Sabtu, 10 April 2010

DUNIA AKHIR ZAMAN...KUAT.GAGAH,BERWANG,BERKUASA SERTA BERPENGARUH BANYAK PERKARA BOLEH DILAKUKAN....

Baju Merah 'serang' pejabat TV


BEBERAPA anggota keselamatan berlari bagi mengelak terkena api akibat lontaran bom petrol di bangunan Thaicom Public Co. Ltd., Bangkok semalam.


SEJUMLAH senjata api yang dirampas oleh kumpulan Baju Merah diserahkan semula kepada pihak berkuasa
di bangunan Thaicom Public Co. Ltd., Bangkok semalam.


BANGKOK - Kumpulan penunjuk perasaan antikerajaan yang menyokong bekas Perdana Menteri, Thaksin Shinawatra semalam menyerbu bangunan syarikat komunikasi Thaicom Public Co. Ltd. kerana pihak berkuasa menutup saluran televisyen penting propembangkang, People Channel.

Pasukan tentera dan polis gagal menghalang kumpulan antikerajaan yang terkenal dengan gelaran Baju Merah itu menggunakan gas pemedih mata dan semburan air.

Penunjuk perasaan itu kemudian berunding dengan polis supaya kembali menyiarkan saluran itu, sebelum keluar dari kawasan tersebut.

Tindakan itu sekali lagi memalukan kerajaan pimpinan Perdana Menteri Thailand, Abhisit Vejjajiva yang didesak supaya membubarkan Parlimen dan mengadakan satu pilihan raya baru.

Menurut akhbar The Nation, sebanyak 10 penunjuk perasaan dan tiga anggota pihak berkuasa cedera dalam insiden itu.

Penunjuk perasaan itu membaling batu dan bom petrol semasa melepasi pagar kawat bangunan Thaicom Public Co. Ltd. Mereka bagaimanapun tidak memasuki bangunan utama.

Kumpulan Baju Merah itu turut menawarkan air minuman kepada askar-askar dan polis selain menunjukkan sejumlah senjata termasuk M-16 yang telah dirampas daripada anggota tentera kepada pemberita.

Senjata itu kemudian diserahkan semula kepada pihak berkuasa.

Saluran yang propembangkang itu kembali bersiaran pada petang semalam.

Namun jurucakap kerajaan, Panitan Wattanayagorn memberitahu, pihaknya masih mengawal saluran berkenaan.

Selepas pergelutan berakhir, beberapa anggota pihak berkuasa berjabat tangan dengan penunjuk perasaan. - AP



Kanak-kanak diculik jadi pengemis di Britain


SEORANG anggota polis menangkap anggota sindiket menculik kanak-kanak di sebuah rumah di daerah Ialomita, selatan Romania kelmarin.

BUCHAREST - Polis Romania kelmarin berjaya membongkar satu sindiket penyeludupan manusia ke Britain melibatkan ratusan kanak-kanak untuk dijadikan pengemis, pen-curi dan pelacur, lapor sebuah akhbar semalam.

Lebih 300 anggota polis Romania dengan mendapat kerjasama daripada 26 pegawai polis Britain melakukan serbuan serentak pada waktu subuh di 34 buah kediaman dan bangunan di daerah Ialomita, selatan Romania.

Polis percaya kumpulan itu telah memperdagangkan seramai 168 mangsa yang berusia dari tujuh tahun hingga 15 tahun.

Seramai 17 orang ditahan di sebuah perkampungan yang dikuasai satu kelompok gipsi di Tandarei bagi membantu siasatan.

Sindiket tersebut didapati bertindak kejam dengan mematahkan kaki dan tangan kanak-kanak bagi memastikan mereka cacat sekali gus meraih simpati masyarakat di Britain semasa mengemis.

Pihak berkuasa Romania menganggarkan seorang bapa ayam yang mempunyai seramai 15 remaja perempuan yang dijadikan pelacur mampu memperoleh pendapatan £2.7 juta (RM13.3 juta) setahun.

Tandarei terkenal kerana memiliki beberapa kediaman mewah milik golongan gipsi yang sebahagiannya dibina menerusi pendapatan yang diperoleh kanak-kanak Romania di Britain. - Agensi.


Lelaki AS ditahan kerana filem lucah


GAMBAR menunjukkan laman web yang dipercayai menyiarkan klip wanita Thailand yang telah diperdayakan oleh Poer.


PATTAYA - Seorang rakyat Amerika Syarikat (AS), Anthony Andrew Poer ditangkap di sini selepas beberapa wanita Thailand membuat laporan bahawa mereka diperdaya supaya melakukan perlakuan seks di depan kamera, lapor akhbar Pattaya Daily News semalam.

Poer yang berusia 40 tahun itu ditangkap dalam satu serbuan pasukan polis tempatan di sebuah bilik penginapan di kondominium Spanish Condo di tengah Pattaya kelmarin.

Dia didakwa memperdayakan ramai mangsa supaya melakukan beberapa adegan seks dengan seorang warga asing manakala aksi mereka dirakamkan menerusi kamera video.

Klip itu kemudian dijual di Internet dengan bayaran AS$20 (RM64) untuk setiap tontonan.

Dalam serbuan itu, polis menemui beberapa anak patung seks, filem seks, pakaian wanita dan selaras pistol dengan 10 butir peluru serta beg-beg kecil mengandungi dadah marijuana dan kokain. - Agensi



Bush tahu tahanan Guantanamo tidak bersalah

LONDON - Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), George W. Bush dan para pegawai kanannya semalam didakwa menyembunyikan hakikat bahawa ramai tahanan penjara di Teluk Guantanamo, Cuba sebenarnya tidak bersalah.

Dakwaan itu dikemukakan oleh Kolonel Lawrence Wilkerson yang merupakan bekas ketua staf yang pernah berkhidmat pada zaman Colin Powell memegang jawatan Setiausaha Negara AS.

Menurut Wilkerson, Bush tahu kebanyakan tahanan itu tidak bersalah tetapi enggan membebaskan mereka kerana ia boleh memberi kesan terhadap kempen memerangi keganasan.

Dia turut mendakwa bekas Naib Presiden AS, Dick Cheney dan bekas Setiausaha Pertahanan AS, Donald Rumsfeld mengetahui bahawa kebanyakan tahanan di kem berkenaan pada tahun 2002 sebenarnya tidak bersalah.

Kenyataan Wilkerson itu difailkan di sebuah mahkamah bagi membantu seorang warga Sudan, Adel Hassan Hamad yang ditahan di penjara Teluk Guantanamo dari Mac 2003 hingga Disember 2007.

Adel mendakwa dia diseksa oleh ejen-ejen AS dan memfailkan satu tuntutan undang-undang untuk mendapatkan ganti rugi. - AFP





Usah rosak masa depan pelajar

Oleh Suliati Asri
suliati@hmetro.com.my
2010/04/05

DEK kerana ulasan pengetua yang tidak munasabah, hasrat untuk memasuki institusi pengajian tinggi terbantut.

TERBANTUT...walaupun memperoleh keputusan cemerlang, ulasan yang  ditulis pada sijil berhenti sekolah boleh membantutkan hasrat pelajar  melanjutkan pelajaran. - Gambar hiasan
TERBANTUT...walaupun memperoleh keputusan cemerlang, ulasan yang ditulis pada sijil berhenti sekolah boleh membantutkan hasrat pelajar melanjutkan pelajaran. - Gambar hiasan
sebelum - selepas
KONTROVERSI...ulasan dalam sijil berhenti sekolah yang menjadi  pertikaian.


Itulah dilema 22 pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Yan apabila dilabel sebagai murid tidak berdisiplin dalam sijil berhenti sekolah walaupun tidak melakukan kesalahan serius sepanjang tempoh persekolahan.


Lebih mengejutkan, ada antara mereka pernah menyertai acara sukan hingga berjaya mewakili negeri, tetapi sumbangan berkenaan tidak diiktiraf kerana tidak dicatat dalam sijil berkenaan.


Mengapa perkara ini boleh berlaku? Bukankah sepatutnya sijil berhenti sekolah ditulis dan diberi ulasan oleh guru kelas bukannya pengetua? Apakah tindakan pengetua itu wajar? Dalam keadaan sebegitu, apakah yang harus dilakukan atau apakah langkah yang perlu diambil pelajar supaya mereka boleh melanjutkan pelajaran? Yang Dipertua (YDP) Persatuan Kebangsaan Pengetua Malaysia, Azam Md Atan, berkata perkara berkenaan tidak seharusnya berlaku kerana ia membabitkan masa depan pelajar.


Katanya, pelajar yang melakukan kesalahan sudah diberikan hukuman sama ada menerusi tindakan disiplin atau gantung sekolah .


"Sejahat atau senakal mana pun pelajar itu, tindakan memberi ulasan yang tidak munasabah bukanlah cara menghukum mereka.

"Ini kerana tindakan sewajarnya sudah diambil setimpal dengan kesalahan yang mereka lakukan.


"Justeru, pengetua perlu rasional dalam mengambil sebarang keputusan dan bukan menganiaya serta merosakkan masa depan mereka," katanya.


Sebagai pengetua, kata Azam, mereka perlu bimbing pelajar yang membuat kesalahan dan bukannya merosakkan masa depan mereka.




Belaian lelaki jambu

Oleh ASMIZAN MOHD SAMIRAN, SHAMRAN SARAHAN dan MURSHID EUNOS
metahad@hmetro.com.my
2010/04/11

KUALA LUMPUR: Ketika usaha pembanterasan banyak ditumpukan terhadap gadis urut yang menawarkan khidmat seks, ramai mungkin terlepas pandang terhadap ‘jejaka urut’ yang turut menyediakan khidmat serupa terhadap golongan sejenis yang bernafsu songsang.

JIJIK...pakej unik dan pelik.
JIJIK...pakej unik dan pelik.

Seorang pelanggan tetap sebuah pusat urut untuk golongan gay yang hanya mahu dikenali sebagai Daniel, 30, mendedahkan kepada Metro Ahad, khidmat disediakan di premis yang sering dikunjunginya adalah pelbagai dan lebih ‘advanced’ daripada rumah urut biasa.


Menurutnya, kewujudan pusat urut gay bukan perkara baru dan ia juga bukan beroperasi secara sembunyi atau eksklusif, sebaliknya sesiapa saja boleh mengunjunginya dan mendapatkan maklumat mengenai khidmat ditawarkan.


“Tanya saja di kaunter dan pelanggan akan diberi penerangan pakej urut disediakan. Urut tradisional biasa memang ada, tetapi mereka akan mempromosi pakej yang namanya unik dan pelik.


“Sekurang-kurangnya tiga teknik disediakan. Ada ‘king massage’ yang menyediakan dua tukang urut sekali gus, badan ke badan, urut tanpa seurat benang dan semua pakej itu boleh diselitkan dengan khidmat urut menggunakan lidah dengan bayaran tambahan,” katanya.

Daniel berkata, pemilihan satu daripada pakej berkenaan jika disertakan dengan urutan menggunakan lidah memang ‘berbisa’.


“Biasanya saya memilih pakej ‘king massage’ dengan bayaran RM150 sejam. Untuk pakej ini ‘macam-macam’ boleh dilakukan, termasuk teknik ‘lidah berbisa’.


“Minta saja pada tukang urut dan bayar lebih sedikit antara RM50 hingga RM70, saya mendapat khidmat berkenaan. Bukan saja jilat, nak suruh gigit pun boleh. Semuanya sekadar mahu memuaskan nafsu,” katanya selamba sambil mengakui pernah juga mencuba teknik badan ke badan dan urut tanpa seurat benang.


Seorang lagi kaki urut gay mengatakan, bukan seorang atau dua tukang urut tetapi tidak kurang 10 tukang urut ‘jejaka jambu’ bersedia memberi perkhidmatan pelik dan di luar imaginasi di sebuah pusat urut di sini.


“Sepanjang dua tahun saya buat kerja ini (melanggan tukang urut gay), semua boleh buat. Ini kerana tukang urut itu juga bernafsu songsang macam kami dan mereka mementingkan wang,” katanya yang hanya mahu dikenali sebagai Zack, 28.


Menurut Zack, dia turut menggemari pakej urutan yang disertakan dengan urut menggunakan lidah, namun tidak mahu menceritakan lebih lanjut kerana tidak manis dibicarakan secara terbuka.


“Faham-faham sajalah,” katanya.

Dia turut memberitahu, sekurang-kurangnya tiga pusat urut gay terkenal di Kuala Lumpur menyediakan khidmat itu.


“Pusat urut gay tidak seperti pusat urut biasa. Tukang urut dipilih menerusi album atau gambar disusun di dinding. Beritahu mana yang berkenan pada penjaga kaunter. Kebanyakan tukang urut disediakan berwajah ‘jambu’,” katanya.


Berdasarkan maklumat diberi Daniel dan Zack, wartawan Metro Ahad berkunjung ke tiga pusat urut yang sering dikunjungi dua lelaki ‘songsang’ itu dan seperti dimaklumkan dan terbukti, khidmat seperti ‘king massage’, badan ke badan, urut tanpa seurat benang, malah urut menggunakan lidah, memang ditawarkan.


“Kalau ambil pakej ‘king massage’, apabila di dalam bilik, terpulang antara awak dengan tukang urut. Urutan ini memang ada ekstra... terpulang, sama ada nak suruh urut pakai lidah pun boleh.


“Sama juga dengan urut badan ke badan, urut tanpa seurat benang... bayar lebih boleh urut dengan lidah. Budak-budak itu (tukang urut) memang biasa beri khidmat itu,” kata penjaga kaunter sebuah pusat urut gay.


Kunjungan ke dua lagi pusat urut turut mendapat reaksi sama, cuma kaedah memperkenalkan tukang urut berbeza. Ada yang meletakkan gambar tukang urut di album dan ada yang digantung di dinding.


Memualkan apabila ‘lelaki jambu’ yang ditawarkan bergambar dalam keadaan tidak berbaju, kononnya seksi.



Bangkok jadi lautan darah


SEORANG penunjuk perasaan mengangkat tangan semasa anggota-anggota pasukan keselamatan melepaskan gas pemedih mata di Bangkok kelmarin.

BANGKOK - Thailand kini terjerumus dalam keganasan politik terburuknya sejak dua dekad lalu selepas 21 orang mati dan 800 lagi cedera dalam pertempuran antara askar-askar dan kumpulan antikerajaan yang memakai baju merah.

Seorang jurukamera warga Jepun yang bertugas dengan agensi berita Reuters dan empat askar merupakan antara yang terbunuh.

Kumpulan penunjuk perasaan yang menyokong bekas Perdana Menteri, Thaksin Shinawatra itu mula bertindak ganas apabila pasukan tentera cuba untuk mengusir mereka di satu lokasi perhimpunan dengan menggunakan gas pemedih mata dan meriam air.

Penunjuk-penunjuk perasaan yang mengadakan perhimpunan sejak hampir sebulan itu mendakwa Perdana Menteri Thailand, Abhisit Vejjajiva memperoleh kuasa secara tidak sah, selain menuntutnya membubarkan Parlimen dan mengadakan pilihan raya umum dalam tempoh terdekat.

Kumpulan penunjuk perasaan itu yang enggan menerima tawaran rundingan dengan kerajaan turut meminta Raja Thailand, Bhumibol Adulyadej campur tangan bagi mengelakkan pertumpahan darah berlaku lagi.

Darah dilihat berserakan di sekitar lokasi bersejarah berhampiran Jalan Khaosan, Bangkok akibat pertempuran itu yang berlaku malam kelmarin.

Dalam satu kenyataan yang disiarkan di televisyen, Abhisit menyatakan simpatinya terhadap keluarga mangsa namun beliau enggan tunduk kepada desakan supaya meletakkan jawatan.

Bangkok digegarkan dengan perhimpunan protes sejak Thaksin disingkirkan daripada jawatan melalui satu rampasan kuasa tentera pada 2006. - Agensi



Bapa marah Woods berskandal dengan anaknya


WOODS

MIAMI - Seorang bapa, Ray Coudriet mahu bersemuka dengan bintang golf No.1 dunia, Tiger Woods setelah terbongkarnya skandal Woods menjalin hubungan seks dengan anak perempuannya, lapor sebuah akhbar semalam.

Anak perempuan Ray, Rachael Coudriet yang kini berumur 22 tahun berkenalan dengan bintang golf itu semasa dia berusia 14 tahun dan tinggal dalam kawasan perumahan Woods di Isleworth, Florida, Amerika Syarikat (AS).

Ray yang merupakan bekas anggota pasukan marin AS berasa marah ekoran terbongkarnya skandal tersebut yang berlaku pada tahun lalu dan dia mahu berjumpa dengan Woods.

"Ray mahukan jawapan. Dia tidak mahu bercakap dengan media mengenai hal itu," kata sumber di kawasan perumahan Woods.

Rachael mendapat elaun AS$3,074 (RM9,789) sebulan daripada bapanya.

Dia turut menaiki sebuah jet peribadi untuk pergi ke beberapa lokasi di AS.

Ray memiliki sebuah syarikat pembinaan yang bernilai berjuta-juta dolar.

"Woods dan Elin (isteri Woods) mengenali Ray pada perayaan Krismas dan Hari Kesyukuran. Namun, Ray tidak tahu bahawa Woods rapat dengan anak perempuannya," kata sumber berkenaan.

Pihak media mendedahkan bahawa Woods pernah menjalin hubungan seks dengan Rachael selama dua jam di pejabat peribadinya di Florida 11 bulan lalu.

Beberapa sumber memberitahu, Woods dan Rachael membuat banyak pertemuan sejak beberapa tahun lalu.

Rachael turut menerima mesej berbaur lucah daripada Woods semasa mereka menjalin hubungan.

Pendedahan terbaru itu bakal menjejaskan lagi hubungan Woods dengan isterinya Elin Nordegren selepas bintang golf tersebut menjalani rawatan bagi merawat ketagihan seksnya. - Agensi.




Pasir dicuri, jalan pula roboh


KEADAAN jalan yang runtuh akibat kejadian curi pasir membimbangkan penduduk Kampung Salak Tengah, Sepang semalam.

SEPANG - Kegiatan mencuri pasir di Jalan Jati, Kampung Salak Tengah, Sepang sejak 10 tahun lalu kini mengundang bahaya kepada penduduk sekitar apabila tebing sungai semakin roboh akibat hakisan.

Sungai itu yang pada asalnya jernih dan boleh digunakan untuk mengairi kawasan kebun juga semakin tercemar dan berkeladak.



Pensyarah saman Naib Canselor


ABDUL HALIM menunjukkan surat saman yang difailkan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Alor Setar semalam.

ALOR SETAR - Seorang pensyarah Universiti Utara Malaysia (UUM) menfailkan saman terhadap Naib Canselor UUM, Tan Sri Dr. Nordin Kardi kerana didakwa melakukan konspirasi terhadap beliau sehingga menyebabkan dia gagal dinaikkan pangkat.

Plaintif, Dr. Abdul Halim Mohamed, 42, menamakan Nordin selaku defendan pertama dan UUM sebagai defendan kedua.


Pensyarah saman Naib Canselor, UUM

ALOR SETAR - Seorang pensyarah Bahagian Pengajian Pendidikan di Universiti Utara Malaysia (UUM) memfailkan saman lebih RM700,000 terhadap Naib Canselor UUM, Tan Sri Nordin Kardi dan UUM atas dakwaan menyalahgunakan kuasa sebagai Naib Canselor dan menafikan hak plaintif sepanjang berkhidmat di UUM.

Abdul Halim Mohamed diiringi peguamnya, Fadli Shuib memfailkan writ saman itu melalui Tetuan Khairil & Co di Pejabat Pendaftar, Mahkamah Tinggi di sini, kira-kira jam 11 pagi semalam.

Halim selaku plaintif menamakan Nordin sebagai defendan pertama, manakala UUM sebagai defendan kedua.

Plaintif dalam pernyataan tuntutan itu mendakwa defendan pertama telah menolak permohonan plaintif untuk memperoleh kenaikan pangkat ke jawatan Pensyarah Kanan (DS52) atas alasan tidak menyukai plaintif dari segi tingkah laku, walaupun plaintif memenuhi syarat-syarat ditetapkan.

Fadli berkata, susulan permohonan ditolak, plaintif mengemukakan surat rayuan kepada defendan pertama untuk mempertimbangkan semula keputusan Majlis Eksekutif Universiti (MEU) dan meminta alasan menolak permohonan jawatan itu, tetapi tiada maklum balas daripada defendan pertama.

“Walaupun keputusan kenaikan pangkat ke jawatan Pensyarah Kanan (DS52) terletak sepenuhnya di bawah kuasa ahli-ahli jawatankuasa MEU dan bukannya di bawah Naib Canselor, tetapi peranan yang dimainkan defendan pertama yang tidak menyetujui kenaikan pangkat itu menyebabkan hak plaintif dinafikan,” katanya kepada pemberita.

Fadli berkata, apa yang berlaku mewujudkan tekanan dan penderaan secara mental kepada plaintif berikutan penafian hak plaintif untuk naik pangkat.

“Kesangsian plaintif terhadap ketelusan defendan pertama timbul apabila surat-surat rayuan yang dihantar plaintif tidak dijawab mana-mana pihak bertanggungjawab sehinggalah plaintif pergi menemui Pendaftar, Harun Amin.

“Plaintif percaya isu konspirasi ke atas beliau wujud berdasarkan kebanyakan tindakan beliau mendedahkan banyak penyelewengan dan konspirasi yang berlaku di peringkat pengurusan tertinggi universiti sehingga mengundang rasa tidak puas hati defendan pertama terhadap plaintif,” katanya.

Fadli berkata, tindakan plaintif mendedahkan beberapa kes salah laku pegawai atasan UUM dan melaporkannya kepada defendan pertama juga tidak memberi kesan diharapkan.

“Sebaliknya plaintif pula dianiaya defendan pertama dan pegawai-pegawai atasan UUM apabila beliau hanya diberikan elaun luar negara sebanyak RM500 atau bersamaan 70 pound sterling sebulan selama tiga tahun sewaktu menjalani program sepenuh masa selama empat tahun di University of East Anglia di United Kingdom, walaupun pada peringkat awalnya pada tahun pertama, plaintif diberikan pembiayaan penuh oleh UUM iaitu sebanyak 635 pound sterling atau RM4,535 sebulan.

“Akibat pengurangan pembiayaan itu, plaintif terpaksa menanggung hutang yang banyak kerana membuat pinjaman bank semata-mata untuk membiayai kehidupan plaintif bersama isteri dan anak-anak yang turut berada di England sewaktu menyambung pelajaran,” katanya

Fadli berkata, akibat langsung daripada semua konspirasi yang diwujudkan defendan pertama dan pegawai-pegawai UUM itu, plaintif mengalami kemurungan dahsyat yang menjejaskan reputasi plaintif sebagai ahli akademik.

"Justeru, plaintif menuntut satu deklarasi dari Mahkamah Tinggi untuk mengisytiharkan plaintif memegang jawatan Pensyarah Kanan (DS52) sejak Februari 2007, selain menuntut defendan membayar tunggakan gaji dan bayaran-bayaran lain berkaitan bermula Februari 2007 mengikut gaji skala Pensyarah Kanan (DS52).

"Plaintif turut menuntut ganti rugi teladan RM500,000 daripada defendan pertama, pembayaran RM200,000 sebagai kos pengajian ditanggung plaintif perlu dibayar defendan kedua, ganti rugi stres dihadapi plaintif dari 2006 hingga 2010 dibayar defendan pertama, faedah lapan peratus setahun sehingga penyelesaian penuh dan relif lain yang dirasakan patut oleh mahkamah," katanya


Misteri kematian wanita Iran


ROBABEH mati dalam keadaan tertiarap selepas terjatuh dari tingkat 14 sebuah apartmen servis di Jalan Munshi Abdullah, Kuala Lumpur semalam.

KUALA LUMPUR - Sekumpulan empat pelajar wanita Iran pucat lesi selepas mendapati seorang rakan mereka yang disangka berehat di dalam bilik mati selepas terjatuh dari tingkat 14 di sebuah apartmen servis di Jalan Munshi Abdullah di sini semalam.

Kejadian pukul 11 malam itu mengakibatkan Robabeh Mahdi, 22, mati di lokasi kejadian selepas cedera parah di kepala.





Mayat bayi dalam timbunan sampah


MAYAT bayi yang ditemui dalam plastik di tempat pembuangan sampah Sungai Choh, Rawang semalam.

KUALA LUMPUR - Lagi kes pembuangan bayi. Terbaru, satu mayat bayi lelaki ditemui dalam timbunan sampah-sarap di tempat pembuangan sampah di Sungai Choh, Rawang di sini semalam.

Mayat bayi yang dipercayai baru dilahirkan itu dijumpai pada pukul 8 pagi oleh seorang pekerja Majlis Daerah Hulu Selangor (MHDS) ketika dia menjalankan kerja-kerja pembersihan di kawasan tersebut.



Aktres Korea dipaksa tiduri lelaki kaya

SEOUL - Ramai aktres di Korea Selatan terpaksa mengadakan hubungan seks dengan orang kaya dan berpengaruh bagi menyelamatkan kerjaya mereka.

Perkara itu didedahkan menerusi kajian yang disiarkan oleh Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Kebangsaan, kelmarin.

Kajian itu dilakukan oleh Institut Pembangunan Wanita Korea pada tahun lalu dengan melibatkan 111 aktres.:

Sebanyak 60.2 peratus aktres yang terlibat dalam kajian itu memberitahu mereka pernah diminta tidur dengan lelaki kaya dan berpengaruh.

Isu itu mencetuskan perbahasan pada Mac lalu apabila aktres Jang Ja-yeon membunuh diri dengan meninggalkan nota memberitahu dipaksa mengadakan hubungan seks oleh agensinya.:

Bekas ketua agensinya ditangkap mengenai dakwaan memaksanya mengadakan hubungan seks tetapi kemudian dibebaskan.















Tiada ulasan: