Erykah Badu hadapi tuduhan tak senonoh
2010/04/04
DALLAS: Penyanyi dan penulis lirik, Erykah Badu semalam menghadapi tuduhan berkelakuan tidak senonoh kerana rakaman muzik bogelnya di Plaza Dealey di sini.
Rakaman itu berakhir dengan Erykah berlakon seolah-olah ditembak di kepala di tempat Presiden John F Kennedy dibunuh pada 1963.
Jurucakap polis, Warren Mitchell berkata, keputusan mendakwa Erykah diambil selepas pihaknya menerima aduan bersumpah daripada seorang saksi, Ida Espinosa, 32.
Penyanyi berkenaan boleh didenda AS$500 (RM1,600) jika sabit kesalahan. - Agensi
Malang nasib remaja perempuan
mfirdaus@hmetro.com.my
2010/04/04
KUALA LUMPUR: Malang buat seorang remaja perempuan berusia 16 tahun apabila dicekup pihak berkuasa beberapa langkah dari pintu sebuah pusat hiburan di Jalan Ipoh, di sini, ketika cuba meloloskan diri, awal pagi semalam.
Remaja terbabit yang dipercayai di bawah pengaruh dadah dikatakan meronta-ronta sebaik ditahan.
Selepas lebih lima minit meronta, remaja terbabit kemudian ‘tersengih’ sebelum menyerah diri sebaik menyedari taktiknya tidak berhasil.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Kang Chez Chiang, berkata dalam serbuan dilakukan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman kira-kira jam 2.30 pagi itu, seramai 58 individu ditahan kerana positif dadah.
“Daripada jumlah itu seramai 12 wanita, termasuk seorang remaja bawah umur, turut ditahan. Semua ditahan berusia antara 13 hingga 50 tahun,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Jiran marah aksi bintang sukan
HERTFORDSHIRE, England - Seorang bintang bola sepak kelab Tottenham, Jermain Defoe ditangkap bersama seorang wanita muda semasa mereka melakukan hubungan seks di dalam sebuah kereta berdekatan taman kanak-kanak pada Selasa lalu, lapor sebuah akhbar semalam.
Bintang itu mungkin berdepan hukuman enam bulan penjara dan denda 5,000 euro (RM22,000) kerana berkelakuan tidak senonoh di tempat awam.
Defoe didapati keluar dari rumahnya di Cuffley dengan berjalan kaki dan memakai baju penutup kepala pada pukul 8 malam sebelum menaiki sebuah kereta Toyota RAV 4 berwarna biru yang diletakkan tidak sampai 50 meter dari rumahnya.
Apabila memasuki kenderaan itu, Defoe mengarahkan seorang gadis berambut merah untuk memandu ke satu jalan mati di kawasan rumah mewah dan menghentikan kenderaan tersebut sebelum dia beralih kedudukan di bahagian belakang.
"Masih ada cahaya lampu dan sesiapa sahaja boleh melihat apa yang berlaku.
"Mereka berbual seketika sebelum gadis itu hilang daripada pandangan.
"Memang jelas apa yang mereka lakukan dan gadis tersebut menemuinya hanya untuk satu tujuan sahaja," kata seorang jurugambar yang melihat aksi mereka.
Tindakan Defoe telah mengundang kemarahan jiran-jirannya.
Terdapat dua individu dan sebuah keluarga berjalan melintasi kereta mereka semasa Defoe dan gadisnya itu melakukan hubungan seks.
Namun, Defoe kemudian keluar dari kenderaan tersebut dan berjalan pulang seolah-olah tidak ada apa yang berlaku. - Agensi
Ibrahim mahu bongkar rahsia Zaid
|
|
BATANG KALI - Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali (gambar) malam tadi muncul di pentas ceramah Barisan Nasional (BN) untuk menyokong calon BN, P. Kamalanathan yang bertanding dalam pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor.
Beliau berkata, adalah satu dosa sekiranya beliau tidak datang ke Hulu Selangor untuk menyokong Kamalanathan demi kepentingan orang Melayu dan negara.
Menurut Ibrahim, beliau mengenali calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zaid Ibrahim yang bertanding dalam pilihan raya kecil itu sejak tahun 1972 ketika menuntut di Institut Teknologi Mara (ITM - kini Universiti Teknologi Mara).
Ketika itu, Ibrahim merupakan Presiden Persatuan Pelajar ITM manakala Zaid ialah timbalannya.
"Zaid kemudiannya dipecat kerana kerjanya asyik berjoget-joget," kata Ibrahim ketika berucap pada ceramah di Bandar Utama Batang Kali di sini malam tadi sambil disambut dengan gelak ketawa para hadirin.
Ibrahim memberitahu, beliau akan membuat pendedahan mengenai Zaid pada 21 dan 23 April ini dalam program ceramah pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor.
Zaid: Minum arak cerita lama | |||
|
Katanya, dakwaan beliau meminum arak adalah cerita lama.
"Itu cerita lama. Kalau mereka nak ungkit, ungkitlah. Saya dah minta maaf dengan Allah s.w.t.
"Apapun kelemahan saya, apapun ketidaksempurnaan, saya adalah seorang manusia dan mampu jadi wakil rakyat. Saya tidak hipokrit, apa yang silap, silaplah," katanya kepada pemberita.
Beliau ditemui semasa berkempen dari rumah ke rumah di sebuah perkampungan estet India di Kerling di Hulu Selangor.
Zaid berkata apa yang membezakan antara beliau dengan pemimpin lain ialah beliau tidak bersikap hipokrit.
“Saya bukan seperti pemimpin Umno. Mereka hiprokit.
"Kalau orang tanya kes-kes tertentu, mereka kata terlalu kecil. Tetapi bagi saya, saya jawab. Saya percaya rakyat Hulu Selangor boleh menilai manusia Zaid Ibrahim ini sama ada dia layak jadi wakil rakyat. Kalau layak saya menanglah, kalau tak layak, tak layaklah," katanya.
Bekas menteri itu berkata demikian ketika mengulas dakwaan beliau adalah seorang kaki botol tegar seperti dilaporkan oleh beberapa blog.
Malah, semalam Zaid mengakui kepada pemberita bahawa pernah minum alkohol seperti yang didakwa oleh BN dalam kempen mereka.
Tetapi katanya, perkara itu dilakukannya ketika masih muda dan beliau kini sudah insaf.
Pilihan raya kecil 25 April ini menyaksikan pertandingan empat penjuru antara Zaid, calon Barisan Nasional (BN) P Kamalanathan dan dua calon bebas iaitu VS Chandran dan Johan Md Diah.
Kerusi parlimen itu kosong berikutan kematian penyandangnya Datuk Zainal Abidin Ahmad pada 25 Mac lalu akibat barah otak
Minum arak: Hisham minta jangan kaitkan Umno | ||
|
"Dulu mereka gunakan maklumat-maklumat di dalam blog untuk mengiakan tuduhan dan hujah mereka terhadap Umno dan Barisan Nasional (BN). Pada masa tu kita tidak pula suruh mereka membuktikannya.
Beliau sebelum itu menghadiri Program Bersama Rakyat di Taman Sri Cahaya, Batang Kali di Hulu Selangor yang turut dihadiri Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara Datuk Alwi Ibrahim dan Anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Kali Mohd Isa Abu Kassim.
Semalam, Naib Presiden PKR Azmin Ali dilaporkan mencabar Umno supaya membuktikan dakwaan bahawa Zaid mempunyai tabiat buruk termasuk suka meminum arak.
"Dunia ini bulat...apa yang dia (pembangkang) sebelum ini guna untuk tuduh kita, sekarang ini dah terbalik terkena pada muka mereka sendiri," katanya.
Hishammuddin berkata, pembangkang juga kelihatan ketandusan idea kerana berterusan menggunakan isu Apco bagi menyerang kerajaan, bukannya menerangkan pendekatan yang akan diambil bagi memajukan kawasan dan membela rakyat.
B
Bagi membuktikan ketelusan, Kementerian Dalam Negeri, katanya, telah mengambil empat langkah, termasuk membuat laporan polis berhubung kenyataan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendakwa terdapat perisik Israel di Bukit Aman.
Katanya, beliau juga telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membuka kertas siasatan serta membawa perkara itu ke Majlis Keselamatan Negara (MKN) selain mengesyorkannya untuk diteliti Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Ahli Parlimen.
Hishammuddin juag menganggap isu tersebut hanyalah mainan pembangkang untuk mengalih perhatian rakyat di atas kegagalan mereka membawa perubahan kepada negeri Selangor secara umum dan Hulu Selangor khasnya.
"Itu biasa, apabila mereka ketandusan perjuangan dan isu pokok yang boleh menyentuh jiwa dan sanubari rakyat seperti apa yang kita lakukan, maka mereka tak ada pilihan lain selain membuat tuduhan kepada kerajaan pusat dan menyerang peribadi pemimpin-pemimpin BN," katanya
Terdahulu, Hishammuddin menyerahkan surat kelulusan permohonan taraf kewarganegaraan, sijil warganegara dan daftar lewat kelahiran kepada 15 orang penduduk.
- Bernama
Hari pertama kempen dicemari insiden baling botol | |||
|
Ali mendakwa sebanyak tiga hingga empat biji botol dibaling oleh mereka ke arah hadirin yang berulang-alik di situ.
Katanya tindakan provokatif itu dilakukan seramai kira-kira 30 hingga 40 orang Pemuda BN yang berada di pondok panas mereka yang terletak bersebelahan dengan padang berkenaan.
Tiindakan membaling botol itu mencetuskan kemarahan hampir 30 penyokong Pakatan.
Mereka kemudiannya meluru ke arah Pemuda BN sambil meminta agar penyokong kerajaan itu memberi kerjasama, menjaga adab dan menghormati program tersebut tanpa sebarang gangguan.
Malaysiakini turut mendapati beberapa wakil dari Pemuda BN cuba memujuk penyokong mereka agar bertenang dan mengendurkan keadaan.
Sebelum itu, penyokong BN bersorak dan menjerit tanpa henti bagi mengganggu ucapan beberapa pemimpin Pakatan antaranya Naib Presiden PKR Mustaffa Kamil Ayub; ahli parlimen Puchong dari DAP Gobind Singh Deo dan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Shamsul Iskandar yang sedang menyampaikan ceramah mereka.
Selepas campur tangan polis, ceramah malam semalam berjalan lancar dan pemimpin Pakatan menggunakan peluang itu bagi menempelak tindakan Pemuda BN.
BN serang peribadi calon, usir Malaysiakini | |||
|
Katanya, selain sudah berubah setelah menyertai PKR, Zaid juga sudah mengerjakan haji dan adalah tidak wajar untuk mengungkit sejarah silam seseorang bagi mengaibkannya.
"Kita tidak harus menghukum beliau dalam keadaan sekarang yang sudah berubah...Barisan Nasional (BN) patut malu untuk menggunakan taktik kotor dan bukan bercakap soal peribadi seorang yang sudah berubah.
"Tuhan mana-mana pun, Tuhan Kristian ke, Tuhan Hindu ke, orang Buddha, Muslim ke...bila seseorang itu sudah bertaubat dan berubah, orang lain tidak ada hak untuk menghukum mereka, Tuhan pun tidak akan menghukum mereka," katanya di Hulu Selangor hari ini.
Antara mereka yang berbuat demikian ialah ketua menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, ketika ceramahnya kepada kira-kira 50 orang yang hadir.
"Datuk Zaid dah tak minum lagi"
“Dia cakap dia dah tak minum lagi," katanya yang disambut dengan senyuman daripada para hadirin.
"Aku bukan nak mengata kau (Zaid), aku cuma dengar cerita. Bukan saya kata...," katanya.
"Dia kata Datuk Zaid dah tak minum lagi. Betul ke? Orang kata Datuk Zaid minum. Sekarang Datuk Zaid dah tak minum lagi.
"Satu lagi orang kata, Datuk Zaid baru balik haji. Dah dia nak bela, beria-ria," katanya.
Selain percubaan mengaibkan Zaid, peribadi berberapa pemimpin Pakatan Rakyat juga diserang habis-habisan oleh BN.
Bagaimanapun, masyarakat Felda di kawasan itu nyata lebih arif dengan penyebaran foto-foto intim Elizabeth Wong, exco kerajaan Selangor, yang giat dilaporkan media pada April tahun lalu.
Ungkit gambar bogel
"Ada juga yang nak bela Elizabeth Wong, yang terlanjang bogel. Betul tak? Siapa dah tengok gambar dia?," soalnya yang disambut dengan gelak ketawa daripada hadirin.
Program berkenaan jelas dilihat sebagai satu program kempen pilihan raya, namun penganjur program berkenaan mendakwa ia adalah satu program tertutup untuk jemputan khas sahaja.
Sek
"Saya minta untuk berhenti rakam. Datuk tak mahu rakam," kata seorang lelaki yang cuba kelihatan seperti seorang yang penting.
Krew Malaysiakini bagaimanapun bertegas untuk terus berada di lokasi tersebut, yang terletak kira-kira 70 kilometer daripada Kuala Kubu Bharu.
Malaysiakini diusir
Setelah terus didesak beberapa kali oleh kumpulan lelaki berkenaan dalam perbincangan yang berlarutan sehingga kira-kira 15 minit, Malaysiakini terpaksa menghentikan rakaman bagi mengelakkan sebarng kejadian yang tidak diingini.
Walaupun rakaman video telah dihentikan, namun kehadiran Malaysiakini terus tidak disenangi oleh pemimpin BN.
Seorang lelaki yang diperkenalkan sebagai pengerusi jawatankuasa kemajuan kawasan rancangan berkenaan turut mahu wartawan Malaysiakini meninggalkan kawasan tersebut.
Hadir bersama di program berkenaan ialah menteri besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hassan, ahli parlimen Pasir Salak Datuk Tajuddin Abdul Rahman dan juga pengerusi Felcra Datuk Ramli Bohani.
PKR dakwa SPR seperti parti komponen BN | |||
|
Fuziah juga mendakwa pengundi berkenaan tidak dimaklumkan berhubung pertukaran tempat mengundi yang baru.
Katanya, tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) itu seolah-olah ia parti komponen Barisan Nasional (BN) yang bertujuan mengurangkan undi kepada Pakatan Rakyat.
"Ini seolah-oleh SPR bertindak seolah-olah parti komponen BN, ia juga menunjukkan SPR melakukan tindakan ini (pindah pusat pengundiaan) dengan sengaja dan strategi SPR untuk menjatuhkan PKR," katanya.Ahli parlimen Kuantan itu juga mendakwa perkara yang sama berlaku di Selangor pada pilihan raya umum 2004.
Gelora lihat tubuh kerani
am@hmetro.com.my
2010/04/19
KUALA LIPIS: Tua miang keladi. Itu panggilan paling layak diberikan kepada seorang lelaki yang bergelar haji apabila mengambil kesempatan mencabul pekerjanya ketika mangsa menjalankan tugas hariannya sebagai kerani di sebuah syarikat swasta di bandar ini, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, mangsa berusia 21 tahun membongkar perbuatan terkutuk itu kepada ibunya selepas tidak tahan sikap majikannya yang kerap melakukan gangguan seksual.
Sebelum kejadian, mangsa yang menjalankan tugasnya dihampiri majikannya itu dari belakang sebelum lelaki terbabit memeluknya dan cuba mencium pipi.
Terkejut dengan tindakan lelaki terbabit, mangsa cuba melepaskan diri sambil merayu tidak diapa-apakan sebelum suspek melepaskannya.
Difahamkan, lelaki terbabit tidak dapat menahan gelora nafsu selepas melihat keayuan wajah mangsa sebelum menunggu peluang melakukan perbuatan tidak senonoh itu.
Ketua Polis Daerah Kuala Lipis, Superintendan Abdul Razak Hassan, berkata ibu mangsa yang sukar mempercayai perbuatan majikan anaknya itu membuat laporan kejadian terbabit di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Lipis, petang kelmarin.
Menurutnya, polis menahan lelaki terbabit di rumahnya di bandar ini sebelum dibawa ke IPD Kuala Lipis untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.
Katanya, polis akan merujuk kertas siasatan berhubung kejadian terbabit kepada timbalan pendakwa raya untuk memutuskan kes itu akan didakwa atau sebaliknya.
Abdul Razak berkata, berikutan itu, mangsa berhenti kerja di syarikat berkenaan kerana trauma dicabul majikan.
DUNIA
Tiger Woods akui tiduri 120 wanita
LOS ANGELES - Bukan 13 seperti yang didedahkan beberapa laporan sebelum ini, sebaliknya bilangan sebenar wanita yang pernah tidur dengan pemain golf No.1 dunia, Tiger Woods sepanjang lima tahun perkahwinannya dengan bekas model, Elin Nordegren adalah 120 orang, lapor sebuah akhbar semalam.
Angka tersebut berdasarkan laporan majalah Amerika Syarikat (AS), National Enquirer pada minggu ini.
Satu sumber majalah itu menyatakan bahawa bintang golf tersebut menyenaraikan semua wanita yang pernah ditidurinya semasa dia menjalani terapi ketagihan seks.
Woods, 34, menjalani rawatan ketagihan seks di klinik pemulihan Gentle Path di negeri Mississippi, AS, pada awal tahun ini.
Bagaimanapun, majalah sama memberitahu, kecurangan Woods, 34, dengan anak gadis jirannya yang berusia 21 tahun merupakan tamparan paling hebat buat isterinya berhubung skandal seks suaminya itu.
Majalah National Enquirer mendakwa ibu anak dua itu akhirnya memutuskan mahu bercerai setelah majalah itu mendedahkan permainan cinta suaminya dengan anak jirannya, Raychel Coudriet.
Antara wanita yang pernah ditiduri Woods termasuk model majalah Playboy, Loredana Jolie dan pengurus hiburan kelab malam, Rachel Uchitel.
Majalah berkenaan memetik sumber sama memberitahu bahawa Woods tidak menamakan Rachel dalam senarai wanita teman tidurnya itu.
Majalah National Enquirer mendakwa, skandal Woods-Rachel berlaku pada Mei tahun lalu dan lokasinya cuma beberapa meter dari tempat isterinya menyusukan anak bongsu mereka yang baru lahir.
Skandal seks Woods itu terbongkar selepas dia terbabit dalam satu kemalangan kereta di luar rumahnya di Florida pada November tahun lalu. - Agensi
DUNIA
Model didakwa perdaya pemimpin pembangkang
|
|
MOSCOW – Seorang wanita jelita yang dikenali sebagai Katya memperdaya pengkritik-pengkritik Perdana Menteri Rusia, Vladimir Putin dengan merakamkan adegan seksnya bersama mereka, lapor sebuah akhbar semalam.
Mangsa terbaru model amatur itu ialah wartawan radio, Viktor Shenderovich, 52, yang telah berkahwin dan mempunyai seorang anak perempuan.
Shenderovich mengakui curang terhadap isterinya kerana menjalin hubungan sulit dengan Katya atau nama sebenarnya Ekaterina Gerasimova, tetapi pada masa yang sama lelaki itu mendakwa, dia diperangkap oleh agensi perisikan rahsia Rusia, terutamanya konco-konco Putin.
Shenderovich sebelum ini mengkritik hebat Putin kerana mengamalkan rasuah dan membunuh musuh-musuh politiknya.
Wartawan itu mengaku curang setelah klip video yang menyiarkan adegan seksnya bersama Katya di sebuah flat di sini, disiarkan di Internet.
Semua enam pengkritik Putin yang menyokong pihak pembangkang Rusia telah diperdayakan oleh Katya untuk melakukan hubungan seks di flat berkenaan, pusat bandar Moscow.
Selain Shenderovich, klip-klip video seks melibatkan Katya yang disunting dengan teliti, turut menampilkan dua pemimpin pembangkang, Alexander Potkin dan Eduard Limonov.
Potkin mengakui aksinya dirakam secara rahsia semasa bersama Katya.
“Kini, tiada lagi jaminan bahawa kehidupan peribadi anda dilindungi (oleh pemerintah Rusia),” katanya.
Seorang lagi mangsa Katya, Ilya Yashin iaitu ketua kumpulan pembangkang Solidarity, mengakui menjalin hubungan seks singkat dengan Katya yang didakwanya seorang ejen perisikan rahsia.
Yashin memberitahu, dia menamatkan hubungan dengan Katya sejak 2008 lalu setelah tindak tanduk wanita itu yang menawarkan hubungan seks ganjil telah menyebabkannya mengesyaki bahawa dia ialah seorang ejen perisik.
Dia bertanya kepada Katya sama ada aksi mereka sedang dirakamkan namun wanita itu menafikannya.
Namun, sejurus selepas Katya mengeluarkan sejumlah kecil dadah kokain, Yashin berkata, dia terus keluar dari flat tersebut.
Yashin bertegas bahawa dia tidak berasa bersalah kerana melakukan hubungan sulit itu.
Sebelum ini, satu lagi klip video seks membabitkan seorang pengarang majalah Newsweek edisi Rusia, Mikhail Fishman disiarkan di Internet selepas dia menyiarkan beberapa laporan mengkritik pentadbiran Putin.
Klip itu menunjukkan dia menghisap kokain manakala Kayta dilihat mundar-mandir sambil berbogel di dalam flat itu, yang dipercayai disewa oleh agensi perisikan Rusia.
Kesemua rakaman adegan seks itu dilakukan secara profesional, dipercayai oleh pihak berkuasa Rusia untuk memenuhi dua obejktif iaitu memusnahkan reputasi dan memeras ugut individu yang mengkritik pentadbiran Putin.
“Sekiranya mereka enggan tunduk kepada Putin, klip video itu akan disebar,” kata Shenderovich.
Pihak pentadbiran Putin bagaimanapun, menafikan bahawa pihak berkuasa negara itu terbabit dalam komplot tersebut. – Agensi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan