• Anggota PPS ketika menyertai perbarisan merdeka pagi tadi. - Foto Sinar Harian oleh SYAJARATULHUDA MOHAMAD ROSLI Anggota PPS ketika menyertai perbarisan merdeka pagi tadi. - Foto Sinar Harian oleh SYAJARATULHUDA MOHAMAD ROSLI
1 / 1
GEORGETOWN - Tidak kurang 250 anggota Pasukan Peronda Sukarela (PPS) yang menyertai perbarisan sempena sambutan hari merdeka ditahan polis sejurus mereka menamatkan perbarisan kira-kira jam 10.15 pagi tadi.

Mereka ditahan di Balai Polis Lebuh Pantai.

Beberapa Adun DAP dilihat turut berada di hadapan balai polis berkenaan.

Mereka akan dibawa ke IPD Timur Laut untuk diambil keterangan.
Krisis MB: Anwar sifatkan PAS tak faham prinsip Pakatan
pada 30-08-2014 07:08 Ditulis Oleh Shuhaniza Said
Post Pic
PUCHONG: Jika sebelum ini Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat mengambil sikap berdiam diri berhubung sikap PAS yang 'liat' menyatakan sokongan kepada Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor, namun hari ini beliau tampil menegur sikap parti Islam itu.
Walaupun teguran itu disuarakan dalam nada yang tidak keras, namun jelas Ketua Umum PKR itu kecewa dengan PAS yang masih lagi bermain tarik tali dan disifatkan sebagai 'tidak faham prinsip'.
"(PAS) secara rasmi mahu bersama Pakatan Rakyat walau beberapa kenyataan bercanggah dengan keputusan awal. Sebab itu saya tegur.. Sebab itu saya tanya, Adakah benar PAS tak mahu sokong Azizah sebab wanita? 
"Kalau ada alasan betul, kita boleh wacana.. tapi kalau bimbang Tuanku tak setujulah, jadi kena hantar dua tiga nama...saya kata, ini soal prinsip, kalau nanti PM tiga nama, MB tiga nama.. Ini soal prinsip," katanya dalam program Dialog Anak Muda, di sini hari ini.
PAS sebelum ini terpaksa  'mengambil masa' bagi membincangkan pencalonan Wan Azizah di kala dua parti komponen Pakatan Rakyat (PR) iaitu PKR dan DAP sebulat suara menyatakan sokongan kepada ADUN Kajang itu.
Walaupun Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat yang membincangkan perkara tersebut pada 17 Ogos lalu kemudiannya menyatakan sokongan kepada Wan Azizah, namun PAS bertindak mengemukakan satu nama tambahan lain, iaitu Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali.
Bagaimanapun mesyuarat Majlis Pimpinan Paktan Rakyat pada hari yang sama kemudiannya memutuskan untuk mengangkat nama Wan Azizah sebagai calon tunggal, memandangkan Azmin mengambil keputusan untuk mengundur diri.
PAS bagaimanapun dalam sidang medianya pada 25 Ogos lalu dalam pada itu juga menyerahkan calon tersebut kepada Sultan Selangor selain mengesahkan bahawa 13 ADUN partinya tidak perlu menandatangani surat akuan bersumpah menyokong Wan Azizah, sekaligus menghantar mesej bahawa pemimpin wanita itu tetap ditolak oleh PAS.
Sementara itu, bekas Timbalan Presiden PKR, Syed Husin Ali dalam pada itu juga membidas PAS kerana bertindak mencalonkan nama Azmin tanpa merujuk kepada empunya badan terlebih dahulu. 
Malah beliau dalam pada itu juga berkata, sekiranya Wan Azizah ditolak sebagai calon Menteri Besar Selangor, perkara tersebut adalah 'sejarah' baru dalam negara ini.
Ini kerana katanya tidak pernah mana-mana pemimpin yang mempunyai sokongan majoriti ditolak untuk diangkat sebagai pemimpin.
"Kalau Sultan tolak itu tindakan yang tidak pernah berlaku dalam sejarah negara ini dan mana-mana negara yg pakai sistem 'westminster'," katanya.

Sunday, 31 August 2014

CADANG SEKAT LAMAN SOSIAL DEMI MENYELAMATKAN UTUSAN YANG SEDANG NAZAK KERUGIAN??????



Malaysia boleh mewujudkan laman sosial 'Facebook' sendiri seperti yang diperkenalkan China untuk rakyatnya dalam usaha mengawal kenyataan berbau hasutan atau mengganggu gugat ketenteraman awam, kata Penasihat Hal Ehwal Sosial dan Kebudayaan kepada kerajaan, Tan Sri Dr Rais Yatim.

Selain itu, Rais yang juga bekas Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan berkata pihak berkuasa juga perlu diberikan kuasa menyekat saluran laman sosial itu untuk suatu jangka masa tertentu, sehingga siasatan dilakukan terhadap individu terbabit.

"Secara rasmi pernah saya kemukakan cadangan ini kepada kerajaan dan peguam negara. Ia terserah kepada mereka.

"Apa yang berlaku dan dilakukan oleh China setakat mewujudkan Facebook mereka sendiri, boleh kita buat, bukan tidak boleh. Ataupun mengambil langkah-langkah pencegahan yang cepat," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas berucap dalam program penghayatan kemerdekaan, anjuran Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, sempena sambutan Kemerdekaan ke-57, semalam.

Rais yang juga Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), berkata perkara itu juga perlu dikaji dengan segera kerana aktiviti siber  sudah menjadi sebahagian daripada kehidupan harian namun pangkalan laman sosial dikawal negara lain.

"Jadi hal ini perlu dikaji dengan cepat supaya kita tidak jadi mangsa kepada mereka (pengendali laman sosial) yang begitu berkuasa," katanya.

Menurutnya, walaupun Seksyen 3, Seksyen 4 Akta Hasutan 1948 atau Akta Ketenteramaan Awam boleh digunakan terhadap seseorang yang mengeluarkan kenyataan berlebihan, namun proses mahkamah mengambil masa yang agak lama dan rakyat mungkin hilang keyakinan terhadap kerajaan.

Dalam pada itu Rais juga meminta parti politik, pihak swasta, badan bukan kerajaan, sekolah, maktab serta sektor perkhidmatan awam memainkan peranan masing-masing dalam menyemarakkan semangat patriotisme dalam kalangan rakyat negara ini.

Katanya cara mudah untuk menonjolkan semangat cintakan negara adalah melalui mengibarkan bendera Malaysia sempena sambutan Hari Kemerdekaan pada Ahad.

- Bernama
Utusan Melayu (Malaysia) Sdn Bhd telah mencatatkan kerugian bersih sebanyak RM11.05 juta untuk suku kedua yang berakhir pada 30 Jun, dari keuntungan bersih sebanyak RM1.92 juta tahun yang lalu, The Star hari ini melaporkan.

Laporan itu menyatakan bahawa pendapatan bagi syarikat penerbitan yang dikuasai Umno lebih rendah pada RM74.4 juta daripada RM96.1 juta pada tahun lepas.

Setengah tahun kerugian bersih Utusan Melayu ini meningkat kepada RM30.9 juta daripada RM6.9 juta tahun lepas manakala perolehan jatuh dari RM172.1 juta pada tahun 2013 kepada RM139.9 juta tahun ini.

Syarikat itu menyatakan bahawa pendapatan bagi segmen penerbitan, pengedaran dan pengiklanan jatuh sebanyak 22.5 peratus daripada RM20.6 million- yang membawa kerugian sebelum cukai yang lebih tinggi sebanyak RM23.6 juta berbanding kerugian sebelum cukai sebanyak RM11.6 juta pada tahun lepas .

Syarikat itu juga merupakan penerbit akhbar-akhbar berbahasa Melayu Utusan Malaysia dan Kosmo, mingguan Mingguan Malaysia, Kosmo Ahad, satu-bahasa Jawi mingguan dan majalah Wanita, Mastika, Hijab Fesyen, Ibu dan Anak, Insta, Saji, Infiniti, Harmoni, Al -Islam dan URTV.

Ia memberitahu Bursa Malaysia bahawa ia menjangka separuh kedua tahun ini akan kekal mencabar memandangkan persaingan yang semakin meningkat bahagian pasaran hasil pengiklanan.

"Bagaimanapun, kami akan terus dengan strategi peningkatan kandungan akhbar dan menawarkan pakej kreatif untuk iklan.

"Kami juga akan terus mengamalkan strategi menjimatkan kos berhemat dalam operasi perniagaan kami," kata Utusan Melayu dalam satu kenyataan.

Strategi termasuk pembekuan pengambilan baru kakitangan dan juga kos "pemantauan secara agresif" pentadbiran, pengeluaran dan kakitangan.

Piala Malaysia: Kecoh di Petra Jaya, penyokong merusuh

Sebuah kereta peronda polis dibakar peyokong sarawak kerana tidak berpuas hati dengan keputusan perlawanan. Gambar :Utusan 

KUCHING, 31 Ogos - Kerana tidak berpuas hati dengan keputusan Piala Malaysia setelah seri dengan Perak 1-1, penyokong pasukan Sarawak bertindak merusuh di Stadium Negeri Petra Jaya di sini malam tadi sekaligus mencemar kemeriahan negara yang sedang menyambut Hari Merdeka yang ke 57.

Keadaan huru-hara di Stadium Negeri semalam  , Gambar, Harian Metro


Seorang penyokong di tahan , Gambar - Harian Metro


Rusuhan mula tercetus setelah perlawanan berakhir apabila penyokong Sarawak seperti hilang kewarasan dengan membaling botol minuman ke padang sambil memarahi Persatuan Bolasepak Sarawak. Polis terpaksa menembak gas pemedih mata untuk mengawal keadaan yang huru-hara.

Pihak polis cuba mengawal keadaan dengan membawa kesemua penyokong ke luar stadium namun tindakan itu telah menyebabkan mereka marah dan mereka kemudian memecahkan pintu utama Stadium Negeri Petra Jaya. Pihak polis terpaksa melepaskan gas pemedih mata setelah amaran supaya bertenang tidak diendahkan oleh penyokong tersebut.

Beberapa penyokong pengsan kerana terperangkap di dalam kawasan yang dipenuhi gas pemedih mata - SiakapKeli.com

Sunday, 31 August 2014

KEJADIAN BERLAKU DINEGERI YANG DIPERINTAH BN ... PIALA MALAYSIA, PENYOKONG MERUSUH DAN BAKAR KERETA POLIS.



Perlawanan Piala Malaysia antara Sarawak dan Perak di Stadium Negeri, Kuching, dicemari dengan insiden kekecohan termasuk sebuah kereta peronda polis dibakar oleh penyokong di luar stadium berkenaan, malam tadi.

Sebaik sahaja perlawanan berkesudahan seri 1-1 dan peluang Sarawak ke suku akhir terkubur, penyokong tuan rumah, yang tidak puas hati dengan provokasi penyokong Perak, mula bertindak liar dengan membakar suar serta membaling mercun ke dalam padang.

Bagaimanapun, tindakan pantas polis dan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) berjaya meredakan ketegangan antara penyokong kedua-dua pasukan dalam stadium sebelum insiden tersebut menjadi lebih buruk selepas penyokong mula keluar.

Pintu utama stadium turut dihalang oleh segelintir penyokong menyebabkan ramai terkandas dalam stadium sehingga mengakibatkan pintu pagar diroboh oleh penyokong.

Sebaik keluar daripada stadium, penyokong bertindak agresif dengan membakar sebuah kereta peronda polis dan tindakan liar itu memaksa pasukan FRU melepaskan gas pemedih mata ke arah penyokong bagi mengawal keadaan.

Rusuhan selama 40 minit itu berjaya dikawal tanpa ada sebarang kecederaan membabitkan penyokong Sarawak mahupun pasukan keselamatan.

Sebelum perlawanan, Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) tidak membenarkan jualan tiket buat penyokong Perak bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku.

Sejarah menuntut merdeka bukan bermula 1946

SHAH ALAM: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang memberitahu sejarah negara ini banyak yang disembunyikan terutamanya tentang perjuang asal menuntut kemerdekaan.

Berucap pada Wacana Kemerdekaan di Universiti Selangor (Unisel) hari ini, beliau berkata perjuangan kemerdekaan perlu diperbetulkan semula untuk pengetahuan generasi akan datang.

"Perjuangan kemerdekaan perlu diperbetulkan, ingat ia bukannya bermula pada tahun 1946 tetapi sejak dari awal lagi.

"Sejarah-sejarah awal perlu kita kaji semula dan kita kena tahu apa yang berlaku sebelum ini, sepertimana perjuangan menentang penjajahan Portugis dan Inggeris di Melaka sewaktu ketika dulu," katanya.

Beliau menekankan nilai kemerdekaan dari perspektif Melayu dan Islam berkata, peranan Islam amat penting dalam perjuangan menuntut kemerdekaan.

"Di sini peranan perjuangan Islam amat penting dalam menuntut kemerdekaan, ia melibatkan semua tempat dan kedudukan. Ini perlu digali semula dan diperbetulkan, janganlah kita dibohongi dengan sejarah sendiri.

"Kita kena tahu dan jangan lupa sejarah sebenar, kita menghargai mereka yang sebenarnya berjuang tetapi dilupai," ucap beliau.

Ahli Parlimen Marang itu juga meminta semua pihak dalam mengisi semangat kemerdekaan mesti bersikap adil dengan semua kaum.

"Banyak perkara timbul dalam suasana sekarang, masalah politik, ekonomi dan paling ketara pengisian dalam masyarakat majmuk.

"Kita kena berlaku adil dengan semua kaum, masyarakat madani dalam Islam perlu diterap dalam masyarakat majmuk sekarang.

"Masing-masing mempunyai kelebihan dan kita perlu saling menghormati serta ketengahkan jangan mengabaikannya.

"Kita punyai titik persamaan, titik persamaan ini digabungkan untuk masyarakat majmuk dalam mencarikan satu kebaikan," sambung beliau.

Sebelum itu, wacana kemerdekaan dibarisi ahli panel Prof Datuk Dr Mohamad Abu Bakar (UM), Prof Dr Kamarulzaman Yusoff (UTM), Tan Sri Muhammad Muhd Taib dan Mohd Fadli Ghani manakala Prof Dr Badlisham Mohd Nasir (Ilmuan) sebagai moderator. - HARAKAHDAILY 30/8/2014

Sunday, 31 August 2014

SINGAPURA JAUH LEBIH MAJU DARI MALAYSIA KERANA BUKAN UMNO/BN PARTI MEMERINTAH?????


Fakta atau auta ... kenyataan atau rekaan .. realiti atau ilusi .. benar atau putar.

Cuba bayangkan jika UMNO/BN parti pemerintah di Singapura ... adakah akan semaju seperti hari ini atau merasakan jauh lebih maju??????? 9:27AM - 31 Aug 2014

Rumah Guang Eng dibaling 'molotov cocktail'


Kediaman Ketua Menteri Lim Guan Eng dibaling bom botol 'molotov cocktail' di Jalan Pinhorn di George Town pada kejadian kira-kira pukul 11.48 malam ini.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata kejadian membaling 'molotov cocktail' ke kawasan parkir rumah Ketua Menteri itu dipercayai dilakukan oleh penunggang motosikal.

Beliau berkata pemeriksaan forensik mendapati botol itu mengandungi minyak tanah dan ia telah meletup dan terbakar selepas dibaling tetapi tiada kecederaan dan kemusnahan dilaporkan.

"Kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan rumah Ketua Menteri akan dikaji untuk mengenal pasti suspek dan orang ramai yang melihat kejadian itu diminta menyalurkan maklumat kepada polis," katanya kepada pemberita di George Town pada Sabtu.

Abdul Rahim berkata kes ini disiasat di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana khianat dengan menggunakan api.  

- Bernama