HATI JADI MATI JIKA 40 HARI TIDAK MENUNTUT ILMU ISLAM DAN 3 HARI HATI JADI SAKIT...KERANA IA MAKANAN HATI...HEBAH2KAN GAN KAWAN2 BLOG NI..TK KERANA SERING MELAYARI BLOG INI. رَبِّيْ اشْرَحْ لِيْ صَدْرِيْ وَيَسِّرْ لِيْ أَمْرِيْ
Tuhanku (Allah) lapangkanlah dadaku dan permudahkanlah urusanku.. amin...سُبْحَانَ اللهِ، وَالْحَمْدُ للهِ وَلاَ اِلٰهَ اِلاَّ اللهُ وَاللهُ اَكْبَرُلاحول ولا قوّة إلاّ باللّه العظيم....
وَالـــــسَّلاَمُ عَلَيْكُـــمْ وَرَحْمَـــة ُاللهِ وَبَرَكَاتُـــهُ
Selasa, 17 Disember 2013
SELAMATKAH SEGALA HAKIM2...PEGUAM2...SEGALA PEMUTAR BELIT....SEGALA LIDAH BERCABANG DAN YANG SEWAKTU DENGANNYA....SELAMATKAH MEREKA DIAKHIRAT....SELAMATKAN MEREKA DIHADAPAN ALLAH SWT...ADAKAH MEREKA BERDALIH2 DAN BERCAKAP MACAM LIDAH BIAWAK...JANGAN KITA JAHIL DAN TAK MEMIKIRKAN LANGSUNG ALAM AKHIRAT DAN JUDA MATI...SEBENARNYA KITA DIPESONGKAN@DITIPU OLEH IBLIS SERTA SYAITAN2.
Mat Zain buat laporan polis terhadap Shafee, dakwa peguam itu berbohong
OLEH MD IZWAN December 15, 2013 Latest Update: December 16, 2013 06:24 am
Datuk Mat Zain Ibrahim akhirnya membuat laporan polis terhadap Tan Sri
Muhammad Shafee Abdullah (gambar) mengatakan peguam Umno itu memalsukan
afidavit yang menjadi kesalahan di sisi undang-undang.
Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur itu membuat laporan polis di Balai Polis Setapak tengah hari ini.
Shafee memfailkan afidavit di Mahkamah Rayuan minggu lalu sebagai
respon kepada permohonan kedua Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk
menyingkirkannya dari mewakili kerajaan sebagai Timbalan Pendakwa Raya
dalam rayuan Putrajaya terhadap pembebasan Anwar dari tuduhan liwat.
Rayuan Anwar akan didengar di Mahkamah Rayuan Khamis ini.
"Dengan segala hormatnya saya memaklumkan yang saya telahpun membuat
laporan polis jam 2.11 petang ini, yang dijadikan Putrajaya Presint 7
Rpt:10437/13 bth.15.12.2013.
"Laporan ini adalah terhadap Tan Sri Mohammad Shafee bin Md Abdullah
bersangkutan dengan Afidavit Jawapan diikrarkan pada 10.12.2013, yang
beliau failkan dalam perkara Mahkamah Rayuan (Bidang Kuasa Jenayah) No:
W-05-19-01/2012," tulis Mat Zain dalam satu kenyataan yang disertakan
bersama-sama dengan laporan polis yang dibuat beliau.
Mat Zain mendakwa Shafee membuat dua kesalahan, sengaja membuat
kenyataan palsu yang dibuat dalam Afidavit Jawapan dan menyembunyikan
fakta material yang ada kaitan dengan prosiding Rayuan Jenayah kes Liwat
II.
Turut menjadi bahan bukti dalam laporan polis yang dibuat hari ini, Mat
Zain telah menyertakan sekali salinan Akuan Bersumpah (SD) yang dibuat
beliau pada Oktober 7, 2013 serta salinan Afidavit Jawapan (2) yang
diikrarkan oleh bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit
Aman, Datuk Ramli Yusuff.
Shafee pada 11 Disember lalu mengemukakan afidavit ke Mahkamah Rayuan
susulan permohonan Anwar untuk menyingkirkannya dari mengetuai pihak
pendakwaan dalam rayuan pertuduhan kes Liwat II.
Mat Zain bagaimanapun menyifatkan afidavit tersebut sebagai "sebakul
sampah" dan turut mengalu-alukan kenyataan Shafee untuk mendedahkan
hubungannya dengan Anwar.
Kontroversi tercetus selepas Mat Zain dalam pengakuan "statutory
declaration" muka surat 31, mendakwa beliau bersama Ramli telah dibawa
Shafee untuk berjumpa dengan Tun Dr Mahathir Mohamad pada Ogos lalu bagi
membincangkan tentang salah laku Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani
Patail.
Bagaimanapun, menurut Shafee, ia hanya satu kunjungan ziarah sempena Hari Raya dan tidak ada sebarang agenda yang dibincangkan.
