional (BN) patut malu untuk menggunakan taktik kotor dan bukan bercakap soal peribadi seorang yang sudah berubah.
"Tuhan mana-mana pun, Tuhan Kristian ke, Tuhan Hindu ke, orang Buddha, Muslim ke...bila seseorang itu sudah bertaubat dan berubah, orang lain tidak ada hak untuk menghukum mereka, Tuhan pun tidak akan menghukum mereka," katanya di Hulu Selangor hari ini.
BN mula berubah rentak dengan bertindak menyerang Zaid secara peribadi dalam ceramah mereka di Sungai Tengi, Hulu Selangor, malam semalam.
Antara mereka yang berbuat demikian ialah ketua menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, ketika ceramahnya kepada kira-kira 50 orang yang hadir.
"Datuk Zaid dah tak minum lagi"
“Dia cakap dia dah tak minum lagi," katanya yang disambut dengan senyuman daripada para hadirin.
"Aku bukan nak mengata kau (Zaid), aku cuma dengar cerita. Bukan saya kata...," katanya.
Mohd Ali juga berkata ada pihak yang mengatakan bahawa Datuk Zaid sudah tidak lagi mengambil alkohol.
"Dia kata Datuk Zaid dah tak minum lagi. Betul ke? Orang kata Datuk Zaid minum. Sekarang Datuk Zaid dah tak minum lagi.
"Satu lagi orang kata, Datuk Zaid baru balik haji. Dah dia nak bela, beria-ria," katanya.
Selain percubaan mengaibkan Zaid, peribadi berberapa pemimpin Pakatan Rakyat juga diserang habis-habisan oleh BN.
Bagaimanapun, masyarakat Felda di kawasan itu nyata lebih arif dengan penyebaran foto-foto intim Elizabeth Wong, exco kerajaan Selangor, yang giat dilaporkan media pada April tahun lalu.
Ungkit gambar bogel
"Ada juga yang nak bela Elizabeth Wong, yang terlanjang bogel. Betul tak? Siapa dah tengok gambar dia?," soalnya yang disambut dengan gelak ketawa daripada hadirin.
Program berkenaan jelas dilihat sebagai satu program kempen pilihan raya, namun penganjur program berkenaan mendakwa ia adalah satu program tertutup untuk jemputan khas sahaja.
Sek
umpulan tiga lelaki yang enggan memperkenalkan diri mereka meminta Malaysiakini supaya menghentikan rakaman ketika ahli parlimen Pasir Salak Datuk Tajuddin Abdul Rahman sedang menyampaikan ucapan sebelum itu.
"Saya minta untuk berhenti rakam. Datuk tak mahu rakam," kata seorang lelaki yang cuba kelihatan seperti seorang yang penting.
Krew Malaysiakini bagaimanapun bertegas untuk terus berada di lokasi tersebut, yang terletak kira-kira 70 kilometer daripada Kuala Kubu Bharu.
Malaysiakini diusir
Setelah terus didesak beberapa kali oleh kumpulan lelaki berkenaan dalam perbincangan yang berlarutan sehingga kira-kira 15 minit, Malaysiakini terpaksa menghentikan rakaman bagi mengelakkan sebarng kejadian yang tidak diingini.
Walaupun rakaman video telah dihentikan, namun kehadiran Malaysiakini terus tidak disenangi oleh pemimpin BN.
Seorang lelaki yang diperkenalkan sebagai pengerusi jawatankuasa kemajuan kawasan rancangan berkenaan turut mahu wartawan Malaysiakini meninggalkan kawasan tersebut.
Hadir bersama di program berkenaan ialah menteri besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hassan, ahli parlimen Pasir Salak Datuk Tajuddin Abdul Rahman dan juga pengerusi Felcra Datuk Ramli Bohani.
PKR dakwa SPR seperti parti komponen BN
Kuek Ser Kuang Keng Apr 18, 10 1:31pm
Pengarah pilihan raya PKR bagi kerusi Hulu Selangor, Fuziah Salleh mendakwa pihaknya mendapati 13,488 pengundi atau kira-kira satu per lima daripada jumlah pengundi telah dipindahkan ke pusat pengundian yang lain daripada pusat yang mereka mengundi pada pilihan raya 2008.
"Ini strategi SPR untuk menggulingkan Pakatan,” katanya pada sidang media hari ini.
Fuziah juga mendakwa pengundi berkenaan tidak dimaklumkan berhubung pertukaran tempat mengundi yang baru.
Katanya, tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) itu seolah-olah ia parti komponen Barisan Nasional (BN) yang bertujuan mengurangkan undi kepada Pakatan Rakyat.
"Ini seolah-oleh SPR bertindak seolah-olah parti komponen BN, ia juga menunjukkan SPR melakukan tindakan ini (pindah pusat pengundiaan) dengan sengaja dan strategi SPR untuk menjatuhkan PKR," katanya.
Ahli parlimen Kuantan itu juga mendakwa perkara yang sama berlaku di Selangor pada pilihan raya umum 2004.
Gelora lihat tubuh kerani
Oleh Shahrul Nizam Mohamad am@hmetro.com.my 2010/04/19
KUALA LIPIS: Tua miang keladi. Itu panggilan paling layak diberikan kepada seorang lelaki yang bergelar haji apabila mengambil kesempatan mencabul pekerjanya ketika mangsa menjalankan tugas hariannya sebagai kerani di sebuah syarikat swasta di bandar ini, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, mangsa berusia 21 tahun membongkar perbuatan terkutuk itu kepada ibunya selepas tidak tahan sikap majikannya yang kerap melakukan gangguan seksual.
Sebelum kejadian, mangsa yang menjalankan tugasnya dihampiri majikannya itu dari belakang sebelum lelaki terbabit memeluknya dan cuba mencium pipi.
Terkejut dengan tindakan lelaki terbabit, mangsa cuba melepaskan diri sambil merayu tidak diapa-apakan sebelum suspek melepaskannya.
Difahamkan, lelaki terbabit tidak dapat menahan gelora nafsu selepas melihat keayuan wajah mangsa sebelum menunggu peluang melakukan perbuatan tidak senonoh itu.
Ketua Polis Daerah Kuala Lipis, Superintendan Abdul Razak Hassan, berkata ibu mangsa yang sukar mempercayai perbuatan majikan anaknya itu membuat laporan kejadian terbabit di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Lipis, petang kelmarin.
Menurutnya, polis menahan lelaki terbabit di rumahnya di bandar ini sebelum dibawa ke IPD Kuala Lipis untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.
Katanya, polis akan merujuk kertas siasatan berhubung kejadian terbabit kepada timbalan pendakwa raya untuk memutuskan kes itu akan didakwa atau sebaliknya.
Abdul Razak berkata, berikutan itu, mangsa berhenti kerja di syarikat berkenaan kerana trauma dicabul majikan.
DUNIA
Tiger Woods akui tiduri 120 wanita
TIGER WOODS dan isterinya, Elin Nordegren.
LOS ANGELES - Bukan 13 seperti yang didedahkan beberapa laporan sebelum ini, sebaliknya bilangan sebenar wanita yang pernah tidur dengan pemain golf No.1 dunia, Tiger Woods sepanjang lima tahun perkahwinannya dengan bekas model, Elin Nordegren adalah 120 orang, lapor sebuah akhbar semalam.
Angka tersebut berdasarkan laporan majalah Amerika Syarikat (AS), National Enquirer pada minggu ini.
Satu sumber majalah itu menyatakan bahawa bintang golf tersebut menyenaraikan semua wanita yang pernah ditidurinya semasa dia menjalani terapi ketagihan seks.
Woods, 34, menjalani rawatan ketagihan seks di klinik pemulihan Gentle Path di negeri Mississippi, AS, pada awal tahun ini.
Bagaimanapun, majalah sama memberitahu, kecurangan Woods, 34, dengan anak gadis jirannya yang berusia 21 tahun merupakan tamparan paling hebat buat isterinya berhubung skandal seks suaminya itu.
Majalah National Enquirer mendakwa ibu anak dua itu akhirnya memutuskan mahu bercerai setelah majalah itu mendedahkan permainan cinta suaminya dengan anak jirannya, Raychel Coudriet.
Antara wanita yang pernah ditiduri Woods termasuk model majalah Playboy, Loredana Jolie dan pengurus hiburan kelab malam, Rachel Uchitel.
Majalah berkenaan memetik sumber sama memberitahu bahawa Woods tidak menamakan Rachel dalam senarai wanita teman tidurnya itu.
Majalah National Enquirer mendakwa, skandal Woods-Rachel berlaku pada Mei tahun lalu dan lokasinya cuma beberapa meter dari tempat isterinya menyusukan anak bongsu mereka yang baru lahir.
Skandal seks Woods itu terbongkar selepas dia terbabit dalam satu kemalangan kereta di luar rumahnya di Florida pada November tahun lalu. - Agensi
DUNIA
Model didakwa perdaya pemimpin pembangkang
SATU klip video di Internet menunjukkan Mikhail Fishman memakai seluar di sebuah flat di Rusia.
MOSCOW – Seorang wanita jelita yang dikenali sebagai Katya memperdaya pengkritik-pengkritik Perdana Menteri Rusia, Vladimir Putin dengan merakamkan adegan seksnya bersama mereka, lapor sebuah akhbar semalam.
Mangsa terbaru model amatur itu ialah wartawan radio, Viktor Shenderovich, 52, yang telah berkahwin dan mempunyai seorang anak perempuan.
Shenderovich mengakui curang terhadap isterinya kerana menjalin hubungan sulit dengan Katya atau nama sebenarnya Ekaterina Gerasimova, tetapi pada masa yang sama lelaki itu mendakwa, dia diperangkap oleh agensi perisikan rahsia Rusia, terutamanya konco-konco Putin.
Shenderovich sebelum ini mengkritik hebat Putin kerana mengamalkan rasuah dan membunuh musuh-musuh politiknya.
Wartawan itu mengaku curang setelah klip video yang menyiarkan adegan seksnya bersama Katya di sebuah flat di sini, disiarkan di Internet.
Semua enam pengkritik Putin yang menyokong pihak pembangkang Rusia telah diperdayakan oleh Katya untuk melakukan hubungan seks di flat berkenaan, pusat bandar Moscow.
Selain Shenderovich, klip-klip video seks melibatkan Katya yang disunting dengan teliti, turut menampilkan dua pemimpin pembangkang, Alexander Potkin dan Eduard Limonov.
Potkin mengakui aksinya dirakam secara rahsia semasa bersama Katya.
“Kini, tiada lagi jaminan bahawa kehidupan peribadi anda dilindungi (oleh pemerintah Rusia),” katanya.
Seorang lagi mangsa Katya, Ilya Yashin iaitu ketua kumpulan pembangkang Solidarity, mengakui menjalin hubungan seks singkat dengan Katya yang didakwanya seorang ejen perisikan rahsia.
Yashin memberitahu, dia menamatkan hubungan dengan Katya sejak 2008 lalu setelah tindak tanduk wanita itu yang menawarkan hubungan seks ganjil telah menyebabkannya mengesyaki bahawa dia ialah seorang ejen perisik.
Dia bertanya kepada Katya sama ada aksi mereka sedang dirakamkan namun wanita itu menafikannya.
Namun, sejurus selepas Katya mengeluarkan sejumlah kecil dadah kokain, Yashin berkata, dia terus keluar dari flat tersebut.
Yashin bertegas bahawa dia tidak berasa bersalah kerana melakukan hubungan sulit itu.
Sebelum ini, satu lagi klip video seks membabitkan seorang pengarang majalah Newsweek edisi Rusia, Mikhail Fishman disiarkan di Internet selepas dia menyiarkan beberapa laporan mengkritik pentadbiran Putin.
Klip itu menunjukkan dia menghisap kokain manakala Kayta dilihat mundar-mandir sambil berbogel di dalam flat itu, yang dipercayai disewa oleh agensi perisikan Rusia.
Kesemua rakaman adegan seks itu dilakukan secara profesional, dipercayai oleh pihak berkuasa Rusia untuk memenuhi dua obejktif iaitu memusnahkan reputasi dan memeras ugut individu yang mengkritik pentadbiran Putin.
“Sekiranya mereka enggan tunduk kepada Putin, klip video itu akan disebar,” kata Shenderovich.
Pihak pentadbiran Putin bagaimanapun, menafikan bahawa pihak berkuasa negara itu terbabit dalam komplot tersebut. – Agensi