Nazri Abdullah
PETALING JAYA, 20 April: Calon Pakatan Rakyat bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Hulu Selangor, Datuk Zaid Ibrahim (gambar) berkata pemimpin Umno juga ramai mengambil alkohol sepertinya dahulu namun tidak berniat untuk mengaibkan mereka.
Beliau sewaktu wawancara eksklusif bersama Harakah dan Harakahdaily semalam memberitahu, isu itu sengaja ditimbulkan pemimpin Umno/BN setelah beliau menyertai Pakatan Rakyat kerana mahu menjatuhkan karier politiknya.
"Saya berterus terang, itu dulu, dalam Umno pun ramai menteri-menteri macam saya dulu, tapi tidak menjadi isu pada waktu itu.
"Peribadi saya, karektor saya, Islam saya dipersoal setelah saya bersama-sama Pakatan Rakyat,” katanya yang juga pernah menjawat Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Menurutnya, apa yang berlaku itu adalah sejarah lampau yang sudah lama ditinggalkannya yang berbeza dengan sesetengah pemimpin Umno lain yang masih tidak dapat meninggalkan tabiat buruk itu.
"Saya manusia, dalam lumrah hidup kita adalah salah silap, tapi yang pentingnya apakah saya insaf dan sedar.
"Itulah beza saya dengan menteri Umno, saya berterus terang bukan hipokrit," tambahnya lagi.
Mengenai serangan peribadi oleh Umno terhadapnya, beliau menyerahkan kepada pengundi Hulu Selangor untuk menilai sikapnya setelah membuat pengakuan jujur sebelum ini.
Berhubung tuduhan bahawa beliau kaki judi pula, Zaid berkata semua tohmahan yang dilemparkan Umno itu tidak betul, sebaliknya perkara itu dilakukan pemimpin Umno.
"Kaki judi ini sebenarnya langsung tidak betul, yang berjudi besar sebenarnya di kasino-kasino adalah menteri-menteri Umno, berjuta-juta ringgit, hutang tak bayar, tidak ada apa-apa tindakan terhadap mereka.
"Tapi saya tak nak sebut dan tak nak aibkan mereka," jelasnya.
Sewaktu bertanding sebagai calon Umno/BN pada PRU 2004 di Kelantan, katanya, PAS sebagai parti lawan pada waktu itu langsung tidak menyentuh isu peribadinya biarpun parti Islam itu tahu latar belakang dirinya.
Tetapi pemimpin Umno kini sangat terdesak dan sangat takut sehingga terpaksa menggunakan taktik jahat menyerang peribadinya.
"Inilah budaya politik Umno sebenarnya, politik manusia yang takut kuasa mereka hilang.
"Inilah petanda mereka sedang cemas," katanya.
Hulu Selangor: Agenda terancang SPR menangkan BN
anak sengat
Apa dah jadi ni? Segalanya berlaku di saat akhir. Seramai sekampung pengundi dipindahkan dari Parlimen Hulu Selangor ke Parlimen Selayang. ianya satu rompakan besar besaran oleh BN melalui SPR bagi mengurangkan undi PKR.
Seramai 13488 pula dipindahkan pusat pengundian mereka yang boleh menyebabkan kekalutan dalam pilihanraya kecil ini. sini.
Dalam isu pemindahan dari parlimen Hulu Selangor ke Parlimen Selayang, SPR beralasan ianya baru disedari. Tidak jelas bila SPR menyedarinya.
Jika benar SPR baru menyedari keadaan ini, beerti SPR telah gagal dan lalai dalam melaksanakan tugasnya. Rompakan sekampung ini juga bererti akan menyebabkan kekalutan apatah lagi PKR mendakwa penduduk kampung tersebut adalah penyokong solid mereka.
SPR sepatutnya boleh menangguhkan tindakan tersebut kerana ia berkait dengan kesilapan mereka sendiri. Perubahan di saat berlakunya pilihanraya dilihat sebagai satu Konspirasi antara SPR dan BN dalam menjatuhkan Pakatan Rakyat khususnya PKR yang bertanding di situ.
Umum menyedari betapa MIC BN bertungkus lumus untuk memenangi parlimen tersebut kerana kemenangan PKR sessi lepas adalah kemenangan tipis. BN juga dalam usaha mengumpul 2/3 majoriti di Parlimen.
Pastinya BN tidak akan melepaskan apa sahaja peluang yang terhidang di hadapan mkereka sekalipun jelas tidak bermoral dan bermaruah. Soal maruah bukan perkara penting bagi Umno!
Usaha jahat yang dimainkan BN cukup lengkap dengan pakej apabila turut disertai oleh Pasukan keselamatan sebagaimana di dakwa Saifudin Nasution .
Keadaan ini jelas mematikan semangat demokrasi terutama di kalangan pakatan Rakyat. Patutlah dari awal lagi SPR telah membatalkkan pengiktirafan kepada MAFRELL sebagai pemantau bebas. Rupanya SPR dan BN telah mempunyai satu agenda terancang dalam memastikan kemenangan calon BN.
Keadaan ini menuntut petugas Pakatan Rakyat melipatgandakan usaha , tenaga dan perancangan tanpa merasa selesa kerana keadaan 2008 jelas jauh berubah dengan mainan jentera demokrasi dan keselamatan di pihak BN.
* Tulisan di atas adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian Harakahdaily.net. Harakahdaily.net tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan berkenaan.
Malaysia membelakangkan Mufti
http://episodeperjuangan.blogspot.com/
1.Seketika negara kita dihebohkan oleh satu keputusan kabinet untuk menubuhkan satu Jawatankuasa Antara Agama dimana ianya dipengerusikan bersama oleh Dr Koh Tsu Koon dan Hajjah Illani Isahak.
2. Objektif yang diberikan sebagai alasan penubuhan Jawatankuasa ini ialah untuk menjadikannya ia sebagai satu wadah yang boleh menyelesaikan apa jua permasaalah dan kekeliruan yang timbul antara agama dalam negara ini .
3. Turut dijelaskan bahawa Jawatankuasa ini tiada komitmen peraturan atau undang - undang yang mengikat melainkan ia hanya satu jawatankuasa yang berupa forum atau dialog untuk mencari titik penyelesaian antara agama .
4. Baru - baru ini pula kita saksikan bagaimana mufti - mufti membantah tindakan kabinet terhadap penubuhan jawatankuasa tersebut . Akhirnya kerajaan bercadang untuk memberi penjelasan kepada mufti - mufti kenapa jawatankuasa ini perlu ditubuhkan . Apa yang menarik , jelas kita lihat sikap UMNO yang seringkali membelakangkan mufti dalam mengambil keputusan terutama dalam perkara yang melibatkan kepentingan agama Islam dan ummatnya .
5. Pihak mufti telah mencadangkan agar nama Jawatankuasa ini ditukar kepada suatu nama yang lain agar ia tidak memberi maksud yang mengelirukan ekoran sebelum ini telah wujud satu pertubuhan yang hampir sama dengan jawatankuasa antara agama sekalipun mempunyai matlamat yang berbeza iaitu IFC .
6. IFC sebelum ini dengan segala tindakan dan tuntutan mereka telah menimbulkan rasa tidak selesa dari kalangan ummat Islam terutama berkait dengan isu murtad dan menyamaratakan agama . Kini Jawatankuasa antara agama ditubuhkan oleh pihak kabinet dan sedikit sebanyak ia menimbulkan kekeliruan dikalangan ummat Islam .
7. Asasnya saya bersetuju dengan cadangan pihak mufti agar nama jawatankuasa tersebut ditukar kepada satu nama lain yang lebih jelas membawa matlamat dan objektif yang mahu dicapai sebalik penubuhan jawatankuasa tersebut . Mungkin Majlis Dialog Antara Agama atau Majlis Dialog Peradaban dan sebagainya lebih mengelak kekeliruan yang timbul .
8. Saya dan rakan - rakan pemuda PAS yang lain tidak bermasaalah dengan sebarang dialog dan perbincangan silang budaya , silang agama dan peradaban dalam usaha mengatasi segala salah faham dan kekeliruan timbul serta menamatkan segala prasangka yang hanya meletakkan kedudukan penganut pelbagai agama dalam negara ini dalam keadaan tegang dan bermusuh .
9. Malah agama Islam sendiri menggalakkan penganutnya berbincang , berdialog dan elakkan permusuhan bahkan apa yang diajar ialah membina kesejahteraan , keadilan dan kedamaian khasnya dalam masyarakat majmuk disamping kesucian agama Islam terus diperlihara dan tidak dipersenda .
10. Segala kekeliruan dan rasa sengketa antara satu sama lain hanya dapat diatasi apabila semua pihak mengambil langkah penyelesaian dengan :
* tenang tanpa gopoh dalam tindakan ,
* tindakan berasaskan kebenaran hujjah ,
* saling hormat menghormati ,
* jauhkan diri dari sebarang provokasi ,
* berbincang dalam menyingkap kekeliruan .
Ustaz Nasrudin Hassan at Tantawi,
Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat.
* Tulisan di atas adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian Harakahdaily.net. Harakahdaily.net tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan berkenaan.
Selepas arak, Zaid dituduh 'kaki judi'
Aidila Razak Apr 20, 10 10:13am |
Selepas berjaya menjawab pelbagai dakwaan berhubung beliau suatu ketika dahulu adalah peminum arak tegar, calon PKR pada pilihan raya kecil Hulu Selangor, Datuk Zaid Ibrahim kini berdepan satu lagi tohmahan - dia dikaitkan dengan judi.
Ditanya wartawan selepas ceramahnya di Ampang Pecah malam semalam, Zaid tidak menafikan beliau adalah tuan punya kuda itu yang dimilikinya ketika bersama Umno.
"Kuda itu sangat berjaya dan saya amat berbangga dengannya...tetapi itu sebelum saya menyertai Pakatan,” jelas Zaid.
Bagaimanapun bekas menteri itu berkata memiliki kuda lumba tidak boleh disamakan dengan berjudi.
"I
Meskipun Zaid tidak bertaruh dalam perlumbaan kuda tetapi nilai kudanya bergantung kepada prestasinya dalam perlumbaan berkenaan dan kepopularannya di kalangan kaki judi.
Justeru, kemungkinan penafian yang dia tidak terbabit dengan judi tidak diterima sepenuhnya.
Zaid, bagaimanapun mengalu-alukan pendedahan itu yang disifatkannya sebagai “perubahaan dalam politik”.
Menurutnya, Halili, yang berkempen untuk BN di Sungai Buaya malam semalam, memang telah dijangka berpaling tadah atas sebab peribadi dan bukannya prinsip.
Apapun kes dan tohmahan yang dilontarkan, Pakatan Rakyat mempunyai lima hari lagi memberi penjelasan sebelum pengundi Hulu Selangor membuat keputusan mereka pada Ahad ini.
PAS: Semua mantan PM kecuali Pak Lah minum arak
|
"Tak ada seorang pun daripada mereka itu yang tak pernah minum arak, kecuali (Abdullah) Badawi. Pak Lah saya akui, yang saya tahu, tak minum arak.
"Tetapi empat yang lain ini semua terlibat. Ada yang saya tengok dengan mata saya sendiri terlibat," katanya yang juga bekas pengarah pilihan raya pusat PAS.
B
"Kadangkala empat (dosa) sekali gus ada pada seorang," katanya yang mengaku mengetahuinya kerana pernah berada dalam kerajaan ketika parti itu bergabung dalam BN sekitar tahun 70-an.
Bagaimanapun, Mustafa memberi jaminan, PAS tidak akan mengikut rentak parti lawan dengan mengambil pendekatan yang sama kerana strategi tersebut "orang PAS tidak pernah buat".
"Tidak, tidak, tidak. Maknanya nak beri tahu, kalau PAS nak main isu ini, dah lama dulu PAS boleh main. Tetapi PAS tak buat, kita jaga etika.
"Ini apa yang kamu buat dulu, sekarang pun kamu masih terus (terlibat)," katanya ketika disoal sama ada PAS akan mengikut rentak yang sama dengan Umno selepas ini.
Ditanya sama ada PAS mahu menjadikan isu tersebut sebagai "peluru terakhir" dalam pilihan raya kecil Hulu Selangor kali ini, Mustafa sambil ketawa berkata:
"Tengoklah kalau (mereka) agak (sombong) sangat."
Katanya, isu melibatkan peribadi silam Zaid sengaja dimainkan Umno kerana parti itu tidak mempunyai sebarang lagi itu untuk "memukul" Zaid.
Mustafa juga berkata, selain Zaid, dua lagi pemimpin Pakatan yang sering menjadi mangsa serangan peribadi kali ini, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim sendiri.
"The Ibrahim brothers (adik-beradik Ibrahim)," guraunya lagi.
DAP cabar Umno buat pengakuan tak minum arak
Apr 20, 10 6:53pm
Pemimpin veteran pembangkang, Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur) mencabar Umno dan menteri-menteri kabinet beragama Islam untuk tampil membuat pengakuan bahawa mereka tidak pernah meminum alkohol, khususnya semasa muda.
Lim membuat cabaran itu ketika membahaskan rang undang-undang Akta Pemberi Maklumat.
Dakwanya, jika minum alkohol dijadikan kayu pengukur bagi memilih menteri-menteri BN, ramai pemimpin berkenaan akan tersingkir.
"Jika minum pada zaman lalu menghalang seseorang daripada memegang jawatan, kita akan kehilangan separuh daripada jemaah menteri, termasuk duta besar Malaysia ke Amerika Syarikat,” kata Lim.
"Biarlah kita tingkatkan standard politik dan pilihan raya di negara ini kerana ia gelanggang bagi berkhidmat kepada rakyat dan negara. Kita tidak patut mengheret serangan peribadi dan mengaibkan pemimpin dengan cara sedemikian,” katanya.
"Sebagai contoh, Lim berkata DAP telah mengarahkan kepada ahlinya supaya tidak menyentuh atau bercakap mengenai rakaman video Chua Soi Lek,” kata Lim lagi.
Hisham: Gambar minum arak, bogel - semua fitnah
Apr 20, 10 3:33pm |
Gambar bertindih (superimpose) Menteri dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein dan keluarganya yang tersebar di internet disifatkannya sebagai permainan kotor yang biasa berlaku dalam arena politik.
"Ini semua fitnah, selama ini saya malas melayan perkara sebegini dalam internet, jika mereka mahu terus-terusan memfitnah, terserah, kerana sedikit pun tidak akan menggugat keselamatan negara.
"Tetapi yang menjadi persoalan sekarang, mengapa mereka menggelabah dan melatah dalam konteks tuduhan yang dibuat terhadap pemimpin dan calon mereka di Hulu Selangor serta mengapa baru sekarang gambar ini dibangkitkan selepas lapan tahun," katanya.
Beliau berkata antara gambar yang tersebar termasuklah gambar seorang wanita berbogel yang didakwa sebagai anak beliau sedangkan beliau langsung tidak mengenali wanita itu.
Tambah menyedihkan, katanya, apabila isterinya turut menjadi mangsa apabila gambarnya ditindih dengan tangan seakan-akan makhluk asing selain gambar yang mendakwa Hishammuddin kaki botol dan kaki perempuan.
Dalam pada itu, beliau berkata pihaknya akan memastikan anggota polis ditempatkan di kawasan Parlimen Hulu Selangor mencukupi bagi mengawal keadaan terutamanya pada hari pengundian 27 April depan.
Bagaimanapun, beliau menjangkakan keadaan di Hulu Selangor terkawal sepanjang tempoh pilihan raya dan tidak sepanas berbanding pilihan raya kecil tempat lain sebelum ini.
"Contohnya pada hari penamaan calon, kalau hendak bandingkan dengan Ijok dan yang lain, jauh berbeza dan terkawal malah insiden yang dilaporkan hingga sekarang, tidak serius," katanya.- Bernama.
Dr M: Dalam cinta, perang, p'raya semua adil
Regina Lee
Apr 20, 10
5:42pm
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata tuduhan terhadap calon PKR bagi pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Hulu Selangor, Datuk Zaid Ibrahim yang didakwa minum arak, adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan.
"Orang kata dalam Bahasa Inggeris all is fair in love and war and in election," katanya.
Beliau merujuk kepada kempen memburuk-burukkan pihak lawan dalam pilihan raya kecil Hulu Selangor di mana calon PKR Datuk Zaid Ibrahim menjadi mangsa pemalsuan gambar oleh beberapa blog mesra BN."Saya dulu pun kena macam-macam. Dulu, ada orang kata saya ada isteri Cina di Singapura. Itulah politik. Orang yang dengar itu, patutlah buat penilaian sendiri," katanya berseloroh."Ditanya sama ada taktik sebegitu boleh memberikan undi kepada BN, beliau berkata, perkara itu masih sukar untuk diduga.
"Mungkin, mungkin tidak. Terpulang kepada pengundi untuk menilainya," katanya ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan ucapan kepada guru agama dan ahli sebuah NGO Islam di Masjid Wilayah Persekutuan hari ini.
Dakwaan kaki arak, judi - Zaid tak saman
Aidila Razak Apr 20, 10 5:26pm |
Meskipun diserang dengan pelbagai tohmahan dan dakyah daripada bloger pro-Barisan Nasional bagi mencemarkan imejnya, calon PKR, Datuk Zaid Ibrahim berkata dia tidak akan mengambil tindakan undang-undang.
“Anda tidak boleh mendakwa mereka yang membuat posting di blog mereka. Apa dakwaan yang boleh dikenakan ke atas mereka.
"Jika anda mula menyaman, anda tidak akan mempunyai masa untuk membuat perkara lain dalam hidup anda,” katanya dalam nada
bergurau pada sidang medianya di Kuala Kubu Baru, hari ini.
Zaid juga menafikan dakwaan dia seorang kaki judi dan menyamakan pemilikan kuda lumbanya seperti memiliki ayam sabung.'Raja Melayu juga ada kuda'
Katanya, ramai juga Raja-raja Melayu mempunyai kuda sambil menegaskan ia sejenis sukan.
Diminta mengulas pengunduran dua calon bebas, Zaid berkata ia tidak membawa sebarang perubahaan ketara.
"Pertarungan sebenar adalah PKR dan Umno. Ia pertarungan sengit, jika dengan MIC, ia akan cukup mudah,” katanya lagi.
Apa? Di rumah Zaid ada bar?
Masrum Dayat Apr 18, 10 9:05pm
orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebahagian prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain.
"Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang." (49:12)
“Seorang Muslim itu saudara bagi Muslim yang lain. Dia tidak menganiayanya dan tidak pula membiarkan dia teraniaya. Siapa yang menolong keperluan saudaranya maka Allah akan menolong keperluannya pula.
"Siapa yang menghilangkan kesusahan seorang Muslim, Allah akan menghilangkan kesusahannya di hari kiamat. Dan siapa yang menutup keaiban seorang Muslim, maka Allah SWT akan menutup keaibannya di hari akhirat." (HR Bukhari)
Saya hairan bagaimana ada yang tergamak bertanyakan Tuan Guru Hj Hadi Awang, Presiden PAS, dan beberapa pemimpin PAS yang lain, mengenai tohmahan yang dilemparkan terhadap Zaid dalam laman web atau blog.
Zaid ditohmah sebagai pewain atau peminum arak tegar dulu kini dan selamanya. Bukan itu sahaja laman web dan blog tersebut turut mempamerkan gambar-gambar “super-imposed” (gambar yang telah ditokok tambah supaya kelihatan real).
Itu kerja-kerja jahat yang keterlaluan!
Zaid dan keluarganya juga ditohmah apabila dikatakan di rumah beliau sendiri terdapat bar (ruang khusus di mana arak di sediakan).
Tidak cukup dengan tohmahan tersebut, arak dikatakan menjadi hidangan sarapan pagi, tengah hari dan makan malam.
Arak ibarat air jus mangga yang dihirup senaknya, tohmah laman web dan blog berkenaan.
Saya sering berpeluang ke rumah Zaid di Tropicana Golf & Country Resort. Orang putih kata seeing is believing.
Setahu saya di rumah beliau juga sering diadakan sidang akhbar yang dihadiri oleh pemberita dari pelbagai akhbar termasuklah Selangorkini, Harakah dsb. Tidak kelihatan bar atau minuman keras di rumah beliau.
Sedangkan menghisap rokok di rumahnya pun isteri Zaid, Datin Suliana, tidak benarkan, apatah lagi menghidangkan arak siap dengan barnya sekali!
Tentulah tohmahan semacam itu merupakan serangan yang biadab dan amat keterlaluan.
Setahu saya Allahyarham ayah Zaid merupakan seorang pendukung kuat PAS Kota Baharu semasa hayatnya. Zaid sendiri merupakan anak lelaki yang sering mengiringi Almarhum ayahnya ke ceramah-ceramah PAS.
Zaid dan isterinya juga telah beberapa kali mengerjakan umrah sebelum berpeluang mengerjakan ibadah haji pada tahun lepas (2009).
Pada saya, tidak mungkin Zaid sanggup berbelanja ribuan ringgit untuk mengerjakan ibadah umrah dan haji kalau di dalam hati sanubarinya sarat dengan “penentangan terhadap hukum-hukum Allah” dan tiada sifat mahu mengabdikan diri kepada Allah.
Apakah menunaikan fardu haji dan berbuat kebajikan kepada lebih 5000 orang kurang upaya yang berdaftar dengan Yayasan beliau di Kelantan itu bukan manifestasi ketaatan kepada Allah Rabul Jalil?
Siapa dia Zaid
Hishamuddin Rais Apr 19, 10 1:10pm |
Ini cerita lama. Tapi baik juga untuk dibuka kembali agar kita semua dapat tahu apa yang berlaku puluhan tahun dahulu.
Cerita-cerita ini kalau baik kita jadikan tauladan. Kalau tidak molek dapat kita jadikan sempadan. Kalau tidak pun kita baca untuk ketawa.
Ceritanya bagini:
Saya ingat lagi pada tahun 1972 - ketika itu saya anak mahasiswa yang mengulang tahun satu di Universiti Malaya. Saya telah aktif dalam perjuangan gerakan mahasiswa sejak dari awal tahun pertama lagi.
Pada tahun itu, ketika Kongres Tahunan Persatuan Kebangsaan Pelajar-Pelajar Malaysia (PKPM ), saya telah dilantik untuk menjadi setiausaha agung.
Badan yang bernama PKPM ini telah diharamkan pada tahun 1974 - sesudah demo pelajar menyokong warga Baling.
Ketika saya dilantik sebagai setiausaha agung PKPM – perang Vietnam sedang rancak. Kuasa imperial Amerika sedang melancarkan perang kolonial ke atas Vietnam, Laos dan Kamboja – sama seperti yang sedang berlaku di Iraq dan Afghanistan hari ini.
Justeru dalam Kongres PKPM tahun 1972 itu ada terdapat resolusi yang mengutuk imperialis Amerika Syarikat dan menyokong perjuangan menuntut keadilan oleh rakyat Indo China.
Ketetapan yang dibuat dalam kongres akan menjadi dasar persatuan sehingga ke kongres tahun hadapan.
Pada zaman itu gerakan mahasiswa cukup rancak.
Saya adalah seorang ahli kelab sosialis yang aktif. Justeru pandangan politik saya adalah kiri. Buku dan akhbar yang saya baca adalah kiri. Negara dan pemimpin negara yang saya hormati adalah dari jalur kiri.
Berdasarkan resolusi PKPM yang anti-Amerika, saya telah memasang poster-poster anti-perang Vietnam yang kami terima dari International Union of Students yang berpangkalan di Prague.
Rupa-rupanya ada juga kumpulan mahasiswa, terutama dari PMUKM yang yang tidak bersetuju dengan pemasangan poster ini. Lalu saya dikritik sebagai setiausaha agung PKPM yang tidak bertanggungjawab.
Sebenarnya isu poster anti-perang Vietnam ini hanya alasan. Kritikan ini datang dari pelajar reaksionari bermazhab
kanan.
Akhirnya satu persidangan tergempar telah diadakan. Persidangan ini diadakan di Dewan Majlis Persatuan Universiti Malaya. Saya ingat lagi petang itu – delegasi dari PMUKM, dari Serdang College, dari Institut Teknologi Kebangsaan, KSITM dan tuan rumah PMUM turut hadir.
Saya dapat merasakan seolah-olah telah ada persetujuan untuk menyingkirkan saya dari PKPM.
Idris Jusi, dari PMUKM mula bercakap membuka kes tentang saya yang dikatakan tidak mengikut dasar PKPM dan dilihat pro-komunis. Dari KSITM, presidennya Zahari tidak pula bercakap. Yang banyak bercakap ialah Ibrahim Ali.
Pandangan-pandangan kanan dan reaskioner bertaburan pada petang itu.
Sebelum keputusan dibuat untuk menyingkirkan saya dari PKPM, tiba-tiba seorang wakil delegasi dari KSITM mengangkat tangan untuk berucap.
Saya masih ingat lagi anak muda itu. Dia kurus lansing dan kacak. Berkulit sawo matang. Anak muda ini memakai seluar hitam dan berbaju biru.
Mustahil saya akan melupakan susuk ini. Sampai akhir hayat saya ingat apa yang berlaku pada petang itu. Tidak mungkin saya akan lupa kerana pada petang itu saya sedang disalib.
Masih terngiang di telinga saya hingga ke hari ini apa yang dikatakan oleh anak muda itu:
“Sebelum dia dibuang, dia berhak untuk diberi peluang bersuara. Ini adalah cita-cita demokrasi pelajar… dan ini adalah hak dia.”
Saya terperanjat kerana tidak ada sesiapa dari persatuan lain yang menyokong saya kecuali PMUM.
Saya terperanjat kerana anak muda ini berani 'pecah regu' untuk menyokong saya. Saya kagum atas keberaniannya.
Saya tidak kenal anak muda ini. Tapi saya tahu anak muda ini datang dari KSITM – satu persatuan pelajar yang saya anggap reaksionari.
Bila saya selidiki baru saya sedari anak muda ini ialah Zaid Ibrahim – pelajar jurusan undang-undang Institut Teknologi Mara. Saya juga difahamkan si Zaid ini datang dari Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR) seteru kuat sekolah saya, MCKK.
Semenjak petang itu saya tidak bertemu dengan Zaid Ibrahim. Kami meneruskan keyakinan diri.
Saya difahamkan Zaid telah menjadi seorang peguam yang berjaya. Saya terus menjadi diri saya.
Lima tahun dahulu seorang kawan dari MCKK mengajak saya untuk menjadi ahli Civil Society of Malaysia.
Ini badan hak asasi manusia yang cuba diwujudkan oleh Zaid Ibrahim. Cuma ada 'catch' - sesiapa yang ingin menjadi ahli wajib membayar RM250.
Jumlah ini agak berat untuk saya - lalu saya menolak jemputan ini.
Seminggu sebelum NGO ini berkumpul dan bersidang, saya telah mendapat panggilan telefon mengatakan bahawa RM250 telah dibayar oleh Zaid Ibrahim.
Saya hairan kerana seumur hidup saya – saya belum pernah bercakap sepatah pun dengan susuk ini. Dari panggilan telefon - saya telah diberi kebenaran untuk datang ke persidangan pertama Civil Society ini di Hotel Renaisance.
Inilah kali kedua saya melihat Zaid Ibrahim. Kali kedua ini agak berbeza. Anak muda kurus yang berbaju biru dan berseluar hitam dahulu telah agak bersisi.
Rambutnya telah dicantikan oleh anyaman uban. Baju dan pantalon yang dipakainya kelihatan dari jenis yang baik dan bermutu. Nah! Pastilah dia telah berjaya hinggakan sanggup membayar yuran untuk orang yang tidak dikenalinya.
Dua hari sebelum nama Zaid Ibrahim dimahsyurkan sebagai calon di Hulu Selangor, saya telah pergi menemuinya.
kawasan lumayan yang hanya 30 minit dari Serendah Hulu Selangor.
Mata saya memerhati dengan rapi untuk mengetahui lebih dalam lagi manusia yang bernama Zaid Ibrahim ini.
Rumahnya tidak mengancam tapi pastilah lebih luas dari bilik sewa saya. Dalaman tidak lucah dan bukan bermotifkan budaya 'arriviste – horray henry' yang sering kita temui di wilayah-wilayah mewah.
Tujuan saya datang kerana ingin bertanya apakah dia masih ingat lagi apa yang terjadi di Dewan Majlis PMUM 38 tahun dahulu.
Zaid termenung sebentar sebelum mengakui yang dia pernah datang ke PMUM untuk bermesyurat. Tetapi tidak ingat apa tujuan dia hadir. Malah dia juga tidak ingat bahawa pada petang itu yang disalib ialah saya.
Saya tidak merasa kecewa kerana si Zaid tidak mengingati episod itu.
Inilah perjalanan hidup kita sebagai manusia . Terpencar pencar - ada yang kita ingati dan ada yang kita lupakan.
Untuk kita – perkara yang ini mungkin penting dan untuk orang lain perkara yang sama adalah 'non event – tidak ada apa apa yang penting'.
Kenapa saya menulis kisah ini? Saya menulis kerana susuk yang bernama Zaid Ibrahim ini sedang berkempen untuk memenangi kerusi di Parlimen.
Saya menulis ini kerana saya yakin bahawa manusia yang bernama Zaid Ibrahim ini adalah manusia demokrat.
Tiga puluh lapan tahun dahulu – ketika kami masih lagi anak pelajar - si Zaid ini telah memperlihatkan sifat jujur dan demokratnya.
Pada petang itu – 38 tahun dahulu - si Zaid telah tidak terpengaruh dengan tohmah anti-komunis, anti-kiri dan anti-sosialis.
Jika saya warga Hulu Selangor saya merasa senang hati untuk menobatkan Zaid Ibrahim sebagai wakil suara saya di Parlimen.
Rasuah 10 bilion setahun, apa cerita menteri-menteri semua
http://idrisahmad.wordpress.com |
PAS berkongsi kebimbangan rakyat di atas kenyataan Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd Sidek Hassan bahawa perbuatan rasuah dalam perkhidmatan awam berpotensi untuk menyumbang kerugian bernilai RM 10 bilion setahun. |
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan masih berhutang 48 CCTV sejak 2007
http://limguaneng.com |
Tiga tahun lalu, pada tahun 2007, di bawah Rancangan Bandar Selamat, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah membuat janji membekalkan 48 CCTV untuk dipasang di kawasan-kawasan hitam dikenalpasti Polis Di-raja Malaysia (PDRM) di seluruh negeri Pulau Pinang. Jumlah tersebut termasuk pemasangan 24 CCTV di bahagian pulau dan 24 di Seberang Perai, Pulau Pinang. |
Satu lagi campur tangan BN dalam kebebasan media TV, penerbit TV2
MerdekaRiview | |
MerdekaReview | Apr 28, 2010 01:07:24 pm
|
Lagi penerbit TV dakwa campurtangan politik | ||
|
Dalam rencana di blognya, penerbit dokumentari itu, Chou Z Lam, mendedahkan rancangan itu diarah tidak disiarkan oleh Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Ibrahim Yahaya.
"Pengarah berita RTM, Datuk Jumaat Engson berkata dokumentari itu ditarik balik kerana ia mempunyai elemen yang sensitif yang mungkin memudaratkan BN pada pilihan raya kecil Sibu akan datang dan juga pilihan raya negeri Sarawak,” kata Chou.
Chou se
Dakwaan Chou (kanan) itu timbul kurang seminggu selepas penerbit ntv7, Joshua Wong meletakkan jawatanya kerana mendakwa terdapat campur tangan politik yang melampau dengan kerjanya.
Dokumentari sembilan bahagian Chou adalah untuk rancangan "Galeri Mandarin Nasional" di TV2 dan bermula Isnin lalu sehingga 7 Mei menerusi slot waktu 12.20 petang hingga ke 12.30 petang. Dua episod pertama bermula Isnin lalu.
'Rakyat didahulukan' atau 'politik didahulukan'?
Episod seterusnya yang dijadualkan hari ini yang memaparkan impak sosial pembinaan empangan Bakun di kawasan pribumi di Belaga yang terpaksa dipindahkan ke Sungai Asap dan Sungai Koyan pada tahun 1998 dihentikan.
"Ini adalah contoh campur tangan kerajaan dalam berita semasa dan selepas pilihan raya kecil Hulu Selangor,” kata Chou.
Chou berkata tindakan itu amat bertentangan dengan gagasan 1Malaysia yang dicanangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang menekankan kepentingan rakyat didahulukan.
"Jika pilihan raya kecil Sibu dan pilihan raya Sarawak adalah punca dokumentari itu ditarik balik, RTM sebenarnya melaksanakan 'politik didahulukan',” katanya.
Chou berkata beliau cuba membawa perkara itu ke perhatian timbalan menteri, Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Heng Sai Kee agar beliau dapat membantu membatlkan arahan berkenaan.
Chou juga merayu kepada Ibrahim (kanan) untuk mempertimbangkan semula larangannya itu demi kredibiliti RTM dan kepentingan penduduk pribumi di Sarawak.
Ketika dihubungi Malaysiakini, ketua pengarah penyiaran itu menafikan bahawa beliau yang membuat larangan berkenaan.
“Saya tidak membuat arahan itu...awak sepatutnya tanya kepada Chou,” katanya dengan ringkas.
Bagaimana kalau Umno yang bagi RM4 juta - Husam
Harakahdaily |
KOTA BHARU, 1 Mei: Exco kerajaan negeri Kelantan, Datuk Husam Musa memberikan andaian, duit RM4 juta yang dinyatakan diterima oleh seorang blogger, Kickdefella adalah datang dari Umno untuk menjatuh bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi. Husam tidak menamakan mana-mana pemimpin Umno tetapi beliau turut mengaitkan serangan Tun Dr Mahathir terhadap Tun Abdullah dalam tulisannya. Kickdefella (gambar) dalam tulisan terbarunya telah mengulas tulisan Husam ini dengan bertanya, "Adakah penulis cuba memberitahu bahawa RM4 juta itu adalah untuk membeli gandum, serbuk penaik, majerin dan telor? Kalau benar bererti penulis tahulah pasal RM4 juta itu. Adakah penulis tahu dari mana RM4 juta itu datang? Terserahlah kepada beliau untuk menjawabnya. "Saya berhasrat untuk menulis berhubung dengan sumber datangnya separuh dari jumlah duit itu dengan tujuan memberi ruang pernafasan kepada penulis, terutama setelah saya dipanggil oleh SPRM, tetapi nampaknya penulis telah terlebih dahulu tercerut saraf lawannya dalam kancah politik Kelantan." Husam dalam tulisannya juga juga mengulas, setahu beliau, gerak saraf tak burukkan orang. Itu perang saraf. "Gerak saraf ajak orang sokong kita atas kebaikan kita," katanya. Di sinilah, beliau mendakwa, Umno yang bayar RM4 juta itu dengan kenyataan: |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan