Isnin, 11 Ogos 2014

TAHNIAH....TSKI MEMANG HEBAT....DAPAT MENGEKALKAN KUASANYA...ELOK KUASA YANG ADA BERSAMA EXCO DARI PAS LAKSANAKAN PENTADBIRAN MENGIKUT ISLAM DAN LAKSANA UNDANG2 HUDUD BERSAMA2 KERAJAAN KELANTAN

 

Berita: Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sedia meneruskan pentadbirannegeri Selangor tanpa bantuan exco dari PKR...
kinitv.com
Kenali Ahli Dewan DiRaja Selangor...

Dua Beradik Menjadi Hamba Seks Bapa & Bapa Saudara

HAMBATASEK GELUGOR – Tindakan seorang gadis berusia 16 tahun melarikan diri selama tiga hari dari rumah sejak Ahad lalu, membongkar rahsia remaja itu dan dua adiknya yang sebenarnya tertekan kerana menjadi hamba seks kepada bapa dan bapa saudaranya sejak sembilan tahun lalu.
Rahsia itu terbongkar hanya selepas remaja tersebut ditemui semula oleh ibu saudaranya lalu menceritakan peristiwa hitam dia dan dua adiknya berusia 11 dan 14 tahun dirogol kedua-dua suspek.
Ibu dan ibu saudara mangsa kemudian membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Utara sejurus selepas itu.
Difahamkan, bapa mangsa berusia 42 tahun yang merupakan orang kurang upaya (OKU) dan bapa saudara mereka berusia 37 tahun memaksa tiga beradik itu menerima wang setiap kali selepas dirogol selain diugut akan dipukul jika kejadian tersebut dihebahkan.
Perbuatan keji itu dipercayai telah berlaku sejak ketiga-tiga mangsa berusia tujuh tahun lagi.
Timbalan Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Supritendan Mohd. Shukri Awang ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan penahanan kedua-dua suspek pada hari sama laporan dibuat.
“Siasatan mendapati remaja terbabit mendakwa dirogol bapanya sejak 2004 di rumah mereka di Kampung Permatang Berangan di sini setiap kali ibunya keluar bekerja sebagai pembantu kantin sebuah sekolah di sini.
“Dia dan dua adik perempuannya juga dirogol di rumah bapa saudara mereka di Ladang Malakoff yang terletak tidak jauh dari rumah mereka tanpa mengira masa sejak masing-masing berumur tujuh tahun,” katanya.
Mohd. Shukri berkata, ketiga-tiga beradik berkenaan tidak berani menceritakan apa yang berlaku kerana takut dicederakan biarpun ibu mereka yang berusia 40 tahun melihat perbezaan sikap tiga anaknya itu yang seolah-olah berada dalam keadaan trauma sepanjang masa.
Menurutnya, bapa mangsa tidak bekerja dan memegang kad OKU manakala bapa saudara mereka yang bekerja sebagai buruh tinggal seorang diri di ladang berkenaan dan belum berkahwin.
Kedua-dua suspek ujar beliau, kini direman selama tujuh hari untuk disiasat di bawah Seksyen 376(A) Kanun Keseksaan iaitu sumbang mahram dan jika sabit kesalahan boleh dijatuhkan hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 20 tahun dan sebatan.
“Ketiga-tiga mangsa pula ditempatkan di hospital daerah di sini untuk pemeriksaan dan laporan awal perubatan mengesahkan kemaluan kesemua mangsa mempunyai kesan koyakan lama dan baharu,” katanya. -TT3:41PM - 11 Aug 2014

Ambiga: Siapa sebenarnya sokong kamu Khalid?


Bekas pengerusi Majlis Peguam Datuk S Ambiga menuntut Tan Sri Khalid Ibrahim menamakan siapa sebenarnya yang menyokongnya sebagai menteri besar, seperti didakwanya.

Dalam reaksi terhadap pengumuman Khalid bahawa sultan Selangor memperkenannya kekal sebagai menteri besar walaupun dipecat PKR, Ambiga mahukan pihak itu dinyatakan.

“Tan Sri, untuk kepentingan rakyat Selangor, sila namakan pihak dalam dewan (negeri) yang kamu kata sokong kamu,” tulisnya di Twitter.

“Walaupun dengan sokongan PAS, ia (dewan) masih tergantung,” katanya.

Kedudukan kerusi terkini dalam PKR kini seperti berikut: PKR (13), DAP (15), PAS (15), Umno (12) dan bebas (1).
MUI haram Muslimah pakai Jilboobs
pada 10-08-2014 02:08 
Post Pic
JAKARTA: Majlis Ulama Indonesia (MUI) mengeluarkan fatwa bahawa adalah haram bagi kaum wanita mengenakan pakaian Muslimah tetapi masih menonjolkan bentuk tubuh atau berpakaian ketat.
MUI mengeluarkan fatwa berkenaan berikutan trend baharu dalam kalangan wanita bertudung yang menggayakan fesyen Jilboobs (gabungan Jilbab dan Boobs) yang kini menjadi ikutan di Indonesia.
Golongan tersebut mempopularkan fesyen Jilboobs iaitu mengenakan tudung kepala tetapi berpakaian ketat bermula dari paras leher ke bawah.
"Sudah ada fatwa MUI soal pornografi, ia termasuk tidak boleh memperlihatkan bentuk tubuh, pakai tudung tapi berpakaian ketat. MUI secara tegas melarang (fesyen) itu," tegas Timbalan Ketua MUI, Ma'ruf Amin.
Menurut Ma'ruf, MUI mengeluarkan fatwa itu memandangkan cara menutup aurat oleh golongan itu tidak bersesuaian dan tidak menepati Syariat Islam tentang cara berpakaian.
"Kalau sebahagian menutup aurat, sebahagian lagi masih memperlihatkan bentuk-bentuk yang sensual itu dilarang," kata beliau.
Sehubungan itu, MUI menggesa setiap Muslimah yang sudah bertudung agar memberi perhatian pada cara berpakaian yang menepati Syariat agama.
Sebelum ini, sebuah komuniti wanita Muslimah yang memperkenalkan diri mereka sebagai Jilboobs Community dalam Facebook, memuat turun foto mereka mengenakan pakaian ketat sehingga mencetuskan reaksi kurang senang daripada pelayar-pelayar media sosial itu.

Monday, 11 August 2014


MANTAN MUFTI PERLIS DR MAZA BELASAH SAMPAI LUMAT LUNYAI ULAMA MUDA UMNO KERANA MEMFITNAH DR YUSUF AL-QARADAWI KERANA MENGELUARKAN FATWA AGAR UMAT ISLAM BOIKOT PRODUK KELUARAN ISRAEL!!!



(admin) kita mencadangkan kepada ulama muda umno (khusus media mereka) sekalipun kalian begitu marah dan benci kepada mereka yang memboikot dan melakukan demo membantah Israel khususnya Dr Yusuf al-Qaradawi yang memfatwakan agar diboikot barangan pro zionis, namun jangan memfitnah ulama berkenaan dengan poster dan kempen buruk spt ini.

Seluruh dunia membantah dan memboikot zionist, jika pun kalian tidak suka biarlah pihak lain mahu melakukannya. Tidak perlu fitnah ulama dengan mengada-adakan cerita luar dari konteksnya. Nampaknya tidak mahu henti kalian menyindir dan mengutuk mereka yang memboikot zionis. Pelbagai bahasa dan cara. UMNO secara umumnya pasti tidak setuju dengan perbuatan ini. Lihatlah Tun M, DS Shahidan, Datuk Ismail Sabri dll yang turut memboikot.

Buat semua kita, dunia ini sementara, zionis walaupun kadang-kala menguntungkan kita dengan janji-janji mereka tapi prinsip lebih patut kita pegang. Kembalilah kita semua kepada umat Islam terutama apabila kita menggunakan nama agama. Akidah Islam itu menuntut kesetiaan kepada umat dan simpati kepada nasib umat.

Hentikan kempen jahat seperti poster-poster ini.

Ikut Hukum Akal Logik ... Kalau dah peringkat bergelar Ulama Muda UMNO pun sanggup buat kerja fitnah jahat terhadap Ulama tersohor dunia .. apa barang macai-macai UMNO nak melakukan fitnah terhadap ulama-ulama negara kita ... itu kira sap sap suey jer .. no hal . tidak menjadi masalah punya.

Exco tidak suka saya boleh letak jawatan, kata Khalid Ibrahim



Exco yang tidak menyokong boleh letak jawatan, kata Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada sidang akhbar khasnya petang tadi. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 11 Ogos, 2014.Exco yang tidak menyokong boleh letak jawatan, kata Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada sidang akhbar khasnya petang tadi. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 11 Ogos, 2014.Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menasihati mana-mana Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (exco) yang tidak menyokongnya supaya meletakkan jawatan.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelabuhan Klang itu berkata, beliau akan bertemu dengan 10 exco Selangor esok untuk mengetahui pendirian mereka, sama ada mahu meneruskan tugas atau letak jawatan.
Khalid berkata, beliau yakin masih mampu meneruskan pentadbiran seperti biasa selepas mendapat sokongan daripada empat exco PAS iaitu Sallehen Mukhyi, Dr Ahmad Yunus Hairi, Dr Halimah Ali dan Iskandar Abdul Samad.
Menurut undang-undang negeri, Khalid hanya memerlukan sekurang-kurangnya empat exco‎ untuk menjalankan urusan negeri.
"‎Bagaimanapun saya akan mengambil peluang bertemu dengan wakil exco yang ada sekarang daripada PKR dan DAP untuk bertanyakan tentang kesediaan mereka bersama-sama saya untuk mengendalikan mesyuarat exco dan pentadbiran Selangor," katanya pada sidang media di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di Shah Alam, hari ini.
Katanya, tatacara di bawah Artikel 53(2) (b) memberi kuasa kepada menteri besar menasihati exco supaya meletakkan jawatan sebelum mengemukakan cadangan kepada Sultan tentang perubahan barisan exco.
"Untuk berlaku adil saya akan berjumpa dengan semua exco. Kalau dia (exco) rasa bukan lagi 'team' menteri besar jadi saya rasa adalah lebih baik mereka tidak meneruskan khidmat mereka," katanya.
Ditanya kemungkinan PKR dan DAP akan menentang tindakannya, Khalid berkata pentadbiran negeri bukan pentadbiran politik tetapi ditadbir dan disokong oleh penjawat awam.
"Oleh itu, saya tak nampak ada masalah kekurangan kecekapan dari segi pentadbiran negeri dan operasi," katanya.
Beliau juga tidak menolak jika ada desakan yang mahu sidang DUN khas mengemukakan usul undi tidak percaya terhadapnya.
Beliau berkata, buat masa ini tidak perlu diadakan sidang DUN khas kerana ia tidak berbangkit semasa pertemuan dengan Sultan pagi tadi.
"Tak perlu sebab tuanku bertanyakan pada saya sama ada nak sidang DUN, yang sebenarnya nak sidang adalah DUN bukan saya," katanya. – 11 Ogos, 2014.
Berita: Perdana Menteri Turki Recep Tayyip Erdogan memenangi pemilihan terus presiden kali pertama negara it...
kinitv.com

Sultan Selangor perkenan Khalid kekal, pertimbang sertai PAS

Oleh Nasaruddin Parzi dan Huzaimi A Ghafar. Cetak
Sultan Selangor perkenan Khalid kekal, pertimbang sertai PAS TAN Sri Abdul Khalid Ibrahim sebentar tadi mengumumkan beliau masih Menteri Besar Selangor dan akan menjalankan tugas seperti biasa. Perkara itu dimaklumkan beliau sendiri pada sidang media di pejabatnya di bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Shah Alam selepas mendapat perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam pertemuan beliau dengannya di Istana Alam Shah, Klang pagi tadi. - Foto Aizuddin Saad
SHAH ALAM: Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebentar tadi mengumumkan beliau masih Menteri Besar Selangor dan akan menjalankan tugas seperti biasa.

Perkara itu dimaklumkan beliau sendiri dalam satu sidang media di pejabatnya di sini selepas mendapat perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam pertemuan beliau dengannya di Istana Alam Shah, Klang pagi tadi.
Dalam pertemuan itu juga, beliau juga memaklumkan masih mendapat sokongan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor.

Abdul Khalid yang juga ADUN Pelabuhan Klang akan mengadakan pertemuan dengan semua EXCO terutama dari DAP dan PKR untuk bertanyakan sokongan mereka terhadapnya, esok, selain memaklumkam 4 EXCO PAS sebelum ini sudah membuat ketetapan menyokong beliau.

Abdul Khalid pagi tadi juga menghadiri mesyuarat Majlis Dewan Diraja Selangor yang berlangsung lebih dua jam.

Kemelut jawatan Menteri Besar Selangor mencapai tahap kronik selepas PKR mengumumkan mahu menggugurkan Abdul Khalid dan diganti dengan Presiden parti itu, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Cadangan itu mendapat sokongan daripada pimpinan tertinggi parti DAP dan PKR, namun PAS mengambil pendirian berbeza, mahu Abdul Khalid dikekalkan.
Kelmarin, Abdul Khalid dipecat keahliannya dalam PKR oleh Lembaga Disiplin parti itu.

Beliau berkata, kerajaan Selangor boleh berfungsi dengan empat EXCO dari Pas yang menyokong dirinya tanpa wakil DAP dan PKR.

Katanya, peraturan di negeri Selangor membenarkan minumum empat EXCO dan maksimum 10 orang dilantik untuk mentadbir kerajaan neger itu.

Selain itu, Khalid turut mempertimbang untuk menyertai PAS namun perlu diteliti sebelum keputusan muktamad dibuat.

"Perkara itu (masuk PAS) akan dipertimbangkan tapi saya kena bersihkan terlebih dahulu segala tohmahan buruk yang dilemparkan PKR," katanya pada sidang media di pejabatnya di sini, sebentar tadi.
Teuku Zacharyah Iskandar added 2 new photos.
1 hr · Edited ·
POLIMIK ISU MB SELANGOR FASA KE 2 SIRI KE 3
Khalid dalam kenyataan awalnya menyatakan beliau tidak memerlukan PKR dan DAP cukup hanya seperti yg dirancang utk mentadbir Selangor beliau disokong oleh PAS dan rakan2 dalam UMNO.
Apa maksudnya kalau bukan sama dgn Plan Dr. Zuhdi? Atau apakah ianya suatu kebetulan?
Selangor hanya memerlukan minima empat exco dan PAS dikatakan menyokongnya. http://www.malaysiakini.com/news/271229
Ramai yg kata Plan Dr. Zuhdi akan terlaksana di Selangor kita nantikan episode seterusnya kikiki baik punya wayang hindu
Plan Zuhdi akan terlaksana jua akhirnya.. Mana ada pemimpin tertinggi sesebuah parti politik akan habiskan masa berjam2 hanya semata2 utk berseronok2 membicangkan perkara yg sia2 macam tu
Pasti perkara yg dibincangkan adalah suatu yg serius
Berdasarkan kenyataan Khalid bahawa beliau hanya akan berkerjasama dgn PAS dan rakan2 dalam UMNO seperti mana yg dirancangkan selama ini MAKA terpisah jugalah akhirnya PAS dari PR dan terpulanglah sama ada PAS mahu terus sendirian atau mengikut apa yg telah dirancangkan oleh Dr. Zuhdi
Kenyataan Hussam Musa :
Dr. Zuhdi tidak akan berani mengemukakan senario PAS bergabung dgn UMNO utk dibahaskan jika tidak mendapat pekenan President Parti.
Teuku Zacharyah Iskandar
Admin FB : Anak Muda Bangkit Hancurkan UMNO.



LikeLike · ·
 
 
Kedudukan MB: Sidang media jam 2 petang ini
http://www.kinitv.com/video/9500O74
Setiausaha Akhbar kepada menteri besar, Arfa'eza Aziz memberitahu media bahawa satu sidang media akan diadakan pada jam 2 petang ini di pejabatnya.
Beliau berkata Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sedang bersantap bersama Sultan dan ahli Dewan Diraja Selangor yang lain sebelum terus bergerak ke pejabatnya bagi mengadakan sidang media.
Khalid bakal membentangkan hasil mesyuarat hampir dua jam yang bermula sejak jam 10 pagi tadi yang menmbincangkan kedudukannya sebagai menteri besar selepas dipecat dari PKR.
Kinitv akan membawakan laporan video sebentar nanti.

Tiada ulasan: