Selasa, 10 Februari 2015

DARI MANA YA...BAGAIMANA YA....DARI PUNCA MANA YA...LOGIK KE


Anwar peluk isteri selepas didapati bersalah


Anwar-Azizah1
PUTRAJAYA
– Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat memeluk isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail sebaik sahaja beliau didapati bersalah oleh Mahkamah Persekutuan hari ini kerana kesalahan meliwat bekas pembantunya.
Anwar juga kelihatan memeluk anggota keluarga yang lain selepas keputusan itu dibacakan Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria yang mengetuai panel lima hakim yang mendengar rayuan Anwar dalam kes itu.
“Remember what I told you, you must go to school (Ingat apa yang Atuk bagi tau, kamu mesti pergi ke sekolah),” kedengaran Anwar berpesan kepada seorang cucunya.
Anwar dan Wan Azizah keluar dari ruang mahkamah pada 12.30 tengah hari sambil menundukkan kepala.
Dalam pada itu, Mohd Saiful Bukhari Azlan menerima baik keputusan mahkamah itu.
Peguam Saiful, Zambri Idrus memberitahu pemberita bahawa Mohd Saiful yang tidak hadir di mahkamah, telah memaklumkan perkara itu kepadanya melalui perbualan telefon.
Mahkamah Rayuan mendapati Anwar, 67, bersalah terhadap pertuduhan meliwat Mohd Saiful, 27, di Unit 11-5-1- Kondominium Desa Damansara di Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, di sini antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.
Anwar membuat rayuan di Mahkamah Persekutuan bagi mengenepikan sabitan dan hukuman yang diputuskan Mahkamah Rayuan itu pada 7 Mac tahun lepas.
Dalam pada itu, penyokong Mohd Saiful kelihatan mula meninggalkan perkarangan Istana Keadilan selepas keputusan itu diketahui, lapor Bernama.
Khalid Ibrahim nasihat keluarga Anwar
  • Khalid Ibrahim Khalid Ibrahim
1 / 1
SHAH ALAM - Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menasihati keluarga Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim khususnya isteri serta anak-anaknya supaya tabah menerima keputusan yang dikeluarkan oleh Mahkamah Persekutuan berhubung kes liwat II yang diumumkan hari ini.

Kata Abdul Khalid menerusi laman mikro Twitternya, beliau menyifatkan apa yang berlaku adalah ujian dari  ALLAH terhadap Anwar dan keluarganya.

“Saya berdoa kepada ALLAH semoga keluarga Anwar diberi kekuatan dalam menempuh dugaan yang mencabar ini,” katanya seperti yang dipetik menerusi posting tersebut.

Mahkamah Persekutuan sebentar tadi memutuskan Anwar bersalah meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, tujuh tahun lalu.

Keputusan sebulat suara yang dibacakan Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria itu menolak rayuan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.

Bagimanapun, mahkamah ditangguhkan sejam bagi pihak pendakwaan mengemukakan hujahan berhubung hukuman terhadapnya.

Arifin membacakan keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.

Kes Liwat II: Mahkamah Persekutuan putuskan Anwar bersalah



PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan hari ini memutuskan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersalah atas pertuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan tujuh tahun lalu.

Mahkamah mendapati Anwar gagal membuktikan dakwaannya bahawa wujud konspirasi politik dalam pertuduhan terhadapnya.

Sidang ditangguh sementara menantikan hukuman.

Dengan keputusan ini, Anwar, 67, boleh hilang kelayakan sebagai Anggota Parlimen (MP) Permatang Pauh mengikut Perkara 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan, yang menyatakan bahawa seorang anggota Parlimen akan hilang kelayakan jika dia dihukum penjara lebih daripada satu tahun, atau didenda lebih daripada RM2,000.
 
Anwar diwakili sepasukan 15 orang peguam yang diketuai Datuk Seri Gopal Sri Ram, yang juga bekas hakim Mahkamah Persekutuan.

Empat belas peguam yang lain ialah Ramkarpal Singh Deo, Gobind Singh Deo, Sangeet Kaur Deo, N.Surendran, R. Sivarasa, J.Leela, Latheefa Koya, Lim Khim Choon, Eric Paulsen, Michelle Yesudas, Shahid Adli Kamaruddin, Zaleha Al-Hayat, Jeremy Vinesh Anthony dan Mohamed Aliff Bolkin.

Peguam kanan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mengetuai pasukan pendakwaan dalam rayuan itu. Beliau dibantu Timbalan Pendakwa Raya Datuk Mohamad Hanafiah Zakaria.

Pada 7 Nov tahun lepas, Arifin menangguhkan keputusan itu selepas mendengar hujahan kedua-dua pihak.

Mahkamah telah memutuskan bahawa sampel mungkin terjejas sebelum ia tiba di Jabatan Kimia untuk dianalisis.

Bagaimanapun, pada 7 Mac tahun lepas, Mahkamah Rayuan membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi dan mendapati Anwar bersalah meliwat Mohd Saiful, dan menjatuhkan hukuman penjara lima tahun.

Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa hakim perbicaraan telah terkhilaf dalam memutuskan tentang sampel DNA.

Ini merupakan kes liwat kedua terhadap Anwar.  

Dalam kes pertama, dia didapati bersalah meliwat pemandu keluarganya, Azizan Abu Bakar, di Tivoli Villa, Kuala Lumpur pada tahun 1994, dan dijatuhi hukuman penjara sembilan tahun oleh Mahkamah Tinggi pada 8 Ogos 2000. ─ Astro Awani



Jerung Pelik Bermulut Besar Yang Boleh Hidup 100 Tahun Ditemui Nelayan



Nelayan Filipina telah berjaya menangkap seekor jerung pelik dipercayai jenis Megamouth yang sememangnya amat susah ditemui terperangkap dalam pukat pembersih diperairan negara itu.

Jerung yang sepanjang 15 kaki ini merupakan jerung dewasa ditemui mati terdampar di pantai Barangay Marigondon di antara wilayah Albay dan Masbate .


Ikan jerung itu dinamakan sebagai ikan taring oeh penduduk tempatan kerana mempunyai gigi yang banyak dengan mulut dipenuhi 50 baris gigi yang teratur mengelilingi mulutnya.

Berdasarkan catatan jerung ini hanya pernah 64 kali dijumpai sebelum ini dan saintis beranggapan ia adalah makhluk yang sukar untuk dikaji.


Punca sebenar jerung ini masih dalam siasatan dan pihak kerajaan Filipina akan mengambil alih jerung itu. Bangkai jerung itu mungkin akan dipamerkan di Taman Albay dan Pusat Hidupan Liar di Filipina.

Jerung megamouth merupakan hidupan dasar laut yang memakan ikan kecil dengan membuka rahang dan mulutnya yang besar untuk menangkap mangsanya.


Sehingga sekarang ahli sains masih mempunya maklumat yang sedikit tentang jerung jenis Megamouth ini kerana amat susah untuk dijumpai manusia.

Bercakap kepada The Washington Post, Christopher Bird, pelajar Ph.D. yang mengkaji tentang jerung laut di Universiti Southampton di England, berkata kita hanya tahu begitu sedikit tentang jerung ini.

"Ia pernah ditemui kali petama pada tahun 1976 apabila jerung jenis Megamouth tersebut terperangkap dalam pukat nelayan."

"Ia hanya satu misteri," katanya.

Jerung Megamouth boleh mencapai panjang maksimum 17 kaki (5.2 meter) dengan jangka hayat 100 tahun.


Ia tetap berada di dalam air yang dalam, tetapi meningkat ke arah permukaan pada waktu malam untuk mencari makanan atau makan plankton.

Biro Perikanan dan Sumber Akuatik di wilayah Albay akan menyiasat untuk menentukan punca kematian jerung tersebut. - Siakapkeli.com.my

 

Tiada ulasan: