Isnin, 2 Jun 2014

SEKEJAP ADA SEKEJAP TAK DE....YANG PENTING ALLAH MESTI ADA...SYURGA NERAKA PASTI...YANG HIDUP PASTI MATI...WALAU HEBAT MACAM MANA PUN....ATAU BERKUASA MACAM MANA TINGGI....MAMPUS TETAP MAMPUS

Monday, 2 June 2014


TIADA DNA PANDI KUTTY DIKESAN DALAM DUA PRODUK CADBURY KATA JAMIL KHIR


KUALA LUMPUR 2 JUN: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom mengesahkan tiada DNA babi dikesan dalam dua produk coklat Cadbury.

Keputusan tersebut dikeluarkan oleh Jabatan Kimia yang mengesahkan produk Cadbury Roasted Almond dan Cadbury Hazelnut bebas daripada DNA babi.

“Status penggantungan sijil halal Cadbury akan dibincang dan jika tiada halangan ia akan diberi semula.

“Namun sebelum sijil halal itu diberi semula, JAKIM akan melawat semula kilang Cadbury,” kata Jamil dalam satu sidang media pada Isnin dipetik Astro Awani.

Selain daripada dua produk tersebut, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) turut mengambil empat produk lain dalam aliran pemprosesan yang sama dan lima jenis bahan mentah yang berpotensi mengandungi unsur haiwan.

Baru-baru ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan terdapat DNA babi (porcine) dalam dua produk coklat susu Cadbury Dairy Milk.

Hasil siasatan oleh KKM mendapati tiga sampel coklat Cadbury telah diambil untuk analisis DNA babi bagi tujuan pemantauan.

Keputusan analisis mendapati dua sampel telah dikesan mengandungi DNA tersebut iaitu Cadbury Dairy Milk Hazelnut dan Cadbury Dairy Milk Roast Almond.

Isu ini mula tersebar luas pada 23 Mei yang seterusnya membawa kepada pihak JAKIM mengadakan mesyuarat khas bersama Kementerian Kesihatan, Jabatan Standard dan Jabatan Kimia esok berhubung isu pada 24 Mei.
Pelik!!!!!!!!!!
DAP - 19,919.
Bn - 20,157.
Undi Rosak - 550.
Jumlah - 40,626.
Pengundi Hadir - 39850
Pengundi awal - 410
Jumlah kertas undi - 40,260
Sewajarnya keputusan dari jumlah kertas undi :
40260-550;
Dap= 19919 dan BN 19791....BN kalah.
Unlike · ·

Selepas kritikan, menteri umumkan tiada DNA babi dalam produk Cadbury
Posted on Monday, June 02 @ 12:40:20 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu



Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom hari ini mengumumkan produk coklat Cadbury tidak mengandungi DNA babi selepas keputusan terbaru makmal Jabatan Kimia Malaysia diperoleh.

Jamil berkata keputusan tersebut diperoleh hari ini dan disahkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

"Makmal tersebut memang khusus untuk menjalankan ujian sedemikian," katanya di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau berkata terdapat banyak makmal serupa di Malaysia, tetapi hanya di Petaling Jaya sahaja diiktiraf Jakim.

Menurut Jamil, umat Islam di Malaysia tidak perlu bimbang apabila membeli produk Cadbury dengan perkembangan ujian terbaru tersebut selepas kontroversi DNA haiwan tersebut menimbulkan kontroversi dan kritikan daripada banyak pihak.

Malah, pertubuhan bukan kerajaan dan penganut Muslim di Malaysia juga menggesa supaya memboikot semua produk yang dikeluarkan Cadbury dan pengeluar induknya, Mondelez International Inc.

Perkembangan tersebut juga menimbulkan kebimbangan produk Mondelez akan menerima impak buruk memandangkan produk mereka banyak dijual di Malaysia, Indonesia dan Timur Tengah yang merupakan negara memiliki populasi penduduk Islam terbesar di dunia. – 2 Jun, 2014.

sumber


  Saya bukan Ahmad Said - Yammy Samad
Posted on Monday, June 02 @ 12:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu



Saya tidak melakukan kesalahan besar

TELUK INTAN
, 1 Jun: Yammy Samad, ibu kepada calon DAP Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud menyerahkan kepada pucuk pimpinan UMNO untuk menentukan kedudukannya dalam parti.

Ketika ditanya berhubung perkara berkenaan, dia mempertahankan tindakannya memberi sokongan kepada Dyana bukan satu kesalahan besar.

“Saya tidak akan keluar daripada UMNO, terpulang kepada parti untuk pecat atau tidak.

“Cuma saya bukan Ahmad Said kerana masalah persandingan kenduri anak, dia keluar UMNO. Saya juga bukan Tun Dr. Mahathir kerana Mukhriz kalah ketua pemuda, dia keluar UMNO. Tapi, anak saya bertanding atas tiket DAP, saya masih ahli UMNO.

“Saya mahu tunjukkan kasih sayang seorang ibu, jangan pisah anak kerana parti,” katanya yang masih menjadi ahli UMNO Cawangan Kampung Tawas Tambahan, Ipoh ketika ditemuramah The Rakyat Post.

Mengulas mengenai kekalahan anaknya, Yammy menegaskan Dyana semakin kuat mengharungi perjalanan politik walaupun kesal fitnah jahat  yang dibuat pihak tertentu.

“Saya terima dengan kekalahan dengan terbuka. Dyana semakin kuat walaupun nyaris-nyaris menang, terima kasih kepada DAP kerana memberi peluang kepada Dyana.

“Cuma saya kesal cara pihak lawan cipta fitnah seperti Dyana perokok, pemabuk dan ada hubungan dengan orang Cina. Saya kenal anak saya bagaimana,” jelasnya.

Ketika ditanya mengenai keputusan Dyana Sofya untuk menetap di Teluk Intan, Yammy menyerahkan perkara itu kepada pimpinan DAP dengan harapan anaknya bangkit daripada  kekalahan untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14.

“Pimpinan DAP komited didik Dyana betul-betul supaya dapat jadi pemimpin muda masa depan. Berbanding dengan BN, masing-masing mahu menguatkan kedudukan mereka,” katanya.

sumber


  Banduan seronok masuk penjara Malaysia, sampai 20 kali masuk
Posted on Monday, June 02 @ 12:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu



"Semalam saya berborak dengan seorang pegawai penjara. Dia menceritakan sekarang ini ramai banduan yang keluar masuk penjara paling kurang 5 ke 6 kali, ada yang sampai keluar masuk penjara sampai 20 kali. Apa ke tidaknya, sekarang ini banduan yang masuk penjara mewah makan tak masa zaman di mula-mula kerja penjara dulu.

Dulu banduan diberi makan ikan masin, ayam cuma seminggu sekali. Sekarang katanya banduan mewah makan, sarapan pagi ada, makan pagi ada, makan tengahari ada dan seterusnya. Lepas tu katanya banduan sekarang manja, jentik pun tak boleh.

Dulu katanya kalau pegawai penjara datang semua banduan akan senyap.

Maka tidak hairanlah para penjenayah di Malaysia ini tidak takut langsung hukuman penjara di Malaysia ini, malahan mereka ternanti-nanti bila pula boleh masuk penjara semula, dapat makan mewah, dapat kursus kemahiran percuma dan macam-macam lagi.

Yang memeningkan kepala pegawai penjara tadi ialah dengan Motto Penjara sekarang ini iaitu “PENJARA SEJAHTERA”.

Ayah saudara saya dulu kerja di Penjara Pudu. Dia selalu ceritakan ketegasannya terhadap banduan. Dulu kalau banduan masuk penjara, sekali tu sajalah, tak ada macam sekarang paling kurang 5-6 kali keluar masuk penjara dan ada yang sampai 20 kali. Ayah saudara ini amat ditakuti oleh semua banduan termasuk ketua-ketua samseng.

Apakah Menteri Keselamatan Dalam Negeri tak pernah tahu perkara ini? Apa nak jadi dengan Malaysia, Yang Dikendong Tak Dapat, Yang Dikejar Berciciran."


................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
rozmal
Posted on Monday, June 02 @ 12:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu


 Kisah seorang pengutip sampah
Posted on Monday, June 02 @ 11:18:52 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu



Seorang pengutip sampah di kampung Hadali bernama Nazuti gigih membuat kerjanya. Seluruh kampung Hadali dijaganya dengan bersih dan rapi.

Susah nak mencari sampah di mana-mana? di sungai mahupun longkang semuanya bersih. Disebabkan usaha gigih Nazuti dan pasukannya, nama kampung Hadali menjadi harum dan diiktiraf sebagai kawasan ke-7 terbersih di seluruh Tanah Islami.

Nazuti rasa gembira kerana beliau dan pasukannya berjaya menjadikan kampung Hadali sebagai satu kampung yang selesa. Melihat penduduk selesa, menyebabkan Nazuti sangat bersyukur.

Walaupun dengan pasukan yang hanya kurang daripada 10 orang, kejayaan membawa Hadali sebagai kampung ke 7 terbersih di Tanah Islami amat mengkagumkan.

Nazuti tidak pernah membesar-besarkan kejayaan beliau dan pasukannya. Bahkan warga kampung Hadali turut tidak menyedari sumbangan beliau dan pasukan. Nazuti dan pasukan tidak pernah mendapat satu pujian, namun mereka tetap gembira kerana
telah berjaya kerana menganggap telah melaksanakan amanah yang diberikan oleh Allah swt.

Satu hari, Nazuti dan pasukannya terlupa mengutip beberapa tempurung kelapa di dalam satu semak. Akibat hujan lebat, tempurung kelapa dipenuhi air.

Seorang penduduk kampung menemui tempurung kelapa tersebut dan mendapati sudah dipenuhi jentik-jentik.

Teruknya pasukan menjaga kebersihan ini. Kerja tak bersemangat, malas? sekarang tengok, tempurung kelapa ini dah penuh dengan jentik-jentik. Malulah kampung Hadali!? penduduk kampung itu memberitahu semua orang.

Mendengar aduan tersebut, Nazuti dan pasukan segera mencari tempurung kelapa tersebut dan membunuh semua jentik-jentik.

Pasukan menjaga kebersihan ini dah hilang arah. Dah lupa tujuan mereka. Nazuti kena letak jawatan. Cari orang lain yang memahami pentingnya kebersihan di kampung Hadali. Orang yang tak faham acuan kampung Hadali dan malukan kita perlu dibuang,? desak penduduk kampung itu lagi.

Nazuti sedih dituduh sedemikian. Hasil usaha pasukannya selama ini bukan sahaja tidak menerima pujian malah kini dipersalahkan kerana satu perkara yang kecil. Pasukannya bekerja tanpa staf yang cukup dan memberikan segalanya? tapi siapa yang tahu? Hanya Allah yang tahu.

Nazuti tidak mahu berlawan. Sebelum beliau membuka mulut ingin memohon maaf dan meletak jawatan? tetiba Ustaz Man bersuara.

Papan putih bersih kamu semua tak nampak. Yang nampak ialah titik hitam kecil di atas papan putih dan merasakan itulah kekotoran yang mencemarkan segalanya. Orang yang terlupa padam titik hitam dipersalahkan, orang yang membuat titik hitam itu pula dilepaskan.

"Nazuti dan pasukannya ikhlas bekerja dengan gaji kecil sehingga menjadikan kampung Hadali menjadi tempat ke 8 terbersih di Tanah Islami, pernah tak kamu semua berterima kasih dan memberikan pujian padanya. Usaha mereka bukan untuk sehari dua, dah bertahun lamanya.

"Sekarang jumpa tempurung kelapa yang ada jentik-jentik riuh terus nak pancung Nazuti dan pasukannya. Silap Nazuti dan pasukannya ialah terlupa nak kutip sampah tempurung itu. Tapi ada antara kita yang membuang tempurung itu merata kerana merasakan ada orang yang akan datang mengutipnya itu kita tak nak persalahkan? Adil ke?

"Dan kamu yang menjumpai tempurung kelapa itu? mengapa tak mencari salah pada orang yang membuang ke situ? Tapi mencari salah pada orang yang terlupa membersihkannya? Itu logik apa? Itu logik mana?

"Insaflah kalian. Jika anda tidak tahu memberi pujian sewaktu orang berbuat baik berkali-kali, anda hilang kelayakan mengkritik pada orang baik itu yang membuat kesilapan kecil,? kata Ustaz Man.

Mendengar kata-kata Ustaz Man, seluruh kampung terdiam. Penduduk yang mengadu itu terkedu dan akhirnya meminta maaf pada Nazuti dan pasukannya. Selepas itu, seluruh kampung membantu Nazuti dan pasukannya untuk mengekalkan kebersihan kampung Hadali dan tidak lagi sama tuduh-menuduh bila terlihat sampah di tepi jalan,
tapi terus membersihkannya sendiri.

Dapat maksud tersirat?

Jangan kerana ada perkara sedikit yang kita tidak setuju, kita terus menjatuhkan hukuman pada orang tertentu, walhal kita lupa memujinya bertahun lamanya waktu dia menyumbang dengan baiknya kepada dunia ciptaan Allah ini.

Bila memandang ke langit, jangan terlupa kaki yang masih memijak bumi. Begitu jugalah apabila kita melihat kesilapan orang lain, tapi sering terlupa orang tersebut juga pernah berbuat baik.

Senyum...

Wahai anakku,
Jika kamu terfokus pada kesilapan 7 dan 8 yang disengajakan, bermaksud kamu gagal mendapat maksud tersirat cerita ini.

Senyum kali kedua.

sumber


Sumbangan Lampin Dewasa Untuk Golongan Memerlukan
Posted on Monday, June 02 @ 12:10:55 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu



"Dalam usaha untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan yang menjaga ibu serta ayah mereka yang uzur serta lanjut usia yang memerlukan perbelanjaan lampin pakai buang yang amat tinggi kosnya pada golongan ini, maka saya mengharapkan kepada mereka yang ingin membantu bolehlah menghantar Lampin Pakai Buang tersebut di pusat pengumpulan di Teratak Amal, Kg Sg Layang, Rembau.

Untuk sumbangan sila hubungi saya di talian 012-2267406 , e-mel rozmal@yahoo.com atau PM FB : Rozmal . Harap maaf tiada Whatsapp. "


................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
rozmal
Posted on Monday, June 02 @ 12:10:55 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu
 

Ingatlah 10 petua kehidupan ini sepanjang masa

TUAN IBRAHIM TUAN MAN | .

Wahai anakku,
Ingatlah 10 Petua Kehidupan ini sepanjang masa. Tatkala ayahanda dan bonda tiada, 10 petua ini boleh membantu kamu menempuh cabaran dunia Allah untuk mencapai kecemerlangan di akhirat.

1. Jangan jauh dengan Allah. Dekati Allah dengan membaca Quran sekurang-kurangnya 3 hari sekali.

2. Jaga air liur. Cakap, dengar dan baca perkara baik selalu supaya air liur yang dihasilkan adalah baik dan ditelan selalu. Mengumpat dan perkataan ‘cuba’ adalah racun yang menjurus kepada perasaan negatif.

3. Perkara lepas biarlah ia berlepas supaya ia tidak mengganggu masa depan.

4. Tidak perlu menyibuk dengan pandangan orang lain.

5. Jangan selalu ingat masih ada banyak masa. Ingat mati tiada syarat tua, mati juga tiada syarat sakit.

6. Jangan fikir terlalu banyak. Memang ada jawapan yang kita tidak akan ketahui. Tapi jawapan akan datang secara tidak sedar.

7. Tiada orang yang boleh mengawal minda kamu, selain kamu. Sepertimana kegembiraan dan kesedihan kamu.

8. Sentiasa memberi tanpa mengharapkan pulangan. Kamu akan mengecapi nikmat terbesar sebagai seorang manusia dan mengerti perbuatan memberi akan mendatangkan pahala dan kegembiraan terbesar di hati.

9. Jangan fikir terlalu banyak dan kurangkan berenung. Buat sahaja apa yang patut tanpa putus asa. Jangan menghina Allah dengan menyatakan kegagalanmu adalah takdir-Nya tatkala kamu malas, kurang berusaha dan mudah berputus asa.

10. Senyum selalu. Bukan kamu seorang sahaja yang ada masalah. Dan sebenarnya masalah kamu cumalah mainan minda kamu. Yang ada hanyalah cabaran sementara.

Dari ayahandamu. Senyum

Anti-perkauman: Kini kita ada Dyana
Posted on Monday, June 02 @ 11:03:13 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu





Tipis atau tidak, hakikatnya DAP kalah di Teluk Intan. Kalah atau menang, hakikatnya parti ini telah membuat satu lonjakan besar untuk menegaskan bahawa hari baru politik Malaysia telah bermula.

Analisis penuh keputusan PRK Teluk Intan akan segera ditulis. Namun, setakat ini sudah cukup untuk kita membuat satu kesimpulan, iaitu bahawa hampir 20,000 orang telah mengundi untuk politik baru yang merentasi garis kaum. Sememangnya inilah subuh buat politik baru.

Tidak sedikit orang ragu bahawa DAP meletakkan Dyana Sofya kerana ia sungguh-sungguh mahu menamatkan riwayat politik perkauman. Apabila beberapa pemimpin parti ini menyebut bahawa DAP mungkin kalah di Teluk Intan, tidak banyak orang percaya. Padahal, itu juga satu hakikat.

Setahu saya, sejak dini lagi perkiraan telah dibuat bahawa mencalonkan Dyana tidak lebih menjamin undi daripada nama-nama lain yang muncul ketika itu. Justeru, apabila nama gadis itu dicalonkan tidaklah menghairankan jika ahli-ahli DAP mula menyimpulkan keyakinan bahawa mengedepankan Dyana adalah langkah yang benar.

Semenangnya ia langkah yang bukan sekadar wajar, malah benar. Dari satu segi, DAP memperjudikan kerusi parlimen yang bukan saja milik parti, malah boleh dianggap sebagai milik bersama Pakatan. Namun, perjudian itu jadi genting untuk dibuat kerana mutakhir ini sentimen perkauman telah dimainkan tanpa segan-silu, oleh Umno-BN, Perkasa, ISMA dan banyak kelompok lain. Dalam keadaan sedemikian, kebetulan terjadi pilihanraya kecil bagi kerusi yang dipegang DAP – satu kebetulan yang amat baik.

Di kalangan parti Pakatan, tanggungjawab menyampaikan mesej anti-perkauman barangkali paling lantang jika ditunaikan oleh DAP. Bukan bererti ia tidak mampu atau tidak bersungguh dilakukan PKR atau PAS, cuma dentumnya seakan lebih kuat apabila palu genderang anti-perkauman dihayun oleh DAP.

Justeru para pemimpin atasan DAP dan Pakatan sedang nekad untuk meranapkan tembok perkauman, maka menjadi tanggungjawab setiap seorang pendukung Pakatan, khususnya ahli DAP, untuk mengerah segala daya ke arah itu. Usaha ini tidak mudah, tapi kini kita ada Dyana.

Dyana memiliki bukan hanya 20 ribu, malah ratusan ribu, jika pun bukan jutaan, penyokong di belakangnya. Mereka sedang tidak sabar untuk menjadi teman Dyana yang setia dalam perjuangan menakik dahan-dahan perkauman dan membongkar akarnya.

Politik baru punya beberapa peneraju, kini Dyana menjadi salah seorang daripada mereka – salah seorang yang istimewa.

Al-Mustaqeem M Radhi,
Roketkini.com 

Tiada ulasan: