Jika Syiah menipu, nasionalis sekular apa kurangnya?
- Dec 10, 2013
- NIK ABDUL AZIZ NIK MAT
Jika ciri utama Syiah disebut oleh beliau sebagai menipu, maka nasionalis sekular pun tidak kurang menipu berbanding Syiah.
Tidakkah menipu namanya apabila mewar-warkan kononnya berjuang untuk kepentingan agama namun di dalam masa yang sama bekerja untuk membelakangi syariat agama tersebut?
Tidakkah menipu namanya apabila bermegah-megah dengan binaan masjid yang banyak dan indah tetapi tidak berusaha mendaulatkan hukum Allah SWT? Sedangkan Allah SWT yang disembah di dalam masjid itu ialah Allah yang sama yang berkuasa di luar masjid? Atau mereka menyembah tuhan yang berlainan di dalam dan di luar masjid?
Hakikatnya, nasionalis sekular lebih hebat menipu berbanding Syiah. Syiah ialah musuh yang sudah muncul sejak berbelas abad. Ciri-ciri akidah mereka telah ditulis dan diterangkan oleh para ulama Sunnah di dalam banyak penulisan. Tinggal lagi, menjadi peranan para ulama untuk memastikan umat Islam tidak terjebak dengan penyelewengan Syiah.
Saya tidak menyatakan Syiah tidak bahaya, tetapi saya agak pelik apabila sang harimau tiba-tiba berlagak baik mengingatkan sekumpulan kambing tentang bahaya serigala. Baguslah kalau harimau tiba-tiba ingin menjadi baik, tetapi sekurang-kurangnya bersihkanlah taring dan kuku terlebih dahulu daripada daging mangsa.
Alasan untuk mengingatkan masyarakat tentang bahaya Syiah ialah agar umat Islam tidak berpecah belah. Saya sokong bahawa Syiah tidak wajar wujud di negara ini.
Namun dengan meletakkan alasan agar umat Islam tidak berpecah belah menampakkan pemimpin berkenaan masih kabur dalam terang. Benarlah tanpa lampu suluhan akidah yang benar, meraba-rabalah dalam kegelapan sekalipun mata tidak buta.
Manusia hanya boleh bersatu dengan Islam. Bukan seruan kebangsaan yang boleh menyatukan manusia. Usahlah disebarkan khurafat moden bahawa merekalah satu-satunya tempat untuk Melayu bergantung.
Sedarkah bahawa dahan yang didakwa kuat itu sedang mereput dimakan anai-anai?
Di zaman Rasulullah SAW, bangsa Habsyah dan bangsa Parsi boleh tunduk di bawah naungan Islam dan bukannya seruan kebangsaan. Rasulullah SAW seorang yang berbangsa Arab tidak pernah sesekali menyeru kepada semangat kebangsaan.
Bahkan sekalipun bangsa Arab seringkali mendakwa diri mereka sebagai bangsa yang mulia, ia tidak sekali-kali diungkapkan oleh baginda Rasulullah SAW. Inilah yang memikat bangsa lain untuk tunduk kepada Islam.
Jika nasionalis sekular itu benar-benar mahu masyarakat bersatu, campakkanlah ke laut ideologi kebangsaan yang tidak membawa apa-apa manfaat itu. Palsunya seruan yang dilaungkan sehingga bangsa pun tidak pernah dijaga. Kelantan menjadi bukti nyata. Negeri Melayu dipinggirkan dari pembangunan semata-mata kerana kerasukan politik sang harimau yang berpura-pura baik.
Justeru, janganlah mendabik dada diri sangat sebagai pembela Islam dengan menghentam Syiah. Masyarakat sudah bijak untuk menilai bahawa bukannya Syiah yang ingin diserang, tetapi parti lawan yang semakin mendapat sambutan.
Jika benar ingin membasmi Syiah, lakukan sahaja tangkapan dan tidak perlu berdolak-dalik. Soalnya, bagaimana ingin membuat tangkapan sedangkan di dalam parti sendiri pun berselindung penganut ajaran sesat.
Saya tidak menamakan sesiapa di dalam tulisan ini. Alhamdulillah jika ia boleh difahami dengan baik.
Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat,
Al-Mursyidul Am Parti Islam Se-Malaysia (PAS)
Bertarikh: 7 Safar 1435H bersamaan 10 Disember 2013M
Biar gambar berbicara, antara Unit Amal dengan Pemuda Umno
- Dec 10, 2013
- http://omakkau.blogspot.com/
Biar gambar menjadi saksi berbicara ... lihat dengan mata kepala sendiri sambil kita mencuit akal untuk berfikir dan menilai.
Baca lagi
Tolonglah, bukan salah Rosmah!
- Dec 10, 2013
- SHAHBUDIN HUSIN
Dalam memuji isterinya yang turut berjasa dan menyumbang sesuatu yang bermakna kepada rakyat dan negara, Najib telah mendedahkan dua perkara mengenai isterinya yang tidak pernah diberitahunya sebelum ini.
Pertama, mengenai peranan isterinya dalam membebaskan seorang pelajar Malaysia yang ditahan di Mesir kerana disangka seorang pengintip manakala yang kedua, mengusahakan agar pelajar Malaysia yang mahu dibawa pulang semasa Ops Piramid dapat singgah di Arab Saudi tanpa visa, sebelum diterbangkan ke Malaysia.
Menurut Najib lagi, jasa pertama isterinya itu dilakukan dengan menghubungi Suzanne Mubarak, isteri Presiden Mesir ketika itu manakala jasa kedua pula dilakukan dengan menelefon keluarga diraja Arab Saudi yang mana Rosmah mempunyai "networking" dengannya.
Dalam kedua-dua jasa itu, ianya dilakukan atas permintaan Najib sendiri.
Selama ini, isu campurtangan Rosmah dalam pentadbiran kerajaan tidak begitu jelas bentuk dan keadaannya. Ada yang mengatakan campurtangannya dalam pelantikan beberapa pegawai kanan kerajaan, pemilihan anggota kabinet, pengagihan kontrak kerajaan sebagainya. Tetapi semuanya agak samar-samar.
Juga samar-samar, sama ada ianya berlaku kerana keghairahan isteri Perdana Menteri itu terhadap kuasa dan ingin mengawal UMNO serta kerajaan atau Najib yang terlalu bergantung kepada kelebihan dan kepandaian isterinya itu.
Bagaimanapun, dalam semua keadaan itu, Rosmah telah dikecam dengan pelbagai serangan, tafsiran serta gelaran serta dilihat sebagai beban yang berterusan kepada UMNO dan negara selagi Najib menjadi Perdana Menteri.
Namun dengan pendededahn Najib sendiri mengenai jasa dan sumbangan isterinya kepada rakyat dan negara, jelas membuktikan bahawa campurtangan Rosmah dalam kerajaan adalah kerana kelemahan Najib sendiri. Dalam tugas dan peranan yang sepatutnya beliau meminta Menteri Luar dan Menteri Pendidikan menyelesaikannya, sebaliknya Najib lebih mempercayai isterinya untuk melakukan tugas tersebut.
Najiblah yang sebenarnya memberi peluang dan membuka ruang untuk isterinya itu campurtangan dalam urusan kerajaan.
Najib hanya mendedahkan dua jasa dan sumbangan isterinya, tetapi tidak mustahil selama hampir lima tahun beliau menjadi Perdana Menteri, barangkali sudah banyak kali permintaan untuk campurtangan dalam urusan kerajaan ini dilakukan. Jika ini dilakukan, sama ada kerana Najib lebih mempercayai isterinya berbanding menteri-menteri kabinetnya atau kerana beliau merasakan isterinya lebih bijak dan berwibawa, atau kerana sayangkan isteri, ia hanya mengesahkan lagi tentang kelemahan Najib sebagai Perdana Menteri.
Sebagai Perdana Menteri dan suami, beliau seharusnya dapat membezakan peranan yang boleh dilakukan oleh isterinya. Sebagaimana isteri-isteri Perdana Menteri sebelum ini dan juga isteri pemimpin lain di seluruh negara, peranan mereka biasanya terhad kepada peranan sampingan dan tugas-tugas kemasyarakatan serta kebajikan saja.
Meminta isteri mencampuri urusan kerajaan atau membiarkannya berbuat demikian, hanyalah menyerlahkan kelemahan, kegagalan dan kehilangan-upaya seseorang pemimpin itu dalam kerjayanya.
Selain campurtangan dalan urusan kerajaan, Rosmah juga dikecam kerana penggunaan jet dan perbelanjaan kerajaan dalam lawatannya ke luar negara. Ia bukan saja berlaku dalam kunjungannya ke Qatar baru-baru ini, tetapi juga sudah beberapa kali wang pembayar cukai disedut untuk membiayai perbelanjaannya ke luar negara.
Setiap kali isu perbelanjaan ini berbangkit, berpintal-pintal lidah menteri yang bertanggungjawab mempertahankan kewajaran perbelanjaan itu di Parlimen. Kadang-kadang ternampak jawapan dan hujah yang diberi terlalu dangkal, lemah dan bukan jawapan dari hati. Mereka memberi jawapan dan mewajarkan perbelanjaan isteri Perdana Menteri itu semata-mata kerana tugas dan hanya ingin menjaga kerusi yang sedang diduduki.
Sekali lagi sebenarnya, penggunaan jet dan perbelanjaan wang kerajaan untuk membiayai lawatan Rosmah adalah juga menunjukkan kelemahan Najib sebagai pemimpin dan Perdana Menteri. Jika daripada awal beliau bertegas tidak membenarkan isterinya menggunakan jet dan perbelanjaan kerajaan, sudah tentulah isu ini tidak berlarutan sampai sekarang.
Beliau sepatutnya mencontohi PM-PM sebelumnya yang di era pentadbiran mereka tidak pernah berbangkit langsung mengenai penggunaan jet dan perbelanjaan menggunakan wang rakyat untuk menampung biaya isteri masing-masing ke luar negara. Di zaman Pak Lah, walaupun berbangkit isu campurtangan keluarga dalam kerajaan tetapi tidak mengenai penggunaan jet dan penggunaan wang kerajaan. Begitu juga, sepanjang 22 tahun Mahathir memimpin Malaysia, tidak pernah kedengaran mengenai penggunaan jet dan wang kerajaan oleh isterinya, Siti Hasmah.
Dalam isu Rosmah, sama ada campurtangannnya dalam urusan kerajaan atau penggunaan wang rakyat untuk membiayai perjalanannya, ia sebenarnya bukanlah salah beliau. Tolonglah, Rosmah tidak bersalah dalam hal ini.
Yang salah ialah orang yang meminta Rosmah untuk campurtangan dalam urusan kerajaan. Yang bersalah ialah orang lemah dalam mengawal keghairahan Rosmah. Yang salah juga ialah orang yang gagal mengawal Rosmah dan tidak berani bertegas dengannya sejak awal lagi.
Jika orang ini dapat ditukar, selamatlah kita semua. - http://shahbudindotcom.blogspot.com
'Amal kerana Allah' kunci kekuatan Unit Amal PAS
- Dec 10, 2013
- HARAKAHDAILY
KUALA LUMPUR: Moto 'Beramal Kerana Allah menjadi asas kekuatan anggota Jabatan Amal Malaysia di bawah Pemuda PAS Malaysia (PPM) untuk memberikan perkhidmatan apabila diperlukan.
Terkenal dengan gelaran 'tentera merah', anggota Unit Amal ini sering muncul menghulurkan bantuan kepada komuniti yang memerlukan disaat ditimpa musibah.
Kemunculan mereka membantu mangsa banjir di Johor, Pahang dan Terengganu ketika ini sekali lagi menjadi sebutan masyarakat khususnya mereka yang terlibat dengan banjir sendiri.
Ketua PPM, Suhaizan Kaiat berkata, anggota Unit Amal tidak pernah mengharapkan pujian masyarakat dalam setiap khidmat bantuan yang diberikan sebaliknya menghulurkan bantuan secara sukarela.
"Bukan pujian manusia yang kita cari. Bukan publisiti yang kita mahu. Bagi Unit Amal, niat kita membantu orang yang memerlukan dan semoga ia dikira sebagai amal ibadah.
"Usaha ini sangat murni dan bagi Pemuda PAS, memang kita tidak mampu balas dengan wang ringgit," katanya kepada Harakahdaily.
Menurut beliau, sudah terbiasa dalam keadaan yang sentiasa bersedia, ada anggota Unit Amal yang rata-ratanya berkerja makan gaji, sanggup memohon cuti untuk turun membantu mangsa banjir tanpa diarahkan.
"Unit Amal bekerja secara sukarela, dari pagi sampai ke lewat malam dan kadang-kadang tanpa henti.
"Mereka mengagih sumbangan, tolong angkut barang dan jadi tukang masak, mengikut keperluan dan situasi.
"Tidur pula kadang-kadang dalam khemah, surau atau masjid," katanya.
Tambah beliau juga, kerja lebih berat menanti Unit Amal iaitu operasi pembersihan rumah mangsa banjir selepas banjir surut.
"Kerja paling berat adalah selepas banjir, iaitu kerja-kerja pembersihan. Kadang-kadang lumpur paras betis dalam rumah kena dicuci dan sudah tentu menggunakan tenaga yang banyak," katanya lagi.
Namun tegasnya, dalam kesibukan dan kepenatan membantu orang yang memerlukan, anggota Unit Amal tidak sesekali meninggalkan ibadah wajib di samping mengamalkan perkara-perkara sunat.
"Dalam sibuk tolong orang, solat zikir kita tak tinggal. Semua ibadah yang wajib kita laksanakan dan kita jaga betul-betul kerana itu kewajipan kita," katanya.
Justeru Suhaizan sangat berharap agar lebih ramai anak muda yang akan menyertai Unit Amal dan sanggup menghulurkan bantuan tanpa mengharapkan balasan material.
"Pemuda PAS sangat mengalu-alukan orang ramai khususnya anak-anak muda yang masih kuat bertenaga untuk menyertai unit amal bagi memberi khidmat ketika diperlukan," katanya.
Pengurusan Sabasun mohon maaf kepada MBKT
- Dec 10, 2013
- http://www.tranungkite.net
Bila isu Sabasun hangat di media sosial, TKO agak lambat membuat berita. Satu kenyataan media oleh Ganti melalui emel webmaster juga tidak tersiar kerana webmaster TKO tak menggunakan emel peribadinya untuk berita (hanya emel tranung2006@yahoo.com)
Saya dengan bekas SU DPPKD ke Sabasun untuk tinjauan dan antara disebut kepada saya oleh bekas SU isu ini "makan tuan" kerana dia ada maklumat rapat tentang isu ini dan saya tak berhasarat panjang nak tulis sekadar nak maklum cerita akhir dalam episod isu ini sahaja.
Pengurusan SABASUN telah berjumpa dengan pihak Dato’ Bandar MBKT pada 9 Disember 2013, 3.30 petang.
1. SABASUN memohon maaf kepada MBKT dan Kerajaan Negeri di atas segala kekeliruan dan tohmahan yang timbul secara sedar atau tidak sedar.
2. SABASUN berjanji akan patuh kepada beberapa peraturan yang ditetapkan Pihak Berkuasa Tempatan iaitu MBKT bagi membolehkan SABASUN mendapat CF untuk bangunan perniagaannya.
3. SABASUN berterima kasih kepada MBKT kerana meluluskan permit sementara supaya SABASUN dapat berniaga seperti biasa.
4. Pemilik SABASUN, Che Salmi Che Ibrahim mengakui MBKT prihatin terhadap usahawan Melayu di Kuala Terengganu dan tuduhan kepada MBKT sebelum ini.
5. Mengenai SABASUN 2 di Wakaf Tembesu, pengurusan SABASUN dimaklumkan urusan pengambilan tanah di luar bidang kuasa MBKT dan perkara itu dibawah Kerajaan Negeri iaitu Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN).
6. SABASUN akan membuat rayuan dan perbincangan bersama UPEN berkaitan perkara berbangkit di SABASUN 2.
7. SABASUN mengakui pihak UPEN telah menyatakan tanah milik SABASUN di Wakaf Tembesu akan diambil alih oleh Kerajaan Negeri bagi tujuan membina Bandar Baru Perkasa Alam, bukan diberi atau dijual kepada pihak asing seperti didakwa sebelum ini.
8. Bandar Baru Perkasa Alam antara lain turut memfokuskan aktiviti peruncitan bumiputera selaras dengan perancangan mewujudkan Daerah Baru Kuala Nerus.
Buang yang keruh, ambil yang jernih.
Video: Isu Sabasun MBKT selesai
15 tahun IT PAS dan resolusi SBIT200 terbengkalai!
- Dec 10, 2013
- SUHAIMI EMBONG
Ada yang bertanya, bolehkah lima agenda IT tersebut boleh dilaksanakan dalam semua organisasi politik seperti PAS? Secara peribadi, saya akui ia sukar dilakukan sekiranya tiada orang yang sanggup menghambakan diri dan menekuninya satu persatu untuk melaksanakannya.
Sebelum saya melanjutkan perbicaraan ini, saya suka merenung kembali resolusi Seminar dan Bengkel IT 2000 (SBIT2000) yang diluluskan pada 7hb Oktober 2000 bersama-sama hampir 500 pemimpin kanan PAS di Kuala Terengganu pun tak dapat dilaksanakan lagi sehinga hari ini.
Ada yang bertanya, susahkah untuk melaksanakan resolusi tersebut? Pada saya ia tidaklah susah sangat. Yang penting, PAS mahu laksanakan atau pun tidak sahaja?
Resolusi kedua, SBIT2000 tersebut berbunyi, “Memastikan PAS menubuhkan Majlis IT PAS” diperingkat Pusat dengan segera, dimana anggotanya adalah terdiri daripada mereka yang pakar dalam bidang tersebut dan dipengerusikan oleh Presiden PAS”
Ketika resolusi ini diperbuat pada tahun 2000, Datuk Fadzil Mohd Noor menjadi Presiden PAS dan Malaysia baru sahaja mendapat ledakan ICT di mana-mana. Di peringkat Negara, Perdana Menteri sendiri mempengerusikan berbagai inisiatif IT seperti Malaysian Super Corridor (MSC), Majlis IT Negara dan sebagainya.
Diperingkat negeri pula, ditubuhkan Majlis IT Negeri yang dipengerusikan sendiri oleh Menteri Besar atau Ketua Menteri. Apakah janggal kalau diperingkat parti politik seperti PAS, inisiatif yang sama dipengerusikan oleh Presiden PAS?
Apabila saya toleh semula kebelakang, rupa-rupanya IT ini tidak mendapat tempat yang sewajarntya dalam sebuah organisasi politik kerana mungkin dianggap “orang belakang tabir” sahaja, dan tidak dapat membantu politik PAS untuk mendapatkan kuasa pemerintahan berbanding dengan lain-lain sektor sepetrti Alam Sekitar, Seni dan Budaya serta lain-lain yang lebih penting untuk imej PAS.
Saya mengandaikan ini apabila menilai, perlantikan ahli jawatankuasa tambahan baru-baru ini. Tidak bolehkah, satu daripada enam kuota jawatankuasa tambahan diberikan satu kepada Pengerusi ICT, Ustaz Abd Gani Samsuddin yang tidak bertanding dalam pemilihan baru-baru ini.
Memang mudah untuk memikirkan sesiapa sahaja boleh terajui IT ini. Pengerusi ICT dalam PAS ini ibarat seperti “Menteri ICT” dalam kerajaan. Kabinet boleh disusun ikut keperluan semasa oleh Perdana Menteri (dalam konteks PAS adalah Presiden) tetapi sayugia diingatkan, IT ini bukanlah seperti potfolio seni dan budaya, boleh diadakan jika suka, dan boleh ditiadakan bila tidak suka. Tidak mudah bagi kami menangani masalah ini terutama bila memikirkan halatuju IT yang selanjutnya selepas ini.
Sekarang ini, IT telah menjadi keperluan asas kepada mana-mana organisasi. Sekadar sepintas lalu, Jabatan IT telah berjaya membangunkan satu persatu aplikasi IT secara inhouse, iaitu SPOKAS (Sistem Pengurusan Organisasi dan Keahlian PAS), SSDP (Sistem Semakan Daftar Pemilih), SiSPRO (Sistem Informasi Sepadu Pemilih, Rakyat & Organisasi), SisKAP (Sistem Kajian Awal Pilihanraya), emel @PAS, SMSPro, PAS Touch ‘n Get (TnG), webTV, radio internet (hijau.fm), Portal webPAS dan sebagainya yang beroperasi sepanjang masa.
Bagi kami, penggerak Jabatan IT PAS (JITP) sedaya upaya cuba memberikan yang terbaik kepada pihak PAS untuk membangunkan sumber manusia, prasara dan Infrastruktur IT serta aplikasi dan kandungan (content) yang sesuai kepada PAS dalam masa 15 tahun ini - sejak diwujudkan menjelang PRU 1999 sebagai Unit IT, Pusat Penyelidikan PAS.
Itu baru satu resolusi yang dipetik daripada SBIT2000 yang hampir berusia 15 tahun. Kalau ibarat anak yang dilahirkan pada tahun tersebut, ia sudah hampir menduduki PMR (Penilian Menengah Rendah). PMR inilah yang akan menentukan halatuju seterusnya sama ada untuk Berjaya atau gagal. Begitu jugalah dengan JITP ini.
Selepas SBIT2000 tersebut, JITP mengadakan lagi Konvensyen IT PAS 2003 (KITP2003) pada 21 Jun, 2003 di Pusat Tarbiyah Islamiyyah Kelantan (PUTIK) dengan tema “Memperkasa & Menjana Kemenangan Jamaah melalui IT” dihadiri lebihkurang 600 perserta yang sebahagian besarnya pimpinan PAS disemua peringkat dan telah menghasilkan lima lagi resolusi berkaitan IT bagi menghadapi PRU 2004.
Ia tidak berakhir di situ. Selepas tidak berjaya dalam PRU 2004, satu jawatankuasa postmortem yang komprehensif dilakukan termasuklah juga IT. Beberapa rekomendasi telah dicadangkan dan antara yang penting adalah inisiatif JITP dan JPP (Jawatankuasa Pilihanraya PAS) menganjurkan Seminar SiSPRO (Sistem Informasi Sepadu Pemilih, Rakyat dan Organisasi) di sebuah hotel di Ipoh, Perak pada 2004 - sebagai satu usaha penambahbaikan yang perlu dilakukan segera ekoran persempadanan kawasan pilihan raya pada 2002 yang tidak ditangani dengan baik oleh PAS.
Hasil penuh, postmortem yang berkaitan dengan IT telah dibentangkan dalam Persidangan ICT 2007 (PICT2007) bertemakan Reformasi IT Pemangkin Kemenangan PRU ke12” yang diadakan setahun sebelum PRU12, iaitu pada 10hb Mac 2007 di Markaz PAS taman Melewar Gombak Selangor.
Sebelum itu, pada bulan Jun 2005 sesi kepimpinan PAS 2005/2007, organisasi IT telah diperkasakan dengan pertukaran konsep daripada Setiausaha Agong (Ustaz Nasaruddin Mat Isa) menjadi Pengerusi Lembaga Penasihat JITP kepada lantikan seorang Pengerusi Lajnah ICT (Ustaz Abd Gani Samsuddin) yang fokusnya kepada bidang IT sahaja dengan Setiausaha Agong ketika itu, Dato’ Kamaruddin Jaafar menjadi Penasihat IT yang diteruskan hingga sekarang.
Sejak itu, Ustaz Gani Samsuddin menerajui IT PAS selama 4 penggal (2005/07 – 2011/2013) dengan beliau memberikan tumpuan utamanya membangunkan webTV. Dibawah kepimpinannya, selain webTV PAS Pusat, beliau menggalakkan JITN membangunkan webTV masing-masing dengan berbagai jenama seperti AmanTV (Kedah), PenangTV (Pulau Pinang), YopTV (Perak), webTV8/EhsanTV (Selangor), JangTV (Negri Sembilan), TVPASMelaka (Melaka), TVMakmur (Pahang), KelantanTV(Kelantan) dan KinabaluTV (Sabah).
Saya menceritakan ini kepada khalayak pembaca sebagai mengenang jasa mantan Pengerusi ICT PAS yang kedua, Ustaz Abdul Gani Samsuddin dalam usahanya tanpa mengenal penat lelah membangunkan agenda webTV PAS, yang kekadangnya kami JITP berseloroh dengan beliau, “IT ni bukan webTV sahaja, ustaz” merupakan antara kenangan pahit manis selama 4 penggal kepimpinan PAS.
Saya mengatakan mantan kerana Ustaz Abdul Gani tidak dilantik semula sebagai AJK Tambahan (lantikan baru-baru ini, melainkan kepimpinan PAS melantik merasakan beliau dilantik sebagai Penolong Setiausaha Agong sepertimana kes Dr Syed Azman yang tidak bertanding sebagai AJK Pusat tetapi dilantik sebagai Penolong SUA yang bertanggungjawab pada hal Ehwal Antarabangsa.
Saya juga mendapat cadangan daripada rakan-rakan, apa salahnya Presiden jadi Pengerusi IT. Begitu juga saya tidak pasti sama ada Presiden sekarang, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang kami anugerahkan sebagai “Tokoh IT Pas” sempena Sambutan Sedekad (10 Tahun) JITP pada 2009 lepas bersedia untuk menyahut cabaran melaksanakan resolusi SBIT2000 yang terbengkalai sejak 15 tahun lepas.
Apapun, keputusannya terpulang pada pimpinan PAS. Kami hanya melaksanakan tugas dan tanggungjawab IT yang telah diberikan selama ini.
Bantuan bencana alam masuk poket siapa?
- Dec 10, 2013
- HAMBALI AKRAM
Sebelum ini sudah beberapa syarikat korporat yang turut menyumbang untuk membantu mangsa banjir. Sehingga kini belum ada jumlah rasmi keseluruhan sumbangan ini. Saya percaya jumlah yang diterima tentunya besar, maklumlah keuntungan tahunan syarikat-syarikat ini bukan sedikit jumlahnya. Malah TNB juga memperoleh berbillion ringgit.
Namun, saya sedikit musykil tentang dana yang dikumpulkan ini. Setiap kali kali berlaku bencana alam – banjir, tanah runtuh dan sebagainya – bantuan yang diterima berjumlah jutaan ringgit. Namun soal pengagihan tidak pernah didedahkan kepada umum.
Sebagai contoh kejadian banjir yang berlaku sekarang, dari segi bantuan masih jauh daripada mencapai tahap terbaik. Sedangkan sumbangan yang di terima oleh kerajaan begitu banyak. Namun yang kelihatan terkehadapan dalam membantu mangsa banjir ialah sukarelawan badan bukan kerajaan dan individu tertentu.
Apakah pemimpin kerajaan khususnya dari Umno-BN masih dibuai mimpi dan lena tertidur dalam kesejukan? Saya bimbang, pengumuman sumbangan yang berjuta ringgit ini hanyalah mainan untuk menyejukkan bahang kemarahan mangsa banjir?
Yang lebih mengharukan, kerajaan mengumumkan akan memberikan bantuan wang tunai sekitar RM500 kepada mereka yang layak. Sedangkan jika sebahagian wang tunai yang diderma dibahagikan kepada semua mangsa, mereka boleh menerima ribuan ringgit setiap orang!
Saya sebenarnya cuba mengelak bersangka buruk, namun agak sukar. Hal ini kerana, ke manakah baki wang bantuan tersebut disimpan? Atau masuk poket siapa?
Saya timbulkan isu ini kerana setiap kali berlaku bencana alam kita terpaksa bermula dari kosong semula. Sepatutnya kita telah ada tabungan atau lebihan dari kutipan sebelumnya dan boleh digunakan serta merta apabila berlaku bencana.
2014: Gandingan Ustaz Azhar-Shiro, Ustaz Haslin-Sepahtu
- Dec 10, 2013
- HARAKAHDAILY
Dua gandingan terbabit akan ditampilkan dalam segmen Sembang Santai dalam Program Generasi Idaman Selangor (GEMS) Sempena Ambang Tahun Baru 2014 yang diadakan pada 31 Disember di Dataran Kemerdekaan Shah Alam nanti, lapor Selangor Kini.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan negeri, Dr Halimah Ali, berkata berbeza dari program sambutan tahun baru dikebanyakkan negeri, GEMS Sempena Ambang Tahun Baru 2014 itu turut memfokuskan Kempen Anti Zina bagi membendung gejala zina di kalangan generasi masa kini.
“Ini adalah satu program yang melibatkan jabatan dan agensi kerajaan di bawah GEMS di mana kita akan menganjurkan program alternatif dari kelaziman sambutan tahun baru yang sering diisikan dengan program yang melalaikan dan akhirnya remaja belia kita hari ini kerana keseronokkan yang melampau, mereka boleh terjebak dalam gejala sosial seperti berzina, mabuk dan sebagainya.
“Sembilan bulan selepas itu dah ada anak luar nikah, ada yang buang anak, jual anak dan sebagainya. Jadi kita lihat ini adalah satu program mendidik generasi muda iaitu boleh berseronok, bergembira tetapi dengan cara yang ada pengisian sekaligus mengelakkan mereka dari terjebak dengan dosa,” kata Dr Halimah ketika ditemui Selangor Kini di pejabat beliau di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri, semalam.
Sebelum itu Dr Halimah mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan Program GEMS Sempena Ambang Tahun Baru 2014 di Bilik Mesyuarat Kekwa Seksyen Sektoral, UPEN bagi menyelaras persediaan program sempena yang akan bermula seawal jam 5.00 petang itu.
Turut memeriahkan program itu nanti, penyanyi cilik dari Indonesia, Tegar; pengacara, David Teoh, pelawak, Sathiya dan pelakon, Diana Amir.
Program GEMS Sempena Tahun Baru 2014 dengan konsep yang menekankan pengisian bercorak pendidikan ini merupakan kali ketiga diadakan sejak 2011.
Program sebelum ini mendapat sambutan memberangsangkan sehingga mencecah hampir 100,000 hadirin dan manakala tayangan di laman sosial, youtube pula mencecah jumlah penonton melebihi satu juta pengunjung.
JIKA KITA TAHU NERAKA ITU....KITA TAK KAN KETAWA LAGI
Boleh Melawak Dalam Islam
Islam tidak melarang untuk kita berseronok dengan melawak dan bergelak ketawa. Lihatla bagaimana kisah Rasulullah bergurau dengan seorang wanita tua.
Wanita itu berkata baginda “Doalah kepada Allah supaya Dia memasukkan aku ke dalam syurga.” Baginda menjawab “Wahai ibu, sesungguhnya orang tua tidak masuk ke dalam syurga.” Perempuan itu balik dan menangis. Baginda saw bersabda:
“Beritahulah kepadanya bahawa dia tidak masuk ke dalam syurga dalam keadaan masih tua. Sesungguhnya Allah berfirman “ Sesungguhnya kami mencipta wanita-wanita syurga dengan penciptaan yang baru. Kami jadikan mereka dalam keadaan dara, yang amat mengasihi suaminya dan yang sebaya dengannya.” (Hr Tirmizi dan al-Baihaqi dgn sanad yg hasan)Abu Hurairah telah meriwayatkan:
Para sahabat berkata “ Wahai Rasulullah sesungguhnya kamu bergurau senda dgn kami.”Disini Dr Yusuf Qardawi meletakkan lima etika yg perlu dipatuhi dalam bergurau senda:
Baginda menjawab:
Maksudnya: Ya aku bergurau tetapi aku tidak berkata melainkan perkara yang benar.
(Hr Tirmizi dan Ahmad – sanadnya hasan)
Pertama- Tidak menggunakan perkara yang bohong sebagai alat untuk manusia tertawa.
Nabi saw bersabda:
Celaka orang yang bercakap kemudian berbohong supaya manusia ketawa. Celakalah dia dan celakalah dia. (Hr Ahmad dan ad-Darimi – sanadnya sahih)Kedua: Gurauan tidak mengandungi penghinaan terhadap orang lain melainkan diizinkan oleh orang tersebut.
Firman Allah: “ Wahai orang2 yang beriman janganlah satu puak itu menghina puak yang lain, kemungkinan orang yang dihina lebih baik dari orang yang menghina. Janganlah wanita menghina wanita yang lain , kemungkinan wanita yang dihina lebih baik baik dari yang wanita menghina… “ ( 11 : al-Hujarat)Nabi saw bersabda:
“Cukuplah seorang itu melakukan kejahatan apabila dia menghina saudaranya semuslim.” (Hr Muslim – sahih)Termasuk dalam menghina ialah dgn meniru perbuatan orang lain.
Aisyah ra berkata:Ketiga: Melawak yang tidak menakutkan orang lain.
“Aku telah meniru perbuatan seorang manusia.”
Lalu Rasulullah saw bersabda:
“Aku tidak suka meniru perbuatan orang lain.”
(Hr Ahmad dan Baihaqi – sanad sahih)
Nukman bin Basyir ra berkata, Sesungguhnya kami bersama Rasulullah saw dalam satu perjalanan. Seorang lelaki mengantuk di atas tunggangannya. Seorang lelaki yang lain mengambil anak panah dari busurnya dan mengejutkan lelaki yang mengantuk yang menyebabkan dia terperanjat. Rasulullah saw bersabda:
“Haram bagi seorang lelaki menakutkan orang Islam.” (Hr Thabrani – sahih)Nabi saw bersabda:
“ Janganlah kamu mengambil barang kepunyaan saudara seislamnya dengan niat melawak atau pun betul2.” (Hr Ahmad – sahih)Keempat: Jangan melawak ditempat yang serius dan jangan serius di tempat melawak.
Dalam Islam ada 3 perkara yang dianggap diambil hukumnya walaupun dalam keadaan melawak. Nabi saw bersabda:
“Tiga perkara yang mana yg mana diambil hukumnya samada dalam keadaan melawak atau serius: 1. Nikah 2. Cerai 3. Membebaskan hamba. (Hr Abu Daud, at-Tirmizi dan Ibnu Majah – sanadnya hasan)Sesungguhnya Allah telah mencela orang2 musyrikin yang ketawa ketika mendengar al-Quran. Firman Allah swt:
“Adakah kamu hai musyrikin rasa hairan dengan ayat2 suci al-Quran? Kamu ketawa ketika mendengarnya, tidak menangis ketika mendengarnya dan kamu dengar dalam keadaan lalai.” (59 – 61 : an-Najm)Kelima: Hendaklah melawak sekadar perlu dan tidak berlebihan.
Nabi saw bersabda:
“Janganlah kamu banyak ketawa. Sesungguhnya banyak ketawa boleh mematikan hati.” (Hr Ahmad dan Ibu Majah – sanad hasan)Saidina Ali ra:
“Masukkan lawak dalam kata-kata sekadar kamu memasukkan garam dalam makanan kamu.”Said bin al-‘As berkata:
“Bersederhanalah dalam melawak. Berlebihan dalam melawak akan menghilangkan keindahan dan menyebabkan orang-orang yg bodoh akan berani terhadap mu. Meninggalkan melawak akan menjauhkan orang-orang yang hendak bermesra dan menyebabkan orang-orang yang berdamping dengan mu berasa rimas.”Sumber: http://www.albukhairy.net/
SJ-13-0295 : Hukum berlawak ttg agama/umat
:salam
Bolehkah kita membuat jenaka ttg Islam atau umat Islam berdasarkan situasi zaman skang. contohnya:-
i) Ada sheikh2 yg popular di US apabila di dlm satu2 sermon yg dihadiri oleh org Islam & kafir, ada yg berlawak kepada non-muslim tu, "Do you realize that you're currently being surrounded by terrorists?"; ataupun "Today I'm gonna teach y'all how to make a bomb in 5 easy lessons. Oops, sori... hahaha"
ii) Kawan sy pernah perli ttg byknya 'ulama2' kat mesia ni, so dia kata, "Ko tau x sbb apa nabi x diturunkan kat tanah melayu?? Sbb kat sini dah banyak nabiii.. kuakuakua "
Apakah hukumnya? Kerana dikhuatiri org yg x paham akan misconceive. jkk
Bolehkah kita membuat jenaka ttg Islam atau umat Islam berdasarkan situasi zaman skang. contohnya:-
i) Ada sheikh2 yg popular di US apabila di dlm satu2 sermon yg dihadiri oleh org Islam & kafir, ada yg berlawak kepada non-muslim tu, "Do you realize that you're currently being surrounded by terrorists?"; ataupun "Today I'm gonna teach y'all how to make a bomb in 5 easy lessons. Oops, sori... hahaha"
ii) Kawan sy pernah perli ttg byknya 'ulama2' kat mesia ni, so dia kata, "Ko tau x sbb apa nabi x diturunkan kat tanah melayu?? Sbb kat sini dah banyak nabiii.. kuakuakua "
Apakah hukumnya? Kerana dikhuatiri org yg x paham akan misconceive. jkk
Sun, 09/09/2007 - 10:10pm
SJ-13-0295 : Hukum berlawak ttg agama/umat
:wassalam
al-Jawab:
Hukum lawak jenaka dalam Islam:
Kata al-Qardhawi (Halal n Haram/272), lawak jenaka ni kita kena perhatikan kehidupan Nabi SAW kerana beliau adalah contoh yang ideal. Kita dapati dalam seerah, ketika beliau sendirian, baginda seorang yg tekun dan khusyu', ketika membela kebenaran, baginda juga tegas dan tidak mempedulikan sesiapapun. Akan tetapi ketika di tengah-tengah manusia, beliau adalah manusia biasa yang juga menyukai apa yang indah dan spontan; beliau tersenyum, tertawa, bermain, dan kekadang berjenaka untuk menghiburkan diri. Tapi apa yang beliau katakan ketika berlawak adalah benar belaka."
Komentar al-Hafidz Ibn Hajar (alFath, X/543), lawak jenaka yang haram cuma bila ia dilakukan secara berlebihan dan konsisten kerana ia melalaikan dari sikrullah dan urusan-urusan agama; hati pula menjadi keras, tertimpa pelbagai penyakit hati dan menghilangkan kewibawaan seseorang."
Itulah konsep dan pandangan Islam terhadap lawak jenaka. Menjawab soalan anda secara ringkas:
i) Tindakan syaikh di USA yang membuat lawak jenaka dalam isu teroris dan pengeboman sejak isu Sept 11.
Jawab: Ini adalah termasuk lawak jenaka yang diharamkan oleh Islam kerana akibat buruknya akan kembali kepada 6 juta umat Islam yg menjadi warga US yang akan terus mengalami trauma dan diskriminasi kerana angkara 9/11.
Dalilnya: "janganlah kamu mencela dirimu sendiri" (AQT 49:13), Kata al-Qurthubi, maksud mencela diri sendiri ialah akibat dari lawak jenaka itu, ia akan menimbulkan kesan negatif kepada umat Islam di US yang hanya satu komuniti minoriti berbanding 300 juta warga non-Muslim.
Dalil hadith: Dari Abd Rahman Abu Layla, bahawa Nabi saw bersabda, " tidak halal seorang muslim menimbulkan rasa takut seorang muslim yang lain." [HR Ahmad dan Abu Daud, disahihkan oleh al-Albani dalam Ghayat alMaram] Maksudnya natijah dari lawak jenaka teroris dan bom, akan terus menimbulkan rasa ketakutan warga Islam US, sedangkan mereka tiada kaitan langsung dgn 9/11 dan keganasan antarabangsa.
ii) Mengenai lawak jenaka kenapa Nabi tidak diturunkan di tanah melayu kerana kat rantau sebelah sini dah ramai Nabi.
Jawab: Ini juga termasuk lawak jenaka yang tercela. Ini kerana urusan perlantikan Nabi-nabi bukanlah bahan lawak jenaka. Ini kerana Allah menempelak lawak jenaka tersebut:
" di antara Rasul-Rasul itu ada yang Kami perturunkan kisahnya kepada mu dan ada juga yang Kami tidak kisahkan."AQT 40: 78
Lawak jenaka seputar Nabi melayu itu termasuk lawak agama yang tercela..lihat ayat-ayat berikut:
AQT 6. 70. Dan tinggalkan lah orang-orang yang menjadikan agama mereka sebagai main-main dan senda gurau, dan mereka telah ditipu oleh kehidupan dunia
AQT 7. 51. (yaitu) orang-orang yang menjadikan agama mereka sebagai main-main dan senda gurau, dan kehidupan dunia telah menipu mereka
AQT 9. 65. Dan jika kamu tanyakan kepada mereka (tentang apa yang mereka lakukan itu), tentulah mereka akan manjawab, "Sesungguhnya kami hanyalah bersenda gurau dan bermain-main saja." Katakanlah: "Apakah dengan Allah, ayat-ayat-Nya dan Rasul-Nya kamu selalu berolok-olok?"
sekian
Hukum dan etika berlawak dalam Islam
Islam tidak melarang untuk kita
berseronok dengan melawak dan bergelak ketawa. Lihatlah bagaimana kisah
Rasulullah s.a.w bergurau dengan seorang wanita tua.
Wanita itu berkata baginda, “Doalah
kepada Allah supaya Dia memasukkan aku ke dalam syurga.” Baginda
menjawab, “Wahai ibu, sesungguhnya orang tua tidak masuk ke dalam
syurga.” Perempuan itu balik dan menangis. Baginda s.a.w bersabda:
“Beritahulah kepadanya bahawa dia tidak masuk ke dalam syurga dalam
keadaan masih tua. Sesungguhnya Allah berfirman, “Sesungguhnya kami
mencipta wanita-wanita syurga dengan penciptaan yang baru. Kami jadikan
mereka dalam keadaan dara, yang amat mengasihi suaminya dan yang sebaya
dengannya.” (H.R. Tirmizi dan Al-Baihaqi)
Abu Hurairah telah meriwayatkan: Para
sahabat berkata, “ Wahai Rasulullah sesungguhnya kamu bergurau senda
dengan kami.” Baginda menjawab: “Ya, aku bergurau tetapi aku tidak
berkata melainkan perkara yang benar.” (H.R. Tirmizi dan Ahmad)
Di sini, Dr. Yusuf Qardawi meletakkan lima etika yang perlu dipatuhi dalam bergurau senda:
Pertama: Tidak menggunakan perkara yang bohong sebagai alat untuk manusia tertawa.
Nabi s.a.w bersabda: “Celaka orang yang
bercakap kemudian berbohong supaya manusia ketawa. Celakalah dia dan
celakalah dia.” (H.R. Ahmad dan Ad-Darimi)
Nabi s.a.w bersabda: “Kecelakaan ke atas
sesiapa yang menipu untuk menghiburkan manusia, kecelakaan ke atasnya,
kecelakaan ke atasnya.” (H.R. Abu Daud, Tirmidzi dan An-Nasai’e)
Kedua: Gurauan tidak mengandungi penghinaan terhadap orang lain melainkan diizinkan oleh orang tersebut.
Firman Allah: “Wahai orang2 yang beriman
janganlah satu puak itu menghina puak yang lain, kemungkinan orang yang
dihina lebih baik dari orang yang menghina. Janganlah wanita menghina
wanita yang lain , kemungkinan wanita yang dihina lebih baik baik dari
yang wanita menghina… “ (Al-Hujarat, 49:11)
Nabi saw bersabda: “Cukuplah seorang itu melakukan kejahatan apabila dia menghina saudaranya semuslim.” (H.R. Muslim)
Termasuk dalam menghina ialah dengan meniru perbuatan orang lain.
Aisyah r.a berkata, “Aku telah meniru
perbuatan seorang manusia.” Lalu Rasulullah s.a.w bersabda: “Aku tidak
suka meniru perbuatan orang lain.” (H.R. Ahmad dan Baihaqi)
Ketiga: Melawak yang tidak menakutkan orang lain.
Nukman bin Basyir ra berkata:
Sesungguhnya kami bersama Rasulullah s.a.w dalam satu perjalanan.
Seorang lelaki mengantuk di atas tunggangannya. Seorang lelaki yang lain
mengambil anak panah dari busurnya dan mengejutkan lelaki yang
mengantuk yang menyebabkan dia terperanjat. Rasulullah saw bersabda:
“Haram bagi seorang lelaki menakutkan orang Islam.” (H.R. Thabrani)
Nabi s.a.w bersabda: “Janganlah kamu
mengambil barang kepunyaan saudara seislamnya dengan niat melawak
ataupun betul-betul.” (H.R. Ahmad)
Keempat: Jangan melawak ditempat yang serius dan jangan serius di tempat melawak.
Dalam Islam ada 3 perkara yang dianggap
diambil hukumnya walaupun dalam keadaan melawak. Nabi s.a.w bersabda:
“Tiga perkara yang mana diambil hukumnya sama ada dalam keadaan melawak
atau serius: 1. Nikah, 2. Cerai, 3. Membebaskan hamba.” (H.R. Abu Daud,
Tirmidzi dan Ibnu Majah)
Sesungguhnya Allah telah mencela
orang-orang musyrikin yang ketawa ketika mendengar Al-Quran. Firman
Allah swt: “Adakah kamu hai musyrikin rasa hairan dengan ayat2 suci
al-Quran? Kamu ketawa ketika mendengarnya, tidak menangis ketika
mendengarnya dan kamu dengar dalam keadaan lalai.” (An-Najm, 53:59-61)
Kelima: Hendaklah melawak sekadar perlu dan tidak berlebihan.
Nabi s.a.w bersabda: “Janganlah kamu banyak ketawa. Sesungguhnya banyak ketawa boleh mematikan hati.” (H.R. Ahmad dan Ibu Majah)
Saidina Ali r.a: “Masukkan lawak dalam kata2 sekadar kamu memasukkan garam dalam makanan kamu.”
Said bin al-‘As berkata:
“Bersederhanalah dalam melawak. Berlebihan dalam melawak akan
menghilangkan keindahan dan menyebabkan orang-orang yg bodoh akan berani
terhadapmu. Meninggalkan melawak akan menjauhkan orang-orang yang
hendak bermesra dan menyebabkan orang-orang yang berdamping denganmu
berasa rimas.”
Post by Minda Interaktif.