Selasa, 2 November 2010

JIKA..UNTUK ALLAH SERTA IKHLAS...BUKAN TUJUAN MENIPU DAN BERBOHONG SERTA BERPURA2....GUNALAH MASJID....JANGAN BUAT MAKSIAT DAH....

Tidak boleh berpolitik di dalam masjid?...ini apa?



Oleh: Pria Malaya

Bukan sahaja mempunyai kaitan dengan politik, malah demi politik seorang calon bukan Islam! (melawan calon seorang Islam).. mana mufti tersebut..apa komen beliau? bagaimana pula reaksi jika TGNA dan pemimpin2 PAS yang mengetuai pragram seperti ini? apakah akan dicop menguasai masjid demi kepentingan politik atau memecahbelahkan rakyat dan sebagainya?

Tidakkah program diatas juga boleh menimbulkan rasa tidak puas hati/rasa kecewa bagi ahli kariah yang bukan penyokong calon India/BN ini? bukankah ia juga boleh dikatakan boleh menimbulkan rasa tidak senang dan huru hara apabila di dapati terdapat majlis politik di dalamnya?

Kalau dikatakan masjid adalah tempat penyatuan dan haram berpolitik di dalamnya dibimbangi mencetuskan pergaduhan dan sebagainya, adakah berpolitik di luar masjid yang boleh mencetuskan huru hara dan sebagainya dibenarkan di dalam Islam?.. kenapa tidak diharamkan terus POLITIK itu samada dalam masjid atau diluar masjid jika hujah ini dihgunakan?

Memetik petikan dari Suara Keadilan..

...Tidak cukup dengan itu, PM 1Malaysia berjemaah di surau kampung dan mengisytiharkan peruntukan RM100,000 untuk bantuan masjid dan mendermakan sebuah van jenazah di surau berkenaan. Kalau Najib jujur kenapa tidak derma selepas pilihan raya kecil Hulu Selangor? Beliau boleh pula cakap politik di rumah ibadat? Kalau Umno-BN semua halal dan ok.
Apakah ini semua bukan politik?..apakah jika ada pengishtiharan peruntukan/hadiah/kewangan oleh pemimpin parti politik semasa musim pilihanraya di masjid baru dikira 'tidak politik' kerana 'menceriakan' wajah ahli kariah? kalau hanya memberi ceramah/kuliah tanpa sebarang tawaran dan janji wang, ia dianggap sebagai politik?..

Hanya mereka yang tidak waras shj akan memandang isu diatas tidak kaitan dengan politik..walhal jelas, ianya juga ada perkaitan dengan politik, baik secara langsung mahupun secara tidak langsung..

Untuk yang terakhirnya, penulis menuntut pihak kerajaan, khususnya mereka yang mempunyai kuasa agama supaya mendefinisi maksud POLITIK yang sebenarnya...POLITIK mana yang dibenarkan dibicarakan/dilakukan di dalam masjid, dan POLITIK yang bagaimana diharamkan di dalam masjid...

Akhir kalam, penulis tetap dengan pandangan penulis, bahawa memisahkan politik dari Islam, atau kefahaman politik suku agama suku adalah membawa kepada kekufuran!..wallahua'lam...



BONGKAR! Bukti jelas Umno berpolitik dalam masjid: Wujud dana JIHAD menentang PAS!



Oleh: Pria Malaya

Nah, dahulu bukan main hebat menyerang PAS dan PR kononnya berpolitik dalam masjid..kononnya boleh memecahkan msyarakat, boleh mebimbulkan suasana tidak tenteram di kalangan ahli kariah masjid, bukan cara Islam sebenar dan lain2 lagi..

Hari ini, terbukti (bergambar) Umno adalah makhluk dua wajah yg hipokrit lagi munafiq...orang lain disergahnya HARAM berpolitik di dalam masjid, tetapi HAHAL jika dilakukan oleh Umno..

Mana Muftri Harussani? Mana pihak berkuasa agama negeri? Mana pihak istana? mana '40 ulamak' Umno? mana blogger jumud Umno?..terkena atas batang hidung pemerintah sendiri, terus senyap menikus...

Jelas dari peristiwa bergambar di atas, Umno telah membelakangkan titah sultan supaya tidak berpolitik di dalam masjid..tetapi kini, Umno bukan sahaja berpolitik kepartian di dalam masjid, bahkan politik untuk membalas dendam utk menyerang musuh politiknya..

Kerana itu tidak pelik seorang yang 'menggelarkan' dirinya ulamak Umno, Mohd Nor Deris, telah mengishtiharkan tabung derma JIHAD bagi menentang musuh parti (PAS)..

Ini kenyataan beliau yang dipetik dari laman facebook beliau..




Bicara tentang JIHAD, teringat semasa berlangsungnya PRK Permatang Pauh 2008, 'ustazah' Umno, Shahrizat Jalil pernah mengistiharkan JIHAD menentang Anwar dan Pakatan Rakyat..boleh rujuk di sini dan di sini...juga tidak dilupa tentang 'fatwa' yang diputuskan oleh ADUN Umno Terengganu, Rasol Wahid bahawa, "Undi BN dapat syurga, undi PAS tak dapat ganjaran"..boleh rujuk di sini dan sini..

Akhir kalam, dibawah disertakan beberapa keping gambar yg membuktikan Umno telah mempolitik dan berpolitik di dalam masjid..ianya akan tersenarai di dalam enrty penulis, "Koleksi Umno berpolitik di dalam Masjid"..wallahua'lam...


Nama program: "Majlis Muzakarah Mencari Kebenaran Peristiwa Peperangan Ahzab dan Gerakan Umno adalah Jihad Berbanding Parti-Parti Pembangkang"
Tarikh: 18 September 2010
Tempat: Masjid Nurih Al-Islah, Mulong, Kubang Kerian, Kelantan
Anjuran: Veteran UMNO Kelantan
Dirasmikan oleh: Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Ahmad Maslan














Artikel berkaitan (mesti baca):
- Koleksi Umno berpolitik dalam surau/masjid! (bukti bergambar)



Wajah munafik: Koleksi Umno berpolitik dalam surau/masjid! (bukti bergambar)


Gambar di atas menunjukkan sebuah masjid, bukan sahaja dijadikan tempat untuk menggantung banner Umno/BN di pagar kawasan masjid, malah bendera BN turut digantung di tingap2 masjid..mentang2 mereka kerajaan, maka ianya halal bagi mereka...

Gambar UMNO berak merata-rata. Apa kata Sultan & Mufti

Tengok sendirilah. Kalau bagitau kata orang PAS suka memfitnah. Derhaka Sultan. Jahil, tak ikut mufti dan macam-macam lagi. Tengoklah gambar-gambar pemimpin UMNO yang ‘kencing’ muftinya sendiri.

Berak merata ditengah jalan. Bukannya mengaku tetapi sibuk menuduh orang lain.! UMNO sila cermin muka tu dulu. Jangan lebih sudu pada kuah.



1. Datuk Seri Najib Tun Razak berceramah di Masjid Kampung Sungai Miang, Pekan, Pahang. Takkan dalam Masjid PM? Hormatlah sikit fatwa Tan Sri Harussani tu.



2. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir (kiri) menyampaikan sumbangan kepada orang-ramai di Masjid Kampung Kepayang Fair Park, Ipoh. Aik, takkan kat Perak sendiri tak hormat fatwa Tan Sri Harussani. Ini bukan politik kot Cuma dihadiri saje oleh orang politik. Takde niat politik pun!


3 . HISHAMMUDDIN pada sidang media di Masjid Jumhuriah, Taman Datuk Harun, Petaling Jaya, semalam. Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom; Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop. Bercakap tentang ibadah ke pentadbiran negara? Tak politik ke tu?


4. Gambar yang kelihatan YB Dato' Seri Utama Dr Rais Yatim, Ketua UMNO Bhg Jelebu sedang berucap dalam Masjid Amar Penghulu, Jeleb. Kelihatan juga duduk bersila dari kiri ke kanan ialah: YBhg Datuk Haji Jalaluddin Haji Alias, Timbalan Ketua UMNO Bhg Jelebu; Tuan Stapa (Ketua Polis Daerah Jelebu); Tuan Imam Masjid Amar Penghulu: Tuan Habibbullah (Pegawai JASA Daerah Jelebu / Ketua Penerangan UMNO Bhg Jelebu); dan Tuan Abd Hamid Othman (Pengarah JASA NS / Setiausaha UMNO Bhg Jelebu). Menteri yang jaga undang-undang siber ni. Kena tangkap ke ni?..lihat di SINI...


5. Saudara Khairy Jamaluddin Abu Bakar selaku Ketua Pemuda UMNO Malaysia merangkap Ahli Parlimen Rembau telah hadir dan memberi ceramah di Masjid An-Nur Pekan Rembau. Aik tak cukup lagi TV dan Radio?



Sdr. Khairy di Taman Rembau Utama. Berkempen ke?


6 . Turut dihadiri Pengerusi Perhubungan UMNO Johor selaku MB Johot bersama isteri. Beliau memberi ucapan kepada orang miskin sempena majlis penyampaian golongan miskin, pelajar yatim dan ibu tunggal melalui 138 cawangan UMNO dari seluruh parlimen Ledang. Majlis itu adalah anjuran UMNO di Masjid al-Taqwa Tanjung Gading Barat, Ledang.


Datin Paduka Prof Dr Jamelah Ariffin isteri MB Johor turut serta memberi sumbangan. Kalau ye pun tutuplah aurat elok-elok dalam masjid tu. Dah le tak ikut mufti, lawan syariat lagi.


7 . Datuk Khaled Nordin menghadiri majlis anjuran Biro Agama UMNO Bahagian Pasir Gudang diadakan dalam Masjid Al-Muhajirin Bandar Masai. dengan kerjasama Jawatankuasa Masjid Al-Muhajirin.


8. Program UMNO Merbok di Masjid Taman Ria Jaya. Ucapan Dato' Haji Tajul Urus B. Hj. Mat Zain yang merupakan Ketua UMNO Bahagian Merbok


9. YB Shahidan Kassim turut berceramah. Macam baru balik Mekah. Tazkirah bab arak dan judi haram ke?


10. Di PETAGAS, Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Yahya Hussin (gambar atas) menyerahkan bantuan bakul makanan kepada 70 warga tua, miskin dan sakit dari Mukim Petagas di Masjid Al-Jannah. Siap dengan beg lambang UMNO dan Dacing. Ini guna masjid ke?


11. Aik Puteri UMNO pun tak ketinggalan. Aurat pun tak tertutup elok. Orang bukan Islam tau menutup auratnye apabila mengunjungi rumah ibadat orang Islam. Maaf! Mungkin non muslim kot. Program kemasyarakatan bertempat di Masjid al-Falah Karamunting, Sandakan.


12. Felda Tunggal, YB Dato Sri Dr Azalina Dato Othman Said Ahli Parlimen Pengerang merangkap Ketua UMNO Bahagian Pengerang telah menghadiri majlis anjuran bersama UMNO Bahagian Pengerang, Unit Seranta Felda Negeri Johor, FELDA Wilayah Johor Bahru, JKKK FELDA Tunggal dan Badan Kebajikan Surau FELDA Tunggal di masjid Felda Tunggal. Istiqamah tidak menutup aurat. Tak berani tegur ke?



13. Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam berucap dalam majlis anjuran Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan di Masjid Salahuddin Al-Ayyubi, Taman Melati, Wangsa Maju.


Menurutnya, UMNO senantiasa menggalakkan kerja-kerja ibadat seperti menyalurkan bantuan pada mereka yang susah serta mengatur aktiviti membela sesama Islam di bulan Ramadhan ini dan memuji UMNO Wilayah Persekutuan kerana membelanjakan RM130 ribu bagi membantu mereka yang memerlukan di seluruh bahagian UMNO dalam Wilayah Persekutuan. Dalam pada itu, beliau yang juga Naib Presiden UMNO Malaysia mengucapkan terima kasih pada Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan kerana membantunya sehingga dapat menduduki salah satu kerusi Naib Presiden UMNO dalam pemilihan lalu.

Hampir 3000 orang membanjiri kawasan masjid itu. bersama para pemimpin UMNO. Kelihatan bersama di majlis itu, Ketua Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan Datuk Zulhasnan Rafique, Timbalan Badan Perhubungan Senator Datuk Kamarudin Ambok, Setiausaha Senator Datuk Rizuan Abd Hamid, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan Datuk Paduka Mohd Norza Zakaria, Ketua Wanita Datuk Seri Shahrizat Abd Jalil, Ketua Puteri Azlinda Mohd Rashad dan ketua-ketua UMNO Bahagian, Pemuda, Wanita, Puteri serta ahli-ahli jawatankuasa masing-masing.



Turut hadir Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Ruslin Hasan dan Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Haji Che Mat Che Ali. Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan Datuk Zulhasnan Rafique ketika berucap melahirkan rasa syukur beliau kerana kejayaan Datuk Seri Shahrizat Jalil menganjurkan majlis tersebut.



14. Majlis anjuran UMNO Bahagian Bagan telah diadakan di Masjid At Taqwa, Mak Mandin. Ketua UMNO Bahagian Bagan, Datuk Abdul Latiff Mirasa kelihatan bersama orang-ramai. YAB Datuk Seri Mohd Ali Rustam, Ketua Menteri Melaka dan ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang, saudara Norman Zahalan juga turut hadir.



15. Hingga ke Sarawak, Program “Jom Berambeh” YB Datuk Hjh Rohani Hj Abdul Karim, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia dan diadakan untuk mendekatkan dan memudahkan penduduk di kawasan Parlimen Batang Lupar. Siap salam sama Tok Imam ke? macam nak angkat nikah je YB?

Cukuplah. Terlalu banyak sangat. Semuanya bagaimana tanda UMNO-BN cakap tak serupa bikin. Bagi Pas Islam tidak boleh dipisahkan. Tiada istilah politik suku agama suku.


Kredit pd ustsaifulbahri

Artikel berkaitan (mesti baca dan sebarkan):
1. Tidak boleh berpolitik di dalam masjid?...ini apa?
2. Cakap tak serupa bikin: Lagi bukti Umno salahguna masjid untuk tujuan politik sempit mereka
3. Umno: Berpolitik dalam masjid tak boleh, konsert depan masjid boleh..(video inside)
4. Umno hina titah Sultan: Lagi kes Umno salahguna masjid demi tujuan politik kepartian!
5. GEMPAR: Umno Kuala Langat anjur program 'maksiat' di rumah Allah!..(video inside)
6. Umno/BN berpolitik dalam masjid: Bawa calon MIC masuk dalam ruang utama solat!
7. TERBARU: Lagi bukti bergambar Umno berpolitik dalam kawasan masjid!
8. BONGKAR! Bukti jelas Umno berpolitik dalam masjid: Wujud dana JIHAD menentang PAS!
9. TERDESAK tarik pengundi Melayu: Umno sedia gadai prinsip benarkan politik di Masjid

Juga boleh lihat di sini:
- Pendedahan oleh Khalid Samad, non-muslim masuk masjid dan berpolitik!

p/s: Entry khas ini (Umno berpolitik dlm masjid) akan sentiasa dikemaskini, insyaAllah...



GALAS...BERITA NI BENAR ATAU TIDAK....NILAILAH SENDIRI....

TERDESAK: Akibat ceramah tidak dapat sambutan, penceramah Umno ganggu program PAS!



"Hanya 12 orang yang hadir pada ceramah itu termasuk enam orang Puteri Umno, selebihnya anggota keluarga pemilik rumah terbabit serta jiran tetangganya walaupun pengerusi majlis mendakwa kehadiran melebihi 50 orang."

Program Kerajaan Negeri dicemari gangguan UMNO

Satu program kerajaan negeri yang telah diurusetiakan oleh Urusetia Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan iaitu "Jom Tengok Wayang dan BBQ Bersama Anak Muda" pada malam semalam telah dicemari gangguan oleh pihak UMNO.

Mereka secara tiba-tiba memasang lagu-lagu patriotik termasuk lagu UMNO serta mengadakan ceramah di dalam sebuah rumah kedai yang betul-betul berhadapan dengan khemah program kerajaan negeri.

Ketika para penduduk mula membanjiri kawasan program kerajaan negeri, pihak UMNO sengaja memasang lagu-lagu mereka dengan kuat. Walau bagaimanapun, lagu-lagu tersebut diberhentikan sebaik sahaja pihak penganjur program mula memasang bacaan ayat-ayat suci Al-Quran.

Sebaik selesai ucapan daripada Ustazah Nuridah Salleh, Ketua Muslimat PAS Pusat, sekali lagi mereka memasang lagu-lagu patriotik dengan kuat.









Pihak urusetia tetap meneruskan tayangan filem "Ketika Cinta Bertasbih 2" dan cuba untuk menguatkan sistem audio.

Tiba-tiba, pihak UMNO memulakan ceramah kempen di premis berkenaan yang hanya ditonton oleh 10 orang penyokong UMNO. Mereka meninggikan suara dan berceramah dalam nada bertempik bagi melawan tayangan yang sedang berlangsung.

Kelihatan sebuah van dan kelengkapan audio yang besar dan gah seolah-olah mahu mengadakan program yang besar dan hebat, sebaliknya hanya dihadiri oleh penyokong yang terlalu sedikit bilangannya.

Kedengaran dalam ucapan salah seorang penceramah mereka berkata bahawa pihak mereka mendapat maklumat program kerajaan negeri hanyalah BBQ sahaja dan bukannya melibatkan tayangan filem sedangkan sepanduk-sepanduk yang digantung oleh pihak urusetia jelas tertera perkataan "Jom Tengok Wayang dan BBQ Bersama Anak Muda"

"Biasa la musim pilihan raya ni bertembung program, masing-masing mahu berkempen," kata pihak UMNO.

Kelihatan juga 2 orang penyokong UMNO yang mengangkat 2 pembesar suara ke atas bumbung van dengan tujuan menghalang audio tayangan filem yang sedang berlangsung.



Para penonton tetap tidak berganjak dan meneruskan tontonan filem. Sesekali kelihatan para penonton bangun dan berpaling ke arah premis berkenaan dengan riak muka yang geram dan tidak puas hati kerana mengganggu perhatian mereka terhadap filem yang sedang ditonton.

"Akak tak tahu pun tentang ceramah UMNO akan diadakan di sini malam ni, yang akak tahu ada tayangan filem dan BBQ. Nampak sangat ceramah ini tidak dirancang awal sebaliknya sengaja diadakan bagi mengganggu program kerajaan negeri," kata salah seorang penduduk yang turut serta menonton filem yang ditayangkan apabila ditanya oleh pihak kami yang berada di sana mengenai ceramah yang diadakan oleh pihak UMNO.

Seorang lagi penduduk kampung ketika diminta memberi komen terhadap apa yang sedang berlaku mengatakan bahawa UMNO seolah-olah mahu menumpang program PAS yang nyata mendapat sambutan yang jauh lebih baik. Mereka seolah-olah berceramah kosong yang hanya banyak mengutuk dan memperlekehkan PAS.



Mereka memainkan isu yang mana segala pembangunan dibuat oleh UMNO. Hal ini jelas menunjukkan mereka tidak faham bahawa pembangunan itu adalah sememangnya menjadi tanggungjawab kerajaan yang memerintah bukannya parti.

Salah seorang penceramah mereka melaungkan "4 Oktober ni undi???" lantang dijawab oleh penyokong-penyokong PAS yang sedang menonton tayangan filem, "undi Bulan".

Tidak lama kemudian, Pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) datang ke tempat program dan meminta pihak Umni telah diminta beredar kerana ceramah tersebut tidak mempunyai permit.

Mereka mengakhiri ceramah yang tidak mendapat sambutan itu dengan 3 kali laungan "Hidup UMNO" dan 1 kali laungan "Mampus PAS". Dalam masa yang sama di luar bangunan kedai tersebut, kedengaran laungan takbir oleh ratusan penyokong PAS yang sedang menonton tayangan filem.

Tayangan filem islamik yang hebat daripada Indonesia itu diteruskan sehingga habis dalam keadaan yang kembali aman dan tenteram. - n45galas.pas.org

Berita berkaitan..

Umno terdesak ganggu program PAS

GUA MUSANG, 2 Nov - Gara-gara ingin mengganggu-gugat program Jom Tengok Wayang dan BBQ Bersama Anak Muda, ceramah mini anjuran Umno yang diadakan di hadapan program terbabit di Sungai Terah dihalang SPR malam tadi.

Hanya 12 orang yang hadir pada ceramah itu termasuk enam orang Puteri Umno, selebihnya anggota keluarga pemilik rumah terbabit serta jiran tetangganya walaupun pengerusi majlis mendakwa kehadiran melebihi 50 orang.



Kira-kira 10 minit tayangan filem Ketika Cina Bertasbih ditayangkan, ceramah mini Umno pun bermula dengan menggunakan pembesar suara yang lebih lantang berbanding program anjuran Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri itu.

Bagaimanapun, tidak sampai setengah jam, ceramah yang hanya dihadiri 12 orang, termasuk enam orang Puteri Umno selebihnya anggota keluarga dan jiran terdekat terpaksa dihentikan dengan arahan SPR.

Tindakan itu dilakukan SPR memandangkan pihak terbabit tidak mempunyai permit sebagaimana yang ditetapkan.

Sepanjang ceramah itu berlangsung, golongan muda yang rata-ratanya terdiri dari pengundi ‘bertakbir’ beramai-ramai sewaktu pemimpin mereka berceramah yang kebanyakkannya menyelar pimpinan PAS dan kerajaan negeri Kelantan.

Gangguan ceramah PAS sejak akhir-akhir ini berlaku hampir setiap malam apabila dianya diadakan di tempat yang sama dengan program PAS.

Pada malam sebelumnya kejadian yang serupa berlaku pada majlis ceramah PAS yang diadakan di Ladang Chin Tek.

Kejadian berlaku apabila majlis ceramah PAS disampaikan oleh Datuk Nasharuddin Daud, di mana Umno memasang karaoke dengan tujuan untuk mengganggu ceramah PAS. - n45galas.pas.org

JUJURLAH....SIKAP JUJUR DAN AMANAH ....ALLAH AKAN BERI RAHMAT....

Galas: BN di depan, majoriti belum buat keputusan
Harakahdaily

SHAH ALAM, 2 Nov: Kajian lapangan yang dijalankan oleh Ilham Centre pada 29 hingga 31 Oktober mendapati BN mendahului PAS sebagai parti yang akan memenangi pilihan raya ini iaitu 22 peratus manakala PAS 15.6 peratus namun 54.1 peratus lagi respondan tidak membuat kenyataan pasti.

Ilham Centre, sebuah firma penyelidikan lapangan bebas, menemui bahawa jumlah pengundi yang meletakkan jawapan TIDAK PASTI dalam jangkaan parti mana akan menang adalah paling tinggi berbanding kawasan lain dalam beberapa siri pilihan raya kecil sebelum ini terutama dalam saat hampir dengan tarikh pengundian.

Jumlah pengundi ini boleh ditafsirkan sebagai pendirian berhati-hati dan mengambil pendirian tunggu dan lihat. Ini juga dilihat menyediakan peluang terbuka kepada kedua parti ini untuk berusaha meyakini dan memenangi hati pengundi untuk parti masing-masing menang dalam pilihan raya ini.

Dapatan kajian lapangan di kalangan pengundi di DUN Galas mendapati bahawa pengundi terlalu berhati-hati dalam menyatakan kecenderungan pola pengundian mereka.

Namun begitu, hasil kajian ini tidak perlu dirungsingkan sangat oleh PAS kerana 45 peratus respondan adalah ahli Umno berbanding dengan 20 peratus PAS dan PR dan 35 peratus lagi pengundi atas pagar.

Berikut adalah sebahagian ringkasan eksekutif yang dibuat oleh penal penyelidik Ilham Centre terhadap kajian mereka ini.

Jika diamati pada dapatan kajian, kebanyakan pengundi mengambil pendirian tunggu dan lihat “tawaran politik” oleh kedua-dua parti yang bertanding. Ini merujuk kepada soalan kepada mereka mengenai parti mana yang akan menang dan jawapan kepada numerator kebanyakannya memilih TIDAK PASTI akan mengundi siapa dan TIDAK RESPON sebagai tanda menyembunyikan pendirian politik mereka begitu tinggi.

Ini juga memperlihatkan satu trend menarik pengundi yang mana pendirian mereka yang memerlukan komitmen politik oleh kedua-dua parti dalam survival kehidupan mereka.

Mereka memerlukan PAS untuk menyelesaikan persoalan yang melibatkan bidang kuasa kerajaan negeri seperti pemilikan tanah, peluang pekerjaan, keperluan infrastruktur seperti air dan perparitan dan sebagainya.

Mereka juga masih memerlukan BN bagi pihak kerajaan persekutuan bagi menyelesaikan keperluan dan bantuan pertanian seperti baja, kemudahan infrastruktur dan pembangunan dalam cakupan kuasa federal kerana corak majoriti pengundi merupakan petani.

Maka, ILHAM dapati, dilema pendirian ini menyebabkan mereka mengambil pendirian berhati-hati sebelum menterjemahkan sokongan politik mereka kepada calon dan parti yang bertanding.

Mereka juga dilihat seolah-olah cuba mengelak daripada dilabel sebagai memihak dan berusaha menyembunyikan pendirian politik mereka dikhuatiri akan menjejaskan peluang untuk mendapatkan tuntutan setempat mereka.

Kajian ini dilaksanakan bagi melihat empat asas utama dalam kerangka pilihan raya iaitu, menilai sikap pengundi terhadap calon yang bertanding, mengetahui isu yang mempengaruhi undi, mengukur kekuatan jentera parti pada persepsi pengundi dan parti manakah pada pengamatan mereka akan memenangi dalan pilihan raya ini.

1. Populariti calon PAS melebihi calon UMNO

Calon PAS, Dr Zulkifli Mohamad dilihat lebih dikenali di kalangan pengundi berbanding calon BN. Merujuk kepada soalan mengenai calon yang mereka kenali, sejumlah 60 peratus pengundi yang ditemubual mengakui mengenali calon PAS ini. Ini kerana beberapa faktor antara yang jelas ialah, Dr Zulkifli ini pernah bertanding sebagai calon Parlimen pada pilihan raya lepas. Ini sebenarnya boleh ditafsirkan sebagai kelebihan kepada jentera PAS berbanding BN. Namun begitu, calon UMNO/BN mengekori rapat dengan 56.7 peratus popular di kalangan pengundi.

2. Isu Tanah dan Infrastruktur tidak lengkap membelit kempen PAS.

Dalam dapatan kaji selidik menunjukkan bahawa isu pemilikan tanah agak kritikal dibangkitkan oleh pengundi terutama di Daerah Mengundi Kampung Pulai, Batu Papan, Lepan Tupai dan Sungai Terah. Isu tanah diwakili peratusan tertinggi isu utama bagi pengundi Galas iaitu sebanyak 56.5 peratus Rungutan infrastruktur yang kurang memuaskan sebanyak 45 peratus.

Merujuk kepada isu tanah, di Kampung Pulai misalnya, permintaan pengundi Cina Peranakan terhadap status tanah yang diterokai mereka masih belum jelas status hak milik menyebabkan pendirian politik mereka agak dingin. Ini sedikit memberi tekanan dalam kempen PAS, kerana pengundi di sini ingin melihat penyelesaian konkrit dalam permasalahan ini.

3. Jentera tempatan tidak kelihatan, didominasi jentera luar dan kekuatan hampir seimbang antara kedua parti.

Sepanjang pemerhatian lapangan, kempen menerusi jentera mahupun program kerajaan agak kurang meriah berbanding beberapa siri pilihan raya kecil yang lain. Jentera kedua parti yang bertanding kelihatan sukar menghidupkan pos-pos bertugas parti. Kebanyakannya digerakkan oleh jentera daripada luar Galas. Namun, jika dibandingkan, jentera PAS dilihat lebih komited dan agresif berbanding jentera UMNO/BN setakat tempoh kajian lapangan ini dijalankan.

4. Kesimpulan

Dari hasil kajian lapangan di atas bolehlah di buat kesimpulan bahawa setakat tempoh berkempen ini, bacaan sikap pengundi atas pagar, dan orang asli adalah penentu kejayaan calon UMNO/BN untuk menang. Manakala PAS perlu mengekalkan momentum kejayaan pada pilihan raya lepas dengan mengekalkan sokongan pengundi Cina di kawasan Bandar, bergantung kepada pengundi luar Galas serta memenangi hati pengundi UMNO/BN yang kecewa dengan kerajaan persekutuan.

ILHAM melihat, dalam fasa akhir kempen yang berbaki 2 hari lagi, peluang kedua parti untuk menang masih terbuka luas dengan syarat jentera harus agresif meyakinkan pengundi.

Latar belakang kajian lapangan “Tinjauan Awal Perspektif Umum dan KecenderunganTrend Pengundian di N31 Bagan Pinang”.

• Para pengundi berdaftar dan penduduk di N31 Bagan Pinang dipilih menerusi kaedah pemilihan berstruktur dan ditemubual (interviews) di samping pemerhatian secara terus dan penglibatan di lapangan (survey by direct and participant observation).

• Responden terdiri daripada 81.0 peratus pengundi Melayu dan 19.0 peratus Cina. Orang Asal tidak termasuk dalam kajian lapangan ini.. Respondan dipilih berdasarkan komposisi kaum dan lokaliti Unit Peti Undi (UPU) mengikut saluran di tempat itu.

• Persampelan dibentuk dengan mengambilkira jumlah pengundi berdaftar/ penduduk di setiap DUN dalam N45 Galas berasaskan parti, pecahan kaum, UPU, lokaliti kawasan, jantina, umur dan pekerjaan.

• Kawasan/lokaliti kajian adalah sekitar Galas yang melibatkan kawasan bandar dan luar bandar di 7 buah Unit Peti Undi (UPU) (Lepan Tupai, Batu Papan, Kampung Pulai, Sungai Terah, Bandar Lama Gua Musang, Bandar Baru Gua Musang dan Kampung Bharu)

• Temubual dan observasi dijalankan dari 29 hingga 31 Oktober 2010

• Ralat bagi kaji selidik ini adalah ±3.25 peratus.

Mengenai ILHAM CENTRE (KT0211031-M)

ILHAM Centre ditubuhkan pada 2006 sebagai sebuah firma penyelidikan bebas yang menumpukan pengkhususan dalam kajian lapangan. Fokus dan tumpuan penyelidikan berasaskan kajian lapangan mengambil kira pendekatan sepertimana kaedah penyelidikan akademik di peringkat pengajian tinggi. Penyelidikan pandangan awam yang dilakukan menerusi kaji selidik lapangan dalam bidang politik, ekonomi, sosial dan kemasyarakatan dan kajian dasar.

Ilham Centre dibarisi oleh para pengkaji sosial yang mempunyai kepakaran di dalam bidang sains politik, politik antarabangsa, ekonomi dan kewangan, sains kemasyarakatan dan juga kajian dasar.

ILHAM Centre yakin bahawa sebuah negara yang maju harus didukungi dengan fakta dan statistik. Usaha ini juga bagi meletakkan harapan untuk menyumbangkan kepakaran untuk mengangkat tamadun Malaysia yang didasari dengan penggubalan dasar berdasarkan suara rakyat terbanyak.

Sekian, terima kasih.
Di sediakan oleh:
Panel Penyelidikan ILHAM Centre



Tok Guru Islamkan 3 Orang Asli
IT PAS
GUA MUSANG, 2 Nov:- "Aku bersaksi tiada tuhan selain Allah dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah," demikian kalimah syahadah yang telah dilafazkan oleh tiga orang penduduk asal Kampung Sandrop dalam Program Muhibbah Menteri Besar Kelantan bersama Masyarakat Orang Asal semalam.


Majlis pengislaman mereka yang dihadiri lebih daripada 300 orang penduduk asal menjadi lebih bermakna apabila ucapan lafaz syahadah mereka dipimpin oleh YAB Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Bentara Setia Nik Abdul Aziz Nik Mat sendiri dan disaksikan oleh calon PAS, Dr Zulkefli Mohamed dan turut hadir pada majlis itu adalah Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah dan Exco kerajaan negeri, Abdul Fattah Mahmood dan Dr. Hatta Ramli, Ahli Parlimen Kuala Krai.

Ketiga-tiga saudara baru itu, Hashim Along, 32, Ramle Sabri, 20 dan Asot Jeli adalah berasal dari Kampung Sandrop juga.

Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan diiringi calon PAS juga sempat meluangkan masa menziarahi Keluarga arwah Salmah Bt. Uda, 43 tahun yang meninggal pada Jumaat lalu.

Suami arwah, Alim Akai, 49 tahun yang terkejut dengan ziarah itu menyambut baik kunjungan Tok Guru dinasihati agar bersabar dan turut diberi sumbangan peribadi oleh beliau.

Calon PAS yang merupakan seorang doktor, sempat memberi penerangan ringkas mengenai bahaya penyakit stroke dan darah tinggi


Tun Salleh dipecat kerana Ku Li?
Ahmad Lutfi Othman

Catatan Hujung

Kes pemecatan Tun Salleh Abas, bekas Ketua Hakim Negara dan dua lagi bekas Hakim Mahkamah Agung, Wan Sulaiman Pawanteh dan George Edward Seah Kim Seng, 22 tahun lalu, adalah babak paling hitam dalam sejarah badan kehakiman negara kita. Bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad bertanggungjawab sepenuhnya dalam tragedi yang begitu memalukan itu.

Pakar Perlembagaan, Prof Abd Aziz Bari baru-baru ini mengaitkan kes pemecatan Tun Salleh ada kaitan dengan petaka mutakhir ini, termasuk yang menyebabkan pelabur asing tidak memilih Malaysia dan negara mendapat tempat yang corot dalam liga ketelusan dan anti-rasuah dunia.

Tulisan ini cuba menjelaskan mengapa Mahathir begitu beria-ia mahu memecat Tun Salleh, sekali gus meletakkan imej badan kehakiman kita begitu buruk sekali.

Tun Salleh dipecat pada 8 Ogos 1988, manakala Wan Sulaiman dan George Seah pada 7 Oktober. Ia semata-mata bagi menyelamatkan kerjaya politik Mahathir sebagai Presiden Umno, yang ketika itu dalam keadaan cukup kritikal, ekoran kemenangan tipisnya menewaskan Tengku Razaleigh Hamzah, dengan hanya majoriti 43 undi, pada pemilihan 24 April 1987, dipersoal di mahkamah.

Seramai 11 penyokong Ku Li mengemukakan kes ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di bawah Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas, di mana hanya terdapat seorang hakim, Harun Hashim. Mereka membawa bukti terdapat perwakilan haram yang mengundi, dan ini boleh menyebabkan pertandingan itu tidak sah dan terbatal. Isu itu sebenarnya sudahdirujuk kepada Setiausaha Agung Umno, Sanusi Junid sebelum pemilihan tetapi ia tidak dilayan.

Yang peliknya, Mahathir mengarahkan peguamnya, Sri Ram, membuat perakuan di mahkamah bahawa Umno memang mempunyai cawangan yang ditubuhkan tanpa kelulusan Pendaftar Pertubuhan, yakni cawangan haram. Dengan itu Harun Hashim tidak mempunyai pilihan lain kerana tertakluk kepada tuntutan Seksyen 12(1) dan Seksyen 12(3) Akta Pertubuhan. Lalu, pada 4 Februari 1988, Umno - seperti yang dikehendaki Mahathir - diisytiharkan pertubuhan haram.

Berpura-puralah Mahathir mengecam Harun Hashim seolah-olah beliau begitu terkejut dan amat tidak bersetuju dengan penghakiman itu. Buat seketika dunia diperbodohkan seolah-olah mahkamah di Malaysia membuat keputusan yang tidak menyebelahi Mahathir, walhal itulah yang dikehendakinya. Motif Mahathir untuk mengharamkan Umno lebih jelas apabila beliau sebagai Menteri Dalam Negeri tidak menggunakan kuasanya seperti diperuntukkan Seksyen 70, yang menegaskan menteri boleh atas budi bicaranya dengan bertulis membuat pengecualian ke atas mana-mana pertubuhan dari mematuhi mana-mana satu atau semua peruntukan dalam Akta Pertubuhan.

Mahathir mahu membentuk satu parti baru, yang namanya seakan-akan sama dengan Umno, kalaupun tidak serupa, dengan keahlian dan aset parti lama (melalui pindaan Akta Pertubuhan, Mac 1988), tapi serentak dengan itu dapat memastikan seteru politiknya, seperti Ku Li dan pengikutnya, dikeluarkan secara automatik.

Pada 8 Feb 1988, Mahathir mendaftarkan parti baru, Umno 88. Pada masa sama, satu lagi parti baru, Umno Malaysia didaftarkan bagi pihak Ku Li. Pihak Pendaftar Pertubuhan kemudiannya menolak permohonan kedua-dua pihak, atas alasan pengharaman Umno pada masa itu belum digazetkan lagi. Beberapa hari kemudiannya Umno Barudidaftarkan dengan nama Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (Baru) ataupun Umno.

Bulan berikutnya Akta Pertubuhan dipinda bagi menjayakan strategi Mahathir seterusnya. Diperuntukkan bahawa satu pertubuhan baru yang kebanyakan ahlinya daripada satu pertubuhan yang diharamkan boleh mengambil alih harta, wang dan juga tanggungan pertubuhan yang diharamkan itu.

Kumpulan 11 tidak berpuas hati dengan keputusan Harun Hashim dan mengemukakan rayuan ke Mahkamah Agung. Mahathir arif benar, majoriti hakim Mahkamah Agung ketika itu tidak dapat dipengaruhinya. Keputusan yang amat ditakuti Mahathir adalah Umno akan dihidupkan semula, cuma pemilihannya sebagai Presiden Umno dibatalkan. Walaupun peruntukan akta memang menjelaskan Umno ketika itu boleh diharamkan tetapi hakim dikatakan boleh membuat keputusan lain memandangkan pesalah (Mahathir) mendapat manfaat besar daripada kesalahannya sendiri.

Logiknya, seseorang pesalah tidak boleh mendapat keuntungan atau manfaat daripada kesalahan yang sengaja dilakukannya, malah dia sepatutnya dihukum. Pihak yang sengaja membiarkan ada cawangan haram adalah pihak Mahathir sendiri, dan mereka juga yang membuat perakuan bagi "memaksa" hakim mengharamkan Umno.

Apabila Umno diharamkan, terbukti bahawa yang mendapat keuntungan besar adalah pihak yang menyebabkan Umno itu diharamkan. Justeru, hakim tidak boleh membuat keputusan mengharamkan Umno kerana ia hanya menguntungkan pihak Mahathir. Dengan itu, keputusan perbicaraan yang memihak Mahathir itu harus dibatalkan kerana ia bercanggah dengan prinsip "keadilan semulajadi".

Mahathir sedar, dengan popularitinya berada pada tahap paling rendah dan taktik kotornya didedahkan, jika ada pertandingan semula besar kemungkinan besar Ku Li boleh mengecewakannya. Walaupun ramai pesalah terpaksa menunggu keputusan "hidup atau mati" di depan hakim, Mahathir tidak sanggup menanti takdir.

Tun Salleh mengarahkan sembilan hakim mendengar perbicaraan bersejarah itu. Implikasi arahan ini amat disedari Mahathir. Tujuh hakim Mahkamah Agung waktu itu (Tun Salleh, Eusoffee Abdolcadeer, George Seah, Wan Azmi, Wan Hamzah dan Lee Hun Hoe) diketahui umum sedia membuat keputusan yang tidak selari dengan kehendak Mahathir jika itulah yang dituntut keadilan.

Pilihan Mahathir terbatas. Tun Salleh mesti disingkirkan dengan apa jua cara. Tetapi masalah belum selesai dengan pemecatan Tun Sallah. Sembilan hakim yang majoritinya sukar "dikawal" itu tetap boleh mendengar rayuan tadi. Bukan saja Tun Salleh mesti dipecat, arahannya juga mesti "tidak boleh dilaksanakan".

Kebetulan waktu itu Syed Agil Barakbah bersara dari Mahkamah Agung dan mewujudkan satu kekosongan. Mahathir segera mengeksploitasi keadaan itu dengan menaikkan pangkat Harun Hashim daripada Hakim Mahkamah Tinggi menjadi Hakim Mahkamah Agung.

Sekali lagi dunia tertipu apabila dicanang kenaikan pangkat Harun Hashim itu menandakan mahkamah Malaysia begitu bebas. Masakan tidak, seorang hakim yang mengharamkan Umno pun boleh dinaikkan pangkat. Walhal Mahathir melantiknya bagi menggagalkan arahan Tun Salleh agar sembilan hakim mendengar rayuan Umno 11.

Sebagai hakim yang mendengar kes itu di Mahkamah Tinggi, Harun Hashim tentu hilang kelayakan mendengar rayuan kes sama. Tinggal lapan yang layak, sedangkan hanya tujuh (angka ganjil) yang dikehendaki. Arahan Tun Salleh tidak boleh dilaksanakan lagi. Dengan itu, penggantinya, Abdul Hamid Omar (yang menjadi pengerusi tribunal memecatTun Salleh) boleh merombak komposisi hakim yang difikirnya sesuai untuk mendengar rayuan berkenaan.

Dengan membariskan Harun Hashim bersama hakim-hakim Mahkamah Agung, Mahathir meletakkan beliau dalam kedudukan lebih nutral. Sebagai Hakim Mahkamah Agung, Harun Hashim tidak boleh membuat keputusan bersendirian, seperti ketika berada di Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas, Mahkamah Tinggi, melainkan bersama-sama, sekurang-kurangnya dua orang hakim yang lain.

----
Artikel ini disunting secara bebas daripada tulisan yang pernah disiarkan pada Nov 2008. Ahmad Lutfi bersama seorang peguam menulis buku berkaitan pemecatan Tun Salleh Abas, berjudul "Islam, Kehakiman dan Kediktatoran" (Penerbitan Pemuda, 1989)



Galas: PAS tak bina menara 100 tingkat
Nik Nasri Malek

Peluang berada di Galas sempena pilihanraya kecil Dun Galas tak lama. Bertolak dari Kemaman dengan Innova Maznan 11.40 pagi dan tiba di Batu Papan, Gua Musang 5.30 petang lebih kurang. Jalan berlubang selepas Kenyir, Felda Aring melambatkan perjalanan. Lori-lori mengangkut balak banyak menyumbang kepada cepatnya jalan berlubang. Bawa keluar balak semuanya ikut prosedur? Atau ada yang ‘berlubang’ juga? Ada iman, amanah insya Allah tapi kalau tiada, maka akan banyaklah berlubang hutan nanti.

Suasana meriah pilihanraya menanti di Gua Musang. Nama Ku Li barangkali lebih istimewa di Gua Musang dari nama Najib. Kain rentang BN ‘Ku Li jaga hak kita’ menamakan Ku Li mengatasi nama Najib. Gambar Najib pun hanya menumpang di sebelah gambar Ku Li. Billboard besar calon PAS Dr Zul bersama Tok Guru MB mencuri pandangan di simpang lampu isyarat. BN banyak menaikkan papantanda jasa pembangunan yang dibuat.

Satu papantanda BN bertanya: ‘PAS buat apa?’. Pembangunan bagi BN bermakna menara 100 tingkat. Pembangunan bagi BN bererti banyak kelab malam. BN buat tak tahu selama 20 tahun PAS memerintah Kelantan, segala ‘mok nenek’ pembangunan telah dibuat. Bacalah papantanda besar di Kota Bharu apa yang telah dibuat, kalau tak mahu baca Harakah pun. Papantanda ‘Jasa penyelewengan’ tidak dinaikkan. Pemerhatian saya PAS agak lambat menjawab isu pembangunan dalam bentuk papantanda. Mungkin difikirkan ia tidak menjadi isu atau tidak memberi kesan kepada pengundi. Tetapi sekurang-kurangnya ada jawapan dalam bentuk papantanda.

Sampai di Gua Musang, petugas PAS Kemaman membersihkan sebuah surau di satu kawasan tengah bandar Gua Musang. Surau yang tak dimakmurkan. Satu soalan untuk ahli PAS di situ (?) PAS Kemaman menyewa sebuah rumah kecil di tepi belukar di Batu Papan. Agak jauh dari penempatan, tapi barangkali itulah yang sempat dicari. Bilik air hanya bertirai kain. Kena berdehem acapkali.

Saya berkuliah Maghrib di surau di taman almarhum YB Chek Hashim tinggal. Ahli jemaah setempat tak ramai. Campur dengan petugas pilihanraya baru agak ramai. Kuliah tentang ‘Membangun Bersama Islam’, mulai zaman Nabi Muhammad SAW yang mengajak kepada Islam di Mekah hinggalah membangunkan masyarakat dan negara di Madinah. Umat berada dalam rahmat apabila Islam yang memayungi. Saya kaitkan dengan perjuangan PAS secara umum, dan khususnya selama 20 tahun PAS memerintah Kelantan. Ketika berkuliah, kelihatan seorang dua yang seperti mahu berkuliah juga. Baru tahu kemudiannya, mereka adalah mudir-mudir maahad yang bermesyuarat hari itu di Gua Musang. Nampaknya mesti ada penyelaras yang memastikan tiada pertindanan pemberi kuliah.

Selepas solat Isyak, solat hajat memohon daripada Allah kemenangan PAS dan tahlil buat arwah YB Chek Hashim. Berjamu laksa di rumah almarhum di situ. Bertemu sahabat lama ketika belajar di Jordan, Ketua Pemuda PAS Kelantan, YB Ustaz Latif. Malam itu ceramah oleh Tok Guru MB, DSAI, KM PP Lim Guan Eng. Pagi Jumaat, sekali lagi berkuliah subuh di tempat yang sama. Ayat ’sujud’ menjadi tema kuliah sempena bacaan surah as-Sajdah solat Subuh di pagi Jumaat. Sujud bukan sahaja dalam solat tapi luar solat. Sujud bukan sahaja oleh alam tapi semua manusia. Sujud bukan sahaja dalam ibadah khusus tapi termasuk kehidupan yang merangkumi sistem politik dan lain-lain.

Pagi Jumaat pusing-pusing Gua Musang. Dewan Ulama PAS Kelantan nampaknya berkampung selesa di Taman Damar. Terserempak dengan van Umno Bahagian Kemaman. Bertugas (untuk memenangkan jahiliah) di situ agaknya. Penempatan Sungai Terah agak padat. Melayu ramai di situ. Di sinikah Umno kuat? Dun Galas nampaknya boleh tahan dengan komposisi masyarakat pelbagai. Ada Melayu di taman perumahan, Melayu kampung yang sibuk menoreh. Ada yang berseloroh: ‘Macamana nak kempen? Pagi menoreh. Petang menoreh. Lepas Isyak pun menoreh!’ Ada Cina di bandar Gua Musang. Kata petugas: Cina ok. Ada orang Asal yang kami tak sempat tinjau.

Pagi Jumaat itu juga ada program Cakna Rakyat di Kampung Batu Papan. Ahli-ahli Parlimen dan pimpinan PAS Pusat ada bersama. Salahudin Ayub, Dr Zulkifli Ahmad, Dr Hatta Ramli, Hanipa Maidin sedang minum-minum di gerai sambil mendengar ‘ceramah’ Abe Jak.

Program Cakna Rakyat di Kampung Batu Papan diserikan dengan beberapa aktiviti. Ahli-ahli Parlimen dibawa melawat rumah-rumah almala’ atau pemimpin setempat di sekitar kampung itu. Kami menuruti dari belakang.

Bertembung dengan petugas Umno BN dan dari NGO- SEDAR. Saya sempat bertanya tentang kedatangan mereka. Seorang petugas menjawab: ‘Jalan tengok senario politik di sini.’ Pas di dada tertulis NGO. (NGO betul atau alat Umno?). Di sebuah Taska PERMATA di Kampung Batu Papan itu kelihatan menjadi bilik operasi Umno BN pilihanraya. Taska PERMATA diperalat dan disalahguna?

Berada di Galas dalam tempoh yang singkat tidaklah dapat mengubah senario politik dan mempengaruhi undi secara total dan drastik, tetapi itulah sebahagian dari tugasan yang dapat ditunaikan. PAS Kelantan yang sudah berkuasa 20 tahun di Kelantan sepatutnya terus dapat menguasai hati penduduk di Galas dan Gua Musang, walaupun ‘Gua’ itu menjadi kubu kuat Ku Li untuk tempoh yang sudah lama.

Nik Nasri Malek,

Kemaman, Terengganu.

* Tulisan di atas adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian Harakahdaily.net. Harakahdaily.net tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan berkenaan



Eksploitasi: Islam celaru, bukan Islam keliru
Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR, 2 Nov: Ahli Parlimen Baling, Taib Azamudden Md Taib mencadangkan kerajaan memikirkan langkah untuk mewujudkan Institut Fatwa Negara (Darul Ifta) bagi menyelesaikan segala perkara yang menimbulkan kekeliruan di kalangan umat Islam.

Taib ketika mengemukakan soalan tambahan dalam sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini mengambil contoh penganjuran pertunjukan fesyen busana muslim yang didakwa dinaungi isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang menerima bantahan daripada pebagai pihak.

"Jawapan atas kertas memang cantik tapi realiti yang berlaku dalam masyarakat sebaliknya. Contohnya penganjuran busana muslim, ada ulama dalam surat khabar kata tak haram walaupun mendedahkan aurat kerana niatnya baik,” ujarnya.

Tambah beliau, yang juga ahli jawatankuasa PAS Pusat, pelbagai kekeliruan yang timbul bukan kerana masalah perselisihan pendapat tetapi masalah dasar yang melibatkan hukum agama.

"Pelbagai hujah diberikan dan pelbagai lagi isu yang memeningkan. Yang dijelaskan Timbalan Menteri tadi iala masalah khilaf. Tapi ini masalah dasar. Sebab itu di Kaherah atau di Mesir diwujudkan Darul Ifta untuk kawal perkara ini supaya perkara dasar jangan jadi perkara khilaf. Begitu juga di Damsyik ada Darul Hadis. Di Malaysia juga ada Darul Quran. Kenapa kita tidak selaraskan perkara ini," kata beliau.

Ujarnya juga, keadaan menjadi lebih celaru apabila terdapat pihak yang mengeksploitasi keadaan untuk menimbulkan kecelaruan dalam Islam.

"Saya lihat hari ini perkara-perkara seumpama ini diambil kesempatan oleh pihak-pihak yang tak bertanggungjawab untuk mengeksploitasi suasana ini supaya menampakkan Islam itu celaru.

"Yang memalukan kita ialah kepada orang-orang bukan Islam untuk cuba memahami apa itu Islam yang sebenar. Jadi adakah kita tidak mempunyai satu langkah untuk mewujudkan Darul Ifta supaya dapat mengawal semua isu.

"Kita tak mahu agama dipolitikkan. Menteri jawab semata-mata nak pertahankan kerajaan. Ini bukan masalah kerajaan atau pembangkang. Masalahnya ialah kekeliruan berlaku yang boleh menjejaskan imej Islam," katanya lagi.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim bagaimanapun berkata, penubuhan Darul Ifta bergantung kepada persetujuan Majlis Raja-Raja.

"Majlis Raja-Raja hanya bersetuju supaya diperkasakan institusi yang ada tanpa menubuhkan Darul Ifta. Jadi kita akur. Yang penting bukan pada nama tapi kerja tersebut dijalankan. Saya tak nampak kecelaruan pada isu-isu tertentu sebab fatwa hanya perlu kepada perkara-perkara yang keliru sahaja," katanya



MITP: Kerajaan bakal rugi RM83.45 juta

Nazri Abdullah

KUALA LUMPUR, 2 Nov: Kerajaan bakal menanggung kerugian RM83.45 juta dan tanah seluas 20 ekar dalam skandal terbaru PKFZ 'dalam pembikinan'.

Ianya merujuk kepada projek usahasama Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dengan Bindforce Sdn Bhd, bagi menubuhkan Malaysian International Tuna Port Sdn Bhd (MITP) yang bernilai RM243.38 juta.

Perkara itu didedahkan Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr. Dzulkefly Ahmad pada sidang media di parlimen hari ini merujuk kepada laporan Ketua Audit Negara.

"Saya bangkitkan perkara ini kerana inilah projek yang dikatakan projek usahasama swasta, tetapi kerajaan menggung kerugian akibat 'etter of undertaking," katanya yang juga AJK PAS Pusat.

Bindforce memegang ekuiti 60 peratus bernilai RM29.05 juta manakala LKIM memegang 40 peratus dengan nilai RM11.62 juta.

Ianya akan dibangunkan atas tanah seluas 20 ekar yang diberi sewa oleh LKIM dengan perjanjian konsesi swasta secara Bina Operasi Pindah (BOT) selama 30 tahun yang dibuat pada 16 September 2004.

Kos pembinaan dibiayai oleh MITP melalui pinjaman RM240 juta dalam bentuk bon dari OSK Investment Bank Berhad dan RHB Investment Bank Berhad.

Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) pula didakwa mengeluarkan surat sokongan kepada OSK Trustee Berhad pada 15 September.

OSK Trustee pada 6 Januari 2010 kemudiannya didakwa mengisytiharkan 'event of defefault' terhadap MITP.

LKIM sebelum itu mengeluarkan Letter of Undertaking menyatakan perjanjian akan dikuatkuasa jika terdapat event of default di pihak MITP.

Sehubungan itu, OSK juga turut menuntut sejumlah RM208.62 juta termasuk faedah.

Dengan milikan 40 peratus ekuiti, kerajaan terpaksa menanggung RM83.45 juta dari tuntutan OSK tersebut.

"Tanggungan pinjaman bon RM83.45 juta, surat sokongan merupakan liabiliti kepada kerajaan pusat, dan tanah 20 ekar LKIM tidak dapat dituntut semula kerana dicagar MITP dan kini MITP tidak aktif," katanya.

Tindakan tersebut juga jelasnya menjadi off balance sheet bajet kerajaan dan dalam masa sama melebarkan lagi defisit fizikal negara.

"Berapa banyak projek ETP dan RMK serta Bajet 2011 yang akan diberi jaminan undertaking oleh kerajaan pusat atas nama inisiatif Public Private Partnership?” soalnya.



Mengenang sejarah negara 1945-1957
Subky Latif



PADA 26 Oktober lalu saya menjadi penal forum bertajuk Sejarah (Negara) Tahun 1945-1957 pada seminar mengenai tajuk yang sama di USM Pulau Pinang.

Tempoh tersebut adalah perkembangan paling penting dalam sejarah perjuangan mencapai kemerdekaan bagi Semenanjung Tanah Melayu dari penjajahan British.

Sekurang-kurangnya terdapat empat kejadian penting mempengaruhi penduduk bergerak menuntut kemerdekaan Tanah Melayu termasuk Singapura dalam tahun 1945. Sekalipun Singapura sebuah wilayah dibeli milik British tetapi rakyat mengira ia sebahagian dari Semenanjung Tanah Melayu.

Pertama tahun itulah pemerintahan Jepun meninggalkan Tanah Melayu. Kedua Indonesia mengisytiharkan kemerdekaannya pada 17 Ogos, 1945 yang amat menyentuh hati rakyat hingga setiap rumah orang Melayu menggantung gambar Presiden Sukarno.

Ketiga para pejuang kemerdekaan bertemu di Ipoh membentuk Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), parti politik pertama bagi wilayah itu bagi memperjuangkan kemerdekaan seperti yang dicapai umat Indonesia. Dalam perjumpaan itu buat pertama kali seruan MERDEKA bergema dipekikkan oleh Ahmad Boestamam.

PKMM dipimpin oleh Dr. Burhanuddin al-Hilmy bersama Ishak Haji Mohamad, Ahmad Boestamam dan lain-lain adalah melanjutkan perjuangan yang sudah dirintis oleh Kesatuan Melayu Muda pimpinan Ibrahim Yaakub yang pada saat kemerdekaan Indonesia dimasyhurkan berlepas ke Jakarta dengan pandangan yang terbuka jika dirasakan wajar Tanah Melayu boleh menjadi sebahagian dari wilayah Indonesia atau ia merdeka sendiri.

Keempat pada tahun itu piagam Atlantik menyarankan agar semua kuasa penjajah memerdekakan setiap tanah jajahan dan saranan itu menjadi piagam pula bagi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang terbentuk sekitar masa itu juga.

Ia menjadi momentum bagi rakyat memperjuangkan kemerdekaan hingga ia tercapai pada 31 Ogos 1957.

Sebelum Tanah Melayu mencapai kemerdekaan tidak ada di mana-mana di dunia adanya kemerdekaan melalui perundingan. Kemerdekaan yang diketahui hanya melalui peperangan dan menumpahkan darah. Itulah pilihan yang ada bagi Tanah Melayu pada pejuang dan penyokong PKMM.

Kedatangan semula British membaharui penjajahannya di Tanah Melayu setelah Jepun berundur, memperkenal konsep Malayan Union atau Kesatuan Malaya untuk Tanah Melayu.

Malayan Union menggagaskan Malaya untuk semua penduduknya termasuk bukan Melayu yang ada pada masa itu, penyatuan semua negeri ke dalam satu pentadbiran, dan kedudukan raja-raja dihapuskan.

PKMM tertarik pada konsepnya yang memberi peluang penyatuan nasional bagi watan setiap negeri di bawah satu identiti, bersikap terbuka kepada penduduk bukan Melayu yang ada sebelum kedatangan Jepun tetapi tiada sikap jelas tentang kedudukan raja-raja.

Tetapi Dr. Burhanuddin memberitahu rakan-rakan terdekatnya semasa memimpin PAS bahawa kewujudan raja-raja itu bukti Semenanjung menjadi negeri orang Melayu.

Dato Onn bin Jaafar bersama golongan bangsawan Melayu menggembeling semangat orang Melayu menentang Malayan Union kerana ia mahu
menghapuskan raja-raja. Tindakan Dato Onn itu mendapat sokongan orang Melayu.

Kerana orang Melayu mahukan rajanya, maka British membatalkan apa yang dipanggil Malayan Union. Ia memberi semula raja-raja kepada orang Melayu
kerana itu saja caranya bagi mendiamkan orang Melayu tetapi tidak melucutkan lain-lain isu dalam Malayan Union itu.

Atas keruntuhan Malayan Union itu Dato Onn dan bangsawan Melayu menubuhkan UMNO sebagai sebuah pertubuhan politik yang baru bagi
mempertahankan bangsa Melayu dan raja-rajanya dengan cogan hidup Melayu dalam tahun 1946.

Dato Onn dan UMNOnya tidak pernah bercakap tentang kemerdekaan, malah menyindir dan mempengaruhi beberapa raja-raja dengan nada bagaimana Melayu hendak merdeka kerana membuat jarum pun tak tahu. Bahkan ada sindiran kononnya orang Melayu lapar kalau tidak ada Inggeris.

Sekalipun slogan UMNO itu menyuarakan Hidup Melayu tetapi ia tidak membawa maksud memerdekakan bangsa dan mendaulat negara. Ternyata selama 400 tahun Melayu dijajah ia tetap hidup dan kekal sebagai orang Islam tetapi ia menjadi bangsa yang tidak berdaulat dan tidak dapat menentukan nasib sendiri.

Sekalipun UMNO menjadi saingan PKMM tetapi ia tidak mampu menyaingi pengaruh PKMM yang mahukan kemerdekaan. Walaupun British terikat dengan piagam Bangsa-Bangsa Bersatu mesti melepaskan tanah jajahannya, tetapi membenarkan yang dituntut oleh PKMM bererti melepaskan semua kepentingan barat dan melenyapkan baki idea tersembunyi Malayan Union.

Berikutan keengganan British menghalalkan Parti Komunis Malaya dan komunis melancarkan gerakan bersenjata, British menggantikan Malayan Union
dengan pentadbiran Persekutuan Tanah Melayu tanpa Singapura dan diikuti pengiytiharan darurat, parti-parti politik diharamkan kecuali UMNO.

Pemimpin dan aktivis PKMM dan sayap Islamnya iaitu Hizbul Muslimin ditahan dan diburu kecuali Dr. Burhanuddin yang menetap di Singapura. Perjuangan kemerdekaan lumpuh dan yang dibenarkan bergerak ialah UMNO, apa lagi Dato Onn menerima perlantikan British untuk menjadi pegawai anak negeri paling kanan selepas British dalam kerajaan Persekutuan Tanah Melayu.

Dato Onn menjadi Menteri Dalam Negara dan berperanan menahan aktivis pejuang kemerdekaan. PKMM mati bukan kerana ia tidak mendapat sokongan rakyat tetapi justeru ia diharamkan penjajah dan pemimpinnya ditahan.

UMNO terlepas dari tindakan bukan kerana pengaruhnya kuat di kalangan rakyat tetapi ia tidak diharamkan dan pemimpinnya seperti Dato Onn menjadi orang kanan kerajaan Inggeris di peringkat persekutuan dan yang lain-lain menjadi menteri besar di setiap negeri.

.....Bersambung minggu depan

BUATLAH SESUKA HATI DIDALAM DUNIA NI...AKHIRAT NANTI TERIMALAH BALASAN MENGIKUT AMALAN...JAHAT NERAKA...BAIK SYURGA...

'Hilang layak undi awam' teramai di negeri Pakatan
Nov 2, 10 4:42pm
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) didesak supaya menjelaskan persoalan yang berbangkit berhubung kumpulan pengundi 'hilang layak undi awam' yang berjumlah 18,493 orang dalam Rang Daftar Pemilih Suku ketiga 2010.

Dan lebih mencurigakan, kata Pemuda PAS Pusat, jumlah tiga negeri paling ramai pengundi “hilang layak undi awam” ialah Kelantan (3,187), Kedah (2,876) dan Perak (2,007).

"Ironinya, negeri terbabit adalah dua negeri yang diperintah oleh kerajaan Pakatan Rakyat (PR) dan sebuah negeri lagi telah dijatuhkan secara tidak demokratik oleh BN," kata ketua penerangan Pemuda PAS pusat, Suhaizan Kaiat.

Mengikut kebiasaannya, tegas beliau, apabila seseorang pemilih menjadi pengundi pos, maka secara automatik mereka akan hilang kelayakan sebagai pengundi awam.

"Bilangan 18,493 undi “hilang layak undi awam” adalah cukup besar. Mereka berkemungkinan besar isteri atau keluarga anggota tentera atau polis," katanya dalam satu kenyataan sambil menambah, kumpulan itu baru diwujudkan dalam rang suku ketiga tahun ini.

Bagaimanapun, katanya, bilangan anggota tentera dan polis yang memohon sebagai pengundi pos adalah 76 orang sahaja, berbanding dengan keluarga mereka yang memohon berjumlah 18,493 orang.

"Secara tidak langsung, (ia) membawa maksud bahawa secara puratanya satu keluarga polis atau tentera mempunyai 243 orang ahli. Ini angka yang tidak munasabah," tambahnya.

Katanya, tidak dinafikan keluarga anggota polis dan tentera boleh memohon sebagai pengundi pos secara berasingan dengan suami atau isteri mereka yang menjadi anggota terbabit.

"Tetapi pendaftaran secara beramai-ramai di suku ketiga dan hampir dengan pilihanraya umum ke-13 adalah sungguh mencurigakan. Seolah-olah ada usaha saat-saat akhir untuk memberi kemenangan kepada pihak tertentu.

"Terdapat maklumat juga yang menyatakan bahawa terdapat isteri anggota keselamatan yang tidak mengetahui nama mereka telah dipindah daripada pengundi awam kepada pengundi pos. Mereka telah menjadi mangsa kepada golongan yang tidak bertanggungjawab," katanya.

Menurut Suhaizan lagi, apa yang paling mencurigakan adalah walaupun kali pertama kumpulan ini diwujudkan tetapi mempunyai bilangan yang cukup ramai iaitu 18,493 orang.

Mengenai jumlahnya yang ramai di Kedah, Kelantan dan Perak, Suhaizan berkata, kemenangan Pakatan rakyat dengan majoriti kecil di peringkat DUN adalah sangat membimbangkan.

"Contohnya di negeri Kedah bagi DUN N24 Jeneri, YB Yahya Abdullah (Pakatan) menang dengan majoriti 67 undi sedangkan undi “hilang layak undi awam” yang telah dimasukkan berjumlah 117 orang.

"Kemungkinan Pakatan akan kalah sebanyak 50 undi dalam pilihanraya akan datang. Bagi DUN N26 Tanjung Dawai, YB Dr Hamdan Mohd Khalib (Pakatan) menang dengan majoriti 79 undi.

"Undi daripada pengundi “hilang layak undi awam” yang dimasukkan ke DUN ini adalah seramai 105. Maka Pakatan kemungkinan kalah dengan majoriti sebanyak 26 undi," tambahnya.

Suhaizan juga menyentuh tentang pembaikan sistem undi pos yang didakwanya masih kabur.

"Selepas kekecohan pengurusan undi pos dalam pilihanraya Kecil Sibu lepas, Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof menyedari
bahawa proses undi pos menyusahkan dan menggunakan terlalu banyak borang.

"Beliau berjanji mahu membuat perubahan terhadap sistem pengundian pos. Sehingga hari ini tidak diketahui apakah statuscadangan beliau ini.

"Kewujudan pengundi “hilang layak undi awam” ini akan menambahkan bilangan pengundi pos.

"Bagaimana SPR mahu menghadapi pertambahan pengundi pos yang besar ini sedangkan janjinya untuk memperbaiki sistem undi pos belum menampakkan hasilnya?

"Selagi ruang manipulasi dalam undi pos masih ada maka pilihanraya di negara ini akan dipertikai oleh rakyat," kata Suhaizan.

Oleh itu, katanya, bagi memastikan sistem pilihanraya berjalan dengan adil dan telus maka SPR mesti menjelaskan kepada rakyat persoalan yang berbangkit berhubung dengan kumpulan pengundi “hilang layak undi awam”.



SPR: Bayaran RM20 bukan rasuah
Aidila Razak
Nov 2, 10
4:46pm


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yakin bahawa bayaran RM20 yang ditaburkan kepada orang ramai sebelum majlis jamuan makan malam anjuran Wanita Umno di Batu Sapi, Sabah bukan bertujuan membeli undi.

Ketika dihubungi hari ini, pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata dakwaan seumpama itu sukar dibuktikan.

abdul aziz yusof spr by election bukit gantang selambau 120209 06“Kita banyak dengar perkara ini, ada orang bagi basikal dan makanan. Mereka boleh beri pelbagai alasan. Lihat contoh PAS, kata mereka bayaran RM250 untuk pengundi luar supaya pulang mengundi di Galas bukan rasuah tetapi sebagai elaun pengangkutan,” katanya dengan panjang lebar melalui telefon.

Lagipun, kata Aziz kesalahan seumpama itu sukar dibuktikan mengikut Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 kerana mereka perlu menunjukkan bahawa penerima habuan berkenaan telah mengundi parti yang memberi.

“Undi kita rahsia, jadi bagaimana kita nak tahu parti mana yang dipangkah oleh orang yang menerima wang itu? Saya tidak dapat melihat hubungan itu.

“Terdapat ramai peguam hari ini dan mereka boleh memutar daripada hitam kepada putih, jadi kamu kena ada bukti yang jelas dan pasti 100 peratus perkara itu berlaku. Jika tidak, usaha itu jadi sia-sia.”

batu sapi bn vote buying photo 3 giving moneyMalaysiakini sebelum ini telah melaporkan bahawa Wanita Umno dikesan menyerahkan wang RM20 kepada mereka yang sanggup memberikan butiran peribadi dan juga mendedahkan parti mana yang disokong mereka.

Malah, perkara itu juga berjaya dirakamkan oleh seorang wartawan. Seseorang yang perlu menunjukkan myKad mereka bagi membuktikan mereka adalah pengundi di kawasan itu.

Menurut seorang wanita yang berbaris: “Ini untuk pengundi. Tunjukkan myKad untuk buktikan kamu pengundi dan mereka akan berikan wang.”

batu sapi bn vote buying photo 4 singing nameKebanyakan yang beratur pada hari berkenaan adalah rakyat Malaysia keturunan Cina meskipun majlis berkenaan didakwa untuk sayap pekerja Wanita Umno.

Malah, Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Jalil sendiri mengesahkan wang itu adalah untuk pekerja parti yang ke Sabah untuk membantu kempen BN.

Bagi membuktikan perkara itu, wartawan Malaysiakini juga beratur dan juga diberikan wang RM20 itu. Malah identiti pengenalan juga toidak lagi diminta.

Aziz kemudian diminta membaca laporan berkenaan dan melihat klip video tersebut. Selepas berbuat demikian pengerusi SPR itu menghantar mesej teks kepada Malaysiakini bahawa beliau yakin bahawa wang RM20 itu adalah hanya untuk pekerja parti dan bukannya untuk pengundi.

batu sapi bn vote buying photo 7 lining up“Selepas baca (laporan berita) saya percaya bahawa pekerja parti adalah dari seluruh Sabah dan yang penting mereka bukan pengundi Batu Sapi.

“Wang tunai RM20 diberikan sebagai bayaran pengangkutan dan malah wartawan Malaysiakini juga dapat, baiknya...Apa ini?”

Namun, katanya, beliau akan menyerahkan laporan dan video berkenaan untuk penasihat undang-undang SPR supaya mengjkajinya dan mengambil tindakan jika perlu.

Malaysiakini akan menyerahkan wang tersebut kepada pihak SPR bagi membantu siasatan


Azhar digantung lagi, ADUN Umno keluar dewan
Susan Loone
Nov 1, 10
12:30pm


Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang menggantung Ketua Pembangkang Datuk Azhar Ibrahim daripada menghadiri sidang dewan selama enam bulan kerana 'mengucapkan perkataan berbaur hasutan' dalam DUN itu Mei lalu.

Keputusan itu diluluskan oleh Yang Dipertua DUN Datuk Abdul Halim Hussain pada persidangan hari ini setelah usul yang dikemukakan oleh Ketua Menteri Lim Guan Eng (Air Putih-DAP) disokong oleh ADUN Pakatan Rakyat.

Bagaimanapun segala saraan dan elaun Azhar (kanan) sebagai ADUN dikekalkan.

Keputusan tersebut menyebabkan semua ADUN Umno bertindak keluar dewan.

Azhar (kanan), yang juga ADUN Penaga dirujuk kepada jawatankuasa hak dan istimewa ekoran kenyataannya itu yang telah mencetuskan kekecohan di dewan tersebut.

Jawatankuasa tersebut, yang telah bermesyuarat beberapa kali untuk membincangkan perkara itu, dijadual menyerahkan laporannya kepada DUN pada jam 2.30 petang ini.

Difahamkan, Azhar akan diminta memohon maaf terhadap kenyataannya itu.

Jika berbuat demikian, beliau tidak akan digantung daripada menghadiri sidang dewan hari ini dan esok, serta disambung semula dari 8-16 November selepas cuti Deepavali.

Terdahulu pada perbahasan yang diadakan selepas pembentangan usul itu, Azhar bertegas dengan pendiriannya tidak mahu memohon maaf disebabkan beberapa perkara iaitu tiada dakwaan khusus untuk mengenakan hukuman terhadap dirinya.

"Selain itu usul yang dirujuk juga cacat dan bercanggah dengan peraturan 37 kerana usul itu tidak pernah dibahaskan sebaliknya speaker ketika itu terus mengambil keputusan mengemukakan masalah itu dan satu undi telah diambil," katanya. Azhar, yang juga setiausaha Umno negeri, mendakwa prosedur yang digunakan untuk merujuk kepada jawatankuasa tersebut adalah tidak betul.

Katanya, satu resolusi perlu dicadang dan dibahaskan, dan hanya baru selepas itu, satu keputusan dibuat sama ada untuk merujuk beliau atau tidak, kepada jawatankuasa tersebut.

Mei lalu, ADUN Datuk Keramat, Jagdeep Singh telah membentangkan usul untuk merujuk Azhar kepada jawatankuasa tersebut.

Ini berlaku selepas Azhar menggesa tentera mengambilalih tugas dari pihak polis kerana pentadbiran negeri itu telah menyatakan ia tidak lagi mempunyai kepercayaan pihak polis. Beliau memberi amaran bahawa rusuhan kaum boleh berlaku lagi jika rakyat hilang kepercayaan kepada kerajaan.

Azhar kemudian menjelaskan bahawa beliau membuat kenyataan itu kerana kerajaan negeri cenderung menghina polis.

Pada bulan Ogos, pengerusi jawatan tersebut, Datuk Hussein Abdul Halim, yang juga speaker dewan, berkata semua ADUN akan dibekalkan dengan senarai perkataan yang dianggap tidak sesuai disebut sewaktu persidangan

BILA MENGUNDI ORANG BEGINI AKAN DICARI....TAK TAHU LAH BERJUANG UNTUK RAKYAT ATAU PERUT SENDIRI.....

Warga emas tinggal dalam hutan

TASEK – Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Begitulah ungkapan yang menggambarkan kehidupan seorang warga emas yang tinggal bersendirian di pondok kecil dalam hutan di sini.

GRangasamy, 63, tinggal seorang diri dan hanya menoreh getah yang tumbuh dalam hutan untuk menampung perbelanjaan harian.

Lebih menyayat hati apabila pondok kecil yang didiaminya itu hanya mempunyai dua tingkap dan tidak mempunyai bekalan air paip dan elektrik.

“Saya mandi di parit yang berhampiran manakala air untuk minum saya peroleh dari tokong cina yang terletak di atas bukit di sini. Sementara makanan pula, saya hanya makan sayur dan jika ada duit lebih baru saya membeli nasi di kedai itu pun dengan kadar RM1 atau RM2 sahaja.

“Semasa saya berusia sekitar 20-an ahli keluarga saya mati dan sejak itu saya hidup sebatang kara.

“Selepas kematian ayah, ibu pula menyusul dan diikuti adik-beradik lain. Kematian mereka tidak diketahui puncanya seolah-olah dugaan untuk saya.

“Sedih dengan kejadian yang menimpa saya mengambil keputusan menaiki basikal ke mana sahaja tanpa arah tuju,” katanya.

Difahamkan, semasa usianya 50 tahun, dia terpaksa menjalani pembedahan usus akibat makan makanan segera.

“Makanan segera itu sahaja mampu saya beli dan kini jika lapar saya hanya makan sayur dan minum air yang dimasak menggunakan dapur kayu.

Kesempitan hidup Rangasamy mendapat perhatian daripada Ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Tasek.

Pengerusinya, Mohd Said Mohd Zain, berkata, pihaknya akan membantu Rangasamy untuk mendapatkan bantuan.

“Sebelum ini, kita tidak tahu dia tinggal dalam hutan disebabkan kawasan yang terpencil dan terasing dengan penduduk lain.

“Kita mendapat tahu perkara ini daripada penduduk dan difahamkan mereka ternampak sebuah pondok yang didiami seorang lelaki India ketika memasuki kawasan ini.

“Hasil maklumat yang diterima, pihak JKKK segera memantau dan mendapati hampir empat tahun dia menetap di hutan.

“Justeru itu, kami memberi beberapa sumbangan berupa makanan harian sebagai membantunya pada peringkat awal,” katanya.



Demi kasih suami sanggup gadai nyawa

KEMAMAN – Seorang penoreh getah maut manakala isterinya cedera parah disengat ribuan ekor lebah apabila mereka secara tiba-tiba diserang kumpulan serangga berbisa itu ketika pulang daripada menoreh di kebun milik mereka dalam kejadian di Kampung Tanah Lot, Pasir Gajah, di sini, kira-kira jam 11 pagi, kelmarin.

Berikutan sengatan berbisa ribuan ekor lebah itu, tubuh Ali Din, 54, bertukar warna menjadi keungu-unguan dan dia meninggal dunia dalam pangkuan isterinya, Khersiyah Engku Hassan, 51, ketika dalam perjalanan menuju ke Hospital Kemaman.

Mengimbas kembali kejadian berkenaan, Khersiyah yang turut disengat kira-kira 102 ekor lebah di seluruh badannya berkata, kejadian berkenaan berlaku begitu pantas ketika dia dan suaminya menyedari langit tiba-tiba berubah mendung dalam perjalanan pulang ke rumah yang terletak tidak sampai satu kilometer dari kebun mereka.

“Ketika mahu pulang ke rumah bersama suami secara tiba-tiba cuaca bertukar mendung sebelum saya terasa pipi kanan saya sakit seperti disengat serangga menyebabkan saya menepuk pipi dan mendapati rupa-rupanya serangga itu adalah seekor lebah sebelum saya dan suami mendongak ke atas.

“Rupa-rupanya, kumpulan lebah berkenaan betul-betul berada di atas kepala kami menyebabkan suami saya terus menjerit supaya saya lari ke arah kiri dan dia pula berlari ke arah kanan.

Katanya, bagaimanapun, ketika mahu berlari saya terjatuh dan dikerumuni serta disengat lebah itu, lantas suami berlari mendapatkan saya sambil melaungkan azan,” katanya semalam.

Menurutnya, walaupun sudah tidak terdaya berikutan terasa perit kerana disengat pada ubun-ubun dan seluruh badan, dia tetap menggagahkan diri berlari selepas diangkat suaminya.

“Ketika itu, saya lihat suami masih bertenaga walaupun dia juga turut disengat hampir seluruh badan terutama pada bahagian kepala.

“Kemudian, kami terus berlari sambil menjerit meminta tolong ke arah rumah kongsi pekerja warga Bangladesh lebih kurang 500 meter dari kebun kami,” katanya sebak.

Khersiyah berkata, sebaik tiba di rumah kongsi berkenaan, suaminya menjerit meminta pekerja terbabit mencampakkan kertas dan selimut sebelum dua pekerja di situ mencampakkan selimut dan suaminya menyelimutkannya sambil berlari menuju ke rumah jiran.

“Buruh berkenaan turut melarikan diri ke dalam semak berdekatan berikutan kumpulan lebah itu menyerang mereka.

“Kami pula terus berlari tetapi tiba-tiba suami saya terjatuh, namun dia menjerit mengarahkan saya supaya terus berlari tanpa mempedulikannya dan saya terjun ke dalam air dalam tong biru yang terletak beberapa meter di hadapan kami,” katanya.

Menurutnya, berikutan kepanasan selepas disengat ratusan lebah, dia segera berendam dan apabila menoleh, dia tidak dapat menahan air mata apabila melihat suaminya dikerumuni ribuan ekor lebah dalam keadaan bersujud sebelum mereka diselamatkan jiran.

“Luluh hati saya apabila melihat keadaan suami ketika itu apatah lagi ketika itu arwah hanya memakai baju lengan pendek menyebabkan dia lebih teruk disengat daripada saya yang memakai baju lengan panjang,” katanya.

Walaupun Khersiyah juga parah disengat lebah, namun selepas mendapatkan rawatan kira-kira jam 2 petang kelmarin, dia akhirnya dibenarkan keluar daripada wad kira-kira jam 11 pagi, semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kemaman, Supe-rintendan Abdullah Sani Salat berkata, hasil bedah siasat mendapati mangsa menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 12 tengah hari disebabkan alahan pada biasa lebah.

Jenazah mangsa yang juga bapa kepada lima anak dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pasir Gajah, kira-kira jam 11 pagi semalam.

Sinar Harian difahamkan kehadiran ribuan lebah di kebun milik Khersiyah itu disebabkan sarang lebah yang terletak berhampiran kebun suami isteri itu dikacau burung helang menyebabkan kumpulan lebah itu keluar daripada sarang sebelum menyerang pasangan terbabit.



Arwah beria-ia mahu ke kebun



Walaupun reda dengan pemergian suami, namun Khersiyah tidak menyangka sikap arwah suaminya yang beria-ia mahu ke kebun getahnya pada pagi itu menjadi adalah detik terakhir suaminya mencari rezeki buat mereka sekeluarga.

“Pada pagi itu, tiba-tiba saya terasa tidak sedap badan dan menyatakan hasrat tidak mahu menoreh getah kepada arwah suami, tetapi arwah memujuk saya dan menyuruh saya berehat seketika sebelum bekerja.

“Malah, saya masih ingat lagi kata-katanya ’manalah tahu ada rezeki untuk anak kita hari ini’ kerana inilah ayat yang terluah dari bibirnya ketika memujuk saya untuk menoreh getah walaupun saya katakan kepadanya tidak sedap badan,” katanya.

Khersiyah yang mula menoreh bersama suami sejak lebih setahun lalu berkata, pada hari kejadian, suaminya turun bekerja seawal jam 6.30 pagi sebelum dia menyusul ke kebun getah seluas kira-kira 2.4 hektar yang terletak tidak jauh daripada rumah mereka pada tengah harinya.

Katanya, lebih menyayat hati apabila melihat suaminya tetap menggagahkan diri berlari terenjut-enjut bagi menyelamatkan diri mereka kerana arwah suaminya itu baru sahaja mengalami kemalangan motosikal Jun lalu.

“Saya memang tidak sangka kejadian disengat lebah akan meragut nyawa suami,” katanya.

Katanya, pemergian arwah suaminya itu juga menyebabkan dia dan lima anak; Mohd Asmadi, 18; Ahmad Suzai, 17; Akma Nabihah, 16; Norakma Syafika, 11 dan Ahmad Hafiz Iman, 6, hilang tempat bergantung.

Sementara itu, anak sulung Khersiyah, Mohd Asmadi turut melahirkan rasa terkejut dengan kehilangan bapanya kerana sebelum ini bapanya tidak menunjukkan sebarang perubahan sikap.

Menurutnya, berita kematiannya bapanya itu diketahui kira-kira jam 12.45 tengah: hari ketika dia menjawab peperiksaan kertas Pe-ngajian Am bagi Sijil Tinggi Persekolahan (STPM) di Sekolah Menengah Kebang-saan (SMK) Chukai sebelum ke Hospital Kemaman.

Katanya, panggilan telefon daripada ibu saudaranya, Engku Saadah Engku Hassan, 43, mengejutkan.

“Kali terakhir saya bercakap dengan ayah pada Sabtu lalu sebelum saya ke asrama, namun ketika itu arwah tidak menunjukkan perangai pelik,” katanya.



Lapor jika lihat sarang lebah, binatang bisa di kebun



Kejadian penoreh getah terbunuh berikutan disengat lebah turut menggemparkan penduduk Kampung Pasir Gajah kerana ia kejadian maut pertama kali berlaku setakat ini membabitkan serangan lebah.

Susulan kejadian itu, penduduk, Zulkifli Othman, 44, memohon kerjasama semua pihak prihatin dan segera membuat laporan kepada pihak berkuasa sekiranya mendapati di kebun mereka terdapat sarang lebah mahupun sarang binatang berbisa lain.

“Kes ini juga memberi peringatan kepada semua pihak agar lebih berhati-hati pada masa depan dan tidak boleh beranggapan lebah tidak berbahaya,” katanya


Chef Adabi meninggal dunia

ALOR GAJAH - Permintaan Raman Abu Samah, 53, yang meninggal dunia awal pagi kelmarin untuk disemadikan di sebelah pusara ibu bapanya dipenuhi keluarga apabila jasadnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Kelemak, dekat sini, kelmarin.

Arwah yang lebih mesra dan popular dengan panggilan Chef Raman sebelum ini menyandang jawatan Pengarah Promosi dan Perhubungan Awam Adabi, menghidap penyakit kencing manis dan masalah usus yang dikesan sejak setahun lalu, bagaimanapun semakin kritikal sejak empat bulan lalu.

Chef Raman meninggalkan dua anak, Liyana Syafiqah, 14, dan Iman Syafiq, 11, yang sebelum ini tinggal bersamanya di Senawang, Negeri Sembilan.

Iman Syafiq ketika ditemui Sinar Harian berkata, dia menjaga arwah sejak menghidap penyakit berkenaan dan reda atas pemergian ayahnya walaupun tidak berkesempatan bertemunya pada saat terakhir sebelum meninggal dunia.

“Sepanjang tinggal dengan ayah, saya bersyukur kerana dapat berbakti ketika ayah bertarung dengan kesakitan walaupun apa yang saya lakukan tak sebesar pengorbanan ayah tetapi sebagai anak, saya rasa selesa dapat jaga makan pakai ayah.

“Saya salin lampin ayah lepas mandi, saya suapkan ayah makan dan saya juga kemaskan rumah setiap hari,” katanya


Bekas banduan kena sebat

KUANTAN - Tidak serik dengan hukuman penjara tujuh bulan kerana mencuri, seorang bekas banduan kembali menjalani hukuman itu selama 15 tahun selepas mengaku bersalah dalam Mahkamah Sesyen Kuantan semalam atas tuduhan merogol kanak-kanak berusia 6 tahun 11 bulan, Februari lalu, kira-kira lima bulan selepas dia dibebaskan.

Tertuduh, A Ravishankar, 20, dari Taman Datuk Rashid dekat sini, yang sebelum ini mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan atas tuduhan itu menukar pengakuannya di hadapan Hakim Nor Adidah Ahmad sebelum dijatuhi hukuman itu bermula dari tarikh dia tangkap serta empat sebatan.

Dia yang diwakili peguam, Zaharman Zainal Abidin sebelum itu memberitahu mahkamah kejadian berlaku tanpa disedari kerana ketika itu dia berada dalam keadaan mabuk.

Dia bagaimanapun menafikan kejadian itu atas sebab pengaruh filem porno kerana dia tidak pernah menontonnya sebelum ini.

Berdasarkan fakta kes yang dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya, Noor Svetlana Mohd Noor Nordin, bekas buruh kontrak yang dibebaskan daripada hukuman penjara Oktober 2009 didakwa merogol kanak-kanak perempuan itu dalam semak belakang sebuah rumah di Jalan Mat Kilau di sini, kira-kira jam 2.20 petang 14 Februari lalu.

Perbuatannya bagaimanapun disedari pemilik rumah (pengadu) apabila lelaki itu mendengar jeritan seorang kanak-kanak dari belakang rumahnya sebelum ternampak tertuduh dalam keadaan separuh bogel sedang merogol mangsa yang terbaring di atas rumput tanpa pakaian.

Tertuduh yang dicekup lelaki terbabit diserahkan kepada polis manakala mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan hari berikutnya untuk pemeriksaan sebelum kanak-kanak itu disahkan menjadi mangsa rogol.

Dia yang sebelum ini didakwa atas tuduhan mengikut Seksyen 376(2) Kanun keseksaan berdepan hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 30 tahun dan boleh disebat jika sabit kesalahan.

Dalam rayuannya, tertuduh merayu supaya hukuman ke atasnya dikurangkan memandangkan dia terpaksa menyara keluarga selain menanggung kos rawatan bapa dan abangnya yang sakit.

Anak bongsu daripada enam beradik itu juga mengakui sudah insaf dan tidak akan mengulangi kesalahan yang sama pada masa akan datang.

Noor Svetlana bagaimanapun membantah rayuan tertuduh itu sebaliknya memohon satu hukuman lebih berat dikenakan sebagai pengajaran kepada tertuduh dan masyarakat.

Menurutnya, walaupun ketika kejadian tertuduh masih muda namun mangsa dalam kejadian itu jauh lebih muda.

Mangsa yang bertubuh kecil turut dibawa ke dalam mahkamah sambil ditemani ibunya untuk meyakinkan mahkamah terhadap keseriusan kesalahan tertuduh yang sanggup merogol kanak-kanak terbabit yang masih mentah dan belum bersekolah.

Noor Svetlana juga memberitahu, mangsa bukan sahaja di rogol dalam semak yang menyebabkan beberapa kecederaan kecil pada tubuhnya malah kanak-kanak itu juga turut ditampar