Rabu, 6 Ogos 2014

ISLAM ITU HAQ/BENAR....JOM PAKAT2 MASUK ISLAM...KITA ADA BACA BUKU2 TENTANG PELBAGAI....AMBIK SEDIKIT MASA BACA TENTANG ISLAM


Israel pernah mengalahkan semua negara Arab yang terlibat dalam perang 1967 dalam masa hanya 6 hari.
Tetapi selepas sebulan cubaan memasuki Gaza, mereka gagal memasuki bahkan terpaksa berundur dengan gaya pasukan yang dikalahkan.
Sumber; Gazanow

Pembaca berita TV Arab Saudi mengejutkan penduduk

berita
ARAB SAUDI – Seorang penyampai berita bagi stesen televisyen di Arab Saudi mengejutkan penduduk di negara berkenaan apabila dia muncul membaca berita tanpa memakai tudung.
Penyampai berita itu menyampaikan berita untuk televisyen kerajaan, Al Ekhbariya dari studio di London.
Ia sekali gus menjadikan penyampai berita itu sebagai wanita pertama di Arab Saudi  yang membaca berita tanpa memakai tudung, meskipun dari studio di luar negara.

Keadaan itu menyebabkan stesen televisyen berkenaan mendapat pelbagai reaksi. Ada yang mencemuh dan ada yang menyifatkan ia sesuatu yang pelik, namun menerima perubahan berkenaan.
Stesen televisyen itu kemudiannya memohon maaf dan memaklumkan kejadian sama tidak berulang.
Jurucakap stesen televisyen berkenaan,  Saleh Al Mughailif berkata, klip video itu telah dikongsi oleh beberapa laman web Arab dan ditonton beribu-ribu kali.
“ Penyampai berita itu tidak berada dalam studio di Arab Saudi dan kita tidak akan bertolak ansur dengan sebarang perlanggaran dalam sistem dan nilai penduduk di Arab Saudi,’’ katanya yang menekankan bahawa wanita itu menyampaikan berita tersebut dari studio di London.
Al Ekhbariya dilancarkan pada Januari 2004 dan buletin pertamanya ketika itu menjadi tajuk akhbar selepas penyampai beritanya memakai pakaian barat sambil bertudung, bukan seperti kebiasaannya iaitu memakai purdah, lapor Mynewshub.

Ditahan Kerana perkosa Dua Wanita, Termasuk Yang Hamil




Seorang lelaki yang berpakaian perempuan ditahan kerana disyaki merogol dua wanita termasuk yang hamil ketika kejadian di rumah mereka dalam serangan yang berlaku dengan jarak 11 tahun.


Dalam kedua-dua kes, lelaki terbabit buruh binaan bernama Wang, 50-an, berpakaian seperti wanita sebelum mengikat mangsa dan memperkosa mereka.

Ketika ditahan Mei lalu, polis menemui pakaian wanita termasuk pakaian dalam serta rambut palsu di rumah Wang.

Wang yang mengakui gemar berpakaian seperti wanita berkata dia membeli pakaian berkenaan manakala ada yang dicuri dari ampaian.

Malah dia memberitahu pasukan penyiasat dia lebih mudah mendapat mangsa kerana wanita mudah percaya kepada wanita lain.

Wang ditahan kerana disyaki merogol seorang wanita hamil April lalu di Daerah Songjiang namun ketika siasatan dijalankan dia berjaya dikaitkan dengan satu lagi kes serupa di Daerah Baoshan pada 2003
.
Dalam kejadian di Songjiang, Wang yang memakai rambut palsu hitam, topi dan kot wanita memasuki rumah mangsa selepas wanita itu membiarkan pintunya terbuka ketika mengambil segelas air.

Wanita itu merayu tidak diapa-apakan kerana mengandung empat bulan, namun diikat, ditutup matanya sebelum dipukul dan dirogol.

Wang turut merompak wang serta telefon bimbit mangsa sebelum ditahan di sebuah lokasi pembinaan di bandar Dongjing.

Sementara itu, dalam kejadian pada 2003 pula Wang dipercayai mengekori seorang wanita ke rumahnya sambil memakai pakaian perempuan.

Dia kemudian menyerang wanita terbabit dan mengambil wang serta beberapa gambar selepas merogolnya.
Abu Hashim Jalal added 3 new photos.
7 hrs ·

Rahsia di Balik Pengunduran Diri Paus Benediktus XVI
Posted on Wednesday, August 06 @ 03:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur





Dalam perbandingan agama, agama Kristian dan urusan Vatican, seorang penyelidik Arab Saudi, Pengarah Essam mendedahkan alasan pengunduran diri Paus Vatican yang menggegarkan komuniti Katolik di seluruh dunia. Pope Benedict XVI merupakan Paus pertama yang mengundurkan diri sejak 6 abad yang lalu.

Melalui akaun twitter tersingkap faktor pengunduran diri Pope Benedict ke 16 Dia berkata bahawa penyebab utama penguduran diri Paus adalah kerana kekacauan di gereja Vatican perihal Injil lama yang memuat nama Nabi Muhammad saw saat masih di Vatican.

Terdapat 3 orang dalam Vatican yang menyembunyikan keislamannya. Paus selalu berusaha mencari tahu mereka. Salah satu di antara mereka adalah penanggung jawab pembuatan surat pernyataan pengampunan dosa (dalam agama Katolik) dan ada salah satu yang mengumumkan keislamannya. Kesan diumumkan keislamannya adalah dia pindah ke Afrika Selatan. Di negaranya Ahmad Deedat. Syaikh Ahmad Deedatlah yang menjadi sebab keislamannya.

Beliau menegaskan dalam akaun twitternya bahawa sebenarnya pengunduran diri Pope Benedict XVI bukanlah kerana sakit. Kerana sebelumnya Paus John II usianya lebih tua dan penyakitnya lebih parah, namun ia tidak mengundurkan diri dari keuskupan gereja Vatican. Ini adalah argumentasi untuk menghadapi media.

Dia juga telah menentang Vatican yang telah mendustai kabar keislaman 35 uskup dan pendeta dari pembesar-pembesar Vatican. Kebanyakan mereka menyembunyikan keislamannya kerana kebimbangan terhadap keselamatan hidupnya, sebahagian kecil juga ada yang mengundurkan diri. Paus memilih diam selama 6 tahun. Vatican sampai saat ini masih belum mempunyai kekuatan untuk membantah kabar keislaman 35 uskup tadi. Maka Pope Benedict XVI pun mengundurkan diri.

Dia juga menambah Paus berusaha untuk menutupi keislaman mereka dengan melakukan hujatan terhadap Islam dan hinaan kartun Nabi Muhammad secara terang terangan pada tahun 2006 Namun usahanya justru menjadikan senjata untuk dirinya sendiri yang berujung pada pengunduran dirinya.

Dia mengisyaratkan bahawa dokumen-dokumen Vatican yang menyiasat surat pernyataan itu tidak seorang pun mengetahuinya sampai saat ini di tangan siapa surat itu berada. Akan tetapi seorang pemerhati mengatakan bahawa Paus menghilangkannya bersamaan dengan keluar dari pejabat tugasnya segera.

Dia juga menegaskan terdapat arkib-arkib pemberhentian Paus dan penangkapannya di beberapa negara yang dikunjungi kerana penglibatan beliau dalam menutup-nutupi kekerasan dan skandal seksual.

Penyelidik ini menutup dengan memotivasi para pendakwah dan ulama untuk melakukan aktiviti dakwah dengan istiqamah untuk mendakwahi orang-orang Katolik dari pengkultusan terhadap Paus dan uskup di bawahnya menuju penyembahan kepada Allah Subhanahu Wata'ala. (sumber: مكافحة العلمانيه)

sumber: http://www.dakwatuna.com/2013/02/16/27895/rahasia-di-balik-pengunduran-diri-paus-benediktus-ke-xvi/#ixzz39Vhlzod4
Follow us:dakwatuna on Twitter | dakwatunacom on Facebook
 
5 hrs ·
Berhubung dengan isu 'bogel' yang hangat diperkatakan kelmarin , bagi pihak Lajnah Penerangan Pas Pulau Pinang , saya ingin menyatakan dan menegaskan seperti beriku :
1) Satu pasukan telah dihantar ke lokasi pada 5/8/14 hari selasa, jam 2 petang dengan menaiki bot, yang terdiri daripada wakil penerangan PAS Negeri, Ranjer, Perhilitan, Perhutanan, Pegawai2 Pusat Khidmat Penyelaras Kadun Teluk Bahang, JKKK Telok Bahang dan juga pihak PDRM .
2) Lokasi tersebut yang dikatakan berlaku perbuatan tidak senonoh itu dikenali dengan nama Teluk 'Kampi' yang berada dalam 'reserved' Taman Negara . Kawasan yang terpencil dan terlindung .
3) Maklumat yang diterima mereka yg datang dengan perangai tidak senonoh itu adalah pelancong luar negara.
4) Penganjuran aktiviti tidak beradab ini tiada kaitan langsung dengan mana mana agensi kerajaan .
5) Pihak Penerangan PAS PP telah membuat satu repot polis jam 5 ptg td dan selesai hampir maghrib .
6) Sebagai Ketua Penerangan PAS PP, saya berasa teramat kesal dengan kejadian dan aktiviti tidak senonoh dan tidak bermoral seperti ini berlaku pada masa ini di negeri Pulau Pinang .
7) Saya amat berharap pihak yang berautoriti seperti Pengarah / Penguasa yang menjaga dan menguruskan Taman Negara supaya lebih prihatin dengan gejala seperti ini dan mesti bertindak mengikut lunas undang2 supaya peristiwa memalukan negara dan negeri ini tidak berlaku pada masa masa akan datang ..
8) Taman Negara tentulah ada pemiliknya , penjaganya, mereka yang diberi amanah untuk menjaga khazanah negara yang bernilai ini. Saya khuatir dan bimbang terdapat 'cerita dalam cerita' dan mungkin juga berlaku sekian lama sebelum ini tanpa pengetahuan awam .
9) Oleh itu, Saya bertegas di sini supaya pihak PDRM dan SPRM menjalankan siasatan terperinci berdasarkan beberapa laporan polis daripada orang awam supaya pihak2 yang mengetahui, mengizinkan, yang tidak menghalang, yang bersekongkol dalam kes ini dan yang bertanggungjawab di bawa ke muka pengadilan .
10) Pulau Pinang TIADA tempat untuk segala bentuk penganjuran aktiviti TiDAK bertamadun, TIDAK beradab, TIDAK bermoral, TIDAK prihatin seperti yang telah belaku ini .. Amatlah diharapkan pelancong pelancong luar dan sesiapa sahaja rakyat Malaysia supaya menghormati undang2 negara dan sentiasa mempunyai kesedaran yang tinggi untuk menjaga sensitiviti rakyat pelbagai agama dan etnik yang berada di Pulau Pinang ini serta menjunjung Perkara 3 Perlembagan Persekutuan .. iaitu ISLAM adalah AGAMA PERSEKUTUAN .
Sekian.
ROSIDI HUSSAIN
KETUA PENERANGAN PAS PULAU PINANG
LAJNAH PENERANGAN DAN HUBUNGAN MEDIA BADAN PERHUBUNGAN PAS PULAU PINANG
6/8/14 @ 2.05 am
(mungkin terlewat sedikit dalam mengeluarkan kenyataan ini adalah disebabkan menunggu laporan penuh kejadian tersebut)
MEREKA BUAT LAKONAN....UNTUK MEMBURUK-BURUKKAN KERAJAAN PULAU PINANG.....TAPI KANTOI.....LOKASI TEMPAT LAKONAN DIKENAL PASTI KAWASAN GOMEN FEDERAL.....APA MACAMMMM?????
Sekali kantoi daaa.... Bogel tu kat tanah gomen federal daaa...
Federal sapa punya ?
PR kah ??
Kenyataan Media Dwn Pemuda PAS Pulau Pinang isu penganjuran 'Penang Nude Sports Game'.
1. Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang amat kesal & membantah keras penganjuran program 'Penang Nude Sports Game' yang dilaporkan diadakan di pulau rahsia berhampiran pantai Teluk Bahang Pulau Pinang seperti yang dipaparkan dalam laman http://vimeo.com/m/97390635.
2. Penang Nude Sports Game' yang boleh ditonton videonya dari pautan laman web tersebut jelas membelakangkan adab tatasusila masyarakat Malaysia sekaligus menyinggung sensitiviti umat Islam khasnya di Pulau Pinang disaat umat Islam baru sahaja selesai menjalani ibadah bulan Ramadhan.
Ia juga telah mencemarkan nama Pulau Pinang apabila nama negeri ini digunakan dalam sebahagian nama program tidak berakhlak ini.
3. Dengan kadar segera, kami mendesak supaya pihak berkuasa termasuk Kerajaan Negeri, Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) & pihak-pihak berwajib lain yang berkaitan supaya menyiasat & mengambil tindakan sewajarnya terhadap penganjur yg turut merancang untuk menganjurkan aktiviti yang sama pada 5/12/2014 kelak (berdasarkan komen dari laman 'vimeo' tersebut).
Program sangat tidak bermoral seperti ini tidak boleh berulang lagi.
4. Kami bersetuju supaya semua enakmen, peraturan & garis panduan berkaitan penganjuran aktiviti seumpama ini dikemaskini supaya selari dengan Syariat Islam serta budaya masyarakat Malaysia selain dipertingkatkan penguatkuasaannya dari masa ke semasa.
Sekian.
AFNAN HAMIMI BIN DATO' TAIB AZAMUDDEN
Setiausaha Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang.
5 Ogos 2014 / 9 Syawal 1435H
LikeLike · · · 4924

Guan Eng akui tak tahu penganjuran Pesta Sukan Bogel

nude-L
GEORGETOWN – Ketua Menteri, Lim Guan Eng hari ini mengakui tidak mengetahui mengenai penganjuran Pesta Sukan Bogel di Teluk Bahang yang tersebar menerusi Youtube sejak semalam.
Guan Eng, berkata beliau akan menyerahkan perkara itu kepada polis dan pihak berwajib untuk menjalankan siasatan.
Beliau berkata, kerajaan negeri tidak pernah membenarkan atau memberi lesen terhadap penganjuran pesta sukan bogel berkenaan dan akan menyerahkan kepada polis untuk menjalankan siasatan.



“Kita tidak pernah membenarkan sukan seumpama ini dijalankan di Pulau Pinang dan pihak berkuasa tempatan (PBT) juga tidak pernah mengeluarkan lesen untuk penganjurannya,”katanya pada sidang media di sini, sebentar tadi.
Dalam Youtube berdurasi 5 minit 56 saat memaparkan sekumpulan lelaki dan wanita dalam keadaan bogel sedang melakukan aktiviti seperti melukis di badan di sebuah pantai dipercayai di Taman Negara dekat Teluk Bahang, di sini, lapor Berita Harian.

Tuesday, August 5, 2014

Sukan Bogel 'Malaysia Nude Sports Games 2014' ini bukan diluluskan kerajaan Pulau Pinang..


Seperti orang mengantuk disorongkan bantal disebabkan ketandusan isu, hari ini bila terjumpa oleh mereka video yang memaparkan 'sukaneka bogel' yang dimuat naik dalam sebuah portal.. terus blogger-blogger Pro UMNO menyerang kerajaan negeri Pulau Pinang.

Mereka menuduh kerajaan negeri Pulau Pinang pimpinan Guan Eng telah meluluskan temasya gila itu kerana menurut individu yang memuatnaik video itu sukaneka itu telah diadakan di Teluk Bahang, Pulau Pinang.

Video dengan tajuk ‘Penang Nudist Sports Games 2014 in Teluk Bahang’ dijadikan sebagai modal untuk menuduh kerajaan Pulau Pinang terlibat dengan aktiviti gila babi ini..

Apa yang tersirat dari serangan mereka itu membuktikan apa yang dikatakan oleh banyak pihak selama ini iaitu 'Macai UMNO dan Porno berpisah tiada..'.

Kalau tak macam mana mereka boleh menjumpainya.. kalau bukan kerana melayan video-video porno dalam internet?

Ada antara Blog tersebut turut menuduh Ketua Menteri Lim Guan Eng menggalakkan kegiatan tersebut, dengan mengaitkan hubungan rapat di antara Lim dan menteri pelancongan Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz.


Malang betul nasib Nazri Aziz.. tuduhan tersebut merujuk kepada kemunculan Nazri di Pulau Pinang untuk mempromosi Festival George Town, dan dirakam bersama Lim dalam suasana mesra.

Video kontroversi yang tersebar di Internet itu pula menunjukkan kegiatan bogel, yang antara lainnya membuat aktiviti mengecat badan, dan pertandingan menari dan sukaneka dalam keadaan bogel.


Tapi... kalau Blogger-blogger Pro UMNO tu sabar sikit dan siasat dulu Teluk Bahang tu dibawah kuasa siapa tentu mereka tak menyerbu menuduh Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang meluluskannya..


Sebabnya aktiviti gila itu telah dijalankan di Taman Negara Teluk Bahang, Pulau Pinang yang termaktub dibawah kuasa Kerajaan Pusat...

Jadi pihak yang meluluskannya ialah Kerajaan Pusat lah...  kah..kah..kah...

Jawapan Guan Eng mengenai isu ini...

GEORGE TOWN, Aug 5 — Penang did not allow any illegal nude events to be held on its shores, said Penang Chief Minister Lim Guan Eng amid claims that the island was the venue of a nudist event recently.

He claimed ignorance of a nude event supposed to have been called the “Malaysia-International Nude Sports Games 2014 Extravaganza” held on the island two months ago, adding that the state would never permit such an illegal event to be held.  
“It is important to note that in Penang, we don’t even allow casinos to be built, we will definitely not allow such an event to be held here,” he said in a press conference at his office today.  
Lim was responding to news of a video clip that showed a group of 18 people taking part in outdoor activities in the nude.  
The video clip, lasting nearly five and a half minutes, was purportedly taken at a secluded beach believed to be Taman Negara, Teluk Bahang on Penang island.  
“I can guarantee that Penang state government will not issue any approval for such an event to be held here,” Lim said. 
The Penang lawmaker said they will now hand the matter to the police to investigate.

“If it involved Muslims, we will let the police and the religious authorities to investigate and take action,” he added.  
The nudist event is claimed to have occurred with the approval of a ranger at Taman Negara, Teluk Bahang which Lim pointed out is under the jurisdiction of the federal government not the state.  
The video has been circulating on social media where the group of so-called “naturists” took part in physical activities on a beach.  
A summary of the video — which was credited to Albert Yam — claimed that a total of 18 nudists took part in the event that was supposedly to have taken place two months ago ~ The Malay Mail Online

Kalau berminat nak tengok video tu sila lihat di SINI  itupun kalau ada lagi laaa.

Tuesday, 5 August 2014


AKHIRNYA TEWAS !!! Berjimak pada malam Aidilfitri di ruang tamu TERBONGKAR !

BAGI mahasiswa yang hanya mahu dikenali sebagai Wati, 20, sifat ingin mencuba yang meluap-luap dalam dirinya dan teman lelaki membuatkan dia tewas kepada hasutan syaitan.
Daripada sekadar suka-suka, dia menjadi ketagih. Semuanya berlaku seperti kilat dan tanpa dirancang. Episod hitam hidup Wati bermula ketika umat Islam menyambut Aidilfitri tahun lalu.

“Saya tak menjangka perkara sebegini boleh berlaku kepada diri sendiri sebab selama ini saya hanya membaca kisah remaja terlanjur di akhbar dan majalah.

“Namun, apabila kena pada diri sendiri, baru saya tahu bagaimana perasaannya dan keperitan yang perlu ditanggung wanita terlanjur,” katanya yang terpaksa menangguhkan pengajian satu semester di sebuah IPTA di Melaka.

Menceritakan pengalaman kali pertama terlanjur, Wati berkata, ketika kejadian dia menunggu kekasihnya yang dikenali sebagai Kamal, 21, bersiap untuk beraya di ruang tamu rumah lelaki berkenaan.

Benarlah seperti dinyatakan dalam al-Quran, apabila berdua-duaan, wujudlah pihak ketiga iaitu syaitan.

Ketiadaan ahli keluarga Kamal seolah-olah membuka ruang kepada mereka melakukan zina. Meskipun pada awalnya dia takut, namun akhirnya mereka tewas dengan gelora nafsu.

“Selepas melampiaskan nafsu, tiba-tiba wujud rasa bersalah dan berdosa terhadap ibu bapa. Pulang ke rumah, saya hanya mendiamkan diri. Pun begitu, masih belum timbul keinsafan apabila kami melakukan perbuatan itu untuk kali kedua seminggu selepas itu di rumah keluarga teman lelaki.

“Selepas perbuatan kali kedua itulah, saya mengandung. Itu pun hanya disedari selepas kandungan mencecah usia tiga bulan kerana saya tidak mengalami alahan atau komplikasi seperti wanita mengandung lain,” katanya.

Semakin hari kandungan Wati makin membesar dan tidak mampu disorok lagi. Dia mengalami kemurungan dan mahu menggugurkan kandungan itu, namun dihalang teman lelakinya yang mahu bertanggungjawab ke atas bayi itu.

“Menyedari kesilapan dan keterlanjuran dilakukan, saya kemudian menyuarakan hasrat mahu bernikah segera kepada ibu. Sebelum mengikuti kursus perkahwinan, ibu panggil saya lalu bertanya mengapa mahu bernikah secara tiba-tiba.

“Saya menceritakan apa berlaku dan mengaku hamil lima bulan. Ibu sedih lalu menangis dan kecewa kerana keluarga kami bukan daripada golongan bermasalah.

“Saya dibesarkan penuh kasih sayang dan menerima pendidikan agama yang cukup, apatah lagi saya selalu mengingatkan rakan supaya menjauhi perkara yang dilarang agama,” katanya.

Tanpa membuang masa, si ibu memberitahu ayah dan anak sulung mereka. Meskipun kecewa dan marah, mereka masih menerima Wati sebagai ahli keluarga.

“Saya bersyukur kepada Allah kerana sedar lebih awal dan tidak mengulanginya semula. Lebih bersyukur apabila teman lelaki mahu bertanggungjawab dan mengahwini saya selepas tamat belajar kelak,” katanya yang melahirkan bayi perempuan pada bulan lalu.

Harian Metro
 
Terlalu suka selfie... akibatnya malu besar!
Posted on Wednesday, August 06 @ 01:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur





Tujuan dia memuatnaik gambar timbangannya dalam media sosial hanyalah kerana mahu berbangga dengan rakan-rakannya bila dia berjaya menurunkan berat badan.

Namun dia tak sedar yang alat penimbang tersebut mempunyai permukaan yang ‘reflektif’.

Lalu dengan bangga dia berkongsi gambar tersebut dengan rakan-rakan media sosialnya.

Dia yang pada mulanya mengharapkan rakan-rakannya memuji kejayaannya menurunkan berat akhirnya MALU BESAR apabila komen yang diterimanya ‘jauh menyimpang’ daripada apa yang dia harapkan.

Ini antara komen yang lelaki ini terima;

” Hahahaha, kau nak tunjuk APA sebenarnya “

” Oh macam tu ya ‘bentuk’ yang saudara miliki “

” John, teman wanita kamu pasti berbangga sekarang”

” Tak dapat bayangkan apabila ia ‘bangun’ “

(komen yang lain tak payah kami siarkan, faham-faham sajalah)

Rupa-rupanya, lelaki tersebut berbogel bila menaiki alat timbangan tersebut.

Disebabkan alat penimbangnya itu diperbuat daripada kaca, akhirnya ia telah mendedahkan ‘imej Angry Bird’ yang dia miliki secara tak langsung.

Apapun nasi sudah menjadi bubur, bukan saja berat badannya dah diketahui ramai, SAIZ DAN BENTUK alat kelaminnya juga tersebar, haru sungguh!

Anwar desak PAS hormat hak PKR tentukan MB
pada 05-08-2014 05:08 
Post Pic
SHAH ALAM:  Datuk Seri Anwar Ibrahim mendesak PAS untuk menghormati hak PKR untuk menentukan calon Menteri Besar Selangor namun yakin kemelut berpanjangan itu boleh diselesaikan tanpa Pakatan Rakyat berpecah.

 

Anwar juga menegaskan  tidak ada keperluan untuk mengadakan pilihan raya negeri mengejut bagi mengatasi isu berkenaan sungguhpun pihaknya bersedia mengadapi kemungkinan itu.

 

 “Persefahaman akan hak lantikan MB Selangor telahpun wujud di kalangan pimpinan PR, sepertimana PKR juga telah bersetuju akan hak parti-parti lain dalam membuat keputusan yang sama di negeri-negeri lain. Persefahaman ini wajib dipatuhi,” kata Anwar.

 

Anwar berkata survival Pakatan Rakyat bergantung kepada iltizam parti komponen untuk mendokong sebarang keputusan yang dicapai bersama.

 

“Setiap parti di dalam gabungan ini wajib menghormati sebarang keputusan yang dicapai selepas rundingan bersama. Kegagalan untuk menghormati dan menunaikan kewajipan ini bakal memaksa kita membuat beberapa keputusan yang sukar,” tegas beliau tanpa mengulas lanjut.

 

Pada 23 Julai lalu, PAS dilihat menjarakkan diri daripada keputusan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang menerima   keputusan PKR untuk presidennya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.

 

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan Khalid harus dikekalkan kerana beliau cemerlang menerajui Selangor dan bebas rasuah.

 

Bagaimanapun pandangan itu dianggap PKR yang mengemukakan laporan 50 mukasurat mempertikaikan kewibawaan Khalid membabitkan projek dan tanah kerajaan negeri.

 

Anwar memberi bayangan bahawa Pakatan bakal menerima natijah buruk jika ada parti komponen sanggup bersekongkol dengan pimpinan kerajaan negeri yang tidak beramanah.

 

“PR boleh dan akan hanya berpecah sekiranya ada parti komponennya yang sanggup berkompromi dalam prinsip-prinsip dasar seperti kewibawaan, ketelusan dan kebertanggungjawaban di dalam pengurusan kerajaan,” tegas beliau.

 

Dalam kenyataannya itu, Anwar menegaskan Pakatan Rakyat tidak akan berpecah walau apa sekali langkah pun diambil untuk mengatasi kemelut jawatan Menteri Besar itu.

 

“Kita yakin bahawa isu MB Selangor ini akan diselesaikan dengan baik sesuai dengan semangat Pakatan Rakyat, samada diselesaikan melalui proses peralihan yang lancar, undi tidak percaya mahupun pilihanraya,” tegas beliau.

 

Anwar yang juga Ketua Pembangkang bagaimanapun berkata tidak ada keperluan mengadakan PRN kerana Barisan Nasional hanya mempunyai 12 kerusi dalam Dun Selangor.

 

“Walaubagaimanapun, sekiranya pilihanraya terpaksa dilakukan, Pakatan telah bersedia untuk menghadapi para pengundi dan berkeyakinan penuh bahawa rakyat Selangor akan sekali lagi menyokong kita,” kata Anwar.

 

Kenyataan tegas Anwar itu menyusul selepas PKR mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada Khalid setelah beliau dikatakan enggan meletak jawatan sebagai MB.

 

Khalid berkata beliau bertekad memegang jawatan itu sehingga tamat tempoh, sekali gus membelakangkan keputusan Majlis Pimpinan PKR yang mahu beliau berundur.

 

DAP memberi sokongan terbuka kepada keputusan PKR itu namun pendirian Hadi mahukan Khalid kekal sebagai MB menimbulkan krisis dalam pakatan pembangkang itu.

 

Tanpa sokongan PAS,  usaha untuk menampilkan Wan Azizah sebagai pengganti Khalid mendapat tamparan dan melahirkan kebimbangan pakatan itu akan berpecah.  

 

Dalam usaha meleraikan kebimbangan itu, Anwar berkata PKR-DAP-PAS mempunyai tanggungjawab untuk mendokong amanah rakyat dalam menyelesaikan krisis berkenaan.

 

“Rakyat perlu diyakinkan bahawa sekiranya beberapa keputusan sukar perlu dibuat, ianya akan dibuat hanya setelah mengambilkira kepentingan rakyat dan dibuat untuk masalah atau kepentingan rakyat,” kata beliau.

 

“Kita yakin dan percaya bahawa peristiwa ini akan terus mematangkan dan memperkasakan kita. Rakyat telah menaruh kepercayaan kepada kita dan kita wajib memastikan kita wajar dipercayai dan kepercayaan rakyat jangan kita khianati,” tegasnya.

 

Anwar sekali lagi mengulangi keyakinan bahawa Pakatan “akan terus bertahan” dalam mengharungi apa saja cabaran.

[Tips] Cara Tarik Perhatian Wanita Yang Anda

 Suka

john cutter Reply 8/04/2014

Jika anda tidak tahu bagaimana hendak menarik perhatian wanita yang anda suka, anda boleh cuba empat cara di bawah.




1. Cara pertama adalah meningkatkan kualiti diri anda. Wanita cepat terpikat pada lelaki yang ada kualiti diri yang tinggi. Kualiti yang saya maksudkan adalah dari segi penampilan, akhlak yang baik dan ada wawasan hidup. Anda tidak perlu berlagak kaya jika anda tiada duit. Sebaliknya anda tingkatkan diri anda seadanya. Pakai pakaian yang bergosok dan kemas, diri sentiasa bersih, berakhlak baik dan sentiasa berusaha adalah antara perkara yang meletakkan diri anda pada kualiti yang tinggi. Percayalah, wanita yang anda suka pasti akan tertarik pada anda ketika dia perasan kualiti yang anda ada.

2. Wanita tidak suka lelaki yang gelojoh. Mereka lebih sukakan lelaki yang bersikap tenang pada semua perkara. Ketika anda hampiri wanita yang anda suka, anda hampiri dia dengan tenang. Jika anda terlalu gelojoh, anda pasti akan di abaikan.

3. Cara ketiga adalah jadi lelaki sebenar iaitu tidak ada ciri seorang wanita pun dalam diri anda. Lelaki adalah pelindung dan pemimpin. Apabila dia lihat anda ada dua ciri ini, dia akan mula tertarik pada diri anda.

4. Cara terakhir adalah anda perlu pandai menjaga emosi wanita yang anda suka. Wanita adalah makhluk yang sangat beremosi. Elakkan dari membuatkan dia marah pada diri anda. Jaga emosi wanita yang anda suka.

Tiada ulasan: