HATI JADI MATI JIKA 40 HARI TIDAK MENUNTUT ILMU ISLAM DAN 3 HARI HATI JADI SAKIT...KERANA IA MAKANAN HATI...HEBAH2KAN GAN KAWAN2 BLOG NI..TK KERANA SERING MELAYARI BLOG INI. رَبِّيْ اشْرَحْ لِيْ صَدْرِيْ وَيَسِّرْ لِيْ أَمْرِيْ
Tuhanku (Allah) lapangkanlah dadaku dan permudahkanlah urusanku.. amin...سُبْحَانَ اللهِ، وَالْحَمْدُ للهِ وَلاَ اِلٰهَ اِلاَّ اللهُ وَاللهُ اَكْبَرُلاحول ولا قوّة إلاّ باللّه العظيم....
وَالـــــسَّلاَمُ عَلَيْكُـــمْ وَرَحْمَـــة ُاللهِ وَبَرَكَاتُـــهُ
Sekitar Perhimpunan Bantah GST ( 50 Gambar & Video) Posted on Thursday, May 01 @ 15:25:49 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Kira-kira
25,000 peserta membanjiri Kuala Lumpur dalam demonstrasi besar hari
ini bagi membantah Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang
digerakkan oleh 89 gabungan NGO.
Perhimpunan
yang turut disokong oleh parti Pakatan Rakyat diadakan sempena Hari
Buruh yang disambut seluruh dunia hari ini dan dijangka turut disertai
ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Polis sebelum
mengisytiharkan perhimpunan itu haram tetapi sekarang menyatakan
persetujuan untuk bekerjasama dengan penganjur bagi memastikan
perhimpunan itu berjalan lancar.
Peserta yang mengambil
bahagian akan berkumpul di empat lokasi utama iaitu KLCC, Sogo, Dataran
Maybank, dan Masjid Negara sebelum berarak ke Jalan Raja yang terletak
berdekatan Dataran Merdeka dimana ia dijadual berlangsung antara jam 2
hingga 5 petang.
Peserta dilarang menggunakan padang Dataran Merdeka kerana kawasan tersebut sedang dinaiktaraf.
Selain di Kuala Lumpur, satu lagi demo berasingan turut berlangsung di
Pulau Pinang, anjuran Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC).
GST
yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada
pembentangan bajet 2014 Oktober lalu, akan dilaksanakan pada April
2015.
Bantahan melalui perhimpunan hari ini bagi menyatakan
bahawa pelaksanaan kutipan cukai tersebut akan menyebabkan kenaikan
harga barangan dan menambahkan beban isi rumah.
2:40pm Dataran Merdeka - Jumlah peserta semakin bertambah dan saling himpit menghimpit antara satu sama lain.
2.38pm Dataran Merdeka
- Jumlah peserta yang berarak dari Masjid Negara bertambah kepada
25,000 orang apabila disertai oleh kumpulan yang tiba lebih awal di
persimpangan Jalan Tun Perak - Jalan TAR.
KUALA LUMPUR: Kota raya Kuala Lumpur dibanjiri para
peserta Himpunan 501 Bantah GST anjuran NGO 89, juga disertai komponen
parti dalam Pakatan Rakyat. Dengan memakai baju berwarna merah, mereka
mula berkumpul sejak subuh lagi.
Beberapa tempat ditetapkan
penganjur sebagai tempat perkumpulan awal sebelum bergerak menuju ke
Jalan Raja, Dataran Merdeka. Antaranya termasuklah, Masjid Negara,
Dataran Maybank, KLCC dan Sogo.
Perhimpunan hari ini turut
mendapat kerjasama pihak polis dan penganjur dibenarkan berhimpun di
Jalan Raja berhadapan Dataran Merdeka.
Polis bagaimanapun
menegaskan peserta himpunan tidak boleh memasuki padang Dataran Merdeka
kerana ia sedang dalam proses menaik taraf.
GST diumumkan oleh
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada pembentangan bajet 2014
Oktober lalu, akan dilaksanakan pada April 2015.
LAPORAN LANGSUNG [LAPORAN OLEH: SALMIYAH, FAIZAL, HAZAYANI, FAEEZ, MAJDAN, NAZRI, AZMI, AHMAD TAJDID]
4.30 PM: Penganjur
mengumumkan himpunan tamat. Ia diakhiri dengan bacaan doa oleh Ketua
Dewan Ulamak PAS Johor yang juga Adun Puteri Wangsa Ust Abdullah Husin.
Peserta dinasihatkan bersurai secara aman.
4.18 PM: Anwar Ibrahim mengambil pentas diambut sorakan daripada hadirin. "Hari ini kita dikejutkan dengan kebangkitan rakyat. RTM, TV3 lapor tak lebih 1000 orang hadir," katanya. "Kita terharu dengan dokongan rakyat. Kita rasa apa yang rakyat rasa. Sebab itu kita guna jalan raya "Menteri BN faham? mereka tak faham," katanya lagi.
Beliau
juga berkata perjuangan rakyat belum selesai. Pilihan Raya masih lagi
kotor. Selagi ia kotor, rakyat katanya tidak akan menang sampai
bila-bila. "Kita tak
nak tunggu PRU akan datang. Kita tuntut perubahan dilakukan sekarang.
Kita tidak mahu tunggu empat tahun lagi," kata Anwar. 4.15 PM: Tian Chua berucap. Beliau ucap tahniah kepada BN. "Kerana sikap pemimpin BN kita disini bersatu semua kaum," katanya.
Katanya, rakyat bukan hanya menolak GST, tapi menolak semua dasar yang zalim. 4.10 PM: AJK
PAS Pusat Dr Dzulkefly Ahmad berucap. Terdahulu Ambiga dan Syed Shahir
berucap. Dzulkefly melaungkan GST "Gasak Sampai Tertunggeng". "Najib kata, mereka sangat perihatin kepada rakyat. Dia kata dulu dua cukai sekarang satu. "Dia tanya apa lagi rakyat mahu. Mereka akan dapat RM20 bilion hasil memerah keringat rakyat," katanya.
4.05 PM: Adun
Changkat Jering Mohmmad Nizar Jamaluddin berucap. Beliau berkata Umno
akan tumbang kerana kezaliman mereka. Rakyat akan lawan sampai Umno
tumbang.
4.00 PM: Setiausaha
Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution berucap. Beliau mengimbau kembali
kisah zaman reformasi tahun 1998. Beliau juga menceritakan semula
pengainayaan terhadap Anwar Ibrahim. Beliau juga mengucapkan tahniah kepada Mohamad Sabu selaku penganjur di atas kejayaan himpunan kali ini. Beliau turut menggelarkan Mohamad Sabu sebagai "Imam jalan raya". 3.55 PM: Mohamad Sabu sekali lagi berucap sebagai
selingan. Beliau meminta peserta tunggu sehingga majlis selesai dengan
berkata, "kita selesai, sempat solat Asar".
"Kita tunggu sehingga ucapan Anwar. Mungkin ini kali terakhir ucapan
Anwar kepada kita," katanya merujuk hukuman penjara yang dikenakan
kepada Anwar.
3.52 PM: Ahli Parlimen Kuala Nerus Dr Khairuddin Aman Razali mula berucap. Beliau memulakan ucapan dengan berkata "GST adalah zalim".
Ini kerana cukai ini katanya dikenakan kepada semua orang termasuk
orang miskin. Dalam masa yang sama kerajaan pula terus berboros.
"Himpunan ini adalah jihad. Pertemuan kita hari ini adalh jihad. Jihad menentang pemborosan".
"Jihad ini perlu diteruskan sehingga BN tumbang pada pilihan raya akan datang," katanya.
3.50 PM: Keadaan langit mula gelap, guruh mula berbunyi. Dataran Merdeka masih penuh dengan lautan manusia.
Peserta tidak berganjak walaupun ada tanda-tanda menunjukkan akan hujan. 3.47 PM: Ahli Parlimen Batu Gajah V Sivakumar pula berucap.
"Hujan, jangan turun dulu," katanya memulakan ucapan.
Beliau turut menggesa semua beserta tidak berganjak sekalipun hujan turun.
3.45 PM: Pengerusi majlis mengumumkan ketibaan kumpulan daripada KLCC baru sahaja tiba.
3.40 PM: Ahli Parlimen Bukit Gantang Idris Ahmad mengambil giliran. Beliau berkata himpunan hari ini tanda penyatuan kaum membantah GST.
"GST dilaksana ini kerana duit kita tak ada. Satiap tahun laporan
ketua audit negara kata berlaku pembaziran, tapi kerajaan ambil
pengajaran atau tidak? soalnya disambut laungan 'tidak' oleh hadirin.
"Kalau macam ini punya gaya, air di lautan atlantik pun boleh habis," katanya.
3.30 PM: Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar
berucap. Beliau berkata himpunan hari ini adalah satu kejayaan besar
selepas beberapa kali himpunan besar yang dilakukan sebelum ini.
3.25 PM: Wakil Dewan Muslimat, Aiman Athirah berucap. Beliau mengajak rakyat untuk terus mendesak kerajaan agar menghapuskan GST.
3.20 PM: Pengerusi Majlis, Nasaie Ismail menyatakan
himpunan hari ini akan berlangsung panjang dan meminta peserta bersabar
dan akan diisi dengan program oleh penganjur.
3.18 PM: Naib Presiden PAS Salahudin Ayub berucap.
Beliau berkata, himpunan hari ini lebih daripada 100,000 orang. Ini
mendakan bukti rakyat menolak apa yang BN lakukan. 3.15 PM: Mohamad Sabu sekali lagi berucap sebagai
Timbalan Presiden PAS. Beliau berkata kerajaan tidak faham bahasa rakyat
dan kali ini rakyat menggunakan bahasa jalan raya.
Kaedah jalan raya ini katanya telah berjaya mendesak kerajaan sebelum ini dalm isu ISA dan PPSMI.
3.12 PM: Sepanjang Jalan Raja dipenuhi dengan lautan peserta berpakaian merah. Dianggarkan hampir 50,000 sudah berada di sini ketika ini.
Kumpulan dari KLCC akan tiba di sini sedikit masa lagi.
Wartawan Harakahdaily di Jalan Raja melaporkan talian komunikasi mula terganggu. 3.10 PM: Azmin Ali pula berucap. Beliau berkata
perhimpunan rakyat hari ini sesuatu yang luar biasa, semua rakyat
bangkit untuk tolak umno BN, bukan sahaja menentang GST tetapi kita
tentang seluruh dasar zalim yang menekan rakyat.
"Umno mendakwa
mereka mendapat RM3.8 bilion dari GST, tetapi syarikat besar
dikecualikan dari cukai...Najib kena jawab," kata beliau. 3.05 PM: Presiden PKR, Datuk Dr Wan Azizah Ismail mula berucap. Beliau berkata kaum wanita turut terasa jika GST ini dilaksanakan.
"Kita akan tentang gst sampai habis-habisan, kita akan guna kuasa rakyat untuk tentang pelaksanaannya," katanya. 3.00 PM: Suhaizan berkata, kita berhimpun kerana
hendak tolak GST, kita ingin desak kerajaan tarik balik gst. Kita
berhimpun untuk tentang GST yang zalim, menindas rakyat. Kita akan
tentang....BN zalim sebab ingin laksanakan GST. Kita akan tentang mereka
pada pru14 nanti. 2.55 PM: Giliran Mohamad Sabu selaku komander
himpunan memberi ucapan. Beliau berkata peserta tidak akan masuk ke
padang, tetapi akan penuhkan jalan raya di sini, dan meminta peserta
menunjukkan disiplin.
Mereka akan menunggu kumpulan dari KLCC tiba sedikit masa lagi.
"Kita akan berada di sini sampai arahan bersurai. Kita berhimpun secara aman. Sekarang semua di bawah arahan saya," katanya. 2.50 PM: Lebih 40,000 dianggar sudah memenuhi Jalan
Raja di Dataran Merdeka ini. Bagaimanapun beberapa kumpulan lagi belum
tiba termasuk kumpulan dari KLCC. 2.45 PM: Mahfuz dalam ucapannya berkata, perhimpunan
hari ini merupakan sesuatu yang bersejarah. Ia bukan sahaja bagi rakyat
menyatakan bantahan terhadap GST, tetaoi menjadi sebahagian daripada
produk pelancongan.
"Kita harap setiap 1 Mei akan ada himpunan dan pihak kementerian pelancongan boleh setuju," katanya. 2.43 PM: Kelihatan Datuk Seri Anwar dan Wan Azizah juga tiba dan memasuki Jalan Raja menuju ke pentas. 2.40 PM: Dj Jalan Raja, berhadapan Bangunan Sultan
Abdul Samad kelihatan Suhaizan, Mahfuz, Khalid Samad serta Azmin Ali
berada di atas lori.
Mereka dijangka antara pimpinan utama yang akan berucap awal. 2.36 PM: Kumpulan dari Masjid Negara juga tiba di
Jalan Raja Dataran Merdeka sebentar tadi.Kumpulan peserta yang berarak
dari Sogo juga mula tiba di Dataran Merdeka.
Persimpangan Jalan Tun Perak, Jalan Raja dan Jalan Tunku Abdul Rakmah dipenuhi dengan lautan peserta. 2.30 PM: Peserta mula memasuki kawasan Jalan Raja,
Dataran Merdeka. Kumpulan pertama tiba di sini adalah dari Masjid Jamek
dan Dataran Maybank.
Mereka menuggu kehadiran kumpulan dari beberapa lokasi lain.
2.25 PM: Pasukan dari KLCC sedang bergerak menuju ke Dataran Merdeka. Turut bergerak dari sini Datuk Ambiga Sreenevasan. Beliau turut menyampaikan ucapan sebentar tadi sebelum perarakan dimulakan.
2.20 PM: Peserta dari Sogo mula bergerak menuju ke
Dataran Merdeka. Beberapa pepimpin utamamengetuai perarakan dengan
pasukan Unit Amal mengawal laulintas. 2.17 PM: Jalan Tun Perak yang ditutp kini dilimapahi
peserta yang bergabung dari Masjid Jamek dan Dataran Maybank.
Dianggarkan hampir 10,000 dar jalan tersebut sedang bergerak ke Dataran
Merdeka.
Suasana di sini agak meriah dengan kehadiran peserta dari pelbagai
kaum. Mereka menggunakan kreativiti masing-masing bagi menyampaikan
mesej bantahan. 2.15 PM: Kumpulan dari menara Maybank yang bergerak
sebentar tadi mula bergabung dengan kumpulan di Masjid Jamek. Mereka
kini menuju ke Dataran Merdeka.
2.13: PM: Di Masjid Negara, peserta mula bergerak ke Jalan Raja, Datara Merdeka. Dianggar lebih 10,000 berarak dari sini. 2.11 PM: Di Sogo, orang ramai mula tidak sabar untuk bergerak ke Dataran Merdeka.
Ada di kalangan mereka menjerit kepada penganjur;
"Tak payah ceramah panjang dah, jom kita gerak terus,".
Peserta himpunan hampir melimpah jalan menyebabkan lalulintas sesak.
Hanya dua laluan dibuka. Pasukan unit Amal mengawal lalulintas. 2.10 PM: Di Masjid Negara, Suhaizan dalam ucapannya berkata ;
"Jika ada provokator, sila tangkap dan serahkan kepada pimpinan atau
pihak berkuasa. Dan jika ada di kalangan peserta di luar kawalan, mohon
kenal pasti dan beri nasihat," katanya. 2.09 PM: Di KLCC, lebih 3,000 berkumpul di sini. Seramai 200 anggota marshal SAMM berkawal dan akan mengepalai perarakan dari sini. 2.08 PM: Di Sogo,peserta masih menunggu arahan
sebelum bergerak ke Dataran Merdeka. Sementara menunggu, ada yang
menyanyi dan melaungkan laungan Hidup Rakyat. 2.06 PM: Di Dataran Maybank, lebih 5,000 peserta
berada di sini. Mereka mula bergerak menuju ke Dataran Merdeka. Pelbagai
pelekat mengandungi mesej bantahan dipamerkan peserta.
2.05 PM: Di Sogo, dianggarkan lebih 3,000 berada di sini.
Antara pemimpin yang ada di sini termasuk Mohamad Sabu, Salahudin
Ayub, Hanipa Maidin, Mazlan Aliman, Sivarasa Rasiah dan Fuziah Salleh.
Sebahagian peserta dari sini sudah bergerak menuju ke Dataran Merdeka. 2.00 PM: Pihak polis menutup lalulintas di Jalan Tun
Perak menuju ke Dataran Merdeka selepas peserta himpunan memenuhi
sepanjang jalan itu.
Aliran trafik dipesong ke arah lain. Kelihatan juga para peniaga tidak melepaskan peluang menjual barangan mereka. 1.58 PM: Di Masjid Negara, beberapa pimpinan utama Pakatan Rakyat di sini memulakan ucapan awal sebelum bergerak ke Jalan Raja.
Antara yang berucap membakar semangat termasuklah Datuk Mahfuz Omar,
Dr Hatta Mohd Rami, Khalid Abdul Samad Dr Khairuddin Aman Razali,
Suhaizan Kaiat serta Datuk Saifuddin Nasution.
Suhaizan bertindak sebagai komander bagi kumpulan di sini. 1.55 PM: Setakat ini, tiada sebarang insiden tidak
diingini dilaporkan berlaku. Pihak polis memberi kerjasama sepenuhnya,
manakala pasukan unit amal dilihat berkawal mengendalikan peserta
himpunan di tempat-tempat perkumpulan. 1.50 PM: Pelekat provakasi terus ditemui di kawasan Masjid Negara. Antara lain menyebut 'Hudud for all muslim and non muslim'. 1.45 PM: Di Masjid Jamek, sekumpulan anak muda
mengenakan lilitan di kepala sebagai tanda bantahan terhadap GST.
Kedengaran juga bunyi tiupan Vuvuzela sepanjang jalan menuju ke Dataran
Merdeka. Dinggar lebih 3,000 berada di sini. 1.40 PM: Jalan menuju ke Dataran Merdeka dari Masjid Jamek mula sesak. Peserta dari sini meula bergerak ke Jalan Raja. 1.35 PM: Di Masjid Negara, beberapa pemimpin muda
berucap. Mengarahkan peserta berkumpul dan menunggu rakan-rakan lain
tiba sebelum bergerak ke Jalan Raja. 1.30 PM: Di Masjid Jamek, orang ramai terpaksa
bersolat Zohor di kaki lima masjid ekoran ruang dalam masjid penuh.
Orang ramai mula berkumpul di sini sejak jam 12 tengahari tadi.
Di sini, mereka baru sahaja selesai solat, dan berkumpul di kawasan
perkarangan masjid, malah ada yang sudah bergerak ke Jalan Raja, Dataran
Merdeka. Peserta muslimat turut menunaikan solat di sini.
Ada peserta mengatakan suasana solat zohor di sini hari ini sama seperti solat Jumaat. 1.25 PM: Kawasan perkarangan Masjid Negara mula
dipenuhi orang ramai. Dianggarkan lebih 2000 orang sudah berada di sini.
Mereka melaugkan takbir sejak dari selesai solat Zohor sebentar tadi. 1.20 PM: Peserta di Masjid Negara selesai menunaikan
solat Zohor. Mereka kini turun berkumpul di perkarangan masjid sebelum
berarak menuju ke Jalan Raja. 1.18 PM: Kelihatan pasukan Unit Amal PAS, yang
terkenal dengan jolokan tentera merah, mengambil lokasi masing-masing di
sekitar Dataran Merdeka yang menjadi tempat utama Himpunan Turun 501
hari ini.
Mereka diberi tanggungjawab berkerjasama dengan pihak polis dalam menjaga keselamatan peserta himpunan hari ini. 1.15 PM: Sebahagian peserta dilihat memenuhi setesen
komuter dan LRT menuju ke kawasan perkumpulan sebelum menuju ke Jalan
Raja, Dataran Merdeka.
Di kawasan sekitar Dataran Mereka, ada yang sudah tiba awal dan
berkumpul di situ sementara menanti kehadiran peserta dari tempat-tempat
perkumpulan awal yang ditetapkan penganjur.
1.13 PM: Laungan Azan berkumandang di Masjid Negara, peserta dengan berpakaian merah dilihat mula bersiap untuk solat zohor. 1.10 PM: Jabatan Undang-undang dan Hak Asasi manusia (Juham) membuka bilik gerakan sempena himpunan kali ini.
Sebarang kes tangkapan dan provokasi boleh dilaporkan ke nombor
011-23517748 dan 011-23517743. Sertakan Nama , No Kad Pengenalan, Tarikh
dan Masa tangkapan dan balai yang ditahan.
1.05 PM: Dewan Ulamak PAS Pusat memaklumkan lebih kurang 63 orang ulamak dan ustaz dari dewan itu menyertai himpunan hari ini.
Ketua Penerangannya, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali berkata, kesemua pasukan kepimpinan ulamak berhimpun di Masjid Negara.
Mereka kini sedang diberi taklimat untuk pergerakan ke Jalan Raja.
Mereka akan bergerak ke Jalan Raja, Datan Merdeka sejurus selesai solat Zohor.
1.00 PM:
Peserta himpunan mula memenuhi kawasan pra perhimpunan yang ditetapkan
penganjur iaitu termasuklah, Masjid Negara, Dataran Maybank, KLCC dan
Sogo.
Peserta yang beragama Islam dilihat sedang membuat persiapan untuk menunaikan solat zohor.
Penganjur menasihatkan Orang ramai yang mahu meyertai himpunan ini menggunakan pengangkutan awam. - HARAKAHDAILY 1/5/2014
Dari catatan seorang Sasterawan Negara yang intim dengan isi hati golongan yang terpinggir dan tertindas:
Merekalah menyusun lapis-lapis besi waja
Merekalah membina batu-bata
Membancuhnya dengan titik peluh
– bangunan tinggi itu masih jua meminta
lalu diberikanlah nyawanya.
Merekalah yang menyedut udara kotor
Racun gas itu berbaur di rongga
menjalari saraf pernafasannya
menghentikan detak jantungnya
–segalanya untuk upah beberapa sen cuma.
Merekalah membunyikan mesin-mesin kilang
debu dan serbuk logam berterbangan
hari demi hari berkumpul bersarang
di jantung dan paru-parunya
–jentera kilang itu masih lagi meminta
lalu kudunglah jarinya
lalu kudunglah tangannya
lalu kudunglah nyawanya
segalanya untuk upah beberapa sen cuma.
Merekalah menggali perut bumi yang sakit
lumpur dan pasir memenuhi tiap rongga
tanah lombong yang selalu mengucapkan simpati
menimbusi membungkus tubuh para pekerja
melindunginya dari pemerasan kejam
–upah yang diterimanya sekadar beras segenggam.
Merekalah mewarisi pusaka zaman
seluar sehelai baju bertampal
tikar buruk di sudut bangsal
tulang selangka dapat dibilang.
Mereka kini menyedari kekuatan diri
Mengubah wajah sebuah negeri
Menukar nama seorang menteri
Di matanya api di tangannya besi.
~ Usman Awang, Satu Mei
Jika
sajak ini ditulis hari ini, tidak mustahil ramai yang melihatnya
sebagai penghormatan dan penghargaan kepada buruh-buruh kasar dari
Bangladesh, Indonesia, Filipina, Kemboja, Laos, Myanmar, Nepal,
Thailand, Vietnam dan beberapa negara lagi.
Gambaran sajak ini
jelas walaupun dalam keheningan puitisnya; dapat dirasakan keperitan
hidup sebagai buruh kasar yang jarang didendangkan di khalayak. Memang
pedih dan sakit kehidupan sang pekerja buruh.
Sedar-sedar sahaja
sudah tersergam bangunan, menara, kondominium serta jambatan yang besar
dan gergasi. Jasa para buruh dengan keringat, air mata dan darah hanya
tinggal sebagai kenangan masam-masam manis.
Sebenarnya Satu Mei
adalah sajak nukilan Sasterawan Negara Usman Awang yang dihasilkannya
pada tahun 1971. Ia melakarkan alam perburuhan Malaysia yang mula
dipesatkan dengan pembangunan fizikal bagi melupakan arena pasca-13 Mei
1969.
Suasana itu mula menjadi lumrah pada awal dekad 1970-an
apabila Tun Abdul Razak sebagai Perdana Menteri mahu membangunkan negara
dengan mengetepikan ideologi dan prinsip perjuangan politik.
Dengan
penciptaan Dasar Ekonomi Baru (DEB), projek-projek pembangunan fizikal
mula berkembang. Serampang dua mata Tun Razak – membuang ideologi dari
minda rakyat bagi membolehkan tumpuan kepada politik pembangunan, dan
seterusnya memudahkan penguasaan pemerintah terhadap rakyat – berjaya
membentuk satu hegemoni baru.
Kuala Lumpur mula pesat membangun,
menarik ribuan tenaga buruh Melayu dari seluruh pelosok negara untuk
bertandang ke ibu kota. Merekalah peneroka bandar yang sama-sama
berganding bahu dengan buruh Malaysia yang lain dari keturunan Cina dan
India untuk membangunkan kota raya.
Apa yang Usman gambarkan
keadaan hidup mereka dalam “Satu Mei” adalah sama dengan apa yang
berlaku hari ini di kalangan para buruh dari negara-negara lain.
Namun,
tidak ramai yang mempedulikan mereka. Tidak ramai pula yang peduli
tentang 1 Mei sebagai Hari Buruh. Malah, nama buruh sudah selesa digelar
pekerja; mungkin kerana orang Malaysia malu jika dikaitkan dengan
pekerjaan buruh kasar yang kelihatannya amat rendah taraf hidupnya.
Mungkin
juga rakyat Malaysia sudah selesa dengan kenaikan taraf hidup kelas
menengah – middle class – yang membawa kita semua dari pasca-ideologi
1970-an kepada konsumerisme masa kini. Mungkin inilah yang dikatakan
kebebasan membuat pilihan – di antara CocaCola dan Pepsi, agaknya.
Sama
ada cuti 1 Mei ini digunakan untuk menyertai himpunan membantah
pelaksanaan beban cukai regresif GST di tengah-tengah ibu kota Kuala
Lumpur atau bersiar-siar di Zoo Negara atau Zoo Taiping di Perak,
rasanya masih ada antara kita yang insaf asal-usul kita.
Asal
usul kita dari masyarakat Nusantara, Asia Tenggara, Asia Timur dan dalam
lingkungan Asia sekitarnya – masyarakat yang sama-sama berhijrah ke
bumi bertuah ini. Asal-usul yang menjadi bukti bahawa tiada guna kita
bertegang leher sesama sendiri atas isu asal-usul, warna kulit atau
kepercayaan agama.
Bukan orang Melayu sahaja berpepatah bahawa
rambut sama hitam, darah sama merah; ia sudah menjadi lumrah simpulan
bahasa di seluruh rantau.
Buktinya adalah sajak Usman. Apa yang
dirasai buruh rakyat Malaysia dari kaum Melayu, Cina dan India lebih 40
tahun dahulu kini dirasai buruh dari negara-negara lain di Malaysia.
Tujuannya
tetap sama: mencari nafkah hidup. Mereka bukan penumpang, bukan
pendatang. Mereka tetamu. Kita yang menjemput mereka. Nasib, sengsara,
pahit manis mereka sama seperti rakyat Malaysia yang lebih terdahulu,
seperti yang dilukiskan Usman dalam puisinya.
Satu Mei punya
makna yang mendalam. Namun ia tidak sukar untuk difahami dan dihayati.
Nasib dan perjuangan kita yang mencari nafkah adalah sama, walau apa pun
agama, warna kulit dan kampung halaman kita. – Roketkini.com
Terima kasih Tuan Lawyer dan Selamat Hari Pekerja
MAZLAN ALIMAN | .
Saya
ingin mengambil kesempatan, mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan
kepada Hanipa Maidin dan pasukan peguamnya, Nassar dan Azhana Khairuddin
yang bertungkus lumus bagi pihak saya selaku Defendan Pertama dan
Defendan Kedua hingga keenam dalam kes saman fitnah Felda mengenai
penjualan minyak sawit ke Israel.
Khidmat bakti mereka tidak
akan saya lupakan sepanjang hayat. Saya dapat merasakan usaha gigih
mereka mengendalikan kes ini yang mendapat liputan dan pemerhatian
berbagai pihak.
Ingin saya tegaskan, bahawa segala kritikan,
teguran dan pandangan terhadap Felda selaku Badan Berkanun adalah
sebagai check and balance. Ada kalanya sebagai kumpulan pendesak, untuk
mempastikan 112,635 peneroka di 317 Skim Felda seluruh negara terbela
dan terpelihara hak-hak mereka.
Apa faedahnya saya memfitnah
Felda, sedangkan saya membesar di Felda dan kebun sawit adalah tempat
keluarga kami mencari rezeki. Saya adalah anak peneroka yang berhijrah
dari kampung sejak tahun 1968, menyahut seruan kerajaan dengan matlamat
menyusun semula masyarakat dan membasmi kemiskinan.
Namun,
meskipun bapa saya mendapat tanah 10 ekar dan rumah, ia bukan percuma.
Setiap peluh yang menitis adalah daripada keringat kami sekeluarga;
sejak zaman awal, membayar hutang piutang (Bayaran Kembali) hingga
beroleh hak milik.
Saya membawa isu Felda sejak tahun 1989 lagi.
Beratus kes peneroka, anak peneroka dan kakitangan Felda yang saya
kendalikan. Saya bukan perunding yang mendapat bayaran daripada mereka,
tetapi niat saya semata-mata kerana Allah. Saya mahu akhiri sisa hidup
berbakti untuk warga Felda seluruh negara.
Sama ada peneroka itu
PAS atau Umno, tiada beza bagi saya. Saya bersama pasukan ANAK akan
bantu seupaya mungkin. Sejujurnya, saya amat menyayangi masyarakat
Felda; meskipun sebahagian besar daripada mereka tidak mengundi saya
dalam pilihan raya!
Apapun kata nista dan fitnah yang
dilemparkan, saya tidak akan kecewa dan semakin bertekad membantu dan
membawa perubahan demi warga Felda yang saya kasihi.
Kepada YAB
PM, Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Pengerusi Felda,
Pengarah Besar Felda dan 23 ribu kaki tangan Felda; jangan anggap saya
sebagai musuh. Pemimpin ini yang bertanggungjawab menjaga kepentingan
lebih sejuta warga Felda. Jangan angkuh. Mari kita bersemuka dan
berbincang demi kepentingan rakyat. Saya cuba berusaha sewaktu Datuk
Ahmad Maslan jadi Timbalan Menteri yang jaga Felda. Tapi gagal, atas
sikap dan prejudis beliau.
Hentikan ketidakadilan kepada
peneroka. Tunaikan hak mereka. Mereka adalah tuan tanah yang bersusah
payah, berkorban apa sahaja untuk kehidupan. Jangan khianati mereka.
Insya-Allah,
saya akan membuat kunjung hormat ke Ibu pejabat Felda dan berusaha
membuka lembaran baru bagi mempastikan kehidupan warga Felda lebih baik
dan menepati tujuan ia di tubuhkan.
SELAMAT HARI PEKERJA!
Ahli Parlimen Teluk Intan meninggal dunia
HARAKAHDAILY | .
Mendiang Seah (kiri) bersama Salahuddin Ayub dan Zawawi Hassan pada Mesyuarat Agung PAS Kawasan Teluk Intan, September 2013. KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Teluk Intan daripada
DAP, Seah Leong Peng meninggal dunia jam 7.45 pagi tadi di Pusat
Perubatan Universiti Malaya (PPUM) kerana mengidap barah.
Pada
PRU13 lalu, Seah Leong Peng yang memperolehi 27,399 undi memenangi
kerusi Parlimen Teluk Intan dengan majoriti 7,313 menewaskan calon BN,
Datuk Mah Siew Keong daripada Gerakan yang mendapat 20,086 undi dan K
Moralingam (Bebas) yang mengutip 279 undi.
Difahamkan, DAP akan mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai kematian Seah.
GST: Bantah sampai tumbang!
HARAKAHDAILY | .
DEKLARASI MEI 1, 2014
Tahun 2014: Tahun Bantah Cukai GST iaitu Cukai Barangan dan Perkhidmatan.
Kerajaan BN telah meluluskan Akta Cukai GST walaupun rakyat telah berulang kali membantah perlaksanaan Cukai GST ini.
Di Malaysia hanya 15% rakyat sahaja yang membayar cukai pendapataan,
dan 38% rakyat masih menerima gaji dibawah paras kemiskinan iaitu RM860 ,
serta pelaksanaan Gaji Minima RM900 masih menjadi dilemma.
Malah, menurut Gabenor Bank Negara Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz,
hutang seisi rumah di Malaysia adalah 83% daripada KDNK dan yang
tertinggi di Asia berbanding dengan Singapura 67% dan Hongkong 58%.
Dalam keadaan ini, apakah nasib rakyat jika Cukai GST dilaksanakan?
Cukai GST akan menyebabkan semua harga barangan dan perkhidmatan akan
naik, walaupun kerajaan menjustifikasikan ada 40 jenis barangan asas
tidak akan naik harga. Ini kerana, sebelum sesuatu barang sampai kepada
pengguna, ia melalui banyak proses penyedian, semua proses penghasilan
melibatkan pembayaran cukai GST. Ini secara tidak langsung akan
menaikkan harga pada barangan pengguna pada akhirnya.
Rakyat Malaysia khususnya pekerja yang merupakan 99% akan tetap
merana akibat Cukai GST ini walaupun kerajaan memberi alasan-alasan yang
tidak munasabah dalam melaksanakan cukai GST ini.
Kerajaan yang prokorporat mampu mengurangkan cukai korporat dari 40%
pada tahun 1980-an kepada 26% sekarang tetapi sanggup menggadaikan
rakyat dengan bebanan cukai GST.
TUNTUTAN-TUNTUTAN KAMI
1. Menolak dan Batalkan CUKAI BARANGAN DAN PERKHIDMATAN (GST) yang memiskinkan lagi rakyat.
2. Hentikan Rundingan Trans Pasifik Partnership Agreement
(TPPA). Dedahkan kandungan TPPA di Parlimen dan mendapat pandangan
rakyat terhadap perjanjanjian TPPA ini.
3. Menguatkuasakan pelaksanaan 100% Polisi Gaji Minima RM900 di
Semenanjung Malaysia dan RM800 di Sabah dan Sarawak dan mengkaji semula
jumlah Gaji Minima ini selaras dengan kenaikan kos hidup, maka kami
sarankan RM1500 Gaji Minima dilaksanakan.
4. Hak Kesatuan Sekerja – Hormati semangat keharmonian industri
dengan memperkasakan kesatuan sekerja. Pihak majikan harus hentikan
aktiviti menghancurkan kesatuan sekerja di Negara ini.
5. Hak Pekerja Wanita – Hentikan segala bentuk diskriminasi dan
keganasan terhadap wanita. Majikan, Kerajaan dan Mahkamah perlu
menegakkan hak wanita dan melaksanakan konvensyen berkaitan Penghapusan
segala Bentuk Diskriminasi terhadap Wanita (CEDAW). Hentikan gangguan
seksual di tempat kerja, termasuk dengan menggubal Akta Gangguan Seksual
yang komprehensif.
6. Hak Pekerja Migran – Pekerja migran harus diberikan hak yang
saksama dan perlindungan yang mencukupi. Hentikan eksploitasi –
keadaan kerja yang tidak selamat, waktu kerja yang panjang, tiada
latihan kemahiran, hak kesihatan tidak terjamin serta tiada perwakilan
kesatuan sekerja.
7. Hak Pembelaan Pekerja Migran – Pekerja migran yang dibuang
kerja harus dibenarkan berada di Malaysia dengan permit kerja sehingga
kesnya didengar penuh untuk mempertahankan hak dia. Hapuskan kontradiksi
undang-undang antara Kementerian Sumber Manusia dan Jabatan Imigeresan.
8. Hentikan Penswastaan Perkhidmatan Asas - Air, elektrik,
kesihatan, pengangkutan awam, pendidikan tidak harus diswastakan demi
keuntungan. Ianya satu perkhidmatan yang harus disediakan oleh
Kerajaaan.
9. Kebebasan Media – Media utama dan alternatif harus diberi
kebebasan untuk memberi maklumat sebenar kepada rakyat. Maka, Akta
Penerbitan dan Mesin Cetak yang menyekat kebebasan ini harus
dimansuhkan.
10. Kawal Harga Barang - Kawal kenaikan harga barang dan
perkhidmatan termasuk harga minyak dan berikan semula subsidi kepada
rakyat.
11. Hak Pelajar – Mansuhkan AUKU dan PTPTN. Berikan pendidikan percuma kepada semua pelajar.
12. Hak Orang Asal - Iktiraf Hak Tanah Adat Orang Asal di Malaysia
dan berikan hak milik kekal serta kukuhkan status tanah Rizab Orang
Asal di Malaysia (Semenanjung, Sabah dan Sarawak). Rancangan pembangunan
tanah Orang Asal hendaklah berasaskan kehendak, keperluan dan aspirasi
Orang Asal.
13. Alam Sekitar – Hentikan projek yang memudaratkan kesihatan
rakyat Malaysia seperti Lynas, Insinerator dan laini-lain. Gunakan
tenaga alternatif yang bersih dan murah.
14. Perumahan Selesa – Hentikan pengusiran paksa terhadap peneroka
bandar. Skim Perumahan Rakyat pada harga yang mampu dibeli, lokasi
strategik dan selesa harus diimplementasikan.
15. Mansuhkan segala undang-undang yang menindas dan
mendiskriminasi rakyat, antaranya Akta Kesalahan Keselamatan
(Langkah-Langkah Khas) 2012, Prevention Crime Act (PCA), Akta
Perhimpunan Aman (APA), Akta Rahsia Rasmi (OSA), Akta Hasutan 1948
(Sedition Act), Akta Dadah Berbahaya (Langkah-langkah Pencegahan Khas)
1985, Akta Universiti & Kolej Universiti (AUKU), dan Akta Pertubuhan
Deklarasi ini disokong oleh:
1. Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT)
2. Women’s Aid Organisation (WAO)
3. Empower
4. DEMA
5. Parti Sosialis Malaysia (PSM)
6. Community Development Centre (CDC)
7. SUARAM
8. Sahabat Wanita
9. Asalkan Bukan UMNO
10. Malaysians for Beng Hock
11. People’s Green Coalition
12. Damn the Dams
13. Sembang-sembang Forum
14. University Malaya Association of New Youth (UMANY)
15. Saya Anak Bangsa Malaysia (SABM)
16. Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)
17. Pusat Komas
18. Northern Green Youth (NGY)
19. Mamas Bersih
20. KLCAH Youth
21. Bela Tani
22. LLG Cultural Development Centre
23. Himpunan Hijau
24. Pemuda Sosialis
25. Gerakan Menuntut Pendidikan Percuma (GMPP)
26. Tenaganita
27. Parti Rakyat Malaysia (PRM)
28. PERMAS
29. Malaysian Indians Progressive Association (MIPAS)
30. Federation of Malaysian Indian Organisation (PRIMA)
31. Angkatan Warga Aman Malaysia (WargaAMAN)
32. Malaysian Youth Care Association (PRIHATIN)
33. Johor Yellow Flame (JYF)
34. Kumpulan Aktivis Sahabat Alam
35. Gabungan Pekerja Sungai Petani (GABUNG)
36. Baramkini
37. Jawatankuasa Kuala Lumpur Tak Nak Incinerator
38. School of Acting Justly, Loving Tenderly, Treading Humbly (SALT), Malaysia
39. Selangor Hokkien Association Youth Section
40. Persatuan Komuniti Prihatin Selangor and KL (PRIHATIN)
41. Serdang Bharu School Alumni Youth Section
42. Dignity International
43. Pax Romana ICMICA
44. Sisters in Islam
45. Women’s Centre for Change Penang (WCC)
46. Persahabatan Semparuthi Johor
47. Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC)
48. Persatuan Alumni PBTUSM Utara
49. Persatuan Alumni PBTUSM Selangor & KL
50. Malaysian Election Observers Nertwork
51. CAN
51. Parti Islam Se-Malaysia (PAS)
52. FanTIZhi1748
53. Gerakan Mahasiswa Pantai Timur (GEMPUR)
54. Transformasi Mahasiswa, UUM
55. Food Not Bombs-Kuala Lumpur.
56. Center for Orang Asli Concerns
57. Jawatankuasa Penduduk Kg Hakka
58. Gerakan Mahasiswa Maju New Era endorse
59. Rakan Mantin
60. Jawatankuasa Rakan Segari
61. Jawatankuasa Penduduk Jalan Reko Kajang
62. Sahabat Rakyat Working Committee
63. Jawatankuasa Bertindak Flat Taman Permata Dengkil
64. Taskforce Against Kaiduan Dam (TAKAD)
65. Jaringan Orang Asli Semenanjung Malaysia
66. Jawatankuasa Tindakan Tanah Kampung Ampar Tenang
67. Gabungan NGO Pengerang
68. Bantah Lynas
69. Lostgens
70. Findars
71. Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)
72. MADPET (Malaysia Against Death Penalty and Torture)
73. KL & Selangor Chinese Assembly Hall Social-Economic Committee
74. Academy Of Tamil Studies
75. Centre Of Education. Research And Development (Cedar)
76. Child Development Initiative
77. Council Of Temples Malaysia
78. Group Of Concerned Citizens
79. Indian Malaysian Active Generation (Image)
80. Kelab Bell Belia Selangor
81. Klang Consumer Association
82. Kuala Lumpur Hindu Youth Organisation
83. Majlis Kelab Bell Belia Tamil Malaysia
84. Malaysia Tamil Artiste Association
85. Malaysian Dravidian Association
86. Malaysian Indian Historical Association
87. Malaysian Indian Youth Development Foundation
88. Nationwide Human Development And Research Centre
89. Persahabatan Semparuthi
90. Persatuan Prihatin Belia Malaysia
91. Rudra Devi Samaj Malaysia
92. World Tamil Federation – Malaysian Chapter
Pekerja nadi utama negara
HARAKAHDAILY | .
BERSEMPENA
dengan sambutan ulang tahun Hari Pekerja yang jatuh pada 1 Mei setiap
tahun, seluruh warga pekerja di dalam negara harus menjadikannya sebagai
kayu pengukur sejauhmana kejayaan ekonomi dan sosial dicapai bagi
pergerakan pekerja.
Golongan pekerja merupakan nadi utama bagi
sesebuah negara, tambahan pula dalam negara kita, kita mempunyai sekitar
11.3 juta pekerja, termasuk pekerja asing.
Untuk menjadi
kebajikan dan kesejahteraan kaum pekerja, masih tidak ramai yang
menyandarkan perjuangan menerusi gerakan kesatuan sekerja.
Namun
dua tonggak utama yang mewakili kaum pekerja, iaitu MTUC yang mempunyai
sekitar 1.3 juta anggota, beserta dengan Ceupacs dengan keahlian sekitar
800,000, harus melipatgandakan peranan bagi memastikan keselesaan kaum
pekerja terjamin.
Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) sangat komited
untuk melindungi kaum pekerja, khususnya daripada segala bentuk
penindasan, eksploitasi dan monopoli dalam pekerjaan dan kegiatan
ekonomi, tambahan pula golongan pekerja adalah tunjang kepada kemakmuran
negara yang berterusan.
Kita akan berusaha menjamin semua
pekerja Malaysia dilayan dengan adil serta memastikan kebajikan dan
kesejahteraan pekerja dipelihara.
Di dalam manifesto Pilihan
Raya, KEADILAN bersama-sama dengan Pakatan Rakyat menyatakan komitmen
untuk melindungi hak-hak kaum pekerja seperti memperkenalkan gaji minima
untuk semua pekerja Malaysia, mempertahankan hak pekerja untuk
membentuk kesatuan sekerja, menyusun dasar pekerja asing yang bersepadu
dan mengurangkan kebergantungan negara kepada pekerja asing.
Menyedari
betapa kaum pekerja yang berpendapatan rendah, sama ada di dalam sektor
awam, mahupun swasta, mereka begitu terhimpit dengan pelbagai bebanan
akibat kemelesetan ekonomi.
Oleh sebab itu, KEADILAN juga
berpendapat bahawa kewujudan GST dan Perjanjian TPPA, jika dilaksanakan
kerajaan, akan menambahbebankan rakyat marhaen. Sekali lagi kita
tegaskan bahawa, sebarang perubahan kepada dasar ekonomi atau percukaian
negara, ianya mestilah menyumbang kepada penambahbaikan jurang di
antara yang kaya dengan yang miskin.
Sehubungan itu KEADILAN
menyeru pihak kerajaan dan juga pihak swasta, khususnya dari kalangan
majikan, agar memelihara dan menjamin hak pekerja sebaik-baiknya.
Kaum
pekerja yang terjamin kebajikannya, akan lebih berdedikasi dalam
menjalankan tugas demi pembangunan dan kesejahteraan negara.
"Selamat Hari Pekerja"
DATUK SERI DR WAN AZIZAH WAN ISMAIL
Presiden KEADILAN
HUDUD : Berjayakah PAS ??? Posted on Thursday, May 01 @ 09:58:46 MYT Dilulus untuk paparan oleh lararatu
"Sekiranya
Hudud Berjaya dilaksanakan. PAS berjaya dalam agenda Perjuangannya.
Manakala UMNO mungkin sudah dapat formula untuk pecahkan PR sokong Pas
alsanakan hudud. Dicongak bila UMNO sokong hudud beerti talian hayat BN
untuk terus berkuasa lebih panjang. Kerana tanpa PAS, PR tak akan sukar
dapat undi orang islam.
Tindakan Pas Kelantan cuba mengusulkan
isu ini di Parlimen adalah yang terbaik dikala UMNO terkapai mencari
talian hayat. Manakala PAS mungkin sedar sekiranya PR menang sekalipun
Hudud pasti tak dapat dilaksanakan.
Saya rasa mengetengahkan
hudud waktu ini seolah PAS meletakkan umpan ketika main dam aji. Kalau
Umno makan pun kena tak makan pun PAS untung. Saya yakin rata2 pemimpin
PAS terutama presiden lebih mengutamakan cita-cita perjuangan dari
cita-cita politik.
Kesimpulannnya melaksanakan hudud beerti
matlamat tercapai tapi mungkin hilang undi non muslim bahkan mungkin PAS
ditunjuk jalan keluar oleh PR. Tapi yang pasti sesiapa yang berusaha
menegakkan agama Allah pasti dibantu pemiliknya. Sesiapa yang memberi
alasan penangguhan beerti menempah bala berpanjangan."
................................ Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite) Oleh:bukitkeplu Posted on Thursday, May 01 @ 09:58:46 MYT Dilulus untuk paparan oleh lararatu
Jawapan Kepada Amaran Persatuan Buddha Dan Kristian Berkenaan Hudud Posted on Thursday, May 01 @ 09:53:24 MYT Dilulus untuk paparan oleh lararatu
"
Kumpulan
Lapan Persatuan Penganut Buddha Memberi AMARAN yang Pakatan Rakyat (PR)
akan HILANG UNDI di masa depan jika PAS masih mahu MEMBENTANGKAN Rang
Undang-Undang (RUU) Persendirian, bagi Membuka Laluan kepada
PERLAKSANAAN Hukum HUDUD dan QISAS di Negeri Kelantan.
Ini Jawapan gua kepada Amaran tersebut :-
Kemana
UNDI kamu akan kamu beri jika Parti PAS DITAKDIRKAN Melaksanakan Hukum
HUDUD dan QISAS di Negeri Kelantan wahai Persatuan Buddha dan Persatuan
Pemuda Kristian ???. Apakah UNDI kamu akan kamu berikan kepada Umno/Bn
jika PAS tetap dengan Pendirian iaitu Melaksanakan Hudud.
Silakan
JAWAP Wahai Persatuan Buddha dan Persatuan Pemuda Kristian, Kemana Undi
Kamu Akan Kamu Berikan... Kami sebagai Ahli PAS langsung Tidak Berkecil
Hati jika itu yang akan Kamu lakukan Kerana Undi adalah HAK MUTLAK kamu
didalam Sistem Demokrasi, untuk itu ianya boleh kamu buat Sesuka Hati
kamu Tanpa Paksaan.
Bagi Kami di Pihak PAS jika Kamu boleh
Menggunakan Hak Kamu Sesuka Hati Kamu... kenapa Kami sebagai Orang Islam
tidak boleh menggunakan Hak kami dan Kepercayaan Kami Sesuka Hati
Kami... Kami tidak Mengganggu Gugat Hak Kamu untuk MENGAMALKAN Ajaran
Agama Kamu selagi Tidak Mengganggu Gugat Hak Kami.
Kami RELA
Pihak Kamu memberi Undi Kamu kepada Pihak Umno/Bn jika itu yang Kamu
mahukan, kerana Kami bukan lah Pihak yang TIADA BERMARUAH seperti
Kebanyakkan yang berada disebelah Parti Umno. Kerana itu jugalah Undi
kamu telah Kamu berikan kepada Kami setelah Berpuluh Tahun Kamu memberi
nya kepada Umno/Bn.
Bagi Kami segala AMARAN dari Pihak mana pun
ianya adalah RINTANGAN, DUGAAN dan HALANGAN untuk melakukan KEBAIKAN,
jangan ingat Kami GUNDAH GELANA dengan segala UGUTAN dan AMARAN dari
Kamu kerana ianya adalah KEBIASAAN bagi Kami. Cuma Kami TAK PASTI apakah
ini juga Isi Hati Pemimpin Kami.
Adalah sesuatu yang ANGKUH dan
SOMBONG bila Kamu mengatakan yang Kamu tidak mahu kepada PENJELASAN,
apakah Kamu TAKUT dengan PENJELASAN Hudud . Dimana segala KEBAIKAN yang
ada di dalam Hudud tersebut akan dapat Dilihat oleh Rakyat Malaysia yang
Tahu Berfikir dan Mahu Berfikir dengan AKAL dan FIKIRAN.
Akhir
KALAM... Untuk Kamu Agama Kamu Untuk Kami Agama Kami... Hak Kamu Jika
Kamu Tidak Mengikuti Ajaran Agama Kamu dan Hak Kami Untuk Kami Mengikuti
Ajaran Agama Kami, Cuma di ingatkan Agar tidak Mengkritik Hudud yang
DITUNTUT oleh Agama Kami seperti ianya membuat satu PENGHINAAN MELAMPAU
ok. sumber klik sini hemmmmm.....
dengan itu maka dapatlah umno/bn merasai kembali kemenangan sebelum
pru12 dan pru13 iaitu kemenangan 2/3 kerusi parlimen... itu yang lu
orang hendak bukan... maka jawap nya... boleh pergi mampos dengan
rakyat... kah kah kah... A B U."
................................ Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite) Oleh:inderasipejuang Posted on Thursday, May 01 @ 09:53:24 MYT Dilulus untuk paparan oleh lararatu
Menteri enggan jawab isu landasan RM100j sepanjang 2.2km Posted on Thursday, May 01 @ 09:50:07 MYT Dilulus untuk paparan oleh lararatu
Pemangku
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata rel
keretapi menghubungkan KLIA dengan KLIA2 menelan belanja RM100 juta dan
pengguna akan dikenakan bayaran RM2 untuk setiap perjalanan.
Hishammuddin
ketika ditanya pemberita bagaimanapun enggan menjawab persoalan yang
ditimbulkan oleh Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) berhubung kos
tinggi untuk sambungan rel tersebut.
“Sebab ia adalah pengangkutan awam... Saya tidak mahu bertengkar dengan anda,” katanya dengan tegas.
PAC
kini sedang menyiasat Malaysian Airports Holdings Bhd (MAHB), sebuah
syarikat berkaitan kerajaan, dan pengendalian dalam projek KLIA2 yang
berlarutan begiut lama dan kenaikan kos dari RM2 bilion kepada RM4
bilion.
Pengerusi PAC Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata sambungan
rel tersebut perlu menjadi sebahagian dari kos pembinaan KLIA2 dan
jawatankuasa itu menuntut penjelasan kerajaan.
Hishammuddin berkata sambungan berkenaan adalah sepanjang 2.2km dan bukannya 1km seperti dilaporkan oleh PAC.
Berita Malang Buat Pengusaha Cuci Kereta, Nissan Perkenal Kenderaan Anti-Kotor! Posted on Thursday, May 01 @ 09:42:37 MYT Dilulus untuk paparan oleh lararatu
Bagi
pemilik kereta terutama yang bercat putih antara yang dikhuatiri adalah
melalui jalan berlumpur kerana kotoran akan jelas kelihatan pada
kenderaan.
Masalah itu nampaknya akan selesai dengan cat jenis baru yang diperkenalkan Nissan di mana air, minyak dan kotoran tidak dapat melekat pada permukaan.
Sudah
tentu, inovasi ini bukan sahaja membuatkan kenderaan sentiasa nampak
bersinar seperti baru malah dapat menjimatkan kos dan masa yang perlu
diambil untuk mencuci kereta.
Berdasarkan siaran media dikeluarkan baru-baru ini, cat Ultra-Ever Dry yang dihasilkan oleh Nissan bersama UltraTech International ini dijangka akan membawa nafas baru pada rekaan kenderaan.
Pastinya,
ini adalah berita baik buat pemandu kereta yang selalu malas mencuci
kenderaan namun berita yang tidak sedap didengar oleh pengusaha car
wash.