Ahad, 2 Jun 2013

MUHASABAH PATUT DIBUAT PADA SEMUA ORANG...AGAR KITA DAPAT MEMPERBAIKI DIRI...INSYAALLAH

Khalid terima permohonan maaf Mohd Nazree

Harakahdaily, 01 Jun 2013
KUALA LUMPUR: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menerima permohonan maaf bekas Pengerusi Gerakan Rakyat Anti Korupsi (Gerak), Mohd Nazree Mohd Yunus secara terbuka dan tidak akan menuntut sebarang ganti rugi.

“Saya menerima permohonan maaf beliau dan berharap beliau dapat meneruskan usaha sebagai seorang yang minat dalam bidang politik.

“Dengan cara itu, kita telah menunjukkan bahawa keadilan itu adalah satu usaha berterusan dan saya anggap pengajaran ini akan menguatkan lagi kualiti hidup beliau sebagai seorang yang percaya pada keupayaan diri sendiri,” katanya dipetik Selangorku ketika ditemui di luar bilik Mahkamah Tinggi Shah Alam, semalam.

Ini ekoran daripada Mohd Nazree semalam membuat permohonan maaf kepada beliau atas dua tuduhan pada 2009.

Permohonan maaf pertama merujuk kepada kenyataan Mohd Nazree sebelum ini yang mendakwa Abdul Khalid menyalahguna kuasa dan menggunakan wang awam untuk membiayai penyelenggaraan dan belian aksesori serta alat ganti kereta milik peribadi beliau.

Manakala permohonan maaf kedua adalah merujuk kepada dakwaan Mohd Nazree kononnya Abdul Khalid menggunakan wang Kerajaan Selangor bagi membiayai pembelian 46 ekor lembu korban bernilai RM110,400 bagi majlis Hari Raya Aidiladha di kawasan Bandar Tun Razak.

“Sesungguhnya dengan suci hati dan tulus ikhlas, saya memohon maaf kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim atas dua kenyataan yang saya keluarkan selaku Pengerusi Gerak bertajuk ‘Kenyataan Media Gerak Malaysia: Tentang Amalan Rasuah dan Salahguna Kuasa Menteri Besar Selangor’ bertarikh 21 Januari 2009 dan ‘Kenyataan Media Gerak Malaysia: Laporan Salahguna Kuasa Menteri Besar Selangor’ pada 3 Februari 2009.

“Saya mengaku bahawa kedua-dua kenyataan media ini telah mencemarkan, menjejaskan serta menjatuhkan nama baik, reputasi, imej dan intergriti beliau sebagai Menteri Besar Selangor.

“Saya mengaku amat menyesal kerana membuat kenyataan akhbar yang tidak benar terhadap beliau. Saya berjanji untuk tidak mengulangi perbuatan mengeluarkan perkataan berunsur fitnah di masa akan datang,” katanya.

Mohd Nazree membaca permohonan maaf itu di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, Datuk Dr Badariah Sahamid.

Beliau yang merupakan defendan dalam kes tersebut turut bersetuju untuk menyiarkan permohonan maaf itu di muka hadapan akhbar Sinar Harian dalam tempoh 14 hari.

Pada 24 Mac lalu, Abdul Khalid memfailkan dua saman di Mahkamah Tinggi di sini terhadap Mohd Nazree melalui peguam beliau, Sankara Nair.

Tindakan itu berikutan keengganan Mohd Nazree menarik balik, meminta maaf dan membayar ganti rugi terhadap dua kenyataan itu.

100% wanita PKR Exco Selangor bukan kebetulan

Harakahdaily, 01 Jun 2013
KUALA LUMPUR: 100 peratus peruntukan anggota Exco Kerajaan Negeri Selangor daripada Parti Keadilan Rakyat adalah wanita iaitu Rodziah Ismail (gambar), Elizabeth Wong dan Dr Daroyah Alwi bukanlah suatu kebetulan.

Menurut Rodziah, ia juga bukan tanpa sebarang pertimbangan dan perancangan awalan yang wajar untuk  menyerlahkan komposisi wanita dalam barisan Exco Kerajaan Negeri Selangor.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebajikan dan Hal Ehwal Wanita Negeri Selangor itu berkata, Agenda Pemberdayaan Wanita telah diutarakan dan diterima dalam Kongres Wanita Nasional PKR pada 25 Mei 2007.

Dasar itu, katanya diterjemahkan sebaik Pakatan Rakyat, yang diterajui oleh Parti Keadilan Rakyat, mengambilalih pentadbiran negeri Selangor dengan 40% daripada barisan Exco dan Timbalan Speaker adalah wanita pada tahun 2008.

“Parti Keadilan Rakyat adalah parti pertama di Malaysia yang meletakkan peraturan minimum 30% wanita dalam kedudukan kepimpinan di semua peringkat parti dalam Kongres Khasnya pada 13 Jun 2009,” ujarnya yang juga Timbalan Ketua Wanita PKR.

Menurutnya, misi pemberdayaan wanita Malaysia diteruskan menerusi mekanisme/model yang diluluskan oleh Kerajaan Negeri Selangor, antaranya ialah Pusat Wanita Berdaya (PWB), di mana pemberdayaan dalam bidang politik dan pembuatan keputusan menjadi antara agenda utamanya.

Beliau berkata, beberapa usaha termasuk memberi laluan kepada wanita menduduki posisi dalam barisan ahli majlis Pihak Berkuasa Tempatan dan ketua kampung menjadi sebahagian dari persediaan untuk wanita dalam kedudukan pembuatan keputusan yang lebih tinggi.

Selain kriteria merit, jelas beliau laluan diberi juga di atas dasar memenuhi kuota walaupun individu wanita terpilih tidak pernah sebelum ini memegang jawatan yang ditawarkan.

“Ia adalah medan latihan yang paling praktikal dan ampuh dalam membina ilmu dan kemahiran dalam proses-proses membuat keputusan yang melibatkan bukan saja kemahiran berinteraksi dengan masyarakat tetapi juga pengetahuan mengenai sistem pentadbiran di berbagai peringkat dalam pentadbiran negeri, peraturan dan undang-undang serta dokumentasi yang sempurna,” ujarnya lagi.

Menurut Adun Batu Tiga itu dalam satu kenyataan, seorang bekas Ahli Majlis dan Ketua Kampung wanita serta bekas penyelaras PWB telah dicalonkan dan menang dalam PRU13.

Selain itu, katanya Selangor juga mempunyai seorang YDP wanita dan Datuk Bandar wanita pertama di Malaysia untuk menerajui Pihak Berkuasa Tempatan.

Katanya, dengan kerjasama erat rakan-rakan Exco yang lain, ia tentunya memberi kesinambungan yang mantap bagi memastikan misi pemberdayaan wanita diberi lonjakkan yang sewajarnya ke arah meningkatkan kedudukan dan kualiti hidup wanita, khususnya di negeri Selangor.

“Saya dan rakan-rakan sepasukan mengucapkan terimakasih di atas kepercayaan ini, ia adalah hadiah kepada wanita Malaysia kerana amalan hormat wanita benar-benar dapat di lihat dalam kepimpinan Kerajaan Negeri Selangor,” katanya lagi.

Ustaz Azizan Razak bergelar Tan Sri

Harakahdaily, 01 Jun 2013
KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Diraja Azizan Abdul Razak dikurniakan Darjah Panglima Setia Mahkota (PSM) yang membawa gelaran Tan Sri.

Beliau adalah antara 1,574 penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan Tahun 2013 sempena sambutan ulang tahun Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah, hari ini.

Seramai 45 individu lain dikurniakan Darjah Panglima Setia Mahkota (PSM) yang membawa gelaran Tan Sri.

Antara penerima PSM ialah Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Ahmad Maarop, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Mohamad Zabidi Zainal, Ketua Setiausaha Perbendaharaan Datuk Seri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah, Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri Datuk Shukry Mohd Salleh.

Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa yang menerima Darjah Panglima Mangku Negara (PMN) yang membawa gelaran 'Tan Sri' mengetuai senarai penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan Tahun 2013.

Terus mengasak, sekali gus bermuhasabah

Ahmad Lutfi Othman, 31 Mei 2013
Sebenarnya, tanpa perlu menunggu bukti-bukti baru berkaitan penipuan dalam PRU13 - termasuk dakwat kekal yang tidak kekal, lampu padam ketika membilang kertas undi, ada pemilih mengundi lebih daripada sekali, juga amalan politik wang yang menjolok mata - sistem dan proses pilihan raya negara kita perlu segera direformasi secara menyeluruh.

Pengerusi SPR bersama timbalannya, dan lima anggota yang lain (rujuk profil mereka dalam laman web SPR dan saya pernah mengulasnya dua tahun lalu) harus meletakkan jawatan. Keyakinan awam kepada anggota SPR. seperti dituntut Perkara 114 (2) Perlembagaan sudah lama terhakis. Gelagat SPR tidak lebih daripada komponen ke-14 BN!

Justeru, gema lantang suara rakyat yang ditunjukkan dalam siri jelajah "Blackout 505" mesti diteruskan secara lebih proaktif. Bukannya dengan niat untuk menjatuhkan kerajaan di luar proses demokrasi, tetapi mahu bangkit mengasak secara intensif agar kerajaan benar-benar serius melakukan pembaharuan politik.

Tidak lama lagi kita akan berdepan proses persempadan kawasan pilihan raya, yang selama ini menjadi instrumen paling ampuh buat BN mengekalkan kuasa. Tanpa majoriti dua pertiga, jumlah kerusi tidak dapat ditambah, namun SPR dibimbangi akan meneruskan "kerja jahat" selama ini, iaitu melakar semula kawasan pilihan raya semata-mata untuk memudahkan BN memenangi PRU14.

Sistem First-Past-The-Post telah dimanipulasi sepenuhnya, termasuk penyimpangan maksimum untuk jumlah pengundi di setiap kawasan pilihan raya. Walhal, BN sepatutnya dapat bekerjasama dengan Pakatan Rakyat untuk mengimbangi kawasan Parlimen, dengan melakukan penambahan kerusi mengikut formula lebih demokratik merujuk prinsip satu orang satu undi, dengan mengambil kira kawasan luar bandar (rural weightage), tetapi dengan nisbah yang munasabah.

Saya tertarik dengan rumusan aktivis SAMM, Edy Noor Reduan: "Menyeru semua NGO dan aktivis supaya pastikan tiada lagi rapat himpunan, tiada lagi acara persembahan, tiada lagi ucapan pidato yang melampau, kini tiba masa untuk bergerak, kini tiba masa untuk berarak dengan berani."

Apa pun, saya juga teruja dengan persoalan dibangkitkan AJK PAS Pusat, Mazlan Aliman: "Apa lagi yang mahu dilakukan selepas jelajah "Blackout 505"? Presiden Anak itu lebih prihatin dengan  proses koreksi diri dan langkah segera menjernihkan keadaan, sekali gus merumuskan hala tuju dan prioriti parti.

Saya berkongsi kerisauan melihat respons aktivis Pakatan, sebahagiannya terkeluar daripada batasan akhlak dan adab, ketika bermuhasabah terhadap keputusan PRU13. Pelbagai gelaran dan label buruk diluahkan. Memang pedih menerima kekalahan, namun usah ditutup ruang dan potensi PRU14 dengan menuding kesalahan kepada pihak lain, tanpa meremehkan prinsip pertanggungjawaban.

Parti harus terus disegarkan dan diremajakan. "PAS tidak lagi boleh berbangga dengan struktur parti yang kemas dan keahlian yang ramai, jika imiginasi pengundi tidak tertarik dengan keupayaan dan kemampuan barisan kepemimpinannya menangani cabaran semasa," kata seorang ahli akademik. Ya, rakyat sedang memerhati dan menilai ...

Sabtu, 1 Jun 2013

JANGAN BEGITU....NI MASALAH HIDAYAH...KITA DAH DOA...TIBA2 BELUM APA2 NAK TOLAK...JANGAN PRASANGKA BEGITU...HIDAYAH HAK ALLAH SWT

Cadangan SPR bawah Parlimen ulangi JK sebelum ini

Abdul Aziz Mustapha, 01 Jun 2013
KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub (gambar) menyifatkan rancangan Perdana Menteri untuk meletakkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di bawah Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen sebagai pengakuan memang wujud penipuan pilihan raya.

"Meletakkan SPR di bawah jawatankuasa itu hanya lakonan semata-mata untuk menyelamatkan suruhanjaya itu," katanya.

Salahuddin berkata, sebelum ini Pakatan Rakyat bersifat terbuka dan menyertai Jawatankuasa Khas Parlimen berhubung pembaharuan dalam sistem pilihan raya di negara ini.

"Jawatankuasa tersebut dicadangkan oleh pihak kerajaan Barisan Nasional (BN) sendiri.

"Pakatan hantar Dr Hatta Ramli dari PAS, Azmin Ali dari PKR dan Anthony Loke dari DAP sebagai tiga wakil kita dalam jawatankuasa itu.

"Akhirnya terbukti, tidak ada satu pun cadangan jawatankuasa itu yang dilaksanakan," kata beliau.

Salahuddin yakin, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan rancangan itu semata-mata untuk melaksanakan "damage control" apabila melihat semakin ramai rakyat yang menyambut slogan "tipu pilihan raya, turun jalan raya".

Semakin ramai rakyat yang menyifatkan kerajaan minoriti dengan hanya 47.38 peratus undi pimpinan Najib sebagai kerajaan tipu pilihan raya, katanya.

"Bukan itu sahaja, perhimpunan ratusan ribu rakyat menolak pilihan raya yang dikotori oleh penipuan menakutkan para pemimpin Umno BN.

"Sebab itulah Najib umumkan rancangan yang belum tentu dilaksanakan dan belum tentu dipersetujui oleh 'warlord-warlord' Umno atau 'godfather' mereka, (Tun) Dr Mahathir (Mohamad)," kata beliau.

Oleh kerana PAS menyifatkan pengumuman Najib itu hanyalah pengakuan bahawa memang berlaku penipuan dalam pilihan raya, Salahuddin menuntut supaya ditubuhkan Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat penipuan-penipuan pilihan raya.

"Tuntutan sebegini sudah lama dibuat dan keengganan kerajaan BN menunaikan tuntutan itu menguatkan keyakinan rakyat bahawa ada terlalu banyak penipuan dan penyelewengan yang hendak disembunyikan," kata beliau.

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli sebelum ini memberitahu, pihaknya menerima pelbagai aduan penipuan dalam pilihan raya.

Mengenai kes lampu padam ketika pengiraan undi, selain beberapa laporan polis mengenai kejadian itu di sana sini, beliau berkata pihaknya menerima tujuh aduan mengenai kejadian tersebut.

Bukan setakat itu sahaja, kata Rafizi, pihaknya juga menerima aduan tentang warga asing yang turut mengundi, pengundi berdaftar yang tidak dapat pengundi kerana ada pengundi hantu mengundi menggunakan namanya, jumlah undi yang lebih daripada kertas undi yang dikeluarkan dan pelbagai aduan lain.

Perhubungan politik bagi PAS, DAP dipertimbang

Harakahdaily, 01 Jun 2013
KUALA LUMPUR: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sedia untuk mempertimbangkan cadangan untuk jawatan perhubungan politik di negeri itu daripada pihak PAS dan DAP.
Katanya, jika ada kalangan dari PAS dan DAP keupayaan untuk memegang jawatan itu maka beliau tidak keberatan untuk memberikan jawatan itu.

“Perkara ini saya ingat akan dibincangkan secara bersama dengan Pakatan Rakyat kerana kehadiran Datuk Saifuddin Nasution Ismail ini adalah diasaskan kerana peluang untuk mendapatkan beliau sebagai perantara politik.

“Saya tahu beliau mempunyai waktu dan masa untuk tugas ini,” kata beliau dipetik Selangorku.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyampaikan Hadiah dalam Kejohanan Golf Etiqa International Junior Master 2013 yang diadakan di Kelab Golaf Seri Selangor di Kota Damansara.

Kata beliau lagi, setiap anggota Exco yang dilantik akan bekerjasama dalam satu pasukan untuk membangunkan Selangor khususnya penumpuan kepada kawasan luar bandar dan masyarakat miskin.

Sebelum ini, Saifuddin Nasution yang juga Setiausaha Agung PKR dicadangkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai political liaison atau pegawai perhubungan politik di Pejabat Menteri Besar Selangor diusulkan semasa Kongres PKR Ke-9 baru-baru ini.

Bung Mokhtar: Halang Nurul Izzah satu malapetaka?

Omak Kau, 01 Jun 2013




KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Raden menyifatkan tindakan menghalang Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar dari memasuki Sabah merupakan satu kesilapan dan malapetaka.

Menerusi akaun twitternya, Bung Mokhtar berkata beliau tidak faham kenapa Nurul Izzah tidak dibenarkan memasuki Sabah.

Bung Mokhtar juga menyifatkan tindakan menghalang Nurul Izah dari memasuki Sabah itu merupakan satu kesilapan besar yang perlu diperbetulkan.


Kik untuk baca laporan penuh blog ini.

Pemuda PAS tolak Adun BN mahu lompat

Harakahdaily, 01 Jun 2013
IPOH: Dewan Pemuda PAS Perak tidak bersetuju sama sekali jika benar ada Adun BN yang akan melompat bagi menumbangkan kerajaan BN negeri Perak.

“Kami berharap kepimpinan Pakatan tidak mengulangi ‘kemarahan rakyat’ ketika kita pernah ditumbangkan dalam keadaan yang sama.

“Jika ada ketidakpuasan hati Adun BN terhadap kepimpinan Zambry Abd Kadir, ianya adalah masalah di antara mereka dan tiada kaitan dengan Pakatan sama sekali,” kata Timbalan Ketuanya, Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss (gambar) dalam satu kenyataannya.

Beliau mengulas ura-ura beberapa Adun BN mahu meninggalkan parti itu dan mahu menyokong Pakatan.

Tahun 2009 lalu, tindakan melompat parti seorang Adun BN menyebabkan dua Adun PKR dan satu Adun DAP meninggalkan Pakatan Rakyat.

Ia telah menyebabkan kerajaan Pakatan Perak jatuh selepas 11 bulan dibentuk.

Ramai bimbang, jika Adun BN diterima lagi, peristiwa itu akan berulang.

PAS N Sembilan mulakan proses postmortem

Harakah, 01 Jun 2013

(Presiden PAS merasmikan Liqa' Kepimpinan PAS Negeri Sembilan bagi menilai kembali PRU 13 yang lalu)


SEREMBAN: Walaupun Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) sudah berakhir, namun PAS Negeri Sembilan tidak berehat, sebaliknya sudah memulakan proses postmortem untuk mengenal pasti punca kekalahan PAS di Negeri Sembilan.

Justeru, satu program yang dinamakan Liqa kepimpinan PAS Negeri Sembilan telah diadakan dan dirasmikan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di Rasah Kemayan Golf Resort, Seremban 2.

Liqa ini diadakan sebagai permulaan untuk membincangkan punca kekalahan PAS di tiga kerusi Parlimen dan 12 kerusi Dun di Negeri Sembilan.


Baca laporan penuh dalam Harakah esok.

Provokasi melampau sebabkan kerugian dikesali

Harakah, 01 Jun 2013
KUALA LUMPUR: Tindakan polis membiarkan provokasi melampau dipercayai dilakukan anggota Unit Cawangan Khas (SB), sehingga menyebabkan kemusnahan harta benda milik individu amat mengecewakan.


(Ali menunjukkan telefonnya yang pecah akibat provokasi)

Mangsa terbabit, Ali Abd Jalil, 28, berkata, seorang lelaki berpakaian preman yang mengaku sebagai SB polis menepis telefon bimbitnya, model Samsung Note 2 N7100 secara mengejut ketika beliau dan aktivis pro-demokrasi lain berada di hadapan Penjara Sungai Buloh, 29 Mei lalu.

Akibatnya, ujar beliau, telefon bimbitnya yang berharga RM2,400.00 itu jatuh di atas jalan dan pecah sebelum lelaki terbabit memaki-hamun para peserta solidariti menuntut pembebasan Safwan Anang berhimpun di situ.


Dapatkan laporan lanjut dalam Harakah cetak esok.

Mahasiswa demo tuntut bersihkan KDN

Harakah, 01 Jun 2013


(50 siswa berdemo menuntut agar KDN di'bersihkan' Jumaat semalam)

PUTRAJAYA: Kira-kira 50 aktivis mahasiswa, termasuk Gerakan Mahasiswa PRU13 (GM13), telah mengadakan himpunan aman yang dinamakan Himpunan Bersih KDN di perkarangan bangunan Kementerian Dalam Negeri (KDN) di Putrajaya pada 31 Mei lalu, bagi menyerahkan memorandum kepada kementerian itu yang mengandungi dua tuntutan utama, iaitu Zahid Hamidi perlu meletak jawatan dan imej institusi PDRM dipulihkan.

Penyerahan memorandum yang diketuai Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Safwan Anang diterima oleh Penolong Setiausaha Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Awam, Abdul Hafiz, dengan memberitahu pihak kementerian itu akan memberi respon dalam jangkamasa terdekat.

Baca laporan penuh dalam Harakah mulai esok.

TU BANYAK ZINA..TAMBAH HUKUM ALLAH TAK JALAN...TANGGUNG JE LAH

Ditanya kemungkinan dicabar, Najib kata Umno parti demokratik
 
Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak - ketika ditanya mengenai kemungkinan beliau dicabar dalam pemilihan parti itu tahun ini - menjawab beliau tidak tahu tetapi menegaskan bahawa umno adalah sebuah parti yang demokratik.

Menjawab soalan wartawan selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di ibunegara petang ini, Najib berkata:

"Anda semua tahu Umno adalah parti yang demokratik.

"Jadi saya tidak tahu (sama ada akan dicabar).

"Kita perlu terima Umno adalah parti yang terbuka - tidak seperti parti-parti lain," kata Najib sambil ketawa kecil dalam sidang media selepas mesyuarat MT Umno di PWTC petang tadi.

Dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU13), kerusi Parlimen yang diperolehi BN merosot kepada 133 kerusi Parlimen - kurang tujuh kerusi (140) daripada pilihan raya umum tahun 2008.

Manakala Pakatan Rakyat memperolehi 89 kerusi Parlimen berbanding dengan 82 pada 2008.

Berikutan itu, sepertimana 2008, BN juga gagal memperolehi majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat.

Umno sebelum ini telah meminda perlembagaan itu dengan menghapuskan sistem kuota untuk sebarang jawatan parti itu termasuk jawatan presiden, mulai pemilihan parti itu yang dijangka hujung tahun ini.
Sebelum itu, jumlah kuota pencalonan diperlukan untuk layak bertanding bagi jawatan tinggi parti, iaitu:

1. Jawatan presiden: 30 peratus pencalonan (57 daripada 191 bahagian);
2.Timbalan presiden (20 peratus/38 bahagian);

3. Naib Presiden (10 peratus/19 bahagian);

4. Ahli Majlis Tertinggi (5 peratus/10 bahagian);

5. Ketua Wanita, Pemuda dan Puteri (20 peratus/38 bahagian); dan

6. Naib Ketua Wanita, Pemuda, Puteri (15 peratus/28 bahagian).
Cabaran bagi jawatan tertinggi parti itu bukanlah perkara baru dalam Umno. Sejarah parti telah menyaksikan dua kali presiden parti dicabar pada tahun 1978 dan 1987.

Pada 1978, Tun Hussein Onn telah dicabar oleh Datuk Sulaiman Palestin yang merupakan seorang tokoh Umno yang lantang dan pernah memegang jawatan naib ketua Pemuda Umno dan ketua Penerangan Umno.

Hussein mengekalkan jawatan dengan memperolehi 898 undi manakala Sulaiman mendapat 250 undi.

Manakala tahun 1987 menyaksikan Tengku Razaleigh Hamzah mencabar Tun Dr Mahathir Mohamad untuk jawatan presiden Umno.

Mahathir berjaya menewaskan Tengku Razaleigh dengan 40 undi, tetapi pertandingan itu telah memecahkan Umno dan parti itu diisytiharkan sebagai sebuah pertubuhan haram oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 4 Februari 1988.
Pengharaman itu berpunca daripada tindakan sekumpulan ahli Umno  mengambil tindakan undang-undang untuk mencabar keputusan pemilihan parti itu yang berlangsung pada 24 April, 1987.
Sementara itu, bercakap lanjut, Najib mengumumkan sekretariat lembaga disiplin Umno menerima 99 aduan sabotaj pada PRU13 dan aduan itu akan disiasat dan diputuskan jawatankuasa khas lembaga disiplin Umno.

Mengenai cadangan untuk menjadikan BN sebagai parti tunggal dan bukan sebuah gabungan parti, Najib menegaskan perkara itu perlu turut mengambil kira pandangan dan penerimaan ahli-ahli Umno.

"Kita perlu adakan perbincangan peringkat makmal (BN) dan perlu juga dibuat tinjauan di kalangan ahli Umno.

"Apa-apa perubahan mestilah berdasarkan penerimaan ahli-ahli Umno sendiri," kata Najib.
Mahasiswa desak Zahid letak jawatan
 
Sekumpulan mahasiswa hari ini berhimpun di Kementerian Dalam Negeri mendesak Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi meletakkan jawatan, ekoran penahanan pemimpin politik dan aktivis yang didakwa mereka bermotifkan politik.

NONEBerkumpul bawah terik matahari di pintu pagar utama di Putrajaya, kira-kira 30 mahasiswa hadir menyatakan bantahan mereka terhadap menteri yang baru dilantik itu.

Mereka menyatakan pendirian berhubung penahanan itu bermula terhadap aktivis mahasiswa Adam Adli Abdul Halim dan mendakwa walaupun menteri bertukar tangan, kementerian itu didakwa terus bersikap berat sebelah.

Selagi ini berterusan, wakil pro-Mahasiswa Abdul Muqit Muhammad berkata, pasukan polis tidak akan bebas.
NONETarikan di protes tersebut ialah kehadiran ketua Solidariti Mahasiswa Malaysia, Mohammad Safwan Anang, yang baru dibebaskan dengan ikat jamin hari ini selepas didakwa bawah Akta Hasutan 1948 pada hari Rabu.

Katanya, tangkapan tersebut bermotifkan politik kerana orang tertentu yang didakwa, dan ia mencemarkan profesionalisme Kementerian Dalam Negeri dan polis.

"Zahid mesti meletakkan jawatan jika dia tidak dapat menyelesaikan masalah ini," katanya sambil mendakwa Zahid telah menyalahgunakan kuasanya dengan melibatkan polis dalam pendakwaan terpilih itu.
DAP diarah serah dokumen dan bukti
 
DAP telah menerima surat arahan daripada Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) supaya menyerahkan dokumen dan bukti bagi membantu siasatan berkenaan kegagalan memberi notis kehadiran kepada anggota parti itu yang layak untuk hadir pada Kongres Kebangsaan Parti, 15 Disember lepas.

Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke Siew Fook berkata pihaknya diberi tempoh sehingga 6 Jun ini untuk membalas surat itu dan mereka akan berbuat demikian dalam masa terdekat.

Beliau berkata dalam surat itu ROS hanya meminta DAP menyertakan bukti penghantaran notis kepada empat cawangan tertentu sahaja iaitu cawangan Taman Sri Sungai Pelek, Selangor; Taman Nesa Skudai, Johor; Desa Dahlia dan Ladang Paroi di Seremban.

"Kami telah mengesan bahawa empat anggota daripada empat cawangan itu pernah menghadiri kongres dengan menandatangani senarai kehadiran dan telah mengundi semasa pemilihan parti, seorang lagi telah mengisytiharkan dirinya keluar parti pada 16 Ogos tahun lepas iaitu bekas ketua cawangan Sungai Pelek Tan Tuan Tat,"katanya.

Loke yakin kelima-lima mereka dari empat cawangan itu telah membuat aduan kepada ROS berhubung dengan kegagalan penerimaan notis itu.

"Bagaimanapun, kami akan menyerahkan empat lagi anggota yang belum keluar parti kepada pihak jawatankuasa disiplin untuk mengambil tindakan sewajarnya," katanya.

Bercakap pada sidang media di Ibu Pejabat DAP di sini hari ini, Loke menafikan kenyataan ROS semalam yang menyatakan DAP gagal memberikan notis kepada 753 delegasi yang merupakan anggota sah dan layak mengundi pada Kongres Kebangsaan Parti, 15 Disember lepas.

Ketua Pengarah ROS Datuk Abdul Rahman Othman dalam kenyataannya berkata keputusan siasatan kegagalan penerimaan notis itu diperoleh selepas menerima aduan daripada anggota DAP yang tidak menerima notis itu serta dinafikan hak untuk mengundi dan seterusnya membuat pemilihan di kongres itu.

Loke berkata pihaknya mempunyai bukti bahawa mereka pernah menghantar notis dan dokumen lengkap melalui pos kepada kesemua anggotanya yang layak 10 minggu sebelum berlangsungnya kongres itu.

Katanya mengikut senarai, terdapat 2,576 anggota yang layak untuk hadir dan mengundi pada pemilihan parti itu dan daripada jumlah itu, seramai 1,843 atau 71.5 peratus anggota telah hadir manakala 733 anggota tidak hadir.

Keputusan pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) parti berkenaan pada tahun lalu menimbulkan keraguan kerana didakwa wujud penyelewengan oleh anggotanya sendiri apabila DAP dikatakan gagal memberikan notis kepada 753 delegasi yang merupakan anggota sah dan layak mengundi pada hari itu.

-Bernama
Bekas Pengerusi gerak mohon maaf kepada MB Selangor

1 Jun 2013
Mohd Nazree Mohd Yunus
Mohd Nazree Mohd Yunus
SHAH ALAM - Kes saman fitnah Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim terhadap bekas Pengerusi Gerak Malaysia, Mohd Nazree Mohd Yunus, selesai hari ini apabila Menteri Besar Selangor itu menerima permohonan maaf Mohd Nazree di Mahkamah Tinggi di sini.
  
Kenyataan permohonan maaf secara terbuka yang dibacakan Mohd Nazree itu direkodkan di hadapan Hakim Datuk Dr Badariah Sahamid.
  
Terdahulu, Mohd Nazree, yang juga Ketua Angkatan Muda Keadilan Negeri Sembilan ketika membacakan kenyataan dalam bahasa Malaysia berkata beliau memohon maaf kepada Abdul Khalid atas kenyataan yang diberikannya selaku Pengerusi Gerak Malaysia pada sidang media bertarikh 21 Jan 2009 dan 3 Feb 2009.
  
"Saya mengaku amat menyesal kerana membuat kenyataan akhbar yang tidak benar terhadap Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Saya juga berjanji tidak akan mengulangi perbuatan mengeluarkan perkataan berunsur fitnah terhadap plaintif (Abdul Khalid) pada masa akan datang," katanya.
  
Di awal prosiding, peguam S.N Nair, yang mewakili Abdul Khalid memaklumkan kepada mahkamah bahawa pihak defendan (Mohd Nazree) akan mengemukakan permohonan maaf secara terbuka di mahkamah.

Selain permohonan maaf, defendan yang diwakili peguam Nurul Atikah Chut Jais juga perlu menyiarkan kenyataan permohonan maaf itu di dalam akhbar Sinar Harian dengan ukuran 15cm x 18cm dalam tempoh 14 hari daripada tarikh penghakiman hari ini.
  
Abdul Khalid memfailkan saman fitnah terhadap Mohd Nazree pada 24 Mac 2009 yang mendakwa Menteri Besar Selangor itu telah menggunakan wang kerajaan negeri bagi membiayai pembelian 46 ekor lembu korban bernilai RM110,400 pada Hari Raya Korban tahun itu untuk kawasan Parlimen Bandar Tun Razak yang diwakili Abdul Khalid.
  
Beliau memohon ganti rugi teruk, ganti rugi teladan, ganti rugi am dan juga injunksi untuk menghalang defendan daripada mengulangi kenyataan memfitnah itu.
  
Dalam pernyataan tuntutan, Abdul Khalid mendakwa bahawa kenyataan itu menjejaskan reputasinya dari segi politik dan jawatannya di dalam kerajaan negeri tanpa defendan membuat semakan terhadap kebenaran di dalam kenyataan yang dikeluarkannya.
  
Mohd Nazree dalam pernyataan pembelaannya bertarikh 25 Jun 2009 berkata kenyataan yang dibuatnya adalah berasas dan berdasarkan bukti yang kukuh dalam bentuk dokumen atau apa pun bentuk lain dan defendan akan membuktikan ketika perbicaraan di mahkamah nanti.
  
Ketika ditemui di luar mahkamah, Abdul Khalid berkata beliau menerima kenyataan maaf Mohd Nazree yang sanggup mengakui kenyataan beliau terhadapnya adalah tidak benar.  - Bernama
Panik lihat mangsa sesak nafas
NORDIANA JOHARI
1 Jun 2013
Panik lihat mangsa sesak nafas
Laporan Sinar Harian mengenai penemuan mayat mangsa, semalam.
MELAKA – Pelajar tingkatan lima yang ditahan bagi membantu siasatan kes kematian seorang remaja perempuan di Kampung Solok Gaung, Ayer Molek, di sini dipercayai meninggalkan mangsa yang sesak nafas selepas gagal memberi bantuan kecemasan.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Superintendan PR Gunarajan berkata, pelajar lelaki berusia 17 tahun itu yang juga rakan kepada mangsa, Aimi Hamizah, 14, dipercayai panik apabila melihat mangsa diserang sesak nafas ketika kedua-duanya berada di kawasan kejadian, berhampiran sebuah kawasan lapang tempat remaja bermain bola sepak.

Menurutnya, disebabkan panik, suspek dipercayai meninggalkan mangsa begitu saja, biarpun sebelum itu berusaha memberikan bantuan pernafasan.

"Suspek turut meletakkan beg dan telefon bimbit mangsa di surau berdekatan kampung berkenaan pada kejadian yang berlaku antara jam 9 dan 10 malam itu," katanya.

Menurutnya, setakat ini, polis belum mengetahui punca sebenar kematian disebabkan mayat mangsa ditemui dalam keadaan busuk.

“Tiada kesan langsung mangsa cedera di mana-mana anggota badan, manakala barang kemas masih dipakai mangsa ketika ditemui,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka, semalam.

Beliau berkata, suspek yang juga belajar di sekolah sama di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ayer Molek kini ditahan reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan.

"Polis tidak menolak kemungkinan mangsa dan suspek berkawan rapat dan pergi ke kawasan kejadian secara sukarela berdasarkan tiada kesan kecederaan di tubuh mangsa," katanya.

Menurutnya, polis akan meneruskan siasatan bagi mengetahui punca kematian selain mengharapkan orang awam yang nampak ketika kejadian tampil membantu.

Gunajaran berkata, polis akan merujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya dan setakat ini siasatan masih dijalankan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Dalam kejadian 7 malam Rabu lalu, Aimi Hamizah ditemui mati di semak yang turut dijadikan kawasan pembuangan sampah selepas dilaporkan hilang sejak Isnin lalu.

Mangsa ditemui dalam keadaan telentang atas papan lapis dengan berpakaian baju kurung merah jambu dan tudung di sisi oleh sekumpulan remaja lelaki yang sedang pulang bermain bola di kawasan lapang berhampiran.

Jenazah mangsa disembahyangkan di Surau Taman Ayer Molek, sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pengkalan Minyak, di sini selepas solat Asar, semalam.
Sakit mata lihat pelajar berpelukan
Wartawan Sinar Harian
31 Mei 2013
Sakit mata lihat pelajar berpelukan
Masalah itu perlu diambil tindakan segera berikutan ia boleh mencemarkan imej air terjun berkenaan.
PENDANG – Air Terjun Bukit Perak atau turut dikenali sebagai Sungai Rambai dikatakan sering menjadi tumpuan pelajar ponteng sekolah berikutan dikatakan merupakan port pilihan terutamanya yang mempunyai pasangan kekasih.

Tinjauan Sinar Harian pagi kelmarin mendapati beberapa pelajar perempuan berpakaian sekolah bersama teman lelaki masing-masing keluar dari bahagian tingkat atas air terjun kira-kira jam 1 petang.

Seorang pekerja yang hanya mahu dikenali sebagai Rusli berkata, dia sakit mata dan kecewa melihat tingkah laku pelajar-pelajar perempuan berpeluk-pelukan bersama pasangan masing-masing.

Gejala berkenaan semakin menjadi-jadi terutamanya di bahagian tingkat atas air terjun memandangkan ia dikelilingi hutan dan jauh dari pandangan orang ramai.

“Mereka akan masuk di tingkat atas dan akan turun pada waktu sekolah tamat.

“Pada waktu cuti sekolah sekarang kebanyakan pelajar perempuan berpakaian sekolah akan datang ke sini, mungkin mereka ponteng kelas tambahan atau tuisyen yang dianjurkan pihak sekolah. Dan seperti biasa pasangan mereka awal-awal lagi sudah menanti di sini,” katanya.

Menurutnya, dia pernah menegur perlakuan pelajar-pelajar berkenaan, namun respons negatif yang diterimanya.

"Mereka marah saya, marah sebab saya campur urusan mereka.

"Saya sedih melihat perangai anak-anak muda sekarang. Terlalu leka dengan cinta hingga lupa semuanya," katanya.

Rusli berkata, pekerja di situ tidak mampu berbuat apa-apa, dan dia berharap pihak bertanggungjawab mengambil tindakan serius menangani gejala berkenaan.

Seorang lagi pekerja yang dikenali sebagai Bibah berkata, semua pekerja jarang naik ke air terjun bahagian atas kerana malu dengan perlakuan pelajar-pelajar berkenaan.

“Saya berharap agar pihak berkuasa dapat mengambil tindakan serius kerana gejala ini saya lihat boleh merosakkan imej tempat ini,” katanya.
'Port' remaja memadu kasih
Nor Azura Binti Md Amin
1 Jun 2013
'Port' remaja memadu kasih
Abdullah menunjukkan lokasi bawah jambatan yang turut menjadi lokasi pasangan memadu kasih.
PONTIAN – Kewujudan Taman Rekreasi tepi Pantai Rambah, dekat sini, sejak lebih lima tahun lalu didakwa menjadi lokasi kepada segelintir golongan remaja untuk bermadu kasih sekaligus mencemarkan imej taman rekreasi tersebut.

Penjaga muzium di kawasan taman reaksi itu, Abdullah Ahmad, 61, mengakui sering ternampak pasangan kekasih muda terutama daripada golongan remaja melakukan perkara tidak sopan di tempat tersembunyi di taman berkenaan.

Menurutnya, kawasan taman itu agak luas dengan kemudahan rekreasi seperti taman permainan dan pondok tempat berehat, surau serta tandas.

“Banyak kawasan yang tersembunyi sebagai contoh di belakang surau dan tandas sering dijadikan lokasi untuk pasangan muda berdua-duaan.

“Paling mengejutkan, saya pernah terlihat pasangan muda bermadu kasih di bawah jambatan dan ada juga yang menjadikan tepi tebing pantai sebagai 'port' mereka,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Abdullah yang sudah bekerja sejak muzium dibuka pada 2009, memberitahu waktu pagi antara jam 7 hingga 10 pagi kerap menjadi pilihan pasangan muda memadu kasih di situ.

“Keadaan taman begitu sunyi tanpa orang ramai yang berkunjung di sini pada waktu itu,” katanya.

Jelasnya, pada waktu malam pula pihak berkuasa terutama dari unit rondaan polis kerap melakukan pengawasan di situ.

Dia yang kesal dengan tindakan sesetengah golongan yang menyalahgunakan taman rekreasi tersebut memberitahu pernah dimarahi dan diugut.

“Biasanya saya akan jerit dan pasangan tersebut mula sedar ada orang yang memerhatikan mereka dan terus beredar.

“Tetapi, ada marah dengan tindakan saya itu dan memaki hamun saya dari jauh,” katanya.

Bagi menyedarkan anak muda dari terus hanyut, Abdullah mengambil langkah meletakkan pengusung jenazah di hadapan surau yang terletak di tengah-tengah taman rekreasi tersebut.

“Pengusung jenazah ini digunakan oleh kariah Masjid Telok Kerang untuk urusan pengebumian jenazah suatu masa dahulu.

“Saya berharap dengan adanya pengusung jenazah ini, golongan remaja terutama yang beragama Islam akan memberi keinsafan kepada mereka,” katanya.

Dalam pada itu dia turut berharap agar penguatkuasa pejabat agama Islam memantau kawasan rekreasi tersebut.
Pemilihan Umno guna perlembagaan baru parti

31 Mei 2013
Najib Razak
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak
KUALA LUMPUR - Pemilihan Umno akan dilaksanakan tahun ini dengan mengguna pakai perlembagaan baru parti yang membuka peluang kepada hampir 500,000 ahli di peringkat akar umbi menentukan pucuk pimpinan parti.
  
Pemilihan itu akan dijalankan selepas mesyuarat peringkat bahagian dan sebelum perhimpunan agung parti, kata Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno di sini hari ini.
   
Beliau berkata satu pasukan khas diketuai bekas Menteri Besar Perak, Tan Sri Tajol Rosli Ghazali ditubuhkan untuk menerangkan kaedah pemilihan baru berdasarkan perlembagaan parti yang dipinda pada 2009.
  
"Perlembagaan parti yang baru ini lebih mencabar dan lebih kompleks kerana sejajar dengan pembaharuan dan reform yang telah kita mulakan tiga tahun dulu tapi belum kita kuat kuasakan pemilihan menggunakan perlembagaan yang baru.
  
"Dari segi pemilihan Majlis Tertinggi, hampir 150,000 orang akan terlibat dalam menentukan pucuk pimpinan parti daripada presiden sampai kepada Majlis Tertinggi. Ini tidak termasuk 100,000 orang daripada setiap sayap Wanita, Pemuda dan Puteri," jelas Najib.

"Walaupun tanggungjawab tidak sama dengan SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) tapi ia jauh lebih besar daripada apa yang telah kita lalui sebelum ini," kata Najib.
  
Beliau berkata proses pemilihan baharu itu akan dijalankan secara serentak di 191 bahagian di seluruh negara dalam tempoh masa yang ditetapkan.
  
Mengenai kaedah pelaksanaan pemilihan itu, Najib berkata: "Cara mana nak buat angkat tangan, biometrik, dakwat kekal dan macam-macam lagi, perkara masih diperincikan lagi."
  
Dalam pada itu, beliau berkata mesyuarat cawangan akan hanya bermula selepas proses penerangan di peringkat negeri selesai dilaksanakan pasukan khas yang turut disertai Setiausaha Agung, Setiausaha Kerja dan beberapa anggota parti.
  
"Tarikh paling awal yang dapat kita adakan mesyuarat cawangan ialah 15 Julai. Jadi kita tetapkan 15 Julai hingga 31 Ogos untuk mesyuarat cawangan diikuti mesyuarat perwakilan bahagian dan perhimpunan agung.
  
"Kedua-dua tarikh itu akan diumumkan selepas kita dapatkan maklum balas dari pasukan yang turun padang. Dan kita akan tengok dari segi kefahaman dan keperluan logistik untuk kendalikan pemilihan yang melibatkan jumlah begitu besar yang belum pernah kita lakukan sebelum ini," kata Najib. - Bernama

BONGKAK DAN SOMBONG BUKAN PAKAIAN MAKHLUK TAPI PAKAIAN ALLAH....TAK CIUM SYURGA BAGI YANG ANGKUH DAN SOMBONG

Baru Khir Toyo Sedar Jahatnya Politik UMNO!
Posted on Saturday, June 01 @ 07:27:03 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh TKOOffline



Hari ini dalam blognya Khir Toyo mengatakan dia mangsa politik UMNO. Dia dijadikan "kambing hitam" untuk menunjukkan kerajaan UMNO @ BN kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dilihat seolah-olah bersih.

Atas keputusan dikekalkan hukuman penjara 12 bulan oleh Mahkamah Rayuan semalam Khir Toyo berkata beliau sudah "putus harapan" dan pesimis sekalipun merancang untuk merayu kesnya di Mahkamah Persekutuan.


"Saya sudah tidak peduli lagi jika keputusan telah dibuat untuk memenjarakan saya sebagai ikon untuk menunjukkan kerajaan Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak ini telus dan mahu membanteras rasuah. Biarlah luncai terjun dengan labu-labunya,"

Baru sekarang Khir merasai tersempit dengan politik rakus UMNO sedangkan sebelum ini Khir tidak sedar bangaimana UMNO dengan politik jangkungnya telah menyiksa rakyat dan mana-mana individu yang tidak sehaluan.

Parti pembangkang dianak tirikan dalam semua hal kerana politik sempit UMNO.

NAK TERGELAK SAYA...
SAYA HANYA MENUNGGU MANGSA SETERUSNYA.....
BAGAIMAN PULA NAJIB DAN BIG MAMA AKAN MENJADI "ULAM"
ITU PUN KALAU RANCANGAN MUHYIDDIN BERJAYA!!


...
Sila layari
Baru Khir Toyo Sedar Jahatnya Politik UMNO!


  Malapetaka besar buat Sabah halang Izzah - Bung Mokhtar
Posted on Saturday, June 01 @ 07:15:51 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh Sharpshooter

Tindakan pejabat Ketua Menteri Sabah menghalang Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar untuk memasuki Sabah semalam turut diselar oleh ahli parlimen BN.

Ahli parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin menyelar tendakan itu dengan mendakwa satu kesilapan besar dan malapetaka oleh kerajaan negeri Sabah.

“Saya tak faham mengapa Nurul tak dibenarkan memasuki Sabah. Kalau ini benar, satu kesilapan dan malapetaka.

“Saya rasa ini adalah kesilapan yang besar dan perlu diperbetulkan,” kata Bung Mokhtar dalam twitternya.

Semalam Nurul Izzah ditahan oleh imigresen Sabah ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu kira-kira jam 7.30 petang.

Beliau kemudian diarah pulang dan tidak dibenarkan memasuki Sabah.

Sementara itu Pemuda PAS Pusat mengecam tindakan kerajaan Sabah menafikan hak ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar memasuki negeri itu, sedangkan pengganas Sulu berjaya menjejak ke Lahad Datu selama beberapa minggu sehingga mengorbankan anggota keselamatan.

Ketua Penerangan Pemuda PAS Riduan Mohd Nor mendakwa insiden terhadap Nurul Izzah itu menunjukkan ada dendam yang tersimpan dalam lubuk hati pemimpin negeri itu sehingga pemimpin Pakatan Rakyat yang disenaraihitamkan tidak dibenarkan datang.

riduan mohd nor"Tatkala pengganas Sulu berjaya menjejak dan mendarat di daerah Lahad Datu, bertapak beberapa minggu sehingga akhirnya mengorbankan beberapa anggota keselamatan negara, Nurul Izzah pula yang baru sahaja dinobatkan sebagai ahli parlimen yang sah dinafikan hak untuk sampai ke Sabah," kata Riduan dalam satu kenyataannya hari ini.

"Nurul Izzah dianggap seperti insan yang paling berdosa dan penjenayah paling kejam bagi rakyat Sabah. Mungkin beliau adalah pengganas Sulu yang paling dikehendaki atau individu yang memiliki senjata api dan boleh membunuh rakyat di sana. Kerana itu beliau diharamkan dari menjejak kaki ke negeri tersebut," kata Riduan lagi.

Beliau mengulas insiden di mana pihak imigresen tidak membenarkan Nurul Izzah yang juga naib presiden PKR memasuki negeri itu dan mengatur penghantaran pulang malam tadi.
Pemimpin PKR itu berkata beliau tidak dibenarkan berjumpa MP Penampang, Darell Leiking yang bertindak sebagai peguamnya.

Mengulas lanjut, Riduan berkata sebagai warganegara, rakyat bebas untuk melancong, merantau dan pergi ke mana-mana sahaja negeri di Malaysia dan tidak terbatas pada sesetengah negeri sahaja.

Menurutnya lagi, Sabah bukannya sebuah republik atau negara lain yang boleh menentukan siapa yang boleh atau tidak datang ke negaranya.

"Seorang ahli parlimen yang mempunyai kuasa menentukan arah tuju dan dasar negara serta boleh meminda perlembagaan melalui sidang parlimen tidak dibenarkan masuk ke salah sebuah negeri dalam negara ini!

"Selagi warganegara tersebut memiliki kad pengenalan yang sah, tidak mempunyai rekod jenayah serta tidak mempunyai masalah apa-apa dengan kerajaan Malaysia, apa hak Sabah untuk menghalang seseorang warganya untuk datang ke negeri tersebut?" kata Riduan.


Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Din Sharpshooter
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/ 


 Cun Sunggoh Penyampai Berita ABC NEWS ..Bertudung Pula Ye
Posted on Saturday, June 01 @ 07:07:17 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: abuluqman

"


ABC NEWS telah membenarkan pembaca berita mereka memakai tudung kepala… RTM & TV3 sebagai media elektronikn negara bila lagi???


Kita telah dikenali sebagai “NEGARA ISLAM” contoh.. apakah ini tidak boleh dicontohi?? 
Berita Selanjutnya Klik Sini .



Islam dijangka ‘tawan’ Britain

Posted on the May 31st, 2013 under Agama,Luar Negara by admin
MASJID (gambar kiri) di Jalan Brune, Spitalfields melimpah ketika solat Jumaat diadakan manakala hanya 20 orang hadir ke upacara keagamaan di Gereja St Mary.
MASJID (gambar kiri) di Jalan Brune, Spitalfields melimpah ketika solat Jumaat diadakan manakala hanya 20 orang hadir ke upacara keagamaan di Gereja St Mary.
London: Ratu Elizabeth adalah pelindung agama Kristian dan paderi kanan England mempunyai tempat di Parlimen Britain.
Bancian pada 2011 juga menunjukkan 33.2 juta penduduk di England dan Wales menganggap diri mereka penganut Kristian.

Di sebalik hakikat itu, realitinya adalah berbeza jika melihat kepada sambutan orang ramai kepada rumah ibadat di negara berkenaan.
Pada setiap pagi minggu, sambutan orang ramai di Gereja St George-In-The-East di Jalan Cannon Street dan Gereja St Mary’s di Jalan Cable amat hambar.
Hanya beberapa ratus meter dari situ, ada sebuah masjid di kawasan kediaman Jalan Brune, Spitalfields, yang melimpah dengan pengunjung ketika solat Jumaat dijalankan.
Jika dibuat perbandingan jumlah pengunjung, ia tentu menampakkan perbezaan yang lebih dramatik.
Di Gereja St George, kurang daripada 15 pengunjung hadir untuk meraikan sambutan Holy Communion.
Ketika gereja itu dibina pada awal abad ke-18, ia direka untuk memuatkan sehingga 1,230 orang.
Jumlah yang sama disediakan di Gereja St Mary yang mula dibuka sejak Oktober 1849.
Ketika jurugambar mengunjungi gereja itu, ia hanya dihadiri kira-kira 20 orang.
Keadaan berbeza sama sekali di masjid di Jalan Brune yang menghadapi ‘masalah’ sendiri akibat dikunjungi orang ramai.
Masjid itu sendiri asalnya adalah ruang kecil yang disewa untuk dijadikan pusat komuniti dan sesuai diisi kira-kira 100 orang.
Namun setiap Jumaat, jumlah pengunjungnya meningkat tiga atau empat kali ganda, menyebabkan mereka terpaksa mendirikan solat di jalan raya.
Berdasarkan perkembangan itu, pemerhati berkata, Kristian bakal menjadi ‘agama silam’ dan orang ramai lebih tertarik kepada Islam.
Dalam tempoh 10 tahun lalu, berlaku penurunan jumlah penduduk England dan Wales yang mengaku menganut Kristian, daripada 71.7 peratus kepada 59.3 peratus daripada keseluruhan populasi.
Bagi tempoh sama, jumlah penganut Islam di situ juga meningkat daripada tiga peratus daripada populasi keseluruhan menjadi 4.8 peratus atau 2.7 juta orang.
Jika pecahan dibuat mengikut kumpulan usia, separuh daripada penganut Islam di situ berusia kurang 25 tahun, manakala hampir suku penganut Kristian menghampiri usia 80 tahun.
Dianggarkan dalam tempoh 20 tahun, lebih ramai penganut Islam berbanding Kristian. Satu keadaan yang tidak pernah difikirkan oleh sesiapa kira-kira 50 tahun lalu. – Daily Mail
 



Adakah kerana ini.....?
Posted on Saturday, June 01 @ 07:06:27 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: tokpepijat

"

MP Lembah Pantai dilarang masuk Sabah dan dihalau balik semula ke Semenanjung.

Adakah kerana MP Lembah Pantai ini anak Anwar atau tidak berdarah Sulu ?

Adakah kerana ini.....?"
 Bendung perhimunan haram keutamaan polis?
Posted on Saturday, June 01 @ 07:05:21 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: senik

"Assalamualaikum,,, KPN berkata  tiga bidang tumpuannya sekarang ialah: Membendung perhimpunan haram, pencegahan jenayah dan integriti pasukan polis.Perhimpunan haram menjadi keutamaan polis? Apa kejadahnya? Sedangkan perhimpunan haram itu menurut justifikasi polis bukan haram yang boleh membahayakan keselamatan rakyat!

Perhimpunan halal atau haram semuanya terpulang kepada budi bicara polis yang sekarang ini menggunapakai akta perhimpunana aman.Jadi kalau sesuatu perhimpunan itu diharam oleh polis maka haramlah jadinya.Kalau inilah cara polis bekerja maka keselamatan rakyat dipertaruhkan kerana pencegahan jenayah diletakkan di tempat kedua keutamaan polis.
Begitu juga intergriti polis yang diletakkan ditempat ketiga sedangkan amalan rasuah masih berlaku. Jadi kalau keutamaan diberikan untuk membendung perhimpunan aman yang diharamkan oleh polis maka pencegahan jenayah dan intergiti pasukan polis sedikit sebanyak akan terjejas.
Hari ini perhimpunan aman yang tidak diiktiraf polis walaupun tiada kekacauan yang berlaku semakin banyak dan besar, oleh itu ianya akan memerlukan polis memberi tumpuan yang lebih banyak kerana keutamaannya begitu.Akibatnya polis akan terikat memburu dan menangkap pengajur perhimpunan baik dari segi masa dan jumlah anggota yang diperlukan.Secara tidak langsung akan meninggalkan ruang kepada penjenayah melakukan jenayah dan akibatnya rakyat yang terpaksa menanggung kesusahan yang terjadi, sementara usaha mambasmi rasuah dalam pasukan polis juga terabai.
Kalau beginilah caranya pasukan polis bekerja,alamat rakyat akan berada dalam ketakuatan yang berpanjangan.Jenayah tidak boleh didefinasikan seperti definasi perhimpunan haram, begitu juga rasuah.


 Rampasan Harakah dan ugutan pengedar: Zahid Hamidi, KDN makin gila ....
Posted on Friday, May 31 @ 18:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh KUMPULAN AKTIVIS MEDIA INDEPENDEN (KAMI)

KDN makin menggila. Isnin lalu, penguatkuasa KDN telah kacau dan ugut penjual Harakah, di seluruh negara, termasuk di Shah Alam, Puchong dan Kota Kinabalu.

Alasan mengarut KDN, nama-nama  penjual itu tiada dalam senarai penjual-penjual Harakah yang pernah diserah oleh pihak pengurusan Harakah kepada KDN, lebih 10 tahun lalu.


Nama-nama yang tidak ada dalam senarai itu tidak boleh menjual Harakah. Dahsyat sekali peraturan gila KDN ini; nak jual Harakah pun kena direstui oleh KDN terlebih dahulu.  
Kesannya, jualan Harakah jatuh hampir 10 ribu naskhah. KDN mahu penjual Harakah takut untuk pamerkan Harakah di premis masing-masing dan dengan itu pembaca sukar dapatkan Harakah di pasaran.
Sebenarnya pihak KDN tidak perlu mengadakan operasi rampasan setiap minggu apatah lagi setiap hari. Sesekali penguatkuasa KDN melancarkan operasi sudah memadai, dengan andaian penjual dan pengedar Harakah akan takut dan tidak berani lagi menjual "bahan terlarang".
Akan sampai ketikanya, seperti pernah terjadi dahulu, untuk mendapatkan Harakah mungkin lebih susah daripada membeli dadah di Chow Kit! Dan ini berlaku di sebuah negara yang mendakwa telah melakukan proses transformasi politik!
Justeru, penguatkuasaan gila di atas syarat-syarat karut-marut ini mesti dihentikan segera. Menteri Dalam Negeri yang bebal, Zahid Hamidi tidak boleh berlepas tangan; dia harus bertanggungjawab sepenuhnya di atas tindakan represif yang primitif ini.



 Sifat Ahli Neraka
Posted on Saturday, June 01 @ 07:01:10 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

Oleh: tazkirah

"


Sabda Nabi SAW.: Mahukah aku beritahu (sifat-sifat) ahli neraka? Para sahabat menjawab, Ya. Baginda bersabda, 'utul (suka bertengkar/kasar bahasanya/tidak mahu mengalah), jawwaz (berlagak/ego/keras hati) dan mustakbir (sombong/bongkak/angkuh). (HR. Bukhari dan Muslim) 
Sumber: http://lenggangkangkung-my.blogspot.com/2013/05/sifat-ahli-neraka.html


HALANGLAH SELAGI ADA KUASA PINJAMAN DARI ALLAH...AKHIRAT KITA KENA PATUH HUKUMAN YANG DIKENAKAN...SITU HAKIKAT NASIB SEBENAR KITA

Kisah duit syiling dan batu

Tuan Ibrahim Tuan Man, 31 Mei 2013

TINGG!

Wang syiling itu jatuh di hadapan seorang lelaki yang sedang asyik membancuh simen. Melihat logam kecil itu,tangan lelaki itu terhenti melakukan kerja. Tidak menunggu lama, tangannya segera mengutip syiling itu dan dimasukkan ke dalam poketnya. Dia menyambung semula kerjanya.

TINGG!

Sekali lagi lelaki itu terpandang duit syiling tidak jauh dari sisinya. Lelaki itu menoleh ke kiri, kanan dan di sekelilingnya. Tiada siapa yang berdekatan dengannya. Sekali lagi dia terus mengambil syiling itu dan menyimpan dalam koceknya.Tidak lama kemudian, lelaki itu ternampak lagi duit syiling berdekatan dengannya. Pun sama, dia mengambil dan menyimpannya.“Rezeki aku!” kata lelaki itu dalam hati.

Lelaki itu tidak sedar, logam syiling itu sebenarnya dicampakkan oleh ketuanya daripada aras lapan bangunan separuh siap yang mereka bina itu. Sebenarnya, ketuanya mahu memanggilnya. Ada pesanan yg mahu disampaikan ketuanya itu.

Puas ketuanya menjerit daripada aras lapan, cuba memanggil lelaki itu yang berada pada aras paling bawah. Namun, jeritan itu tidak mampu mengalahkan pelbagai bunyian mesin pembinaan di kawasan tersebut. Dek kerana itulah, ketuanya itu mencampakkan syilingnya dengan harapan lelaki itu akan mendongak melihatnya di atas. Mudah-mudahan, dapatlah dia menyampaikan pesananya kepada pekerjanya itu.

Sayangnya, sehingga habis wang syilingnya dibaling ke bawah, lelaki itu masih belum juga mendongak ke atas.Lantas, ketuanya itu mengumpulkan serpihan batu kecil yg terdapat di lantai. Satu persatu batu kecil itu dibaling ke bawah.

Beberapa kali batu itu mengenai badan lelaki itu. Setelah merasa sakit dan terganggu, lelaki itu mendongak ke atas, melihat dari mana datangnya batu-batu kecil yang menyerangnya tadi. Barulah dia ternampak kelibat ketuanya yang sejak tadi cuba mencuri perhatiannya bagi menyampaikan pesanan.

P/s: Sahabat sekalian, kisah ini sekadar tamsilan antara kita dengan Yang Maha Pencipta. Tanpa sedar, Allah sering menjatuhkan ‘syiling’ lambang rezeki, rahmat atau kesenangan yg tidak terkira banyak kepada kita. Tuhan menjatuhkan ‘syiling’ itu sebagai satu panggilan agar kita sentiasa mendongak ke atas untuk mengingati dan bersyukur dengan kurniaan-Nya. Tetapi, kita acap kali lalai untuk ‘mendongak’ ke atas sebaliknya terus menikmati pemberian-Nya tanpa mengucapkan terima kasih.

Seperti kisah ketua dan pekerja tadi, apabila jatuhan syiling tidak berjaya menarik perhatian, lalu Dia jatuhkan pula ‘batu’ yang berupa musibah, kegagalan, keperitan dan pengalaman yang menyakitkan. Dan hanya setelah kita merasa kesakitan itu, barulah kita teringat untuk mendongak, menadah tangan bersyukur mengingati Yang Maha Pencipta kita.

Senyum.

Mahasiswa tunjuk perasaan desak Zahid letak jawatan

Selangorku, 31 Mei 2013


PUTRAJAYA: Sekumpulan mahasiswa berhimpun di depan pejabat Kementerian Dalam Negeri bagi mendesak Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi meletakkan jawatan, ekoran penahanan aktivis yang bermotifkan politik.

Kira-kira 30 mahasiswa berkumpul berhampiran pintu masuk utama KDN, dengan membawa kain rentang bagi menunjuk perasaan secara aman selepas solat Jumaat.

Ketua Solidariti Mahasiswa Malaysia, Mohammad Safwan Anang yang baru dibebaskan dengan ikat jamin hari ini turut turun padang dan dengan lantang mendesak Zahid letak jawatan kerana mencemar profesionalisma Kementerian Dalam Negeri.

Beliau ditahan Rabu lepas dan disiasat dibawah Akta Hasutan 1948 berhubung ucapannya pada program Malam Anak Bangsa Malaysia di Dewan Himpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH) 13 Mei lalu, yang didakwa berbaur hasutan.

“Kita rasa Datuk Seri Zahid Hamidi perlu berundur, letak jawatan sekiranya beliau masih gagal untuk menangani isu ini.

“Yang kedua, yang cukup jelas dan terang beliau juga telah menyalahgunakuasa apabila mengarahkan polis untuk membuat tuduhan secara berpilih dan itu yang kita rasa beliau telah menggunakan jentera kerajaan untuk motif politik,” kata Safwan.

Mahasiswa juga menuntut KDN dan polis dibebaskan dari campurtangan politik yang bagi mereka telah menyebabkan dua badan tersebut bersikap berat-sebelah.

Selain Safwan, aktivis mahasiswa Adam Adli Abdul Halim juga ditahan dan disiasat dibawah akta yang sama kerana kenyataan beliau di forum yang sama.

Turut ditahan dan didakwa di bawah akta dan sebab yang sama adalah, Naib Presiden PKR Tian Chua, aktivis PAS Tamrin Ghafar dan pemimpin NGO anti-Umno Haris Ibrahim.

Penduduk demo, banjir berminggu tidak surut

Khairil Abdul Rahim, 31 Mei 2013


TEMERLOH: Kira-kira 100 penduduk Kampung Batu Satu  di sini berdemo hari ini memprotes sikap ‘lepas tangan’ pihak berkuasa sehingga gagal menyelesaikan masalah banjir yang memakan masa lama.

Akibatnya banjir yang tidak surut-surut sejak beberapa minggu itu menenggelamkan beberapa buah restoran, bengkel, kedai menjual kereta terpakai serta beberapa buah rumah penduduk.

Lebih malang, puluhan buah rumah penduduk di kampung yang terletak hanya satu kilometer dari pusat bandar itu terputus hubungan kerana banjir menenggelamkan hubungan jalan utama.

Pemilik restoran Shakira Cafe, Izuddin Nawawi, 57, mendakwa beliau hampir dua bulan tidak dapat berniaga akibat kedainya ditenggelami air sedangkan itulah satu-satunya sumber pendapatan keluarganya.

Katanya, beliau sudah bertemu Pegawai Daerah  Temerloh, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Temerloh (MPT) dan pelbagai agensi yang terlibat tetapi bagi mendapatkan penjelasan, tetapi semuanya mengecewakan kerana seolah-olah saling tuduh menuduh.

“Ada juga saya cadangkan supaya dibina saliran air yang besar antara satu perumahan dengan perumahan yang lain kerana kawasan bandar Temerloh ini banyak kawasan perumahan tetapi seolah-olah pembangunannya tidak terancang.

“Sekarang sumber pendapatan saya sudah terputus sejak sekian lama, sedangkan kami sekeluarga masih memerlukan wang untuk meneruskan kehidupan,” katanya sayu.

Tambah Izuddin, jika pihak berkenaan 'tidur', itulah jadinya dengan wang rakyat banyak yang dikeluarkan tetapi masalah penduduk kampung di sini tidak juga selesai.

“Mana janji rakyat didahulukan pencapaian diutamakan serta NKRA yang sering diulang-ulang pemimpin kerajaan?” soalnya.

Menurut penduduk, mereka sering kali terpaksa meredah banjir selama betahun-tahun sejak penaikan taraf jalan Temerloh-Mentakab terutama apabila hujan lebat kerana satu-satunya kalbat yang mengalirkan air persekitaran kawasan berkenaan didakwa sangat kecil dan tidak munasabah.

Difahamkan, kalbat besar tidak dapat digunakan kerana terdapat saluran paip besar bawah tanah di tempat yang sama.

Pada ketika ini kerja pengorekan serta pemasangan kalbat oleh kontraktor tidak siap-siap sejak hampir dua bulan iaitu sebelum pilihan raya umum lagi.

Seorang lagi pemilik kedai makan Restoran Setia Damai, Mulyadi Parmen, 42, (gambar) berkata walaupun kedainya tidak ampuh tetapi turut menjejaskan pendapatan kerana air banjir yang berhampiran berbau busuk dan mengundang banyak lalat.

“Saya lihat projek memasang kalbat menyeberang jalan ini sudah terlalu lama memakan masa dan tidak pernah selesai, sebab itu saya cadangkan supaya digunakan kalbat yang besar saja. Walaupun kosnya mungkin tinggi sikit tetapi penyelesaiannya besifat jangka panjang.

“Saya mahu projek ini mesti diselesaikan segera, kalau setakat korek-korek begini hingga bertahun-tahunpun  tetap tak boleh selesaikan masalah dan jejaskan perhubungan penduduk serta pendapatan kami,” tegasnya.

Sementara itu Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Semantan, Syed Hamid Syed Muhamad, yang turut hadir berkata beliau telah beberapa kali membangkitkan masalah berkenaan dalam sidang Dun.

Katanya, perkara tersebut berlaku kerana pembangunan yang tidak terancang dan tidak ada ‘master plan’ disediakan.

DAP kesal kenyataan pengarah ROS

Anis Nazri, 31 Mei 2013
KUALA LUMPUR: DAP Malaysia mengecam tindakan Ketua Pengarah ROS, Datuk Abdul Rahman Othman yang mengeluarkan kenyataannya kepada media, sedangkan siasatan masih belum selesai.

Ini kerana, DAP baru sahaja menerima surat daripada ROS yang meminta agar parti itu membekalkan beberapa dokumen untuk siasatan lanjut, semalam.

"Namun, dalam masa sama, hari ini di Utusan Malaysia, beliau telah bertindak mengeluarkan kenyataan biarpun kami baru terima surat semalam," tegas Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke pada sidang media, di ibu pejabat parti itu, hari ini.

Menurut Anthony,  tindakan Abdul Rahman itu jelas menunjukkan sikap tidak bertanggungjawab, tidak profesional , serta seperti menjadi agen politik bagi pihak tertentu.

Mengulas lanjut, ahli parlimen Seremban itu berkata kenyataan Abdul Rahman itu yang mengatakan terdapat ahli parti itu dinafikan hak mengundi pada kongres parti itu, Disember lalu, merupakan satu tuduhan.

Tegas Anthony, pada kongres parti itu, sebanyak 1843 perwakilan hadir dan mengundi bagi pemilihan parti (CEC), di samping peratus kehadiran ahli parti sebanyak 71.5 peratus.

"Peratusan itu menunjukkan satu angka yang tinggi, yang mana tidak ada mana-mana parti yang akan mendapat peratus kehadiran 100 peratus.  Jika peratusan itu boleh dianggap sehingga pemilihan itu tidak sah, adakah boleh jika kita katakan pilihan raya umum yang lalu juga tidak sah kerana peratusan keluar mengundi tidak 100 peratus?" soal Anthony.

Dalam pada itu, ROS juga mendakwa terdapat ahli parti DAP yang tidak menerima notis untuk kongres tersebut.

Kata Anthony, pihaknya telah menghantar notis kepada semua ahli mereka di seluruh negara, namun tidak dapat memberikan jaminan sama ada notis itu diterima atau tidak.

"Notis sudah dihantar. Terima atau tidak, ia di luar kemampuan kami.  Bolehkah Pos Malaysia juga beri jaminan setiap surat yang dihantar pengirim akan sampai kepada penerima?" soal Anthony.

Sementara itu, surat yang dihantar ROS semalam meminta tiga bukti penghantaran notis bagi beberapa cawangan di Negeri Sembilan, iaitu Taman Sri Sungai Pelek, Desa Dahlia, dan Ladang Paroi, selain satu di Taman Desa Skudai, Johor yang mendakwa tidak menerima notis.

Tegas Anthony, tiga daripada empat cawangan itu telah hadir ke kongres tersebut, malah turut mengundi pada pemilihan CEC parti itu.

"Bagi cawangan Ladang Paroi, dua wakil hadir iaitu David Dass dan Mahendran a/l Krishnan. Manakala, Kogilawani a/p Supermanian (Desa Skudai), dan Richard Francis (Desa Dahlia) juga hadir kongres tersebut," jelas Anthony, sekaligus menafikan dakwaan mereka tidak menerima notis kongres tersebut.

Selain kesal dengan tindakan David yang membuat aduan kepada ROS, sedangkan beliau hadir ke kongres tersebut malah mengundi, Anthony berkata parti akan merujuk  David ke Lembaga Disiplin parti.

"David ini saya kenal. Masa kongres buat kecoh ketika pendaftaran, check-in hotel sebelum masanya, sampai sekarang tidak bayar. Kemudian, tiba-tiba buat aduan pada ROS. Tidak apalah yang itu, isunya dia hadir dan turut mengundi pada hari tersebut," tegas beliau.

Justeru, Anthony berkata pihaknya mengesyaki ROS mempunyai agenda politik untuk menggagalkan kesahihan pemilihan CEC sebelum ini.

Bagaimanapun, Anthony berkata pihaknya tetap menjawab surat yang diberikan semalam, berserta dokumen dan bukti yang diminta ROS sebelum tempoh yang ditetapkan.

Dalam surat tersebut, pihak ROS memohon DAP untuk membekalkan dokumen yang diminta sebelum 4 Jun 2013 akan datang.

Kenyataan Nurul Izzah dihalang masuk Sabah

Nurul Izzah Anwar, 31 Mei 2013
Semalam, 30 Mei 2013, saya telah ditahan apabila kad pengenalan saya diambil di pintu masuk imigresen untuk menghalang saya daripada memasuki negeri Sabah, walaupun hak saya selaku warganegara Malaysia termaktub di bawah Seksyen 67 Akta Imigresen 1959/63:
67. Hak untuk masuk ke Negeri Malaysia Timur bagi menjalankan hak-hak politik.

Seksyen 66 (1) hendaklah tidak berkuatkuasa dalam hubungan dengan seseorang warganegara yang memasuki Negeri Malaysia Timur hanya untuk menceburkan diri dalam aktiviti politik yang sah; tetapi beban membuktikan bahawa seseorang itu berhak memasuki Negeri Malaysia Timur di bawah seksyen ini terletak ke atasnya.

Lawatan saya ke Sabah adalah untuk menghadirkan diri dalam program Parti Keadilan Rakyat Sabah di samping menyambut pesta Kaamatan bersama warga tempatan.

Alasan yang diberikan atas penahanan saya adalah atas arahan Pejabat Ketua Menteri Sabah. Saya juga difahamkan ada nama-nama lain, termasuk aktivis tempatan beserta ahli politik Pakatan Rakyat yang akan juga dinafikan kemasukan ke dalam negeri Sabah atas arahan Pejabat Ketua Menteri Sabah.

Sebagai seorang Ahli Parlimen Malaysia, dan warganegara Malaysia, tindakan menyekat kemasukan yang tidak rasional dan bersebab ini merupakan salah guna kuasa yang melampau dan cukup anti-demokratik. Permohonan saya untuk mendapatkan senarai nama mereka yang terlarang ditolak atas sebab-sebab kerahsiaan. Tiada alasan lain diberikan dalam tangkapan dan penafian masuk saya ke Sabah.

Sekiranya saya dianggap mengancam keselamatan warga Sabah, maka kemukakan rasional serta penjelasan atas dakwaan tersebut. Rasional yang sama juga perlu diberikan dalam kes YB Tian Chua, Ahli Parlimen Batu dan Naib Presiden KEADILAN, yang juga dinafikan kemasukan pada 7 April yang lalu.

Isu keselamatan negara dan persempadanan tidak boleh sama sekali dipolitikkan. Malang, tindakan menghalang saya daripada masuk ke Negeri di Bawah Bayu ini berlaku di kala Sabah berhadapan dengan kebolosan sempadan – termasuklah pengeluaran kad pengenalan secara haram seperti yang sedang disiasat oleh Suruhanjaya Siasatan DiRaja Sabah. Seharusnya tumpuan kerajaan negeri adalah mengawal selia masalah kebolosan yang mendesak ini, bukan menyalahgunakan kuasa dengan menafikan hak demokrasi dan aktiviti politik pimpinan Pakatan Rakyat demi mempertahan kedudukan UMNO mahupun BN.

Justeru itu, isu keselamatan dan kedaulatan negara sepatutnya tidak diperlekehkan dengan menjadikan ia alat politik menindas rakyat.

KEADILAN akan menghantar surat rasmi ke Pejabat Ketua Menteri Sabah untuk mengemukakan aduan rasmi serta mendapatkan penjelasan sepenuhnya mengenai isu ini. KEADILAN akan turut meminta senarai nama-nama mereka yang dihalang memasuki negeri Sabah, serta sebab-sebab mereka dihalang.

Pada masa yang sama, saya sedang berbincang dengan YB Darrell Leiking, Ahli Parlimen Penampang, serta teman-teman guaman di Sabah untuk mempertimbangkan tindakan undang-undang terhadap Ketua Menteri yang akan difailkan di Kota Kinabalu kelak.

Nurul Izzah ialah Ahli Parlimen Lembah Pantai & Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat.