Jumaat, 31 Mei 2013

BERI HUTANG LEBIH BAIK DARI BERI SEDEKAH

Gambar ini memberi sejuta makna.
Posted on Friday, May 31 @ 15:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: tokpepijat

"


ada hari kita di atas  
ada hari kita di bawah
ada hari kita di luar
ada hari kita di dalam


ada hari kita tidak kisah apa orang kata
kerana kita berkuasa dan berpangkat
ada hari kita tidak peduli sengsara rakyat di Berembang
ada hari kita seronok bagi penyapu pada pegawai kita
hari ini
baru kita tahu langit tidak selamanya cerah bagi kita
dan langit tidak selamanya mendung bagi yang dizalimi
hari ini juga
baru kita tahu doa-doa yang dizalimi dimakbulkan Tuhan Yang Maha Adil
dan hari ini juga baru kita tahu jalan yang diambil Mat Taib
jalan yang betul, benar dan penuh keinsafan
Kita masih ada saki baki hari yang bakal indah
kerana Tuhan itu Maha Pengampun

Gambar ini memberi sejuta makna."


 Bercakap Pasal Luahan Khalid Samad Isu Kota Damansara
Posted on Friday, May 31 @ 14:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh TKOOffline
Bila saya baca luahan Khalid Samad, saya rasa ada 4 perkara yang disentuh yang utama iaitu Kerusi Kota Damansara jatuh pada UMNO/BN, Hubungan PKR dan PAS menjadi tegang, Hubungan PAS dengan PAS juga terjejas dan Komitmen PAS terhadap PR dipersoalkan masyarakat.
Kota Damansara sebelum ini adalah kerusi PAS pada PRU11 Mohd Ariff Mohd Yusof (PAS) bertanding dan pada PRU12 kerusi itu dipinjamkan kepada PKR dan ditandingi oleh Pengerusi PSM, Dr Mohd Nasir Hashim atas tiket PKR. PSM dibantu bertanding atas tiket PKR pada pada pilihan raya umum 2008 itu kerana ketika itu pendaftarannya masih belum diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan. Pas juga yang membantu untuk mengerakkan seluruh jentera kempen dan bilik gerakan di kawasan Dun berkenaan bagi menangkan Dr Mohd Nasir.

Pada PRU13 PAS minta kerusi itu, tetapi oleh kerana kerusi itu telah dimenangi oleh PKR maka PKR berkeras mahukan kerusi berkenaan, sama seperti Parlimen Kuantan yang dipanjamkan kepada PKR dan kebetulan PRU1999 PKR memang kerusi itu dan sukar untuk PAS nak ambil balik kerusi berkenaan terutama kerusi yang dimenangi.

Situasi sama juga berlaku di Perlimen Dungun, Terengganu kerusi asal adalah kerusi PAS dan PAS bercadang untuk mencalonkan Dr Mutaruddin (bekas ahli parlimen UMNO) tetapi saat akhir ada masalah maka PAS tawarkan kerusi itu kepada PKR dengan syarat PKR mesti meletakkan calon kepimpinan. Kerusi itu dicadangkan kepada Azmin Ali oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi tetapi Azmin ingin bertanding di Selangor. Kerusi itu diberikan kepada Shamsul Mohd Arip, tetapi Shamsul kalah lebih teruk daripada Dun PAS yang menang.


Ini kena tanya Abdul Rahman Setpol Anwar Ibrahim sebab apa Mazlan boleh bertanding BEBAS??

 
Pada PRU13 PAS nak semula kerusi berkenaan dan PKR tak setuju akhirnya pada PRU13 bertanding 3 penjuru dan AJK PKR Dungun, Mazlan Harun bertanding atas tiket bebas. PAS tak bising pun walaupun PKR tikam belakang di Terengganu!!!

Berbalik semula Kota Damansara... PSM bergaduh dengan PKR dan ada beberapa masalah berlaku. PSM membuat kenyataan pada 5 April 2013 dan disiarkan di akhbar utama. Baca petikan di bawah:-

Parti Sosialis Malaysia (PSM) masih belum membuat sebarang keputusan sama ada mahu bertanding menggunakan lambang Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) akan datang.
Setiausaha Agungnya, S. Arutchelvan berkata, meskipun parti itu menggunakan lambang PKR dalam pilihan raya umum 2008, namun perkara itu masih lagi dalam perbincangan pihaknya.Bagaimanapun, katanya, PSM meletakkan dua calon untuk bertanding di Selangor iaitu Pengerusi PSM, Dr. Mohd. Nasir Hashim serta beliau sendiri masing-masing di DUN Kota Damansara dan DUN Semenyih.

"Kita masih belum buat keputusan sama ada untuk menggunakan lambang PKR atau mana-mana parti dalam PRU-13. Perkara itu kita akan bincangkan dalam mesyuarat PSM esok," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. 



Nampak tak isunya Dun Semenyih dan Kota Damansara yang menjadi masalah pertindihan. Kalau orang ada akal akan dengar baik-baik kata Presiden PAS, kita bertanding di kawasan menjadi masalah DEMI MENYELAMATKAN PAKATAN RAKYAT.

Saya sebut sejarah, saya sebut senario supaya pembaca faham kenapa perkara ini berlaku. PRU bukan kerja mainan, gerakerja perlu dibuat lebih awal sebab itu bila PAS buat keputusan PAS akan terus dengan keputusan bagi memastikan gerakerja berjalan dengan baik.

Saya rasa tidak menjadi salah untuk PAS ingin semula Dun berkenaan kerana jentera kerja PAS di situ kuat berbanding dengan parti PR lain, lagi pun PSM 'celang c elup' dengan PKR dan demi memastikan kerusi PR terjamin PAS perlu buat keputusan segera.

Tapi malangnya antara kelemahan yang berlaku Majlis Presiden Pakatan Rakyat lambat membuat keputusan.

Lagi pun Azmin Ali sendiri mengaku kesilapan PKR dalam hal ini semasa Kongres Nasional Keadilan ke-9 (rujuk di sini). Takkan Khalid Samad kata kesilapan Presiden PAS??  Mana satu nak pakai ni?

Semua yang saya tulis ini takkan Khalid Samad tak tahu!!!
Habis kenapa Khalid nampak beriya-iya masih nak salahkan PAS?? dan ditujukan penulisan itu kepada Presiden??



Soal calon Dr Mohd Nasir lebih baik. Adakah kalau PAS letak Mohamad Sabu kerusi itu akan diberikan kepada PAS? Itu bukan persoalan, isunya tapak itu sepatutnya menjadi hak milik siapa?? Adakah pembahagian mengikut apa yang dipertandingkan pada PRU1999??

Sudah pasti PKR yang untung kerana isu pada masa itu berbeza dengan isu sekarang dan PAS banyak memberikan kawasan dan tenaga kerja kepada PKR pada PRU 1999. Tidak adillah PKR 98 kerusi sedangkan PAS hanya 62 kerusi... Kita bercakap soal rasional bukan emosi dan bukan mainan sentimen pada media sosial dan melabel itu dan ini.

PAS ada wadah perjungan sendiri, PKR pun sama, begitu juga dengan DAP. Kita ada kerjasama dalam Pakatan Rakyat. Kita tidak ada kerjasama dengan PSM?? Kenapa itu Khalid Samad boleh jawab sebab dia kepimpinan PAS.

Kalau sama rasanya elok Khalid masuk PSM.. Saya tak kata keluar PAS masuk PKR nanti ada labelkan saya geng UG, geng tarbiyyah PAS Terengganu. Ini satu lagi bangang dalam penulisan sikit-sikit UG sikit UG sedang yang menulis itu tak mengerti apa yang dia tulis sekadar menjadi burung kak tua kepada 'onar' menyebut UG atas dasar emosi tanpa kajian menyeluruh... Perangai begini sama dengan cara pemikiran UMNO sikit-sikit bengkrap, sikit-sikit huru hara!!! Stupid!!

Dalam kita menyebut jatuh kepada BN kepada kita fokus PAS sahaja sedangkan DAP sendiri ada membuat perkara yang lebih buruk menyebabkan Dun Damak PR kalah. Sila baca artikel saya sebelum ini. (rujuk di sini)

Itu luahan saya kepada luahan Khalid Samad. Ada 3 lagi isu yang belum saya luahkan... rasanya saya sambung kemudian.



....
Sila layari
Bercakap Pasal Luahan Khalid Samad Isu Kota Damansara


 PAS Terengganu akan ke Besut dan Setiu
Posted on Friday, May 31 @ 13:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: notan

"Assalamualaikum,,..  PAS Terengganu mula mengorak langkah untuk memberi tumpuan di daerah Besut dan Setiu.Hasrat PAS Terenggnau dilihat setengah orang sebagai baru bangun dari tidur tetapi masalah sebenar PAS Terengganu hanya diketahui oleh pemimpin dan pengerak gerak kerjanya sahaja.

PAS Terengganu tempang sejak tahun 2004  di dua daerah ini.Sebabnya kurangnya sambutan penduduk tempatan untuk tampil menjadi sukarelawan atau alhawariyyun, yang ada cuma suara suara mengkritik dari jauh.Akibatnya, walaupun menyedari situasi sebenar yang berlaku  di dua daerah ini sehingga DUN Batu Rakit yang hampir dengan staidum runtuhpun, PAS Terengganu gagal memberi kesedaran kepada pengundinya.

Cabaran sebenar PAS Terengganu di dua daerah ini ialah Deris Jusoh yang menjadi pengarah pilihanraya BN Malaysia.Deris Jusoh sudah meletakkan perisai yang kuat di dua daerah ini yang masih gagal dipecahkan oleh PAS Terengganu kerana kekuatannya sendiri masih lemah.
Tetapi keputusan PRU 13 menampakkan harapan apabila undi yang diperolehi PAS meningkat walaupun dalam situasi gerak kerja yang lemah akibat ketiadaan sukarekawan yang mencukupi.Saya meyebut sukarelawan bukan sahaja semasa berkempen kerana menjadi tren di Terengganu di mana ketika berkempen muncullah ramai sukarelawan untuk memasang bendera dan membuat kerja kerja khusus untuk pilihanraya.Yang saya maksudkan sukarelawan yang berkerja untuk ground work parti seperti culaan berterusan, gerak kerja kemasyarakatan dan dakwah yang berterusan.
Sebenarnya inlah kekurangan PAS Terengganu sejak dulu lagi tetapi seperti dibuktikan oleh  beberapa Dun seperti DUN Chukai, Paka, Sura, semua DUN Kuala Terengganu dan hampir semua DUN Marang, gerak kerja awal membuktikan PAS Terengganu mampu melakukannya. 
Berdasarkan kekurangan dan kelemahan ini, PAS sebelum ini meletakkan DUN yang disasarkan menang dan hampir semua DUN yang disasarkan menang itu menyumbang kecuali beberapa DUN yang dipercayai ada unsur penipuan dan petisyen akan dihantar.
Sementara DUN yang tidak termasuk dalam sasaran ini  jelas kelihatan dari Besut dan Setiu kerana maslaah di sana terlalu berat untuk dihadapi oleh PAS Terengganu mengambil kira kekuatan yang ada.Tetapi keputusan PRU menunjukkan majoriti yang diperolehi BN bagi kesemua DUN Setiu dan Besut adalah kecil, membuktikan sokongan kepada PAS semakin meningkat di sana walaupun perisai yang dibina Deris Jusoh masih terasa.
Lantaran, keputusan untuk masuk ke Besut dan Setiu adalah tepat.Saya percaya pesuruhjaya PAS Terengganu dan pasukan kepimpinannya sudah mengenal pasti  apa yang patut dilakukan, antaranya berusaha menambah sukarelawan bagi menggerakkan gerak kerja yang berterusan di sana.Sebenarnya inilah masalah utama PAS Terengganu di Besut dan Setiu. Saya pernah ada pengalaman di Setiu di mana semasa saya ke Setiu pada 2011. Ketika itu saya singgah di bangsal burger untuk membeli burger kerana anak anak nak makan burger. Apa yang memeranjatkan saya ialah penjual burger itu seorang anak muda kelihatan terpenranjat dan melemparkan senyuman kepada saya apabila melihat kopiah berwarna putih hijau di kepala saya.Saya terfikir bahawa anak muda di Setiu juga berminat dengan  PAS tetapi kerana kurangnya usaha mengumpulkan mereka menyebabkan mereka tidak tahu ke mana untuk pergi.
Saya berharap PAS Terengganu mengambil serius perkara ini.Timbalan pesuruhjaya PAS ada pengalaman mengumpul anak anak muda di DUN  Paka jadi saya harap Timbalan Pesuruhjaya mampu mengadaptasikan pengalamannya di Besut dan Setiu.
Apa sekalipun keputusan petisyen PRU nanti, samada PAS berjaya membalikkan meja(turn the table) atau PRU akan diadakan semula, gerak kerja di dua daerah ini perlu dipercepatkan.Kerana selain dua daerah ini PAS Terengganu masih menghadapi masalah besar di DUN Kijal dan Air Putih Kemaman malah masalahnya jauh lebih besar dari Besut dan Setiu.
Kalau perisai yang dibina Deris Jusoh berjaya dipecahkan, PAS Terengganu masih mempunyai misi untuk memecahkan pula perisai yang dibina oleh Mat Said di Kijal dan Air Putih. 

Beri hutang lebih baik dari beri sedekah


Posted on Friday, May 31 @ 12:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: rozmal

"Begitu banyak perkara baru yang dipelajari malam tadi semasa Majlis Ceramah sempena Israk Mikraj di Masjid Bandar Baru Senawang yang disampaikan oleh Sheikh Haji Baba Abdul Karim bin Haji Isa Al Fatoni, seorang ulama yang berasal dari Patani, Thailand akan tetapi telah berkhidmat di mahkamah Arab Saudi selama lebih 20 tahun. Pertama kali saya mendengar ceramah Sheikh Baba.

Sheikh Baba pun merupakan anak murid kepada beberapa ulama terkenal yang masih lagi mengajar di Masjidil Haram, Mekah. Sheikh Baba amat sayang untuk meninggalkan Mekah kerana telah lama berkhidmat dan beribadah di sana. Akan tetapi atas arahan Tok Gurunya yang memerintahkan untuk beliau pulang ke Nusantara untuk mengajar kepada umat Islam di sini, maka beliau dengar dan taat akan arahan Tok Guru beliau.


Malam tadi beliau mengupas kitab Sheikh Daud Fatoni, beliau menceritakan dengan panjang lebar mengenai salasilah Sheikh Daud Fatoni hinggalah ke Saidina Husin ra., Saiditina Fatimah rah. dan Nabi Muhammad saw. Kaitannya juga dengan Raja Fatoni, Raja Champa dan Sunan Ampel.

Begitu banyak ilmu-ilmu kitab lama yang baru tahu orang jemaah yang hadir termasuk diri saya sendiri, terlalu banyak.

Antaranya ialah Sheikh Baba mengatakan memberi hutang kepada orang yang memerlukan adalah lebih baik dari memberi sedekah. Jika kita memberi sedekah kita akan diberi 10 ganjaran, akan tetapi jika kita memberi hutang kita akan diberi 18 ganjaran. Ini adalah kerana mereka yang memang dalam kesempitan memerlukan hutang untuk melepaskan kesempitan tersebut, akan tetapi jika kita memberi sedekah adakalanya keperluannya tidaklah dalam keadaan yang amat memerlukan.

Terlalu banyak ilmu yang saya pelajari semalam, yang tidak boleh saya sampaikan di sini kerana bimbang disalah tafsir.

Kepada mereka yang ingin menadah ilmu dengan Sheikh Baba bolehlah ke Masjid Negeri, Seremban pada hari Sabtu 1 Jun 2013 selepas Maghrib, beliau akan menyambung kitab kisah Israk Mikraj yang dah sampai di langit ke tujuh.

Cubalah pergi, barulah kita tahu betapa cetek, terlalu cetek, teramat cetek, ilmu dan amalan yang ada pada kita sekarang ini. Betapa banyaknya kita melakukan dosa dan betapa kurangnya kita beramal ibadat.

 Autisme dan Pancaran Kedewasaan
Posted on Friday, May 31 @ 11:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: HishamAhmad

"7/5/2013, malam hari Isnin. Tiba-tiba, saya dikejutkan dengan pertanyaan dari anak lelaki saya; “Abah, air mani itu apa?” 

Apa relevannya pertanyaan ini?  Relevannya kerana ia datang dari anak lelaki saya berumur 13 tahun yang mempunyai autisme.  Isu air itu timbul hasil perbualan dia dengan F, adiknya yang berumur 12 tahun. Semasa soalan itu ditanya, kami baru nak keluar ke surau bagi solat isyak. Jadi saya tidak dapat bertanya lanjut perbincangan 2 beradik itu sehingga timbul topik ‘pancaran kedewasaan’ itu.

Semasa menulis tentang ini, saya masih tidak sempat lagi untuk menyiasat atau mengorek apa isi perbualan mereka kerana terlupa dan masih belum berpeluang. Buat masa ini, anak saya F telah kesekolah untuk kelas persediaan UPSR. Adakah perlu untuk saya siasat? Apa pendapat tuan-puan? Mungkin perbualan mereka sekadar atas isu agama yang ustaz ajar disekolah tetapi mungkinkah juga mereka berbincang pasal ‘girlfriend-boyfriend’, cinta-cintun hingga ke isu seks. Tak mungkinlah, anak-anak saya ini. Seorang ‘innocent’ sifatnya, seorang lagi pengawas sekolah, yang bila diusek dengan awek, menunjukkan rasa tidak suka. Ah! itu didepan bapanya, bersama-sama kawan-kawan, kita tidak tahu. Berbaik sangkalah.
Berbaik sangka? Alamak, nanti dulu. Kalau kita mendengar kisah-kisah budak sekolah rendah dari guru-guru sekolah dalam hal berkaitan isu sebegini (unsur seksual), percayalah,  banyak elemen ‘surprise’ bagi yang bersangka baik.
Saya teringat. Komen pertama saya dalam facebook autisme  (www.facebook.com/groups/autisme.malaysia/) sebagai respon kepada sambutan mesra yang saya terima daripada sekian saudara muslimin dan muslimah. Sambutan baik dan sifat kemesraan keluarga facebook ini memang hebat dan mengharukan sehingga saya risau bahawa buku autisme (aku bersyukur anakku autisme) yang seadanya itu tidak memenuhi ‘expectation’ ibubapa bertuah.
Lalu apa komen saya? Komen saya ialah ‘kekadang menulis jauh lebih mudah daripada melakukan apa yang ditulis’ (lebih kurang begitulah ayatnya).
Begitulah berlaku dalam kes saya sendiri. Bila si anak mengeluarkan pertanyaan begitu. Serasa ketukan tepat didahi saya. Mengapa saya tercuai daripada bertanya dahulu soalan itu. Saya pernah ‘syak; atas pertukaran suaranya yang menjadi lebih garau dan besar. Semasa itu, saya mungkin merasa, takkanlah dia cepat didatangi berahi yang mendorong kepada mimpi indah hingga berlaku pancaran kedewasaan. Kerana apa? Kerana dia anak ‘innocent’ dan rasa sensual sebegitu mungkin masih terlalu awal bagi dirinya. Saya tersilap. Mungkinkah perubahan kematangan fizikal boleh mendorong kepada kedewasaan itu. Harap ada saudara/saudari yang ahli/pakar dalam bidang ini  yang dapat membantu menjelaskan hal ini.
Bila tiba perkara sebegini, baru diri sendiri rasa teruji atas kefahaman ilmu ini sedangkan ada bahagian atau bab dalam buku autisme itu yang berkaitan isu dewasa, baligh dan sebagainya.  Saya tulis tentangnya tetapi belum tentu saya sendiri dapat menghayati atau merealisasikan ilmunya dengan berkesan.   
Saya sedar ada ayat al-Quran yang memberi peringatan atau teguran terhadap mereka yang tidak melakukan apa yang dikatakan. Kita memohon perlindungan-Nya dari termasuk golongan yang ‘cakap tak serupa bikin’.
Namun saya mengambil pendekatan bahawa penulisan itu sendiri merupakan satu motivasi atau dorongan untuk kita berusaha melakukan atau ke arah melakukan dan merealisasikan apa yang dikata, ditulis.
Kembali kepada pertanyaan anak saya itu. Saya pun menjawab “Air mani itu putih macam susu, rasa melekit..”  D… ada keluar air mani ke?” 
“Ada, hari itu…” katanya.  Saya memandang kepada isteri saya , mempamerkan muku terkejut (tetapi tidaklah ketahap "terkejut beruk") sambil tersengih seperti 'kerang yang belumlah lagi busuk' dan dengan perlahan berkata; “alamakkkk...”
Dipendekkan cerita. Setelah sedar dari kejutan, saya menyuruh dia mandi wajib dahulu dan solat isyak di rumah. Isteri saya mengajar niat mudah mandi wajib dan apa yang perlu. Saya bergegas ke surau.
Terlintas difikiran, bagaimana solat-solatnya dalam 1-2 hari ini, jika dia tidak meniatkan mandi wajib (bersuci dari hadas besar). Semoga Allah mengampun kami atas kelemahan dan kejahilan ini. Saya bergantung kepada dalil atau nas bersandarkan  harapan kepada kewujudan satu hadith, yang menyatakan ada situasi nabi s.a.w. atau seorang sahabat terlupa mandi wajib dan mengimami solat jemaah.Semoga ada pelepasan begitu atas ketidaksengajaan itu. (Belum sempat untuk semak kesahihan kewujudan authoriti atau kesahihan kualiti (jika hadith atau athar, apa statusnya- moga ada bantuan dan pencerahan)
Isunya, pada aspek aspek syariah, adakah dia sudah dianggap dewasa? Status mukalaf?  Namun saya yakin penilaian dirinya (dalam hal dosa dan pahala) tentulah berdasarkan kematangan pemikirannya. Nasib baik tidak lama sebelum itu, saya ada membuat satu sesi semakan secara ‘one to one’ dalam hal solat, hafazan, bacaan dan kefahaman. Selama beberapa jam, saya menghabiskan masa dengannya. Pada aspek untuk membaiki kualiti bacaan fatihah sahaja telah menduga kesabaran saya. Sesungguhnya, memanglah perlu untuk semakan dilakukan dari masa ke semasa. Kini, proses mengajar ilmu dan memberi kefahaman adalah lebih perlu disegerakan.
Sekiranya atau apabila dia sudah mula dipertanggungkan dalam soal dosa dan pahala, kita mahu anak ini memulakan langkah kedewasaan sebagai anak muda yang mantap tauhidnya, memahami objektif solat dan melakukan dengan kualiti, mejauhi dosa dan mula aktif mengumpul pahala. Pun begitu saya tahu ia satu cabaran bagi saya. Cabaran yang berterusan ....entah untuk berapa lama lagi?
Sesungguhnya buku (aku bersyukur anakku autisme) itu mungkin mengandungi nas dan dalil (Quran dan Hadith) yang agak banyak untuk dijadikan rujukan, bandingan dan panduan dalam menjelaskan hubungan kita dengan anak autisme daripada pelbagai aspek, namun hakikatnya ilmu dan kemahiran spesifik yang tinggi dalam didikan anak autisme adalah hasil usaha jerit perih yang berterusan dari masa ke semasa oleh si-ibu, ibu, ibu dan bapa.  Penyudahnya, bagi setiap anak ini, si ibu atau sibubapanya yang lebih memahami.
Maksud saya, hasil perkongsian maklumat yang dilakukan dalam facebook itu jika disunting, akan mengumpulkan ilmu-ilmu khusus, terperinci dan penting kerana ia berdasarkan pengalaman realiti. Inilah antara ‘buku’ autisme terbaik yang tidak harus ditinggalkan dari dibaca.
Buku saya (as co- writer) jika sekadar dapat mendatangkan rasa ‘lega’ (comfort), rasa ‘tenang’, rasa ‘ada hikmah disebalik kejadian’ , rasa ‘layak kepada ujian’, rasa  ‘sabar’ atau lebih tinggi lagi, rasa ‘syukur’, maka ia telah mencapai ‘expectation’ saya sendiri, dan saya mohon maaf sekiranya ia jauh dari ‘expectation’ para ibu dan bapa bertuah kepada anak-anak syurga.
Bersambung…  Allah juga yang maha mengetahui.
Untuk maklumat lanjut. http://hisham-ahmad.blogspot.com/

RIBA...MAKA JAUHILAH KITA DARI RIBA...INSYAALLLAH

Senarai Semak Supaya Bebas Riba
Posted on Friday, May 31 @ 16:02:46 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo

Oleh: al-bahanj

"Riba adalah antara yang tersenarai sebagai dosa besar dalam Islam. Kita mesti sedaya upaya menghindari riba dan melepaskan diri dari terlibat dengannya samada secara langsung atau secara tidak langsung.

Berikut adalah senarai semak asas sebagai panduan mudah dan ringkas untuk kita sama-sama sedar dan mengambil tindakan untuk bebas dari riba.

Jadual ini menyenaraikan instrumen-instrumen kewangan asas yang melibatkan majoriti masyarakat di Malaysia. Ia boleh dijadikan langkah pertama untuk dibuat semakan bagi membersihkan diri dan keluarga dari dosa riba, in shaa' ALLAH:

Kategori
(1) Tindakan Utama
(2) Pilihan Tindakan
SimpananTidak menyimpan wang atau membuka akaun simpanan di dalam institusi perbankan konvensional.Jika mahu menyimpan di institusi kewangan, sila pastikan simpan di perbankan Islami.
Perlindungan kewanganTidak menyertai pelan insurans konvensional samada untuk diri sendiri, ahli keluarga, kenderaan, harta, perniagaan dan lain-lain.
Jika mahu memiliki pelan perlindungan kewangan, pastikan anda menyertai pelan Takaful.
PembiayaanTidak membuat pinjaman melalui perbankan konvensional samada pinjaman kenderaan, peribadi, rumah, perniagaan dan sebagainya.
Jika mahukan pembiayaan, buatlah pembiayaan melalui institusi perbankan Islami.
Kad ‘kredit’Tidak memiliki kad-kad kredit yang ditawarkan oleh bank-bank konvensional.Jika mahu memiliki kad-kad seperti ini, silalah ke bank-bank Islami yang menawarkannya.

Ia bukan kad kredit seperti yang ditawarkan oleh institusi perbankan konvensional, tetapi ia mempunyai unsur-unsur pembiayaan yang juga disokong oleh Master dan Visa. Kad jenis debit juga disediakan.
Simpanan EmasTidak membuka akaun simpanan emas di bank-bank yang tidak mengesahkannya sebagai syariah-compliant.Jika mahu menyimpan emas dengan kaedah ini, ada bank-bank Islami yang menyediakan khidmat tersebut yang disahkan menepati syariah.
PelaburanTidak melabur di kaunter-kaunter atau akaun-akaun pelaburan samada dalam pasaran saham (stock-market) atau unit amanah (unit trust) atau skim-skim yang tidak disahkan menepati syariah.Jika mahu melabur dalam instrumen sebegini, pastikan anda melabur dalam kaunter-kaunter atau akaun-akaun yang disahkan menepati syariah.

Suruhanjaya Sekuriti ada mengeluarkan senarai yang menepati syariah. [Link 1] [Link 2]

Apa yang ingin ditekankan di dalam tulisan ini ialah mengenai tindakan utama kita semua, iaitu mengelakkan diri dari terlibat secara langsung dengan instrumen kewangan yang mengandungi unsur riba. Itulah tindakan utama untuk diberikan perhatian. Iaitu menjauhinya!

Jika tuan/puan masih berhajatkan instrumen-instrumen kewangan di atas dalam kehidupan seharian yang sememangnya penting dalam dunia moden ini, maka tindakan pilihan yang ada ialah memilih institusi yang berlandaskan syariat Islam yang menawarkan kemudahan seumpamanya seperti institusi perbankan Islami, syarikat Takaful dan lain-lain yang telah disebutkan di atas. Itulah pilihan yang ada dalam pasaran.

Semoga jadual di atas dapat dimanfaatkan oleh tuan/puan semua dalam menyemak semula akaun-akaun simpanan, pelaburan, insurans, kad kredit, simpanan emas, saham dan sebagainya. Semoga ALLAH Ta`ala mempermudahkan kita semua untuk membersihkan diri kita dari terlibat dengan salah satu dosa besar iaitu riba, amin...

Mudah-mudahan kita semua dipelihara ALLAH Ta`ala dengan hidayah dan taufiqNYa, amin...

- muzir.wordpress.com

---------------------------------------------

*Baca juga:

*SUMBER: http://muzir.wordpress.com"

Rampasan Harakah dan ugutan pengedar: Zahid Hamidi, KDN makin gila ....
Posted on Friday, May 31 @ 18:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh KUMPULAN AKTIVIS MEDIA INDEPENDEN (KAMI)


KDN makin menggila. Isnin lalu, penguatkuasa KDN telah kacau dan ugut penjual Harakah, di seluruh negara, termasuk di Shah Alam, Puchong dan Kota Kinabalu.

Alasan mengarut KDN, nama-nama  penjual itu tiada dalam senarai penjual-penjual Harakah yang pernah diserah oleh pihak pengurusan Harakah kepada KDN, lebih 10 tahun lalu.

Nama-nama yang tidak ada dalam senarai itu tidak boleh menjual Harakah. Dahsyat sekali peraturan gila KDN ini; nak jual Harakah pun kena direstui oleh KDN terlebih dahulu.  
 
Kesannya, jualan Harakah jatuh hampir 10 ribu naskhah. KDN mahu penjual Harakah takut untuk pamerkan Harakah di premis masing-masing dan dengan itu pembaca sukar dapatkan Harakah di pasaran.
 
Sebenarnya pihak KDN tidak perlu mengadakan operasi rampasan setiap minggu apatah lagi setiap hari. Sesekali penguatkuasa KDN melancarkan operasi sudah memadai, dengan andaian penjual dan pengedar Harakah akan takut dan tidak berani lagi menjual "bahan terlarang".
 
Akan sampai ketikanya, seperti pernah terjadi dahulu, untuk mendapatkan Harakah mungkin lebih susah daripada membeli dadah di Chow Kit! Dan ini berlaku di sebuah negara yang mendakwa telah melakukan proses transformasi politik!
 
Justeru, penguatkuasaan gila di atas syarat-syarat karut-marut ini mesti dihentikan segera. Menteri Dalam Negeri yang bebal, Zahid Hamidi tidak boleh berlepas tangan; dia harus bertanggungjawab sepenuhnya di atas tindakan represif yang primitif ini.
 
 Adakah perlu himpunan Blackout 505 diteruskan?
Posted on Friday, May 31 @ 17:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo

Oleh: mikidookie

"Kerajaan yang mengusai pada hari ini tidak lagi boleh menafikan himpunan Blackout 505 tidak mendapat sambutan ini kerana dari jumlah orang yang turun padang mencecah ratusan ribu orang.

Mereka datang dengan duit mereka sendiri tanpa ada apa-apa bantuan yang dihulurkan oleh pihak penganjur. Rata-rata mereka hadir dalam perhimpunan ini adalah satu tujuan untuk meluahkan rasa tidak puas hati mereka pada kerajaan yang mengusai pada hari ini.

Tuntutan yang mereka kemukakan supaya SPR meletak jawatan adalah jelas. Penipuan yang mereka telah lakukan semasa pilihan raya juga jelas. Mereka yang hidir tidak mungkin hadir dengan sendiri tanpa alasan yang kukuh. Setiap individu ada urusan masing-masing dan tidak mungkin mereka hadir secara suka-suka ke perhimpunan tersebut. Naluri manusia sememangnya akan meronta membantah sekiranya hak mereka tidak ditunaikan. Selagi tidak dapat, selagi itulah mereka akan terus membantah dan selagi tuntutan yang diminta tidak ditunaikan, selagi itu penolakan akan terus berlaku.

Reputasi kerajaan perlu dijaga dan kesan perhimpunan itu juga akan mengakibatkan reputasi kerajaan buruk dimata dunia. Kesan yang akan diterima oleh negara akan lebih memberi impak yang lebih besar selepas ini. Pelabur-pelabur juga akan hilang keyakinan untuk melabur ke negara kita malah pemimpin kerajaan juga akan menanggung malu sekiranya soalan-soalan pedas diutarakan semasa meraka berada di luar negara nanti.

Adakah perhimpunan ini perlu diterusakan? Bagi setiap rakyat Malaysia yang perlukan pembaharuan memang mereka perlukan himpunan ini untuk terus memberikan tekanan kepada kerajaan. Sepanjang perhimpunan ini saya dapati ada pimpinan dari pihak pakatan tidak senada.

Ada yang bersetuju dan ada yang tidak bersetuju. Ada yang bagi pandangan perlu bantah mengikut saluran mahkamah. Apabila melalui saluran mahkamah, kalah juga tak cukup bukti. Masalahnya sekarang perkara penipuan pilihanraya ni sudah berlarutan dari Zaman 80an lagi dan sampai sekarang masih berlaku. Isu black out, undi pos, pengundi hantu dan daftar pemilih yang meragukan dari dulu lagi sudah kedengaran.

Takkan kita nak biarkan sahaja perkara ini berlarutan. Harus ada anjakan yang drastik untuk menekan pihak kerajaan agar menghormati hak rakyat Malaysia. Anjakan yang drastik bukan sahana melalui tekanan dari perhimpunan malah perlu juga melalui mahkamah. Selagi kuat kita tekan, satu hari nanti pasti kita akan berjaya.

Rakyat Bangkit Dari Tidur"
 
 Tahniah Jakim menghasilkan AlQuran Braille Mashaf Malaysia
Posted on Friday, May 31 @ 17:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh Mohamad Faisal Mohd Yusof



KAMI telah difahamkan bahawa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) telah mengorak langkah untuk menghasilkan suatu mashaf khusus AlQuran Braille bagi kegunaan mereka yang kurang upaya penglihatan di Negara ini.

Kami menyokong penuh jawatankuasa yang telah dibentuk yang mana kami difahamkan diletakkan bawah seliaan Jakim bagi menghasilkan mashaf yang dinamakan AlQuran Braille Mashaf Malaysia tersebut.
 
Adalah diyakini usaha Jakim tersebut mampu mengawal dan menyemarakkan lagi penyebaran ilmu AlQuran kepada golongan OKU penglihatan di Negara ini.
 
Sementara itu, sebagaimana sesi Parlimen penggal ke-13 yang akan memulakan sidangnya pada 24 Jun 2013, pihak secretariat pada masa ini sedang mengumpul seberapa banyak isu-isu berkaitan OKU yang ingin dikemukan untuk di ketengahkan.
 
Selain sesi-sesi perbincangan langsung, sebarang cadangan atau usul berkaitan OKU bolehlah dihantar melalui email di alamat pusatrakyatcp@gmail.com untuk diselaraskan.
 
Sedaya upaya kami iltizam mengusahakan perubahan yang lebih baik untuk OKU di Malaysia sebagaimana saranan Al-Quran dan Sunnah.
 
Sekian, untuk siaran.
 
 
(Mohammad Faizal Che Yusof)
Pengerusi Sekretariat Prihatin OKU

 Tindakan KDN Rampas Harakah Dikecam
Posted on Friday, May 31 @ 16:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh Khairul Faizil Ahmad Kamil



Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mengecam tindakan Kementerian Dalam Negeri yang merampas akhbar milik Parti Islam Se Malaysia (PAS), iaitu Harakah. DPPM menganggap tindakan KDN adalah suatu dendam politik kesumat Menteri Dalam Negeri ketika pasca PRU ke 13 dan yang menjadi manga adalah akhbar milik PAS. Tinjauan DPPM mendapati dirampas kebanyakannya di negeri Johor, Negeri Sembilan dan Melaka.

DPPM mempersoalkan syarat-syarat permit yang ketat, tidak rasional serta tidak praktikal oleh KDN dengan menghadkan jualan akhbar tersebut hanya untuk ahli parti dan dijual di premis parti sahaja. Sebagai sebuah parti yang berdaftar dan sah di dalam sistem demokrasi di negara ini, PAS berhak memiliki akhbarnya sendiri dan menjual akhbar miliknya di ruang terbuka tanpa sekatan. Harakah bukan barang haram yang tidak boleh dijual, ia telah mendapat permit secara sah dari kerajaan dan milik parti yang sah dalam negara ini.
Selain itu, alasan KDN merampas akhbar ialah kononnya ia di jual di tempat terbuka. Namun begitu, DPPM melihat tidak semestinya apabila ia dijual ditempat terbuka ia tidak boleh dibeli oleh ahli PAS. Dengan keahlian PAS berjumlah sejuta orang, bagaimana ahli PAS untuk mendapatkan akhbarnya sendiri jika tidak dijual di pasaran terbuka dan diketahui ramai.
DPPM juga difahamkan, pihak pengurusan Harakah telah mengikut segala peraturan-peraturan KDN meskipun ia tidak masuk akal. Antaranya adalah setiap kedai disediakan satu rak berasingan untuk akhbar Harakah dengan akhbar lain. Pihak Harakah telah membelajakan hampir RM 70,000.00 untuk membeli rak di kedai seluruh negara. Itupun KDN masih tidak berpuas hati dan masih mahu merampasnya!
DPPM juga merasa kesal kerana penguatkuasaan KDN tidak mengikut Sistem Prosuder Kerja (SOP). Ramai pengedar mengadu sebahagian daripada Harakah dirampas ketika masih belum dipamerkan lagi. Dalam erti kata lain, kebanyakan naskah masih belum dijual dan masih dalam bungkusan lagi. Jika demikian, KDN jelas telah melanggar SOP yang ditetapkan oleh mereka sendiri.
Kesannya, jualah Harakah telah merosot sebanyak 10,000 naskah sejak dirampas sebanyak 2 keluaran yang lepas. Antara puncanya kerana pengedar dan penjual Harakah ditakut-takutkan dengan tindakan mahkamah serta denda maksimum sebanyak RM 5,000.00. Jelaslah tujuannya adalah untuk mencampakkan rasa takut dalam diri pengedar Harakah serta untuk melumpuhkan rangkaian penjualan dan pengedaran Harakah seluruh negara.
Mengapa KDN tidak pula merampas akhbar nasional yang jelas memaparkan berita fitnah, lucah, berat sebelah serta melanggar etika pemberitaan seolah-olah ia milik BN sahaja? Apakah kerana akhbar-akhbar ini menjaga hubungan baik dan pemberitaan mereka yang jelas condong kepada BN maka mereka diberikan terus hak beroperasi tanpa apa-apa tindakan? Apakah ini tafsiran demokrasi sebenar yang difahami oleh Menteri Dalam Negeri?
Tindakan ini menggambarkan kegagalan Transformasi Politik Perdana Menteri khususnya melalui Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984. Meskipun Akta ini telah dipinda pada tahun 2012 namun ia langsung tiada memberi kesan. Antaranya adalah pindaan yang dibuat langsung tidak menyentuh isu-isu fundamental dalam menilai kebebasan akhbar. Selain itu, kuasa mutlak untuk memberi permit, menggantung mahupun membatalkan permit akhbar terletak sepenuhnya pada Menteri Dalam Negeri dan boleh menggantung mana-mana akhbar tanpa memberi sebab dengan pihak yang dianiaya atau menjadi mangsanya tidak diberi ruang untuk membela haknya di mahkamah.
Jika beginilah keadaannya, wajarlah rakyat bangkit menuntut hak mereka. Sudahlah media diperkudakan sepenuhnya untuk kempen selebah pihak BN sepanjang masa, media utama milik parti pula diambil tindakan. Selama begini keadaan demokasi di negara ini, selama itulah rakyat berada dalam kegelapan.
KHAIRUL FAIZI AHMAD KAMIL
Setiausaha
Dewan Pemuda PAS Malaysia


JANGAN KITA JADI JAHAT SANGAT...JADI DENGKI SANGAT...LAH KITA DIATAS...BAGAIMANA KALAU DIBAWAH NANTI

Safwan Anang setuju diikat jamin hari ini

Harakahdaily, 31 Mei 2013
KUALA LUMPUR: Aktivis mahasiswa Muhammad Safwan Anang akhirnya bersetuju untuk diikat jamin selepas 3 hari berada di penjara Sungai Buloh sejak 29 Mei lalu.

Safwan yang juga Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dibebaskan hari ini selepas diikat jamin RM5,000 oleh ahli kelurganya jam 10 pagi tadi.

Beliau sebelum ini antara empat yang dituduh mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan.

Selain beliau turut dituduh adalah Naib presiden PKR Tian Chua, aktivis PAS Tamrin Ghafar dan aktivis Asalkan Bukan Umno (ABU) Haris Ibrahim.

Kesemua mereka mengaku tidak bersalah atas tuduhan tersebut.

Mahkamah pada 29 Mei lalu bagaimanapun membenarkan tertuduh dibebaskan dengan ikat jamin RM5,000 setiap orang.

Safwan ketika itu memilih untuk dipenjara dan tidak mahu dirinya diikat jamin.

Semalam Harakahdaily difahamkan, isteri Safwan, Mastura Abu Bakar bertemu dengan beliau untuk menasihatkan agar bersetuju untuk diikat jamin.

Mastura yang dipetik Malaysiakini hari ini pula berkata, suaminya pada asalnya, enggan diikat jamin selepas dituduh di bawah akta tersebut.

Bagaimanapun, Mastura berkata, Safwan menukar fikirannya selepas mempertimbang peranan yang boleh dilakukannya di luar penjara sebagai aktivis mahasiswa.

Kejamnya jenayah Nurul Izzah bagi rakyat Sabah

Harakahdaily, 31 Mei 2013
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah dianggap seperti insan yang paling berdosa dan penjenayah paling kejam bagi rakyat Sabah.
Demikian pandangan yang dilontarkan Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysia, Riduan Mohd Nor ekoran Naib Presiden PKR itu dihalang dari memasuki Sabah.

“Seorang ahli parlimen yang mempunyai kuasa menentukan arah tuju dan dasar negara serta boleh meminda perlembagaan melalui sidang parlimen tidak dibenarkan masuk ke salah sebuah negeri dalam negara ini,” ujarnya dalam satu kenyataan, sebagaimana di bawah.

Ahli Parlimen Lembah Pantai yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nurul Izzah Anwar dihalang dari memasuki negeri Sabah.

Beliau dilaporkan akan dihantar balik oleh imigresen Sabah sebaik sahaja mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu semalam.

Tindakan ini semestinya menggemparkan negara. Bahkan Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Mokhtar Radin, daripada BN sendiri merasa terkejut denagn tindakan ini dan segera memohon maaf kepada Nurul Izzah dengan menyelar tindakan Pejabat Ketua Menteri Sabah.

Negeri Sabah adalah salah sebuah negeri dalam Malaysia. Kebebasan warganegara untuk melancong, merantau dan pergi ke mana-mana sahaja negeri dalam negaranya sepatutnya tidak terbatas pada sesetengah negeri sahaja.

Sabah bukannya sebuah republik atau negara lain yang boleh menentukan siapa yang boleh atau tidak datang ke negaranya.

Selagi warganegara tersebut memiliki kad pengenalan yang sah, tidak mempunyai rekod jenayah serta tidak mempunyai masalah apa-apa dengan kerajaan Malaysia, apa hak Sabah untuk menghalang seseorang warganya untuk datang ke negeri tersebut?

Tatkala pengganas Sulu berjaya menjejak dan mendarat di daerah Lahad Datu, bertapak beberapa minggu sehingga akhirnya mengorbankan beberapa anggota keselamatan negara, Nurul Izzah pula yang baharu sahaja dinobatkan sebagai Ahli Parlimen yang sah dinafikan hak untuk sampai ke Sabah.

Seorang ahli parlimen yang mempunyai kuasa menentukan arah tuju dan dasar negara serta boleh meminda perlembagaan melalui sidang parlimen tidak dibenarkan masuk ke salah sebuah negeri dalam negara ini!

Nurul Izzah dianggap seperti insan yang paling berdosa dan penjenayah paling kejam bagi rakyat Sabah.

Mungkin beliau adalah pengganas Sulu yang paling dikehendaki atau individu yang memiliki senjata api dan boleh membunuh rakyat di sana. Kerana itu beliau diharamkan dari menjejak kaki ke negeri tersebut.

Insiden ini menunjukkan ada dendam yang tersimpan dari lubuk hati pemimpin negeri tersebut, maka mana-mana pemimpin Pakatan Rakyat yang disenarai hitamkan tidak dibenarkan lagi datang ke Sabah pasca PRU13 kerana ia boleh membawa malapetaka yang besar kepada BN di sana.

Tsunami PRU13 sudah melanda Sabah, dan hampir sahaja ia menenggelamkan ‘deposit tetap’ BN di sana.

Demokrasi hitam yang melanda semenanjung kini telah menjalar jauh sampai ke Borneo, dan Sabah membuktikan bahawa perlunya reformasi keseluruhan dalam sistem pemerintahan negara.

Rakyat wajar bangkit menuntut perubahan dan keadilan untuk  keluar dari penjara demokrasi sempit yang dicipta oleh pemerintahan BN. Kerana itulah juga rakyat Sabah telah telah melaungkan suatu kalimat yang menggetarkan dan bersemangat sebagai tanda kebangkitan rakyat di seluruh negara: Ini kali lah!

SAMM percaya Safwan lebih bersemangat waja

Harakahdaily, 31 Mei 2013
KUALA LUMPUR: Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mengalu-alukan dan bersyukur di atas kesudian Safwan Anang menerima tawaran diikat jamin, pagi ini.

Pengarah Propaganda SAMM, Edy Noor Reduan berkata, penangkapan Safwan tiga hari lalu di hadapan rumahnya bersama dakwaan menghasut yang dikenakan, disifatkan sebagai satu kezaliman terhadap rakyat Malaysia khususnya mereka yang menyuarakan kebenaran.

Ekoran fiasco penangkapan pimpinan politik dan NGO yang menentang penafian demokrasi telah menyebabkan Safwan Anang bertindak menolak ikat jamin sebagai tanda protes.

“Mengambil kira gerakan anak muda perlu diperhebat di saat getir ini, Safwan Anang perlu berada di hadapan untuk memimpin,” katanya dalam satu kenyataan.

Maka, ujarnya SAMM pagi tadi telah mendahulukan wang jaminan sejumlah RM5,000 untuk pembebasan Safwan Anang dan beliau telah menerimanya.

Beliau berkata, SAMM percaya Safwan Anang yang keluar dari tirai besi itu akan lebih bersemangat waja.

“Semakin kuat rakyat ditekan, semakin kuat rakyat melawan,” ujarnya.

Halang Nurul Izzah malapetaka besar - Bung

Harakahdaily, 31 Mei 2013
KUALA LUMPUR: Tindakan pejabat Ketua Menteri Sabah menghalang Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar untuk memasuki Sabah semalam turut diselar oleh ahli parlimen BN.

Ahli parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin menyelar tendakan itu dengan mendakwa satu kesilapan besar dan malapetaka oleh kerajaan negeri Sabah.

“Saya tak faham mengapa Nurul tak dibenarkan memasuki Sabah. Kalau ini benar, satu kesilapan dan malapetaka.

“Saya rasa ini adalah kesilapan yang besar dan perlu diperbetulkan,” kata Bung Mokhtar dalam twitternya.

Semalam Nurul Izzah ditahan oleh imigresen Sabah ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu kira-kira jam 7.30 petang.

Beliau kemudian diarah pulang dan tidak dibenarkan memasuki Sabah.

Peneroka: Mana janjimu Umno?

Mazlan Aliman, 31 Mei 2013
Belum ada sebulan selesainya PRU 13, Macam-macam aduan saya terima khususnya dari warga Felda seluruh negara. Ada anak peneroka mengadu, rumah Generasi ke- 2 mereka terbengkalai. Duit dah keluar banyak.


Ada peneroka Palong 6 maklumkan sesi dialog dengan Pegawai Felda dari HQ KL semalam jadi kecoh bila dimaklumkan hutang tanam semula peneroka sudah mencecah RM 80-90 ribu. Ada juga yg merintih baki pendapatan bulanan dah tak sampai RM1,000. Hidup makin susah kata mereka.

Saya tetap simpati pada mereka. Meskipun apa yang di ajukan, telah pun di perjuang dan diperingatkan puluh tahun oleh saya dan rakan-rakan.

Antara tawaran Pakatan Rakyat dalam kempen PRU baru-baru ini ialah menyemak dan memberi subsidi atas hutang peneroka. Diterangkan secara sistematik bagaiamana hutang peneroka boleh dikurangkan. Namun, sesetengah peneroka begitu angkuh mengatakan; ' hutang tu kat pokok, bukannya nampak'. Hutang wajib bayar, berapa pun jumlahnya. Kita makan duit pencen je!, kata peneroka.

Logiknya, jika peneroka lebih yakin dengan BN, kenapa hari ini mereka marah dan mengamuk kepada Felda?
Bayar sajalah berapa pun hutang yg dikenakan!

Bila rumah Generasi ke-2 terbengkalai, panggil semua pemilik-pemilik tapak rumah. Tukar kontraktor. Macamana format rumah asal, sebahagiannya dah buat...

Duit untuk bersihkan tapak dah beberapa kali dibayar. Nak mengaku kena tipu, tidak juga. Tetap BN, demi ketuanan melayu kononnya....

Saya bukan nak pulangkan paku buah keras pada peneroka dan warga Felda akan apa yg mereka rasai selepas PRU 13. Gambaran telah diberikan jika BN terus berkuasa. Nasib FGVH, pekerja-pekerja Felda Plantation, penyelenggaraan kebun dan lain-lain. Hari ini telah jadi kenyataan.

Bila warga Felda mengadu, apa yg ANAK boleh bantu?
ANAK hanya badan NGO, apatah lagi apabila dasar-dasar Felda kekal dengan mandat semula BN; kena bersedia dengan padah yang mula dirasai.

Isa Samad, MP Jempol, Eshanudin MP Kota Tinggi, Azalina MP Pengerang, Halimah Sadique MP Tenggara, Anuar Manap MP Sekijang, Ismail Sabri MP Bera (sekadar beberapa nama). Ini kawasan Parlimen yg banyak Felda.

Warga Felda jumpa mereka, kerana mereka telah berjanji untuk sehidup semati dengan peneroka. Saya yakin dengan slogan janji ditepati, MP BN ini akan bermati matian menyelesaikan apa jua masalah rakyat dalam tempoh yang singkat.

Kalau Ahmad Maslan mula-mula jadi Timbalan Menteri boleh berlakon menoreh getah, tidur rumah peneroka dan tubuhkan Badan Bertindak Peneroka(BAPAK) untuk selesaikan masalah peneroka dalam tempoh 2 minggu; Tok Limah (nama glamour Dato' Halimah Sadique) tentu sedang berkobar-kobar nak tolong rakyat sebab dah jadi Timbalan Menteri. Tak cukup siang, tengah malam pun Tok Limah sedia berbakti....

Saya dan rakan-rakan ANAK tidak kecewa, malah sedang merencana gerakan seterusnya. Cuma terkilan, pakej menarik untuk warga felda ditolak. Ada seorang peneroka kata kat saya, calon BN ni aku tau; kaki judi dan joli sana sini. Akhlak pun teruk. Tapi demi Melayu, aku terpaksa undi dia. Kalau undi PAS, negeri aku nanti jatuh kat Cina!

Alahai bangsaku...

*Penulis adalah Presiden Persatuan Anak-anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK)

Mengapa pemimpin BN tidak mahu isytihar harta?

Harakahdaily, 31 Mei 2013
KUALA LUMPUR: Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) merakamkan ucapan tahniah di atas perlantikan saf baru kepimpinan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Selangor yang telah menyempurnakan ikrar dan sumpah setia perkhidmatan di hadapan Sultan Selangor semalam.

“Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia mengharapkan semoga kepimpinan Exco Negeri Selangor yang baru dilantik bersama-sama dengan kepimpinan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim selaku MB Selangor akan dapat meneruskan kecemerlangan pentadbiran Pakatan Rakyat (PR) Selangor sebelum ini,” ujar Pengarahnya, Mohd Sany Hamzan (gambar).

Beliau berkata, pihaknya turut merakamkan ucapan penghargaan di atas komitmen yang telah dinyatakan MB Selangor untuk memastikan ketelusan pentadbiran beliau dengan meneruskan pengisytiharan harta termasuk penambahan harta semua Exco yang baru dilantik dan Exco sedia ada sebelum sidang Dun diadakan.

“Langkah ini adalah penerusan daripada tindakan yang pernah dilakukan semasa sesi awal pentadbiran PR memerintah Selangor selepas pilihanraya tahun 2008,” ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Kata beliau, pihaknya melihat tindakan tersebut telah memberikan satu keyakinan kepada rakyat Selangor bahawa pemimpin PR yang diberikan amanah untuk mentadbir sememangnya terdiri daripada mereka yang mempunyai kredibiliti dan integriti.

Ini, ujarnya bagi memastikan hasil kekayaan negeri tidak menjadi harta pemilikan individu melainkan dikembalikan semula kepada rakyat secara selayaknya.

Beliau berkata, Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia merasakan tindakan yang cukup bertanggungjawab ini sepatutnya dicontohi oleh Perdana Menteri dan kabinetnya serta seluruh Menteri Besar dan Ketua Menteri yang baru dilantik sebagai komitmen dan tanggungjawab melaksanakan amanah yang dipikulkan oleh rakyat ke atas bahu mereka dipenuhi secara jujur, amanah dan bertanggungjawab.

Menurutnya lagi, mereka juga perlu pastikan segala kekayaan hasil mahsul negara dan negeri-negeri dapat dinikmati oleh rakyat secara sepatutnya.

Kata beliau lagi, pihaknya pernah mencabar kerajaan BN sebelum ini untuk melaksanakan tindakan pengisytiharan harta selepas memenangi PRU12 lalu tetapi seperti dijangka mereka sentiasa beralasan untuk tidak mengisytiharkan harta-harta mereka.

Ini, katanya kerana mereka takut dipertikaikan oleh rakayat bagaimana harta boleh berkembang biak berbanding dengan elaun yang sepatutnya diterima oleh mereka.

“Dan juga dalam masa yang sama rakyat sering merintih di atas kesusahan dan keperitan yang ditanggung mereka kerana dasar-dasar yang ditetapkan oleh pemimpin-pemimpin Barisan Nasional yang korup ini,” ujarnya.

Harakah: Belum dijual, sudah dirampas

Harakahdaily, 31 Mei 2013
KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mengecam tindakan Kementerian Dalam Negeri yang merampas akhbar milik Parti Islam Se-Malaysia (PAS), iaitu Harakah.
"DPPM menganggap tindakan KDN adalah suatu dendam politik kesumat Menteri Dalam Negeri ketika pasca PRU13 dan yang menjadi mangsa adalah akhbar milik PAS," ujar Setiausahanya, Khairul Faizi Ahmad Kamil (gambar) dalam satu kenyataan.

Tambahnya, tinjauan DPPM mendapati dirampas kebanyakannya di negeri Johor, Negeri Sembilan dan Melaka.

Justeru, katanya DPPM mempersoalkan syarat-syarat permit yang ketat, tidak rasional serta tidak praktikal oleh KDN dengan menghadkan jualan akhbar tersebut hanya untuk ahli parti dan dijual di premis parti sahaja.

"Sebagai sebuah parti yang berdaftar dan sah di dalam sistem demokrasi di negara ini, PAS berhak memiliki akhbarnya sendiri dan menjual akhbar miliknya di ruang terbuka tanpa sekatan," ujarnya.

Beliau menegaskan, Harakah bukan barang haram yang tidak boleh dijual, ia telah mendapat permit secara sah dari kerajaan dan milik parti yang sah dalam negara ini.

Selain itu, tambah beliau alasan KDN merampas akhbar ialah kononnya ia dijual di tempat terbuka.

Namun begitu, tambah beliau DPPM melihat tidak semestinya apabila ia dijual di tempat terbuka ia tidak boleh dibeli oleh ahli PAS.

Katanya, dengan keahlian PAS berjumlah sejuta orang, bagaimana ahli PAS untuk mendapatkan akhbarnya sendiri jika tidak dijual di pasaran terbuka dan diketahui ramai.

Menurutnya lagi, DPPM juga difahamkan, pihak pengurusan Harakah telah mengikut segala peraturan-peraturan KDN meskipun ia tidak masuk akal, antaranya adalah setiap kedai disediakan satu rak berasingan untuk akhbar Harakah dengan akhbar lain.

"Pihak Harakah telah membelajakan hampir RM70,000 untuk membeli rak di kedai seluruh negara. Itupun KDN masih tidak berpuas hati dan masih mahu merampasnya!" ujarnya.

Beliau berkata, DPPM juga merasa kesal kerana penguatkuasaan KDN tidak mengikut Sistem Prosuder Kerja (SOP), justeru ramai pengedar mengadu sebahagian daripada Harakah dirampas ketika masih belum dipamerkan lagi.

Dalam erti kata lain, ujar beliau kebanyakan naskah masih belum dijual dan masih dalam bungkusan lagi.

Jika demikian, katanya KDN jelas telah melanggar SOP yang ditetapkan oleh mereka sendiri.

Kesannya, ujar Khairul Faizi jualan Harakah telah merosot sebanyak 10,000 naskah sejak dirampas sebanyak 2 keluaran yang lepas, antara puncanya kerana pengedar dan penjual Harakah ditakut-takutkan dengan tindakan mahkamah serta denda maksimum sebanyak RM5,000.

"Jelaslah tujuannya adalah untuk mencampakkan rasa takut dalam diri pengedar Harakah serta untuk melumpuhkan rangkaian penjualan dan pengedaran Harakah seluruh negara," katanya.

Justeru, beliau mempersoalkan mengapa KDN tidak pula merampas akhbar nasional yang jelas memaparkan berita fitnah, lucah, berat sebelah serta melanggar etika pemberitaan seolah-olah ia milik BN sahaja.

"Apakah kerana akhbar-akhbar ini menjaga hubungan baik dan pemberitaan mereka yang jelas condong kepada BN maka mereka diberikan terus hak beroperasi tanpa apa-apa tindakan?

"Apakah ini tafsiran demokrasi sebenar yang difahami oleh Menteri Dalam Negeri?" tanya beliau lagi.

Tindakan itu, katanya menggambarkan kegagalan Transformasi Politik Perdana Menteri khususnya melalui Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

Menurutnya, meskipun akta ini telah dipinda pada tahun 2012 namun ia langsung tiada memberi kesan, antaranya adalah pindaan yang dibuat langsung tidak menyentuh isu-isu fundamental dalam menilai kebebasan akhbar.

Selain itu, ujarnya kuasa mutlak untuk memberi permit, menggantung mahupun membatalkan permit akhbar terletak sepenuhnya pada Menteri Dalam Negeri dan boleh menggantung mana-mana akhbar tanpa memberi sebab dengan pihak yang dianiaya atau menjadi mangsanya tidak diberi ruang untuk membela haknya di mahkamah.

"Jika beginilah keadaannya, wajarlah rakyat bangkit menuntut hak mereka. Sudahlah media diperkudakan sepenuhnya untuk kempen selebah pihak BN sepanjang masa, media utama milik parti pula diambil tindakan.

"Selama begini keadaan demokasi di negara ini, selama itulah rakyat berada dalam kegelapan," ujarnya.

Tadbir Kelantan dengan kekuatan secara bersama

Aslani M, 31 Mei 2013
KOTA BHARU: Kalau sebelum ini kekuatan hanya terletak pada Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, namun sekarang dipikul secara tanggungjawab bersama (collective responsibility).

“Memang diakui tidak ada pemimpin yang sehebatnya Tok Guru dengan apa yang dimilikinya. Bagaimanapun sekarang kita guna kaedah 'collective responsibility'.

“Kita tidak ada kehebatan di atas seorang individu tetapi kita ada atas dasar qiadah jamaiyah (pimpinan secara jemaah),” kata Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah.

Beliau berkata, apa yang penting dasar tidak berubah biar pun pemimpinnya bertukar ganti, di mana Kelantan tetap mempertahankan Islam sebagai dasar.

“Kita gabung individu secara berkumpulan dan bukan lagi secara keseorangan. Kita bekerja secara pasukan itu yang lebih penting.

“Parti kena duduk sekali dengan pengganti yang Tok Guru pilih iaitu Ustaz Dato’ Ahmad Yakob,” katanya di sini.

Menurutnya dalam sejarah Islam, Nabi Muhammad saw apabila sampai masanya diganti para sahabat bagi meneruskan kesinambungan pemerintahan Islam.

Pada peringkat awal memang berlaku sedikit pergolakan sehingga muncul kumpulan riddah yang enggan membayar zakat.

“Namun akhirnya diredakan Saiyidina Abu Bakar selepas menjadi khalifah menggantikan Rasulullah saw,” ujarnya.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz pernah tersenarai sebagai salah seorang daripada 500 pemimpin dunia Islam yang terhebat. Carta itu dikeluarkan Royal Islamic Strategic Centre yang berpangkalan di Amman, Jordan.

Kini selepas 23 tahun menerajui Kelantan, selepas PAS dan Pakatan Rakyat mengekalkan kerajaan negeri bagi penggal ke enam 5 Mei lalu, beliau berundur dan digantikan Ustaz Ahmad.

PERSEMPADANAN MACAM MANA PUN KALAU RAKYAT TOLAK...MAKA SUSAH DAN TAK JADI GAK...PENGUNDI BUKAN BODOH MACAM DULU

Media baru gugat negara atau gugat BN?

Harakahdaily, 31 Mei 2013
KUALA LUMPUR: Tindakan kerajaan mahu mengkaji undang-undang terhadap 'penyalahgunaan' media sosial yang boleh menggugat keharmonian negara menimbulkan persoalan.

Ahli parlimen Bukit Gantang Idris Ahmad berpendapat, kerajaan sememangnya boleh sahaja bertindak menggunakan undang-undang yang sedia ada seperti beberapa pendakwaan yang telah dibuat terhadap beberapa individu sebelum ini.

"Benarkah keharmonian negara tergugat? Atau kedudukan BN yang tidak selamat.

"Apakah salah media baru yang menjadi kuasa pengimbang kepada media perdana yang sarat dengan fitnah dan penipuan," soal Idris.

Menurutnya, laporan kajian oleh beberapa pihak mendapati bahawa BN tewas dalam kempennya di media sosial dan internet biarpun menguasai media arus perdana secara total.

Faktor ini juga telah menyebabkan berlaku perubahan politik yang sangat ketara di bandar dan pinggir bandar khususnya melibatkan pengundi muda.

Ianya turut diakui sendiri oleh Ahli Parlimen Umno dari Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed di satu forum pasca-PRU anjuran Kelab Wartawan Asing Malaysia (FCCM) di ibu negara.

"BN hanya boleh dapat sokongan dengan generasi yang tinggal gusi, manakala Generasi 3G, telah menolak BN. Generasi 3G  inilah yang paling ditakuti oleh BN.

"Persolannya sampai bila BN hanya boleh bersandar dengan golongan yang fakir maklumat. Maklumat bergerak dengan pantas, BN masih mengguna tektik zaman batu, politik ugut, politik samsing, fitnah, tipu, putar belit masih dijadikan menu utama BN untuk mempengaruhi pengundi," soal Idris lagi.

Katanya, janganlah apabila tidak bermaya untuk melawan hujah, maka ada cadangan pula untuk menyekat maklumat kepada rakyat.

Hakikat yang berlaku ujarnya, undang-undang ini jika digubal hanya dikuat-kuasa kepada pembangkang.

"Perkara ini sudah terbukti bloger pro BN dan media BN yang menyimbah petrol permusuhan tidak diapa-apakan walaupun menpunyai unsur hasutan.

"Mereka hanya menerkam seperti singa lapar jika yang diungkap itu daripada pemimpin Pakatan Rakyat," katanya.

Bersabarlah Dr Khir

Budiman Abdul Karim,
Antara berita yang menarik hari ini ialah keputusan Mahkamah Rayuan yang mengekalkan hukuman penjara 12 bulan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada tahun 2011 terhadap bekas Menteri Besar Selangor Dr Khir Toyo.

Dr Khir yang hadir ke Mahkamah Rayuan dengan harapan yang tinggi kerana percaya beliau tidak melakukan apa-apa kesalahan rasuah mahu pun pecah amanah, tetapi berpendapat bahawa beliau dikambinghitamkan atas sebab-sebab tertentu.

Bagi saya soal beliau bersalah atau tidak bukan isunya di sini, tetapi yang saya ingin lontarkan ialah kami pendokong Pakatan Rakyat telah lama menjadi “kambing panggang” oleh Umno-BN. Sejak sekian lama kami tidak mendapat pembelaan yang sewajarnya dalam apa-apa juga kes dan keadaan. Jika ada pun, sekadar untuk berlakon seoalah-olah kerajaan juga berlaku adil.

Kami bukan sahaja menjadi “kambing panggang” di mahkamah, malah dalam media, urusan kerajaan pusat – kerajaan negeri, peruntukan wakil rakyat dan banyak lagi. Yang Dr Khir lalui hari ini hanyalah beberapa peratus berbanding keperitan yang kami lalui.

Moga perisiwa ini ada hikmah di sebaliknya. Bersabarlah jika berasa anda teraniaya dan jika anda benar-benar bersalah jadikanlah sebagai kafarah atas kesalahan yang dibuat.

Siapa lagi MP dilarang masuk Sabah - Guan Eng

Harakahdaily, 31 Mei 2013
KUALA LUMPUR: DAP mengutuk tindakan menghalang dan menghantar balik Naib Presiden PKR merangkap Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar dari Sabah semalam.
Menurut Nurul, terdapat satu senarai yang mengandungi nama ahli-ahli Parlimen (MP) lain yang juga akan dinafikan hak memasuki Sabah.

“Memandangkan senarai tersebut adalah hak prerogatif Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman, kami ingin tahu siapa lagi yang dinamakan dalam senarai larangan terbabit,” ujar Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam satu kenyataan.

Katanya, Musa mesti menerangkan sebab kenapa Nurul Izzah dihalang masuk ke Sabah dan terus dihantar pulang, dan berapa ramai lagi Ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang akan dihalang memasuki negeri itu.

Tambahnya, tindakan sedemikian bukan sahaja tidak menghormati hak asasi manusia malah menentang prinsip-prinsip asas demokrasi.

Lebih teruk lagi, katanya ia menimbulkan persoalan bagaimana seorang warganegara Malaysia boleh dilayan lebih teruk daripada warga asing di dalam negara sendiri.

“Jangan kita lupa, dalam Februari tahun ini, lebih 200 militan bersenjata daripada Filipina telah mendarat di perairan Sabah.

“Selepas menduduki kawasan tersebut lebih dua minggu tanpa sebarang tindakan daripada pihak berkuasa Malaysia, mereka telah melancarkan perang terhadap pasukan keselamatan dalam usaha untuk menuntut hak ke atas tanah Malaysia yang berdaulat,” ujarnya yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang.

Baginya, amat menyedihakan apabila seorang Ahli Parlimen Malaysia daripada pembangkang, yang dipilih oleh rakyat, yang tidak mempunyai sebarang rekod jenayah dihalang daripada masuk ke negara sendiri dan dilayani dengan lebih buruk daripada penjenayah yang pernah disabitkan kesalahan dan pernah dipenjarakan.

“Apalah yang ditakutkan sangat oleh Musa Aman dan BN sehingga Ahli Parlimen Pakatan Rakyat tidak dibenarkan masuk ke negeri itu,” katanya.

Ahli Parlimen Bagan itu menambah, Musa dan BN adalah salah jika mereka befikir bahawa tindakan sedemikian akan menyebabkan rakyat takut kepada BN, melenyapkan semangat Pakatan Rakyat dan menyelamatkan BN.

Sebaliknya, tegas beliau rakyat Sabah akan lebih yakin bahawa sekaranglah masa untuk berubah demi menyelamatkan Malaysia dan Sabah memandangkan BN tidak ada visi lain selain menghalang, menindas, menekan dan mengekang hak-hak asasi rakyat.

Persempadanan: Wan Ahmad disuruh cermin diri dahulu

Harakahdaily, 31 Mei 2013
KUALA LUMPUR: Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar disuruh cermin diri terlebih dahulu sebelum bercerita mengenai ketelusan SPR dalam persempadanan semula kawasan pilihanraya yang bakal diadakan hujung tahun ini.
Menurut Ahli Parlimen Serdang, Ong Kian Ming, Wan Ahmad adalah salah seorang pegawai SPR yang terlibat dalam persempadanan semula kawasan pilihanraya di 2003.

Menggunakan Kedah sebagai contoh, Ong berkata SPR tidak melakukan amanah tersebut berdasarkan undang-undang, malah sangat memihak kepada BN pada 2003 ketika Wan Ahmad menjadi timbalan pengerusi SPR.

“Perkara itu paling jelas di Kedah di mana tiada kerusi parlimen mahupun Dun ditambah selepas BN hilang 2/3 majoriti Dewan Rakyat setelah tewas di pilihanraya kecil Lunas pada tahun 2000, tapi sempadan dilakar semula dengan niat membantu Umno untuk menang kembali beberapa kawasan parlimen yang ia tewas pada pilihanraya umum 1999,” kata Ong dalam satu kenyataan.

Sebelum ini, SPR telah cuba mempertahankan perbezaan dalam jumlah undi setiap kawasan dengan merujuk kepada prinsip pemberat kawasan pedalaman (rural weightage) di mana kawasan pedalaman, dengan jaringan pengangkutan yang lemah dan luas kawasannya, perlu mempunyai jumlah pengundi yang lebih kecil daripada kawasan bandar yang lebih tepu dan lebih mudah dihubungi.

“Tapi di Kedah, ketika persempadanan semula 2003, prinsip ini dilanggar dengan jelas. Undi bukan Melayu telah dikeluarkan daripada kawasan selamat Alor Setar dan dimasukkan ke kawasan PAS iaitu Kuala Kedah dan Pokok Sena.

"Pengundi bukan Melayu juga dikeluarkan dari kawasan kerusi selamat Merbok ke kerusi PAS di Jerai. Kawasan majoriti Umno BN di Padang Serai telah dipindahkan ke kerusi PAS di Baling,” hujah Ong.

Jadual 1: Perbezaan di kawasan dan jumlah pengundi antara kawasan bandar dan pedalaman di Kedah selepas persempadanan semula Kedah pada 2003.
Kerusi Parlimen
Keluasan (km2)
Jumlah Pengundi pada 2003
Jumlah Pengundi pada 2013
P8 Pokok Sena
320
64192
80916
P9 Alor Setar
109
56007
69189
P10 Kuala Kedah
232
73942
95534




P16 Baling
1544
73942
93376
P17 Padang Serai
352
51778
74245




Ong berkata persempadanan melampau SPR boleh dilihat apabila perbandingan antara jumlah pengundi dengan keluasan kawasan dibuat seperti di Jadual 1.

“Sebagai contoh, P9 Alor Setar, walaupun ialah kawasan bandar yang maju dengan keluasan kawasan terkecil di antara semua parlimen di Kedah, sebenarnya mempunyai jumlah pengundi (56,007) yang lebih kecil berbanding dengan kawasan jiran yang lebih besar seperti P8 Pokok Sena (64,912) and P10 Kuala Kedah (73,942). Perbezaan ini masih kelihatan di pilihanraya 2013, Alor Setar mempunyai 69,189 pengundi berbanding 80,916 di Pokok Senan dan 95,534 di Kuala Kedah,” kata Ong.

Kes paling melampau kata Ong ialah P16 Baling, kawasan pedalaman di Kedah. Persempadanan semula di 2003 telah meningkatkan jumlah keluasan Baling dari 1,107km2 ke 1,544km2, sedikit kecil daripada keseluruhan Melaka.

Ini, katanya kerana salah satu daripada kawasan kuat Umno di kawasan jiran Padang Serai – Kuala Ketil – telah dipindahkan di kawasan Baling. Akibatnya, Padang Serai, yang lebih bersifat bandar mempunyai jumlah pengundi yang lebih kecil (51,778) dibandingkan dengan Baling (73,942).

"Perkara ini masih jelas kelihatan di pilihanraya 2013. Baling sekarang mempunyai 93,386 pengundi (kedua terbesar di Kedah) dibandingkan dengan 74,425 pengundi di kawasan bandar Padang Serai,” jelas Ong.

Ini semua membuktikan bahawa prinsip ‘rural weightage’ langsung tidak diikuti oleh SPR ketika persempadanan semula di Kedah.

Persempadanan melampau ini, kata Ong, akhirnya makan tuan pada pilihanraya di 2008 apabila pengundi bukan Melayu yang setia pada BN, yang tidak akan mengundi PAS, telah memberikan undi mereka kepada pembangkang.

“Antara pegawai SPR yang ada, Wan Ahmad adalah antara yang bersama SPR ketika persempadanan melampau di 2003. Oleh itu, beliau pegawai SPR yang paling kurang layak untuk mempertahankan rekod SPR untuk memastikan persempadanan semula yang adil bermula hujung tahun ini,” kata Ong.

Muslimat PAS Gombak kehilangan penggerak parti

Khaulah Azwar, 31 Mei 2013


GOMBAK: Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Gombak, Dr. Azimah Ibrahim dan seluruh ahli merakamkan takziah kepada keluarga allahyarham Nik Roshdiah Nik Ahmad atas pemergian pagi tadi.

"Kami  seluruh ahli PAS Gombak begitu terasa dengan kehilangan allahyarhamuha Nik Roshdiah. Arwah merupakan seorang yang sangat kami kagumi kerana semangat juangnya  dalam perjuangan PAS,” katanya.

Katanya, allahyarhamuha adalah penggerak parti yang aktif dan banyak menghidupkan program-program kebajikan dan masyarakat di sekitar Gombak Setia terutama ziarah medik dari rumah ke rumah.

Menurutnya, sepanjang pilihanraya yang lalu, arwah terlibat hampir setiap program kempen dan munajat pilihan raya.

“Walaupun arwah sibuk menguruskan kerja pilihanraya namun tanggungjawab mengurus dua belas orang anak dan lima orang cucu tidak diabaikan.

“Jadikan semangat juang arwah sebagai motivasi kepada seluruh muslimat PAS Gombak,” katanya.

Nik Roshdiah yang merupakan Ketua Muslimat PAS cawangan Pinggiran Batu Caves telah menghembus nafas terakhir 4.45 pagi tadi di Hospital Sungai Buloh akibat darah beku di otak yang dihidapi semenjak 2009 akibat kemalangan jalan raya.

Beliau telah dimasukkan ke wad  ICU Hospital Sungai Buloh selama seminggu.

Jenazah selamat di solatkan di Masjid Khairiah selepas so