Bagi MCA, kenal Psy baru boleh jadi pemimpin
Harakahdaily, | 09 Feb 2013 |
Senator MCA Chew Lee Giok berkata dengan tidak mengenali siapa Psy, Nik Aziz – yang diangkat sebagai 500 tokoh Islam paling berpengaruh di dunia oleh badan berprestij Timur Tengah - Royal Islamic Strategic Studies Center – dikatakan “sangat kurang pengetahuan mengenai perkara semasa, standard dunia dan trend antarabangsa.”
“Presiden Amerika Syarikat Barack Obama telah menari ‘Oppa Gangnam Style’ yang telah menjadi tarian popular dunia secara mengejut,” kata setiausaha agong Wanita MCA, yang jelas teruja dengan undangan BN kepada penyanyi popular dari Korea Selatan untuk membuat persembahan di Pulau Pinang.
“Bukan sahaja Nik Aziz tidak tahu siapa Psy, beliau juga keliru dengan jantina Psy samada lelaki atau wanita. Beliau juga bertanya mengapa kita mendengar sebuah lagu di dalam bahasa yang kita tidak faham.
"Macammana beliau boleh menjadi pemimpin negara?” tegas Chee dalam satu kenyataan yang dilaporkan di laman parti beliau.
Chee sedang memberikan reaksi kepada satu laporan berita mengenai respon Nik Aziz ketika diberitahu mengenai konsert Psy di Pulau Pinang, yang rata-rata dilihat sebagai usaha terakhir MCA untuk mendapatkan kembali sokongan kepada BN daripada kalangan pemuda Cina di negeri tersebut.
Nik Aziz telah memberikan reaksi bahawa Psy harus menutup aurat – bahagian tubuh badan yang perlu ditutupi berdasarkan ajaran Islam.
Di dalam Islam, terdapat aurat lelaki dan perempuan, tapi senator MCA itu mungkin beliau tidak sedar bahawa lelaki juga ada auratnya, sejajar dengan kenyataan-kenyataan partinya sebelum ini yang menunjukkan kejahilan mereka terhadap agama persekutuan negara ini.
“Nik Aziz hanya mengharapkan wanita perlu ‘ditutup’, menunjukkan bahawa minda beliau adalah ke arah kemunduran, dan beliau ‘out of touch’ dengan dunia ini. Bagaimana beliau boleh menerajui negara ke arah membangun,” tambah Chee lagi dalam menempelak Menteri Besar Kelantan itu.
Kemudian, Chee cuba mengheret isu itu sebagai ‘hak bukan Islam yang termaktub di dalam perlembagaan.’
“Jika Pakatan Rakyat berkuasa di peringkat persekutuan, pemikiran feudal sedemikian, yang tidak membawa kebaikan kepada kepelbagaian kaum dan budaya negara kita akan dilaksanakan kepada bukan Islam. Dalam melakukan ini, hak bukan Islam yang dilindungi Perlembagaaan Persekutuan akan terancam,” tambah beliau.
Tak tahu Psy, apa masalahnya?
Sementara itu, ramai pembaca Malaysiakini yang memberikan respon kepada kenyataan Nik Aziz berkata tiada apa-apa yang perlu dimalukan jika tidak mengenali Psy.
“Jika Nik Aziz tidak tahu siapa Psy, saya tabik pada beliau… Beliau tidak dicemarkan oleh apa yang digilakan dunia ini,” kata seorang komentar.
“Tiada apa yang perlu dimalukan jika seseorang itu tidak mengikuti perkembangan sensasi di Korea, menyanyi Gangnam Style, menaiki kuda secara imaginasi. Tanyalah Perdana Menteri Umno mengenai bakat terlindung beliau!” kata seorang lagi.
“Apabila datang ke dunia musik, Nik Aziz ketinggalan. Tapi apabila datang kepada harta persendirian, Nik Aziz tidak mempunyai apa-apa. Seorang yang jujur dan ikhlas dan fokus kepada rakyat dan negeri dan beliau mahu memastikan syaitan yang dikenali dikeluarkan,” kata seorang yang menggunakan nama ‘Mushiro’.
Seorang lagi pula dalam komentarnya berkata kegilaan pada Psy dan tariannya hanya sementara.
“Tahukah anda wahai Nik Aziz, sensasi global ini dilihat sebagai separa-Tuhan. Semua mesti kata mereka mencintai beliau atau pernah melihat beliau. Jika tidak, mereka akan dilabel sebagai Ah Beng dan Ah Lian. Tapi semua orang ini tidak sedar bahawa mereka sedang dihipnotasikan. Saya rasa tidak mengapa, biarkan. Mereka ini akan membesar seperti kita yang membesar melihat Beatles, the Bee Gees, the Moonwalk, Justin Bieber dan sekarang Gangnam style.”
Siapa sebenarnya tolak keputusan rakyat?
Harakahdaily, | 09 Feb 2013 |
"Semasa rakyat Perak menolak BN melalui pru 12, BN bertindak merampas Perak melalui pembelian wakil rakyat untuk merampas Perak kembali.
"Semasa rakyat Terengganu memilih PAS dalam pilihan raya 1999, BN yang rampas royalti minyak dari rakyat Terengganu.
"Jadi sebenarnya siapa yang tidak terima keputusan rakyat. BN atau PAS?" soal TG Abdul Hadi dalam kenyataannya kepada Harakahdaily.
Kenyataan yang dikeluarkan melalui Setiausaha Politiknya, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar itu berikutan kenyataan Perdana Menteri yang disiarkan media hari ini.
Dalam kenyataan itu Najib meminta Pakatan Rakyat menerima keputusan rakyat dalam pilihan raya umum nanti.
Bagi Presiden PAS itu, sebelum Najib membuat kenyataan itu dia sepatutnya menilai dahulu tindakannya sebelum ini.
Ini kerana tindakan BN sebelum ini yang banyak menafikan hak rakyat untuk memilih.
Bagi beliau, tindakan BN menarik royalti minyak dari kerajaan negeri Terengganu selepas rakyat memilih PAS untuk mentadbir negeri itu dalam pilihan raya 1999 membukti sikap BN sebenarnya yang tidak boleh menerima keputusan rakyat.
Johor bakal milik Pakatan Rakyat selepas PRU13
Muhammad Faizal, | 09 Feb 2013 |
Jelas beliau, ini akan menjadi kenyataan apabila melihat tsunami politik dan sokongan yang diberikan rakyat terhadap Pakatan yang semakin meningkat sejak kebelakangan ini.
Menurut beliau lagi, 12 kerusi parlimen akan turut menjadi milik Pakatan Rakyat apabila rakyat di beberapa kawasan khasnya luar banda dan kawasan pinggir bandar mahukan suatu perubahan.
"Saya yakin jika adanya lonjakan undi Melayu pada tahap 35 hingga 45 peratus termasuk sokongan undi bukan Melayu pada PRU13 nanti Johor menjadi milik Pakatan Rakyat.
"Walaupun ada beberapa tempat yang masih menjadi kubu Umno tapi itu dalam dalam lingkungan yang kecil kerana di tempat-tempat lain sokongan dari kaum Melayu sudah melebihi 30 peratus," jelas beliau lagi.
Salahuddin turut memberitahu khususnya di kawasan Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) kaum Melayu terus terpinggir dan mahukan perubahan, apabila kehidupan mereka terkesan akibat dari tindakan kerajaan negeri yang membangunkan WPI tanpa memikirkan nasib mereka.
"Kini masyarakat Melayu di WPI bukan lagi Melayu kelahiran Johor, sebaliknya ramai yang datang memiliki rumah di WPI adalah dari negara jiran.
"Boleh dikatakan Umno membela Melayu di Johor sebenarnya hanya indah khabar dari rupa, kaum Melayu di sini hidup tidak menentu malah tanah rumah yang mereka diami bukannya milik mereka sendiri," sambung beliau lagi.
Jelas beliau lagi, perubahan di Johor pasti menjadi kenyataan jika kelompok Melayu bandar dan kawasan pinggir tekad melakukan perubahan.
Di samping, katanya sokongan yang diberikan pengundi Cina yang secara terang menolak kerajaan Umno Barisan Nasional di Johor.
Muhyiddin minta Kelantan beri BN sekali
Subky Latif, | 08 Feb 2013 |
PAS dan Pakatan Rakyat merayu kepada rakyat cuba beri sekali kepadanya mentadbir Putrajaya, jika tidak puas nanti maka rakyat boleh tukar semula kepada yang lama.
Jawab PM Najib, perubahan jangan dicuba-cuba nanti menyusahkan.
Ketika ke Kota Bharu yang terakhir, Tan Sri Muhyiddin pula membuat apa yang Pakatan buat di pusat. Dia menyeru rakyat Kelantan beri peluang sekali kepada BN, jika rakyat tidak puas hati, dalam pilihan raya berikutnya beri semula kepada PAS.
Semuanya telah membuat perkara yang betul.
Apakah perubahan di Putrajaya akan membawa kebaikan atau kepayahan, belum pernah dicuba. Kali inilah baru ia hendak dicuba.
Akan tetapi di Kelantan rakyat sudah ada pengalaman. Mereka sudah cuba selama 11 tahun dari hujung 70-an hingga 1990. Perubahannya tidak berapa banyak tetapi hutang Kelantan pada kerajaan pusat bertambah menggila dan kroni lebih beruntung dari rakyat. Akibatnya seekor BN pun tak ada di DUN Kelantan tahun 1990.
Kelantan sudah ada pengalaman. Tetapi UMNO masa dulu mungkin tak sama dengan UMNO sekarang. UMNO main juta-juta. UMNO sekarang main bilion-bilion. Mungkin boleh dicuba.
Tetapi kalau rakyat hendak mencuba biar UMNO selesaikan dulu tuntutan royalti dalam masa kurang dari 60 hari ini. Beri semua apa yang kerajaan Kelantan tuntut sejak minyak dan gasnya mengeluarkan hasil!
Dan mulai hari ini juga Petronas umumkan royalti akan jadi 20 peratus, tidak lagi lima peratus seperti sekarang.
Apa yang Kelantan tuntut itu Kelantan akan dapat kiranya rakyat mengundi Pakatan kali ini. Sebaik saja Putrajaya ditawan, Kelantan akan dapat haknya dengan tunggakan sekali. Lepas itu ia akan dapat pula royalti 20 peratus.
Kalau rakyat Kelantan dengar rayuan Muhyiddin dan rakyat di seluruh negara kekalkan juga Putrajaya bagi BN, maka sampai mampuslah royalti tak dapat dan kenaikan 20 peratus itu terpaksa tunggu hingga UMNO mati dulu.
Jika Najib dan Muhyiddin boleh beri apa yang dituntut Kelantan itu, adalah asas rakyat Kelantan untuk menimbangkan cuba sekali bagi BN lima tahun.
Najib adalah seorang transformis yang endles posibilities. Dia boleh beri apa yang diminta dan dia boleh curi dan dahului program Buku Jingga. Dia boleh beri royalti dan boleh naikkan jadi 20 peratus.
Kemudian dia angkat seorang Pak Pandir jadi Menteri Kelantan dan kewangan Kelantan itu akan dikontrol dari dapur kediaman Najib. Duit yang sepatutnya dimasukkan ke dalam akaun kerajaan Kelantan akan masuk kertas kira-kiranya saja seperti adanya cerita peri bahasa di zaman pentadbiran Dr. Mahathir dulu keuntungan/kerugian atas kertas.
Tetapi kalau rakyat Kelantan hendak mendengar rayuan Muhyiddin itu tidaklah salah. Pilihanraya lima tahun sekali itu tujuannya adalah untuk menentukan siapa yang terbaik dan paling amanah untuk mentadbir kerajaan.
Muhyidin adalah mewakili kumpulan orang yang tidak sayangkan duit sejak 50 tahun lalu. Duit negara dirasanya duit orang yang berkuasa. Sedang Tok Guru Nik Aziz, Anwar dan Kit Siang adalah mewakili kumpulan orang yang berjimat kerana mengira duit itu kepunyaan rakyat, mereka akan ditanya ke mana duit itu akan digunakan?
Pastikan UMNO berubah dulu, baru Kelantan diubah.
PRU13: Malangnya Najib sambut spekulasi huru-hara
Harakahdaily, | 09 Feb 2013 |
KUALA LUMPUR: Teras
Pengupayaan Melayu (Teras) berpendapat spekulasi bahawa akan berlaku
huru hara ala Arab Spring selepas pilihan raya hanya provokasi seperti
mana yang dilontar oleh Pengerusi SPR sebelum ini.
“Kami kesal kenyataan yang dikeluarkan oleh Mahathir menjadi kayu ukur untuk menimbulkan sekali lagi kemelut dan polemik politik murahan.
“Malangnya PM Datuk Seri Najib pula menyambut spekulasi ini seolah-olah ia benar-benar akan berlaku,” ujar Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid dalam satu kenyataan.
Berikut kenyataan penuh beliau.
TERAS Pengupayaan Melayu (Teras) berpendapat spekulasi bahawa akan berlaku huru hara ala Arab Spring selepas pilihan raya hanya provokasi seperti mana yang dilontar oleh Pengerusi SPR sebelum ini.
Kami kesal kenyataan yang dikeluarkan oleh Mahathir menjadi kayu ukur untuk menimbulkan sekali lagi kemelut dan polemik politik murahan. Malangnya PM Datuk Seri Najib pula menyambut spekulasi ini seolah-olah ia benar-benar akan berlaku.
Jelas politik desperado (politik terdesak) kini diguna bukan sahaja untuk mengelak menjawab isu-isu besar seperti kepincangan ekonomi dan jenayah yang melibatkan pemimpin negara, malah mencipta isu keselamatan untuk menjustifikasi tindakan luar jangka akan diambil mula dibayangkan oleh pemerintah sendiri.
PRU13 yang tidak boleh ditunda lagi walaupun pemerintah sekarang belum cukup yakin akan bertahan, malangnya kini diheret kepada perbincangan yang bersifat spekulasi yang sangat tidak bertanggungjawab.
Spekulasi poltik seperti yang dikeluarkan Mahathir malangnya seperti biasa disambut oleh media perdana sebagai suatu isu besar seolah keputusan piliharan raya yang bakal diumumkan sudah dapat dijangka. Lantaran itu provokasi akan berlaku huru hara ditimbulkan jika pihak pembangkang kalah.
Apakah ini petanda pihak BN sendiri bersedia melakukan apa sahaja untuk menolak keputusan rakyat jika sebaliknya berlaku? Dengan beria-ia benar BN akan mempertahankan Putrajaya sehingga titisan darah terakhir seperti yang pernah diumumkan sendiri oleh PM dalam perhimpunan UMNO, bermakna BN lebih berkemungkinan mengujudkan suasana huru hara jika ia gagal mempertahankan kuasa.
Kami membantah keras PRU13 kali ini cuba diheret kepada spekulasi politik yang melibatkan keselamatan negara. Ini adalah perbuatan yang tidak bertanggungjawab, berunsur provokasi yang merbahaya.
Mahathir dengan jelas kini bermain sentimen keselamatan di saat kehangatan rakyat bangkit untuk membuat perubahan. Spekulasi Mahathir sepatutnya tidak dilayan oleh pihak media atau rakyat kerana ia jelas memerangkap semua pihak untuk merasa keselamatan negara akan terjejas jika keputusan PRU13 tidak berpihak kepada BN.
Kami berpendirian pihak keselamatan harus melihat provokasi ini sebagai suatu pernyataan yang perlu dikawal dan diambil tindakan terutama terhadap pihak yang mengeluarkan kenyataan tersebut iaitu Mahathir.
Apa asas beliau mengeluarkan kenyataan tersebut? Adakah hanya kerana gelombang kebangkitan rakyat tidak dapat dibendung maka beliau melontarkan spekulasi seperti itu untuk menjustifikasi huru-hara akan berlaku?
Kami menegaskan bahawa jika ada mana-mana pihak menjadikan ini sebagai alasan untuk mengantung PRU13 maka jelas negara ini menuju kearah pemerintah diktator.
Kami melihat pernyataan ini mempunyai muslihat politik yang sangat curang kerana nafsu memegang kuasa oleh BN terlalu kuat sehingga mengenepikan kewarasan dan kematangan ketika berdepan dengan pembangkang.
Bukankah demokrasi menuntut kepada persaingan sihat untuk mentadbir dengan terbaik melalui penggubalan dasar dan perlaksanaan dasar yang diterima oleh rakyat? Kenapa pihak pemerintah harus bersandar kepada taktik menimbulkan isu keselamatan jika rakyat sudah bersedia untuk menukar pemerintahan secara pilihanraya yang bersih dan adil?
Isu yang harus dibahaskan ialah sejauhmana PRU13 dijamin berjalan dengan adil dan bersih. Isu seperti pendaftaran dan pemberian kerakyatan kepada rakyat asing secara tidak sah sehingga boleh menjejaskan daftar pengundi dalam PRU seharusnya diberi perhatian. Demikian juga isu mengenai penggunaan institusi awam untuk berkempen politik oleh parti pemerintah, ketiadaan akses pihak pembangkang untuk menyampaikan mesej melalui media awam dan pengurusan undi pos yang tidak telus adalah isu yang perlu ditangani dan didebatkan. Bukan isu spekulasi hura hara.
Rakyat seharusnya menolak spekulasi ini. Strategi politik murahan seperti ini yang boleh menimbulkan ketidakyakinan rakyat terhadap sistem demokrasi yang diamalkan di negara ini boleh memporak-perandakan negara.
Kami lebih khuatir huru hara boleh berlaku jika keputusan yang tidak memihak kepada pemerintahan sedia ada, berdasarkan insiden politik samseng yang terjadi berkali-kali terhadap pembangkang dalam program jelajah dan acara ceramah di seluruh negara.
Sepatutnya inilah yang perlu diambil tindakan oleh pihak keselamatan. Bukan memberi reaksi pantas kepada kenyataan spekulatif seperti yang dikeluar oleh Mahathir.

Ubahlah, usah tangguh lagi, jangan takut ugutan!
Ahmad Lutfi Othman, | 08 Feb 2013 |
Satu demi satu masalah bertindan-timbun. Negara dikepung krisis dan konflik. Pemimpin lebih memikirkan soal kepentingan diri, kelompok, kroni dan suku-sakat. Kalau ada pun perubahan, ia semata-mata demi meraih simpati dan sokongan politik. Segalanya kosmetik. Misalnya, pemberian bantuan 'one-off' yang dipopularkan Najib Razak, mungkin difaktorkan janji-janji Pakatan Rakyat sendiri, melalui Buku Jingga.
Dr Mohamad Agus Yusof pernah mengulas: "Tawaran mana-mana parti berbentuk 'one-off' hanya sekadar gula-gula sementara kepada rakyat. Saya kira dasar seperti itu tidak adil pada ekonomi negara yang memerlukan banyak wang untuk membayar hutang luar dan menyediakan pembangunan fizikal kepada rakyat. Saya harap selepas PRU13, dasar ekonomi negara dan sistem percukaian negara perlu disusun semula supaya kerajaan boleh berlaku adil kepada kepada rakyat mahupun ekonomi negara."
Sebenarnya tsunami politik lima tahun lalu, yang hampir mengheret BN ke posisi pembangkang, langsung tidak pernah memberi iktibar kepada pemimpinnya, malah rakyat terus disogok dengan "rasuah yang dihalalkan undang-undang". Isu integriti dan penyalahgunaan kuasa pemimpin BN yang begitu menarik perhatian pengundi tidak pula dipandang penting pemerintah. Hutang negara berlipatganda. Kebajikan masyarakat bawahan dijadikan komoditi untuk mendapatkan undi.
Korupsi dan salahguna kuasa bermaharajalela. Khazanah kekayaan negara dipunggah rakus. Jurang kaya miskin melebar. Terbina kebangsawanan baru, menghidupkan fenomena antara dua darjat. Keselamatan keluarga juga terancam.
Demi survival kuasa, elit pemerintah Umno-BN sanggup memainkan emosi bahaya perkauman. Untuk mempertahankan takhta, sentimen agama yang sempit berterusan dibakar. Mereka langsung tidak hiraukan keharmonian dan kesentosaan bakal terjejas, asalkan dapat terus berkuasa. Peliknya, pada masa sama. Menteri Dalam Negeri menuduh Pakatan yang menjolok emosi perkauman.
Keberanian rakyat untuk menggerakkan perubahan cukup menggerunkan pemimpin korup dan curang. Mungkin ramai di antaranya yang tidak dapat lena tidur mengenangkan nasib kehilangan kuasa. Bagi pemimpin yang selama ini tamak "merampok" wang rakyat, mungkin sentiasa diasak mimpi ngeri dikejar dosa sendiri.
Justeru, taktik usang-kuno digunakan, bagi menggertak dan menakutkan golongan yang bertekad melakukan pembaharuan itu. Bagi rakyat, kaedah menyelamatkan negara bukanlah susah pun; hanya bersedia untuk memilih kerajaan baru, terutama di peringkat persekutuan.
Hampir semua pengundi menyedari bahawa medan terbaik untuk mereka menukar impian menjadikan Malaysia lebih sejahtera, demokratik, makmur, dan lebih penting rakyatnya dilayan secara adil, adalah dalam PRU13 ini.
Tempoh 55 tahun Umno menerajui kerajaan sudah lebih daripada mencukupi. Melalui 12 kali pilihan raya umum, bermula daripada Parikatan sehinggalah BN, peluang menabur bakti, melakar hala tuju dan mengemudi teraju pemerintahan terbentang seluas-luasnya, dengan kemudahan cukup selesa, apatah lagi berbekalkan majoriti dua pertiga. Peluang dan ruang itu disia-siakan; amanah dikhianati.
Selama lebih lima dekad, rakyat menggantung harap agar negara dipacu dan dikendali secara penuh kejujuran, telus, berintegriti dan melaksanakan prinsip good governance. Diimpikan suara mereka didengar, pemimpin turun padang menyelami degup jantung rakyat, kongkongan dibebaskan, tuntutan agama dijulang dan maruah sebagai insan dipertahan.
Galasan harapan itu punah. Kalungan impian itu putus berderai. Elit penguasa hanya mahukan mandat dan sokongan, tetapi tidak bersedia memikul tanggungjawab setulusnya.
Dalam sistem demokrasi, menukar kerajaan adalah lumrah dan tidak perlu dirisaukan. Kerajaan yang menyeleweng dan gagal menjalankan amanah akan direhatkan. Di negara maju, peralihan kerajaan tidak pernah membawa kehancuran sebaliknya dilihat suatu penambahbaikan.
Pemerintah yang bergelumang rasuah serta menyebabkan ekonomi negara merudum, kebajikan rakyat terabai, hutang meningkat dan peluang pekerjaan terbatas segera "dipencenkanan" apabila mandat berakhir. Malah, jika keadaan terdesak, undi tidak percaya boleh dikemuka di Parlimen, atau ada parti sekutu yang menarik balik sokongan.
Namun, di negara kita, Perdana Menteri Najib Razak dan mentornya, Dr Mahathir Mohamad, untuk kesekian kalinya mendendangkan kembali lagu lama. Mengetahui mood rakyat untuk berubah semakin kuat, kedua-duanya mengulangi "nasihat berbaur ugutan", dengan harapan dapat mengendurkan komitmen untuk menukar kerajaan itu.
Berita Harian, 1 Februari memilih tajuk depan "Jangan ikut emosi -- Ubah kerajaan secara mendadak boleh hancurkan negara: PM".
Najib, mengikut laporan itu, mengingatkan rakyat bahawa perubahan mendadak dan tidak terancang untuk mengubah pentadbiran negara tidak menjamin kesan positif kepada masa depan negara.
"Sebaliknya, Najib berkata, "sebarang perubahan perlu mengikut undang-undang serta akal fikiran dan bukan kerana emosi akibat terpengaruh dengan dakyah semata-mata."
Pelik bin ajaib, Najib sebenarnya mahu merendahkan kemampuan berfikir masyarakat kita apabila cuba menegakkan benang basah. Siapa sebenarnya yang galak mempermainkan emosi rakyat? Pihak manakah yang memilih pendekatan perkauman dan menabur fitnah untuk kekal berkuasa? Bacalah Utusan Malaysia, tontonlah Buletin Utama TV3, anda sudah tahu jawapannya.
Lihatlah isu-isu yang dikemukakan BN dan bandingkan dengan Pakatan, siapa yang berterusan membakar emosi dan menolak perdebatan sihat? Lagipun, hasrat untuk menukar kerajaan tidak pernah berlaku secara mendadak. Ia suatu proses yang agak lama dan memakan masa. Sesiapa pun yang begitu lama ditindas, dizalimi, diperbodoh dan dikhianati, sampai waktunya akan bingkas menuntut hak.
Rakyat telah membuat penilaian menyeluruh terhadap pemerintahan lima dekad Umno-BN. Mereka telah bosan, muak dan jelak dengan siri salahguna kuasa, kecurangan, rasuah, penompokan kekayaan buat elit penguasa, sikap meremehkan pandangan rakyat.
Selepas 55 tahun, mengapa arus perubahan ini masih dianggap mendadak? Peluang telah diberi secukupnya. Rakyat juga telah mencuba menukar kerajaan negeri sejak 1959 lagi, tetapi hanya berjaya di beberapa negeri. Di Parlimen, majoriti dua pertiga BN hanya berjaya disekat pada 2008.
Sukar dipastikan sama ada Dr Mahathir benar-benar serius dengan kenyataannya pada 31 Januari lalu atau seperti hanya bersifat sinikal atau sindirin halus seperti lazimnya.
Bekas Perdana Menteri itu berkata, Pakatan Rakyat akan bertindak terhadap pesaing politiknya sebaik sahaja mereka berkuasa.
Katanya, mereka akan mengambil tindakan terhadap orang yang tidak baik dengan mereka atau yang mereka rasa tidak baik dengan mereka.
Dr Mahathir menambah, terdapat desas-desus bahawa kerajaan persekutuan yang dikuasai Pakatan, akan menangkap orang seperti itu, termasuk dirinya sendiri.
Ujarnya, ada yang mengatakan beliau harus meninggalkan Malaysia sebelum keputusan PRU13 diumumkan.
"Perkara pertama yang mereka (Pakatan) akan lakukan (apabila berkuasa) ialah menutup semua lapangan terbang supaya tidak ada pesawat persendirian boleh berlepas," katanya.
Apa pun, daripada kenyataan Mahathir itu, dan juga penekanan Najib yang sering mengingatkan tentang bahaya pertukaran kerajaan, saya kira kedua-duanya memang risau, bimbang dan takut dengan keputusan PRU13.
Mahathir seperti mahu menggambarkan sikap negatif pemimpin Pakatan, terutama Dato' Seri Anwar Ibrahim, selepas berkuasa nanti, yang bakal membalas dendam dan bertindak di luar batas undang-undang.
Sekali gus Dr Mahathir mahu menghantar mesej bahawa Malaysia di bawah pentadbiran baru Pakatan akan bertukar huru-hura, rusuhan tercetus di sana sini, ekonomi merudum, pelabur takut dan pelancong lari. Mudah kata, anarkis!
Bukankah Mahathir juga yang membayangkan akan berlaku suasana tidak stabil jika BN kalah dalam PRU13?
Sedangkan, antara isu-isu asas yang sering ditimbulkan Pakatan ialah kedaulatan undang-undang, kebebasan badan kehakiman, Jabatan Peguam Negara yang independen, dan pihak keselamatan -- khususnya pasukan polis -- yang profesional, tanpa mudah dipengaruhi elit politik.
Ataupun mungkin Mahathir sendiri sering diganggu mimpi ngeri memandangkan kezaliman yang pernah dilakukannya semasa berkuasa dahulu, bukan hanya kepada Anwar, yang diaibkan dengan seribu satu cara, tetapi juga mangsa yang dianiayainya, seperti bekas Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas.
Tidak mustahil juga kerisauannya terhadap nasib dan masa depan anak-anak beliau, yang kini kaya-raya membolot khazanah negara. Mahathir tentu arif dengan kesalahan sendiri, sepanjang 22 tahun menerajui negara, menjadikan Malaysia seperti milik personalnya. Segala kehendaknya akan dipaksakan menjadi projek negara walaupun menghanguskan berbilion ringgit.
Apa pun, Mahathir harus ingat, jika beliau pernah bertindak ganas kepada orang lain, tidak semestinya mangsa kezaliman beliau itu akan bertindak serupa apabila mendapat kuasa. Beliau mungkin gelabah menunggu Anwar naik takhta.
Undang-undang tetap dihormati. Anwar sendiri kerap mengulangi, beliau dapat memaafkan kesalahan Mahathir, walaupun sukar melupakan. Namun, kata Anwar, setiap wang rakyat yang dirompak akan dipastikan kembali semula kepada yang berhak.
Mahathir, Najib dan sekutunya usah panik. Negara ini mempunyai begitu ramai tenaga baruyang berkebolehan untuk memimpin dan mentadbir dengan lebih baik lagi. Cubalah berfikir secara rasional dan terbuka.
Mungkin Mahathir melihat pemansuhan ISA sebagai rahmat terselindung kepada pemimpin Umno-BN yang korup dan menyeleweng, iaitu mereka tidak akan dikurung tanpa bicara jika Pakatan berkuasa nanti.
Walhal sebenarnya, yang dipentingkan ialah keadilan harus meliputi semua orang, tidak terkecuali. Proses pendakwaan ke atas mereka yang disyaki bersalah dibuat secara telus, tanpa campur tangan politik.
Kezaliman, termasuk membalas dendam, adalah perbuatan terkutuk yang mesti dihindari sejauh-jauhnya. Rupanya Mahathir masih terkepung dengan corak pemikiran penguasa yang keras dan dominan, sepertinya dahulu.
Secara peribadi, saya mengangap proses perubahan di Malaysia mengengsot terlalu lambat, jauh daripada ciri-ciri radikal atau mendadak. Justeru, saya tidak mahu ia tertangguh lagi, melewati PRU13, 'kan?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan