Selasa, 7 Julai 2015

BILA KITA DAH SAYANG@CINTA...KITA SANGGUP KORBAN APA SAJA...TAPI JANGAN SAMPAI GADAI MARUAH DIRI...AGAMA DAN AKIDAH...


 

 


FAKTA! 5 TANDA SI DIA BETUL BETUL SAYANG

1

FAKTA! 5 TANDA SI DIA BETUL BETUL SAYANG | Setiap orang ingin disayangi dan ingin menyayangi. Namun ada kalanya kita menjadi keliru dan was was terhadap perasaan seseorang itu. Mungkin kita juga ada menyimpan perasaan terhadap seseoramg itu namun kita tidak tahu bagaimana pula perasaan si dia terhadap kita yang dianggap selama ni hanya sebagai kawan.
Dalam hati tertanya-tanya bahawa.. “Dia ni ambil berat terhadap diriku ni adakah disebabkan sayang atau inginkan sesuatu benda daripada diri ku???”
Oleh itu, Giler Kentang ingin dedahkan beberapa tanda bahawa si dia betul betul sayang terhadap seseorang itu dan berharap perkongsian ini boleh membantu sedikit sebanyak menyelesaikan masalah kecelaruaan dan kekeliruan perasaan yang sedang melanda. Kalau nak tahu apa tanda tandanya, jom teruskan pembacaan anda

5 TANDA SI DIA BETUL BETUL SAYANG

1) Ambil Berat
Si dia mula sentiasa bertanya khabar dan mula menunjukkan yang dia ingin mengambil berat terhadap diri kita. Contohnya, tanyakan kita dah makan ke belum, setiap pagi si dia akan ucapkan selamat pagi serta doa yang baik baik untuk kita dan apabila kita ingin lakukan sesuatu, si dia akan sentiasa berikan kata-kata semangat kepada kita. Ini merupakan satu permulaan yang menunjukkan si dia betul betul sayang terhadap diri kita.

2) Pandangan Mata
Hal ini berlaku apabila kita sedang bercakap dan si dia akan memandang tepat ke arah mata kita menandakan si dia benar benar ingin tahu dan ingin dengar dengan teliti segala percakapan yang dihujahkan oleh kita. Oleh sebab itu, jangan panik bila mata kita bertentangan dengan dirinya, bak kata orang lain, dari mata turun ke hati.

3) Gerak Geri Tubuh
Bukan susah untuk melihat gerak geri tubuh dan tindakkan seseorang itu terutamanya bagi kaum lelaki. Kalau seseorang lelaki itu sudah jatuh cinta dan menyayangi seseorang perempuan itu, dia akan mudah memberikan gerak tubuh yang berbeza dari kebiasaannya. Contohnya ketika berbual, tubuhnya akan betul betul berhadapan dengan seseorang perempuan itu dan sentiasa ingin berjalan dekat dengan kamu.

4) Soalan Personal
Untuk mengenali kita dengan lebih rapat, dia akan mula ajukan beberapa soalan tentang diri kita seperti hal keluarga kita, hal masalah kita sekiranya dia dapat kesan segala masalah kita yang terpaksa kita harungi seorang diri dan macam-macam lagi.

5) Menerima Seadanya
Petunjuk yang ini adalah tanda yang sangat penting untuk mengenal pasti si dia benar benar sayangkan kita. Si dia dapat menerima keburukkan dan kekurangan yang terdapat dalam diri kita. Dia sentiasa ada dengan kita, membantu kita dan membimbing kita tanpa putud asa walaupun kita telah melakukan masalah yang sangat besar. Kalau kita jumpa dengan orang sebegini, janganlah lepaskan dia demi mencari yang lebih sempurna. Semestinya kita sukar untuk berjumpa dengan orang yang sebegini lagi


Saturday, April 19, 2014

Tanda Kamu Diminati Seseorang Dalam Diam...

Minat? Itu terlalu subjektif. Susah nak teka hati seseorang. Minat yang biasa kita tahu ialah menyukai atau mengkagumi seseorang. Tetapi, tidak semua orang akan tunjukkan minat mereka. Tanda-tanda kami diminati seseorang ialah:

1. Cara Dia Memandang

Orang yang minat kita biasanya suka melihat kita terutama pada sekitar wajah kita. Mereka akan mengamati wajah kamu dalam-dalam kerana ada unsur tertarik. Untuk pengetahuan kamu, jika renungan dan cara dia memandang kamu membuatkan kamu rasa segan atau berdebar, itu merupakn petanda bahawa dia memang minat dengan kamu kerana bak kata orang dari mana datangnya sayang kalau bukan dari mata jatuh ke hati.

2. Bahasa Tubuh

Apa perasaan kamu apabila berdepan dengan orang yang kamu minat? Gemuruh, blur dan gementar. Segalanya boleh dlihat dari bahasa tubuh seperti menelan air liur dalam-dalam. Mata lari sana lari sini. Kerap menjilat bibir bila berbicara juga menunjukkan seseorang itu resah. Rasa nak senyum tapi cepat-cepat tarik balik senyum itu seolah-olah tak nak kamu perasan yang dia minat kamu. Dia juga lebih berhati-hati dalam bercakap dengan kami.

3. Mahu Berlama-lama Dengan Kamu

Adakala orang yang minat kamu jenis yang slow and steady. Dia mungkin bukan jenis yang gopoh dalam urusan meluahkan perasaan. Meskipun dia minat kamu, tetapi dia tidak mahu kehilangan kamu, oleh itu, dia pendamkan saja perasaan itu sebab takut kamu akan larikan diri. Tetapi, bagi mereka yang bijak, dia akan gunakan segala peluang yang ada untuk mendekati kamu. Jika harus berbincang, dia akan sengaja buat-buat sesuatu untuk berlama-lama berbincang dengan kamu.

4. Soalan Yang Sepatutnya Ditanya Pada Awal Perkenalan tetapi Ditanya Sekarang.

Jika seseorang itu menganggap kamu ini hanyalah teman biasa atau dengan erti kata lain, kawan-kawan sahaja, dia akan lebih terbuka pada awal perkenalan. Pada awal perkenalan, sekiranya seseorang itu menganggap kamu kawan biasa, dia tidak akan cover dirinya. Dia menjadi dirinya sendiri dan tidak segan dengan kamu. Maknanya, pada awal perkenalan, dia sudah berbual panjang dengan kamu. Tetapi, sebaliknya orang minat kamu akan lebih banyak memerhati gerak gaya kamu. Kalau bercakap pun sikit-sikit saja ataupun tanya benda simple seperti " dah makan?" Maknanya perbualan itu sedikit-sedikit sebab dia tidak mahu kamu tahu kelemahannya. Tetapi, apabila sudah lama mengenalinya, barulah dia mula bertanya soalan peribadi pada kamu contohnya, awak ini orang mana ya? Pastinya kamu terkejut  kerana soalan itu tiba-tiba ditanya kerana selama ini dia tidak banyak cakap dengan kamu. Apabila kamu bertanya kenapa, dia akan menjawab dengan memberikan pelbagai alasan seperti wajah kamu serupa dengan rakan sekolahnya atau pernah ternampak kamu di mana-mana suatu ketika dulu. Jika betul wajah kamu serupa rakan sekolahnya, sepatutnya dia akan mula teruja pada hari pertama berjumpa kamu. Pastinya dia akan terus bertanya pada saat itu. Tetapi, nampaknya dia ambil masa untuk bertanya hal peribadi kamu. Kamu harus tahu, orang yang minat kita banyak berfikir kerana mahu mencari topik bercakap dengan kamu. Dia mahukan topik itu kelihatan bersahaja tetapi ada masa2 kantoi  juga...hehehe....

5.Segan Nak Minta Nombor Telefon Kamu Secara Terus Dari Kamu

Orang yang minat kamu, sukar mahu bersahaja. Ada yang menganggu fikirannya kerana dia terlalu memikirkan apa yang kamu fikir tentang dia. Ada sesetengah dari mereka susah nak mengaku minat akan kamu tetapi apabila mereka dilayan baik oleh kamu, perasaan teruja itu kelihatan. Dia suka merasakan dirinya diperlukan oleh kamu. Tetapi, hakikat sebenarnya, dialah paling memerlukan kamu. Dia mahu nombor telefon kamu, tetapi segan mahu memintanya. Ada sesetengah itu, akan cuba meminta dengan cara indirect. Sebagai contoh, apabila kamu ada urusan dengannya dan urusan itu memerlukan update dan dia akan bertanya begini, " macamana nak hubungi awak ya". Apabila kamu kata kamu yang akan menghubunginya,  dia tunjukkan wajah kurang selesa kerana dia mahukan nombor telefon bimbit kamu dan apabila kamu mengatakan begitu, nampak sangat kamu tidak mahu berurusan dengannya secara peribadi. Kamu jangan terkejut kalau tiba-tiba sahaja dapat mesej atau panggilan daripadanya. Pasti kamu tertanya dari mana dia dapatkannya. Orang yang minat kamu akan save nombor telefon kamu dalam diam. Itu merupakan petanda awal dia memang minat kamu. Meskipun ianya tidak secara straight forward contohnya bertanya tentang urusan profesional kamu, dia sebenarnya cuba mahu memulakan komunikasi dengan kamu.

Jika kamu rasa ada tanda-tanda ini dalam diri seseorang, terserah bagaimana kamu mahu membalas minatnya itu. Jika kamu pun minat dia, tak salah jika kamu membalasnya dengan cara biasa atau positif juga. Tetapi, haruslah kamu berwaspada jika dia yang dimaksudkan itu baru kamu kenali. Meskipun belum pun serius lagi, tetapi kamu harus juga tahu serba sedikit tentang dia. Kamu harus tanya juga latar belakang dia sikit-sikit. Kamu juga harus kenal dengan dirinya. Jika boleh, lihat Facebooknya atau mana-mana laman sosial miliknya. Lihat cara dia berkomunikasi dengan teman-temannya. Jika ada unsur-unsur miang atau gatal, barangkali orang yang ada petanda minat kamu ialah orang yang tidak serius dan suka main-main. Malah, tidak mustahil kamu ini hanyalah one night stand. Tetapi, barangkali mereka itu kawan-kawannya dan mereka suka bergurau begitu. Oleh itu, ada perlunya kamu berpegang pada realiti. Kamu harus berdepan dengannya dengan tenang. Jika dia jujur dan ikhlas, dia akan lebihkan kamu dari segalanya. Minat tak semestinya akan berakhir dengan hubungan yang serius ada sesetengah itu berlalu begitu sahaja. Oleh itu, jika kamu rasa dia hanya sekadar suka-suka dengan kamu sahaja, ada baiknya kamu layan dia dengan tujuan suka-suka juga. Berkawanlah dahulu baru ceritanya sempurna.

Raikanlah Cinta Itu قُلْ إِنْ كُنْتُمْ تُحِبُّونَ اللَّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللَّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ ۗ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ “Katakanlah: ‘Jika benar kamu mencintai Allah maka ikutilah aku, nescaya Allah mencintai kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu.’ Dan, Allah Maha Pengampun, Maha Mengasihani” [QS Ali ‘Imran, 3:31] KUALA NERANG, 28 Januari 2012 - Halaqoh pada hari itu dimulakan dengan puji-pujian kepada Allah SWT kerana masih lagi memberikan ruang dan peluang bagi peribadi-peribadi yang mahu mengisi jiwa mereka untuk mengislahkan diri mereka dan mengislahkan diri orang lain untuk hadir bersama-sama dalam satu tautan kasih sayang kepada Allah, rasul dan jihad. "Baiklah, hari ini abang nak bincang tentang satu benda jiwang. Apa makna cinta? Abang nak tanya pada seorang-seorang. Yang next itu bolehlah fikir-fikirkan apa jawapannya." Keadaan mula hangat dengan gelak ketawa. Ada yang tersengih sendiri. Ada yang bertasbih "Subhanallah" sambil menggeleng-gelengkan kepalanya. Ada yang menepuk bahu ikhwah di sebelahnya. Senang cerita, macam-macamlah aksi yang kita dapat perhatikan. Ada juga yang minta izin, "Abang, saya nak ke tandas kejap." Haha. Itulah mereka. "Ok, kamu. Apa jawapannya? Kalau kita sebut sahaja cinta, apa benda pertama yang kamu akan fikirkan?" "Hmm.. Hmm.. Hmm.. Sayang?" Suara gelak ketawa mula terpacul daripada setiap yang ada. "Wah. bagus-bagus.. Ok, kamu pula?" "Err.. Cinta itu buta.." Suara-suara kekaguman mula kedengaran.. "Hmm.. Ok, kamu pula. Lastlah, banyak pula nak tanya pada semua. Hehe.." Suara-suara kelegaan mula terdengar, "Pada saya, cinta itu pengorbanan.." Seperti biasa, semua mula buat bunyi kagum dan ketawa melihat satu sama lain. "Hah. Kamu yang ke tandas, ingat boleh escapekah? Apa jawapan kamu?" "Err.. Tak terbayangkan.." Hehe. Macam-macam deme ni kalau bab mengarut. "Ok. soalan kedua. Agak-agak, kalau kita tanya pada budak kecil mengenai cinta, apa yang dia akan jawab?" Ada yang diam. Ada yang jawab, "Coklat kut." dan ada satu jawapan yang sangat saya tunggu iaitu, "Rasa yang wujud antara lelaki dan perempuan." +++ Baiklah, itu mungkin jawapan daripada mereka. Sekarang, apa pula jawapan daripada kamu? Kamu yang sedang membaca. Apa jawapan kamu? Insya-Allah, setiap daripada kita pasti ada jawapan masing-masing bila kita berbicara tentang masalah cinta. Mungkin ianya terlalu abstrak untuk diungkaikan jika difikirkan secara umum, tetapi pada saya, cinta itu sebenarnya sangat objektif. Apa tujuan cinta? Tak lain dan tidak bukan semata-mata ingin mencapai apa yang digelar sebagai kebahagiaan. Betul? Tetapi, benarkah cinta yang kita ada sekarang ini membawa kebahagiaan? Mungkin ada yang menjawabnya sebagai "YA". Ok, mungkin benar cinta yang kita ada sekarang ini mampu memberikan rasa bahagia untuk kehidupan sekarang. Soalan seterusnya, apakah benar cinta yang kita ada sekarang dapat menjamin kebahagiaan kita di akhirat kelak? Di saat kita dibangkitkan daripada tulang belulang menghadap Allah SWT? Ataupun sebenarnya cinta kita selama ini hanya mainan palsu keduniaan yang akhirnya hanya dapat menawarkan kegembiraan untuk sekian-sekian waktu, tetapi selebihnya daripada waktu itu kita ditemani rasa sunyi dan sengsara? Kelaziman Cinta Cinta kita kepada "sesuatu" akan menuntut kita untuk mencintai apa yang dicintainya dan membenci apa yang dibencinya. Kebencian kita kepada sesuatu yang dicintainya akan menjadikan dia akhirnya membenci kita juga. Contohnya, ketikamana seseorang itu pada asalnya suka berkawan dengan ramai perempuan, kemudian dia jatuh hati pada perempuan itu dan perempuan itu benci lelaki yang suka kawan dengan ramai perempuan. Maka, apa tindakan lelaki itu? dia mesti meninggalkan perbuatan yang dia suka tadi kerana benda itu dibenci oleh perempuan tadi, kerana kalau dia masih lagi membuat perkara itu nanti perempuan itu akan tinggalkan dia. Menjadi kelaziman dalam percintaan apabila kekasih akan sentiasa berusaha untuk menyatukan dirinya dengan kekasihnya. Dia merasakan apa yang dirasakan oleh kekasihnya, dia sedih dengan apa yang disedihkan oleh kekasihnya, dia bahagia dengan apa yang dibahagiakan oleh kekasihnya, dia menderita dengan penderitaan kekasihnya dan dia gembira dengan apa yang digembirakan oleh kekasihnya. Konsekuensi kepada cinta dapat dihuraikan dengan lebih lanjut seperti berikut: 1. Mencintai siapa dan apa yang dicintai sang kekasih Mencintai siapa yang dicintai sang kekasih merupakan bahagian yang tidak terpisahkan dari cinta kepada kekasihnya itu. Jika benar dia mencintai Allah, maka dia pasti mencintai Rasulullah SAW. Jika dia mencintai Rasulullah SAW, pasti dia akan mencintai para sahabat Rasulullah SAW. Dan satu perkara yang disepakati oleh Rasulullah SAW dan para sahabatnya, bahkan disebutkan juga oleh Allah SWT di dalam surah at-Taubah, surah ke-9 ayat ke-24, tentang cinta mereka selain daripada Allah dan Rasul, adalah Jihad. Jadi, cuba tanyakan pada diri kita sekarang, apakah benar kita sudah mencintai apa yang dicintai Allah dengan sebenar-benar cinta? Kemudian kita mencintai apa yang dicintai Rasulullah dengan sebenar-benar cinta? Sejauh mana pula cinta kita terhadap pembaikan diri dan cinta terhadap dakwah itu sendiri? "Dan barang siapa yang mentaati Allah dan Rasul (Muhammad), maka mereka itu akan bersama-sama dengan orang yang diberikan nikmat oleh Allah, (iaitu) para nabi, para pecinta kebenaran, orang-orang yang mati syahid dan orang-orang yang soleh. Mereka itulah teman yang sebaik-baiknya." [QS An-Nisa', 4:69] Dan hasil daripada mencintai siapa dan apa yang dicintai oleh kekasihnya ini ialah ketaatan. Kenapa kadang-kadang kita masih lagi merasakan berat untuk mentaati perintah Allah? Ketika mana datang perintah dakwah yang clash dengan arahan keluarga, kemudian kita mula tidak dapat menentukan sikap kita? Kenapa? Maka periksalah semula nilai ketaatan kita kepada Allah. Bagaimana? Lihat kembali carta cinta kita, di manakah Allah dalam carta cinta kita? 2. Membenci siapa dan apa sahaja yang dibenci oleh sang kekasih Sebagaimana cinta, kebencian kekasih juga ditujukan kepada pihak-pihak yang dibenci oleh kekasihnya. Dalam konteks cinta kepada Allah, kebencian orang-orang yang beriman ditujukan kepada siapa-siapa sahaja yang tidak berpihak kepada Allah iaitu iblis dan syaitan, baik dari spesies jin mahupun manusia. Mereka akan membencinya! Bahkan Allah secara tegas menyuruh kita untuk menjadi syaitan itu sebagai musuh! "Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh bagimu, kerana itu jadikanlah ia sebagai musuhmu. Sesungguhnya syaitan-syaitan itu hanya menyeru kelompoknya agar mereka menjadi sebahagian daripada penghuni neraka yang menyala-nyala." [QS Faathir, 35:6] Tapi, berapa ramai di antara kita yang menjadikan syaitan sebagai kawan baik dia? Syaitan dalam bentuk jin mungkin ramai dah di antara kita yang berjaya menewaskan mereka, tetapi macam mana dengan syaitan dalam bentuk manusia yang mungkin wujud dalam bentuk ahli keluarga kita, kawan-kawan kita, dan lain-lain? “Dan demikian Kami jadikan bagi tiap-tiap nabi itu musuh, iaitu syaitan-syaitan (dari jenis) manusia dan (dari jenis) jin, sebahagian mereka membisikkan kepada sebahagian yang lain perkataan-perkataan yang indah untuk menipu (manusia). Jikalau Tuhanmu menghendaki, nescaya mereka tidak mengerjakannya, maka tinggalkanlah mereka dengan apa yang mereka ada-adakan.” [QS Al-An’am, 6:112] “Dan jika kamu mengikuti kebanyakan orang di bumi ini, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Yang mereka ikuti hanya persangkaan belaka dan mereka hanyalah membuat kebohongan.” [QS Al-An’am, 6:116] Dalam konteks cinta kita kepada Allah juga, seorang yang beriman dan berusaha untuk menjadi orang beriman mestilah berusaha bersungguh-sungguh untuk membenci apa sahaja yang dibenci oleh Allah berupa kemungkaran, kemaksiatan, kezaliman, kefasikan, kemunafikan, dusta, kebodohan, kesesatan, kemusyrikan dan kerosakan-kerosakan lainnya. Mungkin, kata fasad (kerosakan) ini merupakan perkataan yang terbaik bagi merepresentasikan segala hal yang dibenci Allah. "Padahal Allah tidak menyukai kerosakan." [QS Al-Baqarah, 2:205] Hinggalah akhirnya ia mampu melahirkan rasa ketidak-taatan kepada apa yang dibenci oleh Kekasihnya.. Kesimpulannya Ajarkanlah diri kita untuk bercinta sempena memperingati tarikh kelahiran dan kewafatan Rasulullah SAW kali ini. Moga dengan bertambahnya waktu kita mendekati mati ini menjadi pemangkin untuk kita semakin mencintai Allah, Rasul-Nya dan jihad di jalan-Nya. Hinggalah lahirnya perasaan sayang terhadap Allah, Rasul dan Jihad kemudian dapat diekspresikan melalui pengorbanan bukan setakat harta bahkan jiwa. Hinggalah musuh-musuh islam tidak mampu berkata apa-apa mengenai kekuatan cinta kita kepada agama ini. Kalau kata ustaz Pahrol Mohd Juoi, cinta orang-orang beriman itu juga buta. Mereka buta dalam hal-hal kemaksiatan. Maknanya mereka tidak mahu dan benci melakukannya. Apa yang mereka tahu ialah apa yang dicintai olehnya itu mendapat apa yang dimahukan, dan dia menjadi salah satu daripada penyumbang untuk hal itu. Dan dia akan sentiasa berusaha dan terus berusaha untuk memastikan Dzat yang dicintainya itu juga dicintai oleh semua manusia! Itulah cinta buta orang yang beriman. Kemudian raikanlah cinta itu. Cuma, pastikanlah cinta itu adalah cinta yang dapat membawa kita ke syurga, bukannya seronok ke neraka.. “Katakanlah: ‘Jika benar kamu mencintai Allah maka ikutilah aku, nescaya Allah mencintai kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu.’ Dan, Allah Maha Pengampun, Maha Mengasihani” [QS Ali ‘Imran, 3:31] Diceritakan dalam Asbabun Nuzul karangan Al-Imam As-Suyuti, dalam suatu riwayat dari Ibn Munzir dari al Hasan ada dikemukakan bahawa terdapat satu kaum pada zaman Rasul SAW yang berkata, “Demi Allah hai Muhammad! Sesungguhnya kami benar-benar yakin dan cinta kepada Tuhan kami.” Maka Allah menurunkan ayat di atas sebagai tuntutan bagaimana seharusnya mencintai Allah. عَنْ أَنَسٍ بْنِ مَالِكٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: ثَلاَثٌ مَنْ كُنَّ فِيهِ وَجَدَ بِهِنَّ حَلاَوَةَ الإِيمَانِ: مَنْ كَانَ اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِمَّا سِوَاهُمَا وَأَنْ يُحِبَّ الْمَرْءَ لاَ يُحِبُّهُ إِلاَّ لِلَّهِ وَأَنْ يَكْرَهَ أَنْ يَعُودَ فِي الْكُفْرِ بَعْدَ أَنْ أَنْقَذَهُ اللَّهُ مِنْهُ كَمَا يَكْرَهُ أَنْ يُقْذَفَ فِي النَّارِ “Dari Anas bin Malik RA, bersabda Rasulullah SAW: “Tiga perkara apabila terdapat pada diri seseorang, ia merasai kemanisan iman: Siapa yang cintanya kepada Allah dan Rasul lebih dari cintanya kepada yang lain; siapa yang cintanya kepada orang lain hanya kerana Allah ; dan ia membenci kembali kepada kekufuran selepas Allah menyelamatkannya (dari kekufuran), sebagaimana bencinya akan dicampakkan ke dalam api.” [HR Muslim]

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ

Bila Perempuan Jatuh CINTA


Assalamualaikum
siapa di sana??? miera di sini.. hari ni Miera update entry ni based on apa yang my best friend always tanya. My best friend ni laki. emm muka dia macam Shahir AF. Dah takyah tulis pasal my best friend ni.. My best friend ni never fall in love dengan mana-mana perempuan pun .. BUT he always asked me
" macam mana tanda seorang perempuan suka kat seorang lelaki ha?"

"Emm apa soalan sehh kau tanya aku = =" . " Muka kau kan handsome, bukan selalu perempuan mintak no. kau ke? Asal la kau tanya aku...?"

my friend - "kau ni macam tak tahu aku ni malu. aku bukannya cakap dengan perempuan. Please la wehh jawab soalan ni ! Tu pun kau tak tahu.. macam mana la kau jawab exam?"

"Kalau malu kau jangan  jadi laki. Apa kau fikir perempuan tak tahu malu ke?pelik pulak ya kau tak cakap dengan perempuan? Mr. S Aku ni perempuan la!!!! Exam-exam la.. ini soalan bukannya masuk exam! yannaddhei"

So for my best friend ever.. miera jawab soalan Bila Perempuan Jatuh CINTA

1. Perempuan ni bila suka seseorang FIRSTLY dia akan cakap dengan best friend dia..

# For me seorang best friend adalah seorang yang kita percaya untuk simpan rahsia dan tahu segala perasaan sedih, suka , dan CINTA. Seorang best friend ni akan bagi dia punya oppinion yang paling tip-top lah. Dengan kata lain "KATA BEST FRIEND OF COURSE SEMUA AWAK TAHU KAN.." Humm kalau seorang lelaki tu suka kat sorang perempuan tu pergilah baik-baik dengan best friend dia. Of course korang akan dapat jawapan apa yang korang nak. :) SELAMAT MENCUBA!

2. Jangan takut-takut Apa kata korang tanya je Straight To The Point# Perempuan ni sukakan lelaki yang berani.. sebab sifat semulajadi seorang perempuan ni , mereka ni pemalu. Kalau tak tahu malu... tu bukan perempuan. EH! pergilah TANYA! takkanlah perempuan pulak yang nak luahkan "Saya suka awak. Awak suka saya tak?"

3. You are my priority..
#Perempuan ni bila suka seseorang, even diorang tidur OR penat macam mana pun, bila korang call, dia mesti angkat. "HUMM habis kalau dia tak angkat?".. kalau dia tak angkat kan mesti diorang akan call korang balik atau pun send mesej macam ni
 'Sorry tak angkat call, Tidur tadi. Tak perasan'
'saya tak angkat call tadi saya pergi berry kat toilet'
'saya menyahut seruan Ilahi (solat) so seruan telefon pilihan terakhir'
# Perempuan tu takkan pernah lupa wish bday korang. Kalau boleh dia yang 1st orang yang wish.
#Semua pasal korang dia tahu. Korang buat apa, pergi mana, spend masa dengan siapa, semua diorang tahu EVEN korang tak bagitahu pun. "ceciter ceciter macam mana diorang buat?" STALK la apa lg...
#Busy macam mana pun diorang, kalau online tu korang chat dengan dia mesti dia reply sepantas kilat, puting eliung, tornado *ok over


4. Sometimes perempuan suka dalam diam..
# actually memang ada perempuan yang menyintai seseorang dalam diam.

"Suka dalam diam ? Bisu ke?" Bukan bisu.. normally diorang suka lelaki tu.. tapi diorang tak tahu macam mana nak express kan pada lelaki tu. Diorang ni kadang2 stalk FB ke.. tulis surat cinta diam2 letak bawah meja OR selit tepi tingkap rumah (ZAMAN DULU punya cara) ...Relax la.. nama pun S.A. Secret Admire :)
# tapi please lah kalau korang dah tahu mengenai perasaan perempuan tu janganlah korang prank dia depan kawan2 korang.. malukan dia.. At least cakap lah "Thanks sebab perasaan awak pada saya" INGAT ! Budi Bahasa Amalan Kita.. Kalau korang suka dia balik~ Untunglah perempuan tu...

#Tipulah korang tak tahu sape secret admire korang~ Mestilah korang tahu Hint2 dia...Ecececeh malu letuw! Korang mesti tahu punya. Lainlah kalau korang memang sengaja tak nak tahu ..
5. TeTAP ORANG yang dia suka je di MATA

#haha ni bagusnya perempuan. Bila dia suka seseorang, dah tak nampak lain dah. Keluar dengan lelaki lain pun, kalau dia dah suka kat seseorang tu, tetap orang yang dia suka tu je lah kat MATA dan kat HATI diorang. Baik kan :) Perempuan ni setia dalam bercinta.
#Tapi bila seseorang perempuan tu layan korang dengan baik that means perempuan tu single and available.. Ye lah tak ada sesiapa la katakan.




p/s: So dah jawab belum soalan my best friend tadi.. Bila perempuan ni suka seseorang senang je nak detect.. BUT .. walau pun my friend, my cousin, and my best friend dah cerita banyak pasal tanda-tanda seseorang lelaki suka kat perempuan, tapi BETA still tak boleh faham perasaan diorang. Susah kita nak meramal orang lelaki ni.

"RAHSIA DI HATI TAK SIAPA YANG TAHU"

[ Tips Cinta ] 9 tanda bila lelaki jatuh hati dan sukakan anda



Berikut adalah tanda apabila si jejaka mula jatuh hati pada anda

1. Dia selalu memerhatikan anda
Bila anda bercakap dengan orang lain,mata anda menangkap dia sedang memerhatikan anda berulang-ulang kali. Jika ini berlaku lebih daripada beberapa kali, maka anda boleh cukup yakin dia mempunyai minat kepada anda.

2. Dia amat berguna
Adalah penting untuk membezakan antara membantu dengan ikhlas ataupun mengambil berat secara berlebihan. Ya, kita bercakap mengenai lelaki yang mengikuti anda dengan setia dan bersedia untuk membantu anda pada bila-bila masa.Jika dia tidak pernah mengungkit semasa dia membantu anda, maka dia sebenarnya menaruh hati pada anda!

3. Selalu puji anda
Dia selalu alert dengan apa yang ‘lain’ dengan diri anda dan tidak lokek untuk memberikan anda pujian. Dia juga tidak kisah dengan personaliti  anda dan menerima anda seadanya.

4. Bersetuju dengan pendapat anda
Jika seorang lelaki yang tegas menyokong dan bersetuju dengan pandangan  anda dalam bulatan sosial, itu bermaknanya dia cuba untuk mendekati anda dengan lebih lagi. Bukan sekali dia bersetuju dengan anda,bahkan setiap keputusan yang anda lakukan, dia sentiasa menyokong anda.

5. Dia melakukan perkara gila-gila untuk anda
Cinta membuatkan kita sedikit gila. Kalau dia sanggup melakukan perkara gila atau memalukan dirinya semata-mata nakkan perhatian dari anda, maknanya dia memang ada hati pada anda.Kalau tidak, takkanlah dia sanggup melakukan apa saja demi anda!

6. Dia selalu menghubungi anda
Ini adalah taktik biasa yang mudah mencairkan hati wanita…. iaitu menerusi telefon. Kadang-kadang tak ada perkara yang ingin dibualkan pun tapi oleh sebab dia rindu nak dengar suara anda,dia menelefon anda dengan kerap. Jika seorang lelaki memanggil anda dengan kerap dan anda berdua mempunyai rutin perbualan yang panjang hingga ke tengah malam,ehem ehem..adalah tu!

7. Dia melindungi anda
Dia sering bimbang tentang keselamatan anda dan prihatin tentang sesiapa yang berada di  sekeliling anda. Menjadi pelindung juga boleh menjadi tanda bahawa dia mengambil berat tentang anda lebih mendalam daripada apa yang anda fikirkan.

8. Dia cemburu
Ini adalah tanda-tanda normal bila seseorang sukakan anda. Dia mudah cemburu apabila anda banyak menghabiskan masa dengan orang lain dan mudah menjadi cemburu bila ada lelaki mendekati anda.  Jika dia menyoal anda tentang status anda bersama dirinya, jaga-jaga, mungkin dia mahu meneruskan hubungan ke tahap seterusnya.

9. Dia berkongsi perasaan dengan anda
Lelaki memilih tentang perkara yang mereka dedahkan dan kepada siapa. Perasaan mereka, emosi dan kebimbangan diberitahu kepada yang mereka percaya sahaja. Jadi kalau anda menjadi tempat dia meluah masalah dan perasaan, maknanya dia mempercayai anda dan mungkin mempunyai tempat yang sangat istimewa di dalam hatinya.

Apabila Wanita Muslimah Jatuh Cinta

wanita muslimah
wanita muslimah

Wanita muslimah jatuh  Cinta?
Tiada yang pelik, mereka juga adalah manusia.
Bukankah cinta itu adalah fitrah manusia?

Mereka juga punya hati dan rasa.

Tetapi tahukah kalian betapa berbezanya mereka ketika cinta seorang lelaki menyapa hatinya? Tiada senyuman bahagia, tiada rona malu di wajah, tiada perasaan suka di dada. Namun sebaliknya.
Ketika wanita muslimah jatuh cinta, yang mereka rasakan adalah ketakutan yang begitu besar akan cinta yang tidak lagi suci
Yang ada adalah kegelisahan, kerana rasa yang salah arah. Yang ada adalah penderitaan akan hati yang mulai sakit.
Ketika wanita muslimah jatuh cinta, bukan harapan untuk bertemu yang mereka nantikan, tapi yang ada adalah rasa ingin menghindar dan menjauh dari orang tersebut.
Tiada kata-kata cinta dan rayuan. Yang ada adalah kekhuatiran yang amat sangat, akan hati yang mulai merindukan lelaki yang belum halal ataupun mungkin yang tak akan pernah halal baginya.
Ketika mereka jatuh cinta, maka perhatikanlah, kegelisahan di hatinya yang tidak mampu lagi memberikan ketenangan di wajahnya yang dulu teduh. Mereka akan terus berusaha mematikan rasa itu bagaimanapun caranya. Bahkan  jika cinta dia harus menghilang, maka itu pun akan dilakukan.
Alangka kasihannya jika wanita muslimah jatuh cinta, kerana yang ada adalah penderitaan. Tetapi saudari, bersabarlah. Jadikan ini ujian dari Rabbmu. Matikan rasa itu secepatnya. Pasang tembok pembatas antara kau dan dia.
Pasangkan duri dalam hatimu, agar rasa itu tidak tumbuh bersemai. Cuci dengan air mata penyesalan akan hijab yang sempat tersingkap. Putarkan balik kemudi hatimu, agar rasa itu tetap terarah hanya padaNya.
Pupuskan rasa rindu padanya dan kembalikan dalam hatimu rasa rindu akan cinta Rabbmu.
Saudari, janganlah khuatir kau akan kehilangan cintanya. Kerana jika memang kalian ditakdirkan bersama, maka tak akan ada yang dapat mencegah kalian bersatu. Tetapi ketahuilah, bagaimana pun usaha kalian untuk bersatu, jika Allah tidak menghendakinya, maka tidak akan boleh kalian bersatu.
Saudari, bersabarlah. Biarkan Allah yang mengaturnya. Maka yakinlah, semuanya akan baik-baik sahaja. Semuanya akan indah pada waktunya.Walaupun telah ramai yang wanita muslimah (dan wanita baik yang lain) telah hanyut dan rosak dalam cinta dunia..

Bila Kita Jatuh Cinta, Waspada Terhadap Tipu Daya Syaitan

 
Ketika kita jatuh cinta, dan mendambakan seseorang jadi jodoh kita. . . .
Namun kita tetap diam, mengendalikan hati untuk tidak tergesa-gesa mengutarakannya, maka yang ada adalah harapan. . .
Do’a kebaikan untuknya tak lupa kita panjatkan..
Semoga dia mampu menjadi hamba yang beriman..
Mengisi hari dengan kebaikan..
Semoga saja Allah mempertemukan, dan mempersatukan di saat yang tepat..
Saat dimana hanya ada perkenalan dengan cara islam yang berakhir dengan lamaran, bukan dengan hubungan bernama Pacaran.
Jika Allah TIDAK menghendaki kita berjodoh dengannya kerana mungkin ada seseorang yang lebih baik dari kita untuknya, dan ada yang lebih baik dari dia untuk kita. . .
itulah nilai kepasrahan.
Namun.. Ketika kita jatuh cinta..
Lalu kita menjalinkan hubungan dengannya. Meskipun hanya didunia maya..
Meskipun hanya ingin mengenalnya dengan lebih lanjut..
Maka Syaitan akan ikut mengambil bahagian
Menyiksa hatimu dengan rindu yang menggebu.. Kemudian rindu berganti sayang penuh kehangatan, tentang masa depan yang akan kita tempuhi bersama. Senda gurau dan kemesraan yang kita bina seolah terasa indah , seolah tak ada yang salah. Kita tidak sedar bahawa apa yang sedang kita lakukan sekarang belum halal untuk dilakukan, dia bukan mahram kita
Kitatelah lalai dari mengingatiNya, kita telah lupa ada Allah yang mengawasi kita. . .mengawasi kemesraan yang belum berhak kita nikmati bersamanya. 
Kerinduan berlanjutan dengan impian sebuah pertemuan, Pertemuan yang berakhir dengan sebuah bersentuhan.. Pertemuan yang berakhir dengan pelukan kemudian hati menjadi bergantung padanya. . .
Seolah-olah yang menciptakan kebahagiaan di dunia kita hanyalah dia
Seolah-olah tanpa dia hidup kita tak kan ada ertinya
Seolah-olah tanpa dia kita kan kehilangan nyawa. 
Akhirnya.. Ketika perpisahan terjadi, kerana Allah tak menghendaki kita dan dengannya hidup bersama. Kau bersedih dan putus asa.. 
Hidup seolah-olah tak lagi berwarna, bahkan  sehingga tak sudi lagi hidup di dunia. 
Ketika cinta terhalang perbezaan agama, hukum Allah berani dilanggarnya. Padahal Allah jelas tak mengizinkan, seorang muslim/muslimah berkahwin dengan orang kafir sebelum mereka beriman meskipun mereka menarik hatimu atau ketika sang kekasih mengajaknya menukar agama.. atas nama cinta murtad pun berani dipilihnya.. Naudzubillah…
Semua orang berhak mencintai dan dicintai.. Tetapi bukan cinta yang tak diredhai.
Cinta selain Kerana-Nya hanya akan membawa kita pada penyesalan.. Penyesalan abadi. Kebahagiaan yang harus dipilih seorang muslim haruslah kebahagiaan yang abadi.. Kebahagiaan yang hakiki.. Kebahagiaan yang ada disisi-Nya. Di Jannah-Nya.
Maka.. Mari saling mengingatkan dalam menatapi kesabaran..
“Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: “Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi?. Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.” (QS al-‘Ankabuut [29]: 2-3)
Segala sesuatu yang hendak menjauhkan kita dari-Nya hanyalah ujian..
Segala sesuatu yang hendak memaksa kita melanggar aturan-Nya hanyalah ujian..
Segala sesuatu yang hendak membuat kita mendustai Janji-Nya hanyalah ujian..
Mari mendekatkan diri pada-Nya, mari mencintai-Nya dengan sebenar-benar cinta.. Maka kita akan tahu, sesuatu yang membuatkan kita hilang kenikmatan menyembah pada-Nya akan segera engkau tinggalkan.
Izinkan Kami menikah tanpa Pacaran, Dengan penuh Kesabaran.. Dengan Penuh Perjuangan, Kemenangan itu ada jadualnya, dan semua akan menjadi indah pada waktunya dengan RedhaMu.. 
Aamiin.

Lirik Kita Ditakdirkan Jatuh Cinta - Springs

Ku tak tahu mengapa
Tiba-tiba sahaja
Di dalam hati ini sering rindu padamu
Ingin kumeluahkan, tak berdaya

Ku tahu engkau jua
Sangat sayang padaku
Kaupun sering merindu
Bila tidak bertemu ternyata kau dan aku
Punya rasa...

Kau dan aku sudah ditakdirkan bertemu
Dan tiba-tiba kita jatuh cinta
Ini semua sudah suratan ilahi
Dan kita harus tabah hadapi kenyataan

Biar... apapun terjadi
Aku... harap engkau tabah...
Menerimaku sebagai teman barumu
Semoga kita saling sayang, bahagia...

Usahlah engkau pergi
Semadi di hatiku
Masih menyayangimu, oh sayangku...
Bila sehari tak jumpa, aku rindu...





5 Tanda Yang Menunjukkan Seseorang Itu Menyukai Anda


“Kami ingin mengucapkan selamat menyambut Maulidur Rasul kepada peminat dan pembaca Tentang Cinta yang disayangi sekalian…” -Mr & Mrs Teddy.
Bagaimanakah caranya untuk anda tahu adakah seseorang itu menyukai anda? Mungkinkah dari gerak geri badannya? Mungkinkah dari cara si dia bercakap? Atau mungkinkah dari cara si dia melayan anda?
Setiap orang sebenarnya mempunyai cara mereka tersendiri dalam mengekspresikan perasaan mereka. Namun begitu, terdapat lima tanda-tanda yang lazimnya orang akan lakukan apabila mereka menyukai seseorang, iaitu:
1. Orang itu akan berpeluh – Anda akan dapat melihat yang orang itu akan berpeluh-peluh kecil di sekitar dahi dan tangan mereka. Seperti dia sedang gemuruh walaupun pada waktu itu suhu persekitaran adalah sejuk. Tetapi jika dia baru sahaja lepas bersukan dan berpeluh, jangan pula anda ingat dia menyukai anda pula. Kita tengok juga pada keadaan dan situasi. Tidak semestinya apabila dia berpeluh tandanya dia menyukai anda.
2. Senyum sorang-sorang – Setiap kali bila anda lalu dekat dengan dia je, anda akan perhatikan yang dia senyum sorang-sorang. Setiap kali anda lalu je, nampak dia tengah senyum. Padahal dia tengah buat kerja lain, tapi boleh pulak dia tersenyum sorang-sorang.

3. Sweet talker – Bila dia bercakap dengan anda, dia akan cakap perkara yang baik-baik je. Anda pun rasa selesa sangat-sangat bila bercakap dengan dia. Orang Melayu kata, orang macam ni adalah orang ‘mulut manis’. Daripada kempis sehingga jadi besar la punggung kita bila asyik kena puji je dengan dia.
4. Jantung berdegup kencang – Jantung anda akan berdegup kencang apabila setiap kali berjumpa dengan dia. Bukannya sebab anda nervous, tetapi disebabkan dia menghantarkan satu aura yang membuatkan diri dalaman anda terasa getaran aura yang dia pancarkan.
5. Mudah berangan – Dan akhir sekali adalah, dia mudah berangan bila bercakap dengan anda. Bila anda bercakap je dengan dia, tiba-tiba mata dia asyik tengok je wajah anda. Bila anda tanya, tak menyahut. Anda lambai-lambai depan mata dia pun, tak berkelip. Itu tandanya yang dia memang betul-betul menyukai anda sebab dia tengah berangan sesuatu tentang diri anda.
So itulah di antara lima tanda-tanda yang menunjukkan seseorang itu menyukai anda. Si dia akan berpeluh-peluh, senyum sorang-sorang, sweet talker, jantung anda akan berdegup kencang dan akhir sekali si dia akan berangan bila bercakap dengan anda.

Friday, 23 March 2012 Apabila Kita Mula Jatuh Cinta بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ مَا جَعَلَ اللَّهُ لِرَجُلٍ مِنْ قَلْبَيْنِ فِي جَوْفِه "Allah tidak sekali-kali menjadikan seseorang mempunyai dua hati dalam rongga dadanya" [QS Al-Ahzab, 33:4] Siapa ada pengalaman dalam bercinta dengan manusia, sila angkat tangan! Oh, nampaknya semua tangan hanya terletak di mouse, jadi, insya-Allah yang sedang membaca ini semuanya suci-suci belaka. Maksudnya, tak pernah bercinta. Walaupun bercinta dengan bercouple tu sebenarnya dua perkara yang berbeza, tapi bukan itu yang saya nak bahaskan sekarang ini. "Akh, ana ada minat pada seorang perempuan ni, macam mana akh?" "Ok-lah tu, ana pernah dengar ada orang report roomate dia minat pada lelaki, hah, itu yang jangan!" "So, ana nak buat macam mana?" "Pertama, antum kena tahu bahwa rasa yang antum dapat itu datang dari Allah atau syaitan.." Dan lain-lain lagi... Saya pun dah tak ingat dah apa saya jawab. Jatuh cinta? Apabila kita mula jatuh cinta pada seseorang, kita cenderung untuk melihat pada dia. Walaupun tak dapat nak lihat wajah dia, dapat tengok surat atau bayang-bayang dorm dia pun jadilah. Apabila kita mula jatuh cinta pada seseorang, kita akan sangat peka terhadap orang yang bercerita dengan dia. Pantang terdengar, bukan betul pun kadang-kadang, wajah kita mula memerah. Hati mula berbunga-bunga. Inikan pula kalau ada orang yang bercerita tentang keindahan dan kecantikan dia, wah~ Lagilah kita terasa macam di kayangan. Padahal bukan ada apa-apa pun, baru mula jatuh cinta. Apabila kita mula jatuh cinta pada seseorang, setiap kali kita bangun pagi, kita akan tengok ke inbox mesej kita, takut-takut nanti ada mesej yang belum direply. Tiba-tiba ada 14 misscall! Lagilah kita rasa cuak sebab takut nanti dia akan marah dan tak mahu kawan dengan kita lagi. Apabila kita mula jatuh cinta pada seseorang, kita akan sentiasa memastikan penampilan kita adalah yang terbaik. Apa yang dia suka, kita akan pakai. Apabila kita mula jatuh cinta pada seseorang, ada yang sanggup habiskan RM10 semalam hanya sekadar mahu mendengar suara dia. Ada yang RM20, ada juga yang RM30 semalam. Hanya untuk mendengar suara. Kalau mahu berjumpa, RM200 seminggu itu bukan masalah. Apabila kita mula jatuh cinta pada seseorang, kita akan sentiasa mengingat pada dia. Nak makan teringat pada dia, nak tidur teringat pada dia, nak buat benda tak senonoh kita teringat pada dia. Pantang ada masa lapang sikit, mesti teringat pada dia. Apabila kita mula jatuh cinta pada seseorang, macam-macamlah yang kita sanggup buat demi dia. Ok, banyak dah, rasanya ada di antara kita yang boleh menyambung puisi (kalau boleh dipanggil puisi lah) di atas. Cuma, persoalannya, bila kali pertama kita jatuh cinta pada Allah SWT? Soalan kedua, bila kali terakhir kita bercinta dengan Allah SWT? Atau kita ini jenis yang tidak pernah mengenali apa itu cinta? Apabila kita mula jatuh cinta pada Allah, sekerap manakah kita cenderung untuk melihat pada kata-kata Dia. Walaupun tak dapat nak lihat wajah Dia, dapat membaca dan melantunkan ayat-ayat-Nya pun jadilah. Pernah tak? Apabila kita mula jatuh cinta pada Allah, seberapa peka-kah kita terhadap orang yang bercerita dengan dia. Pantang terdengar, bukan betul pun kadang-kadang, wajah kita mula memerah. Hati mula berbunga-bunga. Inikan pula kalau ada orang yang bercerita tentang keindahan dan kecantikan Dia, wah~ Lagilah kita terasa macam di kayangan. Padahal bukan ada apa-apa pun, baru mula jatuh cinta. Pernah tak? Apabila kita mula jatuh cinta pada Allah, setiap kali kita bangun pagi, kita akan tengok ke jam di handset takut-takut waktu tahajjud dah terlepas. Inikan pula waktu subuh pun dah terlepas! Kemudian kita rasa cuak sebab takut nanti Dia akan marah dan tak mahu menebarkan nikmatnya pada kita lagi. Pernah tak? Apabila kita mula jatuh cinta pada Allah, kita akan sentiasa memastikan penampilan kita adalah yang terbaik. Apa yang dia suka, kita akan pakai. Dan yang paling utama kita akan jaga ialah kebersihan hati kerana Allah tidak melihat pada luaran, tetapi hati. Pernah tak? Apabila kita mula jatuh cinta pada Allah, berapa ringgit yang kita sanggup habiskan dalam seminggu untuk mengingat Allah? Berapa ringgit yang kita sanggup habiskan dalam seminggu untuk membantu atau membuat kerja dakwah? RM1? RM2? Atau kita sanggup berhutang asalkan kerja dakwah berjalan? Apabila kita mula jatuh cinta pada Allah, berapa kali sehari kita akan mengingat pada Dia? Nak makan teringat pada Dia, nak tidur teringat pada Dia, nak buat kerja tak senonoh kita ingat pada Dia. Pantang ada masa lapang sikit, mesti teringat pada Dia. Apabila kita mula jatuh cinta pada Allah, benarkah macam-macam yang kita sanggup buat demi Dia? Pulangkan pada diri Semua persoalan itu tanyakan pada diri kita masing-masing. Apapun jawapannya, pulangkan pada diri masing-masing. Kerana jika cinta di hati kita masih bermasalah, macam mana kita mahu membetulkan masalah cinta dalam diri orang lain. Cukuplah. Sudah terlalu ramai orang yang dunia lebih dicintai oleh mereka. Hawa nafsu menjadi panduan mereka. Hinggakan, hidup mereka umpama anjing. Mahukah kita diumpamakan seperti itu? "Dan sekiranya Kami menghendaki nescaya Kami tinggikan (derajat)nya dengan (ayat-ayat) itu, tetapi dia cenderung kepada dunia dan mengikuti keinginannya (هَوَاهُ), maka perumpamaannya seperti anjing, jika kamu menghalaunya dijulurkan lidahnya dan jika kamu membiarkannya ia menjulurkan lidahnya (juga). Demikianlah perumpamaan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami. Maka ceritakanlah kisah-kisah itu agar mereka berfikir." [QS Al-A'raf, 7:176] Atau kita mahu diumpamakan oleh Allah seperti haiwan ternak? “Dan sungguh, akan Kami isi neraka Jahannam banyak dari kalangan jin dan manusia. Mereka memiliki hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka memiliki mata (tetapi) tidak dipergunakan untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengarkan (ayat-ayat Allah). Mereka seperti haiwan ternak, bahkan lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lengah.” [QS Al-A’raf, 7:179] Ataupun, kita mahu menjadi seperti ini, “Seutama-utama orang yang mati syahid adalah orang-orang yang berperang di barisan yang paling pertama dengan tidak memalingkan wajah mereka sama sekali hingga terbunuh. Mereka itu akan berguling-guling di kamar-kamar utama di syurga. Rabb-mu tersenyum kepada mereka. Jika Rabb-mu tersenyum kepada seorang hamba di suatu tempat, maka tiada hisab (perhitungan) lagi atasnya.” [HR Ahmad, Abu Ya’la dan Thabrani dari Abu Nu’aim bin Hammad] Tepuk dada, tanyalah iman. Jika tiada iman, pergilah cari. Jangan tunggu. Hidayah perlu dicari, bukan dinanti. Kita ada hak untuk memilih apa tingkatan cinta untuk hati kita. مَا جَعَلَ اللَّهُ لِرَجُلٍ مِنْ قَلْبَيْنِ فِي جَوْفِه "Allah tidak sekali-kali menjadikan seseorang mempunyai dua hati dalam rongga dadanya" [QS Al-Ahzab, 33:4] Mana mungkin kita cintakan syurga, dalam masa yang sama kita cintakan neraka "Belum tibakah waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk secara khusyuk mengingat Allah dan mematuhi kebenaran yang telah diwahyukan (kepada mereka)? Dan janganlah mereka (menjadi) seperti orang-orang yang telah menerima Kitab sebelum itu, kemudian mereka melalui masa yang panjang sehingga hati mereka menjadi keras, dan banyak di antara mereka menjadi orang-orang fasik." [QS Al-Hadid, 57:16] Inilah Masanya..

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ

Tiada ulasan: