Rabu, 15 Julai 2015

DAH WADAH BANYAK...NAK DIAPAKAN...TERIMA AJE...NAK SURUH BUBAR MEMANG MEREKA TAK MAHU...JANGAN GADUH2...IBLIS MEMANG SURUH PUNYA....KITA MUAFAKAT...KITA TENGOK WADAH MANA MULA2 DAPAT TEGAKAN ISLAM



last2 kopek ni... yg nk Islam bertelagah... ni keje2 iblis... matlamat kita Islam... trmasuk hudud... xsebut nanti de yg marah...Islam bukan hudud jer... byk lgi... dpt kerajaan pun byk nak buat... nak menang susah... jaga kemenangan lagi susah... berbalik pd wadah... semua nk Islam... baik umno... pas... arqam... abim.. tabligh... dan byk lgi kot... arqam da trkubur... ni de parti baru pun nak Islam... jika kita xtaksub... xfanatik...SUSAH LAH... brsainglah dgn baik... jgn cemuh.. perlekeh... kata jahat... pgkhianat dll... relax... yg suruh gaduh2 iblis... bila dah byk wadah... kita tengok sape yg berjaya... yg berjaya tahniahlah... demi Islam kita bermuafakat bkn berperang sesama sendiri.... rugi masa dan tenaga... Iblis tepuk tangan... tak gitu Islam Bangkit...


DARI: JABATAN PENERANGAN PAS PUSAT - DI BAWAH TAJUK:"MENGAPA SAYA DAN ANDA PILIH PAS?"

KENAPA PAS DITUBUHKAN?

Parti Islam Semalaysia atau PAS ditubuhkan secara rasmi pada 21 Zulkaedah 1370 bersamaan dengan 24 November 1951. Penubuhan PAS menempuh satu proses yang panjang sesuai dengan fitrah perjuangan Islam itu sendiri yang terpaksa melalui pelbagai liku-liku dan rintangan. PAS lahir bukan untuk mendapatkan habuan dunia atau kerana kehendak mana-mana individu. la juga bukan lahir kerana kekalahan dalam perebutan beberapa individu dalam perebutan jawatan politik dalam parti. PAS lahir di atas sahutan untuk menyempurnakan arahan Allah SWT tentang perlunya sebuah jemaah yang mempunyai cita-cita untuk menegakkan Islam di atas muka bumi sesuai dengan firmanNya yang bermaksud; "Hendaklah ada di kalangan kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam) dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji)"(Ali-Imran, 3:104)

SIAPAKAH DI BELAKANG PENUBUHAN PAS?

PAS bukanlah merupakan parti Islam yang pertama ditubuhkan. Tetapi di kalangan para pengkaji dan sarjana, mereka sependapat bahawa PAS merupakan parti Islam yang paling tua dan berpengaruh di negara ini. Sejarah penubuhannya diwarnai dengan pelbagai peristiwa yang menarik. Kontroversi berhubung isu kemerdekaan dan kedudukan orang Melayu telah mendorong persidangan ulama yang ketiga diadakan pada 24 November 1951. Persidangan yang diadakan di bangunan Kelab Melayu Bagan di Butterworth, Privince Wellesley (kini dikenali sebagai Seberang Prai) merupakan lanjutan kepada persidangan ulama kedua yang diadakan di Kuala Lumpur.

DARI MANA PAS MENDAPAT NAMANYA?

Persidangan itu telah dihadiri oleh lebih 200 perwakilan dan pemerhati termasuk 20 orang wanita dari seluruhTanah Melayu dan Singapura.Dalam ucapan dasarnya yang dibacakan oleh Haji Ahmad Maliki, Haji Ahmad Fuad menyatakan betapa sebuah kesatuan ulama atau Parti Islam Tanah Melayu harus ditubuhkan untuk menggabung dan menyatukan ulama serta umat Islam bagi membangunkan agama, ummah dan tanah air. Beberapa nama telah dicadangkan untuk menubuhkan kesatuan Islam ini. Daripada tujuh cadangan yang dikemukakan, akhirnya nama Partai Islam Se-Malaya (PAS) atau Pan-Malayan Islamic Party (PMIP) telah dipersetujui secara majoriti oleh perwakilan yang hadir dalam persidangan itu.

SIAPA PRESIDEN PAS YANG PERTAMA?

Haji Ahmad Fuad telah dipilih sebagai Yang Dipertua PAS yang pertama. Beliau merupakan seorang tokoh ulama yang berasal dari Terengganu dan pernah belajar di sekolah agama rakyat Ma'ahad Ehya al-Syarif di Gunung Semanggol. Semasa di sana, Haji Ahmad Fuad Hassan banyak menyumbangkan tulisannya dalam akhbar-akhbar Melayu mengenai kemunduran orang Melayu dan kecetekan pengetahuan agama di kalangan umat Islam. Beliau pernah mencadangkan betapa pentingnya sebuah'kesatuan ulama' atau sebuah 'Parti Islam Tanah Melayu' ditubuhkan bagi menyatukan ulama dan umat Islam untuk membangunkan agama, ummah dan tanah air.

BAGAIMANA PAS BERKEMBANG SEBAGAI ORGANISASI POLITIK?

Sebagai sebuah organisasi politik PAS telah menggariskan empat objektif perjuangan yang utama. Pertama, untuk mewujudkan satu ikatan persaudaraan !slam untuk membentuk satu tenaga koiektif bagi menyelenggarakan semua tuntutan agama Islam dan politik demokrasi. Kedua, menumpukan usaha dan tenaga untuk menyatukan perlembagaan pentadbiran agama seluruh Tanah Melayu. Ketiga, memelihara dan mempertahankan hak, kepentingan, maruah agama dan umat Islam. Keempat, bekerjasama dengan organisasi-organisasi politik lain yang prinsip dan matlamatnya tidak bertentangan dengan ajaran Islam untuk mencapai demokrasi, keadilan sosial dan kemanusiaan.

BILA CAWANGAN PERTAMA PAS DITUBUHKAN?

Cawangan PAS yang pertama ditubuhkan di Pulau Pinang pada 9 Mac 1952 diikuti dengan penubuhan cawangan di Perak pada 10 April 1952 sebelum melebarkan sayapnya ke Perlis pada 2 Mei 1952, Selangor pada 13 Julai 1952 dan Kelantan dua bulan kemudiannya. Sehingga Disember 1952, PAS telah berjaya menubuhkan 16 buah cawangannya di Tanah Melayu dan Singapura. Setahun selepas penubuhannya, PAS mengadakan muktamarnya yang pertama di Madrasah Dairatul Maarif, Kepala Batas, Province Wellesley pada 3 dan 4 Januari 1953. Dalam muktamar itu, Haji Ahmad Fuad dilantik semula sebagai Yang Dipertua PAS.

KENAPA AHMAD FUAD LETAK JAWATAN?

Bagaimanapun menjelang bulan September 1953, Haji Ahmad Fuad meletakkan jawatannya dan menyertai Parti Negara yang ditubuhkan oleh Dato Onn Jaafar. Pada 28 Februari 1954, Dr. Haji Abbas Alias telah dilantik untuk memangku jawatan Yang Dipertua PAS yang dikosongkan oleh Haji Ahmad Fuad. Tugasnya sebagai doktor perubatan dalam perkhidmatan kerajaan tidak membenarkannya bergiat secara aktif dalam PAS dan politik.Namun begitu, di bawah kepimpinannya PAS telah mengalami beberapa perkembangan yang pesat khususnya di Pantai Timur. Program lawatan ke seluruh negeri Kelantan oleh Othman Abdullah selaku Ketua Pemuda PAS dan Mohd.Asri telah mendapat sambutan yang menggalakkan sehingga tertubuhnya cawangan parti di Pasir Mas, Kota Bahru dan Pasir Puteh.

APAKAH SUMBANGAN DR. HAJI ABBAS?

Di bawah kepimpinan Dr. Haji Abbas ibu pejabat PAS telah dipindahkan ke Kuala Lumpur. Meskipun Dr. Haji Abbas tidak dapat berkhidmat sepenuh masa dengan parti tetapi di mana sahaja beliau bertugas, di situlah benih-benih PAS tumbuh. Pada Muktamar PAS ketiga yang diadakan di Madrasah al-Tahzib ad-Diniyyah,Titi Serong, Parit Buntar, Perak pada 12 hingga 14 Ogos 1954, Dr. Haji Abbas telah dilantik sebagai Yang Dipertua PAS.

BILAKAH PAS MULA MENYERTAI PILIHANRAYA?

Selang setahun kemudian, kerajaan Bristish telah mengadakan Pilihan Raya Persekutuan yang pertama pada 27 Julai 1955. Pendaftaran PAS sebagai sebuah parti politik diluluskan sehari sebelum penamaan calon diadakan. Pada pilihan raya itu, PAS telah meletakkan calon di 11 kawasan daripada 52 kawasan yang dipertandingan. PAS telah menang satu kerusi Parlimen di Kerian, Perak melalui calonnya, Tuan Haji Ahmad Tuan Hussain dan satu kerusi Dewan Undangan Negeri Perak di Parit Buntar menerusi Ahmad Kamal.

APAKAH CITA-CITA PAS?

PAS ditubuhkan untuk melaksanakan tuntutan menegakkan amar makruf dan nahyu munkar. Cita-cita ini tidak boleh dilaksanakan kecuali mempunyai kuasa politik atau pemerintahan. Dengan mempunyai kuasa politik dan melalui kerajaan sahaja yang boleh melaksanakan perintah dan larangan serta menguatkuasakan undang-undang Allah. Hal ini dilakukan oleh Rasulullah s.a.w yang melaksanakan tuntutan amar makruf dan nahyu munkar dengan sempurna ketika memegang kuasa di Madinah. Langkah ini wajib diikuti dengan ijmak para sahabat dan ulama yang muktabar. Sebagai sebuah harakah Islamiah, tidak memadai bagi PAS bergantung kepada ceramah dan kuliah semata-mata untuk melaksanakan tuntutan tersebut. la memerlukan kuasa bagi memastikan tuntutan Islam dapat dilaksanakan dengan sepenuhnya.

BENARKAH PAS MENCAMPUR-ADUKKAN POLITIK DAN AGAMA?

Adalah menjadi satu kewajiban kepada umat Islam berusaha untuk menegakkan masyarakat Islam yang tunduk kepada undang-undang Allah. Bertitik tolak daripada itu, PAS berusaha meneruskan perjuangan nabi untuk menyebarkan risalah dakwah dengan mengajak dan menyedarkan umat manusia tentang kedudukannya sebagai makhluk Allah serta tanggungjawabnya kepada khaliq. Seruan Pas itu adalah merentasi sempadan keturunan, agama dan batasan geografi sesuai dengan ajaran Islam yang bersifat sejagat. Islam adalah ‘Ad deen’ dan agama yang bersifat sejagat. Jadi, Islam harus diperjuangkan secara menyeluruh dan tidak seharus berlakunya pemisahan di antara agama dan politik.

APAKAH DASAR PERJUANGAN PAS?

Dasar perjuangan PAS ialah Islam. Islam yang diperjuangkan oleh PAS ialah Islam yang lengkap merangkumi semua perkara sama ada yang berkaitan dengan ibadah, politik, ekonomi, pendidikan, sosial, akhlak dan sebagainya. PAS memperjuangkan din wa daulah iaitu agama dan negara. PAS menerima konsep Islam secara keseluruhan sebagai satu cara hidup yang syumul bukannya secara tempelan dengan beriman separuh dan menolak yang sebahagian lagi. PAS menerima Islam secara keseluruhannya dan tidak dalam perkara yang berkaitan dengan solat, puasa, zakat dan haji semata-mata tetapi merangkumi penolakan terhadap judi, zina, rasuah dan sebarang bentuk kemungkaran yang lain.

APAKAH SUMBER RUJUKAN PAS?

Islam yang diperjuangkan oleh PAS adalah bersumberkan kepada al-Quran dan hadis. Risalah Islam yang dibawakan oleh PAS bukan merupakan rekaan para pemimpinnya tetapi adalah berlandaskan kepada apa yang telah diajar oleh Nabi Muhammad s.a.w. Agama Islam tidak boleh disamakan dengan doktrin dan ideologi ciptaan manusia. la bersumberkan kepada wahyu Ilahi. Jadi, PAS berjuang dan bertindak berdasarkan kepada apa yang dibenarkan dan terkandung di dalam Islam.

APAKAH MATLAMAT YANG HENDAK DICAPAI OLEH PAS?

Sejak ditubuhkan PAS telah berusaha untuk memartabatkan Is¬lam. PAS sebagai sebuah parti politik dan dakwah yang mempunyai matlamat jangka panjang untuk melihat kemurnian Islam dapat direalisasikan, keadilan Islam dapat dihayati dan kecantikan Islam dapat dipraktikkan di dalam kehidupan umat manusia. Cita-cita dan perjuangan PAS ialah untuk menzahirkan Islam agar ia tidak berada di dalam lipatan sejarah dan kitab feqah atau hanya menjadi perbincangan yang bersifat akademik sahaja.

APAKAH PERKARA INI TERKANDUNG DALAM PERLEMBAGAAN PAS?

Dalam Perlembagaan PAS telah dinyatakan secara jelas mengenai perkara ini. PAS mempunyai tujuan untuk memperjuangkan wujudnya dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-¬hukumnya menuju keredaan Allah. Selain itu, PAS juga ditubuhkan dengan tujuan untuk mempertahankan kesucian Islam, kemerdekaan dan kedaulatan negara.Tujuan ini telah menjadi asas kepada perjuangan PAS daripada dahulu sehingga kini biarpun kepimpinannya telah bertukar ganti manakala cabaran dan situasi juga sering kali berubah.

SELUAS MANAKAH DIMENSI PERJUANGAN PAS?

PAS merupakan sebuah parti politik yang mempunyai dimensi perjuangan yang Iuas. Perjuangannya tidak terbatas di dalam politik dan hal-ehwal yang berkaitan dengan sistem kenegaraan tetapi juga di dalam bidang dakwah, kemasyarakatan, kebajikan serta segala aspek kehidupan manusia. Penglibatan dan sumbangan di dalam bidang-bidang yang disebutkan itu merupakan suatu realiti yang tidak dinafikan oleh sesiapa pun.Sejarah tidak pernah membohongi kita tetapi kita yang sering membohongi sejarah.

BENARKAH PERJUANGAN PAS TERBATAS KEPADA ORANG ISLAM SAHAJA?

Asas perjuangan PAS ialah Islam. Oleh itu, Pas membuka pintu perjuangannya kepada semua orang Islam tanpa membataskannya kepada sesuatu kelompok kaum sebagaimana yang disyaratkan oleh sesetengah parti politik.Walaupun PAS adalah didokong oleh orang¬orang Islam tetapi dimentii perjuangannya merangkumi juga mereka yang bukan beragama IsIam.PAS meletakkan Islam pada kedudukan yang paling tinggi sekali dengan mengenepikan perjuangan yang bersifatkan perkauman. PAS mendokong prinsip-prinsip keadilan Islam dengan memastikan hak semua kaum sama ada yang beragama Islam atau bukan Islam mendapat pembelaan yang sewajarnya.

BOLEHKAH PAS BEKERJASAMA DENGAN PARTI POLITIK DAN NGO?

PAS merupakan sebuah parti politik yang bersikap terbuka dan berpandangan jauh. PAS bukan merupakan sebuah parti yang mengamalkan dasar perjuangan yang sempit apatah lagi bersifat perkauman. PAS boleh bekerjasama dengan sesiapa sahaja selagi mana ia tidak bercanggah dengan nilai sejagat dan perjuangan Is¬lam. Sejak ditubuhkan, PAS telah mengadakan kerjasama dengan pelbagai pihak sama ada yang berupa parti politik, gerakan Islam atau pun pertubuhan bukan kerajaan. PAS pernah menyertai Barisan Nasional (BN) pada tahun 1974 sebelum mengambil keputusan untuk keluar daripada komponen itu pada tahun 1978.

APAKAH BENTUK PAKATAN LAIN YANG PERNAH DISERTAI PAS?

Kepimpinan PAS pernah mengadakan kerjasama dengan beberapa buah organisasi politik membentuk Harakah Keadilan Rakyat (HAK) dan mengadakan persefahaman dengan Parti Sosialis Rakyat Malaysia (PSRM), Parti Demokratik Sosialis, Parti Nasionalis Malaysia (NASMA) dan Majlis Perundingan Masyarakat Cina (CCC) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum 1986. Kerjasama itu kemudiannya diteruskan di bawah kepimpinan Allaryarham Datuk Haji Fadzil selepas mengambil-alih jawatan Presiden PAS daripada Tuan Haji Yusuf Rawa. Kerjasama dengan Parti Melayu Semangat 46, Hamim dan Berjasa di dalam Angkatan Perpaduan Ummah (APU) telah dibentuk pada tahun 1989 untuk menghadapi Pilihan Raya Umum 1990.

APAKAH HASIL DARIPADA KERJASAMA ITU?

Pakatan APU telah menyapu bersih semua kerusi yang dipertandingkan sama ada di peringkat Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kelantan. lni membolehkan PAS kembali berkuasa serta mendominasi politik Kelantan pada Pilihan Raya Umum 1990. Pada Pilihan Raya Umum 1999, PAS telah bekerjasama dengan Parti Keadilan Nasional (Keadilan), DAP dan PRM dalam Barisan Alternatif (BA). Kerjasama dan pakatan itu telah menamatkan penantian PAS selama 40 tahun untuk memerintah Terengganu. Malahan kerjasama itu juga telah menyaksikan pertambahan bilangan kerusi dan undi popularyang diperolehi oleh PAS di seluruh negara.

APAKAH YANG DIKATAKAN KEPIMPINAN ULAMA?

Kepimpinan ulama sebenarnya sudah bermula sejak awal PAS ditubuhkan. Cumanya istilah kepimpinan ulama hanya digunakan secara meluas pada tahun 1980an apabila berlakunya perubahan tampuk kepimpinan parti kepada golongan pemimpin yang berpendidikan agama. Kalau dahulu ulama sering dilabelkan sebagai tuan guru atau golongan ustaz yang mengajar di pondok, madrasah dan surau. Namun PAS telah mengangkat kedudukan ulama dan membuktikan betapa ulama juga mampu untuk mentadbir dan memerintah negera. Di bawah kepimpinan golongan ulama yang kini diterajui oleh Tuan Guru Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang, PAS telah muncul sebagai parti kedua terbesar di negara ini selepas UMNO dengan keahlian yang hampir mencecah satu juta orang. Malahan PAS juga menjadi satu-satunya parti di negara ini yang menjadikan Islam sebagai asas perlembagaan, dasar dan matlamat perjuangannya.

KENAPA HARUS SOKONG PAS?

Sementelahan itu, PAS tidak sekadar melibatkan diri dalam hal¬hal yang berkaitan dengan politik dan dakwah tetapi turut menawarkan khidmatnya kepada masyarakat dalam pelbagai bentuk aktiviti sosial dan kebajikan. PAS sentiasa berusaha menjalinkan hubungan yang baik dengan pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan juga masyarakat bukan Islam bagi memenuhi tuntuhan dakwah serta kegiatan politiknya. Dengan melibatkan diri dalam PAS,seseorang bukan sahaja dapat melibatkan diri dan memberikan sumbangan perjuangan Islam tetapi turut serta dalam pelbagai kegiatan dan program kemasyarakatan yang diadakan. Bagi yang meminati bidang dakwah, mereka boleh menjadikan PAS sebagai wadah perjuangannya. Ini kerana PAS menyediakan gelanggang pergerakan dakwah yang lebih luas sejajar tanpa melakukan pemisahan pada agama dan politik serta persoalan yang melibatkan dunia dan akhirat. Kedua-dua aspek itu diperjuangkan secara bersepadu sesuai dengan kedudukan Islam sebagai ad deen yang lengkap lagi syumul.

APAKAH ASAS PAS MELIBATKAN DIRI DALAM POLITIK PILIHANRAYA?

Penglibatan PAS dalam proses pilihanraya adalah bagi memenuhi tuntutan sistem demokrasi yang diamalkan di negara ini.Selain itu, penyertaan PAS di dalam pilihanraya ialah bertujuan untuk menawarkan alternatif dan memberikan kefahaman kepada rakyat negara ini terhadap dasar-dasar perjuangan Islam yang dibawanya. Kehadiran PAS tidak sekadar untuk merancakkan suasana pilihanraya tetapi dengan harapan untuk mencapai kemenangan bagi membuka laluan kepada perlaksanaan pemerintahan Islam. Dengan kata lain, PAS tidak pernah menjadikan kuasa dan jawatan sebagai matlamat perjuangannya tetapi hanya sebagai wasilah serta alat untuk membolehkan cita-cita Islam yang diperjuangkannya dapat dilaksanakan dalam masyarakat kita. PAS yakin bahawa sistem Islam dapat diterima oleh semua pihak sekira dasar-dasar yang dibawanya difahami dan dihayati dengan fikiran terbuka tanpa melibatkan kepentingan serta permainan emosi yang melampau.

APA ERTINYA MENYERTAI PAS?

PAS merupakan di antara parti yang paling lama bertapak di Ma¬laysia. Sepanjang penubuhannya selama lebih separuh abad, PAS telah berdepan pelbagai krisis dan cabaran di dalam perjuangan. Permasalahan dan liku-liku yang berduri yang dihadapinya adalah satu proses biasa dan merupakan suatu tribulasi di dalam perjuangan Islam. Di sebalik setiap krisis dan perpecahan mengandungi hikmah yang tersembunyi. Krisis yang melanda PAS tidak pernah melemahkan parti dan perjuangannya. Sebaliknya ia menjadikan kedudukan PAS bertambah kuat dan mantap dengan pertambahan bilangan keahlian yang sekarang sudah melebihi 800 ribu orang. Kebanyakan yang menyertai PAS adalah kerana mereka mencintai dan meminati perjuangan Islam serta yakin dengan dasar-dasar yang dibawakan oleh parti. Mereka menyertai PAS sebagai pernyataan sokongan dan mahu bersama-sama memberikan sumbangan mengiku kadar kemampuan untuk memenangkan Islam.

KENAPA ADA AHLI PAS KELUAR PARTI?

Namun dalam mana-mana perjuangan, sering kali wujud beberapa kelompok dan kalangan yang menyertai parti dengan sebab dan niat yang tertentu. Apabila hasrat mereka tidak tercapai, mereka bertindak keluar daripada parti dan menyertai parti lain atau menubuhkan partinya sendiri. Terdapat juga di kalangan mereka yang sudah lama menyertai PAS tetapi meninggalkan parti bila timbul perasaan tidak puas hati. Mereka tidak sahaja meninggalkan parti tetapi bertindak memburuk-burukkan parti yang pernah didokonginya selama berpuluh-puluh tahun. Tindakan golongan berkenaan menunjukkan mereka tidak ada keikhlasan di dalam perjuangan Islam yang menuntut pengorbanan, kesabaran dan kebijaksanaan di dalam menghadapi apa sahaja cabaran yang mendatang. Meninggalkan parti kerana tidak bersetuju dengan kepimpinan yang sedia ada bukan sahaja tidak akan menyelesaikan masalah tetapi akan menimbulkan masalah dan halangan yang lain yang akan menggagalkan perjuangan Islam. Perjuangan perlu diteruskan selama parti tidak terkeluar daripada landasan Islam.

BAGAIMANA PAS MENTARBIAH AHLINYA?

Terdapat juga di kalangan yang menyertai PAS dengan semangat perjuangan Islam yang berkobar-kobar. Mereka begitu fanatik dengan perjuangan dan ada kalanya keterlaluan di dalam tindak ¬tanduk. Namun selang beberapa ketika, semangat mereka menjadi luntur dan kendur begitu sahaja. Semasa mula-mula menyertai PAS mereka begitu aktif tetapi kemudiannya menjadi pasif. Semangat sahaja tidak mencukupi untuk menjayakan sesuatu perjuangan. la harus dilandasi oleh ilmu pengetahuan dan pemahaman terhadap sejarah serta dasar perjuangan parti. Sebab itu, PAS sentiasa menekankan tentang kepentingan tarbiah dan majlis ilmu sama ada yang berbentuk ceramah, kuliah, forum, diskusi, dialog, seminar, konvensyen dan sebagainya.

BENARKAH PROGRAM PAS HANYA BERCERAMAH SAHAJA?

Ceramah hanya merupakan salah satu program penerangan yang diadakan oleh PAS. la menjadi alat dan wasilah untuk menyampaikan dasar dan sikap perjuangan parti kepada ahli-ahlinya dan masyarakat umum.PAS juga mengadakan berbagai-bagai majlis ilmu bertujuan untuk memberikan kesedaran, kefahaman, keinsafan dan pengetahuan berhubung dengan pelbagai perkara dan isu yang berlaku dalam kehidupan manusia. Majlis ilmu yang diadakan oleh PAS sentiasa menyeru manusia kembali ke jalan Allah di samping mendedahkan berbagai-bagai kepincangan, penyelewengan, kemungkaran, kemaksiatan dan kejahatan yang dilakukan oleh pihak-pihak tertentu supaya mereka tidak terlibat di dalam perkara¬-perkara yang disebutkan itu. Sebagai alternatifnya, PAS telah mengemukakan jalan penyelesaian mengikut acuan Islam bagi mengatasi segala masalah yang diutarakan itu. Keikhlasan PAS di dalam membangunkan Islam telah terbukti nyata. PAS harus disokong dan didukung bersama-sama oleh semua ahlinya.

KENAPA PAS MENGANJURKAN DERMA JIHAD DALAM CERAMAHNYA?

Dalam setiap ceramah yang diadakan, PAS mengalu-alukan sumbangan dan derma daripada orang ramai. Sebagai sebuah organisasi politik, PAS memerlukan sumber kewangan bagi menggerakkan aktivitinya dan membiayai perjuangan Islamnya. Sumbangan itu penting bagi menggerakkan markas-markas PAS yang terdapat di seluruh negara. Perlu diingatkan bahawa PAS mempunyai markas di peringkat negeri, kawasan dan kadang-kala juga cawangan. Markas itu selain berperanan sebagai pejabat pentadbiran parti, ia juga berfungsi untuk menjalankan pelbagai aktiviti yang dianjurkan termasuk usrah, ceramah dan sebagainya. Sumbangan itu juga digunakan untuk menampung kos operasi markas dan membayar gaji kepada kaki tangan yang menguruskan pejabat.

DI MANA LAGI WANG KUTIPAN ITU DISALURKAN?

Kutipan daripada derma jihad itu turut digunakan untuk membantu umat Islam di Palestin, Bosnia, Rohingya dan terbaru kerajaan Hamas yang sedang ditekan oleh pihak barat serta para sekutunya. Sebahagian daripada kutipan tabung dan derma diqunakan untuk tujuan kebajikan bagi membantu umat Islam yang hidup dalam kemiskinan dan ditimpa oleh musibah seperti mana yang berlaku kepada penduduk Acheh dan Kashmir baru-baru ini. Bantuan yang disalurkan oleh PAS adalah tidak mengenal batasan sempadan dan keturunan tetapi dilakukan atas dasar tuntutan ajaran Islam dan nilai kemanusiaan.

APAKAH PAS TERLIBAT DALAM KERJA-KERJA AMAL DAN KEBAJIKAN?

Walaupun PAS dikenali sebagai sebuah parti politik tetapi pada hakikatnya PAS juga merupakan sebuah gerakan dakwah yang turut melibatkan diri di dalam pelbagai aktiviti kemasyarakatan. Penglibatan PAS dalam kerja-kerja amal dan kebajikan dapat dilihat dalam pelbagai program yang dilaksanakan seperti sukaneka, khidmat perubatan, kaunseling, ziarah, gotong-royong, membantu mangsa kebakaran dan banjir, membela golongan setinggan, memperjuangkan nasib para tahanan ISA dan keluarganya, menjadi juru bicara kepada golongan tertindas dan banyak lagi. PAS turut bersikap prihatin di dalam hal-hal yang berkaitan keruntuhan akhlak dan masalah sosial yang melanda golongan remaja. Berbagai-bagai seminar telah diadakan bertujuan untuk membincangkan dan mengemukakan penyelesaian terhadap masalah kemerosotan akhlak yang dihadapi golongan yang terbabit.Wakil rakyat PAS juga acap kali membangkitkan isu-isu yang berkaitan di dalam Parlimen dan dewan undangan negeri (DUN). Semua itu dilakukan atas dasar tanggungjawab sosial sebagai umat Islam dan rakyat Malaysia yang mendukung nilai-nilai luhur dalam kehidupan lain.

APAKAH KEGIATAN PAS DALAM BIDANG PENDIDIKAN?

PAS tidak pernah mengabaikan aspek pendidikan di dalam perjuangannya. Pendidikan bukan sahaja penting dalam melahirkan masyarakat yang berilmu tetapi pemangkin kepada kemajuan dan pembangunan negara. Hubungan di antara sekolah agama rakyat (SAR) dan PAS amat sinonim sekali. Selain terlibat secara langsung dalam penubuhan SAR, PAS juga menubuhkan pelbagai institusi pendidikan di peringkat pra sekolah sekolah rendah, menengah dan institusi pengajian tinggi (IPT). PAS mempunyai 7, 000 pusat pendidikan pra sekolah yang dikenali sebagai Pusat Asuhan Tunas Islam atau singkatannya, PASTI di seluruh negara. Di Kedah khasnya, PAS mendukung penubuhan Sekolah Rendah Islam Darul Ulum (SERIDU),Sekolah Menengah Islam Darul Ulum (SEMIDU) dan Kolej Islam Darul Ulum (KIDU). Di Kelantan pula di mana parti PAS memerintah, sekolah agama telah dimartabatkan dan diletakkan di bawah pentadbiran Yayasan Islam Kelantan (YIK). Sekolah-sekolah agama seumpama ini juga terdapat di negeri -negeri lain.

BAGAIMANA PULA DENGAN SUMBANGAN PAS DIPERINGKAT ANTARABANGSA?

Penglibatan PAS di dalam memperjuangkan isu-isu di peringkat global telah mendapat perhatian dan pengiktirafan daripada pelbagai pihak. PAS secara konsisten telah memperjuangkan isu yang menyentuh nasib dan kepentingan umat Islam khususnya di Palestin. Hubungan PAS dengan pelbagai pertubuhan Islam dan gerakan dakwah di negara-negara telah terjalin dengan baik. Sebagai buktinya, PAS sering kali dijemput hadir dan mengambil bahagian di dalam perhimpunan, persidangan dan pertemuan yang diadakan oleh kerajaan dan pertubuhan Islam diTimurTengah, Afrika, Amerika Syarikat, Australia (AS) dan Eropah. PAS sendiri pernah menganjurkan Ijtimak Antarabangsa Perpaduan Ummah pada 9 September 1988 di Masjid Rusila, Marang, Terengganu. ljtimak itu telah berjaya menghimpunkan puluhan pemimpin gerakan Islam dari pelbagai negara. PAS juga pernah menghantar dua wakilnya untuk misi damai ke negara yang berkrisis di negara Arab. Undangan itu dibuat oleh Majlis Gerakan Islam Sedunia dan pemilihan PAS dilakukan atas kedudukannya sebagai jemaah yang mewakili umat Islam di Malay¬sia dan rantau Asia Tenggara.

APAKAH LANDASAN TERBAIK UNTUK MENYERTAI PAS?

Penyertaan dalam PAS harus dibuat dengan kesedaran dan komitmen untuk mendaulatkan Islam di bumi Malaysia. Jika tidak, penyertaan mereka di dalam PAS mungkin tidak dapat bertahan kerana dalam perjuangan Islam terdapat banyak ujian dan dugaan yang perlu dihadapinya sama ada dalam bentuk tekanan ekonomi, politik atau penahanan tanpa bicara. Mereka yang menyertai PAS kerana pemimpin tertentu, mengikut arus gelombang dan tiupan angin perubahan pasti akan kecewa apabila perjuangan yang disertai tidak membuahkan hasil seperti mana yang diharapkannya. Begitu juga dengan mereka yang menyertai PAS kerana jawatan, kedudukan atau kerana mahu menonjolkan diri akhirnya akan bertindak meninggalkan parti setelah segala usahanya tidak mendatangkan kejayaan. Mereka yang menyertai PAS kerana ajakan kawan dan mengikut orang lain juga lambat-laun akan mengambil tindakan yang serupa.

APAKAH YANG PERLU DILAKUKAN SELEPAS MENYERTAI PAS?

PAS adalah parti siasah dan gerakan dakwah yang mempunyai perlembagaan. Mereka yang menyertai PAS harus mengikut peraturan dan garis panduan yang ditetapkan. Di dalam parti, ahli-¬ahli mempunyai saluran untuk menyuarakan pandangan dan memberikan pendapat malahan melahirkan kritikan. Semua itu harus dibuat secara syura dan musyawarah yang menjadi pegangan parti PAS. Justeru itu, semua ahli PAS harus memiliki fikrah perjuangan yang sama dan berkongsi matlamat perjuangan Islam yang satu. Mencampur-baurkan perjuangan Islam dengan kepentingan peribadi dan duniawi akhirnya akan menyebabkan seseorang terlontar jauh daripada landasan yang digariskan oleh al-Quran dan as-sunnah.

APAKAH TUNTUTAN DAN KOMITMEN SEBAGAI AHLI PAS?

Penyertaan dalam PAS menuntut seseorang memberikan seluruh komitmen, tenaga dan jiwa raganya untuk menjayakan perjuangan Islam. Orang yang berjuang harus mempunyai nawaitu yang betul, keikhlasan dan kesungguhan untuk berkhidmat untuk agama dan ummah. Semua itu harus dilakukan dengan niat untuk mendapatkan keredhaan Allah. Setiap sumbangann yang diberikan kepada perjuangan Islam mempunyai nilaian dan pahala. Kalau ia dilakukan dengan niat yang betul maka ia akan menjadi satu ibadah. Kalau ia dilakukan dengan nawaitu yang songsang, yang bakal menantinya ialah padah dan musibah.Setiap muslim wajib menyertai perjuangan Islam dan dalam konteks negara kita, parti yang mempunyai perlembagaan Islam ialah PAS. Jadi, tidak ada sebab kenapa orang Islam menolak daripada menyertai PAS. Mereka harus bersama-sama dengan PAS dan mengajak saudara selslam mereka untuk turut serta untuk sama-sama melaksanakan Islam secara syumul dalam seluruh ruang kehidupan tanpa sebarang pengecualian.

KESIMPULAN

Setiap umat Islam harus mempunyai cita-cita walaupun sedikit untuk menegakkan Islam. Mereka juga mempunyai kewajipan untuk menyampaikan Islam meskipun dengan sepatah perkataan. Kalau mereka tidak mampu sampaikan melalui tangan atau perbuatan, mereka boleh melakukannya melalui perkataan atau lisan. Jikalau masih tidak mampu maka mereka sekurang-kurangnya perlu mendoakan di dalam hati. Berdasarkan kepada cita-cita tersebut, PAS ditubuhkan sebagai wadah dan wasilah untuk umat Islam menzahirkan cita-cita tersebut dalam bentuk yang nyata. Oleh itu, tidak ada alasan kenapa umat Islam tidak boleh merealisasikan cita¬cita tersebut dalam sebuah negara yang berbagai kaum dan agama ini apatah lagi bagi bilangan orang Islam yang majoriti. Umat Islam mempunyai ruang yang seluas-luasnya untuk melibatkan diri dalam parti PAS. Mereka boleh membantu Islam dengan membantu PAS. PAS adalah parti Islam, matlamatnya Islam, pendokongnya orang Is¬lam dan asas perjuangannya jelas IsIam. Mari sama-sama sokong PAS dan jom ramai-ramai sertai PAS.

Matlamat Asal Perjuangan Jangan Diketepi

/>

Mukadimah
SEMANGAT perjuangannya jelas masih mantap, walaupun fizikal kelihatan agak uzur. Keinginan untuk terus melihat rakyat hidup dalam suasana harmonis terpancar pada setiap perkataan yang dituturkan. Bekas Menteri Luar, Tun Dr. Muhamad Ghazali Shafie,88, yang mesra dengan panggilan King Ghaz tetap bersemangat membicarakan soal perpaduan, persefahaman antara kaum. Setahun pertemuan itu telah berlalu, namun nasihat dan pandangan King Ghaz tetap segar dalam ingatan. Berikut disiarkan sedutan wawancara tersebut. Semoga Allah merahmati Allahyarham yang disemadikan di Makam Pahlawan, Masjid Negara, 25 Januari 2010. Al Fatihah.
Berbicara dengan Tun Ghazali tidak sah sekiranya tidak membincangkan topik nasionalis Melayu.
”Seorang nasionalis perlu berubah mengikut masa dan mengikut anjakan paradigma, tanpa mengetepikan matlamat sebenar perjuangannya,” kata Ghazali.
Seorang nasionalis yang tidak menerima perubahan dan terkongkong dengan idea lamanya akan menyebabkan golongan yang diperjuangkannya terpinggir.
”Nasionalisme Melayu boleh berubah-ubah mengikut masa, tetapi tujuan asalnya tidak berubah, iaitu untuk memenuhi hasrat kaum Melayu dan memperbetulkan kepincangan yang melanda masyarakat Melayu akibat penjajahan.”
Tambahnya, kesediaan nasionalis Melayu menerima perubahan, iaitu dengan berkongsi kuasa dengan kaum lain, membolehkan negara mencapai kemerdekaan dalam suasana yang aman tanpa menggugat kestabilan negara.
Semangat perkongsian kuasa ini juga diterapkan dalam penubuhan ASEAN. Semenjak ASEAN dianggotai oleh lima dan enam buah negara, atau sembilan seperti sekarang, mahupun 10 pada masa akan datang, pertubuhan itu menghadapi berbagai-bagai masalah di kalangan negara anggota, namun tidak ada masalah yang merebak menjadi perbalahan sengit.
”Ternyata semangat dan konsep perkongsian kuasa itu berjaya,” katanya.
”Semua pihak harus belajar berkongsi kuasa bagi mewujudkan keamanan dan kestabilan dalam negara kerana tanpa keamanan, pembangunan yang memanfaatkan masyarakat tidak dapat dilaksanakan,” tambahnya.
Ghazali menyatakan beliau terpengaruh dengan perjuangan nasionalisme Melayu sewaktu tinggal dengan bapa saudaranya, Zainal Abidin di Bentong, dan pertemuannya dengan nasionalis lain seperti Ibrahim Ya’acob, Ishak Mohamad (Pak Sako) dan Encik Tahir.
Kematian neneknya membuatkan beliau terfikir sama ada dalam jangka hayatnya beliau dapat menyumbang kepada suatu matlamat yang bererti dalam hidupnya.
Beliau dapat melihat bahawa dengan tekanan dan pengaruh, suatu pembaharuan dapat dilaksanakan bagi meningkatkan taraf hidup orang Melayu yang agak mundur semasa di bawah kuasa penjajah.
”Kemerdekaan adalah suatu kemungkinan, tetapi sebelum itu, beberapa pembaharuan perlu dilaksanakan dalam pendidikan dan pertanian bagi meningkatkan taraf hidup orang Melayu dan membawa mereka keluar daripada kancah kemiskinan dan kejahilan dan memberi peluang kepada mereka sebagai persediaan mencapai kemerdekaan,” katanya.
Tujuan penjajah bukan sahaja untuk meluaskan kawasan jajahannya tetapi juga mendapatkan pasaran kepada barangan keluarannya kerana Eropah pada masa itu berada dalam era Revolusi Industri.
Tegas Ghazali, demi bangsa Melayu keseluruhannya, nasionalis Melayu mesti sentiasa cekap. Dalam jangka pendek dia mungkin kelihatan berkompromi tetapi dalam jangka panjang, mungkin ada kelebihannya.
”Nasionalis tidak seharusnya terlalu terkongkong dengan sesuatu idea semasa muda. Jika dia tidak mengubah dirinya mengikut masa dan anjakan paradigma, dia akan menjadi tua tetapi tidak matang. Idea radikalnya hanyalah reaksioner.
‘Seorang nasionalis muda dengan idea yang lama dan ketinggalan zaman, hanyalah seorang tua kolot yang muda.” tegas Ghazali.
Ghazali juga menasihatkan seluruh rakyat negara ini agar kembali menghayati prinsip Rukun Negara dalam kehidupan mereka bagi memperkukuhkan pembinaan negara bangsa.
Beliau yang turut terlibat dalam merangka Rukun Negara berkata, prinsip-prinsip itu perlu dijadikan sebagai kayu pengukur dalam melaksanakan pelbagai projek dan pekerjaan.
“Ini termasuk bagi semua ahli politik, peguam dan kakitangan perkhidmatan awam,” katanya
Menurut Ghazali, kegagalan dalam mengamalkan prinsip Rukun Negara menyebabkan banyak projek tidak dapat dilaksanakan dengan baik termasuk amalan rasuah.
“Kalau kita menggunakan Rukun Negara saya fikir ada projek tidak dapat melepasi ukuran yang ditetapkan dalam prinsip berkenaan.
“Sebab itu Rukun Negara boleh mengelakkan unsur rasuah dan dalam hal ini kita perlu menyalahkan kedua-dua pihak iaitu pemberi (rasuah) dan penerima,” katanya.
Beliau menjelaskan Rukun Negara mempunyai serampang dua mata sebagai Dasar Ekonomi Baru (DEB) iaitu bersifat penetapan suatu visi dan menyediakan pelaksanaan dasar.
Ini kerana DEB katanya, telah memberikan harapan kepada orang Melayu untuk menikmati kemakmuran negara dan menghilangkan ketakutan bukan Melayu yang khuatir kekayaan mereka akan dirampas.
“Rukun Negara adalah untuk kegunaan semua rakyat negara ini dan melambangkan mentaliti intelektual yang dapat memenuhi hasrat pembinaan sebuah negara bangsa,” katanya.
Ghazali tidak banyak mahu mengimbau zaman lampau politiknya.
Pada pemilihan hierarki kepimpinan parti itu di Dewan Bahasa dan Pustaka pada1971, beliau kalah dalam perebutan jawatan Naib Presiden.
Sehingga beliau menamatkan tugas dalam kerajaan dan parti pada 1986, itulah jawatan yang sentiasa berada di luar jangkauannya, meskipun dicubanya beberapa kali. Ada pihak-pihak yang beranggapan, Tun Razak mungkin memilih Ghazali untuk mengganti Tun Dr. Ismail yang meninggal pada 1973 sekiranya Ghazali adalah seorang Naib Presiden UMNO.
Begitu juga pada 1976 selepas meninggalnya Tun Razak. Tun Hussein Onn yang baru menjadi Perdana Menteri dikatakan berminat hendak melantik Ghazali sebagai Timbalan Perdana Menteri tetapi minat itu tidak tercapai kerana sekali lagi faktor beliau bukan Naib Presiden menjadi penghalang.
Bagaimanapun segala halangan yang dihadapi itu tidak pernah melunturkan semangat Ghazali untuk terus setia dan berbakti kepada UMNO.Parti keramat yang baginya begitu banyak berbakti kepada agama, bangsa dan tanahair.
Menyentuh tentang perpaduan kaum, beliau berkata:
“Pembentukan perpaduan dan persefahaman antara kaum memerlukan usaha berterusan bukan sahaja oleh pemimpin malah sokongan sepenuhnya daripada rakyat,’’ kata King Ghaz .
Katanya, walaupun perpaduan di kalangan rakyat pelbagai kaum dan agama masih utuh, namun usaha untuk mengekalkannya lebih mencabar dan kompleks. Perpaduan merupakan faktor paling penting untuk menjamin kelangsungan sebuah negara merdeka dan ia perlu dikekalkan sampai bila-bila.
“Pada masa dulu usaha kerajaan mewujudkan perpaduan senang sedikit sebab rakyat masih sedikit tetapi sekarang amat kompleks kerana bilangan rakyat kian ramai dan meningkat.
“Rakyat pada masa kini lebih berpendidikan tinggi dan lebih terbuka, dan hal ini kadangkala menyebabkan mereka mula melihat perbezaan antara kaum, namun secara keseluruhannya perpaduan masih kukuh,” katanya.
Anak kelahiran Kuala Lipis ini begitu banyak jasa dan pengorbanan kepada negara.
Beliau berjuang bersama-sama tokoh kemerdekaan yang lain menuntut pembebasan negara dari cengkaman penjajah.
King Ghaz pernah terlibat dengan pelbagai peristiwa pahit dan mencabar semasa berkhidmat sebagai pegawai tinggi kerajaan dan juga dalam dunia politik tanah air.
Bapa kepada dua orang anak ini pernah menganggotai Malayan Volunteer Force dan Anggota Pasukan 136 bagi menentang kependudukan Jepun semasa Perang Dunia Ke-2, pernah bertugas di Pejabat Pesuruhjaya Malaya di London dan Pejabat Wakil Tetap British ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Selain itu beliau juga bertugas sebagai Pesuruhjaya Tinggi Malaya ke India, Pemangku Setiausaha Tetap, Kementerian Hal Ehwal Luar dan Ahli Suruhanjaya Cobbold untuk pembentukan Malaysia.
Pada 1970, Ghazali meletakkan jawatan sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Luar dan dilantik sebagai Senator pada 21 September 1970.
Seterusnya beliau dilantik sebagai Menteri Tugas-tugas Khas (bertanggungjawab mengendalikan Jabatan Perpaduan Negara dan Unit Perancang Awam bagi mengkaji semua dasar kerajaan).
Pada Februari 1971, Ghazali dilantik Menteri Penerangan (pada masa yang sama terus memegang jawatan Menteri Tugas-tugas Khas), Menteri Dalam Negeri pada 5 September 1974 dan Menteri Luar Negeri 18 Julai 1981 hingga Julai 1984.
Beliau dikenali di peringkat antarabangsa dan dianggap sebagai seorang yang berkemampuan dalam pentadbiran awam. Beliau juga adalah salah seorang ahli Suruhanjaya Lord Cobbold ketika referendum penubuhan Malaysia dijalankan di Sabah dan Sarawak.
Selain itu Ghazali cukup popular kerana terlibat dalam perundingan dengan Tentera Merah Jepun yang menawan bangunan A.I.A di Jalan Ampang sekitar akhir tahun 1970-an.
King Ghaz juga, walaupun dilaporkan terbunuh, bagaimanapun terselamat daripada nahas pesawat Cessna 206 yang terhempas di Kampung Janda Baik, Bukit Tinggi, Pahang pada 10 Januari 1982.
Dalam nahas itu, juruterbang Chako Verghese dan pengawal peribadi King Ghaz terkorban

Pengasas AL-ARQAM, Ustaz Ashaari ke rahmatullah

Jam 2.10 pm tadi Ustaz Ashaari Muhammad, 73 tahun, pengasas gerakan Al-Arqam (1968 – 1994) meninggal dunia di Ipoh Specialist Centre kerana jangkitan paru-paru. Innalillahi wainna ilaihi raji’uun (Kita milik Allah dan kepadaNya kita kembali). Beliau dikebumikan di tempat asalnya, Kg. Pilin, Rembau, Negeri Sembilan. Menghargai sumbangan besar beliau kepada Dakwah Islam di Malaysia khususnya pada tahun-tahun 1970an, saya pergi ke tempat pengkebumiannya sebentar tadi. Walaupun Kg. Pilin terletak jauh di pendalaman Rembau, namun ratusan manusia yang datang ketika jenazah dikebumikan jam 10.00 malam tersebut menunjukkan jasa Al-Marhum tetap dikenang ramai manusia walau diakhir perjuangannya, Al-Marhum dan jemaahnya melalui fasa getir dan sukar terutama selepas pengharaman Al-Arqam tahun 1994 oleh Kementerian Dalam Negeri.
“Hari (Akhirat) yang tiada guna lagi harta dan anak pinak, melainkan orang yang bertemu Allah dengan hati yang sejahtera” (Al-Quran). Foto : Kubur Us Ashaari yang dikebumikan malam tadi.
Di tahun 1980 (ketika di tingkatan 3 MRSM Kuantan), seperti ramai masyarakat Islam di Malaysia, saya banyak mendapat kesan Islamik dari dakwah Al-Arqam yang diasaskan oleh Ustaz Ashaari berslogan “Bergembiralah dengan Al-Quran dan As-Sunnah”, satu istilah yang biasa di dalam Fiqh Islam tetapi asing dalam masyarakat Melayu Islam ketika itu. (Foto : Saya dimalam pengekebumian Us Ashaari di Kg Pilin, Rembau, Negeri Sembilan, kampung asal Al-Marhum. Kubur Us Ashaari di depan orang yang berserban putih).
Gerakan Al-Arqam 1970an
Al-Arqam di era 1970an. Ustaz Ashaari duduk di tengah-tengah. Ketika ini hanya slogan “Al-Quran dan As-Sunnah” sahaja yang kedengaran. Belum ada slogan “Imam Mahdi – Syeikh Suhaimi”, “Pemuda Bani Tamim” dan sebagainya seperti di tahun-tahun 1990an.
Gerakan Al-Arqam bermula dengan 12 orang pada tahun 1968. Bilangan ahlinya mencapai 3000 orang pada tahun 1980. Pada tahun-tahun 1990an bilangan anggotanya dipercayai mencapai 10,000 orang atau seingat saya 6,000 keluarga seperti yang disebut di dalam salah satu buku terbitannya. Saya mula mengenali gerakan dan menghadiri kursus-kursus anjuran Al-Arqam sejak di tingkatan tiga, tahun 1980. Ketika itu slogan Al-Arqam ialah “Bergembiralah dengan Al-Quran dan As-Sunnah”. Ketika itu isu yang mengaitkan Al-Arqam dengan ajaran sesat, pegangan Aurad Muhammadiah, Imam Mahdi Asy-Syeikh Suhaimi dan seumpamanya belum tersebar. Dalam suasana penghayatan Islam dikalangan rakyat Malaysia masih baru, tidak ramai yang bertudung, bahkan ketika itu siapa yang mula bertudung digelar “hantu kongkong”, “ninja”, “dakwah songsang” dan sebagainya, kemunculan ribuan ahli gerakan Al-Arqam di tengah-tengah masyarakat dengan imej serban, jubah dan purdah memberi nafas baru kepada usaha-usaha kembali kepada agama Allah swt. Imej dan risalah “Islam Yang Syumul (Menyeluruh)” dikuatkan lagi dengan penonjolan Islam bersepadu melalui produk media seperti kaset-kaset ceramah 3-jam Us Ashaari seperti “Keindahan Islam”, “Hakikat Iman” yang tidak jemu-jemu saya dengar 6 atau 9 jam berulang kali, akhbar Al-Arqam, risalah Fardhu Ain, kaset dan persembahan nasyid Islam kumpulan Al-Arqam seperti Nada Murni, The Zikr pimpinan Al-Marhum Asri Rabbani, penghasilan produk makanan halal seperti mee, kicap, sos dsb yang ketika itu rata-rata umat Islam bergantung kepada kilang bukan-Islam. Ramai tentunya masih ingat Klinik Bersalin Al-Arqam di Desa Minang, Gombak, yang merupakan klinik pertama anjuran gerakan Islam di Malaysia beridentitikan doktor dan jururawat berpurdah dan berjubah putih, mengazankan bayi di telinga kanan dan mengqamatkannya di telinga kiri.
Dari jalan besar Rembau – Tampin, Kg. Pilin masuk kira-kira 10-15 km ke hulu pendalaman kampung.
Foto ini saya ambil sebaik saya tiba di Kg. Pilin. Walaupun di pendalaman, hampir seribu manusia membanjiri Kg. Pilin memberikan penghormatan terakhir kepada Al-Marhum Ashaari Muhammad, pengasas gerakan Al-Arqam (1968-1994).
Zaman Kemuncak Dakwah (I) di Malaysia (1981-1982)
Mereka yang berumur 40an seperti saya, 50an dan 60an yang terlibat dalam gerakan Islam di Malaysia hari ini akan bersetuju dengan saya jika dikatakan bahawa dakwah dan kesedaran Islam di Malaysia mendapat momentum besar di tahun-tahun 1970an diantaranya melalui usaha dan pimpinan Ustaz Hadi dalam PAS, Anwar Ibrahim dalam ABIM, Ustaz Ashaari dalam Al-Arqam serta lain-lain individu dan badan Islam. Momentum ini mencapai kemuncaknya pada tahun-tahun 1981-82. Kebetulan ketika itu saya di tingkatan 4 dan 5, umur yang penuh idealisme dan aktivisma. Saya tidak puas-puas menghadiri “Kursus-kursus Kefahaman Islam” anjuran badan-badan berkenaan dan membawa masuk apa yang saya perolehi di sana, masuk ke dalam MRSM Kuantan seperti kaset, buku, kicap, sos, kayu sugi, ubat gigi halal (ketika itu Colgate disyaki ada minyak babi) dan lain-lain. Di tahun-tahun tersebut juga, “Revolusi Tudung” tersebar dengan pesatnya di seluruh pelusuk negara. Di MRSM Kuantan ketika saya di tingkatan 1 (1978) dari kira-kira 300 pelajar wanita, hanya sekitar 20 orang memakai tudung, tetapi ketika saya di tingkatan 5 (1982) hampir 90% pelajar wanita memakainya. Hatta (hinggakan) pelajar yang tidak memakai tudung menukar fesyen pakaian sekolahnya dari blouse kepada baju kurung.
Bertemu kenalan lama, En. Jailani Jasmani di upacara pengekebumian Ustaz Ashaari. Beliau sezaman saya ketika menuntut di Australia (1983-1988). Beliau adalah diantara pimpinan Al-Arqam Australia, berpusat di Perth, manakala saya bergerak di dalam AFMSA (Australia Federation of Muslim Student Association – gabungan semua Muslim Student Association di universiti-universiti seAustralia). Sebaik pengharaman Al-Arqam tahun 1994, En. Jailani diantara 11 orang pertama ditangkap dibawah ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri). Beliau dibebaskan 2 bulan selepasnya dan dikenakan tahanan dalam daerah selama 4 tahun. Ustaz Ashaari dikebumikan di tanah perkuburan di belakang Surau Kg. Pilin yang kelihatan di belakang kami.
Saya masih ingat ketika musim-musim cuti sekolah panjang akhir tahun 1981 (tingkatan 4) dan 1982 (tingkatan 5), saya meminta duit dari ayah saya di Seremban untuk menaiki bas bersambung bas ke Perkampungan Islam Al-Arqam, Sg Pencala, Kuala Lumpur untuk menghadiri Kursus Kefahaman Islam anjuran Al-Arqam, juga ke Jeram, Selangor anjuran Balai Dakwah Islamiyah (Ustaz Sahar – Ustaz Amin – Ustaz Nasoha) dan berbagai kursus Islam lagi. Ketika mana pemakaian tudung masih pelik dan asing di Malaysia, menghadiri kursus Islam seperti itu selama beberapa hari di tengah-tengah ribuan peserta yang memakai serban, jubah, purdah, menjamu hidangan mee buatan kilang Islam, bersugi, berzikir munajat pimpinan Asri Rabbani, mendengar ceramah-ceramah 3-jam Ustaz Ashaari, diajari tidur secara sunnah, bangun berqiyamullail bersama, mandi air perigi beramai-ramai dan sebagainya memberikan suntikan semangat Islam yang kuat dan luar biasa terutama kepada mereka  yang berada diumur belasan tahun seperti saya ketika itu.
Di musim persekolahan pula, saya sering menghadiri “Tamrin” atau Kursus Kefahaman Islam anjuran PKPIM/ABIM. Terima kasih kepada Al-Marhum Ustaz Mokhtar MRSM Kuantan yang sering membawa saya ke program-program berkenaan termasuk ke markaz ABIM Kuantan yang ketika itu masih dalam pembinaan. Dari masa ke semasa ceramah pidato 1-jam Ustaz Hadi Awang (kini Presiden PAS) dizaman itu dihadiri puluhan ribu orang memberikan kefahaman sahih dan semangat perjuangan yang tinggi kepada para pemuda pemudi termasuklah saya sendiri. Itu kisah 30 tahun yang lalu. Saya rasa tiadanya tokoh-tokoh seperti Ustaz Hadi dan Ustaz Ashaari berpidato hebat seperti zaman muda mereka dahulu adalah satu kekurangan dalam membina jiwa pemuda pemudi generasi 2010an pada hari ini. Memang usrah dan qiyamullail memberikan kefahaman dan kekuatan ruh untuk beramal dakwah, namun mendengar pidato dapat membangkitkan semangat dan keberanian dalam berdepan dengan apa sahaja rintangan dan godaan demi mencapai matlamat perjuangan yang telah diimani oleh hati nurani.
Zaman Keliru (1982-1998)
Saya rasa jika momentum 3-serangkai Ustaz Hadi/PAS – Anwar Ibrahim/ABIM – Ustaz Ashaari/Al-Arqam ketika itu berterusan sedekad dua lagi, tanpa berlaku permasalahan diaspek aqidah dan fikrah seperti yang berlaku pada gerakan Al-Arqam ditahun-tahun 1990an, Malaysia yang akan dibentuk dan dihasilkan adalah tidak sama seperti hari ini. Disangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari.
Pada tahun 1982, ketika saya di tingkatan 5 dan sebelum ke Australia, Mahathir/UMNO yang baru menjadi Perdana Menteri (1981) berjaya memikat Anwar untuk meninggalkan ABIM untuk berjuang bersama beliau didalam UMNO (1982). Sejak tahun (1982) bersejarah itu sehingga kehari ini, berlaku ketidaktentuan halatuju bukan sahaja dikalangan gerakan-gerakan Islam, bahkan juga dikalangan umum umat Islam di Malaysia. Pada 1985, apabila polis kerajaan dibawah UMNO membunuh Ustaz Ibrahim Libya PAS bersama 13 pendokong-pendokongnya di Peristiwa Memali, Baling, Kedah, umat terpinga-pinga tidak mudah membuat pendirian terhadap tragedi tersebut kerana Anwar yang dianggap Islamik berada didalam UMNO. Sepanjang Anwar didalam UMNO, ramai ahli ABIM turut mendokong UMNO dan menjauhi PAS hinggalah mereka masuk PKR apabila Anwar dipecat dari UMNO tahun 1998, 16 tahun selepas itu. Dalam zaman keliru seperti ini, Ustaz Ashaari yang pernah menjadi AJK PAS Selangor dan Ketua Dakwah ABIM Wilayah Persekutuan, serta jemaah Al-Arqam sendiri mula menjauhkan diri dari PAS dan ABIM lalu celupan tarikat Aurad Muhammadiah, kepercayaan kepada Imam Mahdi adalah Syeikh As-Suhaimi – pengasas tarikat tersebut, Majlis Yaqazah (Nabi saw didakwa turut hadir), Pemuda Bani Tamim dsb. semakin menebal kedalam ideologi gerakan tersebut dari hari kesehari, tahun demi tahun, siap untuk difatwakan sesat oleh Majlis Fatwa Kebangsaan pada tahun 1994, lalu siap untuk dikenakan cubaan pukulan maut oleh pihak berwajib pada tahun yang sama.
Zaman Alaf Baru
Hari ini, yang masih seperti tahun-tahun 1981-82 dulu  ialah Ustaz Hadi di dalam PAS. Adapun “players” tahun-tahun 1970an selain Ustaz Hadi seperti Anwar Ibrahim, beliau melepaskan ABIM (1982), Mahathir pula terpaksa melepaskan jawatan dalam UMNO kesan kebangkitan Reformasi 1998 dan prestasi terburuk UMNO dalam Pilihanraya 1999 manakala gerakan Al-Arqam Ustaz Ashaari diharamkan dan berkubur tahun 1994, diganti dengan versi baru “Rufaqak” (juga telah difatwakan haram), kemudian “Global Ikhwan” pada hari ini.
Tanpa disedari Zaman Keliru 16 tahun (1982-1998) telah berlalu dengan cepat, tidak menunggu samada gerakan atau umat Islam keliru atau tidak, lahir pula generasi-generasi Melayu baru, timbul gejala-gejala sosial parah yang tidak pernah berlaku sebelumnya dan sekronik hari ini seperti kelahiran puluhan ribu anak haram Melayu, sumbang mahram, rempit, rasuah jutaan bahkan bilion ringgit, curang, materialistik, cinta dan berlumba untuk dunia dan sebagainya. Jika dulu umat Melayu cukup dihibur dengan lagu dan filem P.Ramlee, akan tetapi sepanjang tempoh Zaman Keliru 16 tahun hingga kehari ini, kesempatan yang digunakan sebaik mungkin oleh pihak-pihak tertentu telah mencapai tahap merekrut generasi sosial dan hedonisma melalui pelbagai produk rancangan seperti Akademi Fantasia, Anugerah Juara Lagu dan seumpamanya.
Al-Arqam adalah pelopor Kesenian Islam di Malaysia sebagai salah satu wasilah Dakwah yang berkesan kepada golongan-golongan tertentu dan sebagai senjata alternatif dalam berdepan dengan serangan hiburan-hiburan Melayu ala Barat yang menjelek dan merosakkan . Foto: Penasyid-penasyid utama Al-Arqam, Al-Marhum Asri Ibrahim, vokalis kumpulan Rabbani dan dikanan beliau Munif Ahmad, vokalis kumpulan Hijjaz hari ini. Mereka ber”pakaian Al-Arqam”. Ketika itu alat muzik yang dianggap Islamik ialah gendang dan seumpamanya.
Diantara foto terakhir Ustaz Ashaari Muhammad, pengasas gerakan Al-Arqam. Setelah keluar hukuman ISA (Internal Security Act), mulut Ustaz Ashaari tidak boleh bertutur sehingga ke akhir hayatnya. Beliau hanya menggunakan bahasa isyarat, dikatakan hanya difahami oleh Hatijah Aam, isteri beliau.
Diantara sumbangan Allahyarham Ustaz Ashaari Muhammad kepada umat Islam di Malaysia khususnya  ialah :
  1. Al-Marhum berdiri teguh di hadapan dalam menghadapi serangan Budaya Barat yang melanda umat dan merubah identiti Islam mereka sejak sekian lama. Ini beliau lakukan secara amali dengan membentuk gerakan Al-Arqam yang cuba memaparkan Islam secara menyeluruh disetiap aspek kehidupan seperti pakaian menutup aurat, produk makanan Islam, ekonomi, media, hiburan dll.
  2. Al-Marhum memberi nafas baru dan keyakinan kepada umat Islam bahawa mereka boleh menjana ekonomi, berdikari dan berjaya dalam skala yang besar (Group of Companies), asalkan mereka mempunyai penghayatan Islam yang baik, zuhud dan bekerja didalam team group (berjemaah).
  3. Al-Marhum menjadikan jemaah Al-Arqam sebagai jemaah pertama di Malaysia yang berjaya menonjolkan Kesenian Islam (nasyid kumpulan Nada Murni, sajak dsb) sebagai salah satu wasilah dakwah yang meluas, bersepadu dan berkesan.
  4. Al-Marhum dan jemaah Al-Arqam cuba mempraktikkan amalan poligami secara kolektif (berjemaah) sebagai salah satu usaha menangani aspek sosial seperti yang diketengahkan oleh Islam.
  5. Al-Marhum melalui jemaah Al-Arqam berjaya didalam penghasilan produk media sebagai salah satu wasilah (cara) dakwah terpenting seperti akhbar Al-Arqam, majallah-majallah Anis, Asuh, An-Nasihah dan lain-lain. Majallah yang dihasikan sangat bermutu tinggi di segi bahan dan seninya. Diaspek ini juga Al-Marhum berjaya menggerakkan ahli-ahlinya, dewasa dan kanak-kanak berdakwah dan berniaga dengan cara mengedarkan majallah secara langsung di stesen-stesen bas, kompleks perniagaan dan di tempat-tempat awam. Segelintir manusia menuduh ianya satu bentuk penganiayaan terhadap kanak-kanak. Saya melihatnya sebagai satu kekuatan. Kekuatan mendidik ahli bergerak dan teguh bertemu orang ramai, berdakwah dengan usaha amali (pengedaran secara langsung), tanpa menggunakan kata-kata. Tidak seperti ceramah yang mampu dilakukan oleh sebahagian ahli, cara jualan majallah secara langsung di tempat-tempat orang ramai boleh dimainkan oleh semua ahli yang komited dan separa-komited, disamping ia dapat menjana ekonomi untuk Dakwah.
  6. Al-Marhum mendidik dan menghasilkan pengikut yang tajarrud (penyerahan diri yang bulat dan total), berjuang habis-habisan demi mencapai matlamat Dakwah yang digariskan oleh pimpinan, tanpa mengharap ganjaran dunia yang lumayan. Mereka menyumbang kepada jemaah, hidup berpoligami dalam kesederhanaan, sebahagian besar bekerja sepenuh masa untuk Al-Arqam dengan mendapat gaji berupa kupon-kupon Al-Arqam guna membeli makan minum hanya di kedai-kedai Al-Arqam untuk sara hidup diri dan anak isteri mereka.
Saya hanya memaparkan sumbangan-sumbangan positif Al-Marhum untuk dicontohi dimana yang baik oleh para Duat hari ini dan esok. Adapun isu-isu kontroversi Al-Marhum dan jemaah Al-Arqam yang ramai sedia maklum, memadai rasanya para pelawat budiman sekelian melawat link-link yang kami paparkan dalam posting ini seperti tulisan Dr Farahwahida, University Malaya dan link-link di atas. Moga Allah swt memelihara kita dari tipudaya musuh Islam, Syaitan, nafsu dan kejahilan.
Semoga Allah swt merahmati Al-Marhum, mengampuni dosa-dosanya, menerima taubatnya, memberkati amalan dan sumbangannya kepada umat Islam dan ditempatkan di Syurga bersama para Nabi, Siddiqin, Syuhadak dan Solihin. Merekalah sebaik-baik teman disana nanti.
Ustaz Halim  www.inijalanku.wordpress.com






Sebahagian jawapan ustaz Ashaari Muhammad kepada isu-isu terkini (dari blog http://www.malaysiaheaven.com) :
Kenali1_2
“Dalam persoalan apakah cita-cita saya yang sebenarnya elok juga saya ceritakan di sini. Cita-cita saya ialah untuk mencipta bangsa Melayu yang kuat dan berdaulat melalui ekonomi yang menjadikan Islam sebagai resepi kejayaannya. Nak perkasakan bangsa melalui ekonomi Islam. Saya dah buktikan melalui Rufaqa Tetapi kenapa kebenaran ini disalah tafsir? Saya lebih suka kalau di antara mereka yang keliru datang bertanya langsung kepada saya bukannya menuduh, mengugut dan menekan saya serta cuba membunuh perniagaan saya. Elok tirulah cara SB melayan saya.
Pemikiran yang mengatakan saya cuba menghidupkan Arqam adalah menyimpang sekali. Apa yang sebenarnya berlaku ialah membangunkan Islam melalaui ekonomi. Sewaktu saya sampai di Bandar Country Homes dahulu satu kedai Melayu pun tidak ada. Nak beli beras pun terpaksa ke kedai Cina. Sebagai seorang Melayu beragama Islam, saya rasa tercabar. Mengapa melalui Islam kita tidak boleh maju. Akhirnya saya bertekad untuk menebus maruah ini dan membuktikan bahawa orang Melayu akan gemilang melalui Islam.
Kalau di dalam Arqam dahulu saya hanya menumpukan operasi di kampung pendalaman, tetapi sekarang Rufaqa membangunkan ekonomi di tengah-tengah bandar. Bersaing secara sihat dengan bangsa lain yang jauh lebih maju ke depan berbanding dengan bangsa Melayu. Walaupun berbagai halangan dan rintangan yang terpaksa saya lalui tapi saya masih boleh bertahan hingga sekarang dengan izin Allah. Saya rasa masyarakat tidak sepatutnya sangsi dengan saya dan Rufaqa tetapi gembira dan bangga dengan pencapaian ini.
Kalau saya katakan saya tidak berniat untuk menghidupkan Arqam, orang-orang yang tidak senang dengan saya dan menuduh saya cuba hidupkan Arqam takkan percaya. Niat itu dalam hati, siapa pun tak tahu, hanya Tuhan yang Maha Mengetahui. Tapi saya boleh buktikan secara lahirnya dengan alasan berikut:
1.Setelah Arqam diharamkan saya telah menubuhkan Rufaqa Corporation Sdn Bhd (T.426782-V) yang di daftarkan di bawah Akta Syarikat 1965. Sedangkan Arqam dahulu adalah sebuah badan dakwah dan tidak di daftarkan. Rufaqa ditubuhkan pada tahun 1997 hanyalah untuk tujuan perniagaan semata- semata.
2. Dari segi identiti Al Arqam, kalau dahulu dikenali dengan jubah, serban dan purdah tapi sekarang sudah tidak ada lagi. Semuanya berpakaian sama seperti masyarakat umum.
3. Sejak saya memulakan perniagaan Rufaqa, setiap minggu saya melaporkan diri kepada pihak polis. Setiap aktiviti harian dan aktiviti perniagaan saya laporkan kepada pihak keselamatan. Saya maklumkan kepada mereka oleh kerana keluarga saya besar, saya perlu berniaga dengan memulakan sebuah pasaraya, klinik , café dan lain-lain bertujuan untuk menampung keperluan sebuah keluarga besar.
4. Sejak Arqam diharamkan banyak bekas-bekas ahli Arqam yang hilang pekerjaan. Mereka tidak ada sumber pendapatan. Sedangkan pihak Jakim pernah menjanjikan pekerjaaan kepada bekas-bekas Arqam untuk memulakan hidup baru. Tetapi tidak ada nampaknya. Apabila saya menubuhkan Rufaqa Corporation mereka datang untuk meminta kerja. Sebelum ini saya pernah ambil orang-orang lain untuk bekerja termasuk pekerja asing tetapi susah untuk di disiplinkan. Terutama dari segi kejujuran dan amanah.Lebih-lebih lagi saya masih dalam tahanan, pergerakan saya terhad untuk memantau semua staff saya. Malah semua nama staff saya dari kalangan bekas Arqam telah saya laporkan kepada pihak keselamatan.
5. Saya tidak pernah mengusahakan untuk hidupkan kembali Arqam. Malah kalau pihak berkuasa menyuruh saya hidupkan kembali pun saya tidak mahu. Saya sudah serik dengan cara Arqam. Orang-orang di dalamnya dahulu banyak yang ada kepentingan. Saya ucapkan terima kasih kepada pihak keselamatan melalui ISA saya telah diproses ke arus perdana hingga berjaya membangunkan sebuah syarikat. Jangan salah ertikan membangunkan sebuah syarikat perniagaan dengan menghidupkan semula Arqam. Selama ini yang menjaga kami dan sentiasa berhubung dengan kami ialah pihak keselamatan bukannya pihak Jakim. Apabila Rufaqa makin maju dan membesar timbullah isu bahawa saya nak hidupkan Arqam. Sedangkan kerajaan minta orang Melayu kuatkan ekonomi. Bila ekonomi saya makin berkembang dituduh ada agenda hidupkan Arqam. Sedangkan Arqam bagi saya hanyalah tinggal kenangan. Pihak keselamatan sangat tahu segala aktiviti saya selama ini. Saya sentiasa memberi laporan perkembangan perniagaan saya samada di dalam maupun di luar negara.
6. Berkaitan dengan isu Aurad Muhammadiah, telah banyak kali saya berikrar di hadapan KKDN dan jakim bahawa saya sudah meninggalkan dan tidak mengamalkan ajaran itu lagi. Malah semua ahli keluarga dan staff syarikat saya juga tidak mengamalkannya. Saya juga tidak pernah memasukkan dalam senarai aktiviti saya usaha untuk mengembangkan Aurad Muhammadiah. Malah kalau di lihat kepada senarai tajuk-tajuk motivasi yang di berikan kepada staff saya melalui Pusat Motivasi Harmoni tidak ada satu pun tajuk menggenai Aurad Muhammadiah. Tajuk yang utama ialah Solat membina Peribadi Agung, Membina Keluarga Bahagia dan sebagainya.
Selama 10 tahun diproses melalui ISA saya cukup faham kehendak kerajaan dan menjadi dasar saya menghormati fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan pada tahun 1994 berkaitan dengan isu ini. Ini adalah dasar saya dan dasar Rufaqa. Namun apabila Rufaqa sudah semakin berkembang dan bilangan staffnya makin ramai saya sudah tidak mampu untuk mengawal dan mengenal pasti amalan masing-masing. Kalaupun masih ada yang mengamalkannya itu adalah atas dasar individu dan bukannya menjadi dasar syarikat. Takkanlah kerana kesalahan individu seluruh syarikat menjadi mangsa. Kalaulah ada sorang staff syarikat yang membuat kesalahan mencuri misalnya, takkanlah seluruh syarikat nak ditutup.Ini tidak adil dan menganiaya. Patutnya hukumlah yang bersalah itu sahaja bukannya kesemua sekali.
7. Dalam hal ini kalau saya kata saya amalkan atau tidak amalkan kedua-duanya tidak boleh dibuktikan kerana ia soal amalan hati. Kalau saya kata tidak pun, orang tak percaya. Tetapi kalau saya kata saya amalkan seperti yang sesetengah pihak dakwa, itu bererti saya menganiaya diri saya. Dalam hal ini saya pun tidak boleh nak buktikan yang saya tidak amalkan dan mereka yang menuduh saya amalkan pun tidak boleh membuktikan yang saya masih amalkan. Kalau ianya berkaitan dengan amalan lahir seperti solat, boleh dilihat dengan mata lahir dan boleh dibuktikan, tapi ini amalan hati, macam mana nak buktikan. Saya dituduh dan dihukum di atas satu perkara yang berlaku dalam hati, yang tidak boleh dilihat dan dibuktikan secara lahir….”

Sejarah ABIM

Jun 04, 2014 Hit: 4049


Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) ialah sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang mewakili salah satu pergerakan belia Islam di Malaysia. ABIM telah ditubuhkan pada 6 Ogos 1971 di Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia. Pengerusi penaja penubuhannya ialah Ustaz Abdul Wahab Abdullah (Almarhum) dan Setiausahanya ialah Sdr. Fauzi Abdul Rahman (Dato’). 
Pada 17 Ogos 1972, ABIM telah didaftarkan secara rasmi dibawah Akta Pertubuhan 1966. Manakala pada tahun 2009, setelah pihak kerajaan membuat semakan terhadap dasar belia negara, ABIM telah didaftarkan penubuhannya dibawah Akta Pertubuhan-pertubuhan Belia 2007. ABIM telah melangsungkan Persidangan Agung Tahunan atau Muktamar yang pertama pada tahun 1972.
Di Muktamar ini, Ustaz Razali Nawawi (Prof. Dr.) telah dipilih sebagai Presiden pertama. Muktamar juga telah memilih Sdr Anwar Ibrahim sebagai Setiausaha Agung. Semenjak itu, ABIM telah menjayakan kegiatannya dengan jaya. Era awal pergerakannya dicorakkan oleh usaha bagi mempertegaskan idealisme dan cita-cita perjuangan. Pelbagai kegiatan direncanakan bagi menjelaskan identiti ABIM sebagai sebuah pertubuhan belia dan gerakan Islam yang berteraskan prinsip dakwah dan tarbiyyah sebagai asas pendekatan pergerakannya. Cita-cita utama ABIM ialah bagi menyumbang secara proaktif pembinaan sebuah masyarakat Islam yang mampu menjadi teras terhadap proses pembinaan negara bangsa Malaysia yang utuh di dalam pelbagai aspek kehidupan. Bagi mencapai cita-cita tersebut, ABIM telah menumpu banyak usaha membangun kerangka faham masyarakat terhadap agama Islam sebagai satu bentuk cara hidup yang menyeluruh serta mempertegaskan prinsip-prinsip masyarakat madani di dalam segala aspek kemasyarakatan, perundangan dan kenegararaan. Pada tahun 1974, telah berlaku peralihan kepimpinan ABIM.
Ustaz Razali Nawawi melepaskan jawatannya dan Muktamar memilih Anwar Ibrahim (Dato' Seri) sebagai Presiden kedua. Di era kepimpinan beliau, ABIM telah tertonjol sebagai sebuah gerakan Islam yang berpengaruh di peringkat nasional dan antarabangsa. Sikap dan pendirian ABIM yang tegas terhadap pelbagai persoalan ekonomi, kebudayaan dan politik telah menjadikannya sebuah pertubuhan yang dihormati.
Kepimpinan ABIM beralih kepada Ustaz Siddiq Fadzil (Dato’ Dr.) sebagai Presiden ketiga pada tahun 1983. Di era kepimpinan beliau, ABIM banyak menumpu usaha dakwah bil hal atau dakwah di dalam bentuk praktis bagi tujuan menyelesaikan permasalahan masyarakat dan umat secara lebih berkesan. Semenjak itu, beberapa institusi dakwah di bidang pendidikan dan perekonomian telah dikembangkan seperti Taman Asuhan Kanak-Kanak Islam (TASKI), Sekolah Rendah Islam (SERI), Sekolah Menengah Islam (SEMI), Institut Pengajian Ilmu-ilmu Islam (IPI), Koperasi Belia Islam Malaysia (KBI) dan Islamic-Outreach ABIM (IOA).
Pada tahun 1991,  Muhammad Nur Manuty (Dr.) telah mengambil alih kepimpinan ABIM sebagai Presiden keempat. Di era ini, ABIM terlibat dengan aktif di dalam proses pembinaan negara serta mengukuhkan gerakan kependidikan, kemasyarakatan dan ketamadunan. ABIM juga mula mengembangkan peranannya di bidang khidmat antarabangsa dengan membantu umat Islam yang menghadapi musibah seperti di Afghanistan dan Bosnia Herzegovina.
Kepimpinan ABIM beralih kepada Hj Ahmad Azam Abdul Rahman pada tahun 1997. Di era ini, ABIM telah memperkukuhkan peranannya di arena antarabangsa menerusi penubuhan Misi Keamanan Sejagat (MKS). Era ini juga ditandai oleh kemelut politik tanahair dan tercetusnya Gerakan Reformasi. ABIM telah menyumbang dengan konstruktif menggagaskan agenda Penyatuan Ummah seluruh masyarakat Melayu Islam di Malaysia.
Pada tahun 2003, Hj Yusri Mohamad telah mengambil alih kepimpinan ABIM sebagai Presiden ke enam. Di era kepimpinan beliau, ABIM telah menyumbang dengan aktif di dalam aspek kenegaraan terutama berkaitan isu kedudukan istimewa Islam di dalam perlembangaan dan persoalan syariah di dalam masyarakat majmuk.
Peralihan terbaru kepimpinan ABIM telah berlaku pada Ogos 2009 di mana Muhamad Razak Idris (Dr.) telah dipilih sebagai Presiden ke tujuh. Beliau memfokuskan pengukuhan ABIM selaku gerakan ilmu dan bakti ke arah menggerakkan gelombang baru gerakan dakwah di negara ini.
Mulai Ogos 2011, Amidi Abd Manan telah memimpin ABIM selaku Presiden Ke-8. ABIM telah mengetengahkan peranannya selaku jurubicara Ummah yang sedang mengharungi pelbagai persimpangan getir sosio ekonomi semasa. ABIM telah memperkukuhkan kebitaraannya dalam bidang pembangunan belia, dakwah, intelektual, kesukarelawanan, pendidikan, sosial, serta wanita dan masyarakat madani. 
[Antara VIDEO yang memuatkan pengkisahan latar belakang ABIM sempena sambutan 40 tahun ABIM pada tahun 2011]



 ABIM : http://www.oxfordbibliographies.com/
Angkatan Belia Islam Malaysia, or Malaysian Islamic Youth Movement (ABIM), was formed on 6 August 1971 by the Faculty of Islamic Studies, Universiti Kebangsaan Malaysia (National University of Malaysia). It held its first Muktamar (annual general meeting) in 1972. The movement was initially characterized by efforts to coordinate intensify Muslim youth activism, and its outreach focused primarily on educational activities.
In the 1980s, ABIM began developing several vehicles for both missionary and economic outreach, including primary and secondary schools. Overseas activism became a feature of ABIM’s outreach in the 1990s as the organization involved itself in mission and humanitarian work in countries such as Bosnia-Herzegovina, Afghanistan, and Pakistan.
Several former leaders of ABIM are now prominent politicians in Malaysia, including former Deputy Prime Minister and current Parti Keadilan Rakyat (PKR) leader Anwar Ibrahim, and Parti Islam Se-Malaysia’s (PAS) president Abdul Hadi Awang. As a youth organization that was established in the early 1970s at the height of the global Islamic resurgence, ABIM was very much a product of its time. Against the backdrop of a staunchly secular government and an increasingly nationalist Islamist opposition political party (PAS), ABIM sought to fill a gap by providing an avenue for the expression of Islamic ideals among Malaysia’s Muslim majority community.
ABIM managed to enhance its religious legitimacy and gain international recognition by maintaining excellent relations with Islamic countries of both Sunni and Shiʿite persuasion (see International Relations). Domestically, they became one of the more significant religious pressure groups, and their popularity among grassroots and tertiary education institutions meant that their members and leaders were also courted by the main Malay-Muslim political parties, United Malays National Organization (UMNO) and PAS. ABIM’s membership has grown steadily over the years. At its formation, it had a few hundred members. From there it grew to seven thousand in 1972, thirty-five thousand in 1980, and sixty thousand in 2001.
Although ABIM enjoys support from urban Malays and Malay students in tertiary education institutions in Malaysia and abroad, its influence is considerably weaker among rural Malays. General Overviews There have been very few detailed studies that have focused exclusively on ABIM. Monutty 1990—a doctoral dissertation—remains by far the most comprehensive scholarly treatment of this organization, certainly in the English language, focusing on its origins and impact among Malay-Muslims. Malay scholarship of ABIM is a shade better in terms of quantity, with a major study produced in Tahir 1993, which focuses attention on the role of ex-ABIM president Anwar Ibrahim and the splits within the organization that resulted from his departure to join the main Malay-Muslim political party in Malaysia, United Malays National Organization (UMNO).
This book also details the political choices and careers of Anwar’s ABIM contemporaries such as Abdul Hadi Awang and Fadzil Noor, both of whom joined the opposition Islamist party, Islamist opposition political party (PAS), and rose to become presidents in the party. For the most part, scholarship on ABIM takes the form of sections and chapters in articles and book chapters on the broader theme of Islamic civil society and NGO activism in Malaysia. Such works include Hussein 1998, which explores the transformation of ABIM from an overt Malay-Muslim pressure group under Anwar to the welfare and humanitarian organization that it was in the 1990s. Pithy overviews of ABIM are also available in Jomo and Cheek 1992, Salleh 1998, and Hassan 2003.
Many of these works establish the point that central to the rise of ABIM was the emergence of an Islamic segment within the Malay middle-class by the mid-1970s, which included tertiary education students. ABIM positioned itself as a movement of the young, educated, Muslim middle class in order to leverage on (as well as facilitate) social activism and mobilization among this segment of the community. A further recurring theme in many studies on ABIM is the role of Anwar Ibrahim, former ABIM president and former Malaysian deputy prime minister. Most scholars of ABIM also point to the fact that the leadership provided by Anwar Ibrahim was crucial to establishing the organization as a major entity on the Malaysian civil society and political scene.
Funston, Neil J. “The Politics of Islamic Reassertion: Malaysia.” In Readings on Islam in Southeast Asia. Edited by Ibrahim, Ahmad, Sharon Siddique, and Yasmin Hussain, 171–179. Singapore: Institute of Southeast Asian Studies, 1985.

Jamaat Tabligh Markaz Sri Petaling - My Ziarah & Muzakarah.





Alhamdulillah! Yesterday, I managed to visit the Masjid Bandar Baru Sri Petaling, which is also the Markas of the Jamaat Tabligh Dakwah Movement Headquarters of Malaysia.

















This is my first visit to the famous Markaz Tabligh Sri Petaling and I spent practically the whole part of my day there and was blessed to be able to pray my Zohor and Asar prayers with the mubalighs of the Jamaat Tabligh who came from many countries and also a few known acquaintances from my village in Jelutong and a few friends from Georgetown City, Penang.

Insya Allah, I will be frequenting this Markaz from now on. I love being in the company of my fellow Muslims and Da'ee's. Although we may have our different ways of carrying out Dakwah, I still love being in the midst of the truthseekers and abdillah's of Allah Subhanahu Wa Ta'ala!

Although I have written about the Jamaat Tabligh before in the negative following the fatwa by Syaikh Abdul Aziz bin Baaz here, I still believe that the Jamaat Tabligh movement can still be fine tuned and improved by way of muzakarah with the other Dakwah movements and unite our efforts in enjoining to the good and forbidding of the evil prevailing in our societies.

The fatwa includes : However, if there was a Jamaa'ah doing tableegh other than them, from the people of knowledge, then (it is permissible to) go out with them for dakwah purposes. If there was a person of knowledge who goes out with them to enlighten and guide them, along with teaching them such that they leave their falsehood and embrace the way of Ahlus-Sunnah wal-Jamaa'ah, (then that is good).

I am not claiming that I know better than them but I do believe that we can still work together in areas that we can agree upon and co-operate.

The main purpose is to seek the Redha of Allah Azza Wa Jalla and to not be obstinate to such a degree that one refuses to listen to others points of views and learn from them as well.

Things that we know for sure are innovations or doesn't seem right to us, just try and talk things out with them failing which, there is always the 'lakum dinukum waliyadin' finale.

When I was living in Penang, I used to go and listen to the bayans of the Jamaat Tabligh at Masjid Benggali, Georgetown, Penang and had even joined my brother Abdul Aziz on several Tabligh Ijtima's in Perak and elsewhere.

In the field of Dakwah Al Islamiyah, there are various movements and organizations who carry out Dakwah in their own ways and the Jamaat Tabligh have their own code of rules and guidelines as well.
"An article of faith in which the tabligh accepts that there is no god but Allah and the Prophet Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wasallam is His messenger. and that Allah can do each and every thing without the help of the creation, and the creation cannot do anything without the help of Allah. The only way to succeed in this world and the next (life after death) is to walk on the path shown by Prophet Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wasallam."
  • Concentration and Devotion in Salaat
"Five daily prayers that are essential to spiritual elevation, piety, and a life free from the ills of the material world. To build a connection with Allah Subhanahu Wa Ta'ala and to gain from his unlimited treasures"
Ilm and Dhikr "The thirst for knowledge and remembrance of Allah conducted in sessions in which every individual contributes whatever knowledge which one can regarding performing prayers, reciting the Quran and reading Hadith and to gain the remembrance of Allah in every action make Dhikr by reciting 3 Tasbihaat, Third Kalimah, Durood and Istighfaar."
Ikram-i-Muslim "The treatment of fellow humans with honor and deference, to love the youngsters and respect the elders and have respect for the scholars of Islam"
Ikhlas-i-Niyyat "Reforming one’s life in supplication to Allah by performing every (good) human action for the sake of Allah and toward the goal of self-transformation"
Dawat-o-Tabligh "The sparing of time to live a life based on faith and learning its virtues, following in the footsteps of the Prophet, and taking His message door-to-door for the sake of faith. Since Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam was the last and final prophet, it is our duty to now carry on this work of the prophets, i.e. call others towards good and prevent evil"

The Jamaat Tabligh here in Malaysia mostly follow what the World Tabligh Headquarters at Basti Nizamuddin in India have formulated as the methodology of carrying out their Tabligh efforts.

The Markas here is addressed as Masjid Jamek Sri Petaling, Bandar Baru Sri Petaling, Kuala Lumpur. You can read about the Tabligh movement here and here.
















Tabligh Jamaat members taking wudu' @ ablution before Solat @ prayers.
















Tabligh Jamaat Muslims on their way to the main prayer hall to perform the Solat Dzohor congregational prayers after their taking of wudu' @ ablution. Notice the toothstick being held by the brother in front? It is called miswak @ Arak root in Arabic that was used by the Blessed Prophet Muhammad Sallalahu Alaihi Wassallam to brush his teeth and is proven to be very effective in maintaining excellent oral hygiene.
















A student of the Madrasah Miftahul Ulum which is located within the grounds of the Masjid Jamek Sri Petaling seen tying his imamah @ serban, dressed in white cotton jubah, a symbol of the purity of one's heart in seeking the Ilm of Islam and on his way to becoming a Hafiz of the Holy Al Qur'an Al Kareem, Insya Allah!
















There is a certain glow and purity that one can detect in the person of a true Muslim such as the brother here which shows up on his face as a sign of his inner peace of mind and tranquility of his spirit that you just have to admit that comes with total surrender of one's being to Allah Subhanahu Wa Ta'ala.
















I recall an old Arab proverb, ' Whatever is in the heart; shows up on the face!'. Ego if it is ever present will manifest itself on one's face and cloud one's demeanor no matter if one is a fair skinned person and at times even the darkest skinned person but with the purest heart will just glow with his or her inner beauty, befitting the grace and gentle soul of one's being. Yesterday, I was fortunate to meet some gentle beings who just manifest the parable here to the letter. May Allah Subhanahu Wa Ta'ala bless them.

There were also a few who didn't quite live up to the expectations that I had but I will let that slide for my ziarah was not to find faults with the ones who had some issues with opening up to a stranger or to even flash whatever pearlies they still had but then again, people are just that, aren't they?

Insan. Human beings. Each with his pluses and minuses. I choose to remember just those who made my day! :)

One very holy looking chap however made me feel a bit sad when he said that why should he be friendly or smile to someone whom he is just meeting for the first time?

These are the kind of folks who have yet to reach the stage of 'husnulzohn' @ thinking well of others and failing to live up to the sunnah of the Prophet Sallalahu Alaihi Wassallam in smiling and thinking well of others and portraying the good image and persona of a proper Muslim?

Nevertheless as usual, in my own unique way, I managed to break down his walls and got the brother to exchange well wishes with me and depart from each other although I know the fella must be seething in his heart to be told off in my own special way of 'thrusting the spear of truth right through his heart and withdrawing it gently without spilling a drop of his spiritual blood'! :D

How do I do that? Well, those who have had direct exchanges with me would know that.




















































































The view of the Masjid Jamek Sri Petaling's dome from the inside.

































The Markaz is among the only masjids which offer weary travelling Tabligh Jamaat's in transit a sanctuary to rest and recuperate before continuing on their Dakwah efforts throughout the world.

Here is a list of the worldwide Markaz of the Jamaat Tabligh. Some of the addresses might be not up to date but for those who want to know, it is up to them to seek further info from the net.

Back to my main points.

Some will accuse such missionaries of escapism from their responsibilities at home but then again, who can say for sure as to what is in the hearts and minds of such men who may just be seeking the Mercy of Ar Rahman and the true Knowledge of Islam and learn from their meeting with the various people of this multi ethnic, multi cultural, multi faithed world?

It is none but Allah who knows what is hidden in the hearts and souls of these da'ees in transit?
















I met and befriended these brothers from Indonesia and China who were just happy to share with me their stories and experiences while being here. Seated from left is Brother Harwana from Jakarta, Brother Nasruddin from Henan, Xinjiang, China and Brother Abu Imam from Jakarta, Indonesia.















Myself with Brother Nasrudin ( China) and Abu Imam (Indonesia).
















Posing with me are Brothers Nasruddin (China), Harwana (Indonesia), Omer (Sudan) and Abu Imam (Indonesia).

Ikhwanul Muslimin. Alhamdulillah.

Nasruddin spoke to us in Mandarin and I managed to shoot a video of him sharing his views and am uploading the video here for you to see and I have also shared about Islam and what it has to offer those of us who are amongst those seeking the Love and Beneficence of Allah Azza Wa Jalla.
  1. Gerakan Harapan Baru

    From Wikipedia, the free encyclopedia
    New Hope Movement
    Gerakan Harapan Baru
    Abbreviation GHB
    Chairman Mohamad Sabu
    Secretary Dr. Dzulkefly Ahmad
    Slogan Amanah . Progresif . Peduli
    Founded 13 July 2015
    Split from Pan-Malaysian Islamic Party (PAS)
    Ideology Islamic democracy
    Religion Sunni Islam
    Politics of Malaysia
    Political parties
    Elections
    Coat of arms of Malaysia.svg
    This article is part of a series on the
    politics and government of
    Malaysia








    The New Hope Movement (Gerakan Harapan Baru) or simply known as Harapan Baru, is a Malaysian political movement launched by former PAS deputy president Mohamad Sabu at a hotel in downtown Kuala Lumpur on 13 July 2015.[1]
    The pro tem committee for GHB including former PAS vice-president Salahuddin Ayub, Datuk Mujahid Yusof Rawa, Suhaizan Kaiat, and defeated presidential hopeful Ahmad Awang. The others such as Dr Dzulkefly Ahmad, Sepang MP Hanipa Maidin, Shah Alam MP Khalid Samad and former Selangor menteri besar Tan Sri Muhammad Muhammad Taib.

    Membership

    Two types of party membership introduced are full membership (open to all members including muslims and non-muslims) and associate membership (open to all members, especially for those who do not want to make a full commitment to the party.[2]

    References


  2. Jennifer Gomez (13 July 2015). "‘Purged’ PAS leaders launch splinter movement". The Malaysian Insider. Retrieved 13 July 2015.

  3. Ikhwan Hazwan (13 July 2015). "Gerakan Harapan Baru to have two types of members". The Rakyat Post. Retrieved 13 July

Tiada ulasan: