Jumaat, 3 Jun 2011

RASUAH TAK KIRA SAPE...PEMBERI DAN PENERIMA..DUA2 MASUK NERAKA...ALLAH SEMUA TAHU APA YG MEREKA BUAT...BAIK PEMERINTAH ATAU PEMBANGKANG..INGATLAH MATI

Pemilihan PAS antara dua garis politik
Hishamuddin Rais
Jun 3, 11
12:50am

Saya selalu membaca dan mengamati tulisan, komentar dan analisa politik terkini tentang negara kita ini. Saya membaca dalam bahasa Melayu dan juga bahasa Inggeris. Ada yang menarik. Sayangnya banyak pula yang membosankan. Membosankan kerana sang penulis hanya bergelut dengan personaliti individu - si politikus. Tidak lebih dari itu.

Politik bukan hanya tentang individu. Politik ialah tentang kuasa. Perjuangan politik ialah perjuangan untuk merebut kuasa. Merebut kuasa bertujuan untuk merebut punca-punca ekonomi. Di belakang punca ekonomi ialah kelas. Perjuangan politik ialah perjuangan kelas.

Kelas dan ekonomi tidak dapat dipisahkan macam santan dengan kelapa. Setiap sosok manusia tergolung ke dalam satu kelas. Secara kasar, ada dua kelas - yang memerintah dan yang diperintah. Contohnya yang berkuasa dan yang tidak berkuasa. Yang berkuasa ialah mereka yang memiliki harta dan kekayaan. Yang tidak berkuasa ialah mereka yang tidak memiliki harta kekayaan dan golongan miskin.

Dalam sistem ekonomi kapitalis seperti dalam negara kita ini, golongan miskin adalah kaum tani, kaum nelayan dan kaum buruh. Mereka ini adalah kumpulan terbanyak. Manakala kumpulan terkaya tidak ramai. Kumpulan kaya amat sedikit. Mereka adalah kumpulan minoriti. Tetapi mereka menjadi pemilik harta kekayaan yang terbanyak. Justeru melalui harta kekayan, mereka dapat membeli kuasa.

Ini bukan tulisan propaganda. Ini hakikat, fakta sahih yang boleh dirujuk kepada Jabatan Statistik Negara. Fakta-fakta – ekonomi dan kelas ini - menjadi kabur atau sengaja dikaburkan dengan agenda agama, dengan agenda bahasa, dengan agenda kaum dan bangsa. Politik ialah agenda merebut kuasa. Period. Tamat. Agenda-agenda yang lain hanyalah alat dan taktik untuk mengolah persetujuan orang ramai untuk bangun merebut kuasa.

Justeru untuk saya, perjuangan politik untuk melupuskan kuasa kumpulan kaya yang sedikit dan mengambil alih punca-punca ekonomi yang ada dalam tangan mereka. Harta kekayaan wajib diambil kembali untuk diagih-agihkan kepada rakyat terbanyak. Ini seperti yang telah dan sedang dilakukan oleh kerajaan Selangor. Kerajaan Pakatan Rakyat telah mengambil kembali hak air dari syarikat Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) dan memberikan secara percuma pada orang ramai.

Justeru berlaku perlawanan yang maha hebat antara Pakatan dengan gerombolan United Malays National Organisation di Selangor. Perlawanan ini ialah perlawanan untuk merebut punca ekonomi. Ini adalah perlawanan dua kelas – kelas kaya yang menindas sedang berlawan dengan rakyat. Suara orang teramai - suara rakyat - diwakili oleh Pakatan.

Hingga ke tahap ini, jika masih ada penulis dan pemberi komentar politik tidak memahami hakikat kelas dan ekonomi maka si mamat atau si minah itu wajib rajin membaca dan mentelaah. Panjangkan akal dan panjangkan ilmu. Sehingga ke hari ini memiliki akal fikrah yang kritikal masih belum dicukai lagi.

Kalau saya membawa para pembaca ke luar Malaysia, hakikat yang sama juga dapat kita lihat. Di Amerika Syarikat, Barack Obama dipilih untuk mempertahankan dan menjaga kepentingan saudagar senjata dan para taikun di Wall Street. Raja Abdulah dipilih untuk mempertahankan kepentingan gulungan feudal di Arab Saudi. Sarkozy di Perancis dipilih untuk mempetahankan kepentingan saudagar Perancis dan kaum Zionis di Perancis.

Parti borjuis kecil

Apabila tuan pembaca telah memahami asas-asas politik dan ekonomi diatas maka saya akan membawa pembaca untuk memahami apa makna dan tanda perebutan puncuk pimpinan PAS yang sedang berjalan hebat sekarang. Perlawanan hebat yang saya maksudkan ialah perebutan kerusi Timbalan Presiden PAS di antara Mohamad Sabu dengan Nasharudin Mat Isa dan Tuan Ibrahim Tuan Man.

Untuk saya pertandingan ini adalah perebutan kuasa. Perebutan kuasa ini ialah perjuangan kelas. Kalau kita kaji dari segi politikal ekonomi, dalam istilah politik moden parti PAS ialah parti yang mewakili kepentingan borjuis kecil Melayu. Parti yang mewakili kepentingan borjuis besar dan borjuis nasional ialah United Malay National Organisation. Justeru saya berani berkata di sini bahawa tidak mungkin Daim, Ananda, Vincent Tan atau Syed Mokhtar menjadi ahli PAS. Parti PAS tidak akan memperluaskan kepentingan ekonomi mereka.

PAS mewakili guru-guru Melayu, tok peraih, penjaja, tuan empunya warung, kontraktor kelas bawah, peneroka, nelayan, termasuk juga askar dan polis pencen. Golongan ini merasa kepentingan ekonomi dan gaya hidup mereka dapat dipertahankan oleh parti PAS.

Kalau PAS ini parti bojuis kecil Melayu, bagaimana pula dengan ulama dalam PAS? Biar saya terangkan di sini bahawa dari segi ekonomi para alim ulama juga memiliki kelas. Dari segi pensejarahan, penubuhan parti politik di Malaysia kita akan dapat memahami bahawa alim ulama dalam PAS ini tergolongn kepada borjuis kecil Melayu. Mereka merasa diri mereka akan dipinggirkan oleh United Malays Natioanal Organisation yang amat mesra bersekongkol dengan tauke dari MCA atau bekas penjajah British. Hujah agama ketika keluar dari payung United Malays National Organisation pada ketika itu adalah hujah terbaik untuk mempertahankan kepentingan ekonomi kelas borjuis kecil Melayu.

Justeru hari ini kita akan bertemu dengan ulama yang bekerja dengan United Malay National Organisation. Mereka ini saudagar agama yang kaya dan lumayan. Kerja mereka ialah mencari ayat-ayat dan hadis nabi untuk 'menghalalkan' apa saja dasar dan tindak tanduk United Malay National Organisation.

Dengan ini apakah Mat Sabu dan Nasarudin ini memiliki pandangan politik dan kelas yang sama kerana mereka berdua berpayung dalam parti PAS? Jawabnya tidak. Parti MCA adalah parti tauke tetapi ramai juga buruh yang menjadi ahli ini. Parti MIC ialah parti Chettiar can mandur tetapi ramai kuli estet yang menjadi ahli.

Awas dan waspada. Di dalam kumpulan borjuis kecil ini juga akan terdapat sosok-sosok yang berminat untuk menjadi borjuis besar dan borjuis nasional. Di dalam PKR juga pasti ada yang bermimpi untuk menjadi borjuis nasional. Bermimpi untuk menjadi tuan pemilik kuasa jana elektrik atau pemilik kilang gula dan beras. Ini bukan sesuatu yang mustahil.

Di tahap ini dalam politik negara kita apa yang wajib kita kenali ialah kepentingan kelas apa yang diwakili oleh Mat Sabu. Kepentingan kelas siapa pula yang diteraju oleh Nasharudin. Seperti saya tulis di atas tadi, perjuangan politik ialah perjuangan kelas. Untuk saya mustahil kedua-dua mereka ini mewakili kelas yang sama. Jika mereka dari kepentingan kelas yang sama mustahil mereka akan bertempur.

Nasharudin dikatakan dari jalur ulama. Tetapi dalam analisa politikal ekonomi, istilah ulama ini tidak memiliki apa apa makna. Ini hanyalah 'tagline' untuk menjual produk. Ulama hanya jenama yang dikenali umum. Majoriti ahli PAS adalah manusia warak yang ritual agama Islamnya terjaga rapi. Untuk para ritualis ini, jenama ulama ini cukup memyakinkan. Justeru dengan bijak Nasharuddin telah melabelkan dirinya ulama. Jenama ini amat baik untuk meraih sokongan dalam parti PAS.

Tabur racun

Dalam analisa ini bukan jenama ulama yang kita bincangkan tetapi 'calon ulama' atau yang 'bukan calon ulama' itu mewakili kelas yang mana? Ini soalan yang wajib kita terus bertanya apabila kita membaca politik. Jika kita dapat memecah persoalan kelas maka kita akan dapat memahami pertembungan politik yang sedang berlaku dihadapan mata kita.

Akhbar Utusan Malaysia dianggap suara musuh oleh PAS dan Pakatan. Kebelakangan ini, sebelum muktamar PAS berlangsung, akhbar ini tiba-tiba menyatakan rasa gembira dan senang hati jika 'kumpulan ulama' dalam Pas ini mencapai kemenangan. Malah sekali imbas kita lihat Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (MUBARAK) – kumpulan Umno pencen – tiba-tiba berkempen untuk Nasarudin. Jelas suara United Malay National Organisation ini mahu 'tim ulama' menang dan terus berkuasa.

Beberapa tulisan dalam akhbar Utusan semuanya memperlihatkan bahawa United Malays National Organisation merasa takut jika sekiranya Mat Sabu berjaya mengalahkan Nasaruddin dan Tuan Ibrahim. Utusan kelihatan berhempas pulas menabur racun berkempen agar ahli PAS akan mengenepikan Mat Sabu.

Lalu timbul persoalan, kenapa Utusan sibuk mahu Mat Sabu kalah? Jawapan untuk soalan ini ialah kelas. Dalam pemahaman politik moden Mat Sabu ini mewakili kelas mustadhafin atau kelas tertindas. Dalam bahasa politik moden Mat Sabu ini mewakili kelas kaum proletar – kaum buruh dan kaum tani – kaum majoriti yang tertindas.

Nasharudin walau pun dalam parti PAS tetapi dilihat memiliki niat dan mimpi untuk menjadi borjuis besar - borjuis nasional. Cita-cita untuk menjadi borjuis nasional ini hanya akan termakbul jika sekiranya PAS dan United Malay National Organisation dapat bersatu dan bekerjasama dalam satu perserikatan yang baru. Penyatuan ini di bawah lambang perpaduan Melayu.

Justeru pertembungan Mat Sabu, Nasarudin dan Tuan Ibrahim ini memiliki implikasi yang amat jauh merentas markas tarbiah PAS di Gombak. Kemenangan Mat Sabu akan membuka satu garis baru dalam PAS. Garis ini ialah garis memperjuangan golongan tertindas. Jangan lupa Mat Sabu ini pernah menimbulkan isu padi kunca di Kedah di mana tuan tuan pemilik tanah sawah yang luas merasa tergugat.

Tuan-tuan tanah ini ada yang menyokong PAS. Lalu mereka merasa marah kerana kain sarong topeng agama mereka telah diselak terbuka oleh Mat Sabu. Manakala Nasarudin tidak memiliki apa-apa budaya politik melawan. Malah Nasarudin ini didakwa sedia bersekongkol dengan United Malay National Organisation. Manakala Tuan Ibrahim mencelah bertanding untuk memastikan garis musthadafin yang dibawa oleh Mat Sabu dikuburkan.

Dari sini amat jelas menunjukkan bahawa kepentingan kelas melintasi kepentingan parti politik. Ini samalah seperti United Malay National Organisation yang melaungkan ketuanan Melayu tetapi akan sedia berkerjasama dengan para cukong dari MCA atau MIC untuk kepentingan kelas mereka.

Pasti ada sosok-sosok dalam Pas yang bersedia berkerjasama dengan United Malays National Organisation untuk memastikan – Insya-Allah – mimpi mereka untuk menjadi borjuis nasional termakbul. Juga memastikan kepentingan ekonomi mereka dipertahankan dan dikembangkan. Jangan pula hairan jika saya katakan hari ini sosok-sosok jenis Nasarudin ini juga ada dalam PKR dan DAP. Cuma ketika ini suasana politik tanah air kita belum memberanikan mereka menunjukkan muka.

Jelas di sini United Malay National Organisation mahu garis Mat Sabu dikalahkan. Tetapi semuanya terpulang kepada ahli PAS sendiri. Mereka yang membuat keputusan untuk memilih di antara dua garis politik ini. Politik kuasa orang kaya di satu pihak dan politik kaum buruh dan kaum tertindas di satu pihak lagi.


Tulisan ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian rasmi Malaysiakini.

Husam bergelut dengan dakwaan upah bloger
Jun 3, 11 12:18am

Calon naib presiden PAS Datuk Husam Musa yakin perwakilan tidak terkesan dengan dakwaan beliau mengupah ratusan ribu ringgit kepada penulis blog terkenal Syed Azidi Abdul Aziz untuk berkempen baginya dalam pemilihan parti.

Husam juga mempertikaikan laporan Utusan Malaysia berhubung perkara itu dengan memetik tulisan di beberapa blog - yang digelarnya sebagai "picisan" dan "pencacai Umno".

husam musa pas interview 170507"Ahli-ahli Umno sendiri pun tidak pernah memberikan kepercayaan mereka kepada blog-blog picisan ini," katanya yang yakin dengan didikan Islam yang dilalui anggota dan perwakilan PAS.

Utusan kelmarin melaporkan keengganan penulis blog Kickdefella mengulas dakwaan di blog bahawa beliau menerima bayaran RM300,000 untuk berkempen bagi pihak Husam.

Bagaimanapun, akhbar sama semalam melaporkan Syed Aziz mengakui menerima wang RM350,000 dari Husam, tetapi bukan bagi tujuan itu.

Beliau juga dilaporkan berkata tidak bertemu lagi dengan Husam sejak tahun 2009 dan hanya berbual di telefon dan bertukar SMS sahaja.

Syed Azidi sedia ke mahkamah

Dalam kenyataan hari ini, Husam berkata beliau hairan kenapa laporan itu dikeluarkan pada hari terakhir sebelum pemilihan PAS di mana beliau bertanding.

syed azidi syed abdul aziz kickdefella police pc 171008 04"Adakah kerana beliau tahu bahawa dakwaan palsu beliau akan berhadapan dengan tindakan undang-undang dan bagi mengelakkan tindakan seperti itu ia dibangkitkan pada saat akhir seperti ini?" soalnya.

Beliau menafikan mempunyai wang sebanyak itu atau ada berbual melalui telefon dengan Syed Azidi kebelakangan ini.

Sementara itu, Syed Azizi pula memberitahu Malaysiakini, beliau dengan rendah diri dan insaf meminta Husam mengambil tindakan undang-undang terhadapnya sekiranya kenyataan yang dikeluarkannya tidak benar.

"Saya juga bersedia memohon maaf secara terbuka sekiranya apa yang saya katakan tidak benar," katanya.

Pada pemilihan PAS kali ini, Husam bertanding merebut jawatan naib presiden bersama-sama lima calon lain iaitu Datuk Mahfuz Omar, Salahuddin Ayub, Datuk Mohd Amar Abdullah, Idris Ahmad dan Datuk Seri Nizar Jamaluddin.


Ulama ditegur duduk di masjid saja
Abdul Rahim Sabri
Jun 2, 11
11:48pm

Perwakilan Dewan Ulama PAS dari Kelantan menegur perwakilan ulama yang lain agar lebih ke depan dalam masyarakat dan tidak hanya melakukan kerja "berpada-pada" antaranya sekadar duduk di masjid sahaja.

Sedangkan Mansor Daud, beliau menggesa ulama agar mencontohi ulama terdahulu dan guru pondok dahulu yang terlibat secara langsung dalam masyarakat.

"Mereka mempunyai kedudukan tinggi (dalam masyarakat), mereka ada kehebatan, bukan sahaja dihormati tetapi juga digeruni. Kalau berpada-pada sekadar di masjid, kita tidak menuju ke hadapan.

"Ulama mesti terlibat dalam pilihan raya, bukan sahaja sebagai ketua urusan ulama. Ulama mesti menjadi pengarah pilihan raya, mesti mengetahui unit-unit dalam jentera pilihan raya," katanya.

Beliau juga mencadangkan supaya ulama mengetuai rombongan membuat aduan kepada pihak bertanggngjawab sekiranya wujudnya pengundi hantu.

"Rasa-rasanya jika ulama mengetuainya, hantu pun takut kepada ulama... Jadi ulama kena 'sengoti'(bersungguh-sungguh)," katanya sewaktu membahaskan usul peranan ulama dalam pilihan raya umum ke-13.

Tumpang jentera orang lain

Sementara itu, perwakilan Pulau Pinang turut mencadangkan jawatankuasa penerangan supaya menyediakan isu, tema atau tajuk isu semasa yang boleh digunakan dalam pilihan raya umum akan datang.

"Mereka boleh memuatkan isu-isu, ayat, tema yang boleh dimanfaatkan daripada laman web (untuk digunakan) di seluruh negara dan jentera penerangan lain di seluruh negera," katanya membahaskan usul itu.

Perwakilan Pulau Pinang juga turut menggesakan kepada pewakilan ulama yang lain memainkan peranan penting untuk memanaskan jentera pilihan raya dewan tersebut.

Menurutnya, memandangkan paluan gendang pilihan raya semakin kuat, tetapi masih terdapat di kalangan jentara yang "masih tidur".

Menjawab persoalan tersebut, pengarah pilihan raya sayap itu Datuk Hussin Awang berkata beliau mencadangkan supaya mewujudkan jentera pilihanraya ulama sehingga ke peringkat Majlis Tindakan DUN (MTD) atau Unit Peti Undi (UPU).

Katanya penubuhan tersebut terpulang kepada kawasan PAS berdasarkan kepada kemampuan dan keadaan di kawasan masing-masing.

"Sehingga hari ini, saya tidak dapat pastikan apakah jentera pilihan raya wujud atau MTD masing-masing. Pada pengamatan saya dalam beberapa pilihan raya kecil, secara tidak langsung organisasi ini masing belum wujud di peringkat MTD atau masih belum tersusun.

"Jika tidak mula daripada sekarang, hanya bergerak sebagai identiti ulama, maka ulama hanya menumpang kepada jentera orang lain," katanya dalam menyampaikan ucapan penggulungan usul tersebut.

Nik Abduh Timbalan Ketua Pemuda PAS
Harakahdaily
SHAH ALAM, 2 Jun: Nik Abduh Nik Abdul Aziz dipilih menjadi timbalan ketua Dewan Pemuda PAS selepas beliau mengalahkan tiga lagi calon untuk jawatan itu.

Naib ketua pula dimenangi oleh Raja Al Hiss Raja Yaakob, iaitu bekas Setiausaha Politik Datuk Mahfuz Omar ketika beliau menjadi Ketua Pemuda PAS sebelum ini.

Yang menarik juga, 13 dari 17 pemimpin Pemuda PAS yang terpilih sessi ini adalah berpendidikan agama.

Berikut adalah senarai Jawatankuasa Dewan Pemuda PAS Pusat untuk Sesi 2011/2013:

Pengerusi Tetap: Ustaz Misbahul Munir Haji Masduki

Timbalan Pengerusi Tetap: Ustaz Kamal Ashaari

Ketua: Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi

Timbalan Ketua: Ustaz Nik Abduh Nik Abdul Aziz

Naib Ketua: Raja Al Hiss Raja Yaakob

Ahli Jawatankuasa:
1) Ustaz Riduan Mohd Noor
2) Khairul Faizi Ahmad Kamil
3) Ustaz Ahmad Baihaqi Atiqullah
4) Adram Musa
5) Ustaz Kamaruzzaman Mohamad
6) Ustaz Ahmad Fadley Shaari
7) Ustaz Mohd Khalil Abdul Hadi
8) Ustaz Nazri Chik
9) Ustaz Yusni Mat Piah
10) Mohd Sany Hamzan
11) Ustaz Syed Abdul Qadir Al Jufri
12) Ustaz Mohd Noor Hamzah


Usah obses dengan PRU13
Ahmad Lutfi
Muktamar tahunan PAS kali ke-57 mendapat perhatian istimewa. Walapun sorotan media lebih tertumpu kepada proses pemilihan parti, khususnya membabitkan jawatan timbalan presiden yang sukar diramal keputusannya, namun rakyat dilihat mengharapkan ia bakal menjadi medan perbahasan yang berkesan terhadap isu-isu kritikal yang melanda negara.

Selain mempertemukan petugas parti pelbagai peringkat dari seluruh negara, dalam satu perhimpunan tahunan terbesar, yang menjanjikan pengukuhan persaudaraan dan jalinan ukhuwwah yang mantap, saling bertukar maklumat dan penyegaran idea baru, muktamar juga bakal menyaksikan satu persidangan menarik mengupas pelbagai persoalan penting menjelang pilihan raya umum ke-13.

Meskipun banyak pihak beranggapan tarikh PRU13 mungkin tidak seawal yang dijangkakan, terutama selepas kenaikan tarif elektrik dan dipercayai disusuli kenaikan harga bahan api, muktamar yang bermula 3 Jun ini masih dianggap sebagai muktamar terakhir sebelum Parlimen dibubarkan. Justeru, perbincangan mengenai persiapan pilihan raya tetap menjadi agenda terpenting dan diharap setiap pembahas melakukan homework terlebih dahulu.

Pada hemat saya, isu-isu yang bakal mendominasi perbahasan mungkin berkisar di sekitar pendekatan terbaik PAS untuk mendekati dan menarik sokongan pengundi Melayu terutama di kampung-kampung tradisi (termasuk kawasan Felda) di luar kubu kuat oposisi, menangani komplot jahat SPR-BN-JPN khususnya menyekat manipulasi senarai daftar pemilih, prestasi kerajaan negeri Pakatan Rakyat (juga wakil-wakil rakyatnya), juga memantapkan posisi PAS dalam persefahaman politik bersama KeADILan dan DAP.

Pengarah Merdeka Centre, Ibrahim Sufian menekankan, PAS kini menghadapi situasi yang agak mencabar untuk mengembalikan sokongan dan undi Melayu-Islam sebagai alternatif kepada Umno. Selain itu, program "PAS Ganti Umno" juga dikatakan masih jauh daripada matlamat yang digariskan. Propaganda dan sentimen perkauman yang ditiupkan media Umno tidak boleh diremehkan.

Rakyat terutama di negeri yang diperintah Pakatan sentiasa memerhati dan membuat perbandingan dengan kerajaan terdahulu. Namun begitu, kegagalan PAS mempertahankan Terengganu, hanya selepas sepenggal memerintah perlu direnung kembali. Semasa menyalahkan taktik kotor Umno-BN yang gagal dihidu pada peringkat awal, kesilapan membaca persepsi pengundi juga tidak boleh dipandang ringan. Begitu juga dengan sikap tidak peduli Adun atau Ahli Parlimen terhadap masalah kehidupan rakyat. Semuanya mengundang padah.

"Saya bimbang dengan keghairahan Pakatan untuk menguasai kerajaan persekutuan sehingga mengabaikan usaha mengekalkan kemenangan di negeri sedia ada. PRU13, iaitu selepas penggal pertama Pakatan memerintah Kedah, Selangor dan Pulau Pinang, adalah masa paling sesuai untuk BN merebut balik. Apabila sudah berakar macam di Kelantan, sehinga Umno sudah lima kali gagal untuk merampas negeri itu memang sukar sekali untuk merampasnya semula," kata seorang pensyarah sains politik.

Pengalaman Kelantan wajar ditelaah penggerak parti dan strategis pilihan raya PAS yang lain. Seperti rumusan Prof Dr Mohammad Redzuan Othman yang berkampung semasa kempen PRU13 di negeri itu: "Kemenangan cemerlang yang dicapai PAS di Kelantan bukan berlaku secara kebetulan tetapi sebaliknya hasil perancangan dan kerja keras yang dilakukan setelah mengalami kejutan apabila hampir kehilangan kuasa dalam pilihan raya umum 2004." (Rujuk buku Pilihan Raya Umum Malaysia Ke-12 -- Isu dan Pola Pengundian; Penerbitan Universiti Malaya, 2011).

Muktamar juga harus memberikan fokus kepada kompleksiti anak muda, dengan tidak menganggap mudah bahawa kecenderungan mengundi mereka tetap bersama Pakatan dalam PRU13. Begitu juga dengan golongan wanita. Justeru, sayap terpenting parti, Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat, mempunyai tanggungjawab besar untuk memikat hati dan pemikiran mereka, dan memastikan parti secara keseluruhannya memang bersifat mesra dengan dua kelompok besar ini.

Bagaimanapun, saya lebih mengharapkan muktamar kali ini dapat mempamerkan kepada masyarakat umum bahawa PAS begitu peduli dan prihatin dengan denyut nadi kehidupan rakyat yang makin terhimpit ini. Kalau Umno menganjurkan siri himpunan Juara Rakyat di seluruh negara, maka PAS secara lebih jujur dan tulus perlu mengangkat problem rakyat secara tuntas dalam perbahasan di muktamar.

Saya tidak risau keupayaan perwakilan untuk membincangkan persoalan PRU13 dengan baik, sistematik dan menyeluruh. Cuma, saya lebih berpuas hati jika isu-isu rakyat (yang tidak terlalu "politikal" sifatnya, terutama yang melanda masyarakat Melayu-Islam, mencakupi pelbagai bidang, dapat diungkapkan dengan bernas dan penuh meyakinkan. Biar rakyat dapat melihat betapa seriusnya muktamar PAS mencari jalan keluar terhadap segala macam masalah yang menghimpit rakyat.

Perdebatan tentang strategi dan pendekatan PRU13 mungkin boleh dilanjutkan dalam program-program dalaman lainnya, tetapi isu-isu kritikal rakyat yang perlu langkah reformatif yang urgent harus mendominasi sidang perbahasan dalam muktamar kali ini. Media alternatif, termasuk di internet, seharusnya lebih memberikan keutamaan melaporkan isu-isu seumpama itu, berbanding hal-hal sensasi yang hanya menarik minat "pencandu" politik sahaja.


Bodohnya nak sedekah kepada Syed Azidi - Husam
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 2 Jun: AJK PAS Pusat, Datuk Husam Musa (gambar) menafikan beliau memberikan duit sebanyak RM350,000 kepada seorang blogger, Kickdefella atau nama sebenarnya, Syed Azidi.

"Adalah bodoh untuk saya mensedekahkan wang sebesar itu kepada orang seperti beliau sedangkan saya sendiri tidak pernah mempunyai wang sebanyak itu sepanjang hayat," kata Husam dalam kenyuataannya kepada Harakdaily.

Husam mengulas kenyataan Syed Azidi yang disiarkan Utusan Online yang mengaku menerima wang sebanyak itu dari wakil Husam di China.

Kenyataan itu ekoran dakwaan para blogger Umno kononnya Husam memberikan duit sebanyak itu kepada Syed Azidi untuk membantu kempen beliau menjelang muktamar ini.

Selain isu memberi wang kepada Syed Azidi, hampir semua blogger Umno menyerang Husam menjelang pemilihan kali ini.

Husam bertanding naib presiden PAS dan baru pulang dari India dan China untuk urusan kerajaan negeri Kelantan.

Berikut kenyataan penuh Husam:.

"Saya merujuk kepada kenyataan Syed Azidi yang disiarkan Utusan online dan dijangka akan disiarkan edisi cetak Utusan besok.
"Saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan kehairanan saya terhadap minat Utusan yang terlalu nyata untuk mencampuri pemilihan PAS sejak 2008 yang lalu.

"Mengenai dakwaan Syed Azidi, saya merasa hairan dakwaan ini dikeluarkan pada hari terakhir sebelum pemilihan PAS esok hari di mana saya ikut bertanding.

"Adakah kerana beliau tahu bahawa dakwaan palsu beliau akan berhadapan dengan tindakan undang-undang dan bagi mengelakkan tindakan seperti itu, ia dibangkitkan pada saat akhir seperti ini.
"Sampai hari ini saya tidak mempunyai wang sebanyak itu dalam akaun saya dan adalah bodoh untuk saya mensedekahkan wang sebesar itu kepada orang seperti beliau sedangkan saya sendiri tidak pernah mempunyai wang sebanyak itu sepanjang hayat.

"Mengnenai kononnya saya ada berbual melalui talipon dengan beliau kebelakangan ini, juga adalah palsu. Rekod talipon saya dan beliau boleh disemak.

"Namun saya akui beliau ada menghantar beberapa mesej seminggu dua yang lalu memaklumkan beliau menulis mengenai kenaikan harga minyak dan saya membalasnya sekali dengan berkata tahniah.

"Syed Azidi telah beberapa kali menimbulkan sensasi tetapi setiap kali sensasi itu berlalu, kredibiliti beliau semakin pudar."



Pemilihan Muslimat: Giliran tugas adik beradik
Salhan K Ahmad
Jun 2, 11
10:07pm

Ahli parlimen Rantau Pajang, Siti Zailah Mohd Yusof hari ini dipilih sebagai ketua muslimat PAS, manakala ahli parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud dipilih sebagai timbalan ketua sayap itu.

Siti Zailah yang meraih 358 undi menewaskan pencabarnya Nuridah Mohd Salleh, menurut keputusan yang diumumkan oleh anggota jawatankuasa pemilihan PAS, Datuk Wan Mutalib Embong.

Siti Mariah yang meraih 437 undi pula menewaskan pencabarnya Wan Hasrina Wan Hassan, menurut keputusan yang diumumkan pada kira-kria jam 7.30 malam itu.

Jawatan naib ketua pula dimenangi Mumtaz Mohd Nawi dengan 377 undi, menewaskan tiga pencabar – Mastura Mohamad, Najhatussolehah Ahmad dan juga Normala Sudirman.

Seramai dua belas orang anggota jawatankuasa muslimat yang dipilih pula termasuk anak bekas veteran PAS, exco kerajaan Selangor, Dr Halimah Ali dan juga esco negeri Kelantan, Wan Obaidah Wan Omar.

Turut dipilih ialah Aida @ Nurul Huda Yusof Rawa, Aiman Athirah Al-Jundi, Dr Asiah Ali, Azizah Khatib Mat, Kartini Ahmad dan Mastura Mohamad.

Lima lagi yang dipilih ialah Dr Najihatussolehan Ahmad, Normala Sudirman, Rohani Ibrahim, Dr Rosni Adam.

Keputusan diumumkan oleh Datuk Wan Mutalib Embong daripada jawatankuasa pemilihan.

Dalam ucapannya selepas pengumuman keputusan berkenaan, Siti Zailah berkata keputusan hari ini menunjukkan bahawa muslimat PAS tidak ketandusan pemimpin untuk mencapai perubahan.

“Saya harapkan dalam gagasan saya, untuk pimpinan kita sama-sama bersama saf kita untuk perkasakan lagi wanita Pakatan Rakyat, di semua peringkat untuk bina golongan pelapis untuk sambung perjuangan.

“Insya-Allah, kita sama-sama bangkit untuk jatuhkan Umno dan BN,” kata ahli parlimen Rantau Panjang itu lagi.

Siti Zailah turut mengambil peluang berkenana untuk mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada barisan kepemimpinan baru dan juga para perwakilan yang menunaikan tanggungjawab mereka hari ini.

Beliau yang mengakui masih terkejut dengan keputusan itu juga berkata, apa yang berlaku hari ini hanyalah giliran tugas antara adik beradik dalam muslimat PAS.

“Sekiranya saya terlupa ingatkan saya. Saya ingatkan kepada ahli di kawasan dan DUN, jika ada kesalahan, tegurlah kami. Kami terbuka untuk terima tunjuk ajar,” katanya lagi.


Khamis, 2 Jun 2011

PARTI SATU CABANG USAHA DAKWAH...WAJIB DITERUSKAN..AGAR QURAN@HUKUM ALLAH DAPAT DITEGAKAN DAN DILAKSANAKAN....


Muslimat mahu pasukan IT antifitnah
Norain Saleh
Jun 2, 11
6:56pm

Dewan Muslimat PAS meluluskan usul mewujudkan pusat informasi parti bertujuan mewujudkan ruang menjelaskan dasar parti dan menepis fitnah yang dilemparkan kepada parti itu.

Wakil Shah Alam Azlin Hezri ketika mencadang usul itu berkata, pusat berkenaan perlu diwujudkan bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13 akan datang.

“Apa yang kita harapkan, kita perlu task force. PAS wujudkan satu medan dan ruang menyampaikan maklumat terutamanya berkaitan pilihan raya.

“Betul kita ada banyak laman web dan blog, tapi perlu ada satu (portal) untuk PAS sahaja,” katanya lagi ketika mencadangkan usul berkenaan di muktamar sayap pergerakan itu di Shah Alam hari ini.

Azlin turut menyeru perwakilan supaya mencontohi aktivis internet Wa'el Ghomi – eksekutif muda Google yang mencetuskan revolusi di Mesir melalui media maya.

Azlin juga mencuit hati perwakilan wanita apabila mengajuk dialog daripada filem popular Kung Fu Panda ketika menasihatkan perwakilan bersabar menghadapi apa yang disifatkannya sebagai fitnah.

“Kita perlu kepimpinan keluarkan idea... kita mesti pakai kekuatan dalaman.

“Kamu akan dapat kekuatan daripada ketenangan dalaman,” katanya sambil disambut gelak ketawa daripada kira-kira 600 orang perwakilan di Dewan Jubli Perak, Shah Alam.

Media sedia ada terhad

Usul itu menerima sokongan daripada ketua penerangan dewan berkenaan, Salbiah Abdul Wahab yang melihat keadaan itu sebagai cabaran kepada muslimat PAS memperluaskan kebolehan mereka.

“Saya juga ingin menyatakan di dalam dewan ini ramai dari ahli yang ada (akaun) blog, Facebook dan Twitter. Saya (rasa) kita patut perkasakan kebolehan anda sekalian,” katanya.

Sementara itu, wakil Muslimat Dungun, Khairah Mokti turut serta berbahas dengan mencadangkan semua Muslimat kawasan menghasilkan laman web sendiri.

"(Perdana Menteri Datuk Seri) Najib (Razak) pun ada dah ada Facebook sendiri,” katanya.

Seorang lagi perwakilan, Erna Aznira Anuar pula berkata, usaha bagi mewujudkan pusat pasukan bertindak informasi itu perlu memandangkan PAS kini masih kurang menggunakan media baru.

“Kita ada, contohnya TV Kelantan tetapi terhad,” katanya lagi yang berpandangan bahwa PAS patut mempunyai mekanisme khusus bagi usaha berkenaan.

Kerajaan BN dikutuk benarkan penyebaran video seks
Aziz Muda
KUALA LUMPUR, 2 Jun: Persidangan Muktamar Dewan Ulama PAS Pusat ke-50 meluluskan sebulat suara usul yang dikemukakan wakil Kelantan yang mengutuk keras Kerajaan BN kerana membenarkan penayangan video lucah yang dibaboitkan dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di negara ini.

Kebenaran Kerajaan BN terthadap penayangan video itu jelas menunjukkan Kerajaan BN tidak mempunyai imej, lebih-lebih lagi dengan kegagalan para pemimpinnya memberikan penjelasan dari perspeksi Islam.


Wakil Dewan Ulama PAS Kelatan, Ustaz Nik Razi Nik Mat ketika mengemukakan usul tersebut perkata, untuk berhujah dengan para pemimpin BN mengenai perkara itu bagaimanapun tidak akan selesai.

Menurut beliau, oleh itu, rakyat perlu mengajar BN dengan menolaknya dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 ini bagi membolehkan Pakatan Rakyat melangkah ke Putrajaya.

Katanya, isu liwat membabitkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berlaku ketika Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri dulu bagi tujuan tertentu.

"Perdana Menteri ketika itu menuduh liwat Timbalannya. 20 tahun lalu, saya juga masih ingat orang yang sama memperlekehkan ulama dengan mengatakan bagaimana nak perintah negeri kalau hanya pakai serban dan kain pelikat.

"Katanya lagi kalau dah ulama elok hanya duduk di surau sahaja. Kata-kata itu dijawab Oleh Tok Guru (Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat) dengan mengatakan kalau dah begitu macam mana pula dengan orang yang berkata itu.

"Kalau dah doktor, kenapa tak buka klinik dan duduk di kinik sahaja," katanya

Bagaimanapun, Tun Dr Mahathir tetap tidak insaf dan terus memperlekehkan ulama. Allahyarham Presiden PAS yang lalu, Datuk Fadhil Mohd Noor mendoakan agar beliau dipanjangkan umur agar sempat bertaubat.

Kini Mahathir ternyata panjang umur dan berulang alik ke hospital dan diharap beliau akan faham dengan segala yang dialkukannya selama ini.

Pemerintahan BN, katanya, sejak dulu hingga kini bagaimanapun tidak pernah menitikberatkan akhlak rakyat sehingga menyebabkan anak-anak muda berpakaian tidak menutup aurat dan berkelakuan tidak senonoh.

Dalam masa yang sma, kes-kes gejala sosial dan jenayah dalam negara semakin menjadi-jadi tetrmasuik rompakl, rogol, bunuh sehingga menyebabkan rakyat hidiup dalam huru-hara.

"Kegagalan Ketajaan BN turut terbukti dengan ketidakupayaan menguruskan ekonomi dengan baik sehingga ekonomi negara menjadi todak stabil dengan kenaikan petrol dan barangan.

"Untuk mengatasinya, rakyat perlu menukar kerajaan BN kepada Pakatan Rakyat pada PRU Ke-13 ini.

Manakala perwakilan Dewan Ulama PAS Kedah yang juga dari Kubang Pasu ketika menyokong usul itu berkata, kebenaran Kerajaan BN ke atas penayangan video seks jelas membuktikan BN sudah kehabisan modal.

"Untuk membolehkan BN terus berkuasa, mereka sengaja mencipta pelbagai isu untuk memburukkan ulama, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat bagi menyekat Pakatan Rakyat ke Putrajaya.

"Serangan yang dilakukan itu memeng boleh mempengaruhi sesetengah pihak dan ia perlu ditangani dengan baik oleh PAS," katanya.


Dewan Ulama PAS tonjolkan sikap luhur
Aziz Muda
KUALA LUMPUR, 2 Jun: Para pemimpin Dewan Ulama PAS ternyata telah menonjolkan sikap luhur apabila sanggup menarik diri dari pertandingan jawatan dalam dewan itu walaupun disahkan layak bertanding.

Sikap seperti itu bagaimanapun tidak berlaku dalam dewan-dewan lain dalam PAS sehingga menjadikan. Dewan Ulama berbeza dengan pertubuhan lain terrmasuk dewan-dewan dalam PAS sendiri.

Pengerusi Jawatankiasa Pemilihan PAS, Datuk Halim Abdul Rahman berkata, sikap yang ditunjukkan oleh para pemimpin Dewan Ulama itu cukup menyenangkan jawatankuasa pemillihan dan merupakan satu catatan sejarah bagi PAS dan umat Islam.

Menurut beliau,keputusan menang tanpa berrtanding bagi kesemua jawatan dalam Dewan Ulama berlaku setelah terdapat calon-calon yang dicalonkan dan layak bertanding bagi sesetengah jawatan dalam dewan itu menarik diri dari pertandingan.

Katanya, dengan itu, kesemua jawatan dalam Dewan Ulama PAS Pusat bagi sessi 2011-2013 menang tanpa bertanding yang meliputi jawatan Pengerusi Tetap, Timbalan Pengerudi Tetap, Ketua, Timbalan Ketua, Naib Ketua, Setiausaha, Penolong Setiausaha, Bendahari, AJK dan pemeriksa kira-kira.

"Saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada para pemimpin Dewan Ulama kerana mengambil sikap luhur tanpa sebarang pertandingan. Ini merupakan sejarah bagi PAS dan umat Islam keseluruhannya," katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengumumkan secara rasmi satu catatan sejarah kemenangan tanpa bertanding kesemua jawatan dalam Dewan Ulama PAS Pusat bagi sessi 2011-2013 pada Muktamar Dewan Ulama PAS Pusat Ke-50 di Kolej Universditi Islam Zulkifli Muhammad di Taman Melewar, di sini, hari ini.

Pengumuman tersebut dibuat sekitar jam 2.30 petang ini, sebaik sahaja perwakilan Dewan Ulama PAS Melaka menyampaikan ucapannya bagi membahas ucap utama Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Harun Taib yang diwakili oleh Timbalannya, Datuk Ahmad Yaakub.

Selepas pengumuman itu, perbahasan diteruskan oleh Perwakilan Dewan Ulama PAS Selangor, Negeri Sembilan, Kelantan dan Pulau Pinang.


Anak Nik Aziz, Hadi menang Pemilihan Pemuda
Hazlan Zakaria
Jun 2, 11
6:43pm

Dua anak pemimpin tertinggi PAS diumumkan menang dalam pemilihan Dewan Pemuda yang berlangsung hari ini.

Nik Abduh, anak Mursyidul Am PAS Nik Abdul Aziz Nik Mat menang bertanding jawatan timbalan ketua Pemuda dalam pertandingan empat penjuru.

muktamar pas youth 020611 nik abduhManakala, Muhammad Khalil, anak Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang menang bertanding jawatan anggota jawatankuasa.

Nik Abduh (kanan) mendapat 26O daripada 655 undi menumpaskan penyandang jawatan itu Azman Shapawi yang hanya mendapat 94 undi dalam pertembungan empat penjuru.

Nik Abduh sebelum ini hanya anggota jawatankuasa manakala Muhammad Khalil pula pertama kami dipilih menyertai jawatankuasa pimpinan ketuanya Nasrudin Hassan yang menang tanpa bertanding.

Nik Abduh yang kelihatan terkejut dengan keputusan itu ketika dihubungi pemberita bagaimanapun mengakui kemenangannya mungkin disebabkan pengaruh bapanya.

"Saya harap boleh menjadi penggangti yang baik kepada Azman dan kemudiannya jadi pembantu yang baik kepada Nasrudin," katanya.

Gandingan baru untuk Muslimat

Kemenangan mereka berdua dijangka menguatkan lagi cengkaman kumpulan ulama dalam dewan itu.

NONEWalaupun Nik Aziz dianggap sosok terpenting bagi kumpulan berbeza pendekatan Erdogan, pendekatan Nik Abduh dilihat lebih mirip kepada kumpulan ulama.

Sementara pemilihan bagi Dewan Muslimat pula melihat perkembangan yang berbeza sama sekali apabila tumbangnya gandingan Nuridah Salleh dan Wan Hasrina Wan Hassan.

Dengan asakan hebat 'kumpulan YB dan profesional', teraju kepimpinan dewan itu bukan lagi di tangan seorang ustazah.

Dewan itu kini akan dipimpin Siti Zailah Mohd Yusof (parlimen Rantau Panjang) manakala Siti Mariah Mahmud (Kota Raja) akan bertindak sebagai timbalan yang baru.




Dewan Ulama lulus usul tolak video seks
Abdul Rahim Sabri
Jun 2, 11
6:04pm

Dewan Ulama PAS Pusat hari ini sebulat suara meluluskan usul menolak video seks yang dikaitkan dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, selepas dibahaskan.

Menurut usul itu, video itu disifatkan sebagai satu fitnah jahat yang dibuat secara terancang oleh pihak tertentu untuk tujuan politik.

NONEKeputusan itu diumumkan oleh pengerusi tetap Hamdan Mohamad selepas mendapat persetujuan perwakilan dalam muktamar dewan itu di markaz tarbiah PAS di Gombak, Kuala Lumpur.

Ketika membentangkan usul itu, wakil Dewan Ulama Kelantan Nik Razi Nik Mat mengutuk kerajaan Malaysia yang didakwanya membenarkan penyebaran video itu.

"Kerajaan Malaysia tidak ada imej. Dahulu perdana menteri yang memerintah 22 tahun menuduh bekas timbalannya liwat (sic), pada masa penerapan nilai-nilai Islam (dilakukan)," kata adik kepada Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat itu.

Selain itu, Nik Razi juga membidas mufti yang didakwanya tidak memberikan sebarang pandangan dari perspektif Islam berhubung isu berbangkit itu.

Sasar pengundi Melayu

Menyokong usul tersebut, perwakilan dari Kedah mendakwa fitnah video seks itu digunakan oleh BN bagi menghadapi pilihan raya umum yang akan datang.

alleged four full sex videos on youtube 290411 13Katanya, BN tidak mempunyai modal kerana setiap isu yang dibangkitkan, mampu ditolak oleh Pakatan Rakyat.

Bahkan, menurut perwakilan itu, video seks itu digunakan untuk menghilangkan kepercayaan PAS terhadap Pakatan.

"Mereka sebenarnya sasar pengundi Melayu... PAS bertanding 65 peratus di kawasan Melayu.

"Jadi PAS akan hadapi risiko dengan (fitnah) video ini," katanya sambil mendakwa terdapat di kalangan pengundi percayai pada video itu.

Perwakilan itu juga mendakwa, ulama dalam Umno sebagai "syaitan bisu" kerana berdiam diri walaupun ada yang mempunyai taraf pendidikan yang tinggi.

Rasionalisasikan dasar memihak korporat sebelum potong subsidi rakyat
KPRU

Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU) berasa kesal dengan langkah kerajaan untuk meningkatkan tarif elektirk secara purata sebanyak 7.12% mulai Jun 2011 mahupun pelbagai pihak, termasuk pakar ekonomi telah mengingatkan kerajaan bahawa tekanan inflasi semakin mendesak. Dalam pada itu, kerajaan juga mengumumkan bahawa tarif elektrik di negara ini akan dinaikkan setiap 6 bulan bagi tahun-tahun berikut supaya selaras dengan kenaikan harga gas asli yang dijual oleh Petronas kepada pengeluar tenaga.

Pengumuman kerajaan bahawa 4.4 juta atau 75% pengguna di Malaysia tidak akan mengalami sebarang kenaikan tarif elektrik memang dalam jangkaan. Akan tetapi, kerajaan secara sengaja mengabaikan satu fakta, iaitu harga barangan harian dan makanan akan meningkat susulan daripada pengumuman tersebut. Hal ini kerana pihak industri pengeluaran makanan yang menggunakan sebahagian besar tenaga elektrik dijangka memindah kos berkaitan kepada pihak pengguna.

Pandangan sedemikian juga disahkan oleh ketua ekonomis Ratings Agency Malaysia (RAM) Yeah Kim Leng yang mengatakan bahawa walaupun sebahagian besar isi rumah terlepas daripada kesan langsung kenaikan tarif elektrik, tetapi mereka tetap akan menghadapi bebannya apabila pengeluar dan peniaga memindakan kos yang lebih tinggi kepada pengguna.

KPRU ingin menekankan bahawa kenaikan tarif elektrik dengan kuantum yang tinggi pada ketika inflasi cukup membebankan rakyat adalah kurang wajar. Dalam konteks kenaikan kos atau harga barangan utama dan barangan harian lain beberapa kali sebelum ini, kenaikan tarif elektrik kali ini akan menyebabkan gegaran berganda kepada pengeluar yang akhirnya memindahkan tekanan itu kepada harga barangan pengguna.

Misalnya, mulai Julai 2010, harga minyak RON97 mula dinaikkan sehingga RM2.15/liter pada 2 November 2010, RM2.30 pada 1 Disember 2010, dan RM2.50 pada 4 Januari 2011. Harga minyak RON97 terbaru mencecah RM2.90/liter.

Minyak RON95 mula diperkenalkan dalam pasaran domestik pada 1 September 2009 untuk menggantikan RON92. Harganya bermula pada RM1.75/liter dan seterusnya dinaikkkan kepada RM1.80. Dalam tahun 2010, harga minyak RON95 telah meningkat sebanyak dua kali. Harga terkini minyak RON95 adalah RM1.90/liter, dan dijangka akan naik lagi dalam masa yang singkat.

Dalam tahun 2010 sahaja, harga gula telah naik mendadak sebanyak 55%. Pada Januari 2010, harga gula hanya berada pada paras RM1.10/kg, kemudian naik sebanyak tiga kali, iaitu 20 sen dalam Jan 2010, 25 sen dalam Julai 2010 dan 20 sen dalam 4 Disember 2010 sehingga RM2.10/kg. Pada 10 Mei 2011, harga gula sekali lagi naik sebanyak 20 sen menjadikan harga runcit sebanyak RM2.30/kg. Ekoran itu, Persatuan Kedai Kopi Wilayah Persekutuan-Selangor telah menaikkan harga minuman daripada RM1.20 secawan kepada RM1.40 secawan mulai 1 Jan 2011.

KPRU ingin memaklumkan bahawa fenomena kenaikan harga bukan sahaja berlaku ke atas barangan tertentu, malah kesannya besar merangkumi sektor yang luas, seperti yang ditunjukkan dalam jadual berikut:

Barangan

Harga Sebelum 2010 (RM)

Harga 2011(RM)

Kenaikan

Pakaian cita



30-50%

Tayar Baru

200

210

3-7%

Tayar Celup



10-15%

Minuman panas bancuhan


+0.20

16%

Kacang Kuning

3/kg

5/kg

67%

Kacang

4/kg

7/kg

75%

Kacang Hitam

5/kg

14/kg

180%

Kacang Merah

4/kg

7.5/kg

88%

Kacang Hijau

4/kg

7/kg

75%

Halia

4/kg

7/kg

75%

Cili Kering

7/kg

10/kg

43%

Bawang Putih

4/kg

10/kg

150%

Bawang Besar

1.2/kg

3.2/kg

167%

Kentang

1.8/kg

3/kg

67%

Nescafe dan Milo

30.00

31.50

5-6%

Gula

1.1/kg

2.30/kg

110%

Minyak RON95

1.75 /liter

1.90/liter

11%

Minyak RON97

2.05/liter

2.90/liter

41%

(Sumber: Sinchew Jit Poh, Malaysiakini, 2011)

Ekoran itu, kadar inflasi di Malaysia pada Disember 2010 mencecah 2.2%, iaitu yang tertinggi dalam tempoh 19 bulan. Indeks Harga Pengguna (CPI) kemudian melonjat ke 3% pada Mac 2011, dan seterusnya 3.2% pada April 2011, menjadikan kadar inflasi setinggi 2.9% sepanjang bulan Januari hingga April tahun 2011.

Perkembangan ini sejajar dengan unjuran dalam Laporan Tahunan Bank Negara bertarikh 24 Mac 2011 bahawa kadar inflasi akan mencatat 2.5%-3.5% bagi tahun 2011.Peningkatan kadar inflasi jelas akan memberikan impak negatif seperti menjejaskan kuasa membeli dan meningkatkan beban kos sara hidup rakyat, terutamanya kepada golongan yang kurang berdaya dan berupaya.

Satu lagi faktor penting yang telah diabaikan oleh kerajaan ialah kadar kenaikan gaji dan pendapatan boleh guna rakyat tidak dapat menyaingi kadar kenaikan inflasi. Mengikut Laporan Bank Dunia, purata kenaikan gaji sebenar di negara ini hanyalah sekitar 2.6% dari tahun 1994 hingga tahun 2007.

Satu lagi kajian yang bernama Reshaping Economic Geography Report in East Asia, an East Asian and Pacific region companion volume to the World Development Report 2009 juga menunjukkan kadar kenaikan gaji secara purata selepas krisis ekonomi 1997 di Malaysia hanya sekadar 1.9%.

Selain itu, walaupun Robert Walters Global Salary Survey 2011 mengunjurkan kenaikan gaji sebanyak 5-30% di Malaysia bagi tahun ini, tetapi unjuran tersebut hanya merujuk kepada golongan professional daripada sektor ICT, akaun, kewangan, bank, logistik dan penjualan yang jauh lebih selesa dari segi kehidupan dan pendapatan boleh guna.

Hakikatnya, pada tahun 2010, antara lebih 10 juta tenaga kerja di Malaysia, hanya 3.76 juta orang rakyat yang layak membayar cukai. Dengan kata lain, hampir 6.4 juta rakyat Malaysia tidak mampu membayar cukai pendapatan peribadi. Golongan 6.4 juta ini membentuk lapisan rakyat miskin, seperti yang disebut dalam Rancangan Malaysia Ke-10 sebagai ‘40% isi rumah yang berpendapatan kurang daripada RM2,300 sebulan dengan purata pendapatan hanya mencapai RM1,440’.

Jika pengagihan pendapatan diteliti mengikut subjek pekerja, satu kajian oleh Kementerian Sumber Manusia mengenai gaji pekerja di Malaysia mendapati bahawa hampir 34% daripada kira-kira 1.3 juta pekerja memperolehi pendapatan bulanan bawah RM700. Hampir 34% pekerja memperoleh gaji di bawah garis kemiskinan yang bermaksud seramai 1/3 pekerja bergaji di bawah paras kemiskinan

Golongan sebeginilah yang terpaksa berdepan dengan kos sara hidup yang meningkat, kekurangan peluang pekerjaan, tekanan harga barang dan sewa rumah yang melambung serta masa depan yang muram. Akibatnya, dasar rasionalisasi subsidi secara tergesa-gesa ini memang tidak banyak menggoyangkan gaya hidup golongan atasan dan elit, tetapi kehidupan rakyat biasa terjejas dan terbiar papa kedana.

KPRU berpendapat pemotongan subsidi wajar dilaksanakan sekali dengan ‘rasionalisasi’ dasar kerajaan sedia ada yang bersifat berat sebelah. Pengurangan subsidi rakyat sewajarnya dilaksanakan selepas kerajaan menilai dan merunding semula perjanjian yang memberikan subsidi ‘luar biasa’ kepada korporat besar, antaranya termasuk perjanjian antara Tenaga Nasional Berhad (TNB) dengan Penjana Tenaga Swasta (IPP) yang memberikan subsidi sebanyak RM22 billion setahun. Jika tidak, langkah kenaikan kos kehidupan rakyat tersebut bukan sahaja akan mewujudkan persepsi ketidakadilan dan kurang ‘legitimate’, malah dilihat sebagai menjalankan penjajahan berbentuk ekonomi terhadap golongan rakyat marhaen.


Panduan pimpinan menghadapi cabaran perjuangan Islam
Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat
“Sempena Muktamar ke-57”

Firman Allah yang bermaksud: “Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertakwa (8); Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya yang sedia bersih bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan) (9). Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya yang sedia bersih itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat) (10).” (Surah Asy-Syams 91:8-10)

Sesuatu yang penting dihayati dan diambil iktibar ialah mengenai pengiktirafan masyarakat Mekah kepada Nabi Muhammad SAW sebelum baginda dilantik oleh sebagai Rasul. Syakhsiyah baginda sudah masyhur sebagai seorang ‘al-amiin’ sudah diterima baik oleh semua lapisan masyarakat.

Ini bererti sifat al-amiin itu sudah menghiasi syakhsiyah Nabi Muhammad SAW sehingga terserlah kepercayaan dan keyakinan masyarakat, betapa baginda seorang yang benar-benar ‘boleh diharap’ sama ada di dunia mahu pun di akhirat.

Justeru semua individu yang bergelar pimpinan perlulah utamakan muhasabah diri supaya boleh diterima sebagai al-amiin. Ia sesuai dengan maksud firman Allah di atas (seperti maksud ayat di atas) yang meletakkan sifat membersih diri sebagai tangga kejayaan.

Maknanya, seseorang itu perlu bersih diri dan cara membersih diri ialah dengan mengawal nafsu. Percayalah, sifat peribadi (syakhsiyah) seseorang itu tidak boleh baik dan sempurna kalau nafsu tidak boleh dikawal.

Selain itu, cara bersih diri dari pengaruh nafsu buruk ialah menggunakan ‘taqwa.’ Melalui taqwa kepada Allah sahaja yang boleh menyebabkan masyarakat percaya dan yakin kepada seseorang pemimpin. Atas sifat taqwa jugalah apa sahaja yang kita buat––sembahyang, puasa, jaga keluarga hatta mengurus kemasyarakatan––masyarakat akan rasa yakin dan boleh percaya.

Begitu juga, bila seseorang itu bertaraf pemimpin, syakhsiyahnya akan dilihat baik atau sempurna bila ia tidak merokok, lekat sembahyang berjemaah, berterusan dengan amalan sunat, tidak kedekut bersedekah, ringan kaki tulang kerana kerja kebajikan rakyat atau seumpamanya. Ia sebagaimana sifat dan amalan Nabi Muhammad SAW. Apa yang utama, sifat Nabi itu hendaklah dijadikan asas melakukan muhasabah diri.

Ambillah pengajaran daripada kisah tatkala Nabi Muhammad balik dari Gua Hira’ selepas bertemu Malaikat Jibrail. Ketika itu, isteri baginda Siti Khadijah menjadi pendorong dan penguat semangat untuk Nabi berhadapan dengan tugas dan tanggungjawab setelah menerima wahyu. Kata-kata mulia Siti Khadijah berbunyi: “Sekali- kali tidak! Demi Allah, sekali- kali Allah tidak akan menghinakan kamu selamanya. Sesungguhnya kamu benar-benar orang yang suka menyambung tali persaudaraan, menghormati tetamu, membantu orang yang sengsara, memenuhi keperluan orang yang memerlukan, dan membantu orang-orang yang ditimpa musibah.”

Dalam konteks masyarakat Malaysia yang diselubungi fahaman sekular dibawa oleh Umno, ia telah menjauhkan kehidupan rakyat dari agama. Oleh itu terlalu penting bagi setiap rakyat (kalangan Melayu, Cina dan India dan semuanya) menjaga diri masing-masing supaya tubuh badan kita boleh menjadi bahan dakwah, contoh kepada semua orang.

Demikian pengalaman PAS di Kelantan yang sudah masuk 20 tahun memimpin rakyat ke jalan kehidupan beragama. Justeru di Kelantan kini wujud senario atau suasana ke’Islam’an, sekaligus mendidik rakyat menghayati amalan mengikut syariat Islam. Wujud suasana di masjid-masjid sekitar bandar yang dimakmurkan dengan sembahyang berjemaah pada setiap waktu puncak.

Begitu pula, cukup terasa ketenangan dan keselamatan ketika berada di pusat bandar. Terasa perubahan suasana, apabila hotel-hotel yang dulunya sinonim dengan aktiviti tidak sihat, sehingga ada tok-tok lebai terasa goyah bila ke hotel. Namun kini, berkat peraturan Islam, hotel sudah jadi tempat selamat didiami.

Diikuti pula, perkembangan baik berlaku dari segi sistem kewangan Negeri berikutan majoriti bank sudah bertukar kepada sistem kewangan Islam. Tidak ketinggalan, pihak bank luar negara turut membuka cawangan di Kelantan, seperti mana yang terbaru dari sebuah bank dari Kuwait. Ia disokong lagi dengan kemajuan sistem pajak gadai Ar-Rahn yang diperkenalkan oleh Kerajaan Kelantan turut diterima oleh Bank Rakyat dan Bank Islam. Malah yang terbaru, RHB Bank turut melancarkan pajak gadai Islam (ar-Rahnu).

Tidak ketinggalan, selama 20 tahun Kelantan di bawah kepimpinan Islam telah mencipta perkembangan baik di bidang pendidikan Islam. Sehingga merakam kejayaan sistem pengajian Yayasan Islam Kelantan (YIK). Malah turut berkembang sama sistem pengajian tahfiz al-Quran dan sains di bawah Kerajaan Negeri dan swasta. Kesannya telah lahir bijak pandai (intelek) Islam menguasai bidang profesional yang hafal al-Quran.

Berkat daripadanya, wujud suasana kerukunan hidup masyarakat Kelantan dan hubungan harmoni antara kaum––Melayu, Cina, India dan Siam––hidup dengan aman dan sejahtera.

Kesemuanya meletakkan asas kukuh bahawa tanggungjawab kepimpinan ke arah memerintah secara Islam adalah wajib. Lihat sahaja perjalanan Nabi Muhammad SAW sepanjang menjadi nabi dan pemimpin negara. Ketika sistem pemerintahan telah zaman-berzaman wujud di dunia, tetapi Nabi sendiri yang bawa Islam dan tatkala Islam berkuasa, maka Nabi tidak meniru sistem pemerintahan yang sedia ada. Nabi sendiri rela bergadai nyawa, demi menegakkan pemerintahan Islam. Ketika di Mekah pun, Nabi sendiri ditawar dengan serba-serbi kekuasaan dan kemewahan. Namun kesemuannya ditolak. Malah Nabi sendiri meninggalkan Mekah (berhijrah ke Madinah) demi menegakkan pemerintahan Islam.

Di Madinah pula, Nabi mengadakan tahaluf-siyasi dengan puak-puak bukan Islam (Yahudi dan Nasrani). Nabi sendiri memimpin dan mengendalikan semua urusan politik dan pentadbiran negara. Maka kepimpinan Nabi telah berlaku selama 23 tahun, bermula dari Mekah hinggalah ke Madinah.

Biarpun selama itu, apa sahaja cara dan gaya kepimpinan Nabi dilihat ‘berlawan arus’ atas semata-mata untuk tegakkan Islam. Natijahnya, Nabi berjaya menunjukkan contoh kepimpinan terbaik (khudwah hasanah) yang mesti ditiru oleh semua pemimpin dari dahulu sampailah sekarang.

Di sebalik kebaikan kepimpinan Nabi, baginda sering mengutamakan pelaksanaan tugas dan tanggungjawab atas apa yang dipimpin. Justeru Nabi bukanlah seorang yang bermewah kerana jawatan, malah pernah berhutang dengan seorang Yahudi dan sanggup mencagarkan baju rantai untuk membayar hutang. Walau pun ada sahabat sedia menyara Nabi, tetapi baginda tidak bersedia untuk hidup atas bantuan orang lain.

Pengajaran daripada syakhsiyah dan kepimpinan Nabi Muhammad SAW itu, harapnya semua pemimpin PAS hari ini perlu meletakkan ‘peribadi Nabi’ sebagai khudwah. Maka, seorang pemimpin itu hendaklah bergantung bulat kepada apa yang Nabi tunjuk itu. Ia sesuai dengan apa yang kita baca di dalam sembahyang. Sebab itulah, setiap kali sembahyang diwajibkan menyebut dan memuji Nabi. Dan sembahyang itu berlaku sebelum awal fajar dan ketika mata hari terbenam. Kesemuanya menuntut untuk kita sentiasa menyebut-nyebut sifat Nabi. Agar sifat itu sentiasa menjadi ikutan kita. Sesungguhnya, kebaikan kepimpinan Nabi Muhammad SAW jelas membawa rahmat dan kesejahteraan untuk sekalian alam. Justeru kenapakah kita tidak mahu menjadikan Nabi sebagai khudwah hasanah?

Semoga sekalian pemimpin PAS menjadikan syakhsiyah Nabi Muhammad SAW sebagai khudwah hasanah. Kepimpinan akan beroleh kejayaan dan jemaah akan terus utuh menuju matlamat perjuangan, yakni kemenangan Islam.

Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat,

Al-Mursyidul Am PAS.


Panas! Datuk Misbun Haji Sidek Masuk PAS?


http://a2.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/251488_10150196375627312_303331692311_7629782_134509_n.jpg


Inilah kejutan kedua yang dilakukan oleh Dewan Pemuda PAS Malaysia setelah yang pertama di himpunan 30K yang membawa masuk Bob Lokman. kali ini lebih ramai seperti Chairil Anwar bekas penyerang Hoki Kebangsaan, Ustaz Azhar Idrus pendakwah bebas terkenal tanahair, Radhi Mat Din bekas penyerang bola sepak negara dan malangnya Misbun Sidek tidak dapat hadhir last minit untuk menaikan rating kejutan kedua ini. Selain mereka, anugerah tokoh anak muda juga diberi kpd ialah Dr Abdul Basit Abd Rahman dan Bob Lokman




TAHNIAH BAGI YANG MENANG...BEKERJA KERANA ALLAH BUKAN KERANA PAS..BILA KERANA ALLAH MERANGKUL SEMUANYA..JANGAN SYIRIKKAN ALLAH ATAU NIAT SELAIN ALLAH



Warkah di ambang maut: Cuba satu panggilan
Yong Vui Kong
Jun 2, 11
5:18pm

Yong Vui Kong, rakyat Malaysia kelahiran Sabah, sedang merengkuk di penjara Singapura. Beliau menunggu hukuman gantung ke atasnya dilaksanakan kerana kesalahan mengedar dadah.

Malaysiakini akan menyiarkan surat-surat terakhir Yong kepada Yetian - seorang anggota kempen "Selamatkan Vui Kong" - sepanjang 12 minggu terakhirnya menghitung kematian.

Yetian,
Apa khabar? Aku di sini sihat walafiat. Terima kasih atas sikap prihatinmu. Aku jalani kehidupan di penjara dengan baik sekali. Semua melayanku dengan mesra.

Memasuki Jun, semua orang bersiap sedia untuk merayakan Hari Bapa. Walaupun dalam kesibukan tugas, aku harap kita dapat mencuri sedikit masa untuk pulang dan melawat ayahanda masing-masing.

Pada tahun 1993, ketika masih kecil, bapa meninggalkan ibuku. Pada masa itu, perasan kami adik beradik sedih bercampur marah. Ibu keseorangan tanpa peneman hidup.

Kami semua salahkan bapa yang tidak berhati perut tinggalkan ibu. Di kalbu kami penuh perasaan benci dan berang. Namun, ketika itu kami masih kecil dan tiada apa yang boleh dilakukan selain menelan bulat-bulat kekejaman itu.

Masih jelas dalam ingatan ketika kami letakkan semua kesalahan itu di pundak bapa. Hanya kakak sulung kami Yoke Yin sahaja yang faham. Jadi, selain beliau, bapa terus terasing daripada anak-anaknya yang lain.

Namun, kami faham bahawa perkara ini cuma masalah ketika membesar dan tidak mudah untuk anak kecil seperti kami untuk menilainya.

Pada kami, tindakan bapa meninggalkan ibu sungguh tidak adil. Ekoran tindakan itu, ibu harus memikul beban menyara keluarga berseorangan. Ibu harus menjaga kami semua. Oleh kerana itu juga, pada usia muda, kami adik beradik terpisah.


Masih segar dalam ingatan juga apabila pada suatu pagi, tidak gagal mengejutkan kami untuk ke sekolah. Akibatnya, datuk memukulnya. Aku menyorok dengan ketakutan di satu enjuru ketika itu.

Bagaimanapun, aku ingin sangat jadikan tubuh sendiri sebagai perisai untuk ibu. Aku meratap sedih, aku bersumpah untuk bekerja dengan segera. Dengan itu aku mampu bawa ibu keluar dari tempat itu.

Aku fikir, jika bapa masih ada, ibu tidak akan dipukul. Tetapi ini semua tinggal kenangan. Mempelajari dan memahami falsafah Buddha tidak membenarkan aku menaruh kebencian lagi.
Orang tua amat penting. Semua kita perlukan mereka, darah daging kita.

Aku tidak tahu bagaimana bapa melihat perkahwinannya dengan ibu. Mungkin itu cuma kesalahan daripada awal. Atau dia hanya merasakannya sebagai tanggungjawab. Tetapi di mata anak-anak kecil, tanpanya, kami tidak akan dilahirkan di dunia ini.

Selepas menjejakkan kaki ke penjara, bapa ada beberapa kali mengunjungiku. Dia nampak sudah dimamah usia. Dia juga kulihat meratapi nasibku. Aku tahu, dia salahkan diri sendiri. Namun bagi aku, aku mahu melupakan sejarah silam.

Aku juga punya bapa angkat. Dia rakan baik pada bapaku. Kerana simpati, dia menjagaku selama dua tahun. Aku juga amat berterima kasih padanya. Aku dengar, dengan kes aku ini, dia sangat sugul dan mengarang surat terbuka untukku.

Atas kesempatan ini, aku ingin ucapkan," Selamat Hari Bapa". Tolong maafkan saya.

Yun Leong ada datang mengunjungiku selepas pulang ke kampung halaman kami. Aku menghujankan bertalu-talu pertanyaan tentang khbar ibu.

Ibu fikir, " Vui Kong dalam pencarian, perjalanan menuju pencerahan".

Aku mahu tanggapannya itu kekal. Aku harap dia sihat di hari-hari terakhirnya. Aku masih ingat, aku berjanji pada diri sendiri untuk beri ibu kehidupan yang baik.

Malangnya ia tidak berlaku. Tanggungjawab itu kini beralih tangan kepada adik beradik yang lain.

Yun Leong juga ada beritahu aku, kesihatan ibu bertambah baik kebelakangan ini. Dia tidak lagi perlu mengambil banyak ubat-ubatan. Senyuman pun selalu terukir di bibirnya.

Walaupun tidak dapat bertentang wajah, aku masih gembira melihat riak mukanya melalui wajah saudara lelakiku itu. Sama ada ibu tahu atau tidak penghujung hidupku nanti, biarlah ia berlaku dengan sendiri.

Yetian, keputusan presiden akan tetap tiba. Sama ada ia baik atau buruk, aku harap semua akur padanya. Kita harus memandang berat daripada membiarkan anak muda lain menyusur jalanku.

Fikir tentang perkara ini buat aku terkenang anggota keluarga. Hati mereka semua seakan diruntun. Aku kecewakan mereka. Disebabkan aku juga, mereka tertekan.

Sudah tentu aku harap kerajaan Malaysia dapat membantu orang lain yang turut di hujung nyawa dan menghadapi hukuman mati. Sebahagian daripada mereka sepatutnya terus hidup.

Yetian, segigih mana pun kau bekerja, jangan lupa, sekurang-kurangnya berilah satu panggilan telefon untuk keluarga.

Ikhlas,
Vui Kong

YONG VUI KONG, dijatuhkan hukuman mati pada November 2009 kerana mengedar dadah. Beliau hanya berusia 19 tahun. Pada 4 April lalu, beliau gagal dalam rayuan terakhirnya bagi mengelakkan hukuman mati mandatori.

Remaja itu dijadual digantung dalam tempoh kurang tiga bulan kecuali diberikan pengampunan oleh presiden Singapura.


Wanita DHPP puji muktamar muslimat lancar

Hazayani Zakaria

SHAH ALAM, 2 Jun: Wanita Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) mencadangkan muslimat lebih kerap mengadakan program penerangan di kawasan luar bandar.

Ketuanya, Kumutha Dewi A/P Raman berkata, masih ramai penduduk kapung yang tidak memahami perjalanan sistem pentadbiran di negara ini termasuk mengenai sistem pilihan raya dalam negara.

"Setakat yang saya jumpa orang kapung, masih ada yang tk faham apa itu demokrasi berparlimen. Bagaimana perjalanan Dewan Undangan Negeri, Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

"PAS kena memberikan penerangan mengenai perkara ini," kata beliau sewaktu menyampaikan ucapan penangguhan di Muktamar Dewan Muslimat PAS Pusat ke-51 di Dewan Banquet, Bangunan SUK, dekat sini hari ini.

Beliau turut memuji kelancaran perjalanan muktamar kali ini yang disifatkan "lebih baik" daripada tahun-tahun lalu.

"Saya perhatikan muktamar kali ini lebih lancar berbanding tahun lalu dan para perwakilan berbahas dengan bagus dan matang," katanya yang pernah menjadi calon PAS pada pilihan raya umum 2008.

Sementara itu, ahli jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Seri Muhamad Nizar Jamaluddin menyambut baik ucap tama ketua DMPP, Nuridah Salleh mengenai persiapan muslimat untuk menghadapi pilihan raya umum (PRU) ke-13.

Menurutnya, seluruh muslimat harus mengambil kesempatan bermula dari sekarang untuk melangkah ke Putrajaya.

"Itu arahan spesifik daripada ketua muslimat kepada semua peringkat muslimat untuk mengembleng tenaga mereka ke arah Putrajaya.

"Saya nampak itu satu dorongan supaya semua petutugas muslimat mengambil kesempatan ini untuk memberikan segalanyaida kira masa, wang ringgit ke arah menjayakan Pakatan Rakyat ke Putrajaya.

Ujarnya juga, ucapan Nuridah itu juga jelas ke arah menyatukan seluruh muslimat untuk mencapai dan mengekalkan kemenangan PAS.

"Ayat-ayat tadi merupakan ayat penyatuan ke arah kita menguruskan kemenangan serta cekal dan berani dalam perjuangan ini," katanya yang juga bekas Menteri Besar Perak.

Bubarlah sekarang kalau Najib berani
M Faqih

BIAR pun Harakah edisi cetak keluaran Isnin lepas menggunakan tajuk ‘PRU Julai’, namun Perdana Menteri nampaknya masih teragak-agak. Kenaikan tarif elektrik menjadi bebanan baru buat Datuk Seri Najib Razak.

Kenaikan sebanyak 7.12 peratus atau 2.23 sen bagi kilowat jam (kwj) menyebabkan bil sebelumnya tentu bertambah lagi. Cuma bil elektrik tidak berubah apabila rumah tidak ada penghuni.

Paling minima disebut RM20 bagi pengguaan elektrik 91.7 kwj. Itu pun hanya terpakai setakat 31 Disember depan. Selepas itu mungkin kerajaan akan mengkaji balik kadar terbabit.

Namun, pada pengumuman 31 Mei lalu, kerajaan tidak menyebut kajian akan dibuat dalam tempoh setiap enam bulan, seperti didakwa banyak pihak sebelum ini.

Aneh juga berdasar iklan disiar media 1 Jun lalu, TNB menyifatkan sumber tenaga boleh baharu seperti hidro, biomass dan solar disifatkan tidak berdaya saing.

TNB juga menyebut sumber tenaga konvensional iaitu penjanaan elektrik berskala besar lebih berdaya saing.

Nampak sangatlah tenaga boleh baru yang mampu menjimatkan wang rakyat bukan pilihan utama kerajaan BN. Betullah seperti didakwa bekas akauntan Petronas, Mohd Rafizi Ramli kewujudan penjana tenaga bebas (IPP) hanya projek menguntungkan kroni.

Dan apabila kroni laba tentunya untung akan mengalir juga kepada pemimpin politik.

Maka tidak hairanlah awal-awal lagi Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan meminta jangan dipolitikkan kenaikan tarif baru.

Nada itu samalah seperti acap kali diulang-ulang sebelum ini. Menteri tidak mahu harga barangan dinaikkan, sedangkan harga bahan api bertambah. Ini seperti cerita pak pandir.

Teori lama itu tidak mampu diguna pakai lagi. Apa yang rakyat hendak tahu Perjanjian Pembelian Tenaga (PPA) dengan pemilik IPP.

Malangnya Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Peter Chin awal-awal lagi memberitahu kerajaan tidak boleh memaksa didedahkan kepada umum PPA yang dimeterai.

PPA ditandatangani antara beberapa IPP dan TNB. "Siapa kita untuk beritahu mereka supaya mendedahkannya” kata Peter kepada kepada sebuah laman berita baru-baru ini.

PPA ialah kontrak undang-undang antara pengeluar dan pembeli tenaga. Sekarang perjanjian itu diklasifikasi di bawah Akta Rahsia Rasmi.

Rafizi ketika berceramah di Kampung Kubur Kuda di Kota Bharu malam Sabtu lalu mendedahkan kewujudan IPP berpangkal kisah di sebalik gangguan bekalan elektrik di seluruh negara pada 1996.

Ketika itu gangguan disebabkan sistem penghantaran (transmission line) terjadi tripping. Hanya berasas masalah teknikal tiba-tiba Tun Dr Mahathir Mohamad mencetus idea besar melahirkan IPP.

Ani Arope jadi mangsa

Alasan diberi Dr Mahathir kerana TNB tidak mampu membekal elektrik mencukupi.

Pengerusi TNB yang cukup dikenali ketika itu, Tan Sri Ani Arope dijadikan mangsa. Beliau dihentam Perdana Menteri, akhirnya meletak jawatan.

Rafizi juga mendakwa TNB menjadi mangsa apabila dipaksa membeli tenaga dibekal IPP dengan harga mahal. Kesannya kerajaan terpaksa menanggung subsidi antara RM19 hingga RM21 bilion.

“Kerajaan memilih untuk menghukum pengguna dan pemilik industri tanpa menghiraukan keuntungan dikecapi IPP,” katanya.

Sedangkan harga gas di Malaysia 1 Jun lalu masih murah berbanding di negara ASEAN lain. Di negara kita ialah RM13.70 mmBtu, sedangkan di Thailand (RM18.23 per mmBtu), Singapura (RM43.32) dan Indonesia (RM21.04).

Berpandu kepada kedudukan harga gas tersebut Persekutuan Pengilang-pengilang Malaysia (FMM) menyifatkan kenaikan tarif elektrik tidak adil.

Pengguna dipaksa menanggung bebanan akibat kegagalan pengeluar tenaga membekalkan tenaga yang murah.

Presiden FMM, Mustafa Mansur dalam kenyataannya berkata, walaupun pengurangan subsidi gas sebanyak RM3 bagi setiap mmBtu, harga gas di Malaysia masih jauh lebih rendah berbanding negara lain di rantau ini.

Hairannya biar pun harga gas lebih tinggi di Thailand, namun bagi voltage rendah, sederhana dan tinggi, tarif elektriknya lebih rendah. Bagaimanapun tarif elektrik komersil di Thailand hanya 0.4 peratus lebih tinggi daripada RM37.85 kw/j di Malaysia.

Berasas kepada perkiraan itu ramai mendakwa IPP meraih keuntungan lumayan daripada kontrak yang cuba dirahsiakan kerajaan.

IPP menikmati subsidi gas sedangkan sebahagian besar mereka disenaraikan orang paling kaya di Malaysia. Dalam senarai billionaire 2011 ada nama mereka. Malangnya kerajaan BN masih bermurah hati sedekahkan subsidi kepada billionaire.

Berpangkal kepada kemelut yang dicipta Najib 1 Jun lalu, maka petanda pilihan raya umum ke-13 kini menjadi semakin samar.

Umno belum tempah poster

Hujah itu disokong pula dengan dakwaan sumber, ibu pejabat Umno di PWTC belum lagi menempah material kempen daripada luar negara sebagaimana lazim dilakukan.

Kata sumber itu biasanya segala peralatan kempen termasuk poster ditempah dari China. Andaian itu ada asasnya.

Sebaliknya seorang pegawai jabatan pusat pula memberitahu ada arahan daripada ibu pejabat supaya jabatannya mendekati kelompok penduduk.

”Perjumpaan dengan mereka perlu diadakan bagi mengetahui apa yang kehendaki daripada kerajaan,” ujar pegawai terbabit.

Pegawai lain pula memberitahu penjawat awam yang berminat bertugas sebagai pembantu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada hari mengundi sudah disenaraikan.

Tindak tanduk tersebut seperti menggambarkan SPR sudah bersiap sedia menghadapi pengisytiharan PRU-13 pada bila-bila masa. Cuma Najib sahaja nampak gelabah.

Malah agenda setting Umno memperkudakan Utusan sudah rapat ke siling.

Utusan hari ini benar-benar mempraktikkan teori yang digunapakai bekas Menteri Penerangan Itali zaman Hitler iaitu Joseff Goeble.

Joseff menyebut ”kerajaan hendaklah berbohong kepda rakyat dan pembohongan itu hendaklah diulang-ulang supaya rakyat percaya. Jangan sama sekali rakyat tahu kebenaran. Kebenaran adalah musuh negara.”

Inilah yang sedang berlaku di hadapan kita sekarang. Video seks adalah bukti Umno menggunapakai teori Hitler bagi menghalang kebangkitan Pakatan Rakyat.

Biar pun Wata Hawari disingkir, Umno lupa masih ramai lagi refomis journalist berada di bawah bumbung Utusan Melayu.

Sekarang siapa yang terjerat dalam isu tarif baru elektrik. Dendam rakyat pastinya akan dizahirkan pada kertas undi. Bubarlah parlimen sekarang kalau Najib berani.


KJ turut bahas dan setuju ucapan Ketua Pemuda PAS
Ismail Hashim
SHAH ALAM, 2 Jun: Ucapan dasar Ketua Dewan Pemuda Malaysia bukan sahaja diterima baik oleh Ketua AMK dan Ketua DAPSY malah Khairie Jamaluddin (KJ) juga turut membahas dan bersetuju.

KJ diberi peluang berucap selama 10 minit di dalam Auditorium MBSA, tempat berlangsungnya Muktamar Tahunan Pemuda PAS kali ke 52, yang bermula malam tadi dan berakhir awal malam ini.

Beliau bangkitkan tentang keazaman pimpinan Pakatan Rakyat untuk mentadbir pusat pentadbiran Malaysia, Putrajaya namun masih kekurangan pemimpin.

Hal ini, tegasnya, perlu diberi perhatian segera jika mahu segala hasrat besar dan matlamat suci itu tercapai.

Dalam ucapannya, KJ masih mampu menarik minat perwakilan dan pemerhati serta pimpinan meskipun ketika itu sangat enak dibuai pendingin hawa.

Beliau membangkitkan isu ramai dalam kalangan pimpinan parti yang banyak memberikan alasan tidak mempunyai pengalaman bila dilantik.

Akibat negatif dari sikap tidak mahu melaksanakan amanah kepimpinan menyebabkan seorang terpaksa memegang dua tiga jawatan.

Dalam hal ini, KJ membawa contoh menarik dan ramai yang bersetuju dengannya sehingga mampu hilangkan rasa mengantuk di petang hari.

Menurutnya, bila dilantik untuk memegang jawatan, mulalah alasan tidak mempunyai pengalaman akan timbul.

"Jika untuk berkahwin tidak pula mereka berkata tiada pengalaman dalam alam baharu sebab baharu sahaja meninggalkan alam bujangan.

"Pegang jawatan, tiada pengalaman tapi boleh pula mereka berkahwin sedangkan tiada sebarang pengalaman pun," ujarnya.

Dalam masa sama, tidak ada pula isteri bertanya, Abang ada pengalamankah dalam perkahwinan, seloroh beliau.

Ketika mula berucap, hadirin tidak perasan bahawa beliau adalah KJ dan meminta pada semua agar tidak mensensasikan namanya.

Atas sikapnya sebagai Naib Ketua Pemuda PAS Perak, Ustaz Khairie Jamaluddin bagi mewakili negeri itu untuk berucap dalam muktamar pemuda.


Keputusan penuh pemilihan Dewan Pemuda PAS
Harakahdaily
SHAH ALAM, 2 Jun: Berikut adalah senarai Jawatankuasa Dewan Pemuda PAS Pusat untuk Sesi 2011/2013:

Pengerusi Tetap: Ustaz Misbahul Munir Haji Masduki

Timbalan Pengerusi Tetap: Ustaz Kamal Ashaari

Ketua: Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi

Timbalan Ketua: Ustaz Nik Abduh Nik Abdul Aziz

Naib Ketua: Raja AlHiss Raja Yaakob

Ahli Jawatankuasa:
1) Ustaz Riduan Mohd Noor
2) Khairul Faizi Ahmad Kamil
3) Ustaz Ahmad Baihaqi Atiqullah
4) Adram Musa
5) Kamaruzzaman Mohamad
6) Ustaz Ahmad Fadley Shaari
7) Ustaz Mohd Khairul Abdul Hadi
8) Ustaz Nazri Chik
9) Yusni Mat Piah
10) Hamzan Sany
11) Syed Qadir
12) Ustaz Mohd Noor Hamzah



Keputusan penuh pemilihan Dewan Muslimat PAS
Te@M.IT

Jun 02 |19:40

SHAH ALAM, 2 Jun - Berikut adalah senarai Jawatankuasa Dewan Muslimat PAS Pusat untuk Sesi 2011/2013:

Pengerusi Tetap: Norhashimah Deraman

Timbalan Pengerusi Tetap: Fatimah Ismail

Ketua: Siti Zailah Mohd Yusof, YB 385 undi

Timbalan Ketua: Siti Mariah Mahmud, YB Dr. 437 undi

Naib Ketua: Mumtaz Mohd Nawi, YB 334 undi

Ahli Jawatankuasa:
1) Aiman Athirah Al-Jundi 497 undi
2) Halimah Ali, ) YB Dr 482 undi
3) Asiah Ali, Dr 470 undi
4) Aida@Nurul Huda Yusof Rawa
5) Wan Ubaidah Wan Omar, YB
6) Kartini Ahmad
7) Mastura Mohammad
8) Normala Sudirman
9) Azizah Khatib Mat, Ustazah
10) Rosni Adam, Dr
11) Najihatussolehan Ahmad, Dr
12) Siti Aisyah Ghazali, YB



Siti Zailah dinobat Ketua Muslimat

Hazayani Zakaria
SHAH ALAM, 2 Jun: Pemilihan Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) bagi sesi 2011/2013 menyaksikan Siti Zailah Mohd Yusof menang jawatan Ketua DMPP menewaskan penyandang sebelumnya, Nuridah Salleh.

Perkara tersebut diumumkan timbalan pengerusi jawatankuasa pemilihan PAS Pusat, Datuk Mutalib Embong sebentar tadi.

Bagi jawatan timbalan ketua pula dimenangi Dr. Siti Mariah Mahmud menewaskan pencabarnya Wan Hasrina Wan Hassan.

Manakala jawatan naib ketua kekal dengan Mumtaz Md Nawi menewaskan tiga pencabar lain iaitu Mastura Mohamad, Normala Sudirman dan Dr. Najihatussalehah Ahmad.

Berikut adalah senarai Jawatankuasa Dewan Muslimat PAS Pusat untuk Sesi 2011/2013:

Pengerusi Tetap
1. Nor Hashimah Deraman

Timbalan Pengerusi Tetap
Fatimah Ismail

KETUA
Siti Zailah Mohd Yusof, YB

TIMBALAN KETUA
1. Siti Mariah Mahmud, Dr

NAIB KETUA
Mumtaz Mohd Nawi

JAWATANKUASA KERJA
1. Aiman Athirah Al-Jundi
2. Halimah Ali, Dr. YB
3. Asiah Ali, Dr.
4. Aida@Nurul Huda Yusof Rawa
5. Wan Ubaidah Omar, YB
6. Kartini Ahmad
7. Mastura Mohamad
8. Normala Sudirman
9. Azizah Khatib Mat
10. Rosni Adam
11. Najihatussolehan Ahmad, Dr.
12. Siti Aisyah Ghazali, YB

Pemeriksa kira-kira
1. Basmatul 'Uyun Yusof
2. Normilan Mamat

Anak Nik Aziz menang timbalan Pemuda PAS
Hazlan Zakaria
Jun 2, 11
6:43pm

Nik Abduh, anak Mursyidul Am PAS Nik Abdul Aziz Nik Mat menang bertanding jawatan timbalan ketua Pemuda parti itu dalam pertandingan empat penjuru.

Beliau menang bergaya dengan 26O daripada 655 undi menumpaskan penyandangnya Azman Shapawi yang hanya mendapat 94 undi sahaja.

Manakala dua lagi pencabar Firdaus Jaafar dan Suhaizan Kaiat mengekor di belakang dengan undi sebanyak 193 dan 107 undi masing-masing.

Nik Abduh akan membantu ketua dewan itu Nasrudin Hassan yang menang tanpa bertanding.


Dewan Ulama lulus usul tolak video seks

Abdul Rahim Sabri
Jun 2, 11
6:04pm

Dewan Ulama PAS Pusat hari ini sebulat suara meluluskan usul menolak video seks yang dikaitkan dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, selepas dibahaskan.

Menurut usul itu, video itu disifatkan sebagai satu fitnah jahat yang dibuat secara terancang oleh pihak tertentu untuk tujuan politik.

Keputusan itu diumumkan oleh pengerusi tetap Hamdan Mohamad selepas mendapat persetujuan perwakilan dalam muktamar dewan itu di markaz tarbiah PAS di Gombak, Kuala Lumpur.


Aktivis diarah tweet 100 kali kerana memfitnah
Jun 2, 11 7:55pm

Seramai 4,253 pengikut laman Twitter Fahmi Fadzil mungkin pelik dengan pesanan bertalu-talu daripada aktivis sosial itu yang memohon maaf kepada sebuah syarikat penerbitan.

Dalam 'penyelesaian' yang tidak pernah berlaku, Fahmi diarahkan untuk menulis permohonan maaf di laman sosial itu sebanyak seratus kali dalam masa tiga hari.

Syarikat itu - Blu Inc Media & Majalah Female - mengarahkannya menulis: "I've DEFAMED Blu Inc Media & Female. My tweets on their HR Policies are untrue. I retract those words & hereby apologize."

(Saya MEMFITNAH Blu Inc Media dan Majalah Female. Tweet saya tentang polisi HR [sumber manusia] mereka tidak benar. Saya tarik balik kata-kata itu dan mohon maaf.)

Beliau diminta berbuat demikian untuk mengelakkan daripada diheret ke mahkamah.

Semuanya bermula apabila Fahmi - yang juga setiusaha politik kepada Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar - diminta menulis secara bersiri perkara itu di akaun Twitter @fahmi_fadzil.

Pada 25 Januari lalu, Fahmi mendakwa seorang rakannya tidak dilayan dengan baik oleh majikannya di majalah Female kerana mengandung sehingga mendorongnya meletakkan jawatan.

Sedar dengan kesilapan tersebut, Fahmi memohon maaf beberapa jam selepas itu dalam laman yang sama.

Bagaimanapun, pada Mac, peguam Blu Inc menghantar surat padanya mendakwanya memfitnah syarikat penerbitan besar itu yang turut memiliki beberapa majalah popular termasuk Her World, Glam dan Eh! dan memegang lesen penerbitan Men's Health dan Seventeen Men.

Mereka menuntut Fahmi menyiarkan memohon maaf secara bertulis dan menyiarkannya dalam akhbar harian selain membayar gantirugi.

Oleh kerana tidak mampu ekoran harganya mencecah puluhan ribu ringgit, Fahmi dan Blu Inc mencapai kata sepakat untuk memohon maaf secara berperingkat dalam laman twitternya.

Bagaimanapun, Fahmi ketika dihubungi oleh Malaysiakini hari ini menganggap perkara itu sebagai "pengalaman yang baik".

"Saya kini mengambil iktibar bahawa anda perlu bertanggungjawab terhadap apa yang kamu tulis di Twitter," katanya lagi.

BERKATA..BERJANJI..BERUCAP LEBIH MUDAH DARI MELAKSANAKANNYA...TAK KAN SEMUA IA CAKAP BENAR...ALLAH SAJA TAHU IA TIPU ATAU TAK.....

Muslimat: 'Tawan' pengundi, rakan dan musuh
Hazayani Zakaria
SHAH ALAM, 2 Jun: Muslimat PAS di semua peringkat diseru mempraktikkan segala ilmu dan kepakaran berkaitan pilihan raya yang diperoleh sebelum ini bagi menghadapi pilihan raya umum (PRU) ke-13.

Ketuanya, Nuridah Salleh berkata, sudah sampai masanya segala pengalaman yang diperoleh melalui kursus dan bengkel yang dianjurkan parti selain melalui 16 siri pilihan raya kecil dan pilihan raya negeri Sarawak digunakan sebagai persedian akhir menghadapi PRU ke-13.

"Gendang PRU ke-13 sudah dipalu dan mulai hangat kedengaran ke seluruh pelusuk negara. Umno BN telah mula mengembar-gemburkan slogan-slogan “Satu Malaysia”, transformasi ekonomi dan sebagainya serta telah menabur janji-janji manis.

"Marilah kita tekadkan azam, kuatkan semangat, merancang dan melaksanakan gerak kerja PRU dengan penuh komitmen. Tiada alasan menasabah untuk kita masih bertangguh-tangguh.

"Kita memerlukan komitmen semua ahli-ahli PAS seluruhnya dan para muslimat adalah satu komponen penting jamaah kita dalam menguruskan gerak kerja bagi mencapai kejayaan," katanya sewaktu menyampaikan ucap tema di muktamar Dewan Muslimat PAS Pusat kali ke-51, di Dewan Bankuet bangunan SUK Shah Alam, dekat sini hari ini.

Dalam ucapan bertema "Memimpin Perubahan, Meneraju Kebangkitan", Nuridah mensasarkan tiga golongan untuk 'ditawan' melalui tiga pendekatan sebagai persediaan PRU ke-13 iaitu, pertama; menawan hati pengundi-pengundi melalui penerangan dan dakwah berhikmah.

Menurut Nuridah, muslimat seharusnya telah turun padang mengenal pasti pengundi-pengundi, mendaftarkan pengundi-pengundi muda dari kalangan kita dulu, jiran tetangga dan rakan taulan termasuk menziarahi setiap rumah di bandar-bandar, pinggir-pinggir bandar, di setiap kampung dan desa menyeru dan meraih mereka agar memilih Islam yang syumul.

"Kita ketuk pintu-pintu hati mereka dengan penuh keinsafan dan kesedaran beragama serta keharmonian bermasyarakat. Kita jelaskan juga cita-cita perjuangan PAS – PAS For All – PAS untuk semua dan terangkan kepada mereka segala tawaran Pakatan Rakyat seperti yang tertera pada Buku Jingga," katanya.

Muslimat juga tegasnya harus menjelaskan perubahan dan pembaikan yang telah dilakukan terhadap negeri-negeri di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat terutamanya peranan muslimat PAS khususnya dan wanita Pakatan Rakyat amnya dalam urusan pentabdiran kerajaan dengan menerajui portfolio yang mencabar seperti pelaburan dan perindustrian, pendidikan tinggi dan pembangunan insan di Selangor. Juga menerajui portfolio kesihatan, kebajikan masyarakat dan pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat di Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor.

Kedua; menawan hati rakan melalui ketulusan hati.

Nuridah berkata, bagi menawan hati rakan, semangat setiakawan bersama-sama rakan-rakan seperjuangan dalam Pakatan Rakyat, semua wanita ahli-ahli dan penyokong Dewan Himpunan Penyokong PAS, PKR, PSM dan DAP harus diperkukuhkan bagi berganding bahu melaksanakan strategi serta muafakat setempat.

"Fokuskan kepada kepentingan dan matlamat bersama dan kecilkan segala salah faham dan pekara titik-bengik yang menghalang kita dapat bergerak maju dengan penuh kesepaduan. Kejayaan Pakatan Rakyat adalah kejayaan kita bersama," katanya.

Ketiga; menawan hati lawan melalui strategi bijaksana.Nuridah menyeru seluruh muslimat mematuhi segala arahan pimpinan dalam melaksanakan strategi menghadapi pihak lawan dan tidak terburu-buru mengambil keputusan sendiri serta tidak menangguhkan sesuatu pelaksanaan.

"Contoh teladan para sahabat Rasulullah yang setia mematuhi segala arahannya. Ambillah tugasan yang kita ukur dengan kemampuan kita janganlah cemburu dengan kemampuan sahabat dan rakan seperjuangan. Juga kita perlu berani mencuba dan jangan ragu-ragu dengan segala keputusan yang telah dimuafakatkan," katanya.

Justeru ujarnya, seluruh muslimat samaada golongan muda atau veteran harus bersama-sama berjuang untuk kelangsungan parti tanpa ada sikap suka berlengah-lengah.

"Mari kita bergerak di dalam satu saf jamaah bersepadu secara terancang dan tersusun mengikut kemampuan kita dan terus mara ke medan jihad. Selagi kita tidak bermula dengan mengharapkan orang lain, selagi itu kita tidak akan mampu menahan gelombang dakyah kehidupan sekular yang membawa dosa dan kemaksiatan secara berseorangan," katanya.

Tambah beliau lagi, sudah tiba masanya muslimat mengurangkan atau meninggalkan terus segala aktiviti yang tidak bermanfaat sebaliknya menggunakan peluang dan ruang yang ada untuk membantu jemaah melawan Umno Bn.

"Masa untuk bersenang-senang, sembang-sembang di atas tangga, membeli-belah tanpa menghirau masa di pasaraya, bersantai-santai dengan teman membiar masa berlalu begitu saja, duduk berjam-jam di depan tv, melayari internet tanpa tujuan perlulah dihentikan segera.

"Masa untuk sibuk dengan agenda peribadi sahaja telah berakhir! Marilah kita bersama-sama turun padang mengharungi segala onak dan duri. Masa untuk kita terlalu singkat sedangkan terlalu banyak perubahan dan pembaikan yang perlu dilakukan. Kerana kematian dan pertemuan dengan Allah sangat hampir. Kita amat bimbang amanah yang dipikul ini tidak sempat ditunaikan dengan baik," katanya.

Muslimat sasar 1 Dun, 1 Parlimen setiap negeri
Hazayani Zakaria
SHAH ALAM, 2 Jun: Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) sedang mensasarkan satu negeri satu Dewan Undangan Negeri (Dun) dan satu Parlimen bagi calon wanita.

Pengarah pilihan raya DMPP, Dr. Siti Mariah Mahmud berkata, cabaran bagi mereka adalah memadankan calon wanita dengan kerusi Dun atau Parlimen yang sesuai.

Menurutnya, PAS tidak mempunyai masalah kekurangan calon tetapi perlu melihat beberapa faktor sebelum diletakkan di sesuatu kerusi terutamanya dari segi anak tempatan atau tidak.

"Kita minta setiap negeri menyediakan dan mengemukakan calon wanita untuk Dun dan Parlimen.

"Cabaran sekarang ini untuk mencari calon yang boleh menang untuk diletakkan di Dun atau Parlimen. Dalam perkiraan politik tak guna kita letak calon wanita tapi tak boleh menang.

"Kena ada kerusi dan calon yang sesuai dan sokongan yang jitu daripada jentera juga," katanya pada sidang media tengahari tadi.

PAS bagaimanapun katanya tidak meletakkan kuota 30 peratus untuk calon wanita.

"Kita tak letak kuota 30 peratus. Kalau ada ramai muslimat dan banyak tempatnya kita akan letak ramai. Kita tak mahu terlalu mendadak.

"2004 kita letak 13 calon muslimat hanya seorang sahaja yang menang iaitu di Tanjung Mas," katanya.

Menyentuh mengenai kriteria calon wanita yang akan dipilih pula, Timbalan DMPP, Siti Zailah Mohd Yusuf dengan mengambil contoh di Kelantan berkata, calon anak tempatan lebih diutamakan.

"Saya ambil contoh di Kelantan, sebelum menjadi calon, seseorang itu perlu mendapat keizinan suami atau ibu bapa bagi yang belum berkahwin dan mempunyai kemampuan bukan sahaja dari segi akademik tapi juga dari segi berhadapan dengan masyarakat dan mengemukakan masalah mereka di Dun atau Parlimen.

"Biasanya calon tempatan lebih diterima. Contoh di Kelantan anak tempatan lebih diterima dan bilangan ahli keluarga yang ramai menjadi keutamaan kerana ia akan mempengaruhi undi," katanya yang juga ahli Parlimen Rantau Panjang.

Faktor umur pula tidak menjadi masalah samaada golongan muda ataupun muka-muka lama.

Untuk rekod, PAS mempunyai seorang senator, tiga ahli Dewan Rakyat dan tiga Adun ketika ini.

Turut bersama dalam sidang media tersebut Ketua DMPP, Nuridah Salleh, naib ketua, Senator Mumtaz Md Nawi dan ketua penerangan Salbiah Wahab.

PAS harapan rakyat
Mohd Rashidi Hassan | rashidi@harakah.net.my
DENGAN Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w, ahli keluarga dan sahabat yang muttaqin.

Muktamar Tahunan PAS Pusat kali ke-57 yang berlangsung di Markaz Tarbiyah PAS Pusat Taman Melewar 3-5 Jun ini amat di nanti-nantikan oleh rakyat yang menyokong PAS, dan juga pendokong aspirasi Pakatan Rakyat keseluruhannya.

Rakyat ingin melihat, siapakah yang bakal dipilih perwakilan untuk menerajui PAS menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 yang bakal diadakan bila-bila masa dari sekarang.

Rakyat ingin mengetahui sejauhmana PAS bersedia menggalas harapan rakyat untuk menggantikan Umno sebagai sebuah kerajaan bersama Pakatan Rakyat.

Dalam Muktamar ini juga, rakyat ingin mengetahui apakah agenda yang ditawarkan PAS kepada rakyat Malaysia, yang boleh disandarkan bagi membuktikan kesungguhan PAS untuk berkhidmat kepada rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama.

Sebagai sebuah parti Islam yang terbesar, berpengalaman luas dan semakin bertapak dalam negara, PAS harus tampil sebagai parti terulung yang menyelamatkan negara daripada kedurjanaan Umno-Barisan Nasional.

Pemimpin dan perwakilan PAS dari seluruh negara, harus membuka minda mereka seluas-luasnya dan harus memuhasabah diri, memikirkan apakah ciri-ciri yang melayakkan mereka menjadi penyumbang kepada peneraju perubahan dalam negara.

Sesungguhnya keberadaan PAS dalam negara ini, bukan untuk menjadi parti yang menumpang arus yang diciptakan oleh rakan seperjuangan, tetapi sudah sampai masanya PAS menjadi pemain utama yang mencipta arus rakyat.

Untuk itu, kepimpinan dan seluruh ahli PAS harus berganding bahu, bukan sahaja membentuk jati diri mereka sebagai muslim yang komited dengan sahsiah yang unggul, malah harus mempunyai elemen-elemen yang dikagumi rakyat keseluruhannya.

PAS wujud untuk memartabatkan Islam, memperjuangkan keadilan dan kesaksamaan, bukan untuk dalam kalangan PAS sahaja, tetapi ianya untuk seluruh rakyat Malaysia.

Dalam menghadapi pemilihan kali ini, seluruh perwakilan harus meletakkan keutamaan menyediakan PAS, untuk terus memainkan peranan utama dalam pentas politik negara bersama Pakatan Rakyat.

PAS harus semakin memperkukuhkan kerjasama dengan parti-parti KeADILan dan DAP. PAS harus ke hadapan dalam menjalim hubungan dengan NGO, khususnya dari kalangan bukan Melayu, bukan Islam.

Untuk mendepani cabaran ini, untuk meletakkan PAS terus unggul di persada politik negara, PAS harus membentuk agenda perjuangannya sesuai dengan aspirasi rakyat.

Agenda yang menepati kehendak atau aspirasi rakyat adalah suatu agenda yang meletakkan keutamaan memberi khidmat terbaik kepada seluruh rakyat dengan adil dan saksama tanpa memilih warna kulit, kaum mahu pun agama.

Rakyat mahu melihat terus melihat bagaimana kerajaan negeri yang diterajui PAS di Kelantan, sepenggal di Terengganu dan kini di Kedah, mengamalkan dasar negara berkebajikan mengikut kehendak Islam.

Keadilan Islam yang diterajui perjuangannya menerusi PAS harus dilaksanakan, ditawar dengan sebaik-baiknya agar seluruh rakyat Malaysia memahaminya.

Apabila rakyat sudah faham dan menikmati kebaikan dan kebajikan berasaskan Islam, sekali gus sebarang persepsi buruk terhadap Islam itu sendiri akan dapat dihapuskan.

Dengan penghapusan jurang ini, ia semakin mendekatkan PAS dengan rakyat. Perjuangan PAS adalah untuk semua. Untuk memperjuangan hak semua rakyat pemimpin PAS harus dekat dihati rakyat.

Maka perwakilan Muktamar PAS kali ini mempunyai peranan yang amat besar. Iaitu memilih pucuk pimpinan dan menetapkan agenda yang mampu memartabatkan PAS ke tahap yang lebih unggul.

Moga-moga perjuangan Islam yang dibawa PAS akan diterima dan diiktiraf, serta meletakkannya sebagai peneraju unggul dalam Kerajaan Pusat bersama Pakatan Rakyat pada PRU akan datang.

Selamat bermuktamar!


AMK dan DAPSY terima baik ucapan Ketua Pemuda PAS
Ismail Hashim

SHAH ALAM, 2 Jun: Dua rakan Dewan Pemuda PAS Malaysia dalam Pakatan Rakyat menerima baik ucapan dasar Memimpin Kebangkitan Anak Muda yang dibentangkan oleh Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi malam tadi.

Bagi mereka, ia adalah ucapan terbaik dan panjang mencakupi semua hal ehwal semasa termasuk suasana politik yang berlaku dalam negara ini telah berjaya dikemukakan oleh Ketua Pemuda PAS itu, wajar disambut dengan positif oleh seluruh generasi muda Malaysia.

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Akin dan Ketua Pemuda Sosialis DAP, Anthony Loke Siew Fook berkata, ucapan dasar Ustaz Nasrudin itu merupakan penegasan dalam membentuk satu perubahan lanskap baharu politik negara.

Kedua mereka turut hadir dan bercakap kepada HarakahDaily selepas meneliti ucapan dasar Dewan Pemuda PAS Pusat yang dibentangkan ketuanya sempena Muktamar Tahunan ke 52 yang berlangsung di Wisma Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), di sini.

Dalam huraian panjang lebar oleh kedua-dua tokoh pemuda ini, mereka melihat ucapan itu sangat bernas dan mampu meyakinkan generasi muda dengan gerakan menyeluruh ke bawah selepas ini untuk menyertai golongan itu.

Apatah lagi dalam ucapan juga disebutkan bilangan pengundi muda dalam pilihan raya akan datang melewati jumlah tujuh juta yang merupakan satu modal perubahan yang sangat mahal nilainya kepada negara.

Shamsul berkata, ucapan itu menjurus kepada isu-isu penting yang perlu digarap oleh generasi muda terutama dalam Dewan Pemuda PAS untuk berhadapan dengan pengundi muda yang sofistikated.

Ini ditambah dengan penegasan Ustaz Nasrudin memperakui pengaruh dan peranan media baharu yang signifikan dengan golongan muda mutakhir ini.

"Kecenderungan pendekatan terkini oleh Pemuda PAS harus dilihat bukan sekadar untuk memikat tetapi hendak sampaikan mesej kepada orang muda kerana mereka diangggap sebagai partner dalam negara ini.

"Saya menerima baik ucapan beliau, paling bernas, antara terpanjang mencakupi keseluruhan aspek penting dalam usaha memperkasakan generasi muda terutama dalam hal-hal manfaatkan media-media baru yang sekarang ini menjadi trend.

"Perkara ini penting kerana dalam keadaan kita ingin menarik dan memberikan pendidikan politik kepada generasi muda, saya juga melihat ini merupakan satu ingatan penting kepada pimpinan muda Pakatan Rakyat untuk berani menyampaikan pandangan dan menerima kritikan melalui laman-laman maya," tegasnya.

Shamsul sebagai seorang pengamal undang-undang berkata, inilah trend revolusi yang berlaku di Mesir yang menggunakan pendekatan strategik baru dan beliau yakin dengan impak besar dalam pilihan raya akan datang.

Menurutnya, kini senjata media baru ini lebih ringkas dan lebih ampuh yang diminati golongan muda kerana itu harus ada keberanian untuk memanfaatkan peluang yang sedang terbuka luas ini bagi menyampaikan pendidikan politik.

Bercakap tentang sukarnya Pemuda Umno sukar untuk menerima gagasan Pemuda PAS sedangkan Pemuda DAP boleh faham, Shamsul berkata, ini disebabkan oleh faktor politik apa yang besar di hadapan mereka, politik mereka bercakap ingin menjadi perdana menteri dan menteri.

AMK tegasnya boleh menerima pendirian Pemuda PAS kerana sama menggunakan kaedah jalur politik di jalur dakwah dan jalur dakwah di jalur politik dan dengan DAP pula untuk sama-sama tegakkan kebenaran dan keadilan.

"Kita gerakkan politik tidak taksub menjadi agenda bersama oleh mana-mana parti politik bijaksana dan ini tidak terpakai kepada Pemuda BN," tegasnya.
Harapan beliau kepada generasi muda mesti berani melakukan perubahan kerana mereka sudah lama mengimpi dan mendambakan sebuah negara yang mampu membantu dan mengangkat martabat rakyat.

Bagi beliau, tujuh juta pengundi muda menunjukkan satu kekuatan politik baru dan sesiapa pun yang ingin menang dalam pilihan raya mesti meyakinkan golongan muda, dalam Pakatan Rakyat jelas, ruang dan peluang diberikan sepenuhnya kepada generasi sebilang masa bukan di waktu pilihan raya sahaja.

Loke yang juga Ahli Parlimen Rasah pula berkata, ucapan Ustaz Nasrudin sungguh terkehadapan kerana menggariskan cabaran yang memang banyak berlaku di Malaysia sekarang ini lalu beliau megggariskan bagaimana cara berhadapan dengan situasi semasa.

"Beliau memberikan kefahaman kepada seluruh Pemuda PAS tentang cabaran yang sedang berada di hadapan dan saya juga tertarik dengan fokus beliau tentang bagaimana untuk mendampingi golongan muda yang beliau sifatkan generasi millenium.

"Bagi saya, fokus yang diberikan beliau amat tepat sekali kerana generasi itu adalah penentu kepada bentuk sesebauh negara di masa hadapan," tegasnya.

Dalam pada itu, beliau bersetuju dengan gagasan gerakan politik kini mesti lebih kreatif untuk memenuhi citarasa masakini sesuai dengan trend dan budaya politik pada hari ini, justeru perlu kepada usaha lebih baik untuk memenuhi cabaran dan ruang lingkup semasa.

Loke yakin sekiranya Pemuda PAS dapat memahami dan melaksakan segala gerakerja yang digariskan, Pemuda PAS bakal menjadi satu gerakan yang berpengaruh sekali kerana jumlah anggota ramai dan organisasi mantap.

Katanya, Pemuda PAS jika dapat menggunakan pendekatan baru seperti facebook dan twitter di alam maya, wadah mereka akan berlainan dan lebih berkesan dalam memenuhi keperluan semasa.

"Saya menerima baik khususnya beliau menolak fitnah bahawa kerjasama dengan DAP dan Keadilan adalah satu proses diluluskan oleh Majlis Syura melalui Tahalluf Siyasi dan penegasan melalui mulut Ketua Pemuda PAS sendiri serta tulisannya meminta Pemuda PAS menerima dengan baik.

"Saya lihat Ketua Pemuda PAS amat komited dalam Pakatan Rakyat dan menolak persepsi negatif untuk menggagalkan pakatan itu meskipun ada musuh politik yang cuba berbuat demikian," tegasnya lagi.

Dalam pada itu, jelasnya, beliau berharap pemuda Malaysia seluruhnya dapat memahami bahawa masa depan negara terletak di tangan generasi muda pada hari ini sebaliknya jika mereka gagal memahami kehendak ini, masa hadapan Malaysia akan berada dalam keadaan tidak baik.

Menurutnya, pengundi muda seramai tujuh juta merupakan modal besar jika dapat digabung dalam satu suara untuk menuntut perubahan ke arah terbaik.

Bercakap tentang Bersih 2.0 yang akan diadakan pada 9 Julai nanti, Pemuda DAP dalam konteks Pakatan Rakyat akan memberikan kerjasama terbaik dalam menuntut pilihan raya lebih bersih dan adil.


650 pewakilan tentukan pimpinan pemuda

Afiq Hizami, Pelatih UKM

SHAH ALAM, 2 Jun: Seramai 650 pewakilan dari seluruh negeri yang menjadi perwakilan Muktamar Dewan Pemuda PAS kali ke 52 ini bakal menentukan kepimpinannya sesi 2011-2013.

Mereka bakal menentukan siapa akan menjadi Pengerusi Tetap, Timbalan Pengerusi Tetap, Timbalan Ketua, Naib Ketua, 12 Ahli Jawatankuasa Kerja DPPP dan dua Pemeriksa Kira-kira.

Mereka mula membuang undi jam 10.00 pagi tadi. Keputusan pemilihan dijangka akan diumumkan malam ini.

Menurut Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat yang menang tanpa bertanding, Ustaz Nasrudin Hassan menyatakan pemilihan jawatankuasa kerja kali ini adalah sangat sengit dan sukar untuk menentukan siapa yang akan memenangi kerusi tersebut.

Ditanya mengenai ciri-ciri yang menjadi autoriti kepada calon pemilihan tersebut, beliau menyatakan bahawa pemilihan mungkin dilihat dari dua aspek iaitu aspek glamor dan juga cara berkerja yang dilakukan oleh calon selama dua tahun sebelum ini.

Bercakap pada masa yang sama, Setiausaha Dewan Pemuda PAS Khairil Faizi Ahmad Kamil melahirkan kegembiraan terhadap kelangsungan muktamar dewan pemuda kali ini.

"Ini kali pertama kita bermuktamar dengan perwakilan terus dari kawasan dan kita memastikan pewakilan yang datang menghampiri 700 ahli serta layak mengundi untuk pemilihan pada kali ini," jelas beliau sewaktu berucap di Dewan Auditorium MBSA Shah Alam.

Beliau juga calon dalam merebut jawantankuasa dewan pemuda PAS kali ini juga menyerah kepada pewakilan untuk menentukan pemilihan yang dirasakan sesuai.



Gelak-gelak dalam borak online KJ
Regina Lee
Jun 2, 11
3:54pm

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar dalam sesi borak dalam talian anjuran Yahoo! Malaysia dihujani pelbagai soalan, termasuk yang menggelikan hati.

NONEDalam sesi selama sejam setengah pagi tadi, kebanyakan soalan yang diajukan mampu membuatkan Khairy tidak senang duduk.

Tetapi sama ada Khairy dalam mengelaknya dengan hujah penuh diplomasi dan kepetahannya bermain kata, sesi itu turut mewujudkan suasana ceria dan gelak-ketawa.

Berikut petikan daripada sesi itu:

Tentang kroni dan proksi

Soalan: Apa kaitan YB dengan Jason Lo, Tony Fernandes dan adakan terdapat hubungan dalam sokongan YB terhadap AirAsia dalam peruntukan perjalanan.

Jawapan: Jason Lo kawan baik saya. Saya kenal dia sejak kecil. Tony juga kawan saya. Saya tidak punya sebarang saham dalam AirAsia. Siapa buat dakwaan ini boleh jumpa saya di mahkamah. Saya sokong peruntukan perjalanan kerana ia baik untuk negara ini supaya lebih pelancong tiba. Kamu tak mahu lebih ramai melawat Malaysia.

KJ, kamu tiada saham dalam AirAsia, tetapi adakah anggota keluarha terdekat mempunyai saham dalam AirAsia? ;)

Anggota terdekat saya tiada saham dalam AirAsia, begitu juga kawan-kawan atau proksi. Sekali lagi, saya sedia bertemu sesiapa sahaja di mahkamah berhubung perkara ini.

Impian masa depan

NONEYB, adakah YB masih mampu menjadi PM ketika berumur 40 tahun?

Hahaha. Ini firnah! Urban legend. Saya tak pernah kata mahu jadi PM pada umur 40 atau mahu jadi PM. Saya hanya mahu berkhidmat atas kapasiti yang rakyat mahukan.

Apa kamu akan jadi/buat sekiranya tidak berada dalam politik?

Koresponden perang.

Hal ehwal lelaki

Apa kelemahan PM kita?

Beliau suka lagu 'Nobody But You' oleh (Wondergirls)? Ini kelemahan yang buruk.

Khairy, siapa penyanyi kegemaran kamu?

Tentulah bukan Wondergirls. Haha. Maaf DS Najib. Saya suka U2, Counting Crows dan Dave Mathews. Artis tempatan, saya suka Faizal Tahir. Beliau cool.

Makanan kegemaran YB?

Patin atau ikan keli.

NONEApa pendapat anda tentang Justin Bieber?

Muntah. Maaf kepada semua Beliebers. Mungkin hilang undi mereka di sana.

Tentang rakan dan lawan

Apa pandangan kamu pada Raja Petra Kamaruddin?

Dia suka putarkan pembohongan dan semuanya terdedah akhir-akhir ini.

Khairy, apa pendapat kamu tentang Mukhriz Mahathir, adakah kamu fikir beliau sebagai ancaman kepada karier politik kamu?

Beliau pemimpin muda Umno dengan potensi yang besar. Sebagai pemimpin Umno kami mesti bekerjasama. Walaupun kami pernah bersaing sesama sendiri untuk jawatan ketua Pemuda, saya rasa kedua-dua kami cukup matang bekerjasama untuk parti.

Patutkah Mahathir kembali menjadi perdana menteri?

Saya rasa kita patut lihat ke hadapan.

NONEKamu amat kritikal kepada polisi dan legasi Tun M. Kenapa?

Saya kritikal pada dasar. Ia bukan berkaitan peribadi kepada siapa pun. Jika ada yang saya tidak setuju, saya akan suarakan pendapat sendiri. Saya telah lakukan banyak kali kepada kerajaan ini dan dalam parlimen juga. Baru-baru ini saya menentang signal daripada kerajaan untuk menaikkan harga petrol RON95. Dasar, bukan orangnya.

YB... Bagaimana hubungan dengan (Anwar Ibrahim) dan keluarganya?

Saya tiada sebarang hubungan peribadi dengan Datuk Seri Anwar dan anggota keluarganya. Saya hanya lihatnya di parlimen.

YB, adakan benar kamu sepatunya berkahwin dengan Nurul Izzah suatu masa dulu?

Hahaha. Tak akan. Saya tak kenal langsung beliau kecuali melihatnya di parlimen sahaja. Satu lagi pembohongan dan urban legend. Orang ramai percaya pada omong kosong.


Inkues kematian Sarbani akan diadakan
Jun 2, 11 4:34pm

Pihak polis mencadangkan supaya diadakan inkues bagi menyiasat kematian pegawai kastam Ahmad Sarbani Mohamed ketika disoalsiat Suruhanjaya Pencegahan Rasiah Malaysia (SPRM).

NONEPeguam negara telah menyatakan persetujuannya, kata ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, lapor The Star.

Pada 8 April lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Abdul Aziz membayangkan kemungkinan sebuah inkues ditubuhkan bagi menyiasat kematian itu.

Bagaimanapun, tambahnya, polis perlu menyelesaikan siasatan terlebih dahulu.

Mayat allahyarham, 56, ditemui dalam tertiarap di gelanggang badminton di Tingkat 1 SPRM Wilayah Persekutuan dengan kesan kecederaan di kepala pada 6 April.

Beliau antara 62 pegawai kastam yang ditahan semasa operasi SPRM bersama enam agensi lain dalam Operasi 3B pada 1 April lalu di Pelabuhan Klang bagi membantu siasatan dalam kes rasuah, penggubahan wang haram dan beberapa kesalahan lagi.