Mat Zain juga mendakwa ketika pertemuan tersebutlah Shafee memintanya
menyerahkan sebakul dokumen "pemalsuan bukti" kes mata lebam Anwar.
Shafee juga menafikan terlibat dalam perjumpaan membincangkan salah laku Abdul Gani ataupun dalam isu Pulau Batu Puteh.
Beliau juga menafikan tentang sejumlah dana yang dipindahkan ke dalam sebuah akaun di Hong Kong. – 15 Disember, 2013.
Polis panggil Mat Zain berhubung dakwaan terhadap Shafee
December 16, 2013
Datuk Mat Zain Ibrahim akan dipanggil berhubung laporan polis, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar. Gambar fail.
Tan
Sri Khalid Abu Bakar berkata, polis akan merekodkan kenyataan bekas
pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain
Ibrahim atas laporan polisnya semalam yang menuduh Peguam Umno, Tan Sri
Muhammad Shafee Abdullah memfailkan afidavit palsu.
Ketua Polis Negara itu berkata, Mat Zain mungkin akan dipanggil hari
ini berhubung laporan polisnya yang dibuat di Balai Polis Setapak
semalam.
“Kita akan lihat kesalahan yang didedahkan dalam kenyataan ini,”
katanya pada sidang media di Cheras petang ini dipetik daripada laporan
Malaysiakini.
Mat Zain semalam membuat laporan polis sepanjang empat halaman ke atas
Shafee, yang didakwanya melibatkan kesalahan berhubung rayuan Datuk Seri
Anwar Ibrahim dalam kes Liwat II.
Kerajaan melantik Shafee untuk mengetuai pihak pendakwaan dalam rayuan
tersebut menyebabkan peguam Anwar membantah kerana bimbang tidak
mendapat perbicaraan adil. – 16 Disember, 2013.
Imam Masjidil Haram: Salju Turun di Jazirah Arab, Tandakan Kiamat Sudah Dekat
Rubrik: Asia |
Kontributor: Moh Sofwan Abbas - 16/12/13 | 14:50 | 12 Safar 1435 H
Badai Alexa (lensaindonesia.com)
dakwatuna.com – Makkah. Beberapa hari ini salju berturunan di
Jazirah Arab setelah badai Alexa menerjang kawasan tersebut. Imam
Masjidil Haram, Syeikh Su’ud Syuraim, menyatakan bahwa hal tersebut
telah membuktikan bahwa Muhammad saw. benar-benar seorang nabi dan rasul
yang menerima wahyu dari Allah swt.
Beliau mengatakan bahwa salju adalah komponen utama dalam pembentukan
sungai dan tumbuhan. Berjatuhannya salju di Jazirah Arab membuktikan
kebenaran Rasulullah saw. Dalam sebuah hadits, Rasulullah saw. bersabda,
“Hari Kiamat baru akan datang setelah negeri Arab kembali menjadi
padang yang hijau dan sungai-sungai.”
Syeikh Syuraim juga menyebutkan bahwa baru-baru ini salju telah turun
di daerah Tabuk. Kita jadi teringat dengan perkataan Rasulullah saw.
kepada Muadz saat perang Tabuk, “Kalau umurmu panjang, maka engkau akan
melihat tempat ini penuh dengan kebun-kebun.” (msa/dakwatuna/islammemo)
Ankara, Erdogan Kutuk Hukuman Keatas Abdul Quader Mollah
Perdana Menteri Turki telah mengutuk pelaksanaan hukuman
gantung seorang pemimpin pembangkang di Bangladesh, dan menganggapnya
satu kesilapan yang tidak dimaafkan sejarah.
Recep Tayyip Erdogan berkata beliau menelefon rakan sejawatannya dari
Bangladesh, Sheikh Hasina, beberapa jam sebelum pelaksanaan hukuman
itu, tetapi pihak berkuasa Bangladesh tetap melaksanakan hukuman kepada
Abdul Quader Mollah.
Abdul Quader Mollah, disabitkan melakukan jenayah perang pada 1971
ketika Bangladesh menunutut kemerdekaan daripada Pakistan dan negara
Bangladesh pun masih belum wujud ketika itu.
Hukuman gantung telah dilaksanakan pada hari Khamis hanya beberapa
jam selepas Mahkamah Agung negara itu menolak rayuan minit terakhir.
Bimbang dengan peningkatan keganasan dan kemunculan ketidakstabilan
di negara ini , Turki telah melaksanakan usaha-usaha diplomatik untuk
mencegah pelaksanaan hukuman keatas Mollah.
Erdogan menggesa rakan sejawatannya dari Bangladesh untuk menghentikan atau menangguhkan pelaksanaan hukuman pada hari Khamis.
Beliau melahirkan rasa kesalnya di atas kematian Mollah ketika
bercakap kepada orang ramai di wilayah Aegean İzmir pada hari Jumaat .
Beliau berkata terdapat hampir 300 kes sama dengan Mollah berpunca
daripada perang kemerdekaan dan bercakap mengenai keperluan untuk
meletakkan supaya kes politik tersebut berakhir.
“Saya ingin menegaskan khususnya bahawa jenis-jenis penyiasatan,
berdasarkan emosi, perlu berakhir dan semua orang menjangkakan
merealisasikan keadilan, ” kata Erdogan .
Beliau juga menyeru rakyat Bangladesh tidak ” meninggalkan perjuangan politik. ”
” Oleh kerana menarik diri bermakna meninggalkan dataran [
pertempuran ] untuk kuasa lain dan seseorang tidak perlu tayar (ganti)
perjuangan untuk demokrasi, ” tambah Erdogan .
Sementara itu , Ankara mengutuk pelaksanaan hukuman gantung terhadap Mollah.
Selain Turkey beberapa negara Eropah termaduk German turut mengutuk hukuman tersebut.
Isnin, 16 Disember 2013
Syiah: Tindakan KDN dan Jakim dipersoal
SHAH ALAM - Jika kerajaan serius mengambil tindakan terhadap pengikut
Syiah, sewajarnya individu yang mengaku menganut ajaran itu yang perlu
ditahan bukannya orang yang tidak mengaku ahli Syiah.
Demikian menurut Ahli Jawatankuasa Pas, Idris Ahmad yang menyifatkan
tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang memaksa Timbalan Presiden
Pas, Mohamad Sabu supaya mengemukakan bukti bukan pengikut Syiah
merupakan perkara yang tidak munasabah.
“Sebelum ini kerajaan sendiri pernah umumkan jumlah pengikut Syiah, dan
ada individu yang mengaku sebagai pengikut ajaran Syiah, jadi kenapa
mereka pula tidak ditahan?
“Tapi yang disibukkan sekarang adalah orang yang tidak mengaku Syiah,
ini yang jadi bahan ketawa orang ramai,” katanya kepada Sinar Harian.
Menurutnya, tindakan KDN yang ‘memburu’ Mohamad atau lebih dikenali Mat Sabu hanya untuk memberikan imej buruk kepada Pas.
“Ini semua ‘nasi tambah’ kepada isu lain untuk jatuhkan Pas. Sebelum ini isu agama, Melayu, raja dan sebagainya.
“Kalau betul KDN ada bukti, tolong dedahkan kerana kita juga mahu tahu
bukti yang bagaimana untuk kaitkan Mat Sabu dengan Syiah, tidak perlu
untuk beritahu bukti gred A, B atau pun C,” ujarnya yang juga Ahli
Parlimen Bukit Gantang.
Sehubungan itu katanya, KDN perlu bertindak bukan hanya bercakap
memandangkan maklumat sudah pun ada untuk menahan pengikut Syiah.
“Kalau bukti sudah ada, buat apa suruh orang yang dituduh bertindak untuk menunjukkan bukti beliau tidak terlibat.
“Sekarang ini siapa yang mendakwa dan siapa pula yang didakwa. Jadi
rasanya tidak perlu orang yang dituduh menampilkan bukti. Dakwa sahaja
pihak yang mengikut ajaran Syiah,” kata beliau.
Kelmarin, Penolong Setiausaha Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman
Awam KDN, Dr Zamihan Mat Zain Al Ghari berkata, Mat Sabu perlu
kemukakan bukti jika dirinya tidak terlibat fahaman Syiah.
Kata Zamihan, Mat Sabu perlu berhujah secara ilmiah bagi menafikan 10 bukti KDN yang mengaitkannya dengan fahaman Syiah.
Pada 12 Disember lalu, Ketua Setiausaha KDN, Datuk Seri Abdul Rahim
Mohamad Radzi mendedahkan 10 bukti yang mengaitkan Mat Sabu dengan
ajaran Syiah antaranya pernah ‘berselawat’ sebagaimana penganut Syiah
pada satu sesi ceramah Pas, di Arau, Perlis.
PULAK
DAH!!! HARITU KATA NAK DEDAH PEMIMPIN PAS TERLIBAT DENGAN SYIAH. LANIE
KATA TAK AKAN DEDAH BUKTI PADA UMUM PULA.. PENIPU BETUL LAH KAU NI AHMAD
ZAHID HAMIDI SETAN!!!
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata bukti yang
didakwa mengaitkan timbalan presiden PAS Mohamad Sabu dengan fahaman
Syiah tidak akan didedahkan kepada umum.
Laporan The Star Online menyebut, Zahid Hamid berkata beliau juga akan
berhenti dari membuat kenyataan selepas menyerahkan bukti tersebut
kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)."Tugas kami (Kementerian
Dalam Negeri) adalah untuk memastikan keselamatan negara manakala tugas
Jakim pula ialah melihat isu yang melibatkan akidah.
"Jadi, amat penting untuk menyerahkan bukti kepada jabatan (Jakim),"
katanya seperti dipetik dalam laporan tersebut hari ini.Beliau berkata
demikian apabila ditanya mengenai langkah lanjut Kementerian Dalam
Negeri (KDN) setelah mendedahkan 10 bukti penglibatan Mohamad Sabu dalam
Syiah Khamis lalu.KDN juga dilaporkan memiliki bukti lebih bermutu -
dikategorikan sebagai "gred A" - yang didakwa boleh mengaitkan Mohamad
sebagai pengikut Syiah.
Penolong setiausaha bahagian keselamatan dan ketenteraman awam KDN
Zamihan Mat Zain mendakwa, bukti berkenaan termasuk kenyataan dari
individu didakwa "anak buah" Mohamad. Zamihan yang dipetik dalam laporan
Mingguan Malaysia hari ini berkata, mendakwa individu terdekat dan
rapat dengan Mohamad itu menyatakan kesediaan untuk menjadi saksi
mahkamah jika diperlukan.
"Ada yang 'sekapal' dari sudut politik, ada juga pengikut Syiah yang
sudah bertaubat. Mereka ini rapat dengan pemimpin tersebut, orang yang
berkawan dengannya, yang jadi 'anak buah' dia."Mereka menyaksikan apa
yang dia cakap, buat dan libatkan aktiviti-aktiviti berkaitan
Syiah."Mereka juga pernah bersama-sama dia ke Iran dan menghadiri
mesyuarat-mesyuarat kumpulan Syiah.Jadi, kalau orang yang dekat
dengannya boleh mengemukakan bukti, nak nafi macam mana?," kata beliau
dipetik dari Mingguan Malaysia hari ini.
Zamihan menambah, KDN juga memiliki bukti yang mendakwa Mohamad pernah
menghadiri seminar-seminar berkaitan Syiah di Iran selain pertemuan
kerap dengan pemimpin tertinggi Syiah di luar negara sejak era 90-an
lagi."Jangan lupa, bila dia ke luar negara, dia lawat siapa, pergi mana,
sudah tentu ada aspek catatan rekod teknikal Jabatan Imigresen.
Semua ada rekod dan bukti."Ada (bukti) gambar, tetapi tidak banyak
termasuk video," kata Zamohan seperti dipetik dalam laporan itu.Zamihan
turut menyelar beberapa pihak termasuk pemimpin Pas yang menganggap 10
maklumat berhubung penglibatan Mat Sabu dengan Syiah sebelum ini sebagai
bahan lawak."Kementerian mengemukakan 10 maklumat secara fakta.
Kalau fakta-fakta ini ditarafkan sebagai lemah, lawak atau tak masuk
akal, sila bawa fakta yang boleh nyahkan (menghapuskan) bukti-bukti
kementerian itu."(Tetapi) sampai kini, tak mampu nyahkan bukti itu. Kita
tak akan dakwa kalau tiada fakta. Kita bukan bercirikan politik atau
nak aibkan individu berkenaan. Kita bercakap atas platform kebenaran,"
tegasnya. [15/12/2013-MK]
-------------------
ulasan admin :
Platform kebenaran? Kah...kah...kah
Bagaimana rakyat hendak menilai jika bukti yang dikatakan gred A tidak
akan didedah pada umum ? Terus terang saja lah bukti gred A tu adalah
strategy konspirasi untuk mengaitkan mat sabu dengan syiah.
Sekarang ini tiada seorang pemimpin umno pun memberi kenyataan menyokong
propaganda ahmad zahid hamidi. ahmad zaid dalam keseorangan disebabkan
giler ingin mencari publicity murahan setelah menang besar pada
pemilihan umno October lalu. Bermula dengan kenyataan kontroversi nya
"TEMBAK DULU BARU SIASAT" .
Nampaknya ahmad zahid terus ingin mencari gelaran sebagai "HARIMAU
MELAYU ATAU HARIMAU UMNO" kah..kah..kah
-admin power-
Maksiat Akan Melahirkan Maksiat Yang Lain
Written By canang on Selasa, 17 Disember 2013 | 12/17/2013 12:14:00 PG
Maksiat itu akan melahirkan maksiat yang lain. Jika maksiat sering dikerjakan, maka akan terjadi pengumpulan maksiat.
Pelaku
maksiat melihat tubuhnya segar bugar, hartanya banyak dan tidak ada
masalah dengan keluarganya. Dia berfikir dirinya tidak dihukum Allah,
padahal mereka tidak memahami kalau dia sedang dihukum adalah merupakan
hukuman.
Ya, sesuatu yang manis baginya berubah menjadi pahit, lalu yang ada adalah pahitnya penyesalan, kesedihan pada akhirnya .
Ibnu Al Qayyim Rahimahullah merumuskan kesan maksiat dalam kitabnya Faraid, diantara kesan maksiat ialah :
pelakunya
tidak banyak mendapatkan petunjuk, fikirannya kacau, dia tidak melihat
kebenaran dengan jelas, hatinya rosak, daya ingatnya lemah, waktunya
hilang dengan sia-sia, dibenci manusia, hubungan dengan Allah renggang,
doanya tidak dikabulkan, hatinya keras, keberkatan di rezeki dan umurnya
musnah, diharamkan mendapatkan ilmu, hina, dihinakan musuh, dadanya
sesak, diuji dengan teman-teman yang jahat yang merosakkan hati dan
mensia-siakan masa, cemas berpanjangan, sumber rezekinya sempit dan
hatinya tergoncang.
Maksiat
dan lalai membuatnya tidak boleh berzikir kepada Allah, sebagaimana
tanaman tumbuh kerana air dan kebakaran berlaku kerana api.
Saudaraku,
jauhi dosa dan jangan dipandang ringan kerana dosa boleh membakar satu
negara. Orang yang tidak serik melakukan dosa, cubalah fikirkan apa yang
membuat anda berdosa? Istighfarlah... - Dr Najih Ibrahim.sumber
*Diterjemahkan dari sumber eramuslim.com
Kes Rasuah AG tiada tindakan SPRM, PKR buat laporan ke Hong Kong
Oleh :Norhayati Umor,
PETALING JAYA 16 DIS : Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan membuat
laporan ke pihak berkuasa Hong Kong bersabit isu rasuah Pulau Batu Putih
yang membabitkan Peguam Negara, Tan Sri Gani Patail.
Pengarah
Strategik PKR, Rafizi Ramli berkata sebagai Ahli Parlimen dan Pengarah
Eksekutif badan pemantau rasuah National Oversight dan Whistleblowers
Centre (NOW Centre) perkara terbabit perlu dibawa ke pihak berkuasa Hong
Kong bagi siasat lanjut.
Katanya, tindakan itu diambil ekoran tiada tindakan dari Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diambil walaupun akaun bersumpah oleh
Bekas Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim
dibuat dan diedarkan hampir sebulan lalu.
“Saya memandang serius dakwaan bahawa ada unsur sogokan dalam
pengendalian kes Pulau Batu Putih yang membabitkan Peguam Negara seperti
yang didakwa oleh Tan Sri Shafee Abdullah.
“Memandangkan dakwaan itu dibuat di dalam akaun bersumpah oleh
seorang tokoh bekas pegawai kanan polis yang bersedia mempertahankannya
di dalam dan luar mahkamah, saya percaya dakwaan bahawa ada unsur
sogokan perlu disiasat sepenuhnya,” katanya dalam sidang media, di Ibu
Pejabat PKR, di sini.
Rafizi berkata pihaknya akan menghantar laporan dan permohonan rasmi
kepada Setiausaha Keadilan Hong Kong, Rimsky Yuen, Pengarah Pendakwaan
Awam Hong Kong, Keith Yeung dan Ahli Parlimen Hong Kong, James To
selepas beberapa butiran lanjut dikeluarkan.
“NOW Centre menjalin hubungan baik dengan mereka semasa siasatan terhadap salah laku rasuah Tan Sri Musa Aman dibuat tahun lalu.
“Jadi kita akan bekerjasama menyiasat dakwaan wang sogokan dimasukkan ke akaun Peguam Negara di Hong Kong.
“Setakat ini, pihak berkuasa Hong Kong berupaya dan berkuasa untuk
menyiasat urusniaga pemindahan wang ke akaun di negara itu jika disyaki
membabitkan wang rasuah dan penggubahan wang haram,” katanya.
Beliau percaya sekiranya siasatan dapat dimulakan di negara itu,
Kerajaan Malaysia tidak mempunyai pilihan lain kecuali memberi
maklumbalas akan perkara itu.
“Kita juga mendesak pihak kerajaan mengambil langkah-langkah wajar
untuk mengantung sementara perkhidmatan Gani Patail sehingga siasatan di
Hong Kong selesai,” katanya.
Sebelum ini, Mat Zain membuat satu akaun bersumpah mengenai perbincangannya dengan seorang peguam Umno, Shafee.
Akaun bersumpah itu berkisar tentang dakwaan penyelewengan
membabitkan Gani dan dakwaan terbesar rasuah kes tuntutan bertindih
Pulau Batu Putih di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ).
Dalam akaun berumpahnya, Mat Zain membuat kenyataan ‘sehubungan
perkara ini, Shafee menambah secara serius, mengatakan kepada saya “you
will not believe your eyes if you were to see the amount of cash that
was transferred into Ganis’s account in Hong Kong…”.
EDISI KANTOI MENIPU OLEH KERAJAAN UMNO/BN ISU TOL NAIK TAHUN HADAPAN ...
BULAN FEBRUARI 2013 KATA KERAJAAN UNTUNG TANPA PERLU NAIKKAN TOL ..
BULAN DISEMBER CAKAP JIKA TIDAK DINAIKKAN TOL KERAJAAN KENA BAYAR
PAMPASAN RM400 JUTA!!!!
21
Feb 2013 - Bekas Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Shaziman Abu Mansor
berkata "Penstrukturan semula tol lebuh raya menguntungkan pengguna dan
kerajaan, selain tol tidak dinaikkan, kerajaan juga tidak perlu lagi
membayar pampasan kepada syarikat pengendali lebuh raya...
Ulang sekali lagi TOL TIDAK DINAIKKAN DAN KERAJAAN TIDAK PERLU BAYAR PAMPASAN... TETAPI
14 Dis 2013 - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Seri
Abdul Wahid Omar pula berkata Kerajaan terpaksa membelanjakan RM400 juta
sebagai pampasan kepada syarikat konsesi lebuh raya.
Dalam tempoh tidak sampai setahun atau paling tepatnya 10 bulan boleh flip flop dan berbelit lidah nak menipu rakyat.
Biawak pun tidak bercabang berlit macam lidah para pemimpin UMNO.
Lidah
biawak sudah kira tidak sesuai dan obselete kini untuk diguna pakai
bagi mengambarkan seorang yang suka cakap berbelit-belit menipu .. Ayat
yang sesuai kini dan selamanya ialah ' LIDAH UMNO.Posted by
OMAK KAU!!!!
Jakim jangan jadi boneka politik BN, kata Anwar
OLEH DIYANA IBRAHIM December 15, 2013 Latest Update: December 15, 2013 08:25 pm
Anwar gesa Jakim tidak jadi boneka BN. Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 15 Disember, 2013.
Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata Jabatan Kemajuan Agama Islam
(Jakim) tidak seharusnya membenarkan diri mereka menjadi boneka untuk
menjatuhkan musuh politik Barisan Nasional (BN).
Mengulas tuduhan Syiah terhadap Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu,
Anwar berkata, sekiranya kerajaan sudah cukup mempunyai bukti maka
teruskan pendakwaan dan jangan hanya retorik semata-mata.
Menurut Anwar, Mohamad yang mesra dengan penggilan Mat Sabu perlu
diberi peluang untuk membela dirinya diatas tuduhan menganut fahaman
Syiah semata-mata kerana kagum dengan Ayatollah Ruhullah Musawi
al-Khomeini.
"Dalam perundangan Islam pun sudah termaktub yang menuduh harus kemukakan bukti kemudian barulah dituduh membela diri.
"Jadi biarlah beliau diberi ruang dan peluang," kata Anwar kepada media
selepas melancarkan buku "Spirit of Merdeka" di Hotel Empire, Subang
Jaya hari ini.
Susulan dari pendedahan 10 bukti Kementerian Dalam Negeri (KDN) Mohamad
terlibat dengan fahaman Syiah, Jakim pula tampil memberi kenyataan
untuk menggesa pemimpin PAS itu mengemukakan bukti.
"Saya ingin bertanya kepada pegawai Jakim adakah beliau mengikut arahan
dari Naib Presiden Umno atau berdasarkan undang-undang Islam?" soal
Anwar merujuk kepada Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid
Hamidi.
"Kerana sebelum ini ada kes yang saya bawa di Mahkamah Syariah, Jakim
tidak pernah menolong, Jakim perlu tetapkan pendirian dulu," katanya.
Anwar turut mengatakan beliau pernah melawat Imam Khomeini pada awal
tahun 1980 di atas kapasitinya selaku Pengerusi Angkatan Belia Islam
Malaysia.
"Saya merupakan rombongan kedua ke Tehran selepas Revolusi di Iran untuk bertemu dengan Khomeini.
"Adakah ini juga bermaksud saya turut mengamalkan fahaman Syiah? Saya
pergi pada tahun 1980 kerana diundang dan semasa saya menjadi Timbalan
Perdana Menteri tiada orang dakwa saya pula?" soal beliau sambil
menambah Mohamad sendiri tidak pernah berjumpa dengan Imam Khomeini.
Anwar pada masa sama turut menggesa untuk tidak terus menggunakan Syiah sebagai isu politik.
"Mereka kata sudah kumpul bukti maka kalau dah ada sudah sah buktinya
terus saja dakwa kenapa perlu berdolak-dalih orang tertuduh pula kena
kemukakan bukti sistem apa ini?" soal Anwar.
Tambahnya lagi kenyataan KDN yang mengatakan mempunyai bukti "gred A"
merupakan sesuaatu yang tidak berasas apabila kerajaan sekali lagi gagal
mengemukakan bukti kukuh.
"Ini yang saya tidak faham apa dia gred A, gred B ini? Kita tidak tahu
dulu tidak ada, bulan lepas tidak dengar pula alih-alih ada gred A.
"Kalau betul kementerian mempunyai gred sedemikian, maka jelaskan kepada rakyat apa itu gred yang dikatakan," katanya.
Mohamad sebelum ini menafikan sekeras-kerasnya berfahaman Syiah, tetapi
tidak menolak beliau mengagumi Imam Khomeini dan Setiausaha Agung
Hezbollah, Sayyid Hassan Nasrallah. – 15 Disember, 2013.
PKR : Kerajaan Pusat patut turun kadar tol
Oleh : Norhayati Umor
PETALING JAYA 16 DIS : Kerajaan Pusat mempunyai kuasa penuh dan
pengaruh untuk tidak membuat keputusan menaikkan kadar tol ekoran
pemegang konsesi lebuh raya adalah anak-anak syarikat milik kerajaan. Pengarah
Strategi PKR, Rafizi Ramli, berkata dakwaan kenaikan tol tidak dapat
dielakkan adalah tidak benar kerana mereka mempunyai kuasa untuk
mengawal kadar kenaikan itu.
Katanya, beliau menyanggah kenyataan Menteri di Jabatan Perdana
Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar yang memberi gambaran salah bahawa
kenaikan itu tidak dapat dielakkan kerana perjanjian konsesi dimeterai
dengan syarikat swasta.
“Sebahagian besar pemegang konsesi tol di negara ini mendapat bantuan
kewangan penuh kerajaan semasa pembinaan lebuh raya. Kerajaan Pusat
memberikan bantuan-bantuan seperti subsidi kewangan untuk pengambilan
tanah, pembiayaan mudah melalui Bank Pembangunan atau pun geran kewangan
kepada pemegang konsesi. “Contohnya
Maju Expressway (MEX) diberikan dana penuh berjumlah RM976.7 juta
hingga membolehkan pemegang konsesinya membuat pinjaman kecil sahaja
untuk menyiapkan lebuhraya itu,” kata Ahli Parlimen Pandan itu dalam
sidang akhbar di Ibu Pejabat PKR di sini, hari ini.
Rafizi berkata Kerajaan Pusat menganggap rakyat di negara ini bodoh
dan mudah tertipu, oleh itu membuat kenyataan menyalahkan pemegang
konsesi menaikkan kadar tol.
“Oleh kerana pemegang konsesi adalah milik anak syarikat kerajaan,
Kerajaan Pusat mempunyai kuasa penuh dan pengaruh untuk merunding semula
terma-terma perjanjian untuk tidak menaikkan tol,” katanya.
Beliau berkata Projek Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) dikuasai
sepenuhnya oleh agensi kerajaan iaitu Khazanah dan Kumpulan Wang
Simpanan Pekerja (KWSP).
Manakala Prolintas adalah syarikat milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB) iaitu agensi amanah saham milik kerajaan.
“Hanya Gamuda yang merupakan syarikat swasta tetapi agensi kerajaan
seperti KWSP, Tabung Haji, Kumpulan Wang Amanah Pencen, unit-unit Amanah
Saham dan lain-lain mempunyai sekurang-kurangnya 22.59 peratus di dalam
Gamuda yang menjadikan Kerajaan Pusat sebagai salah satu pemegang saham
terbesar Gamuda melalui pelbagai agensi.
“Ini bermakna, Kerajaan Pusat mempunyai kuasa penuh atas bantuan kewangan yang diberikan kepada syarikat konsesi.
“Alasan bahawa kenaikan tol tidak dapat dielakkan kerana perjanjian
dimeterai dengan swasta tidak dapat diterima kerana sebahagian besar
konsesi tol dikuasai oleh kerajaan sama ada secara langsung atau tidak
langsung,” katanya. Minggu
lalu, Abdul Wahid memberitahu kenaikan harga tol akan bermula pada 2014
dan kenaikan itu tidak dapat dielakkan kerana kerajaan sudah
menandatangani perjanjian dengan syarikat konsesi.
Tiga kumpulan terbesar pemegang konsesi lebuh raya ialah PLUS, Prolintas dan Gamuda.
PLUS mengendalikan Lebuhraya Utara Selatan, NKVE, Elite, Linkedia, Butterworth Kulim dan Jambatan Pulau Pinang.
Manakala Prolintas mengendalikan Lebuharaya Bertingkat Ampang-Kuala
Lumpur, Guthrie, Kemuning Shah Alam dan bakal membina Sungai Besi-Ulu
Kelang dan Damansara- Shah Alam.
Selain itu, Gamuda melalui anak syarikat usahasamanya mengendalikan Lebuhraya Damansara Puchong, KESAS dan SPRINT.
- EZY
Malaysia ke-4 paling teruk di dunia pengaliran keluar wang haram berjumlah RM1.2 trilion (2002-2012)
KUALA LUMPUR, 12 DISEMBER: Malaysia adalah juara dalam
korupsi iaitu keempat paling teruk di dunia pengaliran keluar wang haram
hasil daripada jenayah, rasuah dan pengelakan cukai di antara 2002 dan
2011 yang berjumlah US$370.38 bilion (RM1.2 trilion).
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, berkata prestasi cemerlang bagi
tahun berkenaan menjadikan kedudukan Malaysia di belakang Rusia dengan
US$191.14 bilion, China (US$151.35 bilion) dan India (US$84.94 bilion).
Beliau berkata, menurut laporan pemerhati kewangan berpusat di
Washington, Global Financial Integriti walaupun populasi Malaysia kecil,
ia memiliki aliran keluar wang haram yang lebih tinggi berbanding
negara dengan populasi lebih besar di dunia.
“Jenayah, rasuah dan pengelakan cukai dikenalpasti sebagai penyumbang
utama membabitkan kerugian besar sebanyak RM1.2 trilion atau US$370.38
bilion dalam bentuk wang haram antara 2002-2011.
“Jelas sekali jumlah kerugian daripada wang haram ini adalah lebih
besar daripada KDNK Malaysia tahun ini atau tahun hadapan,” katanya
dalam kenyataan media, hari ini.
Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan berkata, setiap negara yang
menduduki 10 tertinggi dalam senarai terbabit mempunyai jumlah penduduk
yang lebih ramai berbanding Malaysia.
Menurutnya, tidak dapat dinafikan bahawa secara per kapita, Malaysia
muncul juara dunia dalam gejala rasuah dan mengesahkan gelaran yang
diberikan Transparency International dan Wall Street Journal dalam masa
setahun lalu.
“Kerajaan Barisan Nasional (BN) mesti mengambil tindakan ke atas
penganugerahan gelaran yang begitu memalukan negara dengan mengambil
tindakan terhadap mereka yang bertanggungjawab terhadap skandal kewangan
seperti skandal saham Bumiputera bernilai RM52 bilion, di mana orang
Melayu biasa terlepas peluang mendapatkan saham ini yang barangkali
ghaib ke tangan pemimpin BN.
“Skandal RM14 bilion Port Klang Free Trade Zone serta pendedahan
saban tahun pihak Ketua Audit Negara mengenai kegagalan mengurus
kewangan (membabitkan dana berjumlah RM6.5 bilion pada 2012). Sehingga
ke hari ini, tidak ada seorang pun yang menerima hukuman,” katanya.
Menurut beliau, jelas sekali Bank Negara Malaysia (BNM) tidak efektif
dan cekap, malah langsung tidak bertanggungjawab dan lalai dalam
menghentikan pengaliran keluar wang haram.
Katanya, walaupun mewujudkan jawatankuasa bertindak pada 2010 untuk
melaksanakan langkah bagi menghentikan pengaliran keluar wang haram.
“Malaysia harus mencontohi model British yang mewujudkan pendaftaran
awam berpusat bagi maklumat pemilikan berfaedah korporat bagi
menghentikan pengaliran wang haram,” ujarnya.-Roketkini.com
GST beri kesan pada KDNK, kemelesatan dijangka 2016
SHAH ALAM 16 DIS : Pelaksanaan cukai perkhidmatan dan barangan (GST)
oleh Kerajaan Pusat pada 1 April 2015 bakal memberikan kesan kepada
Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) seterusnya menyebabkan berlakunya
kesan buruk berganda kepada isi rumah. Penganalisis
ekonomi, Azrul Azwar Ahmad Tajudin, berkata walaupun jangkaan inflasi
hanya bertambah sebanyak 4 peratus di atas kertas, realiti hidup rakyat
biasa bakal terjejas teruk.
Katanya, ia menyebabkan orang ramai mengurangkan aktiviti pembelian
dan menyebabkan transaksi ekonomi menjadi lembap dan seterusnya runtuh.
“Saya tak suka jadi penyampai berita buruk tetapi risiko akan ada
risiko kemelesetan ekonomi paling lewat pada 2016 adalah sangat tinggi
pada pendapat saya,” kata beliau.
“Ekonomi Malaysia bertambah teruk dan langkah kerajaan melalui Pelan
Rasionalisasi Subsidi (SRP) serta (GST) hanya membawa kepada kemelesetan
ekonomi dalam tempoh tidak sampai tiga tahun akan datang,” kata Azrul. Beliau
berkata demikian dalam Forum “Apa yang salah dengan ekonomi kita”
anjuran Gerakan Turun Kos Sara Hidup (TURUN) di ibu negara malam tadi
yang dipetik dari Malaysiakini.
Azrul Azwar yang juga Pengurus Tugas Khas, Analisa Ekonomi dan
Kewangan Pejabat Menteri Besar Selangor, berkata beliau percaya ia
berkait rapat dengan fenomena pecahnya gelembung sektor harta tanah
(property bubble burst).
“Perkara itu akan berlaku kerana tidak ramai yang mampu lagi membeli
harta tanah kerana beban hutang isi rumah yang makin tinggi,” katanya.
-EZY
PLANET LAIN PUN ALLAH PUNYA....TAK MALU BETUL ....TAK SEDAR DIRI....TAK KAN JAHIL SANGAT...PEKAK SANGAT...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan