Selasa, 10 Februari 2015

ADAKAH KITA MAMPU JIKA KITA DITEMPAT BELIAU...ANAK2NYA...DAN CUCU2 JUGA TERLIBAT...SUAMI PELIWAT..BAPA PELIWAT...DATOK PELIWAT...FIKIR2KAN...BAGAIMANA TEKANAN YANG MEREKA HADAPI

5:46PM - 10 Feb 2015

Tanpa Anwar, jalan berliku di depan Kak Wan


Di mahkamah, perjuangan Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah sampai ke penghujungnya apabila beliau disabitkan bersalah oleh mahkamah paling tinggi di negara ini.

Dalam politik, adakah ini juga bermaksud jalan mati untuk Pakatan Rakyat yang dipimpinnya selama ini?

Anwar, 67, nampaknya akan terketepi daripada arena politik hampir satu dekad.

Ini kerana, selepas merengkok lima tahun dalam penjara, beliau akan berdepan lagi sekatan daripada aktif berpolitik untuk tempoh sama.

Dengan umur 77 tahun apabila selesai menjalani hukuman penjara (75 jika berkelakuan baik), sudah pasti sukar sekali untuk beliau membuat penampilan kembali di arena politik.

Walaupun beliau pernah melakukannya pada 2008, keadaan selepas ini berbeza sama sekali.

Anwar sebelum ini menegaskan akan berjuang “tidak kira sama ada di luar atau di dalam penjara”.

Hudud, p'raya PBT

Bagaimanapun, dalam Pakatan, peranan Anwar bukan sahaja berjuang di barisan depan, tetapi juga menjadi pengikat untuk menggandingkan DAP dan PAS, selain memberi inspirasi kepada pemimpin muda PKR.

Dengan Anwar di balik tirai besi, Pakatan pasti berdepan ujian getirnya, lebih-lebih lagi ketika ketegangan hubungan PAS-DAP ekoran perselisihan dalam isu hudud dan pilihan raya tempatan.

Azizah mungkin tiada pilihan selain melangkah ke lompong yang ditinggalkan suaminya seperti yang dilakukannya sebelum ini.

Tetapi dapatkah beliau memimpin gabungan tiga parti itu dengan baik?

Malah, pencalonnya sebagai pengganti menteri besar Selangor sebelum ini juga gagal mendapat kata sepakat dalam Pakatan.

Sementara dalam PKR sendiri muncul pemimpin muda seperti Timbalan Presiden Azmin Ali dan Naib Presiden PKR Rafizi Ramli yang amat menyinar.

Jalan Azizah, atau lebih mesra dengan panggilan sebagai Kak Wan, mungkin berliku jika pihak-pihak itu turut mengintai kerusi nombor satu dalam PKR.

Bagaimanapun, seperti juga Pakatan dan PKR, badan kehakiman juga dilihat berdepan masalah tanggapan negatif, termasuk di peringkat antarabangsa, dengan keputusan hari ini.

 
2:28PM - 10 Feb 2015

Kes Anwar jadi tumpuan media global

Keputusan Mahkamah Persekutuan yang mengekalkan keputusan penjara ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim mendapat perhatian meluas media utama dunia.

Malah, kata kunci “Anwar” dan “DSAI” juga menjadi topik utama dalam perbualan global di Twitter hari ini.

Semakan mendapati, ia dimuatkan sebagai laporan utama laman BBC, The Guardian, Reuters, Al-Jazeera, Wall Street Journal dan The Guardian sejurus selepas Anwar disahkan kekal dipenjara.

Ia turut menjadi laporan utama di media Australia seperti ABC Australia dan Sydney Morning Herald.

'Jangan hidup di bumi ALLAH kalau tolak hudud'
  • Muhammad Khalil Abdul Hadi Muhammad Khalil Abdul Hadi
1 / 2
SHAH ALAM  - "Sesiapa yang mahu hidup di tempat yang tidak melaksanakan hukum hudud dipersilakan dengan syarat jangan hidup di bumi ALLAH", demikian kenyataan terbaru Timbalan Ketua Pemuda Pas, Muhammad Khalil Abdul Hadi.

Memuat catatan itu di laman sosial Facebooknya, Muhammad Khalil menambah, bumi ini adalah milik ALLAH SWT dan makhluk yang menghuni perlu mengikut peraturan sang penciptanya.

"Bumi ini adalah milik ALLAH kenapa kita nak hidup dan tak mahu ikut peraturan ALLAH.

“Pelik dan ajaib! Sama seperti orang tumpang berteduh di rumah kita tiba-tiba tak nak ikut cakap tuan rumah,” tulisnya.

Tegasnya, pelaksanaan hudud ini tidak boleh diukur hanya dengan akal semata-mata malah pertambahan kes jenayah di negara ini berlaku ekoran masyarakat sudah tidak menghormati undang-undang sedia ada.

“Jangan kita mengukur pelaksanaan hukum hudud dengan akal semata-mata. Kita tak fikir bila dilaksanakan hukum hudud masyarakat akan hormat dan jenayah berkurang.

“Banyaknya jenayah pada hari ini bukan kerana tidak ada undang-undang tetapi masyarakat sudah tidak menghormati undang-undang yang sedia ada kerana ia tidak menggerunkan penjenayah untuk melakukan jenayah,” katanya.

Mesyuarat PR yang berlangsung semalam tidak menyelesaikan kemelut dalaman PR yang berlaku antara DAP dan Pas ekoran DAP tetap menolak pelaksanaan hukum hudud di Kelantan.

Lebih menjadi tanda tanya, sidang media selepas mesyuarat perikatan itu tidak disertai Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.



Pengampunan Yang di-Pertuan Agong pilihan terakhir
  • Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini gagal dalam rayuan terakhirnya di Mahkamah Persekutuan terhadap sabitannya meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan di Istana Kehakiman di Putrajaya, hari ini. - Foto Bernama Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini gagal dalam rayuan terakhirnya di Mahkamah Persekutuan terhadap sabitannya meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan di Istana Kehakiman di Putrajaya, hari ini. - Foto Bernama
1 / 1
KUALA LUMPUR - Laluan perundangan untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim merayu berhubung hukuman penjara lima tahun terhadap kes meliwat bekas pembantu peribadinya telah sampai ke penghujung dengan pilihan terakhirnya ialah memohon pengampunan daripada Yang di-Pertuan Agong, kata pakar undang-undang. 
    
Dekan Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Ahmad Marthada Mohamed berkata, ini kerana Mahkamah Persekutuan merupakan badan perundangan tertinggi di negara ini dan apa jua keputusan yang dijatuhkannya tidak dapat dirayu.
    
Beliau berkata Anwar hanya boleh dilepaskan daripada hukuman penjara jika mendapat pengampunan daripada Yang di-Pertuan Agong. 
    
"Perkara ini tertakluk di bawah Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan yang menyebut pengampunan boleh diberikan oleh Yang di-Pertuan Agong," katanya kepada Bernama.
    
Mahkamah Persekutuan hari ini menolak rayuan Anwar untuk mengenepikan sabitan dan hukuman penjara lima tahun yang diputuskan Mahkamah Rayuan pada 7 Mac tahun lepas terhadap pertuduhan meliwat Mohd Saiful Bukhari Azlan, yang ketika itu berumur 23 tahun, di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara di Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, di sini antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.    
   
Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria, yang mengetuai lima anggota panel hakim, menyampaikan penghakiman itu dan mengekalkan hukuman penjara lima tahun yang dikenakan oleh Mahkamah Rayuan.
    
Ahmad Marthada berkata Lembaga Pengampunan dianggotai oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Peguam Negara dan tiga ahli yang dilantik, dan dipengerusikan sendiri oleh Yang di-Pertuan Agong.
    
Pengampunan untuk pembebasan oleh Yang di-Pertuan Agong untuk seseorang pesalah biasanya dibuat pada hari keputeraan Seri Paduka selepas pihak kerajaan mencadangkan kepada baginda untuk berbuat demikian.
Berikutan keputusan Mahkamah Persekutuan itu, Pensyarah Geostrategis Universiti Teknologi Malaysia, Dr Azmi Hassan berkata ia satu manifestasi bahawa semua rakyat adalah sama rata di bawah undang-undang.  
    
"Ia adalah adil tidak kira kepada rakyat biasa atau yang mempunyai kedudukan," katanya. 
    
Katanya, proses penghakiman juga mengesahkan bahawa mahkamah membuat keputusan atas dasar fakta yang dihujah dan bukannya kerana pengaruh luar misalnya seperti politik tempatan.
    
Penganalisis Politik, Dr Baharuddin Aziz keputusan tersebut merupakan satu keadilan kepada mangsa iaitu Mohd Saiful Bukhari yang selama ini berdepan tekanan hebat daripada masyarakat dan tohmahan pembangkang ke atas beliau.
    
"Ini soal maruah diri, tiada insan yang mahu mendedahkan keburukan yang terjadi kepada dirinya terutama yang berkaitan dengan kehormatan dirinya,    
"Tambahan pula dia merupakan rakyat biasa yang tidak punya sebarang pengaruh dan terpaksa berjuang selama tujuh tahun untuk membuktikan dirinya di pihak yang benar," kata bekas pensyarah kanan Jabatan Komunikasi Universiti Islam Antarabangsa itu. - Bernama
PR hilang 'jurumudi' selepas ketiadaan Anwar
  • anwar
1 / 1
KOTA BHARU - Hukuman penjara lima tahun terhadap Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal menyaksikan pakatan pembangkang itu kehilangan 'jurumudi' untuk mengemudi haluannya selepas ini.
 
Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (Mapan) Universiti Utara Malaysia (UUM) Prof Muhamad Ali Embi berkata pakatan pembangkang perlu berusaha mencari seorang tokoh dalam kalangan mereka yang boleh menjadi simbol titik penyatuan ketika pakatan itu dilihat kian rapuh selepas krisis antara Pas dan DAP berhubung isu hudud dan pilihan raya pihak berkuasa tempatan.
 
"Presiden PKR Datin Seri Wan Azizah bukanlah lagi wadah untuk mengambil peranan Anwar sebagai penyatu kerana Pas tentu akan menolaknya selepas Datuk Seri Abdul Hadi Awang (Presiden Pas) sendiri sebelum ini telah menolak dan mengkritik keras Wan Azizah dalam isu menteri besar Selangor.
 
"Apatah lagi faktor usia beliau (Wan Azizah) yang semakin lanjut dan masyarakat sudah cemuh dengan isu sama. Ini terbukti daripada kehadiran yang berkurang di kalangan penyokong PKR di perkarangan mahkamah hari ini," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
 
Mahkamah Persekutuan hari ini menolak rayuan Anwar untuk mengenepikan sabitan dan hukuman penjara lima tahun yang diputuskan Mahkamah Rayuan pada 7 Mac tahun lepas terhadap pertuduhan meliwat Mohd Saiful Bukhari Azlan, yang ketika itu berusia 23  tahun, di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara di Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, di sini antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.  
 
Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria, yang mengetuai lima anggota panel hakim, menyampaikan penghakiman itu dan mengekalkan hukuman penjara lima tahun yang dikenakan oleh Mahkamah Rayuan.
 
Selain itu, mengikut Perkara 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan yang menetapkan bahawa seorang anggota Parlimen akan lucut kelayakan sekiranya dijatuhi hukuman penjara lebih setahun atau didenda lebih RM2,000.
 
Muhamad Ali turut menjangkakan PR akan mengalami perpecahan selepas ketiadaan Anwar yang selama ini dilihat mengemudi dan menjadi jambatan utama menyatukan Pas dan DAP.
 
Sementara itu, Timbalan Menteri Besar Kelantan yang juga Timbalan Pesuruhjaya Pas I Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah ketika dihubungi Bernama enggan mengulas berhubung hukuman penjara yang dikenakan ke atas Anwar.
 
"Saya tak mahu komen.. awak tanyalah orang yang lebih 'tinggi' (jawatan lebih tinggi) lagi," katanya di sini, hari ini. - Bernama
Anwar kembali ke penjara Sungai Buloh
  • Penjara
1 / 1
PUTRAJAYA - [KEMASKINI] Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dibawa ke penjara Sungai Buloh untuk menjalani hukuman penjara lima tahun bermula hari ini.

Mahkamah hari ini memutuskan Anwar bersalah meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, enam tahun lalu.

Pada 9 Januari 2012, Mahkamah Tinggi membebaskan dan melepaskan Anwar daripada tuduhan meliwat Mohd Saiful dengan alasan ia tidak 100 peratus pasti tentang integriti sampel yang diambil bagi ujian DNA daripada Mohd Saiful.
 
Bagaimanapun, Mahkamah Rayuan mengubah keputusan Mahkamah Tinggi itu dan mendapati Anwar bersalah meliwat Mohd Saiful serta memberi alasan hakim perbicaraan terkhilaf dalam keputusan beliau tentang sampel berkenaan, yang dibuat berdasarkan keterangan dua saksi pakar yang dipanggil pihak pembelaan.

Tiada ulasan: